Sekembalinya dari bilik air,Hana mendarat atas tilam empuk bilik hotel itu.Dia berbaring atas tilam itu sambil melantunkan badannya.Kemudian,dia bergolek ke kanan dan kiri silih berganti.Airil di katil sebelahnya hairan melihat gelagat pelik Hana.Gembira semacam."Awak dah kenapa,Hana?"
Hana berhenti bergolek.Dia mengiring mengadap Airil sambil memeluk bantal.Bersinar-sinar wajahnya penuh kegembiraan."Seronok..Katil empuk,bilik air ada tab mandi.Saya dah lama berangan nak berendam dalam tab macam dalam TV.Nak tabur-tabur kelopak mawar.Gelembung-gelembung buih wangi memenuhi badan...Eee...bestnya.."Betapa seronok dan indahnya angan-angan itu menjadi kenyataan.
Airil ternganga mendengarnya.Imaginasi gadis mentah lebih tinggi daripada Aqeef."Macam budak-budak,"balas Airil.
"Bukan saya budak-budak,cikgu tu yang tua..Tapi saya kena berterima kasihlah juga kepada cikgu sebab bawa saya ke sini..Best."Hana berlaku jujur.Apa tidaknya,dia jarang-jarang dapat peluang bercuti.Semestinya dia berasa teruja dan seronok.
"Hmmm...Takkan awak tak pernah bercuti dengan family awak?"
"Pernah tapi jarang sangat.Babah tak suka jalan-jalan makan angin.Paling rajin pun,dia bawa balik kampunglah..Nak bercuti dengan kawan-kawan,babah tak bagi.Mereputlah saya kat rumah,"kata Hana.
Airil mengangkat kedua-dua keningnya menjawab celoteh Hana.
Hana menyambung perbualan apabila Airil tidak merespon."Hmmm...Cikgu,saya ada nampak bar kat hujung hotel ni tadi,",kata Hana.
"Kenapa dengan bar tu?"
"Kawan saya kata best pergi enjoy dekat bar..Hmm...Apa kata kita pergi malam ni?"ajak Hana.
Sekali lagi Airil terkedu.Idea apakah yang diutarakan oleh Hana ini?Tidak terduga dek akalnya Hana mengajaknya pergi ke bar.Atau Hana tidak tahu tempat seperti apakah bar itu?Aaahhh...Darah muda sentiasa ingin cari tahu sesuatu yang baru dan menyeronokkan."Awak tau tak tu tempat apa?Tempat macam tak sesuai untuk awak."
"Alaaa...Saya cuma nak tahu saja.Kalau cikgu tak nak pergi,saya pergi sendiri.Bukan jauh pun,"kata Hana.
"Awak jangan ngada-ngada nak pergi.Saya tak benarkan..Macam-macam boleh jadi kalau awak masuk dalam tu.Orang yang pergi tempat macam tu bukan orang baik-baik,"jawab Airil tidak setuju.
Hana bingkas bangun dan duduk di birai katil mengadap Airil."Cikgu ni kolotlah.Mana cikgu tahu orang yang masuk dalam tu orang jahat?Cikgu tak boleh menilai orang berlandaskan tempat yang mereka pergi.Niat masing-masing tak sama.Macam saya hanya nak tahu suasana di situ."Hana menegakkan benang yang basah.
Airil berdiri di hadapan Hana."Hana,sedangkan orang yang pergi ke masjid tempat yang suci tu pun ada yang berniat jahatnya,inikan bar terang-terang tempat maksiat.Lagi satu,awak yang naif ni memang nak tahu suasana di situ tapi awak boleh baca niat dan fikiran orang lain yang ada dalam tu?Boleh tak awak guna otak sebelum nak buat sesuatu?"marah Airil.Sungguh dia terasa lelah membentuk gadis degil itu.Jarang hendak didengarnya.
"Tapi cikgu...."
Airil segera memotong."Tak ada tapi-tapi.Saya kata tak maknanya tak ada kompromi untuk ini.Faham?"jerkah Airil membuatkan Hana mengunci mulut.Dia menegaskan pendiriannya.Gadis seperti Hana tidak boleh diberi muka.
****
"Sha,kejap.Aku nak tanya kau sesuatu ni?"kata Arshad menghalang gerakan Shanaya sebaik saja dia keluar dari kedai runcit.
"Adoiii...Kau nak apa,Acad?Aku nak balik cepat ni,mak aku nak masak,"omel Shanaya menjinjing beg plastik berisi barang basah yang dikirim oleh ammanya.Shanaya merengus dengan muka berkerut.Terpaksalah dia melayan.
"Takkan nak cakap kat tengah-tengah jalan ni..Orang nak lalu..Ikut aku kejap,"ajak Arshad menghala ke tepi kedai runcit tersebut.Dengan langkah tidak rela,dia mengekori Arshad.Keadaan di tepi kedai tersebut agak lengang daripada manusia lalu-lalang.
"Haaa...Cakap cepat.Kau nak tanya apa?Aku tak banyak masa ni,"kata Shanaya garang.Shanaya
"Cakap jujur dengan aku,Hana ada boyfriend lain kan?"Arshad ingin tahu.Dia mengesyaki Hana sudah mempunyai kekasih lain kerana tidak melayan walau dipujuk berkali-kali.Oleh sebab itu,dia harus mencari kebenarannya supaya hatinya tenang.
Shanaya mengerling lalu tersengih mengejek."Ada masalah ke dengan kau?Kau yang tinggalkan dia dulu kan?Kenapa kau jaga tepi kain Hana pula?"bebel Shanaya.Menyampah pula dengan kesungguhan Arshad.Pantang baginya lelaki mempermainkan perasaan perempuan lebih-lebih lagi sahabat baiknya sendiri.
Arshad rasa terpukul dengan pertanyaan Shanaya.Nampak sangat Shanaya berpihak kepada sahabat baiknya.Dia meredakan perasaan mengadap Shanaya."Sha,aku tahulah aku yang salah.Aku yang mulakan dulu perpisahan kami..Aku dah minta maaf dan pujuk dia berkali-kali tapi dia langsung tak layan aku..Takkan secepat tu dia jumpa pengganti aku?Pleasee,tell me the truth,"rayu Arshad penuh sesal.
"Ehh..Apasal tak boleh ada pengganti kau?Kau ingat ini drama setia hujung nyawa ke?Perempuan jadi bodoh,menanti lelaki yang dah tinggalkan dia..Hana cantik,lawa,hot...Sia-sia usia dia setia pada kau yang curang ni.Buat apa tunggu orang yang tak reti menghargai kasih sayang orang lain.Kalau aku jadi Hana pun,aku cari lelaki yang lebih baik,kacak,bergaya dan matang pemikiran.Faham?"Shanaya sambung membebel panjang kepada Arshad.Peluang yang ada ini dia tidak sia-siakan.Dari mula Arshad tinggalkan Hana,dia berasa panas dengan lelaki itu.Terluah jua apa yang terbuku di hati Shanaya untuk spesis lelaki suka meremehkan hati wanita.
Arshad menarik nafasnya dalam-dalam.Boleh tahan mulut Shanaya membahan dia."Siapa boyfriend baru Hana?"soal Arshad tanpa ambil pusing apa yang dikatakan oleh Shanaya asalkan dia tahu siapa pengganti dirinya di hati Hana.
"Siapa pun boyfriend Hana,itu tak penting.Yang penting dia happy sekarang..Faham?"tegas Shanaya memberi amaran.
Ketika dia memajukan langkah,sekali lagi dia dihalang oleh Arshad.Arshad berdiri betul-betul di hadapannya buat muka kasihan."Sha,tolonglah aku,"rayu Arshad.
Nafas Shanaya direngus kasar."Tolong apa?"
"Tolong aku pujuk Hana semula.Pleaseee...."
"Eeee....Apasal aku nak kena tolong kau pula?"
"Sebab kau kawan baik dia."
"Eeee...Tak kuasalah aku nak tolong orang yang dah sakitkan hati kawan baik aku..Berani buat,berani tanggung.Aku tak nak masuk campur..Tepilah,aku nak balik..Amma aku membebel nanti,aku juga yang sakit telinga bukannya kau,"kata Shanaya pergi meninggalkan Arshad terkebil-kebil.Menolong Arshad umpama menikam belakang Hana.
Dia menghampiri motosikal yang diparkir di bawah pokok.Barang-barang basah yang dibeli tadi disimpan dalam bakul.
"Sha..."Ada suara garau menegurnya.Shanaya berpaling dan melihat Hanif sedang menghampirinya.Rokok pada bibirnya dicampak ke tanah.Kepulan asap putih berterbangan keluar dari rongga mulutnya.
"Ada apa,Abang Anep?"lembut suara Shanaya menjawab sapaan Hanif.Dia berasa hairan kerana Hanif tidak pernah bercakap dengannya.Agak pemalu jika dia bertandang ke rumah Hana.Cuma sekali dia pernah menyaksikan Hana bertengkar dengan Hanif di rumah mereka.
"Aku nak cakap sikit..Pasasal Hana,"serius Hanif berbicara.
****
Muzik kuat yang diputarkan dalam pub itu membingitkan telinga Hana.Cahaya lampu berwarna-warni menyilaukan mata Hana.Pertama kali dia menjejakkan kaki dalam bar tersebut membuatkan dia terasa sangat janggal.Sifat ingin tahu mendorong dia ke situ tanpa pengetahuan Airil kerana pernah mendengar cerita beberapa orang temannya berseronok di bar.
Hana duduk meja bar.Kepalanya digoyangkan mengikut rentak lagu.Muzik yang kuat menenggelamkan suara-suara manusia di dalam itu.Ramai pengunjung bar itu tergolong dalam kalangan remaja.Ada yang sebayanya malahan mungkin lebih muda.Kebanyakan remaja perempuan di dalam bar itu mengenakan pakaian terdedah menari terkinja-kinja dalam kerumunan manusia tanpa mengira jantina.Tidak kurang hebatnya aksi pasangan kekasih berpeluk-peluk dan bercumbuan di khalayak ramai tanpa rasa malu.Adegan-adegan sedemikian rupa hanya dilihat dalam filem-filem luar negara.Namun,malam itu dia melihatnya dengan biji matanya sendiri.Fuhhh...Kejutan budaya.
Dalam hati Hana dia berasa bersyukur tidak hanyut dan terikut dengan budaya negatif sebegitu.Mungkin disebabkan budaya kebaratan ini,Airil tidak membenarkannya pergi ke pub itu.Dia curi-curi keluar hotel apabila Airil tiada.'Aaahhh...Aku nak tengok-tengok je,bukan aku buat benda jahat pun.'Alang-alang terlanjur berada dalam bar itu,Hana minum air oren dipesannya sambil melayan lagu dan memerhati gelagat pengunjung yang lupa diri berseronok.Dia tidak takut kerana orang di situ hanya melakukan hal masing-masing.
"Hey,you!!!Sorang saja?"tegur seorang lelaki duduk di sebelah Hana.Dari tadi dia perhatikan Hana tidak berteman.
Hana tersenyum nipis menyerlahkan kemanisan wajahnya.Air oren diteguk."Ya,"jawab Hana gementar.
"I tak pernah nampak you sebelum ni..Nama I Eddy,"kata lelaki ramah itu berjabat tangan dengan Hana memperkenalkan diri.
"Errr....I...Saya..."Tergagap-gagap Hana hendak berkomunikasi.Mahu menggunakan kata ganti diri yang mana satu,dia tidak tahu."Hmm..Saya Hana.Err..Ini kali pertama datang sini."
"Nice to meet you,Hana.So,sebelum ni you selalu pergi kelab mana?"Ringan mulut Eddy menyoal Hana.Gadis manis di hadapannya terlihat sangat kekok.
"Saya tak pernah pergi ke mana-mana kelab..Ni kali pertama.."jujur Hana.
Panjang sengihan Eddy.Sekali pandang dia sudah agak Hana bukan gadis naif yang baru ingin berjinak-jinak menjejakkan kaki di kelab malam.Cara Hana berkomunikasi dan bersosial jauh berbeza dengan gadis yang sudah biasa."You asal mana?Datang dengan siapa?"
"I dari Maran datang dengan sua...."Hana terhenti.Gurrpp..Dia menelan air liurnya.Baru dia teringat dia tinggalkan Airil tidur nyenyak di hotel tadi.Jam sudah pukul 2.00 pagi,sudah satu jam di situ.Harapnya Airil tidak terjaga daripada lenanya.Masak nanti.Bayangan kebengisan wajah Airil sangat menggerunkan.
"Haaa?Dengan siapa?You tengok apa?"soal Eddy apabila Hana terpegun seketika.Eddy turut memerhati segenap ruang bar itu tetapi tidak temui apa yang Hana pandang.Kemudian,dia menggerakkan tapak tangannya ke atas dan bawah pada wajah Hana."Excuse me,Hana,"kata Eddy lalu memetik jarinya.
"Haaa....Saya..Saya perlu balik hotel sekarang..Sorry.."Hana tergesa-gesa menuruni kerusi.Ketika dia cuba mengajukan langkah,pandangannya berpinar seolah-olah dunia ini sedang berputar ligat.Tubuhnya terasa melayang.Terhuyung-hayang ke kiri dan kanan.Hana gagahkan kakinya untuk bertapak kukuh namun pandangannya berpusing laju.Kepalanya dipegang.Dia tidak dapat mengimbangi dirinya serta kelopak matanya semakin terkatup perlahan-lahan.Akhirnya,dia tertewas.Tubuhnya rebah sendiri.
****
Malam itu,Hayati tidak dapat melelapkan mata.Pusing ke kiri salah,pusing ke kanan pun salah.Dengkuran Rahman di sebelahnya memecah kesunyian malam.Dengkuran itu bukan lagi hal luar biasa bagi Hayati kerana setiap malam bunyi itu menemani tidurnya.Apa yang mengganggu fikirannya ialah Hana dan Airil.
"Cikgu Airil tu bukan orang baik,mak cik.Ramai pelajar perempuan yang dah jadi mangsa dia tapi tak berani nak buka.Kalau mak cik tak percaya,saya salah seorang mangsa dia."Sayu suara gadis itu menahan sedih bercerita kepada Hayati.
Keluhan demi keluhan keluar dari mulut Hayati.Dia memang tidak mampu pejamkan mata.Dia duduk menyandarkan tubuhnya pada katil.Khabar mengenai Airil terngiang-ngiang di telinga malam itu.Pertemuan dengan gadis yang pernah menjadi mangsa Airil menimbulkan seribu satu penyesalan dalam hati Hayati.Remuk hati seorang ibu kerana menyerahkan anak gadis kepada lelaki yang salah.Dalam diam air matanya menitis mengenangkan nasib yang bakal ditimpa Hana.Nasi sudah menjadi bubur,mereka sudah menikah.Hayati tersangat sesal kerana tidak menentang keras keputusan Rahman waktu itu.Jika dia tahu Airil suka permainkan para pelajarnya,memang dia tidak akan benarkan Rahman mengahwinkan Hana dengan Airil walau apa jua alasan sekalipun.
Rahman terjaga dari tidurnya setelah mendengar telefon pintarnya mendendangkan lagu 'Bangun' nyanyian Aman-Ra.Lagu itu menjadi nada jam locengnya untuk bangun mengerjakan solat tahajud.Rahman memandang Hayati sedang bersandar pada kepala katil mengesat air mata.Apa yang tidak kena pula?Dia bingkas bangun lalu menyandar di sebelah Hayati."Awak tak tidur dari tadi,Yati?Apa yang ganggu fikiran awak?"tanya Rahman.
Hayati mengusap air matanya."Saya bimbangkan Hana."
"Apa yang awak nak risaukan?Dia pergi KL bersama Airil bukannya seorang diri,"balas Rahman.
"Sebab dengan Airil saya risau.Hana tu anak kita,bang..Apa-apa yang berlaku pada dia,kita yang kena bertanggungjawab."
Rahman menghembuskan nafas yang baru ditarik tadi."Airil tu suami dia,tahulah dia jaga Hana.Awak tu tak payah fikir lebih-lebih."
"Macam mana saya tak fikir bukan-bukan,Airil tu pun saya tak percaya.Nampak luar macam baik tetapi belakang kita entah apa yang dia buat pada Hana.Abang tu percaya sangat pada Airil.Bukan nak selidik dulu latar belakang dia,senang-senang satukan mereka berdua."Hayati tidak berpuas hati.Rahman sepertinya melepaskan tangan.Sikit pun tiada rasa bimbang terhadap perasaan anak sendiri.
Rahman menggeleng."Awak ni mimpi apa merepek macam ni,Yati?Abang tau la Airil tu budaknya memang baik."
"Ooo...Mentang-mentang selalu lepak sama-sama,abang dah anggap dia baik.Abang tak tahu Airil tu dah mainkan anak kita.Bukan Hana seorang saja,ramai lagi pelajar sekolah tu jadi mangsa dia.Patutlah sanggup menduda,ada tabiat tak senonoh rupanya,"tuduh Hayati.
"Astagfirrullahalazim.Mengucap,Yati.Daripada awak mengarut tak tentu hala pukul 2 3 pagi ni,baik ikut aku solat tahajud.Ada juga faedahnya,"jawab Rahman malas melayan tuduhan melulu Hayati.Dia lantas menuruni katil lalu ke bilik air.
****
Eddy memimpin Hana dalam keramaian pengunjung bar tersebut.Gadis naif itu pengsan di hadapannya tadi.Jadi,dia berusaha membawa Hana keluar dari pusat hiburan tersebut.Tiada siapa yang mengendahkan dia dan Hana kerana situasi sedemikian sudah biasa berlaku dalam bar itu kerana mereka telah terbiasa budaya gadis-gadis mabuk dan khayal diusung keluar oleh lelaki.
Apabila tiba di pintu keluar,mereka bertembung dengan Airil.Tajam pandangan Airil ditujukan kepada Eddy.Hana ketika itu tidak sedarkan diri terkulai layu dalam rangkulan Eddy.Disebabkan Eddy tidak mengenali Airil,dia menganggap Airil pengunjung bar.
"Kau nak bawa dia ke mana?"tanya Airil tatkala menjeling Hana yang masih layu.Panas saja hatinya tengok Eddy sesuka hati menyentuh isterinya.
Eddy menghentikan langkahnya."Suka hati akulah nak bawa awek aku ke mana-mana pun.Apa kau nak kisah?Bukan aku kacau hidup kau pun,"selamba Eddy berkata dengan megah.
Airil menahan marah."Hmm...Kenapa dengan dia?"
"Dia mabuk..Banyak sangat minum.Biasalah enjoy tak ingat dunia,"bohong Si Eddy untuk menutup niat jahatnya.
Semakin mendidih darah panas Airil mendengar kata Eddy.Tanpa banyak berkata,Airil terus menarik tubuh Hana daripada rangkulan Eddy.Tubuh layu Hana dikendong meninggalkan Eddy.
Eddy nampak terkejut dengan tingkah laku Airil yang pelik.Dia bersusah payah dapatkan Hana,Airil pula senang-senang mengambil gadis itu daripada tangannya.Bengang Eddy."Woi,kurang ajar!Kau nak bawa perempuan tu ke mana?Dia aku punya.Kalau kau nak,tunggu lepas aku guna dulu.Aku tak nak berkongsi dengan kau."Mendalam maksud Eddy menampakkan warna sebenar lelaki itu.
Kesabaran Airil juga semakin memuncak.Dia terus meletakkan Hana bersandar pada dinding koridor elok-elok.Penumbuknya digenggam kuat.Dadanya yang bidang dan sasa ditegapkan berhadapan dengan Eddy."Spesis jerung jijik macam kau nilah perosak maruah anak-anak gadis orang..Aku tahu gadis ni tak mabuk tapi kau dah masukkan pil tidur dalam minuman dia.Dasar jantan tak guna!!"marah Airil.
Bibir Eddy senget ke atas,tersengih mengejek."Ini tempat enjoy,bro bukan sekolah.Nak jaga maruah bukan datang ke kelab malam.Memang silap besarlah.Pergilah ke masjid join usrah,baru betul nak jaga maruah diri.So,tak boleh salahkan aku sorang kalau jadi apa-apa..Hmm..Kau ni siapa datang sini nak tunjuk hero pula.Perempuan tu aku punya..Kembalikan dia kepada aku,"pinta Eddy.
Bukkkkk.....Tersungkur Eddy apabila mukanya menjadi sasaran tumbukan Airil.Bergegar juga otaknya menyebabkan dia pening untuk bangun.Lelehan darah merah mengalir keluar melalui rongga hidungnya.Airil duduk lalu mencengkam leher baju Eddy."Kau tahu kau bercakap dengan siapa?"soal Airil mengetap rahangnya.Terpancar kemarahan pada raut tenang itu.Eddy menggeleng.Memang dia tidak tahu siapa Airil tiba-tiba muncul.
Airil menyambung lagi."Aku suami dia."
Eddy ketawa mengejek.Ha..Ha..Ha.."Suami?Kalau kau suami yang baik,macam mana bini kau boleh terlepas ke kelab malam?Maksudnya..mesti bini kau kaki ligat.Pantang silap mata suami,dia menghilang.Kau pun tak dapat nak kawal.Ramailah aku jumpa bini-bini muda datang berseronok di kelab sebab dorang jenis kaki ligat macam bini kau,"kata Eddy menyindir kaw-kaw walaupun leher bajunya ditarik oleh Airil.
Bukkk....Bukkkk...Dua tumbukan lagi mengena pipi Eddy.Panas telinga,panas hati Airil mendengar kiasan Eddy.Eddy ditolak tersandar pada dinding.Mujurlah tiada orang lalu lalang ketika itu."Hana bukan perempuan macam tu.Dia terlalu naif..Kalaupun suami macam aku tak mampu nak kawal isteri kaki ligat,kau tak ada hak nak ambil kesempatan.Apa guna sembilan akal yang kau ada kalau satu nafsu pun kau tak boleh nak kawal?Lelaki macam kau ni yang merendahkan martabat lelaki sendiri.Tugas kita sebagai pelindung bukan menjahanamkan mereka lagi.Patutnya lelaki yang tak pandai kawal nafsu macam kau,dipotong saja anunya...Baru padan muka,"kata Airil.
Kemudian,dia tinggalkan Eddy terkebil-kebil menahan kesakitan.Didukungnya kembali Hana yang masih tidak sedarkan diri untuk dibawa pulang ke hotel.
Share this novel