Bab 65

Romance Series 279904

Sebulan kemudian...

Shanaya berdiri bercekak pinggang di hadapan Hana yang duduk menyiapkan nota di dalam kelas waktu rehat.Hana mendongak.Raut Shanaya serius tetapi mulutnya tidak berhenti membebel.Dia meletakkan sebungkus nasi lemak dan kuih-muih di hadapan Hana.Tanpa disuruh,Shanaya merampas pen pada tangan Hana dan mengemas meja.

“Jangan beria sangat study.Makan ni.Habiskan ya?Jangan buat anak saudara dalam perut kah tu kelaparan,”bebelnya sambil menepuk perlahan perut Hana yang masih belum begitu jelas bentuknya.

Hana tersenyum kecil. “Aku dah makanlah.Berat badan aku pun dah naik sikit ni.Bising nurse nanti berat naik banyak.Kau tengok pipi aku ni.Makin kembang dan berisi."Hana mencubit perlahan pipinya sendiri.

Shanaya mendengus."Pedulilah nurse nak bising asal kita happy.Aku yang tak mengandung ni isi mengalahkan orang mengandung.Haa.. tengok ni.Lemak sana, lemak sini.Aku happy je."Dia ketawa sendiri sambil memicit perutnya.

Jenaka Shanaya mengata tubuh badan sendiri mencuit hati Hana.

Tiba-tiba,langkah seseorang menghampiri membuatkan ketawa mereka terhenti.

Arshad.

Langkahnya perlahan.Riaknya tenang tetapi jelas ada sesuatu yang berat di sebalik mata itu.

Shanaya secara refleks berdiri rapat di sisi Hana.Dia tidak berganjak walau seinci.Bukan kerana cemburu tetapi kerana naluri ingin melindungi.Hana sedang hamil, dan Shanaya mahu jadi saksi mata dan telinga untuk apa sahaja yang bakal berlaku.

Suasana menjadi sunyi.

Arshad berhenti beberapa langkah di hadapan mereka.

“Hana…” panggilnya perlahan.

Hana mengangkat wajah. “Ya?”

Arshad menarik nafas panjang sebelum berkata, “Tahniah.”

Hana terkedu.

Nada suara Arshad sayu tetapi ikhlas.

“Untuk perkahwinan awak dan untuk baby yang bakal lahir,"ucap Arshad.Satu sekolah sudah tahu yang Hana sedang hamil dan isteri Airil.Khabar kehamilan Hana sedikit sebanyak mengundang rasa menyerah dan berdamai dengan takdir.

Arshad menghulurkan sebuah beg kecil.Hadiah yang sederhana dibalut kemas.

“Hadiah untuk awa.Tak seberapa,”katanya. “Anggap saja tanda ikhlas.”

Hana menyambut perlahan."Terima kasih, Acad."

Arshad tersenyum nipis sebelum menundukkan pandangan.

“Saya nak minta maaf,”sambungnya.“Sebab selama ni saya berkasar dan suka mendesak awak menerima awak."

Hana menggeleng cepat."Saya tak simpan apa-apa di dalam hati."

“Saya mula sedar yang kita memang tak ada jodoh.Sepatutnya saya perlu menyerah diri dari awal lagi tetapi hati saya menidakkannya walaupun saya tahu peluangnya tipis.Maafkan saya atas keegoan saya.Seri kebahagiaan pada wajah awak semakin terserlah apabila awak bersama Airil.Dan..Saya nampak sendiri bahawa awak dan Airil saling mencintai."

Kata-kata itu keluar tanpa pahit.Hanya pasrah menyelimuti jiwa.Hana membisu.Dia tidak tahu untuk membalas rasa pahit yang dirasai Arshad.Mereka pernah berkasih sayang tetapi separuh jalan.Takdir bukan milik mereka.Ada simpati yang menjentik hati Hana.Dia sekadar menunduk.

“Saya undur diri.Saya faham sendiri yang cinta saya selama ni cuma bertepuk sebelah tangan.”

Shanaya menggigit bibir menahan emosi hiba itu.Arshad datang dengan seribu satu luka untuk meleraikan kemelut jiwanya dan Hana.Cukup sekadar menjadi pendengar setia yang menghayati kesayuan itu.

Hana menarik nafas dan membalas lembut. "Saya maafkan semua.Saya pun minta maaf saya menyakiti awak,memberi harapan palsu dan menolak awak mentah-mentah.Maafkan,saya."

Arshad mengangguk.Dia telah reda dengan ketentuan.Hana menerima baik permohonan maafnya membuatkan dadanya berasa lapang."Acad tak ambil hati.Acad gembira dapat selesaikan masalah kita sebelum STPM.Tenang jiwa Acad nak jawab exam nanti."

Hana mengangguk."Kita masih boleh berkawan macam biasa,”cadang Hana ikhlas.

Arshad menggeleng perlahan.“Tak, Hana.Cukuplah Acad mengenali Hana Qaisara sebagai pelajar satu sekolah saja demi mengelakkan rasa yang berbolak-balik dalam hati kita.Menjarakkan diri lebih baik.Tidak perlu mengikat persahabatan jika ianya akan mengundang petaka dalam hidup kita kemudian hari."

"Saya dah belajar menerima takdir.Cukuplah Hana mendoakan saya bahagia dan bertemu jodoh sebenarnya."

Hana mengangguk dan memahami.Menjauhkan diri bukan bererti benci tetapi memelihara hubungan sesama manusia.Ada hati yang perlu dijaga daripada terus terluka.Hana akur.

“Saya doakan awak bahagia, Acad.”

"Saya pun sama.Saya doakan Hana kuat dan selamat melahirkan nanti,” balas Arshad sambil memandang perut Hana seketika.

Arshad melangkah pergi tanpa menoleh lagi.

Shanaya menghembus nafas panjang.

“Okay.Sekarang aku rasa lega sikit.”

Hana tersenyum, tangan mengusap perutnya perlahan.

Di sebalik semua yang telah berlalu, satu demi satu hati mula belajar melepaskan
dan menerima bahagia dalam bentuk yang berbeza.

****
Lampu meja memantulkan cahaya ke skrin komputer riba yang terbuka di hadapan Hana. Matanya merenung baris terakhir esei yang perlu disiapkan.Sekali-sekala dia menguap, menekup mulut dengan belakang tangan.

Tinggal satu ayat sahaja lagi.

Jarinya kembali laju menekan papan kekunci, menyambung sisa-sisa ayat dengan penuh fokus sehinggalah titik noktah terakhir ditekan.Hana bersandar pada kerusi dan menarik nafas lega panjang.

Selesai.Masa untuk beradu pula.

Jam di penjuru skrin menunjukkan pukul 10.30 malam.Jika dahulu,waktu sebegini masih terlalu awal untuk dia berhenti namun sejak hamil, tubuhnya cepat benar meminta rehat.Letihnya lain macam.Matanya pula mudah sangat terpejam.

Tiba-tiba terasa sentuhan hangat di perutnya.Airil berdiri di belakang.Kedua-dua tangannya mengusap perlahan perut Hana seolah-olah sedang menyapa penghuni kecil di situ.

Bibirnya rapat ke telinga isterinya."Cukuplah untuk malam ni,”bisiknya lembut."Berehat dulu kalau tak larat.Jangan paksa diri."

Hana tersenyum kecil.Dia menutup komputer riba lalu bangun dan berpaling memeluk Airil erat.Wajahnya disorokkan ke dada suaminya."Hana sayang abang,"ucap Hana bahagia.Bahagia Airil melayannya seperti seorang puteri.

Airil mengendong Hana bawa ke katil.Diletakkan Hana atas katil dengan berhati-hati.Matanya terpandang kotak hadiah yang masih berbalut indah."Hadiah siapa ni?"soal Airil.

"Eh,Hana lupa!Itu hadiah daripada Acad tadi."

Airil mengangkat kening sedikit.Ada sangsi yang singgah walaupun tidak ditunjukkan sepenuhnya.

Hana cepat menyambung.“Abang jangan fikir yang bukan-bukan.Dia bagi sebagai tanda minta maaf saja.Abang bukalah."

Airil pun merobek bungkusan cantik itu perlahan-lahan.Di dalam kotak kecil itu berisi sepasang sarung tangan dan kaki bayi berwarna biru cair.Comel.

Airil diam seketika.

Di bawahnya,terselit sekeping kad kecil.Hana membacanya perlahan nota yang berbunyi :-

Maaf atas semua salah dan silap.
Semoga Hana bahagia bersama keluarga kecil.
Selamat menghadapi peperiksaan.

Hana mendongak.“Abang cemburu ke?”

Airil tersenyum nipis.“Sikit.”

Hana ketawa kecil namun terhenti apabila Airil menyambung.“Abang tahu dia ikhlas.Dia ada jumpa abang.Minta maaf dan nak undur diri."Dia mengagumi keberanian dan keikhlasan hati Arshad memohon maaf dan minta perselisihan antara mereka dapat dihuraikan secara baik.

"Abang tak pernah beritahu pun," sampuk Hana.

"Abang beritahulah ni,sayang."

Hana menyimpulkan senyuman lagi."Jadi, abang memang tak marah la ni?"

Airil menggeleng."Tak.Buat apa abang nak marah?Abang bukan pendendam.Lagipun,dia anak murid abang juga.Tak lama lagi dia pun nak exam macam Hana.Biarlah dia jawab peperiksaan dengan hati yang tenang."

Hana mengangguk faham. Hana terus memeluk Airil erat.Wajahnya didaratkan pada dada Airil."Abang,Hana bersyukur sangat Allah beri Hana seorang suami yang baik.Apabila Hana fikirkan balik,indahnya aturan Allah untuk kita walaupun awalnya kita terpaksa kahwin.Besar hikmah buat kita,bang.Hana tak sangka dapat suami yang cukup lengkap dan yang paling penting sayang akan Hana dan anak kita,"luah Hana jujur.Itulah yang dirasakan kini.Rasa kesyukuran yang tinggi.Selama dia belajar dan berbadan dua,Airil tidak pernah mengabaikannya malahan sentiasa mengambil berat.

"Abang yang patut terima kasih sebab Hana sudi ceriakan hari abang yang malap selepas kematian ibu Aqeef."

"Dulu Hana ingat abang ni beku.Bekeng sangat di sekolah.Menyampah tau.Dah kahwin dengan abang baru Hana tahu abang ni permata yang dicari."

"Hana menyampah ke abang?Itulah orang tua kata jangan menyampah sangat,kan dah jodoh.Tak nak berenggang pula tu dengan abang," balas Airil.

Hana memeluk Airil makin kemas.Sayang hendak melepaskan dakapan hangat itu."Lagi satu,Hana ingat abang mati pucuk,"terus terang Hana mengusik suaminya.

"Amboi,sedapnya mulut cakap abang mati pucuk!Kalau abang mati pucuk,tak wujudlah mahkluk dalam perut sayang tu.Tak payah tunggu lama,baru sentuh sikit dan lekat baby. Harum subur mekar dia di dalam tu."Airil menyangkal telahan Hana dengan bukti dan fakta yang kukuh.

Hana tergelak."Itu dululah.Sebab abang menduda bertahun-tahun.Mula-mula kahwin,abang tak teringin pun nak sentuh Hana."

Hana meleraikan pelukan dan memandang suaminya.Dia berbaring mengiring menatap wajah suaminya.

"Siapa kata tak teringin?Abang je yang tahu betapa seksanya nak kawal diri abang ini.Sayang pula selamba je pakai seluar pendek, baju pendek.Haishh.."Giliran Airil pula mengakui rahsia dirinya yang dipendam dahulu.Terasa lucu.

"Ooo...Selama ini abang tergodalah kan dengan Hana tapi jual mahal?"

"Hmmm..Adalah juga abang curi-curi pandang.Nak terkam macam tak sampai hati tapi menyesal jugalah menolak awal-awal.Patut abang grab je,"jujur Airil tanpa berselindung.

Bibir Hana mengukir senyuman.Matanya merenung raut tenang suami yang dicintai.Kebahagiaan yang dikecapi ketika ini memberi keyakinan yang perjalanan hidupnya berada di tangan yang tepat.

****
Petang itu rumah Airil meriah dengan suara ketawa ahli keluarga.Ibu dan Irwan datang bertandang ditambah pula umi dan babah turut serta.Riuh-rendah jadinya.

Aqeef yang sejak tadi tidak senang duduk ulang-alik di ruang tamu tiba-tiba berhenti di hadapan Hana.Wajahnya berseri-seri, mata bercahaya seperti baru mendapat idea besar.

“Mommy,” ujarnya penuh semangat."Bila kita nak pergi beli barang baby?"

Hana ketawa kecil.“Awal lagi.Tunggu doktor scan jantina baby barulah kita beli barang baby."

“Alahai… mana boleh lambat!" balas Aqeef cepat. “Nanti orang lain sapu semua yang cantik-cantik.Tak ada baju untuk adik Aqeef nanti.Ala..mommy beli warna yang semua jantina boleh pakai."

Airil yang duduk di sofa hanya menggeleng sambil tersenyum."Weekend ni,” putusnya.“Ayah janji.Kita pergi sama-sama.”

Aqeef terus melonjak kecil."Yes!Aqeef sebagai abang sulung yang pilih ya."

Ketika itu, umi keluar dari dapur membawa sepinggan kuih kaswi dengan wajah yang penuh makna.Senyumannya hingga ke telinga melihat ahli keluarga berkumpul.

“Haa...Cakap pasal barang ni baby ni,tu babah beria ajak umi pergi beli katil baby semalam.Dah ada tersadai dalam bilik Hana.Semangat nak dapat cucu,"umi mencelah.

Hana memandang babah yang terkial-kial.Hendak mengaku malu pula dia yang nampak macam melebih."Saya bukan apa..Orang kata awal tak kalut.Beli sikit-sikit supaya tak ada yang tertinggal.Kita ni nak timang cucu sulung,lainlah sikit semangat tu.Ye dak?"kata babah.

Umi tersenyum lebih lebar.Bukan suaminya saja, dia pun tidak sabar menimang cucu sulung."Minggu depan jadi kan bang nak pergi beli baju baby pula."

"Umi.. Babah.. Janganlah susah-susah."Hana rasa bersalah.Macam-macam persiapan yang umi dan babahnya lakukan walaupun masih awal.Dia masih menumpukan perhatian dengan peperiksaaan STPM yang akan menjelma dua minggu lagi.Tidak sempat dia dan Airil membeli kelengkapan anak.

"Tak susah pun,Hana.Berhabis untuk cucu.Haa...Aqeef pun boleh ikut sekali.Atok nak belanja Aqeef baju juga.Daripada babah melepak kat kedai kopi tu,baiklah dia belanja cucu-cucu."

Hana terus sebak. Tangannya menutup mulut menahan emosi. “Babah… umi…”

Umi memegang tangan Hana.“Kamu jangan risau.Kamu fokus belajar dan jaga diri. Hal lain, biar kami sama-sama bantu.”

Airil memandang keluarganya satu persatu. Dadanya penuh rasa syukur.

“Kami beruntung ada keluarga macam ni,” katanya perlahan.

Aqeef menghampiri Hana dan menyentuh perutnya dengan berhati-hati. “Adik ni bertuah. Ramai orang sayang.”

Hana tersenyum, air mata jatuh tanpa dipinta.

"Aqeef pun untung sebab semua orang dalam rumah ni pun sayang Aqeef," kata babah sambil memeluk Aqeef.

Ibu Airil dan Irwan turut tersenyum."Tapi jangan lupa fitting baju ya,Hana.Tak apalah nampak perut pun.Majlis sanding tetap berjalan seperti yang dirancang.Ibu dan Wan dan uruskan segalanya."

Masing-masing ketawa.Dalam rumah itu.tiada lagi keresahan.Tiada lagi ketakutan.

Yang ada hanyalah debar menanti menanti tawa kecil.Menanti tangisan pertama dan menanti seorang insan kecil yang bakal melengkapkan kebahagiaan mereka semua.

-TAMAT-

Akhirnya..Maafkan Mj lama senyap.. Hilang idea bercampur sibuk.Thank you semua yang membaca novel ringkas MJ.Terima kasih yang menyumbang coi untuk penulisan MJ.Terima kasih menyokong.Siapa yang nak chapter tambahan,sila komen? hehehehe

Share this novel

Noor Mimi
2026-01-13 13:14:11 

nak lagi..extra..

rohasliza osman
2026-01-08 14:57:34 

thank ms j...nk lg

Lily Danissa
2026-01-07 18:49:49 

akhirnya tamat juga.. nak lagi kalau ada extra chapter..sbb rasa macam tak cukup.. nk jgk tau result stpm ok ke tak.. dapat baby boy ke girl.. apa pun nak lagi..?


NovelPlus Premium

The best ads free experience