Bab 29

Fanfiction Series 42303

Setelah dia menghantar Aisyah pulang ke rumahnya, dia kembali membawa keretanya meluncur laju menuju ke hospital. Dah berapa lama masa dia ambil, nasib baiklah ada Dr Farisha bantu dia cover sekejap. Lampu isyarat merah menyebabkan dia menekan brek. Haih apelah nasib, dari tadi lagi lampu asyik merah je. Dia hanya terdiam sepi. Sekeliling persekitarannya dipandang sementara menunggu lampu hijau. Kelihatan satu family sedang melintasi di hadapan keretanya. Bahagianya family tu, jentik hatinya. Tatkala melihat figura si ibu, dia teringat dengan ibunya. Masih terasa hangat pelukan terakhir ibunya dahulu. Rindunya. Matanya terarah pula pada side mirror kereta, kelihatan terdapat beberapa buah kereta meluncur untuk beratur di belakang keretanya. Tapi... Kenapa kereta tu macam pelik je? Dia menyoal dirinya. Dilihat kembali pada side mirror belakang kereta, kereta range rover berwarna hitam meluncur laju ke arah keretanya. Lain macam je ni... Dia mengecilkan anak matanya! Eh ehhhhh!! Iniiii........ BOMMMMMM!! Tersadung Nana ke hadapan akibat keretanya dilanggar dari belakang. Mujurlah keretanya mempunyai ABS yang cekap dan peranti airbag yang menyelamatkannya dari tercampak ke luar. Dia memasang lampu hazard. Seatbelt di pinggang dibuka. Terasa lehernya perit akibat hentakan secara tiba-tiba. Dia terus melangkah keluar untuk mengambil udara segar. Fuhhhh! Kelihatan beberapa orang mendekati keretanya.
"Are you okay?" soal seorang lelaki kepadanya. Dia mengangkat kepala. Terlihat seorang pemuda 30-an dengan riak wajah risau menghampirinya.
"Yours?" soal Nana sambil menunding jari ke arah kereta Range Rover berwarna hitam itu. Pemuda itu mengangguk .
"I'm really sorry. Saya betul-betul tak sengaja miss. Are you okay? Saya hantar pergi hospital dulu?" berkali-kali pemuda dihadapannya ini meminta maaf. Terbongkok dirinya. Akibat terleka dengan phone melihat waze, kini wanita ini menjadi mangsanya.
"No no it's okay... Nasib baik lah takde pejalan kaki. I'm okay no need to go hospital. Macam ni lah... I call my friends. Let him settle this with you. I'm kind of busy right now." terang Nana. Dah lah dia dalam tempoh bekerja pula, jikalau orang atasan tahu dia keluar curi-curi. Memang mati dia! Terus telefon di poket dikeluarkan. Nombor Boy didail. Hanya dia sahaja yang terlintas di fikirannya. Leher diusap lagi, terasa kesakitan.
"Boy, help me sat. Aku accident ni. Ada ni area traffic light nak ke hospital. Okay alright. Thanks." Nana kembali memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar. Dilihat pemuda dihadapannya ini pucat sudah. Kesian pula melihatnya.
"Jom lah ke tepi dulu, tunggu my friend sekejap." kata Nana lalu menuju ke tepi jalan. Bahaya untuk mereka berada di tengah jalan. Takut ada kemalangan lagi teruk berlaku. Mereka berdua melabuhkan punggung di atas bahu jalan. Pemuda itu masih lagi menenung Nana di sebelahnya. Dilihat tangan mulus Nana mengurut belakang lehernya. Sekejap kepalanya di teleng ke kanan, sekejap ke kiri. Betul ke tak payah ke hospital?
"Are you sure tak perlu ke hospital?" soalnya lagi. Nana memusing kan kepalanya. Dia hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Tak larat nak menjawab. Maybe disebabkan kejadian tadi, rasa shock masih ada. Haus pula dibuatnya.
"Haus? Nak air? Dalam kereta saya ada air. Kejap saya ambil" tanya pemuda itu lalu berlari menuju ke belakang keretanya. Satu botol air mineral dibawa ke arah Nana. Nana hanya tersenyum tidak mengambil air tersebut. Dia memang susah nak ambil barang dari orang yang tak dikenali. Nak lebih tahu, dia berhati-hati. Dia menggelengkan kepala dan menolak pelawaan pemuda itu dengan senyuman.
"Take this... Awak haus kan?" soalnya lagi. Di hulurkan kembali air tadi. Nana tetap mendiamkan diri. Mana Boy ni? Di tilik jam di tangan.
"Ambil lah..." pelawa nya lagi. Kali ini dihulur betul-betul di hadapan muka Nana. Nana dah bengang. Orang cakap taknak, taknak lah! Ada juga aku smack down dia ni! Baru sahaja mulut ingin dibuka, tangan pemuda itu digenggam oleh Boy. Aik? Bila masa sampai. Nana mengintai ke belakang, terdapat kereta milik Boy. Dia kembali berdiri. Belakang seluarnya di tepuk.
"No need bro. She doesnt want it." Boy menarik tangan pemuda tadi. Dia menjeling sedikit lalu bergerak menuju ke arah Nana. Di tilik Nana atas bawah.
"I'm okayyy..." jawab Nana. Tahulah dia soalan Boy tu. Dilihat Boy menghulurkan sebotol air mineral di tangan. Dia lantas mengambilnya lalu di teguk beberapa kali. Hilang haus!
"Ni Boy. Aku ada kerja lagi ni. Ni pun aku keluar senyap-senyap hantar Aisyah balik. Tolong settlekan untuk aku." jelas Nana. Dah lah panas terik! Peluh di dahi dah bercupak-cupak keluar. Mujurlah dia tak pakai tebal-tebal harini. Tangan dikupas-kipaskan.
"Bro camni jelah, bak nombor kau. Nanti kita settle balai je. Girlfriend aku nak cepat. Pape kau urusan dengan aku je." kata Boy kepada pemuda itu. Terangguk angguk pemuda itu tanda faham dengan kata-kata Boy. Takut agaknya! Pemuda tadi menghulurkan sekeping kad padanya, dilihat kad tersebut. ADRIAN. Ouhhhhhh business man rupanya.
" I'm really sorry about what had happened." Adrian berulang kali meminta maaf. Dia melihat Nana di belakang Boy. Nana hanya tersenyum senget lalu memandang ke tempat lain. Tak selesa dengan pandangan mata pemuda bernama Adrian itu! Boy terus menyendengkan badannya ke kiri, menghalang Adrian terus melihat Nana. Amboi, sempat kau ambik kesempatan eh! Aku luku kau kanggg!! Dilihat Adrian atas bawah. Beberapa ketika, datanglah lori toing mengambil kereta Nana untuk dibawa ke bengkel. Kini tinggallah Nana, Boy dan Adrian di tepi jalan.
"Ingat! Kau jangan cuba-cuba nak lari eh.Kau aku pegang . Kalau apa-apa, aku report polis!" warning Boy lalu bergerak menuju ke arah keretanya bersama Nana di sebelah.
"Sorry sangat sangat and thank you!" jerit Adrian sedikit kuat tatkala kereta milik Boy berlalu dihadapannya. Dia memandang kereta itu berlalu pergi. Kepalanya digaru. Aduhhhh masalah betullah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience