Bab 22

Romance Series 139977

"Nah,ini barang yang kau nak!RM20 satu..Ingat,bulan depan dah naik harga,"Sofi menyalami seorang pelajar perempuan tingkatan empat.Salaman itu sepertinya menyerahkan sesuatu secara rahsia.

Pelajar tingkatan 4 bertudung singkat dan segalanya singakatlah cepat-cepat beredar apabila Hana dan Shanaya secara kebetulan melalui kawasan belakang surau itu.Hana dan Shanaya terdengar butir percakapan Sofi kepada pelajar perempuan itu namun tidak diambil cakna.Sofi berlagak biasa menyapa Hana dan Shanaya."Eeh...Hana..Sha..Kau buat belakang ni?"Sofi buat-buat tanya.

"Saja jalan-jalan..Yang kau pula buat apa kat sini?"balas Hana.Hatinya tidak enak dengan kelakuan Sofi.Sesuatu sangat namun Hana tidak hamburkan rasa kehairanan itu sebaliknya berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang dia curigai.

"Errr...Aku tolong budak tadi tu cari kerongsang hilang,"jawab Sofi tidak keruan.

Hana mengerutkan dahinya.Kerongsang hilang?Mustahil kerongsang hilang di belakang surau.Kalau dia tidak ke situ,buat apa carinya di situ?Dan yang menghairankan kenapa pula berharga RM20.00 dan naik harga?Apa kaitannya?Hati Hana tidak puas dan otaknya ligat berfikir mencari kelogikan.

"Hoi...kau fikir apa tu?"tegur Shanaya menolak bahu Hana yang menguis-nguis nasi dalam polisterin.

Fikiran Hana melayang kepada Sofi yang mencurigakan.Ada sesuatu yang tidak kena.Nasi lemak yang dibeli dimakan perlahan-lahan kerana fokusnya terarah kepada Sofi dan pelajar tingkatan 4 tadi."Kau tak pelik ke,Sha dengan Sofi tadi?Aku rasa dia ada bagu something kepada budak tadi."

"Ala...biasalah senior bagi gula-gula kepada junior.Apa nak hairannya?"jawab Shanaya acuh tak acuh.Tiada apa yang perlu disyakinya.

"Masalahnya Sha,kenapa nak bagi gula-gula di tempat tersembunyi?Kau tak dengar ke dia cakap harga RM20 dan bulan depan naik harga.Gula-gula apa harga sampai RM20.Kecil pula tu..Aku musykil la,Sha.Jom kita siasat,"kata Hana.Dia benar-benar ingin tahu kegiatan sebenar Sofi itu.Bukan dia tidak tahu siapa Sofi sebenarnya sebelum ini.Banyak khabar angin yang didengar tentang Sofi tetapi tiada bukti kukuh yang ditampilkan.

"Haaa tu...Masalah kau dah sampai.."kata Shananya menjuih bibir ke arah belakang Hana.Hana berpaling dan Arshad pun tiba lalu duduk di sebelahnya tanpa dijemput.

Hana menghela nafas.'Mamat sewel ni lagi.Bosan..Kalau datang suami idaman aku tu tak apa la juga.'Hana pura-pura tidak nampak kewujudan Arshad di sebelahnya.Kalau datang hendak mencari gaduh,baik anggap saja dia sebagai halimunan.Tak kuasa Hana hendak melayannya.

"Acad nak cakap dengan Hana boleh?"Lembut alunan suara Arshad meminta izin.

"Cakaplah,"balas Hana.

Arshad mengerling Shanaya dan sekeliling."Just two of us.Sini ramai orang,"ujar Arshad.

"Nak cakap di sini saja ya untuk mengelakkan kontroversi.Awak tu ramai peminat,cakap berdua nanti tak pasal-pasal saya kena serang lagi."Hana tetap dengan pendiriannya menegaskan enggan bercakap berdua.Bukanlah dia takut diserang buat kali kedua oleh peminat Arshad tetapi lebih menjaga status dirinya yang bergelar isteri meskipun tiada siapa yang tahu.

Arshad tiada pilihan lain tatkala melihat Hana enggan menunaikan permintaannya untuk bercakap secara personal.Mahu ataupun tidak dia harus menyelesaikan segala yang terbuku di hati dan mengakhiri persengketaan mereka.Gara-gara Ruziana dan segala tuduhannya,Hana menjadi sangat marah kepadanya."Hana...Acad minta maaf."Arshad membuka mulut memohon maaf seikhlas hati.Shanaya menjadi pendengar setia.

Hana selamba menyedut air sirap."Okay..Saya maafkan."Ringkas Hana membalas.Orang minta maaf,dia maafkanlah.Kenapa hendak dipanjang-panjangkan cerita lagi.Simple..Harapan Hana semoga Arshad faham dan tidak mengejarnya lagi.

Begitu saja jawapan Hana?Arshad sebab salah.Dia tidak tahu sama ada Hana memang maafkannya atau menyindirnya.Riak Hana biasa saja.Tiada terpapar apa-apa emosi malahan ceria seperti tiada apa-apa."Hana..Acad serius ni.Acad betul-betul minta maaf.Acad janji Acad tak kacau Hana."Arshad mengalah.

Hana menoleh ke arah Arshad di sebelahnya.Beria pula Mamat Sewel ini minta maaf.Ingatkan mahu memaki hamun pasal kes siraman air sirap tempoh hari."Saya pun serius.Saya dah maafkan semuana kesalahan awak.So,kosong-kosonglah kan?Saya tak berdendam apa-apa dengan awak dan saya harap awak pun begitu."

"Ya,Hana..Acad minta maaf atas segala kesalahan Acad.Acad faham yang hati Hana sudah dimiliki orang lain..Cuma Acad rasa tak salah kita berkawan.Tak bermasam muka,tak gaduh-gaduh lagi dan yang paling penting tak kena air sirap lagi."Sempat lagi Arshad menyelitkan peristiwa memalukan itu.Apabila terkenangkan kembali,terasa lucu pun ada.

Hati Hana dijentik berasa bersalah dengan tindakan bodoh dia mencurah air sirap pada Arshad.Marah punya pasal,tidak fikir baik atau tidak satu tindakan."Tentang air sirap tu,saya pun nak minta maaf dengan tindakan bodoh saya itu.Saya dah malukan awak depan orang ramai.Pasal kawan tu hmmm...nantilah saya fikir dulu."Hana tidak terus bersetuju dengan salam persahabatan yang dihulurkan oleh Nik Arshad.Macam lucu pula gaduh-gaduh tetiba berteman balik.

"Take your time,Hana."Arshad membalas diiringi senyuman.Dia berharap sangat Hana sudi berteman dengannya.Mungkin dapat mengembalikan rasa sayang Hana kepadanya.

Jam pada pergelangan tangan dilirik Hana.Dia mengira detik-detik yang masih berbaki sebelum loceng tamat rehat berbunyi.Sebenarnya,Hana tidak sabar hendak masuk ke kelas kerana sekejap lagi kelas Sastera.Kenapa?Sebab hendak mengubat rindu kepada Airil Safuan yang merupakan guru subjek itu.Nik Arshad yang berada di hadapan matanya pun tidak dia pedulikan lagi.Hatinya benar-benar berubah untuk Airil.

****
Airil terasa pelik membawa masuk parcel yang dihantar oleh abang kurier J and T tadi.Parcel itu dibelek-belek sambil memikirkan barang yang dia beli.Dia sendiri tidak ingat barang apa yang dibeli secara dalam talian itu.Alamat dan penerima pada parcel memang tertera namanya sendiri.Airil tidak teragak-agak terus membuka parcel tersebut.

Apabila dia membuka plastik itu,berkerut seribu dahinya mengangkat beberapa helai coli bersaiz sederhana.'Bila masa pula aku order benda ni?'Airil pelik bin ajaib.Tidak pernah dia membeli pakaian dalam perempuan,tiba-tiba parcel penerima bernamakan dia.

"Assalamua...Haaaaa...."Hana menarik nafas panjang apabila Airil mengangkat bra di hadapannya berwajah blur.Tidak sempat dia habiskan salam,dengan sepantas kilat,Hana berlari ke arah Airil lalu merampas pakaian dalam itu daripada tangan Airil.Malu benar dia."Eee...Saya punya ni,cikgu.Janganlah tayang-tayang macam tu barang peribadi saya.Cikgu ni pervert la,"bebel Hana sambil melipat-lipat branya lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya.Segan rasanya Airil melihat dan memegang pakaian peribadinya.Babah pun tak pernah memegangnya sejak dia menginjak remaja.Biasanya dia uruskan sendiri kalau barang-barang peribadinya.

"Eeeh...Manalah saya tahu awak punya.Dah nama saya pada parcel tu,ingatkan barang saya.Lain kali letaklah nama sendiri,tak adalah saya membukanya nanti,"kata Airil.

'Sedap mulut je perempuan ni cakap aku pervert.Ingat aku nak sangat buka barang-barang peribadi dia.Hissh...Perempuan ni tak pernah salah.'

Hana menarik muka.Muncung."Kalau saya letak nama saya kat alamat ni,tak ke pelik?Nanti orang tahulah saya tinggal di sini dengan cikgu.Ke cikgu nak semua orang tahu yang kita dah kahwin?"Hana sengaja menduga Airil.Sebenarnya dia tidak kisah jika ikatan perkahwinan mereka diketahui umum.Lebih bagus rasanya.

Airil duduk pada sofa.Benar juga kata Hana jika dia guna namanya sendiri,rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar."Nanti nak order barang tulislah dalam kurungan huruf H.Biar saya tau yang itu barang-barang awak.Tak adalah saya terbuka sotong dan obor-obor awak lagi.Saya pun tak teringin nak tengok benda-benda macam tu."Cadangan Airil supaya mereka tidak tertukar parcel lagi.Hana tidaklah menunjukkan perasaan marah terhadapnya.Hanya tersipu-sipulah apabila barang peribadinya terdedah tanpa sengaja.Dia tidak boleh menyalahkan Airil kerana Airil juga tidak tahu kandungan parcel tersebut.

Hana mengangguk faham dan menunjukkan isyarat jari okay lalu mengenyitkan mata.Arahan Airil itu cukup mudah dia patuhi.Kini segala yang diarahkan oleh Airil rasanya tidak menjadi masalah lagi kepadanya untuk dia turuti.

"Saya nak masuk bilik ya,cikgu.Panas.Nak mandi sekejap.Nanti saya masak."Penuh sopan santun bak perempuan melayu terakhir tutur katanya.Lain macam sungguh Si Hana ini mengambil hati Airil.Perangai berubah sikit-sikit daripada kasar kepada lemah-lembut.

Airil mengangguk tetapi banyak pula persoalan bermain di minda lelaki itu.Gadis itu bernyanyi-nyanyi menuju ke arah biliknya.'Ambooii...Gembiranya dapat obor-obor baru budak ni tapi bab masak ni aku lemah sikit.Tak sedap,'getus hati Airil.

Hana lebih mendengar katanya sekarang.Selepas kejadian malam dia diganggu oleh Hanif,perwatakan Hana sedikit berubah.Adakalanya mendengar kata,ceria,manja tidak bertempat,suka menempel,banyak berbual dengannya serta rajin membuat kerja rumah.Mungkin ada hikmahnya juga kejadian itu.

Sedang Airil berfikir tentang perubahan Hana,baru dia teringat sesuatu.Sebenarnya ada perkara yang dia hendak cakap kepada Hana tetapi terlupa gara-gara terbuka plastik obor-obor milik Hana.Adoiii....Terpaksalah dia bangun dan mengetuk pintu bilik Hana.

Kletakk....Tombol pintu dibuka,muncul Hana di hadapannya hanya berbaju kurung paras lutut.Kain sudah dibukanya.Hana tidak bertanya sebaliknya menanti Airil berbicara.

"Hana..Saya ada banyak benda nak cakap dengan awak ni."Airil teragak-agak hendak menyampaikan isi hatinya kerana boleh mengundang kemuncungan bibir Hana panjang satu kilometer kelak.

"Panjang ke perbincangannya?Marilah masuk ke dalam bilik saya yang indah dan permai ini,"ajak Hana ceria.Selamba badaknya dia memegang tangan Airil mengajak masuk bilik tanpa segan silu.Suami kan?Apa yang hendak dimalukan?

Airil melepaskan tangan Hana."Errr..takpe..takpe.Saya cakap di sini saja,"tolak Airil sopan.Sekejap lagi dia bakal ditendang keluar juga setelah memberitahu hal yang ingin disampaikan kepada Hana.

Hana menyandar pada bingkai pintu yang terbuka luas untuk Airil.Tangannya disilangkan."Hmmm..Okay.Cakaplah."

Eheem...Airil berdehem hendak memulakan kata."Pertama,saya nampak macam awak dah okay,tak ada trauma lagi.Jadi,saya rasa awak dah boleh pindah tidur di bilik awak yang indah dan permai ni,"kata Airil mengulangi frasa Hana tadi.Sudah dua minggu Hana tidur di biliknya,rasanya Hana sudah cukup sihat untuk tidur sendiri kerana gadis itu tidak lagi meracau sewaktu tidur.Malas pula dia berlama-lama tidur sebilik dengan gadis sunti itu.Imannya bukanlah setebal Tembok Besar China untuk memandang saja lauk di hadapan mata.Hana pula kadang-kadang selamba saja mengenakan baju sendat dan seluar pendek serta menyalin pakaian di biliknya.Lagilah pandangan matanya perlu dijaga.

Hana mengangkat keningnya."Cikgu halau saya?"Lain nada Hana mengajukan pertanyaan.Ada unsur-unsur ketidakpuasan hati gayanya.

"Bukan halau..Saya benarkan awak tidur dengan saya sebab awak takut.Sekarang saya tengok awak tidur nyenyak siap berdengkur lagi.Maknanya awak dah sihat la kan.Bukan apa,barulah kita ada privasi masing-masing.Awak faham kan?"Airil berhati-hati memberi penerangan kepada Hana.

"Hmmm..."Hana tidak menjawab.Memang dia kecewa tidak dapat memeluk suaminya itu.Tidak mengapalah,memberontak nanti nampak sangat dia terdesak.'Tak apa,Hana.Control yourself.Tak lari gunung dikejar.'Hana memujuk hati."So,yang kedua?"

"Kedua..malam ini Azem datang lepak sini.So,awak duduk diam-diam dalam bilik boleh?"

Hana membeliakkan matanya."What?Diam-diam dalam bilik?Habis tu,kalau saya nak buang air macam mana?Nak suruh saya tahan ke buang dalam plastik?"soal Hana berfikiran di luar kotak..Ini menyampah hubungan rahsia begini,semua kena menyorok.Sampai kawan hendak datang bertandang,dia yang tuan rumah pula kena bersembunyi.Hah...

"Awak duduklah dalam bilik saya diam-diam main telefon.Situ ada toilet,so tak payah awak keluar."

Hana mengalah.Malas hendak mempertikaikan apa-apa."Okaylah..So,ada lagi?"sambung Hana.

"Errr....Ada..Hmm...Esok,awak kena balik rumah babah ya?Macam biasa kosongkan barang-barang awak sebab Aqeef nak balik,"ucap Airil.

Aaahhh....Again...Beginilah nasib jadi isteri rahsia.Hidup berpindah-randah dan bersembunyi.Sampai bila aku kena hidup secara nomad dan tidak diiktiraf ini?Penat tahu tak,Airil Safuan.

***
Aaaiichummm!!!

Azem terpana seketika apabila gegendang telinganya menangkap bunyi bersin suara wanita dalam rumah temannya itu.Dia memandang Airil yang bersahaja sepertinya tidak mendengar apa-apa bunyi.Bahu Airil ditolak."Wei,macam dekat je suara bersin tu!"

"Ada bunyi ke?"Airil pura-pura tidak tahu sedangkan dia menahan geram dengan perilaku Hana seolah-olah sengaja mahu memberitahu dia berada di dalam rumah itu.Pelbagai jenis bunyi yang dikeluarkan.Batuklah...Bersinlah..Kucing mengiaulah..Whatsapp juga banyak yang dikirim oleh Hana namun dia tidak membukanya.Apalah perempuan ni nak?Memang saja nak cari marah aku.'

"Kau tak dengar bunyi bersin.Tadi batuk-batuk,"ujar Azem.

"Biasalah tu.Nama pun rumah berkembar.Alaa..Tak suara Hana,suara umi dia la tu."Airil selamba memberi alasan untuk menyembunyikan kehadiran Hana di dalam rumahnya.Masaklah dia kalau Azem tahu dia bernikah dengan salah seorang pelajar mereka.Lebih haru-biru,kalau Azem tahu kenapa mereka bernikah.Memalukan diri sendiri.

Azem mengangguk."Ooo..Sampai ke sini dengar ya.Ingat rumah aku je dinding nipis.Laki bini bergaduh rumah sebelah pun aku boleh dengar.Seram..Terbantut hasrat aku nak kahwin kalau gitu gayanya."

"Haa...Tau pun.Ni kalau umi Hana tu tempik suruh Si Hana tu mandi,dengan aku sekali pergi mandi tau.Tak pun dia bebel kat babahnya Hana cakap pasal lepak kedai makan,dengan aku sekali sentap.."Airil berseloroh.Tapi memang kenyataan pun,jika suara jiran mengalahkan petir seperti ibu mentuanya memang boleh dengar suara sampai ke rumahnya.Selalu jugalah dia terdengar suara umi Hana berleter kepada suami dan anak-anaknya.

Hahaha...Terbahak-bahak Azem ketawa.Pandai Airil melawak perihal jirannya.Tidak dia sangka Airil juga memasang telinga mendengar leteran jiran untuk penduduk taman dengar."Diam-diam kau pun curi dengar ya,Airil.Ha..Ha..Ha.."

"Bukan aku curi dengar.Dah suara pun satu taman boleh dengar.

Sedang seronok mengumpat jiran a.k.a ibu mentuanya,telefon Airil berdering tanpa henti membuatnya rimas.'Adooiii...Nak apa lagi budak ni?Tak reti-reti nak tidur ke?Rimas,'bebel Airil dalam hati apabila me youndapat panggilan daripada Hana.

Dengan kemalasan,dia menjawab panggilan telefon itu."Hmmmm...Nak apa..Okay.."Sehabis ringkas Airil menjawab,kemudian mematikan talian.Malas dia hendak melayan karenah Hana itu.

"Sekejap Zem...Kau main la dulu.Aku nak pergi tandas jap.Sakit perut pula makan megi kari kau ni,"bohong Airil.Dia tidak sakit perut pun tetapi memberi alasan untuk masuk ke dalam bilik bertemu Hana yang serabutkan otaknya.

****
Airil menutup pintu bilik dengan rasa geram.Hana sedang meniarap atas katil menatap telefon bimbitnya.'Eh budak ni!Saja nak buat aku rimas.'

Hana yang sedang meniarap itu ketawa girang dalam hati.Umpannya menjadi apabila Airil masuk juga ke dalam bilik.'Tak sia-sia aku call.Tau pun takut aku keluar depan Cikgu Azem.'Tidak sia-sialah mengugut akan keluar saja jika Airil tidak datang kepadanya di dalam bilik.

Hana berlakon tidak nampak Airil sudah tercegat di hadapannya.Kerlingannya menampakkan wajah Airil yang tidak puas hati terhadapnya namun dia enggan endahkan.Dia tahu Airil tidak akan berani tinggikan suara kerana Azem ada di dalam rumah itu bersama mereka.Pecahlah rahsia mereka jika dia tidak dapat mengawal suaranya.

"Awak nak apa sebenarnya?"soal Airil kegeraman.Rahangnya diketap sambil menjaga ton suaranya agar tidak melantunkan suara yang tinggi.Memang dia tidak puas hati.Hana sengaja mengada-ngada mahukan kenakan dia padahal Hana tahu dia ada tetamu.

Hana buat-buat tidak bersalah lantas duduk bersila di atas katil sambil meletakkan bantal di ribaannya."Dah pukul 11 lebih ni,cikgu.Cikgu Azem tu tak nak balik-balik lagi ke?Ada ke bertandang kat rumah orang sampai tengah-tengah malam."

Airil menjeling.'Eh,ingat dia mem besar ke dalam rumah ni!'

"Ini rumah saya.Suka hati sayalah nak suruh dia balik pukul berapa pun.Dia nak tidur sini pun saya tak ada masalah.Awak jangan nak lebih-lebih.Duduk dalam ni diam-diam tak boleh ke?Tak reti-reti nak tidur ke?"bentak Airil dengan suara berbisik.

"Saya bosan."Spontan Hana menjawab membuatkan Airil membeliakkan biji matanya besar-besar.

"Hobi awak kan main tik tok..Layan shopee..fac..instagram.Takkan bosan jugak."

Hana mengangkat telefon pintarnya."Haaa..tengok ni bateri phone saya dah kong.Last call cikgu tadi terus mati,"jelas Hana.

Nafas Airil dihelakan.Benda yang mudah pun takkan dia kena selesaikan."Cas la.Takkan tu pun saya kena ajar?Selama ni awak guna tenaga solar ke?"Airil bengang.Mahu saja dia picit-picit otak lembab Hana itu.

"Masalahnya cikgu,chager saya tertinggal di bilik.Kat bilik ni pun cikgu tak ada chager.Macam mana saya nak cas phone saya?Nak guna tenaga solar pun,dah malam matahari tak ada.Saya Whatsapp cikgu banyak kali tau minta chager tapi cikgu tak baca pun.Saya keluar sendiri ambil chager nanti terbeliak pula mata Cikgu Azem tengok saya kat sini.Kan satu hal pulak cikgu kena explain pasal kita."Panjang Hana membebel.'Haaa...malas lagi baca Whatsapp.Nak juga tunggu aku desak baru nak datang jumpa aku dalam ni.'

"Awak duduk diam.Saya ambilkan chager.Tidur awal,esok sekolah.Dan jangan nak buat bunyi macam-macam lagi.Kalau saya dengar lagi bunyi pelik-pelik,siap awak saya kerjakan."Airil memberi amaran.

Makin melebar senyum Hana."Terima kasih,cikgu.Muaahhhhhh.."Hana memberi flying kiss yang panjang kepada Airil kerana rela pergi mengambil pengecas telefon untuknya.

Airil tidak endahkan Hana berlalu keluar.'Perempuan sewel.'Sakit jiwa dia melayan Hana lama-lama.Tidak berani dia biarkan Hana kebosanan tanpa telefon dalam bilik.Perilaku sewel Hana bukan boleh buat kira,silap hari bulan dia meredah keluar saja walaupun ada tetamu.

Okay...Airil pun pandai mengumpat jiran

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience