Dia terbangun. Deruan nafas yang agak kuat menderu masuk ke dalam rongga hidungnya. Dadanya berombak kuat. Peluh di dahi diseka dengan tangannya. Dia melihat di sebelahnya, Tengku Nabil masih elok tidur. Tidak terusik sedikit pun. Penat mungkin. Perlahan dia melepaskan nafas lega. Mujurlah dia segera sedar dari mimpi buruk tadi. Dentingan notifikasi dari telefonnya berbunyi menandakan ada message masuk. Perlahan dia menolak selimut yang menutupi separuh badannya. Kakinya di atur menuju ke arah tandas. Setiap langkahnya diatur perlahan, tidak mahu mengejutkan tidur suaminya. Esok Tengku Nabil perlu berangkat ke office, lainlah dirinya, esok hari cuti. Pintu bilik air ditutup perlahan. Dia menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. Telefon miliknya dibuka. Notifikasi message dari nombor luar negara menarik minatnya. Namun, bukanlah scammer seperti yang diagak, cuma satu nombor yang familiar baginya. Setiap bait message dibaca. 'I've got some information for you. Can you fly here?'. Dia mengetapkan bibirnya. Macam mana nak cakap dengan Tengku Nabil? Satu rahsia yang dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin mengungkapkan kepada suaminya. Dia bermundar mandir di dalam tandas. Cuba memikirkan cara. Aduh kenapa otak aku tak berfungsi pula ni? Nana mengetuk kepalanya berulang kali. Manalah tahu itu salah satu cara membuatkan otaknya bangun. Ketukan di pintu menyedarkannya. Alamak!
"Sweetheart... Are you okay?" soal Tengku Nabil dari luar. Nana mengetapkan bibir. Aduh. Macam mana dia boleh terbangun ni?
"Hah yes yes... I'm okay. Sakit perut sikit lah abang. Kejap eh." jawab Nana. Dia berlari anak menuju ke toilet dan menekan flush. Berderu bunyi air turun ke dalam mangkuk tandas. Sebelum keluar, dia membasahkan tangannya. Biarlah nampak macam professional sikit berlakon tu. Kunci bilik air dibuka dan pintu dikuakkan sedikit. Kelihatan wajah mamai suaminya di muka pintu.
"Sorry.. Nana buat abang terbangun ke?" ujar Nana. Dia mendongak sedikit ke atas. Cuba untuk memandang anak mata suaminya. Pinggangnya dirangkul kemas.
"Nope... Its sokay. Abang just terkejut sweetheart tiba-tiba hilang." jawab Tengku Nabil sambil menarik Nana untuk kembali ke katil. Matanya kian memberat.
"Come..." ujar Tengku Nabil lagi sambil menarik badan isterinya mendekati dia. Terasa tangan sasa milik suaminya melingkari badannya. Kini dia di dalam pelukan hangat Tengku Nabil. Detak jantung Tengku Nabil yang agak kuat memasuki gegendang telinganya.
"Let's us have some sleep..." tambahnya lagi. Beberapa detik selepas itu, tiada lagi suara dari suaminya. Nana mendongak sedikit. Kelihatan Tengku Nabil kembali terlena. Dia mendiamkan diri. Bagaimana ingin memberitahu suaminya yang dia perlu ke UK? Apa alasan yang patut diberikannya? Sibuk memikir, akhirnya dia kembali lena bersama pelukan hangat suaminya. Biarlah esok yang menentukan. Kini, berikan dia masa dan ruang untuk bersama suami tercinta.
***"Sweetheart, breakfast's ready". Kedengaran suara jeritan kecil sang suami. Dia memandang ke arah cermin di hadapan. Okay siap. Selepas je bangun dari tidur, memang menjadi rutin Tengku Nabil menyiapkan sarapan untuk mereka berdua. Melainkan, kalau suaminya terasa ingin makan masakannya. Kakinya diatur melangkah keluar menuju ke dapur. Kelihatan beberapa pinggan telah tersusun. Penuh aneka makanan yang disediakan.
"Wowwww sedapnya bau. You're the best!" ujar Nana. Siap dengan thumbs up. Dia melirikkan senyuman manis.
"Of course lah you're handsome husband is the best! Let's have a seat." jawab Tengku Nabil sambil menarik kerusi untuk sang isteri. Sempat ciuman di berikan pada dahi mulus milik Nana.
"Thank you abang" tambah Nana lagi. Setiap hari, mesti salah satu kewajipan buat mereka berdua untuk bermanis muka. Kata Tengku Nabil, itulah salah satu cara untuk mengeratkan ukhwah antara mereka berdua. Nana pun hanya mengikut sahaja. Asalkan perkara itu perkara yang baik untuk mereka berdua. Kunyahan pertama dimulakan. Sedapnya nasi goreng kampung ni.
"Hmmmmmmm it's very very vert verryyyyy good!" puji Nana. Dia menyuap lagi kunyahan kedua ke dalam mulut. Terkebil mata di pejam menikmati keenakan masakan Tengku Nabil.
"Slowly... Nanti tercekik sweetheart" ujar Tengku Nabil lagi. Setelah melihat isterinya memulakan makan, dia pun mula makan. Nana berdehem. Cuba mengambil kekuatan. Nak taknak dia perlu juga cakap dengan si suami. Ini untuk kebaikan mereka semua. Tambah lagi dia kerap mengalami mimpi-mimpi buruk. Macam... Petanda baginya. Jadi dia perlu selesaikan semua ini dengan cepat. Dia taknak ada yang terkorban seperti di dalam mimpi yang dialaminya.
"Abang... I've something to say.." kata Nana lalu meletakkan sudu dan garfu di tepi pinggang. Dia menarik nafas. Memandang wajah suami tercintanya. Tidak sanggup rasa kehilangan sang suami. Walaupun itu hanya mimpi, namun gambaran yang terlalu jelas amat menakutkan dirinya.
" Yes sweetheart? Kenapa tu? Macam serious je gayanya." jawab Tengku Nabil. Dia pun meletakkan sudu dan garfu. Memberi sepenuh perhatian kepada Nana.
"Macam ni... I need to go to UK. For awhile. University Mawar have something to told me. But they need me to be there. Can I go?" tipu Nana. Dia tak sanggup lagi membuka cerita sebukanya kepada Tengku Nabil. Sememangnya dia telah mempercayai lelaki itu. Namun lebih selamat lagi jika lelaki itu tidak melibatkan diri dalam hal ini. Bahaya. Tengku Nabil bukannya tergolong dalam 'dunia' dirinya. Biarlah 'dunia' nya hanya dia sahaja yang tahu.
"UK? Diaorang tak boleh settle through any kind of media ke? Email? Faks? Or anything? Jauh sangat tu sweetheart." tanya Tengku Nabil. Pelik juga dirinya. Takkan lah sampai kena ke sana juga? Sekarang zaman moden. Semua boleh diselesaikan dengan hujung jari. Dia mengerutkan dahinya.
" No... I mean they need me to sign a few documents. It's need to be done ASAP. And right there." terang Nana lagi. Dia menelan air liur berulang kali. I'm so sorry abang, I've to lie. Dia memandang wajah Tengku Nabil. Cuba memujuk.
"Do you need me to accompany you?" soal Tengku Nabil lagi.
"Kalau sweetheart nak, abang boleh ambil cuti. Alang-alang tu kita boleh honeymoon." tambahnya lagi. Dia menggenggam tangan mulus milik Nana. Mukanya menunjukkan riak wajah gembira. Tak sanggup rasa nak berjauhan dengan isteri tercinta.
"Noooo... You can't. Even though, abang tu CEO of company. Tapi tak boleh lah ambil cuti untuk benda macam ni. Plus, you have a big project to do right? Don't worry lah. Lagipun, Nana pernah ke sana. So Nana familiar dengan kawasan sana. Nana janji. Tak lama pun pergi. Lepas je habis sign documents, Nana terus ambil flight ke Malaysia. Promise. " pujuk Nana lagi. Siap buat pinky promise. Tengku Nabil mencebik. Hmmmmm.
" How many days? "soalnya. Perlahan Nana mengangkat lima jarinya. Senyuman diukir.
" FIVE DAYS?! "jerit Tengku Nabil. Terbuntang matanya. Lamanya!
" Tak lama pun lah! Sekejap je. Abang pejam celik pejam celik dah lima hari. Bolehlah eh... "pujuk Nana lagi. Dia tahu suaminya ini tak boleh berjauhan walaupun satu hari. Mesti meroyan.
" Banyaklah pejam celik. Abang ni pejam celik pejam celik, sweetheart takde dekat sebelah abang. How can I survive? Five days pula tu! " rajuk Tengku Nabil.
" Bawalah abang sekali... Hmmmmm" rayu Tengku Nabil. Siap buat muka manja lagi. Hah kan dah kata! Kalau dengan Nana je mesti childish dia keluar. Tapi, comel!
"Nopeeee... Big project. Remember?" tegas Nana lagi. Dia kalau boleh taknak bawa sang suami. Pekerjaan ini terlalu bahaya untuk dia. Walaupun Tengku Nabil adalah seorang lelaki. Namun, ini bukanlah skop yang dikuasainya.
"Hmmmm yelah yelah. Abang izinkan. Ingat, 5 days sahaja. Plus, you need to call me everyday. Morning, afternoon, evening and night. That's a deal. And also, send me a pic.... I'm gonna miss you." Tengku Nabil bersetuju. Nana mengukir kan senyuman.
"YEAY! Thank you abang.!" jerit riang Nana.
"Aip. Thank you je. Ini sini." usik Tengku Nabil siap menunjukkan ke arah pipinya. Minta dicium oleh Nana.
"Kalau sweetheart taknak sini... Sini pun boleh" usik Tengku Nabil lagi. Jarinya ditukar arah kepada bibirnya. Nana membuntangkan matanya.
"Abanggggggggg!!!!"
Share this novel