Bab 66

Fanfiction Series 42303

Telefon yang berdering membingitkan telinganya. Dia menekup kedua telinganya menggunakan tangan. Bising dengan bunyi telefon yang entah dari siapa. Bertambah serabut dirinya sekarang ini. Ditambah pula dengan Tengku Nabil. Dia hampir menjadi separa gila. Kali ke 7 telefonnya berbunyi, dia merentap telefon di atas katilnya dengan geram. Butang hijau ditekan tanpa memandang siapa penelefonnya. Memang diagak, seminggu ini kerjanya semua tertangguh. Pasti telefon itu daripada manager dia. Tidak pun dari mommy nya.
"I SAID NO.. IT MEANS NO. STOP DISTURB ME!" jerit Elisya di corong telefon. Bergema satu ruangan apartment nya. Harapnya dengan jeritan itu dia menjadi lega, namun hampa. Tidak sama sekali!
"Wooo relax.... What's wrong huh?" soal seorang lelaki menjawab panggilan Elisya. Walhal dia baru sahaja mendail nombor wanita tersebut. Tiba-tiba di jerkah olehnya. Jika bukan sebab.... Takde maknanya dia nak melayan karenah perempuan gila ini. And jika bukan disebabkan dia jugalah, Elisya takkan semaju ini sekarang. Menjadi salah satu model antarabangsa yang terkenal dengan kemewahan dan kecantikan.
"You...?? How you get here?" terus berubah intonasi Elisya sebentar tadi. Riak muka wajahnya bertukar sepi. Dia melihat ke skrin telefon. Dia? Telefon di lekatkan kembali ke telinganya. Duduknya dibetulkan.
"Let's meet up. Old place." jawab sang lelaki itu lalu mematikan panggilan telefon. Elisya termenung. Setahunya lelaki itu telah lama menghilangkan diri. Kenapa dia tiba-tiba pulang ke Malaysia kembali? Ada apa yang tidak kena? Rasanya dia tidak membuat apa-apa 'masalah'. Atau dia ada buat namun terlepas pandang? Kukunya digigit. Dia berasa anxiety. Pelbagai persoalan berada di minda sekarang ini.
***Bunyi dentuman lagu yang bising dan bergema melantun masuk berderu ke dalam telinganya. Matanya masih cuba menangkap figura yang dicarinya. Dia kenal. Dia ingat. Dia cam segala ciri-ciri lelaki tersebut. Lelaki yang membawa dia ke dunia yang dia inginkan. Sekali sekala badannya bergesel dengan wanita dan lelaki yang sedang sibuk menari di dalam club malam itu. Dia rimas! Kebiasaannya dia lebih gemar ke club malam private. Baginya lebih selesa. Biarlah bayar mahal pun, janji dia puas! Kalau tak disebabkan si lelaki itu minta berjumpa dengannya disini, takdenya dia ingin melangkah ke tempat sesak sebegini. Pap! Heels yang dipakainya dipijak oleh seorang wanita yang sibuk menari di sebelahnya. Dia memandang ke arah heels nya. Wajahnya mencuka menahan marah! Perlahan anak matanya diacukan ke arah wajah perempuan tersebut. Dia menghela nafasnya dengan kasar. Rambut diruap ke belakang. Kelihatan perempuan itu masih mabuk. Dahlah langgar orang, sorry pun takde? Dia mencekak pinggang. Tangan menarik kasar bahu wanita tersebut.
"Hey!! Don't you have manner?!" jeritnya. Dia memandang tajam wanita di hadapannya ini. Mujurlah club malam ini sesak dengan manusia dan dipenuhi dengan cahaya lampu. Tidak adalah yang mengecamnya. Bolehlah dia buat hal. Tangannya ditepis kasar oleh perempuan tersebut. Perempuan itu memalingkan badannya lalu sambung menari. Darahnya kembali menggelegak. Dia menarik nafas sedalamnya. Tangan dinaikkan dan dia menarik rambut perempuan tersebut dengan sekuat hati. Terdengar jeritan suara daripada perempuan tersebut. DJ yang perasan segera menghentikan lagu yang diputarnya. Beberapa orang segera menjarakkan diri mereka daripada Elisya.
"Aku tanya! Kau ni takde manner ke!!! Dah langgar tak reti say sorry ke!! Apa bodoh sangat kau ni hah?!" jerit Elisya lagi. Matanya penuh dengan amarah. Padahal bukanlah hal seberapa pun. Cuma dia terbawa emosi dan jumpa pula tempat melempiaskan marahnya.
"Bila.. Aku... Tanya... Jawab..." setiap kali Elisya bersuara, setiap kali itu jugalah tangannya menampar pipi perempuan tersebut. Kedengaran suara perempuan itu minta dilepaskan.
"Faham tak?!" tamparan terakhir dilepaskan. Dia menolak badan perempuan itu menjauhinya. Tangan di tepuk-tepuk ibarat menepuk habuk kotor di tangan. Dia menjeling perempuan tersebut yang telah terbaring di lantai. Kelihatan bibir perempuan itu pecah ditampar olehnya. Dia kisah apa. Janji aku puas! Elisya membetulkan bajunya lalu bergerak melangkah pergi.
"Hey miss.. You can't be here.. Please get out right now" sampuk seorang bodyguard yang memegang bahunya dari belakang. Belum sempat Elisya bersuara, terdapat satu suara lelaki menjawab.
"She's here.. With me.." jawab sang lelaki tersebut sambil memegang tangan bodyguard. Elisya memusing kan badannya. Dia melihat sosok yang dicarinya dari tadi lagi. Senyuman terukir di bibir saat melihat wajah itu. Bodyguard itu terus melarikan diri saat melihat sang lelaki tersebut.
"Wow... Impressive! Well I guess no need to ask how's you being..hahahha" tegur sang lelaki itu yang segak berbaju kemeja hitam yang di tuck dalam seluar slack. Sebelah tangannya memegang secawan air berwarna kecoklatan. Elisya mengagak itu adalah arak.
"Well.. You too... Lama tak jumpa." jawab Elisya sambil memeluk lelaki di hadapannya ini. Mereka berdua berbalas pelukan.
***"So why are you here?" soal Elisya saat melabuhkan duduknya di hadapan lelaki tersebut. Kini mereka berdua berada di meja yang agak tersorok dari keramaian. Privasi katanya. Dia mengambil secawan wine dan di teguk sedikit. Kelihatan lelaki tersebut sibuk memandang sosok wanita yang sedang menari di pentas.
"You know... These girls... Are all the same." ujar sang lelaki tersebut. Dia meneguk sedikit air dicawan.
"They want someone to please them... To give them money. To give them pleasure. And to give them luxurious things..... Including... You." sambung lelaki tadi. Dia meletakkan cawan dan memandang Elisya di hadapan. Tangannya dipaut pada lututnya yang disilangkan. Elisya menggenggam tangannya. Geramnya ditahan.
" But to get all of this.. You need to give something in change... Right? " tambah lelaki itu lagi. Dia tersenyum sinis.
" How's your project Elisya?" soal lelaki itu. Dia memandang tepat anak mata Elisya di hadapannya ini. Walaupun samar, namun dia masih dapat melihat cahaya kemarahan dari Elisya.
"Well...its great. So far." jawab Elisya perlahan. Dia tahu... Dia ada buat silap. Tertunduk dirinya kini. Tak berani memandang anak mata lelaki tersebut. Terlalu tajam.
"Yes it is... Shouldn't I get something in return? Hm?" soal lelaki itu lagi. Namun kini dengan nada tegas. Tiada senyuman terukir. Elisya masih tunduk tekur memandang lantai. Elisya terasa si lelaki itu duduk di sebelahnya. Lehernya terasa ada tangan memicit-micit belakang tengkuknya. Dia menelan air liur.
" Get your work done Elisya... Get your work done! I've give you anything you want! I just need you to get you fuckin job done! And one more thing... Sekali lagi aku tahu kau usik perempuan tu, siap kau!!" tegas lelaki itu sambil mencekik leher Elisya. Tercungap Elisya mencari nafas. Dalam kesamaran dia mencuba mencari wajah lelaki itu, meminta kemaafan.
" I... I'm... I'm soryy...uhuk" ujar Elisya. Sang lelaki itu melepaskan cekiknya . Dia membetulkan rambut Elisya yang menutupi wajahnya. Senyuman diukir pada wajahnya.
"Dont let me hear those words again. I hate sorry." ditepuk pipi Elisya beberapa kali sebelum melangkah pergi. Saat kelibat lelaki itu tidak kelihatan, Elisya menjerit sekuat hati.
"FUCKKKKKK!!!! ARGHHHHHHH" jeritnya lagi lalu menghempas kan segala cawan dan botol arak di atas meja. Habis semua pecah dan sepah. Namun tiada seorang pun berani mendekatinya. Dia cuba mengambil nafas. Dadanya berombak panas. Shit! How did he knows?! Tangannya menghentak meja kaca dengan kuat.

Hye guys! Alhamdulillah saya makin pulih. Cuma kadang-kadang ada rasa tak sedap badan. Terima kasih untuk semua yang mendoakan saya. Semoga ramadhan ini menjadi ramadhan yang berkah untuk anda semua! Selamat menyambut puasa <3 dari Beauty!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience