Bab 46

Romance Series 232139

Sebaik Hana melangkah masuk ke dalam bilik, dia terus menutup pintu dan berpaling ke arah Airil.Wajahnya jelas tegang dan menyeringai.Kerlingannya tajam betul merenung Airil yang kekal tenang.Cool and steady.

"Kenapa buat muka tak puas hati tu?Tengok dada tu turun naik,"tegur Airil laju.

Hana menutup dadanya dengan tangan apabila disapa oleh suaminya.Ke sini pula mata Airil memandang.

“Kenapa abang cakap macam tu dekat Irwan tadi?” soalnya keras tanpa memberi salam dingin.

Airil yang sedang menukar baju menoleh perlahan.“Soalan dia tu kurang cerdik.Boleh pula dia tanya awak tak bosan ke mengadap muka saya ni siang dan malam.Muka suami kot.Takkan bosan."

"Dia tersalah susunan ayat.Hana rasa dia tak bermaksud begitu.Mungkin dia nak tanya Hana ni tak bosan ke belajar dengan abang siang malam.Pemikiran abang tu prejudis sangat."Hana membela Irwan.

Airil menyambut sinis.“Salah ayat ke apa ke,saya tetap tak nak terima soalan itu.Tidak sesuai diajukan kepada isteri orang."

Nada suaranya dingin, mengandungi keberangan yang tidak disembunyikan.

Hana mengetap bibir.“Apa sebenarnya masalah abang ni haa?Hana tak faham apa yang abang nak sebenarnya?Dulu abang sendiri yang cakap abang tak kisah saya nak kawan dengan mana-mana lelaki.Siap izinkan lagi Hana bercinta dengan Acad.Dah lupa?Atau abang ni ada masalah mental.Split personality.Kejap begitu,kejap begini."

Airil menghela nafas.Pandangannya tajam.Suaranya tenang tapi tegas. “Itu dulu.Sekarang semua benda yang melibatkan awak saya kisah dan ambil peduli.Awak nak kawan dengan siapa?Keluar dengan siapa?Semua saya kena tahu dan dapatkan izin saya."

“Maksudnya sekarang saya tak boleh bercakap dan berkawan dengan mana-mana lelaki ya?” suara Hana naik sedikit.

Airil mengangguk."Of course.Saya pun nak ingatkan awak tentang jaga batas apabila berkawa dengan kaum berlainan jantina.Berkawan biar seribu tetapi sedar status diri awak tu isteri orang.Saya tengok awak tu rapat sangat dengan Irwan,"tegas Airil dalam menegur Hana.

Hana menggeleng perlahan."Apa sebenarnya masalah abang ni? Cemburu?”

Airil tidak menjawab segera.“Tak
Awak tahu tak Irwan mula menaruh hati kepada awak?Saya cuma tak nak Irwan fikir awak memberi harapan kepada dia."

Hana terdiam.Bibirnya sedikit terbuka namun tiada kata yang keluar.

Airil mendongak.Pandangannya menembus mata Hana.“Atau memang awak ada hati terhadap dia?”

Soalan itu menghentak dinding sabar Hana.Dia memalingkan wajah, jantung berdegup laju.Suaranya tetap terkawal.

“Saya tak layan soalan bodoh macam tu.Rasa malas nak fikir hal mengarut. Baik saya tidur.”

Dia capai bantal lalu berbaring membelakangi Airil.Hatinya tidak tenang.Dadanya berombak.Fikirannya bercelaru.Bukan kerana Airil semata-mata malahan Irwan.Benarkah kata-kata Airil itu?Selama ini mereka hanya berteman tanpa melibatkan perasaan.'Jika ianya benar,adakah dia yang tersilap menilai persahabatan mereka.

Airil pula hanya berdiri memandang belakang tubuh Hana yang kaku. Mulutnya tidak bergerak tetapi hatinya menjerit.Antara rasa bersalah dan ego.

Malam itu mereka tidur sekatil tetapi hati tidak bersatu. Masing-masing membisu dalam badai perasaan yang tidak terluah.

****
Suhu di dalam makmal komputer dingin seperti biasa.Deretan komputer membentuk dinding visual antara pelajar-pelajar membataskan pandangan serta menyekat gelombang emosi seorang lelaki bernama Airil, dan seorang gadis bernama Hana yang duduk diam membatu di hujung kanan makmal.

Hari itu Hana menyepi.Sejak pagi lagi, tiada bicara mesra dengan pelajar lelaki seperti selalu.Tiada tawa kecil, tiada suara bergema.Cuma jari-jari lincah menaip dan mengatur papan cerita bagi tugasan multimedia subjek Sastera Semester 3 .Tugas mencabar itu menuntut tumpuan dan tumpuan itu dijadikan alasan terbaik untuk mengelak dari dunia Airil.

Airil pula dari meja guru sesekali mencuri pandang ke arah Hana di balik deretan komputer.Matanya menangkap Hana yang khusyuk.Namun tiada senyum terpalit pada garis bibir Hana. Tiada reaksi.Wajah serius. Itu pun hanya dapat dilihat separuh kerana terlindung oleh monitor komputer di kiri kanan.

Airil menulis sesuatu pada kertas kecil. Perlahan-lahan dia bangun dan mula berjalan mengelilingi makmal.Bukan niat utama untuk memantau tugasan pelajar.Langkahnya jelas terarah kepada Hana sebenarnya.

Apabila sampai ke meja Hana, dia berdiri lama.Kononnya meneliti hasil kerja pelajar atau lebih tepat Hana.

Hana tak mengangkat muka padahal dia sedar Airil berdiri di sisinya.Menoleh pun tidak.Dibiarkan Airil menanti reaksi daripadanya.

Airil menarik sekeping kertas draf papan cerita Hana,konon-konon membaca.Hakikatnya satu patah perkataan pun otaknya tidak tafsirkan.Sekejap sahaja.Kemudian, dia letakkan semula.

Hana mendapatkan kertas papan ceritanya yang telah tertampal sticky note berbentuk awan warna kuning.Tertera tulisan tangan yang dikenali sangat kemas.

Notanya berbunyi,"Awak sangat manis tetapi kemanisan awak akan lebih terserlah jika bibir itu mengukir senyuman.'

Hana teragak-agak.Matanya meliar ke arah Airil yang sudah pun berjalan ke meja pelajar lain.Dia menjeling sekilas tanpa senyum.Dalam hati berperang antara geli hati dan geram.

Dia cuba pujuk aku ke ni?Buang tabiat betul.Sejak bila pandai memuji-muji manja aku?

Hana kembali menghadap skrin komputer.Cuba abaikan.

Airil tahu dia belum menang.Tidak mengapa Dia simpan sisa cubaan itu untuk malam nanti.Di rumah.

Tiba-tiba suara Airil bergema dari tengah-tengah makmal.

“Kelas,"panggil Airil.
Suara itu tenang tapi jelas. Semua pelajar mendongak.

“Saya tahu semua orang stres dengan tugasan ini.Tolonglah jangan serius sangat.Nanti semua idea-idea kamu terbang melayang.Sorang-sorang muka berkerut buat kerja.Tolong senyum sikit,"kata Airil.

Seluruh kelas ketawa kecil apabila menyedarinya masing-masing tekun.Hana mendongak dan memandang Airil dengan pandangan menyampah.Memang dia hendak tuju kepada aku.

Airil sempat meletakkan satu lagi sticky note.Kali ini di tepi meja Hana sebelum berlalu.

'Jumpa saya sebelum keluar makmal kalau nak duit belanja.'

Ha, baru teringat. Memang pagi tadi Airil tergesa-gesa keluar rumah sehingga terlupa menghulurkan duit poket. Hana kerut kening, pegang nota itu.Ugut guna duit pula.

Di sebalik ‘gurauan comel’, tetap ada nada tanggungjawab. Suami tetap suami walaupun hati isterinya masih keras.

Hana telan air liur perlahan.Dia menoleh ke belakang.

Airil sudah pun duduk kembali di mejanya buat-buat menulis sesuatu. Namun ekor mata mereka bertaut dalam diam.
Dan untuk pertama kali sejak pagi, Hana tarik sedikit senyuman kecil dan tipis.Hanya satu garisan manis di hujung bibir.

Airil nampak senyuman tipis yang tidak terlahir dari hati.Pujukannya masih kurang berjaya.

****
Ketukan jari Airil di papan kekunci komputer semakin perlahan.Matanya tertumpu pada skrin yang memaparkan senarai nama pelajar dan data pencapaian mereka tetapi fikirannya tidak berada di situ.Sejak pagi, dia tidak mampu fokus menyelesaikan tugasannya.

Hana merajuk pula.

Sejak pertikaman lidah semalam, Hana langsung tidak bercakap dengannya.Malah di sekolah pun dia mengelak untuk bercakap dengan Airil.'Aisshh...Susahnya apabila pelajar sendiri jadi isteri.Hal rumah dibawa ke sekolah sekali.'Airil resah.Rasa bersalah mencengkam hati.

"Airil," panggil satu suara dari belakang.

Airil menoleh.Azim muncul dengan wajah serius melangkah masuk dan menarik kerusi di sebelahnya tanpa dijemput.

“Ada benda aku nak cakap.Penting,” katanya perlahan.

Airil duduk tegak.“Apa dia?”

Azim menunduk sedikit.Suaranya merendah.“Pasal Hanif…Abang Hana a.k.a abang ipar kau.”

Airil mengerut dahi."Kenapa dengan dia pula?"

“Dia dalam pengawasan polis.Kau ingat tak kes students kita yang ramai-ramai kena tahan sebab sangkut urine?"

Airil mengangguk.

"Haa..Pasal kes tulah.GPK Hem dan Kaunseling kan bekerjasama dengan Unit Narkotik serta AADK untuk siasat dari mana budak-budak dapat pil kuda tu.Hasil siasatan,dia disyaki terlibat dalam kes penjualan pil kuda kepada pelajar-pelajar kita,” ucap Azim tenang tapi berat.

Airil terbungkam.Nafasnya seolah tersekat.Bertambah pening kepalanya mendengar khabar itu.Adik merajuk.Abang buat hal lebih parah.

“Ril,abang ipar kau tu.Takkan kau tak tahu apa-apa,” sambung Azim separuh berbisik supaya tidak didengar oleh tenaga pengajar lain.

Lidah Airil kelu seketika."Sumpah aku tak tahu apa-apa.Adoii..Gilalah Si Anep ni."

Azim bersandar sedikit menyambung cerita."Polis kata kemungkinan ada orang dalam juga yang tolong jual kepada para pelajar.Errrr.... Mungkin… mungkin Hana akan turut disoal siasat sebab ada pertalian keluarga dan bersekolah di sini.Bukan menuduh tau,kau faham-fahamlah prosedur."

Airil cepat menegakkan diri.Kepalanya digaru-garu.Otaknya mula berkecamuk
"Aduh,serabut otak aku fikir masalah ni.Serius wei,Hana tak tahu apa-apa.Dia takkan terlibat dengan benda-benda bodoh begini.Hubungan dia dengan Abep pun bukan baik sangat.Sebab tulah aku bawa dia tinggal dengan aku,"ucap Airil.

Azim mengangguk perlahan."Aku faham.Tak ada sesiapa tuduh Hana tapi sebab mereka adik-beradik,Hana terheret sama.Kau jangan risaulah.Hana dipanggil untuk membantu siasatan saja.Selepas itu,dia akan dilepaskan jika didapati tidak terlibat."

Airil mendengus perlahan. Dia mengangguk tapi hatinya berkecamuk. Fikirannya kembali pada wajah Hana yang selalu ceria tapi kini mungkin perlu melalui tekanan kerana kesalahan orang lain.

"Zim,kasihan isteri aku.Mesti dia stres kalau dia tahu."

"Aku tahu tu.Kaulah orang yang paling dekat untuk beri sokonga kepada Hana nanti.Nilah dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga."

Dalam diam Airil mengepal tangan.

“Sial betul kau ni,Anep.Menyusahkan orang.Disebabkan kau,Hana terpalit sama dalam lumpur yang kau buat,"marah Airil dalam hati.Jikalau Hanif ada di depan mata,memang bertubi-tubi buku limanya hingga pada muka tidak siap Hanif itu.

Fokus Airil bukan lagi pada data pelajar pada skrin komputer tetapi pada seorang gadis bernama Hana.Isterinya kini memerlukan perlindungan lebih daripada sekadar simpati.'Jangan risau,Hana.Saya akan tetap di sisi awak."

****
Airil balik ke rumah petang itu dengan dada yang masih sesak.Fikirannya berkecamuk tetapi wajah Hana tak henti-henti muncul dalam bayangannya.Risau pula.Hana tidak ambil duit belanja di sekolah tadi.Apa yang dia makan agaknya.

Di luar rumah,dia nampak Irwan duduk seorang di kerusi batu.Hana tiada bersama Irwan.

Sebaik menuruni kereta dia bertanya Irwan."Eh,Hana mana?”soal Airil cepat-cepat.

"Ada dalam rumah,"jawab Irwan.

"Kau pula buat apa termenung di luar ni?"

"Aku tengah usya awek tapi tulah rumah kau ni hujung dunia.Sorang awek pun tak ada.Lembu banyaklah."Irwan berseloroh.Dari tadi menikmati pemandangan lembu di ladang hadapan perumahan Airil.

"Kau carilah kat bandar.Hmm..Hana buat apa?"

"Entah.Dalam kereta tadi pun diam je.Stres kot.Kau pergilah tengok."

Airil hanya angguk dan terus masuk.

Ruang tamu tiada orang.Dapur kosong lalu Airil terus menuju ke bilik.

Tombol dipulas perlahan.Di atas katil, Hana terbaring terlentang tidur keletihan.Wajahnya lesu.Rambutnya sedikit kusut.Badannya meringkuk seperti budak kecil.

Airil berdiri memerhati lama. Bibirnya tertarik senyum kecil.'Comelnya dia.'

Dengan berhati-hati,dia duduk di hujung katil.Jari-jarinya mengusap lembut rambut Hana.“Hana…” bisiknya."Dah solat Asar ke?Nak masuk maghrib dah ni."

Hana merengek perlahan.Mata dibuka sedikit, kabur dan lemah.Dia nampak wajah Airil dan tanpa sepatah kata dia terus rebahkan semula kepalanya ke bantal.Mata Hana seperti ditarik magnet.Mengantuk yang teramat.

“Saya penat.Nak tidur,” rengeknya separuh sedar dengan mata terpejam.

Airil tarik tangan Hana perlahan.
“Jangan sambung tidur.Solat dulu.Lewat dah ni."

Hana meronta manja, menggeleng macam budak kecil. “Nantilah.Mengantuk.Janganlah kacau.Hana tak nak kawan dengan abang.Pergi main jauh-jauh.

Airil geleng kepala.Geram. Tangannya menolak-nolak badan Hana yang keras tidak mahu bangun."Kalau ya pun nak merajuk,solat jangan tinggal."Airil ingatkan perkara asas dalam kehidupan.

Hana kaku.Tidak melawan tetapi tetap enggan bangkit.

Airil menghela nafas “Kalau tak nak bangun juga,saya angkat awak masuk bilik air. Saya mandikan.”

Hana masih keras.

Tidak tunggu lama,Airil terus menyambar tubuh ringan Hana dalam pelukannya.
“Abang!” Hana separuh jerit tapi masih malas membuka mata.

Airil ketawa."Dah kata dah.Jangan cabar.”

Dia dukung Hana masuk ke bilik air, terus hidupkan pancuran. Air menyimbah.

“Arrghhhhh!” jerit Hana.Dia terjaga sepenuhnya dan terus meraup wajah.

“Abang ni! Orang ngantuklah! Penat tahu tak?!”Hana membebel sambil menghentak-hentak kakinya.

Airil ketawa sambil menjauh ke pintu. Baju dia pun dah basah."Jangan cakap saya tak warning tadi."

Hana mencebik, air masih menitik melalui hujung dagunya."Gelaklah.Ada ubi ada batas,ada hari Hana balas."

Airil tutup pintu dengan senyum yang tidak lekang dari bibirnya.Hatinya lebih tenang sekarang.Sekurang-kurangnya, Hana masih mahu marah.Lebih baik marah daripada dia terus membisu.

Finallnya,MJ dapat siapkan satu chapter hari nii walaupun kerja bertambun.Hehehe...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience