Bab 12

Romance Series 139977

Hana berbaring pada sofa menonton movie.Seharian dia berehat di rumah ditemani Airil.Telefon berbunyi tidak diangkat.Bukan itu saja,pesanan whatsapp yang bertalu-talu masuk tidak diendahkan Hana.Dibaca sepintas lalu dan dibiarkan tanda biru."Eee...mamat ni,sibuk nak ambil berat kononnya.Hmm...Jangan mengalah,Hana.Bekukan hati kau,jangan mudah cair.Tengok sejauh mana dia mampu bertahan pujuk kau,"omel Hana.Senyum-senyum Hana sendiri.

"Haa..senyum sorang-sorang kenapa?"tegur Airil masuk membawa sepinggan nasi dan air masak.Diletakkannya di atas meja kecil.Airil menjamah dahi Hana.Suhunya normal.Hana pun nampaknya kembali bertenaga berbanding semalam.

Pertanyaan Airil tidak Hana jawab.Dia bingkas duduk mengadap makanan yang dibawa oleh Airil.Wangi sungguh bau sup ayam yang Airil masak.Sungguh menyelerakan tekak Hana.Dia menghirup kuah sup terlebih dahulu.Sedap.Cukup rasa.Hana terus makan tanpa mempelawa Airil yang ada di situ.Tidak toleh kanan dan kiri.

Airil sudah beralih tempat duduk ke sofa satu lagi.Matanya merenung Hana menikmati masakannya.Sedikit sebanyak hatinya lega gadis itu sudah sihat.Risau sangat jika apa-apa terjadi kepada Hana kelmarin,jenuh dia ingin menjawab dengan babah dan umi atas kecuaian dia.

"Esok,awak balik berehat di rumah babah sementara saya kerja.Saya cuti hari ni saja,"beritahu Airil.Oleh sebab risaukan Hana,Airil memohon cuti demi menjaga Hana.Hana mengangguk faham.

"Lain kali kalau sakit cakap awal-awal,saya bawa pergi klinik atau beli ubat.Jangan nak tahan-tahan sakit tu..Dahlah tahan sakit,lepas tu buat senyap dalam bilik.Kalau mati sorang-sorang dalam bilik tu susah pula saya nak menjawab,"sambung Airil lagi.Cukup cemas dia dengan keadaan Hana ketika itu.

"Alaaaa...Saya gastrik je pun."Kalau tidak menjawab itu bukan Hana Qaisara namanya.

"Awak ingat gastrik tak boleh bawa mati ke?Lagi satu ni,dah tahu ada gastrik jangan tahan lapar,jangan skip makan.Tak usah nak tunjuk kuat sangat,sakit padahnya,"pesan Airil lagi.Lebih tepat membebel.

Hana mencebik.Airil kalau membebel memang macam umi.Bakat semulajadi seorang guru agaknya membebel tanpa henti.Ada saja nasihat dan teguran yang akan diberikan.

Hana menghela nafasnya."Hmm...Saya bukan tahan lapar tapi saya tak ada duit nak beli makanan.Duit belanja saya dah habis.Lupa nak minta dengan babah,"luah Hana agar Airil berhenti menyalahkan dirinya.

Airil terdiam juga.Alamak...Dia pun terlupa memberi duit belanja kepada Hana.Kasihan Hana.Dia terlepas pandang bab itu.

"Hmmm...Duit belanja awak saya bagi nanti.Tak payah minta pada babah lagi.Jika saya terlupa,awak minta dengan saya,"kata Airil penuh rasa tanggungjawab.

Hana memandang tidak percaya kepada Airil.Biar betul cikgunya ini."Cikgu kaya sangat ke nak bagi saya duit belanja?"Hana menyoal tanpa segan silu.Mulutnya bukan main lagi.Tidak bertapis.

"Bukan soal kaya atau miskin.Ini soal tanggungjawab.Segala keperluan awak,saya yang kena penuhi."

"Uuiii...Baiknya hati,cikgu,"usik Hana.Dia menyambung makan.Airil tidak pula menjawab,sekadar mengerling.Pandangannya dialihkan ke kaca televisyen.Malas melayan usikan Hana agaknya.

Tengah syok-syok makan,deringan telefonnya memanggil-manggil.Sepantas kilat Hana membatalkan panggilan itu.Hana mengeluh."Hisshh...sibuk je si langau ni call.Tak ada orang lain ke?Orang tak nak jawab tu tak payahlah call."Hana mengomel perlahan supaya telinga Airil tidak menangkap kata-katanya.Rimas dihubungi Nik Arshad yang seperti gila talak itu.

"Kenapa reject call tu?Jawab sajalah.Saya tak ada halangan kalau awak nak bergayut dengan Acad.Itu hak awak.Saya tak nak halang hubungan awak dengan dia."Tiba-tiba Airil bersuara.Dia tersangat tahu hubungan Hana dan Nik Arshad.

Tersedak Hana dibuatnya."Saya nak makan ni,cikgu.Jangan sebut nama mamat tu boleh tak?"

"Ehh...Gaduh ke?"soal Airil.

"Cikgu jangan masuk campurlah.Cikgu tak tahu apa-apa,"kata Hana.Seleranya terus terbantut.Terus dia mengangkat pinggannya ke dapur sambil menarik muka masam.

Airil menyoroti langkah Hana."Eh..tiba-tiba bad mood.Hmmm...Memang gaduh sungguhlah tu.Hmm...Lantaklah,budak perempuan baru nak up."

****
"Berapa hari Hana MC ni?"soal umi membawa semangkuk bubur nasi untuk Hana.Hana berbaring di atas sofa sambil mengurut kepalanya.Sakit gastriknya beransur baik.Dia diberikan cuti sakit dua hari oleh doktor.Jadi,hari itu Airil menyuruh Hana berehat di rumah ibu bapanya memandangkan dia terpaksa bekerja.

"Sampai hari ni saja.Esok Hana dah kena pergi sekolah,"balas Hana menjawab pertanyaan umi.Dia meniup-niup bubur nasi yang berasap sebelum disuakan ke dalam mulutnya.

Umi memandang saja muka Hana."Haaa..Ni umi nak tanya sikit..Kau jawab jujur dengan umi."

"Apa,umi?"Hana berdebar.Macam serius saja uminya ingin bertanya.Ditambah pula tiada riak senyum pada wajah uminya.

"Kau mengandung eh?"Terpacul soalan itu di mulut umi.Memang itu yang dia syak apabila Airil memberitahu Hana kurang sihat.

Uhuk...uhuk...uhuk..Tersedak Hana dibuatnya.Bubur yang masuk ke mulut tersembur keluar semula.Cepat-cepat Hana meneguk air masak untuk melegakan tekaknya.Dia tidak menyangka umi akan berfikir ke tahap itu.

"Umi ni tak ada benda lain ke nak tanya?Hana kahwin tak sampai dua minggu dah tanya pasal mengandung,"bebel Hana sambil mengelap bibir basahnya.

Umi melepaskan keluhan.Dia tahu usia pernikahan Hana tidak sampai dua minggu lagi tetapi dia mahukan kepastian."Hmm...Bila Airil kata kau tak sihat,dalam kepala umi ni dah tak ada benda lain yang nak fikir..Hana cakap betul-betul dengan umi,Hana mengandung ke tak sebenarnya?"

Bibir Hana diserongkan ke kiri kanan.Dia menyandar ke sofa dan menyilangkan tangannya.Risau sangat uminya kalau-kalau dia berbadan dua.Waktu itu dia dapat akal untuk mengenakan uminya."Kalau mengandung pun apa salahnya,umi?Umi juga untung,muda-muda dah boleh timang cucu."Hana mengusik.Perut kempisnya digosok-gosok.

Tergamam umi Hana diusik sebegitu.Dia menjeling ke perut Hana."Umi ni tak kisah jadi nenek muda..Nak mengasuh 10 orang cucu pun umi tak kisah.Yang umi kisahkan Hana tu sekolah lagi.Buatnya duk uwek sana uwek sini,macam mana nak fokus?Lagi satu,Hana ingat senang ke nak jaga anak sambil belajar?Baru nak ulang kaji anak dah terkiok-kiok menangis..Belum cerita hal nak sambung belajar pula.Takkan Hana nak berhenti belajar terus?"Berjela-jela umi berceloteh.Bimbang sangat dia jika anaknya betul-betul hamil pada usia muda.Dia mahukan yang terbaik untuk Hana.

Hana tersengih-sengih."Kan papa dia ada..Papalah jaga kalau mama dia sibuk study.Pandai buat,pandailah bertanggungjawab..Haaa..pasal sambung belajar,umi tak payah risaulah..Hana ni tak sambung belajar pun tak apa,Airil boleh tanggung Hana apa,"sambung Hana bermain tarik tali dengan umi.Sengaja ingin memainkan jiwa uminya sedangkan hakikatnya indah khabar dari rupa.Hubungan dia dengan Airil bukan seperti pasangan suami isteri pun.Masing-masing buat hal sendiri.

"Amboi-amboi,indahnya hidup kau!Ni umi nak cakap,kita orang perempuan ni kena ada plan B..Sekaya mana pun suami,biarlah kita ada pendidikan sikit.Sekurang-kurangnya,jika diceraikan suami senang nak cari kerja,nak sara anak-anak nanti."

"Umi ni mesti join group KRT.."kata Hana.

"Apa T?"Umi tidak mengerti.

"Group kisah rumah tangga dalam FB tu.."

"Umi tak kisah group apa T sekalipun,yang umi nak tahu sekarang Hana mengandung ke tak?"Suara umi meninggi kerana geram.Ada-ada saja Si Hana menjawab.Dia mencubit lengan Hana.

"Aduh..Aduh..Sakitlah,umi.."adu Hana dengan manja.Dia tahu uminya geram.

"Dah tu,cakap dengan umi yang Hana mengandung ke tak ni?"tekan umi ingin tahu.Hatinya tidak akan puas jika tidak mendengar jawapan dari mulut Hana.

Hana memeluk umi dengan erat dari sisi.Dagunya disangkut pada bahu umi.Lembut dia bersuara."Umi..Hana tak mengandung pun.Hana sakit sebab gastrik.Umi tak perlu bimbanglah.."

Umi menarik nafas lega.Tenang hatinya mendengar jawapan yang dinanti."Hah...Jangan lupa makan pil yang umi bagi hari tu.Dah habis cakap kat umi,"pesan umi.

Hana menyambung menghabiskan bubur yang masih tersisa.Dia mengangguk saja pesanan umi.Sebenarnya,pil perancang diberi oleh umi telah bersemadi dengan aman dalam tong sampah.Tidaklah pula dia memberitahu,pasti bakal diomel panjang lagi nanti selepas ini.

****
Encik Riduan menghempas fail di atas meja Hanif.Fail-fail tidak lengkap serta banyak permohonan pelanggan tidak diproses menyebabkan Encik Riduan naik baran.Semua staf kecut perut jika majikan mereka itu mengamuk.Tanpa mengira siapa dan di mana,dia akan hamburkan kemarahan.

"Kau ingat aku bayar gaji kau untuk kau kumpul borang permohonan ni ke!"tengking Encik Riduan bernada tinggi.Sunyi sepi pejabat.Hanya suara Encik Riduan bak singa itu berkumandang.Staf-staf menunduk.Ada yang buat-buat sibuk.Hanif tidak dapat mengelak lagi kerana dia yang dituju oleh Encik Riduan.Mahu atau tidak,dia terpaksa hadap amukan bosnya.

"Saaayaaa..."Tergagap-gagap Hanif mahu melontarkan kata.Encik Riduan lebih garang daripada babah.

Encik Riduan mencerlungkan mata besarnya.Misainya tajamnya menambahkan kebengisan raut wajah lelaki itu."Saya apa!!Aku banyak terima complain daripada pelanggan pasal kau.Kau nak kerja ke nak main-main ni?"

"Saya bukan tak nak buat tapi saya tak sempat...."

Encik Riduan memintas penjelasan Hanif."Aaaahhhhh......Aku tak nak dengar apa-apa alasan lagi.Aku bayar gaji kau tiap-tiap bulan untuk bekerja bukan nak dengar masalah kau..Kalau kerja aku nak dengar masalah kau,baik aku jadi wakil rakyat.."

Hanif menunduk."Maafkan saya,Encik Riduan.Saya janji saya akan selesaikan segera semua permohonan clients."Dengan rasa rendah diri Hanif mengalah dan mengakui kesalahan.Malu juga dengan rakan-rakan sekerja apabila ditengking begitu namun ditebalkan mukanya.

Terpejam mata Si Hanif apabila Encik Riduan menghentak kuat meja kerjanya."Jangan cakap saja tapi kerja tak jalan..Hei Hanif,ini last warning!!Sekali lagi kerja kau tertanguh,aku tak teragak-agak pecat kau!!!Ramai lagi orang yang nak bekerja!!"tinggi suara Encik Riduan mengugut Hanif.

"Baik,Encik Riduan.Saya janji."Hanif menuruti perintah bosnya.Periuk nasinya perlu dijaga juga.Ikutkan rasa malu dan marah,pasti Encik Riduan sudah menerima tumbukan padu daripadanya.

"Dah tu apa tercegat macam pokok?Buatlah kerja!!!"tengking Encik Riduan lagi.

"Haaaa...Yang lain pun sama.Nak kerja buat cara nak kerja!!!Jangan tau makan gaji buta saja!"marah Encik Riduan sebelum berlalu.

****
"Ril,nak menebas tak malam ni?"soal Azem.Istilah menebas selalu digunakan oleh pemain-pemain badminton.

"Malam ni tak bolehlah.Aku nak rehat sambil-sambil semak kerja budak-budak ni?"Airil menolak.Tangannya memasukkan segala kertas dan fail ke dalam beg.Dia bersedia hendak pulang menjenguk Hana di rumah.Hatinya dibelenggu kerisauan dan rasa bersalah kerana membiarkan Hana kesakitan malam tersebut.Wajah pucat dan lemah Hana terbayang di matanya.

Azem menyandar pada meja Airil."Kau kalut nak balik cepat-cepat ni apahal?Macamlah ada bini tunggu kat rumah tu."

"Memang ada bi....Err..Ahhh...Malaslah aku nak layan kau."Airil tersedar yang dia hampir tersilap cakap.

"Haaa...Aku pergi lepak rumah kaulah malam ni..Amacam?"cadang Azem lagi.

"Eh,tak payahlah malam ni!Aku nak siapkan kerja."Airil tidak senang terhadap cadangan Azem.Memang tidak mungkin sama sekali dia membawa Azem ke rumahnya kerana Hana tinggal bersamanya.

"Banyak alasanlah kau ni,Ril..Nampak sangat tak suka aku datang ke rumah kau,"Azem buat-buat merajuk.

"Aku bukan tak suka kau datang..Kau nak datang tak kena masa..Time kerja aku tengah berlambak.Kau tu paham-pahamlah,ajak main gamelah,ngeteh lah..Kisah cinta budak-budaklah..Sampai ke sudah kerja aku tak siap nanti,"bidas Airil semula.

Azem tergelak.Sudah masak dibidas oleh Airil.Sahabatnya itu jika buat kerja memang tidak gemar diganggu.Namun,menjadi kebiasaan Azem mengusik Airil."Chill la..Kau ni lepas cuti nampak macam stres je..Ada apa-apa yang jadi ke masa cuti baru ni?Meh aku teka....Hhmm..Kau jumpa jodoh.Lepas tu,kau pun jadi tak keruan..Terbayang-bayang.Kan?Kan?"Rancak Azem bermain teka-teki.

Airil menggeleng sambil tersengih.Ada-ada saja Si Azem walaupun tekaannya tepat."Merepek jelah kau ni,Azem.Tak habis-habis dengan jodoh..Kau tu patutnya cari jodoh.Umur dah 3 siri tapi masih bujang.."Giliran Airil pula mengenakan Azem.

"Tak ada yang berkenan di hati.Nak buat macam mana?"

"Kau tu memilih sangat..Punyalah ramai budak bagi kau surat cinta,kau tak nak."

"Aku bukan tak nak,Ril..Masalahnya,orang yang aku berkenan tak ada bagi surat kat aku."

Airil menunjukkan riak hairan.Dalam diam rupanya Azem menyimpan perasaan kepada seseoran."Siapa?"

"Hana.."Terluncur laju nama isterinya di bibir Azem.Tergamam dan terkejut Airil dengan pengakuan berani mati Azem.Dia tidak tahu apa respon yang sesuai dia tunjukkan.Kalaulah Azem tahu bahawa Hana ialah isterinya,apa agaknya reaksi Azem.Gundah mula menjengah hati Airil.Nik Arshad dan Azem menagih cinta sang isteri.

****
Balik-balik dari sekolah,Hana sudah ada di rumah.Tercongok menonton televisyen di sofa."Awal awak balik.Kan saya suruh duduk kat rumah babah sampai saya balik,"ujar Airil.Dia masih risaukan kesihatan Hana.

"Hmm...Saya rimaslah duduk rumah babah."

"Sebabnya?"Airil hairan sedangkan itu rumah dia membesar.

"Cikgu tahu tak,umi asyik cakap pasal mengandung..Serabutlah saya..Haa...Ni dia bagi lagi pil perancang."Hana mencampakkan stok pil perancang yang umi beri kepadanya.

Airil memandang saja papan pil perancang tersebut.Ternyata ibu mertuanya enggan Hana hamil dan tidak percayakan dirinya dan Hana.Dia mengerti tindakan umi mereka."Biarlah..Ambil saja.Jangan banyak bunyi."

"Masalahnya membazir,cikgu.Saya bukan makan pun pil ni,buang ke dalam tong sampah..Lagipun,saya dengan cikgu bukan tidur sebilik,sekatil dan sebantal..Apa yang nak dirisaukannya?"sambung Hana tidak puas hati.

"Turutkan sajalah.Orang lain tak tahu apa yang berlaku dalam rumah ni..Kita berdua saja..Jangan awak pergi cerita pada umi pula,"pesan Airil.Risau kalau-kalau Hana terlanjur bercerita.

"Saya cerita bukan umi percaya pun...Dia ingat iman saya ni nipis sangat agaknya..Tak bergetar ovari saya tengok cikgu.Please ya,cikgu.Cikgu bukan taste saya okay."Ringan mulutnya berkata-kata.Selama bernikah,memang dia tidak ada rasa teruja terhadap Airil.Tiada faktor penarik yang ada pada Airil mampu meleburkan hatinya.

"Hmmm..Ikut awaklah,Hana.Saya bersyukur saya bukan taste awak..."balas Airil.Dia pun tidak berminat dengan gadis keding macam Hana.Adakalaya Airil merasakan Hana perasan lebih.Merasakan dirinya muda dan cantik.

"Cikgu terasa ke?"soal Hana setelah perasan nada Airil berbeza.

"Tak adalah..Hmm..Awak ni dah sihat ke?Mulut pot pet pot pet tak berhenti."Airil bertanya.Hana nampaknya semakin segar berbanding semalam.

"Jumpa umi tadi terus sihat,"jawab Hana.

"Sihat pun jangan lupa makan ubat.Ingat pesan doktor,"Airil berpesan.

****
Hana pusing ke kiri dan kanan.Tidak lena memejamkan mata malam itu walaupun dia telah sihat sepenuhnya.Lengannya mendarat pada dahi.Berkelip-kelip matanya memandang siling.Hampir dua minggu dia menjadi isteri Airil,hidupnya terasa kosong.Hari-harinya dihabiskan dengan ke sekolah dan di rumah.Tinggal bersama Airil cukup membosankan.Mereka bercakap hal yang penting saja.Kemudian,masing-masing melayan perasaan dan membuat kerja sendiri saja.Kadang-kadang Airil ada menegur dan membebel jika perlakuannya tidak berkenan di mata Airil.

“Hmmmmm…..”Panjang keluhan Hana sambil bangun menyandar pada kepala katil.Selimut ditarik menutup kakinya.”Sampai bila aku nak hidup kesunyian macam ni?Tekanan jiwa nanti..So,I need to do something,”desis Hana.Tidak tahan dia mahu hidup sedemikian rupa.Hana enggan terikat dengan Airil dan bebas daripada cengkaman Hanif.Dia sudah fikir semasak-masaknya.Hana punya perancangan sendiri cuma tidak disuarakan kepada Airil.Dia bernekad ingin meminta cerai daripada Airil dan sanggup tinggal di asrama sementara menamatkan pengajian di tingkatan 6.Jadi,dia tidak perlulah hadap kedua-dua lelaki itu lagi."Yess....Aku kena bagitau plan aku.Mustahil dia tak setuju kan?"Hana bercakap seorang penuh yakin.

Tidak lama kemudian,pintu bilik Hana dibuka.Siapa lagi jika bukan Airil yang muncul di situ.Memang mereka berdua saja penghuni dalam rumah itu.Airil membawa secawan air kosong dan ubat Hana.Jika tidak dipaksa,gadis muda itu liat menelan ubat.Airil duduk di tepi katil dan hulurkan air kepada Hana.”Ambil ni dan telan sekarang.Saya tahu awak tak makan ubat lagi,”paksa Airil.Pil berwarna putih disumbatkan secara paksa ke dalam mulut Hana.Cepat-cepatlah Hana menelan ubat tersebut beserta air.Terkerut-kerut mukanya.H

“Buka mulut,”arah Airil.Hana menuruti saja kehendak suaminya.Dia tahu Airil tidak mempercayainya.Mulut dinganga seluas-luasnya.Airil tersenyum apabila mendapati tiada sisa ubat disimpan dalam mulut Hana.

“Cikgu dah puas hati?”tanya Hana.

Airil mengangguk.Gelas pada tangan Hana diambil.Dia tidak berniat berlama-lama dalam bilik itu bersama Hana.Takut.Takut ada orang ketiga berbisik di telinga.Sewaktu dia ingin berpaling,lengannya disambar oleh Hana.Mata Airil bertentangan dengan mata galak milik Hana.Apa yang gadis itu mahukan daripadanya?

"Cikgu jangan pergi lagi.Saya ada hal nak cakap dengan cikgu,"kata Hana.

"Awak sakit perut lagi?"Suara Airil kebimbangan.Risau Hana diserang sakit lagi.Dia melabuhkan kembali punggungnya di sisi Hana.

Hana menggeleng."Hal ni lebih penting daripada sakit perut,cikgu."

"Penting sangat sampai tak boleh tunggu esok?"soal Airil lagi.

"Tersangat penting.Ada kaitan antara hidup dan mati kita..Masa depan kita.Saya dah lama nak bincangkan pasal ni tapi tak jumpa masa yang sesuai.Saya rasa malam ni waktu yang tepat untuk saya beritahu cikgu.Saya dah tak nak lengah-lengahkan lagi.Lagi cepat ianya selesai,lagi mudah bagi kita,"mukadimah Hana sebelum meneruskan perbincangan serius antara mereka.

Airil sedia mendengar.Hana nampaknya serius kerana tidak sebaris senyuman pada raut gadis itu.Airil. sabar menanti apa yang bakal Hana luahlan.Sudah macam guru kaunseling melayani pelajar-pelajar meluahkan rasa.Hana bersungguh-sungguh."Teruskan."

Kerongkong Hana bergerak-gerak menelan air liur sebelum memulakan bicara."Hmmm...Saya dah fikir masak-masak,cikgu.Saya dah ambil kira pro dan kontra tindakan yang akan kita buat ni,"kias Hana lagi.

"Tindakan apa?Cuba cakap terang-terang.Ini cakap satu-satu,bila nak habis?"

Hana melepaskan nafas."Apa kata kita akhiri perkahwinan kita?Errr...Maksud saya,kita bercerai,"kata Hana sedikit gementar.

Airil tergamam dengan cadangan Hana.Dia diam seketika.Keputusan Hana tersangat drastik.Tidak terlintas di fikiran Airil,Hana akan meminta cerai daripadanya seawal itu.

"Perkahwinan kita ni tak ada apa-apa makna pun,cikgu.Kita bukannya ada perasaan antara satu sama lain.Saya tak cintakan cikgu dan saya yakin cikgu pun langsung tak cintakan saya..Buat apa lagi kita nak bertahan dalam perkahwinan ni?Akhirnya,kita sama-sama menanggung rasa derita ..."

Keluhan terlepas dari mulut Airil lalu menggeleng kepala."Susah,Hana."Berat bagi Airil menerima cadangan Hana tersebut.

"Satu-satunya jalan penyelesaian masalah kita sekarang ialah bercerai.Cikgu tak perlu fikir amanah cikgu nak jaga saya..Takkan cikgu nak tunggu kita beranak-pinak baru nak berpisah?Dah terlambat masa tu,cikgu."

"Kalaulah mudah macam awak yang cakap,dari awal lagi saya dah lepaskan awak..tapi apa kata babah dan umi?Kita kahwin tak sampai dua minggu dah nak berpisah.."

Hana menjeling.Dia kira Airil akan terus bersetuju,rupanya suaminya itu berat hati melepaskannya."Kahwin pun babah yang paksa bukannya suka sama suka.Kalau cikgu takut sangat,biar saya cakap dengan babah yang saya paksa cikgu ceraikan saya.Settle.Cikgu tak payah nak jelas apa-apa pada babah dan umi.Saya akan tanggung.Babah bukan marah lama-lama pun."Hana tidak putus asa.Dia sanggup berkorban dimarah oleh babahnya kerana dia percaya marah babah tidak lama.

"Habis tu,bagaimana dengan Anep?Awak boleh jamin awak selamat tinggal satu rumah bersama Anep?Bila-bila masa saja dia boleh ambil kesempatan ke atas awak."Ya,Airil bimbangkan keselamatan Hana.Dia tahu bahawa Hanif tidak akan mengalah.Macam-macam cara Hanif boleh lakukan demi dapatkan Hana.

Hana tersenyum."Cikgu,saya dah fikir habis-habisan.Selepas bercerai saya akan tinggal di asrama..Kat asrama mana ada Abang Anep.So,cikgu jangan bimbang,saya akan selamat daripada Abang Anep."Hana beria-ria menyakinkan Airil.Harapnya cadangannya itu diterima pakai oleh Airil.

Lama Airil berfikir untuk memberikah jawapan.Dia bermenung merenung lantai.Bukan termenung saja-saja tapi menilai baik buruknya perceraian mereka.

"Cikgu...."panggil Hana menyedarkan Airil.

Airil mendongak memandang Hana."Kalau awak dah cakap macam tu,saya setuju kita cerai..Esok lusa kita ke pejabat agama uruskan penceraiannya,"jawab Airil lemah.Perbincangan mereka berakhir di situ.Airil melangkah keluar dari bilik didiami Hana.

Apabila bayang Airil menghilang,Hana melompat keriangan atas katil."Yesss.....Aku bebas..Tak sabarnya nak cerai...."Seronok sangat Si Hana.Keinginan untuk berpisah akan ditunaikan Airil.Tidak sabar rasanya kembali 'single'.Dia merebahkan diri atas katil lalu memeluk bantal peluk.Dia berguling-guling riang atas katil itu.

Gembira tidak terkata.Berpusing-pusing Hana di atas katil bersama bantal peluknya.Selepas ini,dia tidak perlu lagi berpura-pura di hadapan Shanaya dan rakan-rakan lain.

Tidak lama kemudian....Gedebuk...

Sorry bru update..Miss J ambil masa sikit utk menaip sebab tgn Miss J tak berapa gagah nak pegang telefon lama2.Sikit2 lama2 jadi bukit kan?;-)At the same time,Miss J kena dahulukan kerja2 hakiki..Harap readers IAM mampu bersabar..Apa2 pun terima ksh still skong Miss J..love you alls.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience