Bab 2

Fanfiction Series 42303

Kereta proton x70 memasuki perkarangan rumah banglo keluarganya. Mata Dato Keith tertacap keluar. Tersenyum manis diukir di segenap wajahnya. Anak perempuan kesayangannya telah pulang. Surat khabar ditutup dan diletakkan di atas meja kopi. Setelah kehilangan isteri kesayangannya, Datin Zamilah, dia kini bertantang kasih dengan kedua puterinya sahaja ; Hanna dan Mawar. Hanna merupakan puteri sulungnya yang kini sedang bekerja sebagai doktor. Puas dia pujuk anaknya untuk ambil alih perusahaannya, namun sikap keras kepala anak sulungnya itu, siapa yang mampu lawan? Mawar pula anak bongsunya merupakan seorang sisiawi di University of the West Scotland dalam bidang accounting.

Pintu kereta ditutup rapat. Mata mencari kelibat ayahnya.
Mana ayah ni? Keluh hati Nana sendiri. Kaki perlahan menuju masuk.

"OH MAK KAU" jerit Nana tatkala Kak Ndah mengenjahnya dari belakang. Sebaik aku tak ada sakit jantung. Dada diurut perlahan.
"Hehehe sorry miss Nana" ujar Kak Ndah selaku pembantu rumah Dato Keith. Dia telah bekerja hampir 20 tahun di rumah tersebut. Kira dialah paling senior.
"Isyh Kak Ndah ni, terkejut saya. Nasib baik saya tak ketuk kepala Kak tadi. Ni dari mana ni? Tetiba je muncul" balas Nana sambil mata masih sibuk mencari ayahnya. Tadi bukan main asyik call je tak henti. Ada benda penting ke? Rambut yang terurai depan, diambil dan diselit ke sisi telinganya.
"Tadi Kak Ndah siram pokok bunga tu kat belakang. Nampak Miss Nana balik, tu yang terus datang. Miss cari Dato eh? Ada tu kat tepi kolam tu. Tengah baca surat khabar tadi rasanya" jelas Mak Ndah. Tahulah kelibat yang dicarinya tuan empunya badan di hadapannya ini.

Nana menggangukkan kepalanya tanda faham. Terus dia melangkah menuju ke arah kolam di tepi rumah. Kelihatan ayahnya sedang menyisip kopi sambil termenung dalam. Dia menuju ke arah ayahnya dan memaut lembut bahu ayahnya. Pipi ayahnya dicium. Cup! Ternaik kecil bahu Dato Keith akibat terkejut dengan kedatangan puteri sulungnya itu.

"Baru sampai?" tegur ayahnya sambil mengelus lembut tangan anaknya itu. Dia tahu dah kedatangan Nana ke rumah tadi, sengaja nak bermanis mulut dengan anaknya.
"Ha'ah baru je sampai. Tadi busy ada kerja kat pelantar. Kenapa papa call? Ada benda penting ke?"

Mata memandang lembut anaknya itu. Akibat kehilangan ibunya pada usia muda, dia menjadi seorang ibu kepada dia dan anak keduanya juga. Menjadi anak sulung lebih2 lagi perempuan, memang menggalas tanggungjawab yang besar dalam keluarga. Sampai tiada masa untuk uruskan diri sendiri.

"Nana dh makan?" tanya Dato Keith kepada anaknya yang kelihatan letih.
"Belum lagi. Tadi rushing balik rumah sebab papa call. Laparrrrrr" jebik Nana pada ayahnya itu. Sengaja manja! Alah apa salahnya manja dengan ayah sendiri.
"Jom makan, papa masak tadi. Semua lauk fav Nana." ditarik tangan anaknya menuju ke arah meja makan.

Melopong Nana melihat masakan ayahnya. Wow! Ayam masak merah! Udang masak butter! Ketam masak cili! Semuanya lauk fav!!!!

"Wowwwww sedapnya. Ni nampak gaya 3 pinggan lah." ujar Nana sambil menarik kerusi di hadapan ayahnya. Terus dicedok nasi ke dalam pinggan ayahnya dahulu dan seterusnya pinggan dia. Ketam masak cili diambil satu. Gigitan pertama diambil. Pergh! Manisnya ketam niiii!!!

" Papa kalau tak jadi business man, papa jadi chef. Nana cust pertama papa nanti." puji Nana. Masakan ayahnya tiada tandingan. Biasanya orang akan kata air tangan ibu. Ini air tangan ayahnya! Bukan kaleng kaleng. Kalau makan 3 pinggan nasi pun tak terasa puas! Gelak kecil ayahnya dengan pujian Nana. Mereka menikmati makan petang dengan gembira. Makan petang yang bila dilihat biasa sahaja, namun dengan kehadiran ayahnya menyebabkan makan petang itu lebih sedap dari biasa.

"Pergh kenyang ah. Macam ni terasa nak balik tiap tiap hari lah!" kata Nana sambil melabuhkan duduk di atas sofa berwarna krim itu. Ayahnya mengambil tempat di sebelahnya. Kepala dilentokkan elok di atas peha ayahnya. Mata dilelapkan sedikit. Dah kenyang, mengantuk lah pula. Dasar ular kekenyangan!

Dahi mulus milik anaknya dijentik manja.
"Jangan tidur lepas makan. Tak elok". Nana hanya memejamkan matanya. Ngomelan ayahnya dianggap lagu tidur baginya.
"Nana... Bangun kejap. Papa nak minta something ni". Bahu anaknya digoncangkan sedikit diminta bangun.
"Give me 5 minutes.. Please?" rayu Nana taknak bangun lagi. Selesa dengan keadaan macam tu. Biarlah orang nak kata umur dah nak dekat 30, tapi still melekat dengan ayah. Lihat ayahnya tidak melakukan apa-apa, tahulah dia bahwa ayahnya itu izinkan. Lega sikit dapat baring!

"Times up. Now get up and let me talk to you." kejut Dato Keith. Nana menggeliat sedikit sambil membuka anak mata coklatnya. Tangan ditongkat untuk menampung badannya yang halus itu. Muka ayahnya dipandang. Kumis putih itu tersusun rapi dan kemas. Hensem dan segak! Padanlah ibunya terpikat.
"I'm awake now. Go on papa"
Melihat anaknya sudah tidak mamai, dia meneruskan kata-kata.

"Esok malam.. Teman papa pergi ceremony dekat Hotel Stripes. Rakan rapat papa jemput. Boleh ye kan?" pujuk Dato Keith. Siapa tidak kenal anaknya? Sudahlah keras kepala, degil pula tu. Memang tak suka masuk tempat yang penuh dengan manusia. Dia jadi serabut. Mulalah nanti buat perangai. Aduh! Kelihatan muka Nana berubah sedikit. Tak suka lah tu!
" Papa -" belum habis Nana bersuara, Dato Keith menyambung.
"Yelah siapa lah nak teman papa ni. Dah lah tua. Menyusahkan orang pula. Kawan lama nak jumpa pun tak larat nak pergi sendiri. Dulu mama ada, adalah teman siang malam papa. Sekarang anak-anak semua jauh. Hurmmmm."

Mula! Mula dahhhh!! Dia kalah kalau bab-bab macam ni. Mulalah goyah. Dato Keith mencuri pandang anaknya, tahu cara ni senang je buat anaknya cair. Hehehehe anak papa, papa tahulah macam mana!

" Hah mula guna taktik lama! That's so lame papa." balas Nana sambil mencebikkan bibir mungil pinknya itu. Dia memandang ayahnya yang tekur memandang karpet yang dibeli di Turki 5 bulan lepas. Beberapa minit berlalu pergi. Masing-masing masih terdiam. Suasana bertukar senyap. Aduh macam mana aku nak elak ek? Fikir Nana.

HAH I know!!

"Erm papa, bukannya Nana taknak teman. Tapi esok Nana kerja shift malam." Hehehe. Ada pun idea.
"Hurm. Apa lah nak jadi. Papa dah call hospital. Hospital kata esok Nana cuti. Lame excuse! Papa dah tahu taktik Nana ni. Hahahaha" balas Dato Keith. Terkumit Nana di bucu sofa. Alamak! Lajunya buat kerja!! Cissssssss.
"Amboi mentang mentanglah dia tu pemegang saham hospital tu"
"Well should be proud of. Hahahaha. So no more excuse. Pakai lawa-lawa ye. Nanti papa ambil kat kondo Nana." Dato Keith bangun dan berlalu pergi.

"and Nana...."

"Yes?"

"Keep a low profile"

"Of course papa"

Rahsia.
Rahsia yang hanya mereka sekeluarga sahaja yang tahu.
Rahsia yang tiada siapa sangka.

[di rumah Dato Tengku Zahar]
Pintu bilik berwarna coklat ditolak perlahan, kelihatan umi nya sedang menyuapkan bubur nasi kepada ayahnya. Walaupun sudah menjangkau hampir 50 an, namun hubungan mesra mereka masih utuh ibarat baru semalam bersama. Tengku Nabil kembali menutup pintu secara perlahan. Tidak mahu mengganggu masa bersama umi ayahnya. Dia berlalu pergi menuju ke arah biliknya di tingkat atas.

"Kak Jah. Oooo Kak Jah." jeritnya secara perlahan memanggil pembantu rumahnya. Kelihatan seorang wanita yang agak gempal berlari anak menuju ke arahnya. Dari arah dapur agaknya tu.
"Iyaaaa Tengku. Kenapa Tengku?" soal Kak Jah. Sedang mengemas dapur tadi, terkejut dengan panggilan anak kedua Tuannya itu.
"Hehehe takde apa-apa. Just nak bagitahu, nanti malam tak yah masak. Nabil nak bawa umi ayah keluar makan. Okay?" jelas Tengku Nabil. Dah lama agaknya mereka tidak keluar makan bersama. Rindu rasanya! Sejak abangnya, Tengku Azhar busy bekerja di UK. Adiknya pula, Tengku Batrisyia sibuk belajar. Maklumlah spm dah nak mendekat. Dialah yang menjaga umi ayahnya kalau ada masa lapang.
"Okay Tengku. Beres semua" balas Kak Jah sambil menunjukkan tanda OK. Nabil membalasnya dengan senyuman. Kaki diatur terus menuju ke arah biliknya. Badan di humban ke atas katil. Fuh! Lega dapat rehat. Mata kuyu menandakan ingin lelap sekejap. Kejadian di pelantar minyak tadi dilupakan habis akibat penat. Terus dia terlelap.

[di Pavilion]
8.00 pm. Jam di dashboard kereta dipandang. Apehal lah minah senget ni duk ajak aku keluar malam-malam ni? Isyh! Kereta di parking,lalu telefon dikeluarkan. Teringat kembali tadi semasa Aisyah tiba-tiba call nya menangis-nangis. Mereka berjanji ingin berjumpa di sini.

No yang tertera ditekan,
"Hello? Kau dah sampai ke?" terdengar esakan kecil Aisyah di hujung talian. Pelik. Dah kenapa dengan kawan dia sorang ni.
"Hello? Woi jawablah" jerit Nana. Geram. Orang tanya tak berjawab pula.
"Huaaaaa janganlah marah aku. Dah.. Aku dah sampaiiii. Kat cafe biasa!!" balas Aisyah lalu mematikan telefon. Nana terkedu. Kuasam punya perempuan! Terus dia melangkah pergi menuju ke Cafe yang mereka selalu lepak.

Di Cafe kelihatan Aisyah sedang menangis tersedu-sedu. Haih dah kenapa pulak minah ni. Menangis tengah-tengah Cafe. Malu betullah!

"Yes miss? Ada reservation?" tanya mesra salah seorang pelayan di situ.
"Ouh yeaaa. Saya dengan kawan tu. Thank you btw. Have a nice day" balas Nana sambil tersenyum dan berlalu pergi menuju Aisyah.
Bahu Aisyah dicuit sedikit. Tertoleh kepala Aisyah memandangnya.
"Woi. Kau kenapa doh?" soal Nana perlahan sambil melabuhkan punggung di hadapan rakannya itu. Kelihatan mata, hidung Aisyah kemerahan akibat menangis. Maklumlah kulitnya putih, mudah nak cam kalau menangis! Macam kulit bawang dah muka! Tisu dicapai dan di hulurkan kepada Aisyah. Aisyah menyambut perlahan lalu memandang Nana. Terhambur kembali tangisannya. Kuat pula tu! Semua mata memandang.
"Shhh shhhhh kau dah kenapa. Kang dia orang ingat aku yang buat kau. Diam lah woi." pujuk Nana. Dia hanya mampu senyum tatkala orang memandang mereka. Pelik!
"A... Az... Azimm...."
Hah? Dengar tak dengar je suara Aisyah. Nana cuba memasang telinga kembali.
"Az... Azi... Azimm.... Dia cur... Curangggggg. Huaaaaa" Terhambur sekali lagu tangisan Aisyah. Terus Nana menutup mulut rakannya itu. Sambil jari menunjukkan isyarat senyap.
"Relax, kau tenang dulu. Kalau kau tak tenang, aku lap muka kau guna croissant tu kang"
Aisyah tersedu sedan menahan tangisan. Setelah hampir 10 minit melayan perasaan, dia kembali bercerita.

"Azim. Dia curang. Kantoi dengan aku dekat mall. Aku nampak dia masuk kedai habib. Aku fikirkan dia nak lamar aku. Aku intai lah sikit. Nampak dia dengan perempuan lain. Dia Curangggggg." luah Aisyah sambil tersedu sedan lagi. Nana yang mendengar terbakar. Kuasam punya Azim! Buat hal lagi?! Masa tu dah sekali kena dengan aku. Ni buat hal lagi?
" Siapa perempuan tu? "soal Nana.
" Tunang dia" jawab Aisyah perlahan. Terkejut dia saat mendengar perkataan tu dari mulut Azim. Rupanya sudah nak bertunang. Dia terkedu tak tahu nak buat apa. Akhirnya dia hanya mampu beransur pergi.
"What the fuckkk" balas Nana perlahan.
"Ini tak boleh jadi! Jom teman aku jumpa jantan tu." sambung Nana geram. Kalau ikutkan hati, nak je dia hentak kan Azim jikalau ada di depan matanya sekarang.
"Dah lah. Takpe... Aku redha. Mungkin bukan jodoh aku" Aisyah mengeluh lembut. Dia sedar, walau apapun salah Azim, namun dia tahu, dia ada batas yang perlu dijaga. Lelaki itu, dah nak jadi tunangan orang. Tak elok kalau dia ganggu. Biarlah dia sendiri yang angkat kaki. Nana memandang rakannya. Aduh apa lah baik sangat kau ni Aisyah!
"Kau okay ke ni? Serius lah?" tanya Nana. Risau dengan rakannya ni satu.
"Okay kot.. I mean I will be okay. Cuma aku kena susahkan kau lah lepas ni. Teman aku pulak hahaha" lawak Aisyah sambil memegang tangan rakannya itu. Nana menyambut perlahan.
"No hal lah babe. Kau nak ajak aku pergi mana, cakap je. Aku temankan. Tapi kau lah yang bayar hahahaha"
"Cis. Yelah yelah hahahaha"

[VIP room]
"Waitress, apa yang bising sangat dekat luar tu?" soal Tengku kepada seorang pelayan wanita. Mereka kini sedang menjamu selera dalam room VIP. Kedengaran suara tangisan yang kuat di luar bilik itu. Orang nak makan pun tak senang!

"Ouh sorry for inconvenience sir. Ada sedikit masalah di luar. But semuanya dah settle. Enjoy your food sir." balas pelayan itu dengan mesra. Mestilah! Tetamu VIP kot! Tengku mengangguk tanda faham. Pelayan itu berlalu pergi tatkala kerjanya sudah selesai.

"Tambahlah lauk umi ayah, sedap ni." Tengku mengambil udang masak butter lalu meletakkannya ke dalam pinggan umi dan ayahnya.
"Thank you sayang" balas uminya. Walaupun anaknya sudah mencecah 30 an. Namun, dia lebih gemar memanggil anaknya dengan panggilan sayang. Lebih manja! Ayahnya di sebelah tersenyum manis. Kelihatan bahagia kedua pasangan di hadapannya ini. Jealous aku!

"Umi, Ayah ada nak pergi mana-mana tak? Nabil bawakan. Nak gi jalan-jalan ke? Lama kita tak keluar sama-sama" tanya Nabil setelah membayar.
"Umi nak balik sayang. Ayah pun dah tak larat ni. Lagipun dah nak lewat malam. Nanti-nantilah kita keluar lagi ye?" balas Uminya. Nabil memandang sekeliling cafe itu, ingin mencari kelibat budak kecil yang memekak tadi. Takde pulak. Eh kejap! Matanya tertangkap satu kelibat yang amat dikenalinya! Kalau tak silap....

"Sayang. Sayang! Tengku Nabil! Umi tanya ni. Dengar tak?" soal Umi sambil menggoyangkan tangan anaknya itu. Eh apa yang di sibukkan sangat. Dua kali orang tanya tak menjawab.
"Eh hah? Hah? Haaaa ye ye okay umi. Nanti Nabil call Pak Zam ambil umi dengan ayah. Nabil baru teringat ada kerja sikit dekat office" balas Nabil. Dia tak dengar pun ada yang uminya bebel kan tadi. Matanya sibuk mencari kelibat perempuan tu. Mana ni? Tadi ada! Hish hilang pula. Telefon di poket seluar dicapai dan no Pak Zam didail.
"Hello Assalamualaikum Pak Zam. Boleh tak ambilkan umi dengan ayah dekat sini. Nanti saya hantar location. Saya ada kerja sikit dekat office." tipunya! Walhal dia nak mencari kelibat perempuan yang pernah menyakitkan hatinya tu. Telefon dimatikan.
"Jom umi ayah, kita tunggu kat luar. Pak Zam otw tu. Nabil temankan eh" sambung Nabil sambil memimpin tangan umi dan ayahnya. Mereka menuju keluar bersama menuju ke pintu masuk utama. Selang 10 minit menunggu, kereta BMW berwarna putih berhenti di hadapan mereka. Nabil memimpin umi dan ayahnya masuk ke dalam kereta.

"Sayang balik tak malam ni? Ke tidur apartment lagi?" soal uminya.
"Hurm rasanya apartment lagi kot umi. Dekat sikit dengan office. Nanti Nabil ada masa free, Nabil datang rumah eh. Jaga diri elok-elok. Sayang umi ayah"

Setelah kereta itu berlalu pergi, dia terus ke dalam mall dan mencari kelibat perempuan itu tadi. Mana ni? Cis! Terlepas lagi. Takpe ada hari kita jumpa lagi. Siap kau.

I don't know why, the paragraph keep changing. I tried to change it back. But it doesn't change. Is it just me, yang pelik? Sebab I try baca novel other's but still pelik. Macam bab ke bab tu pelik. Tak full screen. If anyone alami benda yang sama. Can you comment below? Thank you <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience