Ketika pintu dikuak,Airil nyaris-nyaris terpijak sekujur tubuh berbalut selimut kelabu dari kepala hingga ke kaki.Terkejut Airil dibuatnya.Hana terbungkam di hadapan pintu biliknya.Sejak malam tadi Hana tidak berganjak dari tempat pembaringannya.Dalam posisi membongkok,Airil menarik turun selimut di bahagian kepala Hana.Lena gadis itu tidur.Hendak dibiarkan Hana lena di situ tidak sampai hati.Kasihan pula Hana tidur beralaskan lantai keras.Hendak didukungnya Hana,dia tidak mahu.
Kemudian,Airil duduk mencangkung di sisi Hana.Pipi Hana ditepuk lembut untuk mengejutkan Hana daripada lena."Bangun..bangun..Sembahyang subuh.Lepas tu,masuk tidur dalam bilik awak,"gerak Airil.Hana berkeras.Dia menarik semula selimut menutupi kepalanya kembali.Melayan tidur lebih enak berbanding melayan Airil..Argghh...abaikan.
"Eh..eh..Budak ni.Liat daripada Aqeef nak bangun pagi..Hoi,bangunlah!Dah subuh ni,"panggil Airil lagi.Kali ini lebih kasar.Bahu Hana ditolak-tolak agak kuat.
"Eeee...Jangan kacaulah.Saya mengantuklah,nak tidur.Sssuhhhh...Pergi main jauh-jauh."Hana menghalau.Bantal di kepalanya diambil lalu menutup telinganya.
"Sembahyang subuhlah dulu.Lepas sembahyang,nak tidur sampai matahari tegak pun suka hati awaklah,"kata Airil.Namun,kali ini Hana tidak memberi respon.Tetap tidur tanpa rasa malu dan bersalah sedangkan dia berada di rumah cikgunya.
Airil menggeleng lalu duduk bersila."Ok,fine..Jap lagi awak pasti bangun."Airil tidak putus asa.Nampak gayanya Hana berdegil tidak ingin bangkit.Tidak mengapa.Dia ada cara tersendiri membangunkan Hana.
Tegak kedudukan Airil mengadap Hana terbaring kaku dengan keseluruhan tubuh diselubungi selimut.Dia berdehem beberapa kali sambil tersengih."Wahai Hana Qaisara Binti Norhayati..Hendaklah kamu ingat janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri akhirat..Kamu..."
"Eee...Cikgu ni melampau tau tak?"tempik Hana memotong bacaan talkin Airil.Hana bingkas bangun dari pembaringan.Bengang dia dibacakan talkin saat syok tidur.Dia duduk bersila merenung tajam ke arah Airil."Cikgu memang kurang asam kan?Cikgu memang doakan saya cepat mati ke apa?"marah Hana.
Airil tergelak."Reti pula nak bangun..Kita ni manusia kalau tak solat jiwa tu akan mati..Bukan jasad yang mati tapi ni..hati mati.Bayangkan ajal menjelma masa tengah sedap tidur sebelum sempat awak solat?Awak rasa awak akan bahagia ke di sana nanti?"Airil memberi tazkirah menyedarkan Hana.Anak muda mudah lalai dan alpa dengan kenikmatan dunia perlu diingatkan tentang mati.
"Eee...Saya taulah tu.Saya cuma nak lelap sekejap.Mata mengantuk.Malam tadi saya tak tidur lena.Takut,sejuk,tak selesa.Lantai ni keras,sakit belakang saya ni."Hana menggeliat betulkan sendi-sendinya terasa lenguh.
"Awak jangan merungut,Hana.Itu pilihan awak.Saya dah elok-elok bagi awak bilik yang cukup selesa,ada katil empuk,awak mengada-ngada tidur atas lantai ni kenapa?Sendiri cari penyakit.Tanggunglah sendiri,"balas Airil.
Hana mencebik.Bilik selesa tetapi takut hendak lelapkan mata,apa gunanya.Dia punyalah takut,Airil boleh buat tidak tahu serta tidur lena sepanjang malam.Sedangkan Hana?Terkelip-kelip melayan perasaan sendiri.Muncung bibirnya ke hadapan.
"Haaa....elok sangatlah buat muka macam tu..Pergi masuk bilik awak,solat dulu.Lepas tu,sambunglah tidur awak tapi jangan lewat sangat bangun.Saya nak balik Janda Baik tengah hari nanti."
Hana menarik muka macam lantas tangannya memeluk bantal dan selimutnya.Tidak melayan teguran Airil,dia berjalan menghentak kaki kembali ke biliknya.
****
"Ya Allah,sedapnya,"kata Hana berselera membuka tudung saji melihat pucuk paku masak lemak kegemarannya digandingkan pula dengan ikan goreng.Kecur air liurnya ditambah pula perutnya berkeroncong.Dia mencubit ayam goreng lalu disuakan ke dalam mulutnya sambil menanti babah dan ibunya untuk makan bersama.'Hmm...Nikmat.'
"Haaa...Kau ni,Hana.Senonohlah sikit perangai tu..Bacalah bismillah dulu sebelum makan.Tak menyabar langsung.."bebel Hayati.Tidak berkenan dia terhadap sikap tidak senonoh Hana.
"Hana laparlah,umi..."Hana menjawab sambil mengambil pinggan.Tidak sabar dia ingin menikmati makanan kegemaran.
"Lapar?Kau tak makan lagi ke?Nampak nasi macam orang tak makan setahun."
"Hana dah sarapan pagi tadi.Cikgu Airil beli nasi lemak tapi Hana rindu air tangan umi."
"Beli?Habis Hana tak masak?"aju Hayati.Hana bukan pandai masak pun.Saja menguji,kot-kot anaknya mula berubah perangai setelah bergelar isteri.
"Hana mana pandai masak.."
Hayati mendengus lembut merenung Hana menikmati makanan."Hmm...Umi kasihan laki kau,Hana.Malang sungguh nasib dapat bini pemalas,"sindir Hayati.Hana pura-pura tidak dengar apatah lagi terasa.Sudah menjadi kebiasaan uminya membebel tentang sikapnya.Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
'Macamlah nasib aku ni tak malang dapat suami macam tu.Kahwin pun terpaksa,'bidas Hana dalam hati.Manalah berani luah kuat-kuat.Jika umi dengar desisan hatinya,berbakul-bakullah ceramah isteri mithali berkumandang di bibir uminya.Umi tidak tahu bagaimana dia dibiarkan tidur di atas lantai semalaman.
"Bila Airil balik sini?"tanya babah pula yang baru muncul menyertai mereka.
"Katanya esok."Ringkas Hana menjawab.
"Dah tu berapa lama pula kau tinggal kat sini?"
Hana berhenti mengunyah.Pandangannya dihalakan kepada babah.Terusik hatinya tika disoal sebegitu.Keberadaan di rumah itu seperti tidak dialu-alukan oleh babahnya.Meskipun begitu,Hana sembunyikan perasaan terguris itu daripada menghiasi wajahnya.
"Babah ni macam tak suka saja Hana tinggal di sini,"rengek manja Hana.
"Babah tanya saja,bukannya tak suka kau tinggal sini."
"Sampai Aqeef balik asramalah,babah.Takkan Hana nak balik sana masa Aqeef ada.Apa pula kata Aqeef kalau nampak Hana nanti."
"Tak salah pun kalau dia nampak.Hana kan mak tiri dia,"jawab babah.
****
"Maafkan abang,Alia.Abang dah mungkiri janji cinta kita.Abang tak berniat nak menduakan Alia."Airil bermonolog seorang diri di atas batu.Rasa bersalah kepada arwah isteri semakin membuak-buak sejak menikahi Hana.Janji dan sumpah setianya terhadap Alia tidak pernah lupus dari ingatan namun apakan daya.Airil terpaksa.
Terbayang wajah sayu Alia memandangnya kerana memungkiri janji.Raut lembut ibu kepada anak tunggalnya tidak terpadam dalam kotak fikirannya.Datanglah seramai mana pun gadis cantik dan muda,Alia tetap bertahta dalam hati lelakinya.Begitu dalam kasih dan cintanya kepada Alia.Tiada siapa dapat menandingi Alia hatta Hana sekalipun.Bagi Airil,dia berkahwin dengan Hana demi menyelamatkan kehormatan Hana daripada dicabuli.Sehingga satu tempoh nanti,Hana akan dilepas terbang bebas mengatur hidupnya sendiri.
"Ayah!!"pekik Aqeef dari dalam air sambil melambai-lambai.Bukan main seronok dia berenang-renang dalam kehijauan air sungai nan sejuk lagi nyaman itu.
Pekikan Aqeef menyedarkan lamunan Airil.Lambaian Aqeef dibalas mesra oleh Airil dari atas batu besar di tebing sungai."Hati-hati,Aqeef.Jangan kat tempat yang dalam sangat,"pesan Airil menyatakan rasa bimbang walaupun Aqeef sudah biasa bermain di sungai itu.Malang tidak berbau bukan kira siapa jika tidak dipantau.Aqeef mengangkat ibu jarinya sambil tersengih lalu menyambung berenang.
"Haa...Dah elok dah mood dia,"sapa Irwan lalu duduk di sisi Airil.Kedengaran bunyi kruk krak dia mengunyah Pringles.Dihulurkan bekas Pringles kepada Airil namun ditolak.
"Ceria dah tu.Tak macam aku sampai tadi,masam mencuka muka tu.Senyum pun tak nak."Teringat akan ketibaannya tadi,Aqeef mogok tidak ingin bertegur sapa dengannya.Merajuk kerana Airil meninggalkannya di kampung pada waktu cuti kali ini.Pelbagai cara Airil pujuk tetapi tidak mengusik hatinya.Emosinya bertambah baik setelah Airil berjanji ingin membawanya ke Legoland cuti akan datang sebagai ganti.
"Budak-budak nak membesar.Masih nak bermanja dengan ayah dia..Hmmm...So,macam mana dengan isteri kau?Dia okay dengan Aqeef?Kahwin terus dapat anak ekspres?"Irwan bertanya.
Airil mengeluh.Renungannya jauh dihalakan ke permukaan air sungai.Terasa berat beban yang dipikul saat ini.Mampukah dia menangani dua anak kecil?Teringat sikap budak-budak Hana yang sanggup tidur depan pintu biliknya kerana takut malam tadi.Perangai Hana dan Aqeef tidak jauh bezanya.Kadang-kadang mengalahkan Aqeef.Gadis itu kurang matang untuk menjadi isteri dan ibu tirinya.Semakin pening otak Airil memikirkannya.Babah telah meletakkan Airil dalam situasi yang sulit kala ini.
"Apasal diam?Dah mula rindulah tu..Rilekslah,esok balik kan boleh jumpa."Irwan berseloroh terhadap sepupunya.Sengaja mengusik pengantin baru.
Rindukan Hana.Hendak termuntah Airil dengar perkataan rindu.Jauh daripada Hana buat hatinya berasa tenang bukannya rindu.Gadis pembawa masalah dalam hidupnya kini."Mana ada aku rindu,"dalih Airil.Mendatar saja suaranya beserta keluhan kesal.
Dari sisi tepi,Irwan memandang Airil.Hairan.Meskipun Irwan tidak pernah merasai perasaan mendirikan rumah tangga tetapi riak Airil tidak menggambarkan dia pengantin baru.Muram.Tiada nur pada wajah sepupunya itu.Hendak ditanya,malas pula dia mencampuri urusan rumah tangga orang.Biasalah gaduh-gaduh sayang dalam rumah tangga,detik Irwan dalam hati.Malas dia berteka-teki hal rumah tangga sepupunya itu.Pasang surut dalam perkahwinan memang perkara biasa walaupun baru mendirikannya.
Irwan menukar topik perbualan."Eh,jomlah mandi sekali dengan Aqeef!"Irwan mengajak Airil.Terliur pula dia melihat keseronokan Aqeef menikmati kenyamanan sungai tempat dia membesar bersama Airil.
****
"Hmmm...Cikgu nak apa?"jawab Hana acuh tak acuh apabila ditelefon oleh Airil.Tidak berminat sebenarnynya ingin menjawab panggilan Airil tetapi untuk menjaga hati,dijawab jua.
"Awak ada di mana?"
"Rumahlah."
"Rumah mana?"tanya Airil lagi.
"Rumah siapa lagi?Rumah babahlah..Ada apa cikgu call saya malam-malam ni?Tak logik kalau cikgu nak say good night..Nak cakap I love you atau miss you lagilah tak masuk akal."
"Abang Anep awak ada?"
"Tak ada..Saya tak tahu dia ke mana.Dah berhari umi kata dia tak balik rumah,"jelas Hana.Dia lebih lega Hanif tidak kembali ke rumah itu.Benci akan perangai buruk Hanif yang menjerat dia dalam permasalahan yang besar.Hanif tidak lagi dianggap abang selepas peristiwa dia cuba memusnahkan harga diri Hana.Abang jenis apa begitu?
"Sebelum tidur,kunci pintu bilik dan pastikan simpan kunci elok-elok di tempat yang dia tak nampak...Kang tak pasal-pasal dia dapat ceroboh masuk..Saya tak naklah perkahwinan kita nanti sia-sia saja.."Airil berpesan.Dia tidak ingin pisang berbuah dua kali berlaku kepada Hana.
"Sekarang ni pun,memang saya rasa sia-sia,cikgu.."jujur tutur kata Hana meluahkan bebanan menghempap jiwanya kini.Status isteri kepada guru sendiri sangat menjengkelkan Hana.Airil pula melayannya seperti budak-budak,lagilah dia sakit hati.
Selepas memutuskan panggilan,Hana berbaring mengadap kipas siling.Lengan mendarat pada dahinya.Beberapa keluhan keluar daripada mulutnya.
"Apalah nasib aku ni?Dahlah patah hati,kahwin pula dengan cikgu tua...Euww..Berapa tahunlah aku kena hadap pak cik tua tak menyelerakan tu?"Hana bercakap sendiri.
"Bayangkan lima enam tahun akan datang,aku jalan sebelah dia macam anak dengan ayah.Dia dah beruban..Yekk...Tak naklah.Nanti kawan-kawan aku cakap tak ada taste,suami tua kerepot.Tunggu masa nak arwah..Eeee...Tak mau.Tak mau."Hana menggelengkan kepalanya berkali-kali.Macam-macam bayangan masa depan bermain dalam fikirannya.Tidak sanggup rasanya diejek dengan rakan-rakan kerana memiliki suami tua nanti.
"Haaa...Apa kata nanti aku minta cerai?Dia bukan suka aku pun.Takkan dia nak simpan aku jadi isteri dia hingga ke jannah.So,cerai jalan yang terbaik..Yess..Briliant,Hana.Kau sangat genius..Okay,Cikgu Airil balik nanti aku bincang dengan dia.Mesti dia setuju lepaskan aku."Hana tersengih-sengih sendiri.Dia mendapat satu idea yang difikirkan bernas.Bantal peluk didakap erat-erat dengan rasa riang.Senyumnya lebar.Hana seyakin-yakinnya Airil akan bersetuju untuk menceraikannya kerana perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta.Airil juga terpaksa seperti dirinya,sudah pasti Airil tidak membantah rancangannya.
Eeeh...Hana nak minta cerai dengan Airil?Airil lepaskan Hana ke tak?Dah masing-masing tak ada rasa sayang,takkan Airil tak setuju kan?:-)
Share this novel