Bab 43

Fanfiction Series 42303

Beberapa butir peluru dimasukkan ke dalam magazine. Dia menghalakan pistol jenis glock ke arah target shooting. Slide ditarik dan beberapa das tembakan dilepaskan. DUM! DUM! DUM! DUM! DUM! DUM! DUM! DUM! DUM!. Boy di sebelah hanya memandang Nana dari belakang. Suasana ruangan bawah tanah itu bergema dengan bunyi tembakan oleh Nana. Dia dah suruh guna silencer, tapi pandangan tajam pula yang mendapatnya. Dia tahu, Nana sekarang betul-betul bengang dengannya, atau lebih tepat lagi dengan 'lelaki' itu. Beberapa kali dah mereka terlepas. Nana menjatuhkan tangannya.
"Boy..Boy...kenapa kau sekarang macam ni?" soal Nana dengan nada sinis. Boy hanya terdiam sepi. Kang kalau dia menjawab, lagi teruk kena. Baik dia diam je.
"I'm asking you...!!!" jerit Nana lalu mengacukan pistol ke arah Boy. Boy tergamam namun reaksi yang diberikan kepadanya hanyalah reaksi yang tenang.
"Well well... Kau ingat aku tak berani ke?" terus picu ditarik dan tembakan dilepaskan. DUM!!!
***Cawan air kopi yang baru sahaja ingin sampai pada bibirnya tertolak sedikit akibat terkejut dengan kehadiran Elisya di muka pintu. Isyh perempuan ni! Takde adab ke? Dia meletakkan cawannya kembali ke atas piring. Beberapa helai tisu diambil dan dilap pada baju kemeja putihnya yang telah berubah warna menjadi tompok kopi. Dia mendengus. Nasib baik lepas ni takde meeting!
"Opss sorry babe... I tak sengaja. Meh sini I lapkan untuk you." terus Elisya mendapatkan Tengku di atas kerusi. Dia mengeluarkan kain dalam beg dompetnya lalu di lapkan ke baju Tengku. Disebabkan Tengku sedang duduk, terpaksa lah Elisya membongkokkan dirinya sedikit. Tengku terpaku diam. Dia segera mengalihkan pandangan setelah terlihat lurah dada milik Elisya sebentar tadi. Elisya pula tersenyum sinis melihat wajah Tengku membahang. Takkan macam ni je dah lemah?
"Yow broo... Aku dah dapat information Nana yang kau nak." sampuk Azmir yang baru sahaja membuka pintu. Matanya tertangkap dua figura yang di hadapan nya. Ops! Dia salah timing ke?
"Nana? You mean... Dr Nana?" soal Elisya lalu bangkit kembali. Tengku menjeling. Sibuk je nak tahu! Ni lagi sekor tak reti ketuk pintu dulu sebelum masuk!
"Bak sini file tu..." arah Tengku. Azmir terus berjalan ke arahnya dan memberikan file berwarna hitam tersebut. Baru sahaja ingin membuka file, Tengku menjeling ke sebelah. Dilihat wajah Elisya dengan pandangan annoy.
"Yang ni nak sibuk juga kenapa?" soal Tengku lagi. Elisya terkumat kamit nak menjawab.
"Errr er.... Tak I cuma nak ajak you dinner dengan I. Itu aje." jawab Elisya. Dia sebenarnya nak tahu apa information pasal Nana. Lagipun kenapa Tengku nak tahu sangat pasal Nana? Apa hubungannya dengan Nana? Pelbagai soalan menerjah ke mindanya sekarang ini.
" Tak tak.. Aku dah makan." jawab Tengku nak tak nak lalu melambaikan tangannya menyuruh Elisya pulang.
"Takpe.. I tunggu you. You settle kan lah kerja tu dulu." sambung Elisya lagi lalu melabuhkan duduknya di atas sofa. Tengku membuntangkan matanya. Dia ni tak faham ke atau buat-buat tak faham? Belum sempat Tengku bersuara, Azmir menyampuk.
"Takpun macam ni, Elisya. Tengku Nabil ni lambat lagi kerjanya nak siap. Takut tak sempat dinner kang,terus ke breakfast. Apa kata saya mintakan PA saya hantarkan Miss Elisya pulang dulu? Lagipun bahaya malam-malam macam ni." terang Azmir lagi. Kalau biarkan Tengku yang menjawab, memang terasa perempuan tu. Bukannya dia sukakan Elisya, dia pun tak sukakan perempuan tu setelah apa yang dilakukan olehnya dahulu pada Tengku. Namun dia waras lagi untuk menghormatinya sebagai seorang wanita. Tak macam laki ni! Dia menjeling Tengku di sebelahnya.
"Hurmmm kalau macam tu. Okaylah. Next time ye. I balik dulu. Bye babe" kata Elisya sebelum melangkah keluar meninggalkan mereka berdua.
"Yang kau dah kenapa? Suka kat dia ke?" tanya Tengku dengan perlian setelah Elisya hilang dari pandangan. Dia membuka file di tangan.
"Eh kau gila ke? Bukan taste aku tu!" jawab Azmir pertahankan dirinya. Tu kalau buat jumpa mak dia kat kampung, belum sempat buka mulut dah kena lanyak dengan kuali. Fuhhhhh minta dijauhkan.
"Btw untuk dapatkan information Nana ni, aku terpaksa guna jalan haram tau kau tahu. Punya lah susah nak dapatkan kisah dia ni. Nasib baik aku tak kena potong dengan along-along cina. Fuh! Memang bahaya taste kau ni." sambung Azmir lagi. Memang betul! Selalunya senang sahaja informasi sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh Tengku. Namun tidak pula pada seseorang ini, memang susah. Sehingga dia terpaksa upah orang sana sini dan guna jalan 'haram' untuk mendapatkan maklumat. Tu pun sikit je dia dapat. Bolehlah dari takde apa-apa! Tengku membaca bait-bait di file tersebut.
"As you can see... Yes memang kes Mawar tu pernah jadi dulu. After that case, Mawar terus di transfer sekolah di UK. And setahu aku memang selama ni takde problem apa-apa. Plus, maybe takde problem sebab Brian kot. Brian ni or dikenali as Boy, dia yang jaga Mawar selama Mawar kat UK. Aku tak tahu lah kenapa. Tapi baru-baru ni, Nana pergi sendiri ke UK untuk ambil Mawar bawa balik Malaysia. Kemungkinan dia cuba bawa lari Mawar kot. And lelaki yang kita nampak dekat mall pagi tadi tu, kemungkinan suspek yang dicari mereka. "terang berjela Azmir lagi. Tengku hanya mengangguk faham.
" Tapi kan... Case apa sampai kena hantar sana sini? " soal Tengku lagi.
"I guess... Rape case. But for further information memang tak dapat. Aku agak pun sebab after that case, Mawar rujuk pada psychiatric and disahkan ada PTSD. Betullah apa yang kau kata. Dia ada post traumatic stress disorder. Mungkin disebabkan kes tu, dia jadi macam pagi tadi. Meracau tak tentu pasal. Unless, ada yang triggered dia lah. And plus lagi... Aku baru je dapat this information memang power gila lah. Kau kena naikkan gaji aku 50%. Gerenti nya! "tambah Azmir lagi. Tengku memandang wajahnya. Informasi apa yang sampai boleh naik gaji ni?
" Jeng Jeng Jeng...... Keluarga Nana kau tengok jekan kat Malaysia ni macam biasa-biasa je. Ayahnya Dato Keith just macam business man biasa-biasa je. Masa first perjumpaan kau dengan Nana dekat ballroom hari tu, aku dah pelik tau. Kenapa family dia ditempatkan kat VVIP bukannya VIP macam kita. Apa taraf dia orang kan? Rupanya keluarga dia orang ternama gila dekat luar negara. Cuma kita je yang tak tahu. I mean kalau kau geledah satu persatu, tahu lah kan. Aku tak tahu nak cakap macam mana, but kalau mention their family, mostly orang akan tunduk or lebih tepat lagi, takut. " terang Azmir lagi dengan bangga. Bukan senang nak capai keputusan macam ni. Mujurlah dia ada skill yang orang lain tiada. Tengku bermadah dalam hatinya sendiri....takut? Apa yang ditakutkan sangat? Kenapa sampai kena hantar Malaysia kalau dekat UK keluarganya berpengaruh kuat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience