Bab 61

Romance Series 272582

Bilik tidur Hana sunyi.Hanya bunyi pen bergeseran dengan kertas menemani malam itu.Kertas-kertas kajang berselerakan di atas meja berselang-seli dengan buku rujukan yang terbuka. Hana tekun menulis esei.Kepalanya menunduk tanpa sedikit pun menoleh ke arah pintu yang baru dibuka oleh Airil.

Airil berdiri sejenak di ambang pintu memerhati isterinya.Hana kelihatan gigih menulis seolah-olah dunianya hanya pada barisan ayat yang sedang dikarang.Dia melangkah masuk lalu perlahan menghampiri meja.Tubuhnya disandarkan pada hujung meja sambil matanya meneliti Hana yang tidak mengendahkan langsung kehadirannya.

Airil berdehem dua kali memecah kebisuan Hana.Ehem… ehem…Tangannya perlahan mendarat pada dahi Hana dan menyentuh lembut.“Dah betul-betul sihat ke?”

Hana tidak mengangkat muka.Hanya anggukan kecil diberikan seakan cukup untuk menjawab soalan Airil.

Airil merenung Hana.Matanya masih tidak puas hati meneliti bibir kering isterinya.“Kalau penat,rehatlah dulu. Esok abang tak akan minta esei ni kalau Hana tak siap."

Kali ini Hana berhenti menulis. Tangannya kaku di atas meja manakal pen digenggam erat.Perlahan dia mendongak memandang Airil dengan tatapan tajam yang menikam.Airil tergamam.Apa salahnya kali ini?Dia hanya bertanya khabar, bukan?

“Hana…” Airil cuba menyelami riak wajah itu.Hana tiba-tiba bangun.Dia berdiri dengan wajah bengis dan rahangnya menegang.

“Abang memang niat nak tinggalkan Hana,kan?”Suaranya rendah tetapi keras dan penuh getar.

Airil tercengang.“Hah?Apa maksud Hana ni?”

Hana menahan sebak.Bibirnya diketap rapat.“Abang berjanji dengan Acad nak ceraikan Hana lepas STPM. Sampai hati abang.."

Airil terkulat-kulat.Tubuhnya kaku mendengar tuduhan itu.“Hal ni kan kita dah selesai dulu?Kenapa Hana nak ungkit lagi?Abang tak akan… tak akan tinggalkan Hana.Percayalah.”

Namun kata-katanya langsung tidak meredakan amarah si isteri.Hana melenting lagi.Matanya berkaca tetapi nadanya tajam menusuk.“Lelaki semua sama.Habis madu sepah dibuang. Abang buat Hana macam anak patung. Bila perlu, mabang tegur.Bila tak,Hana tak ada makna pun!”

Airil menutup mata seketika mengawal sabarnya.Nafasnya ditarik panjang.Dia tidak tahu apa yang menggangu isterinya kebelakangan ini.Asyik marah-marah.Dia tidak mahu meninggikan suara."Sayang,jangan cakap kuat sangat.Nanti Babah dan Umi dengar."

“Biar mereka dengar!”Hana membalas lantang.Dadanya turun naik menahan sesak."Biar mereka tahu perangai abang yang sebenarnya!”

Airil menghulur tangan menggenggam bahu isterinya.Sentuhannya lembut, suaranya tenang seolah cuba memujuk badai yang sedang menggila.“Sayang, tenanglah.Abang tak nak gaduh.Esok kita balik,kita bincang elok-elok kat rumah,ya?”

Matanya merenung Hana penuh pengharapan mahu gadis itu percaya. Namun hati Hana tetap tegang.Luka dalam jiwanya belum tertutup walau sedikit pun.

****
Shanaya menggoyangkan kaki semasa duduk di sofa bilik kaunseling.Dia pandang info-info yang tertera pada risalah dilekatkan pada papan kenyataan dalam bilik itu.Menanti dan tertanya-tanya mengapa dia dipanggil masuk ke bilik itu.

Apabila Cikgu Liana bersamanya di sofa itu,Shanaya menghentikan goyangan kakinya.Mulutnya cepat-cepat dibuka sebelum sempat Cikgu Liana menyoal."Kenapa cikgu cari saya?Saya ada buat masalah ke?"Shanaya bertanya.Biasanya pelajar-pelajar yang dipanggil oleh kaunselor sekolah ialah pelajar yang dilaporkan melakukan masalah.Seingatnya,dia tidak menimbulkan sebarang isu atau masalah dengan sesiapa.

Cikgu Liana tersenyum."Tenang,Shanaya.Awak dipanggil bukan sebab awak bermasalah cuma saya perlukan awak untuk dapatkan sedikit maklumat."

"Wau,ini macam cerita Gerak Khas!Maklumat apa yang cikgu nak saya berikan?"Shanaya terus menyoal.

"Tentang Hana.Awak rapat dengan dia kan?"Cikgu Liana berterus-terang.

Mata Shanaya dikecilkan secara spontan."Hana?Kenapa?"

Hembusan nafas dilepaskan oleh Cikgu Liana.Bukan senang menjadi seorang kaunselor untuk selesaikan masalah para pelajar terutama kes hamil ketika masih bersekolah.Dia terpaksa bertindak sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

"Saya nak tanya awak,sejauh mana hubungan Hana dan Acad?"tanya Cikgu Liana memulakan dengan nama Arshad kerana ramai tahu mereka pasangan kekasih.

"Hana dan Acad sudah lama putus cinta,cikgu.Tak silap saya,dari awal tahun lagi mereka putus.Kenapa,cikgu?Ada khabar angin mereka bercinta lagi ke?"Shanaya pula menyoal dengan semangat ingin tahu.

Gelagat Shanaya mencuit hati Cikgu Liana.Kuat bergosip sungguh budak ini."Eh,taklah!Saya tanya je.Baiklah,selain Acad Hana pernah couple atau rapat dengan mana-mana lelaki."

"Saya kurang pastilah,cikgu.Di sekolah ni,Hana tak ada rapat dengan sesiapa.Semuanya kawan biasa-biasa je nyah."

"Selain kawan sekolah?Mungkin sekolah lain atau yang tidak bersekolah?"Cikgu Liana memancing lagi untuk mendapatkan info yang dia inginkan.

"Tak ada.Yang saya tahu dia ada sepupu lelaki handsome saja tapi dia cakap bukan taste dia.Cikgu nak tahu,taste dia macam Cikgu Airil.Dia crush sangatlah kepada Cikgu Airil tapi tulah Cikgu Airil tu mana nak layan.Saya rasa Cikgu Airil tu dah tak bernafsulah,cikgu.Students lawa-lawa usya pun dia buat dek je."Bersungguh-sungguh Shanaya bercerita membuatkan Cikgu Liana tergelak.Melencong ke lain pula cerita Si Hana ini.Normal sangatlah jika pelajar perempuan di sekolah itu minat Airil.

"Awak ni kan,tak baik cakap Cikgu Airil macam tu.Tentang Cikgu Airil tu,kita tolak ketepi dulu.Saya nak tahu tentang Hana.Hmm...Awak tahu aktiviti Hana selepas waktu sekolah.Dia pergi mana?Jumpa siapa?"

Shanaya berfikir sekejap."Habis sekolah atau kelas tambahan,kadang-kadang kami pergi lepak-lepak makan.Kalau tak lepak,kami terus balik rumah.Hana pula ada latihan memandu kereta waktu petang.Next week,katanya dia test lesen."

Cikgu Liana mengangguk-angguk faham sambil mencatat nota."Awak tahu bagaimana hubungan dia dan abangnya sebelum dia masuk penjara?"

Mulut Shanaya lancar menjawab dan bercerita."Tak rapat,cikgu.Dia dan abangnya selalu gaduh sebab dia cakap dia tak suka abang dia macam nak ambil kesempatan pada dia."

Cikgu Liana memandang Shanaya."Kesempatan yang bagaimana?"

Shanaya mengangkat bahunya."Dia pernah cerita yang tangan abang dia tau gatal sikit.Suka pegang atau sentuh pada tempat yang tak sepatutnya.Dia tak selesa,"jawab Shanaya.

"Selain sentuh dan pegang,ada tak dia cerita abang dia buat benda lain?Macam masuk bilik ke?Paksa dia buat sesuatu ke?"

Berkerut-kerut dahi Shanaya cuba mengingati luahan-luahan Hana tentang Hanif."Rasanya tak ada pula.Dia cakap kalau abang dia ada di rumah,dia selalu mengelak daripada berinteraksi.Hmm..Kenapa cikgu tanya saya pasal Hana ni?"

"Tak ada apa-apa.Saya cuma rasa dia lain sejak kebelakangan ini."Cikgu Liana berselindung.

Shanaya membeliakkan matanya."Betul tu,cikgu.Memang dia nampak lain.Cikgu pun perasan ya yang Hana ada aura isteri orang pada raut mukanya,"balas Shanaya tidak mengesyaki persoalan yang diajukan oleh Cikgu Liana kepadanya.

****
Airil meraup wajahnya dengan kedua belah tangan.Komputer riba di hadapan sekadar terbuka.Skrin yang bercahaya hanya menampilkan dokumen kosong tanpa sebarang isi.Sudah satu jam dia duduk di situ namun jari-jemarinya kaku tidak menekan walau satu huruf.

Fokusnya hilang entah ke mana.Fikirannya tidak lain tidak bukan hanya kepada Hana.Sejak kebelakangan ini,isterinya bagai hilang kawalan emosi.Silap sedikit,jelingan maut dilemparkan.Tersilap bicara,suaranya lantang meninggi.Dia sendiri buntu.

Kenapa Hana begitu mudah melenting? Apa yang bergolak dalam hati isterinya itu?

Airil menyandar termenung jauh.Semua ini bermula gara-gara tegurannya tempoh hari tentang gambar di instgaram.Dia hanya menasihati tetapi Hana marah seolah-olah dirinya dipersalahkan.Malam tadi isu lama yang telah diselesaikan kembali dibangkitkan.Apa yang dipendam Hana?

Airil merindui Hana yang dulu.Gadis manja yang suka mengadu,suka ketawa kecil bila dia usik.Jiwanya terasa kelam dingin dan amarah menggantikan kelembutan yang pernah mewarnai hari-hari mereka.

Rindu itu menyesakkan.

“Tak boleh jadi.”Airil berbisik sendiri, nadanya tegas.Dia tahu, mereka perlu berbincang hati ke hati.Tidak boleh lagi dibiarkan.Dia akan desak Hana balik ke rumah mereka sendiri.Di situ,di rumah mentua,dia tidak selesa.Jika suara meninggi,pasti babah dan umi terdengar.Dia tidak mahu masalah rumah tangga mereka jadi bahan telinga mentuanya.

Airil menarik nafas panjang melepaskan helaan berat.Namun satu lagi helaan menyusul.

“Panjang sangat keluhan tu,bro.Banyak sangat ke kerja?"

Suara garau tiba-tiba menyergah.Airil menoleh.Azim berdiri di hadapan mejanya dengan senyum nakal.

Airil mengeluh lagi.Kali ini lebih perlahan.“Hmm...Serabut kepala."

Azim mencebik lalu menarik kerusi dan duduk berhadapan.“Serabut pasal kerja ke pasal isteri?”

Airil hanya diam.Tatapannya jatuh ke papan kekunci komputer.Senyum sinis Azim makin melebar.“Aku teka betul lah ni.”

Bunyi notifikasi pesanan aplikasi Whatsaps berdering.Airil membaca isinya yang tertulis 'Jika lepas waktu sekolah,sila datang ke bilik kaunseling.Urgent dan penting.'

****
Ketika kebanyakan murid sudah pulang,Airil dipanggil oleh Cikgu Liana ke bilik kaunseling.Suasana hening.Bunyi pendingin hawa berdesing menemani ruang kecil itu.Kedua-dua guru itu kekok berdua-duaan di dalam ruangan sunyi itu tetapi ada perkara yang perlu mereka selesaikan.

Airil menarik kerusi lalu duduk berdepan rakan sejawatnya itu.“Kenapa kau suruh aku jumpa kau ni?Macam serius saja."Pandangan Airil dihalakan kepada Cikgu Liana.Dia mendapat pesanan Whatsapps daripada Cikgu Liana supaya berjumpanya tetapi tidak diketahui pucuk pangkalnya.

Cikgu Liana tidak terus menjawab.Dia termenung sebentar.Kegusaran jelas terpancar pada raut mukanya."Airil,aku nak tanya sesuatu yang penting kepada kau.Pasal Hana."

Dahi Airil berkerut.“Hana?Kenapa dengan dia?”

“Kau kenal semua family dia kan?"

Airil mengangguk.Air muka kebimbangan pada raut Cikgu Liana tidak dapat dibendung dengan kehadiran seribu kerutan pada dahinya.

"Kau tahu siapa boyfriend Hana?Atau kau pernah ternampak mana-mana lelaki keluar dengan dia?"soal Cikgu Liana.

Airil membetulkan duduknya.“Aku tak perasanlah pula.Aku tak tahu."

Cikgu Liana menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan.Jawapan Airil tidak membantu siasatannya."Abang Hana bagaimana?Ada buat apa-apa yang tak sepatutnya ke kepada dia?"

Airil semakin penasaran.Apa yang hendak Cikgu Liana sampaikan kepadanya.Terlalu banyak cabang persoalan yang diajukan kepadanya membuatkan otaknya beku."Yana,cuba kau terus-terang dengan aku.Kenapa sebenarnya?Ada sesuatu yang aku patut tahu ke?"Airil tidak sabar ingin tahu.

Cikgu Liana berpaling seketika sambil menekup dagu dengan tangan.Nafasnya turun naik seperti menanggung beban berat.“Aku tahu aku melanggar etika seorang kaunselor kalau aku cerita tapi aku buntu,Ril. Setiap masa aku fikirkan perkara ini.Aku takut kalau aku diam,benda lebih besar berlaku pada Hana."

Airil menelan liur.Dadanya berdebar kencang.“Apa sebenarnya yang berlaku? Bunyi macam serius sangat."

“Kalau aku beritahu,kau kena janji takkan bocorkan pada sesiapa?Ini melibatkan maruah Hana dan keluarganya."

Airil kaku sejenak namun akhirnya mengangguk."Aku janji,"ringkas jawapan Airil.

Cikgu Liana menarik nafas panjang. Matanya menikam tepat ke wajah Airil."Hana pregnant."

Seperti disentap arus elektrik,tubuh Airil kaku.Kata-kata itu bergema dalam kepalanya.Pregnant?

Seluruh tubuhnya tiba-tiba panas.Darahnya berderau laju. Nafasnya bagai tersekat di kerongkong.Dia hampir tidak percaya apa yang baru didengarnya.“Kau tahu dari mana?"

“Kan aku bawa Hana ke klinik tiga hari lepas.Hasil pemeriksaan doktor,Hana disahkan hamil tujuh minggu.”Liana berhenti sejenak sebelum menyambung dengan nada cemas.“Aku ada berunding dengan dia tetapi hampa.Aku tak dapat jawapan dan dia tetap berahsia siapa bapa anak dalam kandungannya.Sebab tu,aku nak tanya kau kot-kot kau tahu atau kau ada apa-apa klu yang boleh tolong aku cari siapa lelaki itu.Kalau boleh aku tak nak perkara ini dihebohkan tetapi sampai bila Hana nak sorok?Lambat-laun orang akan tahu juga.Aku nak bantu dia,"kata Cikgu Liana dengan rasa tanggungjawab.

Airil termangu.Lututnya terasa longgar.

Cikgu Liana menunduk.Nada suaranya rendah.“Aku takut,Ril.Sebenarnya,aku risau kalau Hana jadi mangsa abangnya sendiri tetapi dia malu hendak bercerita.Kau pun tahu sejarah abang dia dan Sofi kan?Sebab itu,aku terpaksa beritahu kau.Perkara ini kalau dibiarkan,boleh jadi gangguan mental."

Airil terdiam.Kata-kata itu berputar-putar dalam kepalanya.Hamil… tujuh minggu...'Kenapa sayang tak beritahu abang?'Antara terkejut, sebak, dan buntu, ada satu perasaan yang tidak mampu disekat.Rasa gembira dan bersyukur yang menolak segala resah lain.

Senyuman kecil terbit di bibirnya walau hatinya bercelaru.Walaubagaimanapun, timbul juga rasa bersalah kerana Hana masih muda untuk menjalani proses prenatal itu.

Okay..Airil dah tau.Hehe..Cikgu Liana masih menyiasat.

Share this novel

Raja Nizan
2025-08-25 19:31:31 

Cepat2 la sambung 2,3 eps 1minggu tk sabar duk tunggu?

gha
2025-08-24 14:31:59 

Cepat la pujuk isteri tu cikgu

Hanadhia12
2025-08-24 12:35:14 

ishhh bagus cijgu lyana mengadu pada org yg tepat, thanks


NovelPlus Premium

The best ads free experience