Bab 7

Romance Series 139977

"Memandangkan Airil dan Hana tak nak pernikahan ni diketahui sesiapa,majlis tu kita adakan di kampung saya saja.Saya sudah uruskan segala persiapan di sana,"kata Rahman setelah mengambil kira pendapat Airil dan Hana.Kedua-duanya ingin merahsiakan perkahwinan mereka daripada kenalan di situ.Rahman faham dan akur kehendak bakal pengantin yang terpaksa merelakan.

"Saya tak ada bantahan,Che Man.Mana yang baik untuk anak-anak kita,saya turutkan saja."Khatijah tidak membangkang.Dia banyak menurut keluarga pihak perempuan.

Rahman dan Hayati berasa senang hati dengan bakal besannya.Personaliti Khatijah yang lemah lembut dan selalu tersenyum melegakan hati mereka berdua.Suasana di ruang tamu rumah Rahman riuh dengan perbincangan majlis yang bakal berlangsung walaupun tanpa Airil dan Hana.Hanya orang tua mereka memutuskan segala persiapan.Airil dan Hana sikit pun tidak berminat untuk masuk campur.

"Kak Tijah ni berapa hari lagi ada di sini?Hajatnya malam esok nak jemputlah Kak Tijah datang makan malam di sini.Sajalah nak eratkan silaturahim.Tak lama lagi kita kan nak berbesan,"kata Hayati dengan gembira.Seronok sangat gayanya dapat berbesankan Khatijah.

"Maaflah,Che Yati.Tengah hari esok,Kak Tijah dah balik Janda Baik.Banyak lagi urusan kat sana yang akak perlu selesaikan."Khatijah memberitahu rencananya.

"Kalau macam tu Kak Tijah datang makan malam ni.Boleh tak?Ajak Airil sekali."Bersungguh-sunggu Hayati mengajak.Kalau bab masak dan makan,Hayati sememangnya tidak berkira.Kesungguhan Hayati mengundang rasa hairan kepada Rahman.Pada masa yang sama,dia juga berasa senang hati kerana Hayati mula menerima perkahwinan Hana selepas bertemu dengan Khatijah.Mungkin aura kelembutan dan sikap rendah diri Khatijah melembutkan hati Hayati.

Khatijah diserbu rasa bersalah."Eh,susah-susah saja!"

"Haaa....Cik Tijah jangan menolak.Malam ni Yati masak patin tempoyak..Rugi kalau Cik Tijah tak cuba.Menu special Yati ni memang terbaik."Rahman menambah.Hayati apalagi,tersipu-sipu menahan malu dipuji oleh suaminya.

"Eh,abang ni melebih-lebih pula!Hmmm...Kak Tija tak payah masak malam ni.Datang makan di sini saja,"jawab Hayati.

"InsyaAllah."Khatijah tidak menolak.Dia juga perlu dekatkan dirinya dengan keluarga Rahman.Tidak lama lagi mereka akan mengikat pertalian kekeluargaan.Jadi,tidak salah bermesra dengan bakal besan.Lagipun,Rahman dan Hayati orangnya baik dan peramah.Tidaklah Khatijah berasa kekok berinteraksi.Lama-kelamaan dia juga seronok bersama keluarga Rahman.

Sedang mereka berbual-bual,Hanif meluru masuk ke dalam rumah.Tetamu yang hadir tidak dia endahkan.Langkahnya tergendala apabila Rahman memanggil.Wajah Rahman tidak dipandang."Kau tak kerja ke hari ni?"

"Anep cuti,"katanya tidak memandang Rahman.

"Hmmm....Eloklah Anep cuti.Anep kenalkan Cik Khatijah,ibunya Cikgu Airil."Hayati memperkenalkan Khatijah kepada Hanif.

Hanif berpaling dengan wajah yang bengis."Ada apa dia datang sini?"soal Hanif agak tidak sopan.Tersentak Rahman dengan pertanyaan bodoh daripada Hanif itu.Khatijah terkelip-kelip.Tahu kehadirannya tidak disenangi Hanif,abang kepada bakal menantunya.

"Cik Khatijah ni datang bincang tentang majlis perkahwinan Hana dengan Airil nanti,"tambah Hayati lagi.

Bibir Hanif diserongkan ke atas dengan wajah sinis."Anep tak nak masuk campur.Anep masuk dalam dulu.Penat."Hanif mengelak.Sikapnya agak kurang sopan.Renungan tajam babahnya tidak diendahkan.Hatinya lebih sakit berbanding renungan babahnya.Walaupun dia sedar babah tidak menyenangi sikapnya,Hanif tidak kisah.Dia bersiul-siul ke bilik tidurnya tanpa rasa bersalah.

****
Hana memainkan jari-jemarinya.Gelisah dia sendirian duduk di kerusi batu memandang ke arah tasik.Direnung masa hadapan yang kian kelam kerana bakal disatukan dengan Airil.'Arrrggghhh....Ini semua gara-gara Abang Anep.'Sungguh dia tidak bersedia secara mental dan fizikal untuk harungi kehidupan selepas ini.Dia bermenung panjang.Jiwanya terasa kosong.Tidak tahu apa yang difikirkannya.

Helaan nafas dilepaskan lembut.Setelah puas melayani perasaan sendiri,dia mengangkat punggungnya dari bangku.Dia berhajat mahu pulang ke rumah.Sewaktu dia berpaling,Arshad baru berhenti joging ke tepi tasik untuk sejukkan badan.

Pandangan mata Hana bercahaya terjumpa Arshad di situ.Tiada kata yang terkeluar daripada mulut Hana dan Arshad.Hanya saling berpandangan seolah-olah ada rasa cinta yang masih tersisa dalam hati masing-masing.Kerinduan Hana terubat.Buat seketikanya konfliknya dengan Airil terpadam dari benaknya.

Selang beberapa minit di situ,Arshad cuba berpaling dan ingin mengangkat kaki tinggalkan Hana tetapi namanya diseru oleh Hana."Acad."Hana teragak-agak tetapi hatinya meronta untuk berbicara dengan bekas kekasihnya itu.Oleh itu,dia tebalkan muka untuk menyapa Arshad dahulu.

"Ada apa,Hana?"balas Arshad.Dia mengelap keringat pada wajahnya.

"Acad apa khabar?Sihat?"

"Itu saja yang Hana nak tanya Acad?Hana nampak Acad macam mana sekarang?"tanya Arshad mengejek.Arshad tidak mengambil kira perasaan Hana lagi.Sindiran Arshad membuatkan Hana terdiam.

"Saya nak pergi dulu kalau awak tak ada apa-apa yang penting nak beritahu saya."

"Acad.Haanaaa...masiihh sayangkan Acad."Hana meluahkan perasaan yang terpendam.Dia tidak sedar yang dia bakal isteri Airil.

Sekali lagi Arshad menyindir dengan senyuman sinis.Pengakuan yang dihamburkan oleh Hana mencuit hatinya.Ternyata Hana tidak dapat melupakan dirinya dengan mudah sedangkan dia malas pedulikan hati Hana."Apa?Sayang?Saya salah dengar ke ni?"

Hana ketepikan rasa segan asalkan dia dapat luahkan isi hatinya."Acad tak salah dengar.Memang Hana masih sayangkan Acad."

"Hana Qaisara,antara saya dengan awak dah tak ada apa-apa hubungan.Awak lupakanlah masa lalu saya dengan awak.Anggap yang kita tak pernah ada apa-apa pertalian,"tegas Arshad berkata melukai hati Hana.Hana tertunduk diam.Sakit yang ditanggung berlipat ganda menghempap perasaan dia.Kebisuan Hana mengorak langkah Arshad meninggalkan dia bersendirian melayan perasaan.

****
Hana kembali duduk di bangku.Kakinya terasa lemah untuk berjalan.Dia mengusap-usap lelehan air mata membasahi pipinya.Hana mula sedar yang Arshad benar-benar tidak memerlukan dirinya lagi.Berusalah Hana setara manapun,Arshad tetap menolak dan membencinya.Apa yang perlu dilakukan adalah melepaskan bayangan Arshad daripada kenangan manis mereka.Memori manis yang hanya memahatkan rasa sedih dan kekewaan di hati Hana.

Renungan sayunya diarahkan ke permukaan air tasik yang tenang dihiasi beberapa kuntuman bunga teratai nan indah.Sakit melepaskan cintanya pergi.Kebahagiaan yang hanya sementara dinikmati bersama Arshad terpaksa dia lupakan.

Cukuplah dia menanggung rasa pedih.Dia seorang makan hati sedangkan Arshad tidak malahan dia punya teman mesra pengganti Hana.Ingatkan hal itu,Hana sedar dia tidak lagi bermakna bagi Arshad.Hana cuba memujuk hatinya untuk menerima kenyataan yang tiada jodoh dia dan Arshad.Apalagi yang harus ditunggu jika orang tidak sudi.Lebih baik dia mencipta kehidupannya sendiri daripada meratapi Arshad.Hana pasrah.

Tiba-tiba,ada deheman kasar di belakangnya.Hana berpaling.Airil berdiri tegak dengan rambut dan bajunya dibasahi peluh.Nafas Airil agak laju kerana berjoging.'Isshh..Muncul pula dia di sini,'getus hati Hana.Dia tetap kaku dan diam.Malas menegur lelaki itu.

"Tak minat nak belajar.Tak ada mood."Selamba Hana meluncurkan akuannya kepada Airil.Tiada lagi rasa takut akan gurunya itu kerana memikirkan krisis mereka.Bukan kerana dia tidak hormat tetapi saat memandang wajah Airil,hatinya terluka.Dia tidak dapat bayangkan pendidik yang berdiri menyampaikan ilmu kepadanya ialah bakal suaminya.Rasa janggal itu wujud untuk situasi mereka.

Airil menggelengkan kepala.Hana terlalu berani bercakap jujur tetapi dia tidak menyalahkan Hana.Airil tahu apa yang bermain di hati gadis muda itu.Dirinya sendiri serba tidak kena manakan dia mahu salahkan Hana.Hari ini Hana ialah pelajarnya tetapi dalam masa seminggu lagi gadis itu akan bergelar isterinya.Ya,isteri bidan terjun.

"Cikgu buat apa kat sini?"

"Jemur baju.Kat rumah tak cukup ruang nak jemur baju.Sebab tu,saya datang sini cari kawasan strategik nak buat ampaian,"sindir Airil.

Hana mengecilkan anak matanya memandang Airil.Nampak sangat Airil sengaja menyindirnya.Terlihat bodoh pula dia di mata Airil.Salahkah dia bertanya?Airil pula tidak endahkan pandangan Hana.Dia melonggarkan ototnya sambil merenung tasik kecil itu.

"Jangan-jangan cikgu datang sini nak stalk saya.Nak intip apa saya buat..Eh..saya belum isteri cikgu lagi nak intip-intip ni,"kata Hana.Dia mengingatkan Airil yang dia belum lagi isteri Airil.

"Itu semua fitnah.Saya tak ada masa nak intip-intip anak dara orang lagi-lagi awak.Ini tempat awam,sesiapa saja boleh datang sini.For your information,saya ke sini untuk berjoging.Bukan macam awak,asyik dating saja kerjanya."Airil membalas telahan Hana.Secara kebetulan sebenarnya mereka bertemu di taman rekreasi tersebut.Dia tidak berprasangka buruk kepada bakal isterinya tetapi dia ada terserempak dengan Arshad tadi.

Hana mencekak pinggang rampingnya."Haaa...maksudnya memang cikgu intip saya kan?"Hana tidak ingin mengalah.Dengan Airil pun dia boleh jadikan teman bergaduh.

"Saya tak intip awak tapi kebetulan saya terjumpa Acad masa joging tadi.Awak pun ada di sini.Maksudnya?Dating kan?"Airil menyakat.Wajah Hana semakin memerah.Marah kepada Airil.

Hana menghentak kaki."Menyampah cakap dengan cikgu ni.Orang cakap tak dating maknanya taklah..Eee...Kenapalah saya kena kahwin dengan cikgu?"Hana mengomel sakit hati.Lantas dia mengatur langkah tinggalkan Airil dengan hati yang panas.Sudahlah dia kecewa dengan Arshad ditambah pula Airil yang suka bersangka buruk.

****
Meja makan itu riuh dengan suara babah,umi dan Khatijah,ibu Airil.Pelbagai cerita yang dikongsikan oleh mereka.Ada saja topik yang ingin diceritakan.Kemeriahan di situ jauh berbeza dengan naluri dua insan yang terpaksa rela.Hana dan Airil dari tadi mengunci mulut.Sekadar pendengar saja.Sepatah ditanya,sepatah yang dijawab.Mereka berdua tidak berminat untuk berbual malah makanan yang ditelan seolah-olah pahit padahal ikan patin tempoyak uminya sangat menyelerakan.Menelan makanan juga bagai dipaksa kerana selera mereka terbantut namun demi menjaga hati orang tua,mereka tetap menyuapkan hidangan tersebut dengan paksaan.

Ketika itu Hana berdoa dalam hati supaya makan malam itu akan berakhir dengan cepat.Ikutkan hati kecilnya,mahu saja dia mengurungkan diri dalam bilik tidurnya.Jadi,dia tidak perlu berhadapan dengan Airil dan bakal ibu mentua.'Umi ni pun satu.Pandai-pandai ajak ibu Cikgu Airil datang makan sini.'Hana tidak selesa.Terasa dia seperti asing di rumah sendiri.

"Haaa...Hana dan Airil,esok jangan lupa cuba baju nikah kamu tau.Umi dah ambil di butik tadi.Kalau tak muat sempat lagi nak tukar,"kata Hayati membuat Hana dan Airil tersentak.Mereka mengangguk sahaja tanpa menyuarakan pendapat atau bantahan hatta hati mereka menjerit kesesakan.

Mencuba persalinan nikah?Mereka saling berpandangan.Perkataan nikah cukup keramat bagi menggundahkan emosi masing-masing di kala ini.Seminggu satu jangka waktu yang sungguh singkat menambahkan kebimbangan bakal mempelai.

Kemudian,mata mereka terpaku pada sosok Hanif yang selamba ke dapur minum air.Dia tidak rasa bersalah menyertai makan malam bersama ibu Airil.Hana pula memandangnya tidak puas hati.Kerana abangnya itu dia terpaksa bernikah dengan Airil.Airil perasan jelingan tajam Hana kepada Hana itu sangat menyengat.Boleh terkeluar bebola mata.Jelingan itu bahasa protes dan marah Hana terhadap Hanif.

"Marilah makan,Anep.Kita meraikan tetamu,"pelawa umi.

"Anep tak lapar.Lagipun bukan tetamu Anep nak kalut-kalut,"balas Hanif.Ujaran sangat tidak beradab.

Saat itu,Rahman turut menjeling Hanif.Sungguh memalukan sikap kurang ajar yang Hanif tunjukkan di hadapan tetamu.Serta-merta Rahman mencelah."Jaga bahasa tu,Anep.Hormat sikit tetamu yang datang ni.Babah tak pernah ajar anak-anak babah tak beradab dengan tetamu."Rahman menegur kelakuan Hanif di hadapan Khatijah.

Hanif berpaling kepada babahnya.Silih berganti matanya memandang insan yang ada di ruang makan itu.Dia membenci setiap wajah yang berada di situ terutamanya babah dan Airil.Dia mengetap rahangnya."Babah yang buat Anep jadi kurang ajar..Babah tahu kan yang Anep tak suka adik kahwin dengan Airil?Tapi babah tetap nak nikahkan dorang berdua."Hanif pula menjawab.Tidak mengira Khatijah ada di situ,Hanif membangkitkan permasalahan mereka.Spesis tidak tahu malu.

Rahman bangun.Matanya mencerlung Hanif tepat ke anak matanya."Anep masuk ke bilik sekarang!Kalau tak ada perkara yang baik nak bercakap,baik Anep diam!"jerkah Rahman.Semua yang berada di meja makan itu tertunduk sepi tidak menyampuk.

Hanif menghentak cawan pada tangannya di atas meja.Sakit hati.Babah menengking Hanif di hadapan orang ramai dan salah seorangnya ialah Airil menyaksikannya.Dia malu bercampur geram namun tidak melawan sebaliknya berganjak dari dapur.Pandangan Rahman menyoroti langkah laju Hanif.

Hayati sedar akan keradangan suaminya mendamaikan jiwa suaminya itu.Tugasnya sebagai isteri menenangkan jiwa suaminya yang dalam kecelaruan dan kepanasan."Biarkan Anep tu,bang.Minum air ni dulu."

Rahman duduk kembali di kerusinya.Helaan demi helaan nafas dihembuskan sambil meneguk air.Rasa terkilan dengan kelakuan Hanif serta malu kepada tetamu.Rahman beralih pandangan kepada Khatijah dan Airil."Maafkan saya,Tijah.Anak saya tu tak beradab langsung.Entah apa yang rasuk dia jadi macam tu.Malu saya dengan Tijah dan Airil."Rahman meluahkan rasa kesal.

Khatijah melebarkan senyuman."Saya tak ambil hati pun,Che Man.Saya rasa dia tak berniat bersikap begitu.Mungkin emosi atau fikiran tengah tertekan.Jangan salahkan dia,"kata Khatijah dengan lembut.Dia sedikit mengambil berat akan hal itu.Bersangka baik ialah prinsip hidupnya daripada menghakimi luaran seseorang.

****
Hana bersama Shanaya masuk ke dalam perpustakaan untuk memulangkan buku rujukan yang dipinjamnya.Dari muka pintu,kelihatan Arshad sedang mengulang kaji dengan rakan sekelasnya.Ya,perempuan.Meskipun terlihat mesra namun Hana menguatkan dirinya terus mengatur langkah.Dia butakan hati dan matanya daripada menyaksikan pemandangan yang mencacatkan emosinya.

"Hana."Shanaya menarik lengan Hana.Dia memuncungkan bibirnya ke arah Arshad dan kawan perempuannya.Shanaya sebenarnya rasa tidak selesa dan khuatir Hana monyok lagi dek kerana Arshad.

"Sha,biarkan dia.I'm okay.Aku tak rasa apa-apa pun.Aku belajar moved on.Bukan dia seorang saja lelaki dalam dunia ni yang aku nak sedih-sedih sangat,"jelas Hana.Ya,dia belajar melupakan Arshad selepas peristiwa di taman reaksi.Ketika itu dia sedar,dia tidak perlu mengharap cinta daripada orang yang tidak sudi.Bohonglah jika dia katakan dia tidak terasa tapi dia harus biasakan diri hidup tanpa Arshad.

Shanaya mengekori langkah Hana yang tersenyum kelat.Kagum dengan kekuatan Hana kerna dia tahu Hana cinta mati kepada Arshad.Raut Hana tersangat biasa dan tenang menghadapi situasi itu.

Hana terus ke kaunter memulangkan buku-bukunya kepada pustawan.Seterusnya,mereka melepasi meja belajar Arshad menuju ke rak belakang mencari buku-buku baharu untuk dipinjam.Hana bangga kerana dia dapat melawan perasaan cemburu dan kecewa.Permulaan yang sangat memberangsangkan.Ketika berada di rak buku,Hana seakan tidak percaya akan kebolehan dirinya menunjukkan dia juga mampu menjalankan kehidupan normal walaupun telah putus dengan Arshad.

Cepat-cepat dia memeluk Shanaya."Sha,aku berjaya,"Hana menjerit kegembiraan.Rak buku yang paling belakang tempat Hana meluahkan rasa kepada Shanaya.Sememangnya dia sengaja melintasi Arshad tadi semata-mata ingin menguji kekuatan dirinya.

"Hana,jangan peluk aku kuat sangat.Aku tak boleh bernafas ni."Shanaya meronta.Pada masa yang sama dia gembira Hana tidak lagi menumpahkan titisan air mata ketika melihat Arshad bersama perempuan lain.

"Hana,aku gembira untuk kau sebab kau dah moved on.Kau memang kental,babe."Shanaya memuji Hana.

"Aku bukan apa.Kau tengok tu,aku frust menonggeng,menangis bagai tapi dia boleh pula bergelak ketawa dengan perempuan lain.Kau rasa?Berbaloi ke aku membazirkan air mata aku untuk lelaki macam tu?"ujar Hana.Dia telah fikir masak-masak.Keputusannya sangat tepat sekali.Rasa bahagia dapat menayangkan kegembiraan di hadapan bekas kekasih merupakan satu kejayaan yang paling besar daripada lulus peperiksaan.

"Aku sokong kau,Hana.Sia-sia saja kau sedih.Baik kau cari saja yang lain.Ramai je yang lebih handsome,lebih hot.Bak kata orang,kambing bukan seekor,bunga bukan sekuntum."

"Apa pula kambing?Kumbanglah aci.Kumbang yang boleh terbang.Spesis-spesis lady bug..Ayoyo..kumbang dengan kambing pun aci tarak kenal ka?"Hana menepuk dahinya membetulkan percakapan Shanaya dengan slang India.

"Alaa..ejaan lebih kurang saja,bezanya huruf vokal saja,"ucap Shanaya sambil tergelak kecil.Dia sedar mulut dia yang tersalah sebut.

Mereka kembali memilih-milih novel di rak tersebut."Hana,kau ke mana cuti sekolah ni?"soal Shanaya tiba-tiba.

Teringatkan cuti sekolah,Hana terasa ada satu beban sedang menghempap jiwanya.Dia tidak suka cuti sekolah kali ini yang akan menjelang beberapa hari saja lagi.Sebaik saja cuti sekolah bermula,dia akan bergelar isteri kepada Airil.Beban ini lebih berat ditanggung daripada melihat Arshad bersama perempuan lain.Oleh itu,Hana membiarkan pertanyaan Shanaya tidak berjawapan.

"Hana,aku tanya ni.Kau ke mana saja cuti sekolah ni?"Shanaya bertanya lagi.

Hana melepaskan keluhan lembut."Aku malas nak fikir pasal cuti.Kalau boleh tak nak cuti."

"Eh,bukan kau orang paling happy ke kalau cuti sekolah!"Shanaya hairan.Biasanya,Hana yang bercerita tentang perancangan cutinya.

Hana mengangkat bahunya sambil membaca sinopsis novel yang diambil."Sebab semuanya akan berubah selepas cuti sekolah nanti."

"Apa yang berubah?"Shanaya masih tidak faham.

Hana mengambil novel dan berlalu."Haaa..Aku nak novel ni..Jomlah pergi kaunter."Hana mengubah topik perbualan.Dengan ketidakfahaman,Shanaya mengikut saja langkah kaki teman rapatnya itu.


Hana mengangkat bahunya sambil membaca sinopsis novel yang diambil."Sebab semuanya akan berubah selepas cuti sekolah nanti."

"Apa yang berubah?"Shanaya masih tidak faham.

Hana mengambil novel dan berlalu."Haaa..Aku nak novel ni..Jomlah pergi kaunter."Hana mengubah topik perbualan.Dengan ketidakfahaman,Shanaya mengikut saja langkah kaki teman rapatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience