Aqeef berlari mendapatkan Hana.Seronok bukan kepalang Hana dan Airil balik bercuti di kampung.Irwan mengekori Aqeef dari belakang turut melebarkan senyuman riang menyambut kepulangan Hana dan Airil.
"Aqeef rindu mommy,"kata Aqeef manja memeluk Hana.
"Mommy pun rindu Aqeef.Makin berisi. Seronok ya duduk dengan Pak cik Wan dan nenek,"sapa Hana mesra.Aqeef tersengih lantas lari memeluk ayahnya.Airil yang mukanya monyok kedut seribu sudah tidak dia hiraukan.Sememangnya dia tidak sabar sampai ke destinasi kampung Airil cuti penggal ini.Macam-macam perancangan direncanakan dengan Irwan untuk memenuhi masa cuti.Airil?Biarlah lelaki itu terus beku seperti bongkah ais di kutub utara.Pandai-pandailah dia bawa diri sendiri.Kampung sendiri kan?
"Ibu mana?"Airil membuka mulut apabila bayang ibunya tidak kelihatan menyambut kepulangan mereka.
"Ibu ke resort,ada syarikat perfileman datang nak tinjau kawasan resort.Dengarnya nak buat penggambaran di sini jika ibu memberi izin,"jawab Irwan bersahaja.Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans.
Airil mengangguk.
"So,plan kita jadi kan,Wan?Saya excited tahu cuti kali ni sebab saya nak release tension.Maklumlah,duduk sana hari-hari belajar,hari-hari hadap orang patung yang kaku.Boleh putus sel-sel otak saya yang bijak ni."Hana berseloroh sambil menjeling Airil.Suaminya itu buat dekk saja.Memang dasar hati sekering Gurun Sahara.
"Eh,mestilah jadi!"
Airil mencelah."Korang plan apa?"tanya Airil kebingungan.Irwan dan Hana punya perancangan macam gempak.Diam-diam Hana merancang sesuatu bersama Irwan.Patutlah hati berbunga-bunga sangat nak balik kampung.Sanggup tulis surat sendiri minta dikecualikan daripada menghadiri kelas tambahan cuti penggal kali ini.
Hana dan Irwan saling berpandangan."Adalah tu.Orang tua tak payah tahulah kot.Duduk je rumah diam-diam,"usik Hana.Senyum sinis dipamerkan.Sibuk hendak tahu pergerakan orang.
Aqeef ketawa kuat apabila ayahnya disamakan dengan orang tua.Irwan cuma sengih dan sempat menjeling kepada Airil.Airil diam namun matanya masih melekat pada Hana yang seakan tidak bersalah.
"Wan,saya ada benda nak cerita kepada awak."
"Apa dia?"
Mata Hana melirik kepada Airil yang sedang keluarkan beg dan barang dari bonet kereta sambil dibantu oleh Aqeef."Tak boleh cerita di sini.Nanti ada orang pasang telinga.Kita lepak kat belakanglah,"ajak Hana.
Irwan dan Hana mengatur langkah ke halaman belakang.Mereka rancak berbual santai.Derai ketawa mereka menyapa telinga Airil yang masih berdiri di belakang keretanya.Airil tengok sahaja gelagat kedua-duanya.Mesra.
Sunyi dalam dada dia bergema.'Apa sangat yang dia nak cerita dengan Irwan sampai perlu menyendiri?'
Dia pandang ke arah beg pakaian Hana yang masih di bonet terbuka."Hana..beg pakaian awak ni?"panggil Airil.
Hana menoleh."Kalau abang rajin abang bawa masuk ke dalam bilik.Tak nak pun tak apa.Karang saya minta tolong Wan angkatkan.Saya ada hal penting nak bercerita dengan Wan."
Airil mengerutkan dahi."Penting sangat ke sampai tak sempat nak kemas barang-barang dulu?"
"Yup..Kalau malas abang tinggal je.Nanti pandai-pandailah Hana kemas sendiri.Kat kampung ni Hana ada Irwan boleh membantu."selambanya Hana memberi arahan dan memetik nama Irwan.Kemudian,mereka jalan seiringan ke halaman belakang.
Airil memerhati pergerakan Irwan dan Hana dari kejauhan.Galaknya Hana berbual sambil berjalan di sisi Irwan. Sesekali tertawa kecil hingga matanya hampir hilang dari pandangan.Sakit pula matanya melihat keakraban itu.
****
Rumah kampung dua tingkat itu tenang berlatarkan dusun dan sungai yang indah.Daun-daun kering berselerakan di laman, dibawa angin petang yang sejuk dan nyaman.
Pintu rumah terbuka perlahan.Ibu mentua Hana,Khatijah muncul di muka pintu dengan senyuman paling lebar.
“Hana! Airil! Alhamdulillah dah sampai! Maaflah ibu tak sempat nak masak ke apa.Punyalah banyak kerja di resort hari ni.Tak menang tangan ibu,"jelas Khatijah yang matanya nampak letih.
Hana meluru ke arah ibu mentuanya, memeluk dan mencium pipi wanita itu.
“Tak apa,ibu.Serius tak apa.Kami faham kerja ibu.Lagipun Irwan dan Aqeef ada di rumah sambut kami tadi."
Khatijah memegang jari Hana.Senyum lebar wanita itu.Menantunya sangat manis dan baik.Dia memandang Irwan di sofa hadapan."Terima kasih,Wan."
"Bukan itu saja ibu,Wan siap bawa balik makanan lebih dari resort.Ibu tahu tak nasi arab dia... Masya-Allah, sedap sangat! Roti nan cheese dia pun lembut sangat.Hana makan dua keping."
Airil hanya duduk di bangku.Senyap.
“Irwan memang rajin,” kata Khatijah tersenyum."Baik budaknya.”
“Bukan setakat rajin,ibu.Tadi dia janji nak bawa saya jalan-jalan, naik bukit belakang tu, memancing.Lepas tu,dia ada sebut nak main flying fox!”
Airil jeling sebelah.Flying fox?Itu ke plan mereka yang menjadi rahsia sangat?
“Tadi pun sempat tengok dapur resort dia. Fuhh!!Hana rasa macam masuk dapur MasterChef.Semua staff dia masak macam rancangan TV.Saya tanya-tanya sikit.Seronok sangat!”
Khatijah gelak kecil. “La, seronok betul kamu ni.Tak apa,cuti lama kan?Nanti Hana cuti la puas-puas.Hari tu balik,Hana tak sempat sangat nak buat macam-macam aktiviti."
“Ya,ibu.Wan memang dah janji nak bawa Hana buat semua aktiviti di Janda Baik ni.Tak sabarnya Hana.Macam seronok saja cuti sekolah kali ni.Hana nak enjoy puas-puas."
Airil telan liur.Dahi sedikit berkerut.
Baru sehari balik kampung... dah macam-macam.Dengan Irwan pula tu. Bukan main rapat.Mana datang selesa sangat tu?
Hana memandang Airil sebentar, kemudian terus bercakap dengan ibunya tentang plan ke sungai esok dan minta izin nak pinjam basikal untuk keliling kampung bersama Irwan.
Airil diam.Macam-macam dia hendak buat dengan Irwan. Bukan main rancak. Macam Irwan tu suami dia pula.
Khatijah mendengar mereka sambung berbual.Hana bergelak ketawa sambil bercerita tentang staf dapur resort yang sempat ajar dia buat acar buah.Perbualan mereka diseling-seli dengan suara Irwan dan Aqeef bercerita.Masing-masing ceria.
Cuma Airil yang membisu.Dalam hati ada sesuatu yang mula menyengat. Tapi wajah tetap tenang.
Takkan nak cemburu.Tapi... memang patut cemburu, kan?
****
Angin petang menderu perlahan melalui celah tingkap rumah kecil itu tetapi udara di dalam terasa sempit dan menyesakkan.Langit di luar mendung seolah-olah turut sama menyimpan beban rahsia dua insan yang sedang duduk berhadapan.
Sofi berdiri memandang keluar jendela usang.Kedua-dua tangannya bersilang di dada.Nafasnya kencang menahan marah.Di sisi lain,berdiri di belakangnya melihat bahu Sofi turun naik mengawal nafas yang berderau.
“Kandungan ni nak masuk tiga bulan,Anep,”suara Sofi lantang bergetar dengan emosi."Perut aku makin membesar.Sampai bila aku boleh sorok benda ni,"kata Sofi sambil mengusap perutnya.
Hanif angkat wajah dan bersuara.
“Sofi,aku perlukan masa.Kau pun tahu umi dan babah aku bukan senang nak terima benda macam ni.Lagi-lagi,hubungan aku dan babah tidak baik.Mati aku nanti dikerjakan oleh babah."
“Dan aku senang ke?!Aku tak ada mak bapak?” Sofi memotong.Matanya merah menahan tangis.Tangannya digenggam erat melepaskan nafas yang berombak.
“Hari-hari aku hidup dalam ketakutan.Takut orang nampak, takut mak ayah aku tahu dari mulut orang lain, bukan dari aku sendiri!"ujar Sofi.
Hanif mengeluh.Tangannya meraup wajah.Masalah mereka sangat rumit.
“Aku tahu kau susah.Aku pun tengah tertekan.Aku tak tahu macam mana nak mula cerita pada mereka.Umi tu keras,babah lagilah..."
“Habis tu aku ni macam mana?Bayi ni bagaimana?"suara Sofi mula serak.
“Anep,kalau kau tak sanggup,aku sendiri akan beritahu mereka."
Hanif menghampiri Sofi dengan wajah cemas."Jangan, Sofi… Jangan buat macam tu.Tolonglah bagi aku masa sikit je lagi.Aku janji, aku akan cakap dengan mereka.Aku akan slowtalk dengan Umi dan babah…”
“Slowtalk?Dah berapa kali kau janji?”Sofi tolak dada Hanif perlahan.
“Kita sama-sama buat salah.Hadaplah.Aku tak nak tanggung sorang-sorang.Kalau kau pengecut sangat,kau bagi aku jumpa family kau."
Hanif tunduk.Nikmat sesaat menjerut lehernya sendiri."Sofi..Aku janji aku akan beritahu."
"Bila?Nak tunggu budak ni keluar dulu?Aku penatlah dengan janji kau tu.Semata-matanya berjanji,jalannya tidak."Naluri keibuan yang mula berkembang terasa tercalar dek perangai pengecut Hanif.
Hanif diam lama.Fikirannya kosong.Masa semakin suntuk. Rahsia ini tidak akan kekal lama.
****
Di dalam bilik kayu yang sederhana,Airil duduk di atas katil meneliti telefon pintarnta.Matanya kosong memandang skrin yang memaparkan media sosial.Video-video dan berita yang berwarna-warni serta gosip-gosip hangat tidak mampu menarik perhatiannya.
Dia matikan telefon dan letakkan di sisi. Nafas panjang keluar dari dadanya.Fikirannya mula melayang ke tiga hari yang lepas.
Sejak hari dia menolak perasaan Hana suasana jadi lain.Bukan Hana yang menangis.Bukan Hana yang merayu. Tapi diamnya Hana,Airil kesepian.Sebelumnya,setiap pagi ada suara ceria yang menegur bertanya hendak sarapan apa atau sekurang-kurangnya bunyi bising dapur sebab Hana “kononnya” nak belajar masak.Malam-malam ada teman berborak kosong tetapi sejak tiga hari lepas,ianya suram.Hana banyak berdiam dan mengunci diri di dalam bilik ditemani buku dan komputer riba.Katanya ulang kaji.
Airil perasan perubahan itu.Hana masih ada secara fizikal.Namun,kehadirannya sudah tak memandang dia macam dulu. Tak ada lagi pandangan penuh harap. Tak ada lagi senyuman yang cuba dicuri-curi sambil pura-pura lalu.Rindu mula menyapa Airil tetapi tetap dinafikan.
Lamunan Airil terhenti apabila pintu terbuka perlahan.Hana melangkah masuk menyanyi riang.Airil yang wujud di dalam bilik itu tidak disapa.Pandangannya langsung tertuju ke cermin di sudut bilik.Dia berdiri di situ mengatur rambut dan pakaiannya yang ringkas tetap dipandang cantik.
Airil memecah kesunyian.Suaranya perlahan menerpa cuping telinga Hana.“Nak pergi mana?"
Hana berpaling dan tersenyum nipis."Nak ikut Irwan ke resort.Nak tengok set penggambaran drama yang dia cakap akan dibuat kat sana.”
"Awak ni tak reti penat ke?Baru balik tadi dah ke sana ke sini,"omel Airil.
"Duduk rumah tengok abang yang kaku ni lagilah saya penat.Baik keluar bersiar-siar ambil angin Janda Baik yang nyaman ini."Hana membidas.
Airil diam.Kan sudah terkena.Ayat-ayat bidasan Hana boleh tahan makan dalamnya walaupun nada suaranya lembut.
Ketika itu,Hana mencalit sedikit lip balm pada bibir agar tidak kering dan warna neutral bibirnya terserlah.Airil mengerutkan dahi, matanya meneliti Hana dari atas ke bawah.
“Kenapa tak pakai tudung?Ini kan kampung."
Hana mencebik.Senyuman di bibirnya berubah sedikit tajam.
“Abang,saya memang selang seli pakai tudung.Biasanya abang tak pernah tegur pun saya pakai ke tak."Hana bukanlah pemakai tudung secara konsisten.Dia pakai apabila dia rasa mahu sahaja dan ke sekolah saja.Selama ini tidak pernah pula Airil menjadikannya satu isu.
Airil menarik nafas panjang cuba menyimpan rasa tidak puas hati."Awak tu isteri orang.Perlu jaga tingkah laku. Jangan buat orang kampung bercakap pasal awak.”
Hana tertawa kecil hampir sinis kedengarannya.“Isteri errk?Isteri siapa ya?Orang kampung sini tak tahulah saya isteri siapa.Kalau saya cakap saya anak angkat ibu pun orang akan percaya.Tak pun cakap jelah saya girlfriend Irwan datang nak kenal-kenal keluarga.Habis cerita."
Airil terpaku.Tidak tahu mahu membalas apa.Kata-kata pedas Hana menusuk ke dalam jantung hatinya.Kekecewaan Hana dilepaskan dengan sindiran dan kata-kata tajam yang mematikan lidah Airil untuk meneruskan kata.
Airil tidak peduli.Dia mengambil tudung sau ibunya berwarna merah yang tergantung pada dinding lalu terus disarungkan ke kepala Hana.Hana meronta seketika mencari pandangan yang gelap.
"Pakai ni,"kata Airil tegas.
Hana tengok mukanya pada cermin.Dia mencebik bibirnya."Eee...Ni tudung nenek-nenek.Tak nak pakailah.Tak lawa.Dah la warna merah menyala,"rengek Hana tidak mahu.Memang pantang dia sarung tudung sauk mak cik-mak cik.Hana membuka semula tudung itu.
Airil memegang pinggang di hadapan Hana."Saya tak kira.Mula hari ni,kalau nak keluar rumah pakai tudung.Tak nak pakai,saya tak izinkan awak keluar ke mana-mana.Satu lagi,baju tu pun tukar.Saya tak nak awak pakai baju lengan pendek."tegas Airil lagi.
Muncung bibir Hana sudah panjang sedepa.Dia jalan menghentak-hentak kaki berjalan menuju ke almari pakaian."Yalah-yalah.Orang nak pakailah ni.Eee...Sibuk nak control pakaian orang.Buang tabiat ke apa orang tua sorang ni.Sebelum ni tak pernah-pernah suruh pakai itu ini."Hana merungut sendiri mencari baju dan shawl untuk dipakai.
Mendengar itu,automatik senyum terukir di bibir Airil.Ini baru Hana..
Sementara MJ ada idea,karanglah selagi boleh.Hehehehehe...Okay,ini permulaan untuk Airil.Enjoy ye readers.Sesiapa yang idea yang nak MJ garapkan dlm babak novel MJ,silakan kongsi di komen.Akan dipertimbangkan scene macam mana yang readers MJ mahukan..Skrg MJ nak buat semula ig MJ sebab ig dan fb lama dah tak blh akses.Dah siap nnti MJ bgtau dan you alls boleh follow MJ ye.Lol
Share this novel
Nak lagi ms j..padan muka airil cemburu..hehe..bila update lagi..nk adegan yg romantik lagi..