Tali leher ditarik sedikit bagi ada ruang udara. Lehernya terasa ibarat di cekik akibat cerita pagi tadi. Badannya dilemparkan ke atas katilnya. Lalu direnggangkan kaki dan tangannya. Masih mengambil nafas yang hampir hilang. Kerutan di dahi kembali terukir. Teringat kata-kata Elisya padanya tadi... OUR dreams... Sakit kepala kembali menyakiti setiap urat di benaknya. Laci kecil di tepi mejanya ditarik, tersedia beberapa botol ubat disitu. Satu botol ubat berwarna putih dibuka dan dimasukkan dua biji ubat ke dalam mulutnya. Air di dalam cawan yang telah tersedia diminumnya. Kurang sikit sakit. Sejak dua menjak ini, tak tahulah disebabkan masalah apa, dia asyik diserang sakit kepala sahaja. Sedang melayan rehat nya, muncul bayangan Nana. Dia terus membuka mata. Phonenya di poket seluar di ambil. Lantas nombor Nana didail. Mencuba lagi. Namun hampa. Masih tidak dijawab. Busy sangatkah dia sampai tak berjawab setiap panggilannya? Terus dia gagahkan diri untuk bersihkan badan.
***Keesokan harinya, dia menuju ke arah officenya dengan lemah. Azmir yang perasan keadaan bossnya terus mengikutinya menuju ke office. Pintu office Tengku ditutup rapat. Mata Azmir hanya mengikuti gerak langkah lemah Tengku.
"Kau alright tak ni?" tanya Azmir risau dengan keadaan Tengku yang semakin hari semakin teruk. Makan pun selalu skip. Sejak akhir ini, dia perasan rakannya itu susah nak tidur. Insomnia orang kata. Eye bag yang tebal kelihatan di bawah mata rakannya itu. Tengku yang mendengar soalannya, hanya memejamkan mata. Tak larat nak jawab. Entah kenapa badannya rasa berat pula. Dia hanya bersandar pada kerusi. Azmir mendekatinya. Tangan diletakkan pada dahi Tengku. Panasnya!
"Tepi lah... Kau ni.. Aku tengah sakit pun nak pegang-pegang..." balas Tengku dengan lemah sambil menolak tangan rakannya itu.
"Ini tak boleh jadi ni. Jom pergi hospital. Aku bawak! Badan kau panas bro." kata Azmir sambil menarik badan Tengku. Aduh beratnya! Nak patah pinggang aku macam ni. Tengku menarik kembali tangannya yang ditarik Azmir.
"Aku.. Okay je. Tolong aku ambilkan ubat dalam first aid kit atas almari tu." tunjuk Tengku lemah pada satu almari yang berwarna brown.
"Takkan lah setiap kali sakit nak makan ubat je. Jom lah pergi hospital." tegur Azmir. Setiap kali sakit mesti dia telan ubat. Walhal tahu ubat tak berapa elok untuk buah pinggang. Geram melihat kedegilan rakannya sorang ini! Dia bercekak pinggang.
"Isyh kau ni.. Aku ambil sendiri jelah!" balas Tengku sambil di gagahkan diri untuk berdiri. Namun entah mengapa, kepalanya terasa berat sangat. Pandangan bertukar kabur. Sekejap muka Azmir nampak, sekejap hilang. Dia menahan dirinya pada meja. Digelengkan kepalanya berulang kali agar hilang sakit kepalanya. Terasa ada sesuatu yang mengalir dari hidung nya.. Apa ni? Dilap sedikit airan dari hidungnya itu. Tapi kan... Kenapa warna dia.. Merah? Terus pandangannya berubah gelap. Badannya hampir mencium lantai. Nasib baik Azmir sempat menyambut rakannya itu.
"Nabil! Nabil, woi bangun!!" jerit Azmir sambil menepuk pipinya berulang kali. Namun tiada tindak balas. Kelihatan beberapa orang staff memasuki ruangan office itu apabila mendengar jeritan Azmir dari dalam. Azmir memangku bahu Tengku.
"Kamal, tolong aku sat. Yang lain cont kerja. Aku dengan Kamal pergi hantar Tengku kat hospital. Nanti apa-apa call je aku." terangnya sambil memangku bahu rakannya itu bersama Kamal.
***Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan pintu emergency. Dia melihat ke belakang. Tengku masih tidak sedarkan diri. Darah dari hidung rakannya telah terhenti akibat disumbat kapas olehnya sebentar tadi. Dia segera melangkah turun dan menuju ke arah emergency department. Kelihatan beberapa orang staff yang berbaju scrub dan ada yang memakai kot putih. Tahulah dia itu adalah doktor. Tapi satu figura yang menangkap matanya adalah...
"Dr Nana!!" jeritnya. Nana yang terkejut memandang ke belakang.
Ops! Bermulalah kisah Nana dan Tengku kembali. Keee... Kisah Nana dengan Boy? Korang rasa... Boy or Tengku is much better? Cuba komen!
Share this novel