"Okay kelas,semua boleh pergi rehat.Jangan lupa siapkan esei dan hantar esok,"Airil mengingatkan para pelajar sambil menyusun buku-buku atas meja guru.Semua pelajar keluar untuk berehat manakala Airil duduk sebentar untuk melepaskan lelah.
Apabila Hana dan Shanaya hendak berlalu keluar,dia teringatkan sesuatu."Hana,"panggil Airil.
Hana menoleh dan menghampiri meja guru yang Airil duduk."Ya,ada apa birthday boy?"senyum Hana sambil mengenyitkan matanya.Tidak sabar untuk pulang kerana mahu membuat kejutan hari jadi Airil malam nanti.
Airil menghulurkan sekeping not RM 20.00 kepada Hana."Nah,babah awak pesan suruh bagi!Dia kata terlupa nak bagi awak pagi tadi."
Hana menyambut dengan gembira.Keningnya terangkat ke atas dan bertanya dengan nada mengusik."Babah bagi?Hmmm...Okay.Cikgu pesan kat babah saya tu terima kasih banyak-banyak.Cakap kat saya sayang dia dan hadiahkan ni kat babah..Muaaahhh.."Hana tahu duit saku itu sebenarnya daripada Airil bukan babah.Memang suaminya lupa hendak memberi wang belanja pagi tadi namun dia tidak kisah pun sebab dia masih punya duit untuk berbelanja.
Airil buat tidak tahu.Hana itu sengaja hendak mencari kontroversi di hadapan Shanaya."Pergi rehatlah,Hana,"balas Airil bernada biasa.
"Okay..Bye Cikgu Airil."Hana melambai manja.
Shanaya mencuit lengan Hana lalu berbisik supaya sahabatnya itu kembali ke alam nyata."Hoi..Sedarlah sikit.Cikgu Airil tu.Jom pergi makan."Shanaya pun seram sejuk dengan perangai gila-gila Hana.Lengan Hana dipaut lalu membawa Hana beredar.
"Alaa..biarlah."
"Kau ni gatal lain macam dengan Cikgu Airil ya sekarang,"tegur Shanaya yang perasan akan perubahan Hana.Semakin mengada-ngada apabila berinteraksi dengan Cikgu Airil.
"Haa..tu putera charming kau dah tunggu."Shanaya menjuihkan bibirnya ke hala pintu masuk kelas di mana Arshad sedang menanti mereka keluar kelas.
"Aaah..Aku tak naklah yang tu.Kisah silam malas nak kenang,"ujar Hana.
Di kala mereka ingin melangkah,masuklah seorang pelajar perempuan dari kelas sebelah melepasi mereka berdua.Pelajar itu tersenyum-senyum membawa sehelai kertas yang berlipat menuju ke arah Airil yang masih tidak berganjak tanpa hiraukan mereka bertiga.
Hana mematikan langkah lalu memerhati perbuatan pelajar perempuan itu.Hairan.Apakah tujuan gadis itu menemui Airil?Urusan kerja atau tugasan tidak mungkin kerana Airil tidak mengajar kelasnya.Haisshh..Tak boleh jadi.
"Happy birthday,cikgu.Ini untuk cikgu."Kedengaran ayat itu sayup-sayup menerpa gegendang telinganya.
Tidak sedap mata dan hatinya melihat tingkah riang pelajar perempuan yang sebaya dengannya cuba merapati Airil.Aisshh...Berderau darah naik sampai ke kepala.Ada perempuan lain selain dirinya mengingati hari lahir Airil.
Airil nampaknya melirik ke arah pandangan Hana yang berubah cemburu namun tidak diendahkan.Dia menerima pemberian pelajar tersebut dengan hati yang senang.Lagilah panas hati Hana.
Arrghh...Perempuan gatal.Tak tahu ke itu suami aku.Eee..Gedik.Menyampah tengok.
Desis hati Hana berbaur kecemburuan.Menyaksikan adegan itu buat dia sakit hati lantas dia menoleh dan menarik lengan Shanaya untuk keluar."Jom rehat,Sha.Lama-lama di sini nanti,ada orang kena ganyang nanti."
****
Hana renung pinggan di hadapannya. Nasi goreng kampung kegemarannya hari ini terasa macam nasi kertas. Kelat. Pahit. Tak ada rasa. Bukan salah tukang masak. Salah kad hari jadi Airil.
Isi kad ucapan hari jadi daripada pelajar perempuan yang ditujukan kepada Airil masih bermain di mindanya.Apakah yang ditulisnya?Adakah ayat puitis semanis madu yang akan membuat Airil tersenyum sendiri.
“Dah kenapa kau ni? Tiba-tiba termenung. Macam baru kena tinggal dengan laki,” tegur Shanaya sambil mengunyah keropok lekor.
Hana tersentak. “Hah? Tak, aku okay je.” Suaranya macam suara patung Barbie kehabisan bateri.
“Okay ke macam ayam berak kapur ni?Sejak habis kelas tadi kau senyap semacam.Mood swing.Dah kenapa dengan kau sebenarnya?”
Hana diam.
Shanaya julingkan mata, malas nak teka tapi akhirnya dia tanya juga persoalan yang menjadi tanya tanya dalam hatinya.
“Eh,jangan-jangan kau… suka kat Cikgu Airil?”
Hana angkat kepala. Pandang Shanaya.
Dengan selamba dia menjawab,“memang aku suka pun.”
KRIIIKKK...
Shanaya tercekik keropok lekor. “Kau ulang balik. Apa kau cakap tadi?”
“Aku suka dekat Cikgu Airil.”
“Cikgu Airil? Yang muka garang macam kena saman trafik tu? Yang dulu kau cakap macam karakter NPC dalam game sebab kurang senyum?”
Hana angguk perlahan, senyum nipis. “Tapi sekarang… dia macam hero dalam hidup aku.”
Shanaya pegang kepala sendiri. “Ya Tuhan, Hana. Kau okay ke? Dulu bukan main lagi kau kata Cikgu Airil tu membosankan. Sekarang hero pulak?Apa dah jadi pada otak kau?"
“Dulu aku tak nampak.Sekarang aku rasa dialah orang yang selalu muncul waktu aku memerlukan. Macam dalam drama tu ha..muncul slow motion, tolong aku, pandang aku dengan mata redup...”Hana berangan-angan.Kisah kad ucapan lenyap dari fikirannya.
“Cikgu Airil ada mata redup?”
“Kalau orang tengah jatuh cinta, mata siapa pun nampak redup,” kata Hana sambil meletakkan tangan ke dada sendiri.
Shanaya ketawa kecil. Tapi kemudian, wajahnya berubah serius."Habis tu... macam mana dengan Acad”
Hana diam sebentar. “Aku dah tak ada hati pada Acad.”
“Sesenang itu?Kenapa?”
“Entah.Rasa tu hilang.Pelik kan? Tapi bila aku tengok Cikgu Airil, rasa tenang. Rasa macam selamat.Macam… dia je lelaki yang aku dambakan selama ni.”
Shanaya buat muka susah percaya. “Ni dah level gila.Kau betul tak main-main ke ni?”
Hana senyum, tenang. “Aku serius. Aku… dah jatuh hati pada Cikgu Airil."
Shanaya terdiam.Lepas itu pandang Hana lama-lama."Serius,memang aku tak faham dengan kau ni.Macam mana kau boleh jatuh hati kepada dia?Ada sesuatu yang berlaku?"
"Hmm...Aku tak tahu nak cerita.Tiba-tiba perasaan ini muncul.Mungkin sebenarnya aku memang ditakdirkan untuk dia."
****
Langit senja mewarnai taman dengan cahaya keemasan.Suasana nyaman, daun bergoyang perlahan dan bunyi kanak-kanak bermain jadi latar belakang.
Hana baru habis joging.Dahinya berpeluh sedikit.Dia duduk di bangku batu sambil menarik nafas lega.Air botol disisip lalu diteguk untuk membasahkan tekak yang kering.Matanya merenung jauh ke seberang kolam hinggalah satu suara menyapa dari belakang.
"Hana.."
Dia menoleh.Arshad berbaju sukan, rambut sedikit basah dengan peluh melirik senyuman lebar pada wajah menyerlahkan lagi kemanisan pada lelaki raut lelaki itu.
"Lama kan kita tak lepak sama," sambung Arshad sambil melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa dipelawa.Duduknya agak rapat menyebabkan Hana kurang selesa. Hana sedikit gerak ke tepi,pura-pura betulkan kasut.
"Ha’ah.Lamalah juga," jawab Hana, senyum nipis. Janggal berborak berdua.
"Dulu kita selalu lepak taman ni. Ingat tak? Hana suka makan aiskrim sambil sembang-sembang kosong.Kadang-kadan mengutuk orang juga." Arshad tergelak kecil cuba bangkitkan suasana mesra antara mereka.
Hana hanya tersenyum namun pandangannya ke depan, tidak pada Arshad.Bukan kerana dia malu tetapi apa yang diceritakan Arshad itu tinggalkan sejarah.
"Benda yang lepas jangan dikenang lagi,Acad.Hidup ini harus pandang ke hadapan."
Arshad angguk perlahan.Kemudian,dia pandang Hana serius.
"Awak pernah buat Acad rasa dunia ni tak sesak.Acad tahu Acad salah dulu… Tapi Acad rasa kita masih ada peluang."Arshad berbasa-basi mengutarakan kehendak hati.
Hana senyum tawar. Dia tahu momen ini akan datang cuma tidak disangka secepat ini.
"Acad,Hana…Hana dah tak rasa benda yang sama."Hana tidak sampai hati untuk melepaskan ungkapan jujur kerana akan mengguris hati Arshad Harap kiasan itu difahami Arshad.
"Kenapa?" tanya Arshad.Matanya sedikit keliru."Sebab Acad pernah ambil kesempatan kepada Hana dulu?Acad minta maaf pasal tu.Acad menyesal kehilangan Hana."
Hana diam. Dia tiada jawapan yang akan buat Arshad puas hati.
"Kalau Hana tak nak jawab pun tak apa.Acad mengerti," Arshad sambung. Ton suaranya mula kendur. "Mungkin Hana dah serik. Acad faham...tapi Acad takkan mengalah."
Hana akhirnya pandang Arshad. Senyum yang diberinya bukan senyum sinis atau simpati tapi senyum seorang yang sudah belajar melepaskan.
"Saya tak serik.Saya cuma… dah temui arah yang lain.Dan saya bahagia dengan jalan tu."
Arshad telan liur. Dia tahu maksud tersirat Hana.
"Siapa?Adakah Acad kenal orangnya?"Arshad cuba meneka.
Hana tidak membalas.Tiada sepatah perkataan pun dapat diungkapkan untuk menjaga perasaan lelaki yang pernah bertahta seketika di hatinya itu.Semuanya akan melukai hati Arshad.
Angin petang meniup rambut Hana perlahan. Arshad tunduk, kemudian senyum nipis.Pahit tetapi reda.
"Kita kawan saja,ya?" tanya Hana perlahan.Rasa bersalah tetap menghuni jiwanya.
Arshad senyum tipis."Kita pernah lebih daripada itu… jadi kawan pun cukup buat Acad gembira buat masa ini."
****
Airil duduk melepaskan lelah pada sofa.Buku-buku pelajar tingkatan 5 selesai disemak lalu disusun di atas meja.Tenang otaknya sekejap.Membaca esei yang panjang berjela setiap pelajar perlukan kesabaran yang tinggi.Ada pelajar yang bagus penulisan,ada yang sederhana dan yang paling memeningkan penulisan yang menyimpang daripada topik yang dibincangkan.
Airil mengurut dahinya.Beberapa keping kad ucapan hari jadi daripada pelajarnya turut diletakkan atas meja.Sebenarnya lebih kepada peminat Airil dan isi kad itupun lebih berbunyi luahan cinta.Berani pelajar sekarang tanpa segan silu mengorat guru.Bukan dia seorang saja malahan semua guru lelaki selalu menerimanya.
Ketika itu,Hana melintas di hadapan lalu mengerling ke arah beberapa keping kad di atas meja.Dia berhenti.Tanpa disuruh oleh Airil,Hana membaca kesemua kad-kad itu.
Reaksi menyampah Hana tonjolkan.Kembang anak tekaknya membaca setiap bait kata-kata yang tertera pada kad ucapan tersebut."Saya tak harap cikgu mencintai saya tapi saya sentiasa berdoa cikgu akan sedar kewujudan saya yang selalu menantikan sambutan kasih daripada cikgu."Hana bernada sinis."Uweek...Eee..Nak muntah baca ayat-ayat cinta sastera budak-budak ni.Sakit hati.Budak-budak ni sedar tak crush diorang ni suami orang.Suami Hana Qaisara."Hana meninggikan suara dan menekankan Airil suaminya.Berbakul-bakul iri hati memenuhi ruang dadanya.Airil miliknya seorang sahaja.Mahu saja dia beritahu satu sekolah bahawa Airil suaminya.Baru terbeliak mata budak-budak perempuan gedik yang hendak mengorat suaminya.
Airil merampas kembali kad-kad pada tangan Hana."Tak suka tak payah baca.Yang awak nak jealous lebih-lebih kenapa?"
"Memang tak suka.Saya isteri abang mestilah saya cemburu,"jujur Hana berkata.Suaminya tidak faham-faham lagi.Dia cemburu kerana dia menyayangi Airil sepenuh hati.
Kad-kad itu dirampas semula daripada Airil."Bak sini sampah-sampah ni."Hana segera mencari sesuatu di dalam laci.
"Awak nak buat apa,Hana?"
"Saya nak bakar.Baru puas hati saya.Selagi sampah-sampah ni ada depan mata,saya sakit hati,"jawab Hana sambil tangannya memegang sebuah pemetik api.Sampah-sampah itu akan dijadikan debu-debu berterbangan yang tidak berharga.
Langkah Hana laju menuju pintu.Hatinya yang lebih panas daripada api sudah tekad mahu membakar kad itu.Airil tidak endah kerana kad-kad itupun tidak ada nilai padanya.Tshirt yang tersarung pada badannya dibuka untuk pergi mandi.Buatlah apa awak nak buat,Hana.
Namun, sebaik sahaja daun pintu terbuka.
SURPRIIIIISE!!”
"YAAARGHH!!” jerit Hana dan Airil serentak.Terkejut tengok Azim dan Arshad muncul dengan kek coklat di tangan manakala lilin berkelip-kelip riang. Tapi senyuman mereka serta-merta beku macam air batu bila nampak Hana yang mengenakan baju tidur sahaja berada di rumah Airil.
Azim kerut dahi. Arshad tarik kolar baju.Masing-masing tergamam dan suasana menjadi bisu sebentar.Azim pandang Airil tergesa-gesa menyarungkan kembali baju.Tiada siapa di dalam rumah itu melainkan mereka berdua.Mula timbuk syak wasangka dalam hati Azim.
"Eerr..Korang buat apa datang sini malam-malam?"soal Hana memecahkan kebekuan.
"Ini rumah Cikgu Airil kan?Hmmm..Macam mana awak boleh berada di sini malam-malam?Ada birthday party?Berdua?"tanya Azim ragu-ragu.Arshad masih kelu untuk berbicara melihat Hana.
Hana menoleh ke arah Airil dengan kerlingan di sebelahnya.Cemburu tadi tidak selesai lagi."Tak payah hairanlah,cikgu.Malam-malam duduk rumah suami sendiri tak ada yang peliknya."Lancang mulut Hana berterus-terang.Aaah...Tiada apa yang mahu diselindungkan lagi.Biar semua orang tahu.
Airil menyiku Hana tetapi Hana tidak peduli."Nak rahsia apa lagi?Dah kantoi pun kan?Kalau cakap saya study malam-malam kat sini,abang ingat diorang akan percaya ke?"Hana lelah untuk berbohong dalam keadaan begitu kerana siapa saja akan percaya segala putar belit.
Membulat mata Azim memandang Airil meminta penjelasan.Antara mereka,Arshad yang paling terluka menerima perkhabaran itu.Dia beredar dari situ membawa hati yang pecah seribu luka.
Share this novel