"Wei,Hana!Kau tengok siapa yang datang kat luar tu?"panggil Shanaya apabila menjenguk ke luar jendela.Cemas suarannya.Hana berbaring di atas katil bingkas bangun.Baru hendak melelapkan mata tetapi tidak jadi.Hana turut mengintai di sebelah Shanaya.Tidak senang duduk Hana melihat tetamu malam yang bertandang ke rumah Shanaya.Hana mundar-mandir dalam bilik sambil menggigit kuku.
"Weeii...macam mana ni,Hana?"soal Shanaya gelabah.
Hana diam membeku atas katil.Pertanyaan Shanaya dibiarkan sepi tanpa jawapan.Dia bermenung sekejap.Sejurus selepas habis kelas tambahan petang tadi,dia mengikut Shanaya pulang kerana merajuk hati dengan Airil.Tiada tempat lain lagi untuk dia menenangkan fikiran buat seketika selain rumah Shanaya tetapi benaknya belum sempat aman,babah dan umi sudah menurut termasuklah Airil yang menanti di dalam kereta.
Tidak lama kemudian,pintu bilik diketuk.Shanaya dan Hana saling berpandangan.Cuak kedua-duanya.
"Sha,buka pintu ni.Daddy Hana datang ni."Kedengaran suara ibu Shanaya,Auntie Lorshini meminta pintu dibuka dari luar.Kedua-dua gadis itu terpaksa akur demi menghormati orang tua mereka.
Shanaya menyelak pintu perlahan-lahan.Tidak tahu riak apa yang harus ditonjolkan kerana dia turut rasa bersalah.Dia buat-buat sengih menampakkan sebaris gigi putihnya kepada ammanya,babah dan umi Hana.
"Hana ada kat dalam?"tanya babah lembut memberi senyuman kepada Shanaya.Shanaya mengangguk.
"Boleh panggilkan Hana keluar tak?Pak cik nak jumpa,"pinta babah bersopan santun.Dia menghormati privasi Shanaya.Takkanlah dia mahu masuk ke dalam bilik anak dara orang pula.
Mendengar permintaan babah itu,Hana keluar dengan langkah lemah longlai.Tidak bersemangat.Babah dan umi sudah tercegat di hadapannya.
"Sha,jom ikut amma turun bawah,"ajak Auntie Lorshini.Dia sekadar ingin memberi peluang kepada Hana dan keluarganya berbincan sesama mereka.Shanaya sempat melambai tangan ke arah Hana ketika mengekori ammanya beredar dari situ.
Suasana sunyi sepi.Bibir Hana terkatup erat tidak mengeluarkan sepatah pun kata.Dia sudah tahu tujuan kedatangan babah dan umi ke tempat persembunyiannya iaitu rumah Shanaya.Tidak lain dan tidak bukan untuk memujuknya balik.Hah...Malasnya dia mengadap muka ketat Airil.
"Ikut babah balik.Airil dah tunggu dalam kereta tu.."pujuk babah lembut.Umi berpeluk tubuh di belakang babah sambil mencebik.Alergi telinganya mendengar nama Airil.
"Babah cakaplah pada dia Hana tak nak balik lagi.Nanti Hana dah ready,Hana baliklah,"jawab Hana minta pengertian daripada babah.Pastinya babah sudah mengetahui permasalahan dia dan Airil.Dia tidak mahu pulang selagi hatinya masih tidak tenteram.
"Tak baik macam tu..Dalam rumah tangga,kalau ada masalah tak boleh lari-lari macam ni.Kena duduk sama-sama,bincang,"nasihat babah cuba melembutkan hati Hana.Suaranya juga diperlahankan supaya keluarga Shanaya tidak tahu status Hana dan Airil.
Umi di belakang babah pula menyampuk."Hana tak nak balik tu biarlah,bang.Bagilah Hana tenangkan fikiran dulu.Daripada balik,buat sakit hati dia saja,"kata umi tanpa tahu hujung pangkal.
"Hana ni isteri Airil,Yati.Keluar rumah tanpa izin suami,berdosa.."balas babah.Umi tidak menjawab.Malas dia hendak masuk campur lagi.Ada saja jawapan babah.
"Hana..Terserahlah Hana nak balik atau tidak tapi Hana pergi jumpa Airil dulu."
Hana mencebik."Kenapa jumpa dia pula?Babah dengan umi sajalah yang bagitau.Takkan tu pun dia tak boleh faham,"rungut Hana.
"Hana isteri Airil,mestilah kena bagitau dia.Babah tak boleh buat keputusan nak benarkan Hana tinggal di sini atau tidak...Pergi jumpa Airil dulu.."Lembut tutur kata babah namun masih ada tegasnya.
"Hana kena turunlah ni?"soal Hana tidak puas hati.Tidak memasal dia kena berdepan dengan Airil.Dalam hati dia menyalahkan Airil kerana melibatkan kedua orang tuanya pula.
Babah mengiakan pertanyaan Hana dengan anggukan."Hmm..Tak pun babah panggil Airil naik jumpa Hana.."
Hana terkedu.Dua-dua dia tidak mahu.Lama Hana berfikir.."Hmmmmm..Hana ikut baliklah."Hana mengalah.Jumpa Airil di rumah Shanaya bakal mendatangkan kekepohan mulut Shanaya.Silap haribulan,rahsia perkahwinan mereka boleh terbongkar.
****
"Hana balik rumah umi malam ni.Tidur rumah kita.."tiba-tiba umi bersuara memecah kesepian dalam perut kereta Airil.Hana yang merenung ke luar jendela berpaling kepada umi.
"Haaa...Kenapa pandang umi macam tu?Tak nak balik rumah umi dan babah dah ke?Ke laki kau tak bagi balik rumah orang tau sendiri?"Umi menjeling Airil yang tekun memandu.Airil pura-pura tidak mendengar walaupun hatinya terguris.Sedikit pun dia tidak pernah terlintas untuk memisahkan Hana daripada orang tuanya.Meskipun telahan umi itu salah sama sekali,Airil tidak menjawab kerana masih ada rasa hormat terhadap umi sebagai ibu mentuanya.
"Apa ni,umi?Asyik nak mengarut je."Hana merungut.Dia rimas dengan sikap tak semenggah uminya itu.
Mata besar milik umi mengerling tajam kepada Hana di sebelahnya.Bagai hendak ditelan-telan Hana ketika itu."Haaa...Umi cakap saja mengarut.Asal umi cakap,semuanya tak betul..Umi tengok kau ni,lepas kahwin makin bengap.Dengar saja cakap laki kau tu,"bidas umi tidak mengira perasaan dan hati Airil di hadapan.
"Umi ni dah kenapa?Pujuk orang balik..Lepas tu,nak marah-marah orang pula.Lebih baik Hana duduk je kat rumah Sha daripada balik.Buat sakit kepala saja,"jawab Hana.Perasaannya tertekan kerana dianggap macam-macam oleh umi dan Airil.
"Yang buat kau sakit kepala..Tu..Laki kau tu bukannya umi.Kau lari rumah Sha pun sebab Airil kan?Laki kau yang tak pandai jaga kau,nak salahkan umi pula."Umi enggan mengalah."Haa...Kau tu Airil..Apa yang kau dah buat pada anak aku ni sampai lari rumah.Nasib baiklah lari rumah Sha,senang nak mencari.Kalaulah Hana lari jauh dari sini,jenuh nak cari..Ada laki pun tak boleh harap."Mulut lancangnya tidak mengira hati dan perasaan Airil terluka.
Hana mengeluh.Pelbagai masalah menjadi beban fikirannya.Berkata salah,tak kata pun salah.Perjalanan dari rumah Shanaya yang tidak sampai setengah jam itu terasa agak lama untuk mendengar bebelan umi.Bertambah sakit serabut dan sakit hati.Menyesal dia mengikut umi dan babah balik.
"Sikit-sikit mengeluh..Eloklah buat perangai macam tu..Siapa entah yang mengajarnya?Umi tak pernah ajar anak-anak umi jadi biadap macam ni..Isshh...geramnya aku..Umi tak kira..Malam ni balik rumah umi."Umi enggan mengalah.
"Awak boleh diam tak,Yati?Bagilah budak-budak ni tenang dulu.Biar diorang selesaikan masalah sendiri.Jangan nak masuk campur hal rumah tangga anak,"tegur babah.
"Abang senanglah cakap..Macam mana saya tak masuk campur kalau dah gini jadinya.Kalau dah lari-lari dari rumah,adalah tu yang tak kenanya..Menantu abang ni bukannya baik sangat pun."Umi menyindir Airil.Namun begitu,Airil tetap membisu.Dia lebih rela menahan sakit di hati berbanding bertekak dengan ibu mentuanya.
"Cukuplah tu,umi..babah..Jangan nak bergaduh.Salah Hana...Hana balik rumah Abang Airil saja malam ni,"celah Hana.Bingit telinganya mendengar umi dan babahnya bergaduh mulut dalam kereta.Dia memutuskan sendiri untuk pulang ke rumah Airil.Sekurang-kurangnya Airil tidak membebel panjang berbanding umi.
Kemudian, kereta Airil berhenti di hadapan rumah babah,Hana cepat-cepat turun tanpa meminta izin.Dia berlari masuk ke dalam pagar rumah Airil diekori pandangan mata umi dan babah.
Umi menjeling tajam."Haa...Abang tengoklah tu.Rumah laki dia yang tak guna tu juga yang dia nak balik.Menyampahlah saya.Jangan-jangan Si Airil ni dah bomohkan Hana.Tu jadi lembab macam lembu dicucuk hidung.Ikut saja apa laki dia cakap."
"Yati!!!Kamu ni kalau bercakap tak pandang kiri kanan dah..Tak ingat dosa dan pahala.Sembur ikut sedap mulut kamu saja!!"jerkah babah dari tempat duduk depan.Dia berpaling mempamerkan wajah bengis.
Perangai umi yang enggan mengalah menaikkan darahnya.Kasihan kepada Airil tidak dapat membela diri.
Umi terdiam.Takut hendak menyambung omelan lagi.Suasana menjadi senyap sunyi.
"Airil baliklah dulu.Bincang elok-elok dengan Hana.Biasalah,Hana tu masih muda.Selalu ikut kata hati daripada berfikir logik akal,"kata babah memberi ruang kepada anak menantu untuk menjernihkan hubungan.
Airil mengangguk."Ya,babah,"jawab Airil.Dia akur dengan layanan baik babahnya.Airil.tersenyum kelat.Dia perasan umi mencebikkan muka di belakang tetapi tetap bersabar.Ikutkan panas hati,mahu dijahit-jahit mulut lancang ibu mentuanya itu supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati lagi.Airil masih mampu bersabar dengan karenah umi selalu menyakitkan hatinya.
****
Umi duduk di sofa sambil mengipas muka menggunakan tudungnya kerana kepanasan.Ditambah pula sikap babah serta Hana yang tidak mendengar kata.Asyik-asyik menangkan Airil.Nafasnya dihela kasar.Apa lagi yang harus dilakukan untuk meraih kepercayaan babah dan Hana.Sudah berulang kali dia mencuba,alih-alih Airil juga yang baik di mata mereka.
Babah tenang duduk menyandar pada sofa.Dia buat tidak tahu keluhan umi di sofa hadapan.Umi tampaknya masih baran,tidak dapat mengawal emosinya.Dadanya turun naik.Wajahnya masam mencuka.
"Saya tak sedap hatilah,bang.Jom kita ajak Hana balik sini,"desak umi.
Babah memandang."Hisshhh...Awak ni.Biarlah..Dia pilih nak duduk dengan suami dia.Tak payahlah kita menyibuk hal rumah tangga mereka,"balas babah tenang.Tidak apa yang harus dibimbangkan tentang Hana dan Airil.Dia percaya Airil boleh menangani Hana.
Umi menjeling.Sudah agak bahawa babah akan membiarkan Airil mengurus sendiri rumah tangganya dengan Hana.Nadanya dinaikkan tinggi sedikit bercakap dengan babah."Abang tu biar..biar..Bukan nak tanya apa masalah budak tu.Semua serah bulat-bulat kepada Airil..Macam mana budak tu tak lari rumah orang lain..Airil pun satu,entah apa yang dia buat pada Hana tu."Umi sudah hilang rasional.Perasaan benci tersemai sejak dia tahu bahawa Airil seorang kaki perempuan.
Hah....Nafas babah menderu."Kamu ni asyik nak menyalahkan orang saja.Kadang-kadang,kita kena fikir juga yang anak kita ni pun tak sempurna.Ada salahnya."
"Cakap dengan abang ni buat sakit hati saja..Kalau abang tak nak tak apa.Hana tu anak saya.Biar saya sendiri pergi rumah dorang bawa Hana balik sini."Umi seolah-olah bernekad menjemput Hana apabila kehendaknya ditegah oleh babah.Umi bingkas bangun dari sofa ingin melangkah keluar.
Babah tidak biarkan umi bertindak melulu lalu babah menghalang umi."Yati!!!Dah tengah malam ni,jangan buat pasal.Nanti jiran-jiran dengar,tak pasal-pasal semua orang tahu Hana dah nikah dengan Airil.Malu kita nanti.Awak tak kasihan pada Hana ke?"
"Saya kasihankan Hana,saya nak bawa balik dia daripada duduk dekat rumah jantan buaya tu..Nak harapkan abang,tunggu kucing bertanduklah jawabnya..Asyik biar..biar..biar..Dah jadi apa-apa pada anak kita tu nanti,dah tak guna nak menyesal,"balas umi tidak senang hati.Segala kata-kata suaminya enggan didengar.Dia melangkah ke arah pintu keluar dengan hati yang kepanasan.
Perbuatan umi sangat-sangat menguji kesabaran babah.Umi enggan mendengar nasihat babah."Awak berhenti,Yati!!!Saya tak izinkan awak pergi rumah Airil sekarang!!Faham!!!Awak jangan uji kesabaran saya kalau awak tak nak tangan ni singgah pada pipi awak!!tengking babah hampir hilang pertimbangan.
Air mata umi mula bertakung di kelopak mata merenung tajam ke arah babah.Terkilan bercampur geram jiwanya kini.Suaminya benar-benar marah.Urat-urat biru timbul pada dahi tua babah menyebab umi hanya mampu membalas renungan babah.Tiada sepatah bunyi keluar dari mulut lancang umi.Hatinya meradang tetapi tidak boleh dihamburkan kerana ditenggelami kemarahan babah.
Hah....Umi hanya melepaskan keluhan kasar.Dia tidak berganjak dari muka pintu.Masih berdiri memeluk tubuh.Dia tidak tahu apa yang perlu dilalukan.Serba-serbi tidak kena.
Dalam situasi tegang itu,tiba-tiba Hanif muncul di hadapan pintu.Kedua ibu bapanya berpaling kepada Hanif yang jarang-jarang balik ke rumah itu dalam keadaan tergopoh-gapah.
"Apa bising-bising ni babah?Umi?Dari luar dah dengar.Gaduh ke?"soal Hanif tanpa rasa bersalah.Sengaja buat-buat tanya padahal dia telah mendengarnya dari luar tadi.Mata berair umi juga menguatkan lagi tekaan Hanif yang babah dan umi bertekak.Hatinya tersenyum puas umi dan babah bergaduh disebabkan Airil.Dia berjaya membolak-balikkan kepercayaan umi terhadap Airil.Cuma babah masih mempertahankan musuh ketatnya itu.
"Yang ni sorang lagi...Kejap balik,kejap tak..Dia buat rumah ni macam hotel.Rasa nak balik,baru muncul.Kalau tak,batang hidung pun tak nampak."Umi berleter kepada Hanif pula.
Hanif tidak bersalam dengan umi dan babah duduk menyandar pada sofa."Anep balik ni pun mujur,umi..Yang umi nak berleter je kerjanya kenapa?Anep tak ada kena-mengena ya dengan masalah umi dan babah."
"Siapa kata kau tak ada kena-mengena?"Suara garau babah mencelah menyusup masuk ke gegendang telinga Hanif.Berkeriut dahi Hanif memandang riak garang babah.Tiada secalit senyuman pada bibir babah ketika itu.
Babah menyambung."Apa yang Anep dah cakap kat umi sampai umi benci sangat kepada Airil?"Keras suara babah membentak.Isterinya bersikap demikian bersabit dengan hasutan Hanif.
Hanif pura-pura tidak faham.Berdiri dari pelabuhannya di atas sofa lalu mengadap babah."Umi benci Airil sebab perangai Airil bukannya sebab Anep..Dia dah malukan keluarga kita..Kenapa babah asyik nak bela dia?"lawan Hanif merasakan ketidakadilan tingkah laku babah.
"Punca semua ni berlaku sebab siapa?Sebab kau,Anep!!Kau ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat?"jerkah babah sememangnya tahu perbuatan sebenar Hanif terhadap Hana.Dari awal lagi dia curiga renungan Hanif kepada Hana namun dia mengunci mulut.Tidak terduga dek akalnya bahawa Hanif akan bertindak di luar batasan hukum agama malam tersebut.
"Biarlah,Anep..Babah tu,orang luar yang dia bela-bela sangat.Kita bertahun-tahun hidup dengan dia,jangankan dengar,percaya pun tidak..Nasiblah kamu dua beradik dapat babah tak kisahkan anak sendiri.Tak payah dilayan babah kau tu.."sampuk berani menyindir babah.Dia menarik lengan Hanif beredar dari ruang tamu.
"Apa yang Anep dah cakap pada umi pasal Airil?"sambung babah mematikan langkah umi dan Hanif.Ada sesuatu yang Hanif katakan kepada umi menyebabkan umi berubah serta-merta tetapi babah tidak tahu sebab apa.
"Anep tak cakap apa-apa pada saya,abang.Saya tahu dari mulut pelajar dia sendiri..Kalau tak ada angin,masakan pokok bergoyang,"jawab umi.
"Budak mana yang awak jumpa tu?Cuba bawa abang jumpa dengan dia..Abang pun nak tahu cerita yang sebenar.."Babah menambah.Siapakah yang dimaksudkan oleh umi itu?Dia juga ingin tahu,budak mana telah menjadi mangsa Airil.
Umi bercekak pinggang."Kalau saya cakap bukan abang percaya pun..Sayang sangat menantu pilihan dia..Hah..Dah la,Anep.Tak payah layan babah kau ni.Baik kita pergi makan kat dapur.Kenyang juga perut."Umi mengajak Hanif meninggalkan babah terkebil-kebil di ruang tamu.
Babah menggeleng sendiri melihat kelakuan dua beranak tersebut."Awak tak tau anak kesayangan awak tu cuba conteng arang ke muka kita,Yati..Kalau kerana Airil,Hana dah rosak angkara Anep,"getus babah sendiri.Sukarnya untuk dia menyakinkan umi dalam keadaan dia bertambah benci kepada Airil.Hubungan darah mereka membuatkan umi meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Hanif.
****
Airil serba tidak kena berdiri di hadapan bilik Hana yang terkunci rapat.Hendak diketuk serba salah.Bimbang mengganggu pula.Isterinya itu berkurung dalam bilik sebaik balik dari rumah Shanaya.Airil menggenggam jari-jemarinya mundar-mandir di situ mengharap Hana akan keluar sendiri.
"Jangan-jangan mati bunuh diri budak ni,"ucap Airi gelisah.Hampir setengah ulang-alik,bayang Hana tidak juga keluar dari bilik memaksa Airil mengetuk pintu beberapa kali.
Maka muncullah tubuh ramping Hana mengenakan seluar pendek paras peha dan baju singlet ketat berwarna biru cair.Penampilan gadis itu mendedahkan alur tubuhnya yang beralun indah menggugat iman Airil.Terpana sekejap Airil.Dipandang tubuh gadis itu dari atas ke bawah.'Menawan,'bisik hatinya.Hana kelihatan menggiurkan di mata Airil berpakaian begitu.Hampir tidak berkedip mata nakal Airil menikmati keindahan milik isterinya.
Hana menyandar pada bingkai pintu menunggu ungkapan daripada Airil.Dia tidak perasan Airil memandangnya seperti kucing ingin menerkam ikan.Dia berdehem beberapa kali dan mempamerkan riak masam.Moody.Ketika itu Airil kembali meneguhkan imannya yang hampir tersungkur tadi.
Ehemm...Ehemm...Airil berdehem mengawal keinginannya."Hmmm...Awak ni tak ada pakaian lain ke nak pakai?Kan saya dah cakap dalam rumah pakai sopan-sopan sikit."
Hana memandang dirinya agak seksi.Lantaklah.Dia malas melayan karenah Airil lalu cuba menutup pintu namun sempat dihalang oleh Airil.
Hana membulatkan mata dan menarik muka."Cikgu ketuk pintu macam nak roboh semata-mata nak bebel pasal pakaian saya dan cari salah saya ke?"Hana meradang.Tidak habis dengan hal sebelum ini,Airil sudah berleter hal pakaian pula.Bukan salah dia.Elok-elok dia bermaustatin dalam bilik,Airil pula yang mengetuk pintu bagai gempa bumi melanda.Apalagi,dia tidak sempat menyambar kardigan terus keluar.
Airil mengetap bibirnya."Hmmm...Saya minta maaf pasal semalam.Saya tak berniat pun nak sakitkan hati awak.."Airil membuat muka kasihan.
Hana mengangkat kening."Hmmm...memang sakit pun..Saya balik bukan sebab cikgu tapi saya tak nak Sha tau pasal kita.Lagi satu,cikgu libatkan babah dengan umi kenapa?"
"Saya tak nak libatkan sesiapa pun.Kebetulan babah datang ke rumah cari awak.Saya terpaksa ceritalah...Saya tak sangka pula yang babah ajak saya pergi rumah Shanaya masa itu juga cari awak,"kata Airil mengingati kedatangan babah ke rumah.Pada mulanya,dia mencari Hana juga kerana Hana tidak pulang-pulang hampir waktu maghrib.Tetapi hatinya lega apabila Shanaya secara tidak sengaja memaklumkan Hana bersamanya apabila dia bertanyakan tentang projek kumpulan mereka.
Hana menepuk dahi."Kenapa cikgu lurus bendul sangat?Skema...Cakaplah saya ada kelas tambahan ke,study group ke...Ishhh..."Hana membebel.Airil terlalu lurus bendul.Susah.
"Babah tu ayah awak.Takkan saya nak tipu dia..Awak pun tahu apa yang awak buat tu salah."
"Babah tu tak apa...tapi umi.Cikgu tak perasan ke perangai umi tu hangin semacam..Sebab tu,saya tak balik rumah babah..Hai,apalah nasib saya ni?Duduk rumah suami stres,balik rumah umi pun stres."Hana mengomel.Tiada tempat yang aman ketika ini untuk dia berteduh.
Airil terdiam.Jelas Hana tertekan dengan masalah yang melanda mereka.
"Haaa...Cikgu dah tak ada apa nak cakap lagi kan?Hmmm...Kalau ada pun,saya tak nak sembang dengan cikgu.Saya ngantuk..Tidur lagi bagus daripada fikir hal merepek ni..Haa...Esok cikgu jangan ngada-ngada nak tanya tentang kerja sekolah dalam kelas.Saya cakap awal-awal yang saya tak siap dan takkan siapkan malam ni..Stres..Bye....."Hana memberi peringatan.Pintu ditutup terus.Moodnya hilang sejak Airil dan ibu bapanya menjemput di rumah Shanya.Airil dibiarkan termangu.
Hana pula merajuk...Hehehe...Airil2
Share this novel
sambung lah lagi....best juga lama dah tunggu...
ok...x sabar nk tggu next episode
hi miss jebat ...sy nk beli novel ni boleh ka