Dilihat di cermin hadapannya, baju blouse berwarna biru cair ala korea di sarungkan pada badannya. Rambutnya dibiarkan lepas. Bang rambut di hadapan di betulkan menggunakan penyikat rambut. Sebentar tadi dia telah meminta izin daripada papanya untuk keluar shopping. Dia teringin nak buat cake untuk Kak Nana. Papanya mengizinkan dengan syarat ada bodyguard yang mana bodyguardnya adalah abang Boy. Nak tak nak terpaksalah dia ikut. Kalau tak, memang mati kebosanan dirumah ini! Lip tint dioles sedikit pada bibirnya. Dia mengambil beg galas jenama Channel dan di silang padanya. Cun! Terus kakinya di langkah menuju ke bawah. Dilihat abang Boy sedang leka bermain telefonnya. Dia perlahan-lahan berjalan menuju ke belakang Boy untuk mengejutkannya.
"BAHHHHHHHHHH" jerit Boy.
"Ahhhhhhhhhhh" disebabkan Boy tiba-tiba menjerkahnya, dia terkejut lalu terjatuh ke belakang. Fuh! Kurus semangat. Niatnya nak terkejut kan Boy, aleh-aleh dia yang terkejut.
"Abang Boy! Terkejut Mawar!! Isyh dia ni" marah Mawar lalu berdiri. Dilihat Boy terkekek ketawa di atas sofa.
"Hahahaha tulah nak terkejut kan orang sangat. Kena diri sendiri balik! Padan muka. Werkkkkk" sakat Boy sambil menjelir kan lidahnya.
"Isyhhhh perangai macam budak-budak! Harap kak Nana tak tertarik kat abang Boy!" saja Mawar kata begitu. Dia tahu kelemahan Boy hanyalah kakaknya sahaja. Dilihat Boy berhenti ketawa. Terus dia menghampiri Mawar. Dipicit-picit bahu Mawar. Ambil hati balik!
"Hehehe, ampun Tuanku. Jangan marah-marah. Nak buat lagi sekali ke? Kali ni abang Boy terkejut betul-betul ye." pujuk Boy. Mawar memandangnya dengan tajam. Amboi perli aku!
"Isyhhhh abang Boy ni!!" terus Mawar menghentakkan kakinya menuju ke arah garaj kereta. Dia terus masuk ke dalam kereta audi milik abang Boy. Mukanya masam mencuka akibat disakat Boy! Boy hanya tergelak kecil. Sukanya menyakat Mawar dari kecil lagi. Kiranya macam hobi dah! Cuma tak boleh pula dia menyakat Nana. Buatnya dia sakat, potong kerat lah jawabnya badannya nanti! Cukuplah dia dah kena belasah dengan Nana hari tu.
***Mawar menoleh kiri dan kanan. Mana nak pergi dulu ni? Dah lama tak datang Malaysia. Dia jadi kekok dengan suasana di sini. Dipandang Boy di belakang sedang sibuk menelefon. Katanya ada urusan penting. Mawar mencebik. Orang ajak keluar ni, sibuk pula dia! Baik takyah ajak. Isyhhhh. Dia menghentak kakinya, bagi isyarat pada Boy supaya cepat. Dilihat Boy membalas dengan gaya 5 minutes more. Dia dah bosan! Terus ditolak trolinya menuju ke dalam pasar raya. Dia meninggalkan Boy keseorangan di belakang. Sampai sahaja di lorong, dia terhenti. Mana barang cake? Dia dah lah tak tahu sangat area sini. Dipandang ke belakang, Boy tidak kelihatan. Takkan tak perasan kehilangannya? Ahhhh lantaklah.. Terus-terusan dia membaca papan tanda di atas sambil menolak trolinya. Akibat terlalu leka membaca papan, dia terlanggar seseorang. Bammm!!
"Opsss sorry sorryyy... Tak sengaja." terus Mawar mendapatkan orang dihadapannya ini. Dilihat seorang pemuda yang memakai cap menggosokkkan belakang kakinya. Mungkin dilanggar dengan tayar troli tadi kot. Agaknya. Risau pula dibuatnya. Abang Boy pula tak kelihatan langsung.
" No its okay..... Mawar" jawab pemuda tadi. Mawar terhenti. How.. How he know my name? Perlahan Mawar mengangkat kepalanya. Dilihat wajah pemuda di sebalik cap yang menutupi hampir separuh wajahnya. Anak mata itu! Dia kenal sangat. Bibir pemuda itu mengukir senyuman sinis. Mawar menelan air liur. Peluh mula menitik di segenap wajahnya. Setapak dia ke belakang. Abang Boy!!! Kak Nana!!! TOLONG MAWARRRRR!! Namun jeritan itu hanya tersekat di anak tekaknya. Setapak lagi di ke belakang setepak pemuda itu ke hadapan. Mawar tak tahu hendak ke mana. Dah lah dia tak familiar dengan kawasan ini! Ahhhh lantaklah. Terus dia membuka langkah seribu mencari kawasan yang ramai orang. Tercungap-cungap dirinya berlari. Dilhat pula hari ini hari bekerja, memang tak ramai dekat mall ni. Dia memandang ke belakang, dilihat pemuda itu masih mengejarnya. Air mata mengalir menandakan rasa takut menerjahnya kembali. Dia berlari ke tingkat satu lalu menuju ke arah bilik air. Mungkin situ salah satu tempat yang selamat. Bolehlah dia menelefon abang Boy atau Kak Nana. Namun hampa! Saat tiba di pintu tandas wanita, terpampang notis mengatakan tandas rosak! Dia mencuba membuka pintu tersebut. Tak boleh! Terus dia berlari menuju entah ke mana. Telefon dikeluarkan. Akibat terlalu takut, dia berlari tak tentu arah lalu....BUKKKKK!! Dirinya kini tercampak ke hadapan bersama badan seseorang yang dilanggarnya. Lengannya dipegang oleh seseorang itu.
"TAK NAK! TAKNAK LEPAS LEPAS AKU!! LEPASKAN AKUUUUU!!" jerit Mawar dengan kuat. Dia memejamkan matanya. Dalam kepalanya ini hanyalah bayangan pemuda tadi.
"Heyyy heyyyy miss. Miss... Kenapa ni?" soal seorang lelaki yang dilanggarnya. Aik dah kenapa? Dilihat perempuan ini menggeletar satu badan. Takut? Tapi takut dengan apa.. Dia memandang sekeliling, dilihat ada seorang lelaki memakai cap memandang mereka dari jauh. Dia mengarahkan Azmir untuk memeriksa. Tengku Nabil sedaya upaya menenangkan perempuan ini.
"Shhhh ahhhhh he's gone. Dia dah takde." tenang Tengku. Namun, perempuan ini masih meronta-ronta minta dilepaskan. Dia ni... PTSD ke? Terus Tengku membuka blazernya dan menutup kepala perempuan itu lalu memeluknya. Di tepuk-tepuk perlahan belakang badan perempuan itu. Nampak lah juga tidak meronta seperti tadi.
"Shhhh Shhhh... Its okay. It's okay. Everything's gonna be fine. Its okay. You're good" pujuk Tengku lagi. Setelah melihat tiada rontaan, Tengku membuka perlahan-lahan blazer yang menutupinya. Dia melihat wajah perempuan itu. Macam familiar.... Terus kain di poket seluarnya dikeluarkan dan di hulurkan kepada perempuan tersebut. Mawar menyambutnya dan mengelap air matanya yang bercupak keluar. Dia memandang kiri kanan. Figura lelaki itu hilang. Dipandang pula wajah lelaki dihadapannya ini, siapa dia ni?
Share this novel