Membungkam bulat mata Rahman memandang anak-anaknya.Hana mula kecut perut dengan pandangan setajam mata pedang itu ditujukan ke arah dia dan Hanif silih berganti.Urat-urat di leher Rahman berketul-ketul timbulnya.Hana menikus di sofa.Babahnya bakal meletuskan api kemarahan yang terpendam.
Hanif menyilangkan tangannya.Mukanya ditarik sama garang dengan babah.Pertengkaran yang berlaku di rumah Airil tadi tidak habis di situ malah bersambung di rumah.Hanif tidak dapat menerima kenyataan yang adiknya bakal disatukan dengan orang lain.Dia memberontak selagi boleh.
"Anep dah kata Cikgu Airil tu nak ambil kesempatan ke atas adik saja.Tengoklah,diam-diam dia berdua-duaan dengan adik dalam rumah dia.Yang adik pun satu,ikut saja kemahuan dia.Mujur Anep sampai awal.Kalau tak,entah apa yang dia ajar adik buat dalam rumah itu,"tokok Hanif menghangatkan bara Rahman.Fitnah menjadi teman di bibirnya.Dia ingin Airil nampak jahat di mata babahnya supaya Hana tidak dikahwinkan dengan Airil.
Panas telinga Hana mendengar rekaan Hanif yang tidak berkesudahan.Dilawan dia akan membela diri,berdiam diri pula semakin rancak dia menokok-nambar cerita.Hana berdiri."Abang ni memang tak sayang mulut ke?Mentang-mentang tak ada orang nampak salah abang,jadi abang sedap-sedap mereka cerita yang tak betul.Sekarang ni,semua salah adik dengan Cikgu Airil."Hana naik angin.Ditepisnya segala fitnah ciptaan Hanif.
"Adik,abang cuma nak jaga adik daripada menjadi mangsa cikgu yang bertopengkan manusia tu.Yang adik nak bela sangat dia kenapa?Apa yang cikgu tu dah tuba adik?Jangan-jangan adik pun syok layan dia...Sama-sama high...Macam tu?"Hanif menuduh adiknya.
Hana gigih membela nama baiknya dan Airil.Hanif pandai memutar belitkan cerita sehingga umi dan babah percaya."Jaga sikit mulut abang.Cikgu Airil bukan macam tu.Dia seribu kali lebih baik daripada Abang Anep.."Hana membalas.Kemudian,dia berpaling kepada babah dan uminya."Babah...Umi..Abang Anep ni iblis yang sebenarnya.Kalau bukan sebab dia cuba perkosa Hana,semua ni tak akan terjadi."
Hanif tidak puas hati.Dia berusaha menampakkan dirinya tidak bersalah di hadapan babah dan umi.Secepat mungkin dia menarik bahu Hana agar bertentangan dengannya."Adik dah syok dengan cikgu tua tu,sekarang nak tuduh abang pula.Tak usah adik bermimpi dia akan jadi suami adik.Abang tak setuju."
Rahman yang serabut menghentikan pertengkaran dua beradik itu yang semakin lama semakin rancak jika tidak dihalang."Sudah!!!Babah tak nak dengar apa-apa lagi.Sorang kata macam ni,sorang kata macam tu.Pening kepala babah dibuatnya.Walau apapun yang terjadi,Hana tetap babah akan kahwinkan dengan Cikgu Airil.Dia harus bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat pada Hana,"celah Rahman.Berulang kali dia menyatakan hasratnya dan hasrat itu tidak akan diubah lagi.
"Anep tak setuju babah.Adik belum tentu bahagia kahwin dengan Cikgu Airil,kenapa babah berdegil?Cikgu Airil tu nak pergunakan adik saja.Lepas dapat adik nanti,dah tentu-tentu dia buang adik."
Hayati menyentuh bahu Rahman dengan lembut."Betul cakap Anep tu,bang.Saya ni bukan nak memilih menantu tapi bahagia ke Hana kahwin dengan cikgu sendiri?Lagipun,kita tak tahu niat sebenar Cikgu Airil.Buatnya diseksa anak kita macam mana?"Hayati memujuk lembut suaminya.Dia sangat takut Airil mensia-siakan anak perempuan mereka.Keraguan dan kerisauan seorang ibu melepaskan anak perempuan kepada orang yang salah bertamu melalui nalurinya.
Rahman menghela nafas.Apa yang dia buat untuk menjaga maruah keluarganya dan Hana."Yati,saya tahu apa yang saya buat.Andainya jadi apa-apa dalam perkahwinan mereka,abang sendiri akan bertanggungjawab,"kata Rahman.Isterinya kematian kata-kata.Hendak dibantah lagi,Rahman akan naik angin.Terpaksalah dia akur walaupun hati tidak merelakan.
"Senang-senang saja babah nak serahkan adik?"kata Hanif.
"Tadi kamu juga yang cakap Cikgu Airil dengan adik kamu sama-sama high.Sama-sama syok.Jadi,tak salah aku kahwinkan daripada dorang buat benda tak senonoh belakang babah."Rahman menempelak Hanif.Karenah anak-anak memusingkan kepalanya.Hanif lekas meninggalkan ruang tamu apabila babahnya tetap ingin menang.
****
"Che Man tak kasihankan Hana ke?Dia belum matang untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.Saya pula sikit pun tak ada rasa nak kahwin lagi,"kata Airil saat dia menemui Rahman berdua.Rundingan perlu dilakukan segera agar Rahman tidak meneruskan niatnya untuk menyatukan mereka.Airil sangat tidak bersedia ditambah pula Hana ialah pelajarnya.
"Habis tu,cikgu nak lepas tangan macam tu saja lepas apa yang berlaku?"Rahman menjawab tenang tetapi tegas.Menyindir tidak,marah juga tidak.
"Bukan macam tu,Che Man.Jika ianya memang salah saya,saya tak akan lari daripada tanggungjawab tapi saya tak bersalah.Tak ada apa-apa yang berlaku antara saya dan Hana malam tu.Ya,memang salah saya datang rumah Che Man malam-malam.Niat saya cuma nak menolong Hana,tak lebih dari itu."Bersungguh-sungguh Airil berhujah walaupun berkali-kali dia jelaskan perkara yang sama.Sukar untuk mengubah keputusan Rahman tetapi tidak salah mencuba.Rahman tidak percaya langsung penjelasan Airil dan Hana.
Rahman mendengus lembut.Dipandang wajah Airil.Demi maruah keluarga,Rahman tidak sesekali akan berubah fikiran.Bukan dia tidak kasihan Hana dan Airil namun harga diri Hana perlu dijaga segera."Susah Che Man nak percaya cerita kamu berdua.Hati Che Man berbelah bagi nak percayakan kisah kamu atau percaya pada apa yang Che Man nampak."Rahman serba salah.Pelbagai versi cerita yang didengarnya.Yang mana satu dia perlu percaya?Hanif atau Hana dan Airil?
"Jauh Ril termenung?Apa yang Ril fikir?"Sapaan ibunya menyedarkan Airil daripada lamunan.Perundingan dengan Rahman tidak berjaya malahan ibunya turut menyokong kehendak Rahman.Ibunya,Khatijah ke rumahnya semata-mata untuk berbincang tentang perkahwinan mereka.
"Entahlah,ibu.Banyak sangat masalah Ril nak kena fikir.Semuanya datang tiba-tiba."Airil berterus-terang.Memang otaknya serabut dengan masalah Hana dan keluarganya.Dirinya sendiri enggan menghalalkan Hana.Airil merasakan amanahnya terlalu berat untuk dipikul.Berkali-kali dia mengeluh apabila memikirkan soal itu.
Keluhan Airil didengar oleh Khatijah.Dia duduk di sofa tunggal sebelah Airil.Lembut dan tenang wajah Khatijah.Meskipun menerima khabar tidak indah daripada bakal besannya,Khatijah tidak cepat melatah.Dia tidak terus menyalahkan Airil sepenuhnya sebaliknya menyambut baik keputusan Rahman.Khatijah tahu yang Airil tidak menginginkannya terjadi tetapi nasi sudah menjadi bubur.Tiada saksi dan bukti kukuh menyebelahi Airil dan Hana.Bukan dia tidak kasihan tetapi dia tidak mempunyai jalan untuk membantu Airil.
****
"Kus semangat."Hana mengurut-ngurut dadanya.Dia terkejut disergah oleh Shanaya.
Shanaya merapatkan tangan seperti menyembah sultan.Niatnya sengaja ingin mengusik Hana yang berduka lara kerana putus cinta.Dia menarik kerusinya dan melabuhkan punggung semula."Tak syoklah kau monyok macam ayam berak kapur ni,Hana?Hidup aku rasa sunyi dan sepi kau tak ceria,"pujuk Shanaya.Sejak hubungan Hana terputus di tengah jalan,Hana tidak lagi seceria dulu.Termenung dan banyak menggelamun.Shanaya terasa kehilangan seri menempuh hari-hari di sekolah.
"Aku tak ada moodlah,Sha."
"Janganlah macam ni.Aku selalu ada untuk kau.Biarlah Si Acad tu.Lupakan dia dan move on.Dia yang bodoh lepaskan kau.Nanti dia menyesallah tu tinggalkan perempuan baik dan hot macam kau..Wake up,dear.Buktikan yang kau tak lemah.Tunjukkan yang kau tak hairan sangat dengan dia."Shanaya memberi nasihat kepada sahabatnya,Hana tanpa mengetahui beban sebenar yang menimpa sahabatnya.
"Aku tak fikir pun pasal mamat tu,"nafi Hana.Masalah putus cinta dengan Arshad tenggelam selepas malam yang kelam itu.Kegundahan hati dijodohkan dengan Airil lebih hebat daripada patah hati.Dia tidak berminat berkongsi kisah hitam itu kepada Shanaya.
Shanaya bangun lalu menarik tangan Hana."Haaa..bagus macam tu.Jom ke kantin.Aku lapar ni.Aku terliur nak makan mi goreng sambal bilis mak cik kantin kita.Cepat..Masa rehat kita tak lama."Shanaya memaksa.Hana mengalah dan menuruti saja kehendak Shanaya.Mujurlah bangunan kelasnya dekat dengan kantin sekolah.
Susur gajah ke kantin dilewati bersama Shanaya.Pada waktu itu juga matanya terpandang pasangan mesra di sebuah wakaf menikmati makanan.Bagai mahu gugur jantungnya menahan rasa pedih.Langkahnya terhenti serta-merta dan merenung merpati dua sejoli itu.Kedua-duanya bergelak ketawa bagai dunia itu mereka yang punya.Susuk lelaki itu perasan akan kehadiran Hana di situ namun dia berpura-pura tidak nampak malah bertambah mesra.
Air mata yang menitis perlahan-lahan diusap segera.Rasa sedih dikawal walaupun hatinya tertoreh.Terlalu cepat Arshad mendapat pengganti dirinya.Lelaki semuanya sama.Tangannya digenggam oleh Shanaya.Dia semakin sebak.
Hana tidak dapat menghalang rasa cemburu yang menjentik hatinya tapi apakan daya?Dia tiada lagi hak untuk berasa iri hati.Dia dan Arshad bukan lagi pasangan kekasih.Hanya pandangan suram dan dia berusaha memujuk hati agar melepaskan semua pergi.Akhirnya,dia kalah dengan perasaan sendiri.Dia mematikan niatnya menemani Shanaya ke kantin.Hana berpaling dan menyusun gerak kakinya tanpa tujuan.
"Hana,tunggu aku!!!"panggil Shanaya.Dia mengejar langkah Hana dari belakang.Pada masa yang sama,hatinya dijentik rasa bersalah kerana beria-ria mengajak Hana ke kantin.Tapi dia tidak tahu pun yang Nik Arshad berada di situ.Shanaya mengabaikan rasa irama keroncong perutnya.Dia perlu memujuk Hana terlebih dahulu.
****
Selepas tamat waktu persekolahan,Hana tidak ke mana-mana.Ajakan Shanaya dan teman-teman yang lain ditolak mentah-mentah.'Mood' hilang kerana Nik Arshad terlalu mudah mencari pengganti dan Cikgu Airil bakal menjadi suaminya.Babah berkeras dengan keinginannya.Hanif tidak mengaku perbuatan terkutuk malah memfitnah Airil.'Arrrghhh....terlalu banyak konflik dalam drama keluarga mereka."
Kusut fikirannya.Ingin saja dia melarikan diri daripada kemelut yang melanda dirinya.Persoalannya,ke mana dia mahu membawa diri?Tidak ada tempat untuk dia bergantung selain umi dan babah.Teman yang paling rapat Shanaya.Itupun rumah Shanaya bukanlah terlalu jauh untuk dia bersembunyi.Bila-bila masa babah boleh muncul di rumah Shanaya.Lari tanpa arah lagilah dia takut kerana dia tidak pernah berjauhan daripada keluarganya.
Saat melayani kemelut hati tidak berkesudahan,Hana tidak lupa memberi isyarat membelok ke kanan.Namun,tanpa diduga Hana terbabas ke kaki jalan apabila kereta dari hadapan menghimpit rapat motosikal Hana.Seseorang yang sangat dikenali melanggarnya.Hana tumbang bersama motosikal di tepi jalan.Tidak sempat Hana bangun,lelaki berbadan tegap itu merentap Hana bangun."Kau ikut aku."Lelaki tersebut menarik kasar lengan Hana.Hana terkejut dengan kemalangan menimpanya masih terpinga-pinga.Punggungnya terasa sakit,betis pula pedih kerana terkena ekzos panas manakala lengannya terdapat sedikit calar.
"Abang ni dah gila ke?Nak bunuh adik sendiri?"Hana menengking.Abangya sangat melampau.Satu demi satu masalah ditimbulkan oleh Hanif.Siapa yang tidak bengang?
Hanif mencengkam kuat lengan Hana.Hana suka melawan dan menolak kemahuannya."Apa susah sangat kau nak ikut cakap aku?Masuk dalam kereta sekarang,"arah Hanif.Tubuh Hana ditolak-tolak memaksa Hana masuk ke dalam kereta.Hana mengeraskan badan dan kakinya disamping menahan pedih luka pada betis dan lengannya."Kau nak bawa aku ke mana?Kau faham bahasa Melayu ke?Aku cakap aku tak nak,tak lah!"Hana meninggikan suara.Tidak ada lagi panggilan hormat terhadap Hanif.
Sekuat tenaga Hana menahan badannya terheret dek paksaan Hanif.
"Kau ni memang degil,Hana.Tahu tak aku sayang kau?Sayang kau sangat-sangat.Aku cintakan kau,"kata Hanif berterus-terang isi hati yang terpendam.
Hana terkedu.Abangnya sudah gila.Bukan setakat gila malah terpesong daripada ajaran Islam."Cinta?Kau melalut apa?Sedar tak yang aku adik kandung kau?Kau ponteng kelas agama ke sampai tak tahu perbuatan kau tu sumbang."Hana cuba menyedarkan Hanif.Mendengar kata-kata Hana,Hanif bertambah berang.Dia tidak boleh menerima kenyataan itu.Kenyataan yang mereka diharamkan bersama.Memikirkan itu,Hanif mengheret kasar tangan Hana.Aduan sakit oleh Hana tidak dipedulikan.
Semakin kuat Hana menahan,semakin galak Hanif menarik lengan Hana tanpa mengambil kira kepedihan luka Hana."Aaaahhh....Aku tak peduli itu semua.Kau ikut aku sekarang!Pandailah aku nak buat macam mana."Hanif tidak putus asa.Dia menarik Hana tanpa memikirkan kesakitan yang dialami Hana."Cepat ikut aku sebelum orang nampak!"bentak Hanif dalam keadaan marah.Hanif membuka pintu kereta dan cuba menolak adiknya masuk.Hana tidak mampu melawan kerana kudrat Hanif lebih kuat daripadanya.
Saat itu juga,sebuah kereta berwarna hitam brek mengejut lalu berhenti.Kemunculan kereta itu membuatkan Hana berasa lega.Tidak kiralah siapa yang mendatang,kerisauan hatinya hilang serta-merta.Kemudian,turun satu susuk bertubuh lebar lengkap berpakaian pejabat seperti seorang hero datang menyelamatkan kekasih hati.Dalam keadaan sebegitu Hanif tidak ingin mengalah,dia menyumbat Hana duduk di tempat duduk penumpang.Ditutupnya pintu kereta agar Hana tidak keluar."Celaka!"marah Hanif.Dia menghentak atap kereta.Hana tidak lagi melawan malah melihat abangnya melepaskan geram pada bumbung kereta.
Airil tegak berdiri di hadapan kereta Hanif.Dikerling ke bahu jalan,motosikal Hana tersadai dengan sedikit calar.Wajah cuak Hana diimbas melalui cermin hadapan kereta.Pandangan mata Hana seakan meminta Airil melepaskan dirinya daripada kegilaan Hanif.
"Kau nak apa haaa?Jangan ganggu urusan aku."Hanif memarahi Airil yang tiba-tiba muncul.Airil tidak bercakap banyak bahkan pertanyaan Hanif diabaikan tanpa jawapan.Dia menolak Hanif ke tepi lalu membuka pintu kereta."Hana keluar.Awak masuk dalam kereta saya,"arah Airil.Berdesing telinga Hanif dengan arahan Airil.Darah panasnya bergelora.Airil sangat berani menentangnya.
Pucuk dicita ulam mendatang,Hana tidak teragak-agak keluar dari kereta.Sewaktu kakinya cuba melangkah,dia ditahan oleh Hanif.Tudung Hana ditarik hingga Hana terundur ke belakang."Kau nak ke mana?"marah Hanif.
Airil tidak membiarkan Hana dikasari,mendorong Hana rapat dengan tubuhnya.Dengan janggal dia melabuhkan tangan pada bahu Hana.Dia tidak berniat mengambil kesempatan tetapi ingin melindungi Hana.Hana tersentak tetapi tidak pula membantah.Lebih selamat berada dalam dakapan Airil daripada abang durjananya.Sungguh dia tidak berasa selesa namun dia terpaksa merelakan."Aku cakap baik-baik dengan kau,Anep.Kau jangan ganggu dan apa-apakan Hana lagi."Airil memberi amaran keras.
Hanif mencekak pinggang dan tersengih sinis."Kau siapa?Kau tu cikgu Hana saja,kau tak ada hak ke atas dia.Aku ni abang kandung Hana.Aku lebih layak jaga adik aku."Hanif mendabik dada membangga diri dengan pertalian darah antara dia dan Hana.
Sakit hati pula Hana mendengar.Hak apa yang dibicarakan oleh Hanif.Dia memang ada hak melindungi Hana tetapi tiada prioriti menyentuh kulit Hana walaupun secebis.
"Kau silap,Anep.Lagi dua minggu Hana akan jadi isteri aku dan dia akan menjadi hak mutlak aku.Kau tak boleh buat apa-apa sebab keluarga kau dan aku dah setuju satukan aku dengan adik kau.Nampaknya kau yang berputih mata."
Airil mencabar Hanif.Kerana lelaki itu dia tersepit dengan konflik yang melanda dirinya dan Hana.Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan kata orang.Biar Hanif tahu bagaimana rasa sakit seperti kesakitan dirinya difitnah dan dipaksa berkahwin dengan anak muridnya sendiri.Lelaki tidak berguna seperti itu perlu diajar erti penyesalan dan rasa sakit hati.Darah daging sendiri mahu dijadikan mangsa nafsu serakah.
Hana kaget dengan ungkapan Airil.Renungan kosong dihalakan ke Airil.Dia tidak percaya Airil kata-kata itu keluar daripada mulut Airil.Adakah Airil sudah berputus asa berunding dengan babah?Adakah Airil reda dan terima jodoh mereka.Semakin kusut otak Hana.Dia sedaya upaya berusaha membantah perkahwinan mereka namun Airil berputus asa.Matanya tidak beralih daripada merenung Airil.Ketidakkeruan mula menjentik hati kerana nada dan riak Airil cukup serius.'Arrrggghhh.'Hati ingin menjerit sekuatnya tetapi di hadapan Hanif dia perlu berpura-pura.
"Kau memang celaka.Tak salah tekaan aku yang kau memang laparkan adik aku selama ini...Kau tak dengar lagi ke Hana apa yang dia cakap?Macam ni pun kau sanggup kahwin dengan dia?"Hanif menempik.Wajah bengisnya terpamer.Urat-urat di dahinya tersembul.Airil sudah mula menunjukkan taring.
"Aku lebih rela kahwin dengan Cikgu Airil daripada berlaku sumbang."Hana menjawab.Dia nampaknya membela Airil.Makin membuak-buaklah amarah Hanif.
Air muka bengis Hanif bertukar tersentak.Airil dan Hana bermati-matian menafikan asalnya kini berubah fikiran.Masing-masing sepertinya reda.'Tak mungkin.Tak mungkin.Hana tak boleh kahwin dengan dia.Hana adik aku.Dia aku punya.'Suara berbisik di cuping telinga Hanif.Hanya dia mendengar jelmaan suara garau yang mirip suaranya.Hanif menderam kuat lalu cuba menumbuk Airil tetapi gagal.Airil sempat mengelak bersama Hana.Dia tidak berputus asa lalu menyerang Airil sekali lagi.Airil sempat membuka langkah lalu membalas tumbukan ke muka Hanif.
Gedebuk!!!
Tersandar pada bonet hadapan kereta Hanif ditumbuk Airil.Sengal dan kebas pipinya diusap perlahan.
"Kau dengar sini,jangan berani mencuba ganggu Hana lagi dalam tempoh dua minggu sebelum perkahwinan kami.Aku dengar atau nampak kau ganggu ketenteraman Hana,aku tak akan teragak-agak patahkan tulang-tulang kau pula.Faham?"Airil memberi amaran sekaligus melepaskan geram.
Hanif berpaling.Pipinya disentuh menahan kekebasan."Bangsat kau,Airil...Baiklah,kali ni aku bagi kau menang,"kata Hanif.Dia masuk ke dalam keretanya.Selang beberapa minit,kereta itu dipacu laju meninggalkan Hana dan Airil.
****
Di dalam kereta,Hana berlagak tenang.Pelbagai persoalan dan pertanyaan bermain di dalam minda sedarnya.Airil tekun mengundur kereta selepas menemani Hana ke klinik untuk dapatkan rawatan.Calar dan kesan melecur pada betis Hana telah dibalut serta disapu antiseptik untuk melegakan rasa pedih sekaligus menghalang pembiakan bakteria.
Hana menggerakkan bibir muncungnya ke kiri dan kanan.Dia berkira-kira untuk memulakan perbualan tetapi perlu berhati-hati menyusun ayat dramatis agar Airil tidak melenting.Sebaik saja Hanif lenyap tadi,Airil menghantar Hana pulang sebelum membawanya ke klinik untuk bertemu babah dan umi.Airil sendiri menawarkan diri membawa Hana ke klinik.
Hana memalingkan pandangan ke luar jendela.'Isssh....Nak tanya atau tak ni?Apasal dia cool saja.Hmmm...Hati aku tak berapa sedap ni.'Hana tertanya-tanya dalam hati.Fikirannya dibelenggu dengan kata-kata Airil kepada Hanif tadi.Adakah sekadar menambahkan amarah Hanif atau dia benar-benar memaksudkannya?Hana penasaran selagi tidak mendapat kesahan daripada Airil.Tangannya digenggam rapat mengumpul keyakinan.
Dia memulakan bicara dengan ucapan terima kasih kepada Airil."Terima kasih,cikgu selamatkan saya dan hantar saya ke klinik."Berbudi bahasa Hana berkata kepada Airil.Airil mengganguk tanpa sepatah bicara.
Hana menyambung lagi."Eeerrr....errrr....Cikgu,yang tadi tu saya tak bermaksud nak kahwin dengan cikgu betul-betul.Jangan salah faham.Saya saja nak bagi Abang Anep sakit hati.Saya harap cikgu tak seriuslah ya,"kata Hana teragak-agak memecah kebisuan antara mereka.Dia enggan Airil menganggapnya syok sendiri.
"Siapa kata saya tak serius?Apa yang keluar daripada bibir saya,maka perkara itu akan menjadi kenyataan."Airil bersahaja.Sebarang mimik muka tidak ditonjolkan melainkan fokus kepada pemanduan.
Pandangan Hana terarah kepada Airil.Mukanya dikerutkan dengan kening terangkat ke atas.Hendak dikatakan faham pun tidak.Kiasan Airil tidak jelas atau dia tidak yang kurang mengerti.'Pemahaman aku salah atau kiasan Cikgu Airil yang terlalu sukar untuk aku fahami?Nanti dia cakap aku perasan pula.'
"Apa maksud cikgu?"Hana mendapat kepastian.Kemudian,dia mencapai botol mineral kerana tekaknya terasa kering.
"Awak ni memang blur atau lembab?Saya tak bergurau.Apa yang saya cakap dengan Anep tadi bukan main-main.Saya serius akan kahwin dengan awak seperti yang telah ditetapkan."
Burrrghhhhh...Tersembur keluar air mineral yang Hana teguk tadi.Percikan air bersepai di dashboard dan cermin kereta.Bukan setakat air saja,jika boleh segala isi perutnya dikeluarkan sekarang.
"Tak senonohlah awak ni,Hana.Ambil tisu lap semua.Apa yang awak nak terkejut sangat?Bukan awak tak tahu memang babah awak nak kita kahwin."
Hana mengelap-ngelap percikan air membaling tisu lap ke bawah."No!!Saya tak nak kahwin dengan cikgu.Dah tak ada jalan lain ke supaya perkahwinan ni terbatal?"Kerelaan Airil merunsingkan fikiran Hana.
Airil mengeluh."Awak ada cara nak ubah keputusan babah awak?Kalau ada,cuba beritahu saya apa yang perlu kita buat?Saya dah banyak kali berunding dengan babah awak tapi mengecewakan.Awak tak dengar ke ibu saya dengan family awak sama-sama setuju semlam?Tarikh pun dah ditentukan.Awak rasa?"kata Airil.Dia pun buntu.
Hana memetik jarinya mendapat satu idea."Haaa....Kita beritahu mereka tentang Abang Anep.Cerita hal yang berlaku tadi?Saya pun tak faham kenapa cikgu tak cakap pada babah dan umi tadi?Biar umi dan babah tahu perangai gila Abang Anep tu."Hana hairan Airil menipu babah dan umi yang Hana kemalangan terjatuh motosikal padahal dia disekat oleh Hanif.
"Awak nak beritahu apa?Anep langgar awak?Nak bawa awak lari?Awak pasti umi dengan babah awak akan percaya?Saya tak fikir macam tu.Dari awal masalah lagi,mereka tak percaya langsung tentang Anep inikan pula Anep cuba buat awak kemalangan.Dalam keadaan rumit macam ni,mustahil untuk dapatkan kepercayaan mereka."
Hana menghembuskan nafasnya melalui mulut.Balutan lukanya diusap-usap sambil berfikir."Habis tu kita nak buat apa sekarang?"tanya Hana.
"Nikah."Melongo Hana dengan jawapan ringkas Airil.Malapetaka apakah ini?Haruskah dia melangsungkan pernikahan ini?Airil benar-benar serius atau bermain dengan keributan jiwanya?
Sorry lambat..Miss J bru keluar wad..Haa..Anep dah mula perangai pelik2 tu.Nampak gayanya jadilah kot dorang kahwin.Si Acad pula senang2 dpt pengganti..
Share this novel