Hanif duduk di atas perut Hana.Dia melebarkan senyuman puas.Adiknya itu terkulai layu tanpa baju.Hanya pakaian dalam menutupi buah dadanya.Hanif tidak mahu melengahkan masa menjamah tubuh Hana supaya Airil tidak sempat tiba di rumah.Lantas dia,menundukkan badannya mahu menggomoli Hana.
Dushhhh....Hanif terpelanting tersandar pada sofa apabila bahu kirinya ditendang keras oleh Airil yang baru tiba.Airil memandang Hana dalam keadaan mengaibkan tidak sedarkan diri.Kemudian,pandangannya dialihkan ke arah Hanif pula.Airil menggenggam buku limanya merapati Hanif yang cuba bangun.Ditumbuknya Hanif sehingga rebah sekali lagi."Kau ni memang abang dari neraka,Anep!Hana adik kaulah,bodoh!"marah Airil.Urat-urat tegang pada dahi dan lehernya timbul.Rahangnya diketap menahan kemarahan kian membuak.
Hanif tidak bercadang untuk melawan Airil.Dia tetap menyandar tempatnya jatuh."Hik..Hik..Hik..Adik?Ha..Ha..Ha"Hanif ketawa lalu menggeleng."Hana..Hana..Hana..Kenapalah kau jadi adik aku?Kan dah susah nak kahwin."Hanif merapu.Bebola matanya merah manakala bawah matanya juga agak kehitaman.Rambutnya serabai sekali.Hidungnya digosok-gosok berkali-kali seperti mengalami kegatalan kronik.Kelakuannya seperti orang tidak betul.Tetap bersahaja walaupun ada Airil di situ.Sikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah.Dia merenung kembali sekujur tubuh Hana terlentang berlapikkan coli dan seluar pendek.Hanif merangkak ke arah Hana perlahan-lahan.
Sekali lagi tendangan hinggap pada bahu Hanif lalu dia jatuh tersungkur.Perasaan malu atau takut hilang terus dalam dirinya sedangkan hati Airil mendidih takat suhu yang paling tinggi.Hanif mengengsot pula pergi ke Hana.Airil umpama tidak wujud di dalam rumah itu.Buatlah apa saja,Hanif tetap mahukan dapatkan Hana.
Menyedari aurat isterinya terdedah dan menjadi ratapan Hanif,Airil segera mendukung Hana.Membelasah Hanif tidak memberi apa-apa kesan.Abang iparnya itu sudah gila.Gayanya berada dalam dunia khayalan,tidak berpijak di bumi yang nyata.Lalok..Selamatkan Hana lebih penting.
"Sebaik aku keluar semula ke sini,aku dah tak nak tengok muka kau tercongok dalam rumah aku ni...Faham??Kalau kau berdegil aku dah tak peduli kau abang ipar,aku heret kau ke balai polis."Airil memberi amaran keras kepada Hanif agar dia menghilang dari situ.Airil mengendong Hana masuk ke dalam bilik agar isterinya berpakaian sempurna sebelum membawa gadis itu pergi ke klinik.
****
"Aaaaaaaaa.....Umi!!!!!!Babah!!!!!Tolong Hana!!!!"
Airil segera ke bilik Hana apabila mendengar suara Hana terpekik-pekik meminta tolong.Suis lampu ditekan supaya terang.Airil melihat mata Hana masih terpejam di atas katil manakala mulut dan tangannya meronta-ronta ketakutan.
Airil naik ke atas katil lalu mengejutkan isterinya yang bermimpi buruk."Hana..Hana..Bangun..Awak selamat."Airil menepuk-nepuk pipi Hana.Wajah Hana sudah basah dengan peluh dan air mata.
Suara Airil membuatkan Hana semakin meracau."Pergi!!!Jangan kacau aku!!!Pergi!!!"Dia menolak-nolak tubuh Airil.Hana masih keliru berada di alam nyata atau mimpi.Bayangan Hanif menghantui Hana.
Airil bimbang dengan racauan Hana terus memeluk Hana erat.Biarlah dia bertindak di luar batas asalkan Hana tidak berterusan begitu.Bukan dia berniat untuk mengambil kesempatan terhadap Hana tetapi keadaan memaksa.Dikira halallah.Dia mendorong kepala Hana rapat ke dadanya."Shhhh..Wake up,Hana.Saya Cikgu Airil awak bukan Anep..Awak selamat dengan saya,Hana..Selagi saya ada di sisi awak,Anep takkan dapat apa-apakan awak.."pujuk Airil menenangkan Hana.
Barulah Hana kembali ke alam realiti apabila dipujuk lembut oleh Airil.Hana mendongak dalam dakapan Airil.Ya,Airil yang bersamanya sekarang.Terus Hana memeluk Airil.Tidak memikirkan lagi apa jenis hubungan antara mereka sebelum ini.Yang penting dia berasa selamat di samping Airil."Jangan tinggalkan saya sorang-sorang lagi,cikgu.Saya takut..Abang Anep nak...Dia nak...."rengek Hana dalam dakapan Airil tidak dapat habiskan ayat.Terlalu jijik untuk dia ungkapkan kerana yang cuba memperkosanya ialah abang kandungnya sendiri.
Airil membiarkan Hana melepaskan tangisan dalam pelukannya.Di saat ini,Hana sangat memerlukannya.Diusapnya rambut Hana lalu dikucup lembut."Awak tak payah ingat apa yang berlaku.Saya takkan tinggalkan awak dan akan selalu lindungi awak..Sudahlah,jangan menangis lagi.Hari sudah jauh malam..Sambung tidur.Saya tau awak penat."Airil menoleh jam pada dinding sudah pukul 4.00 pagi.Dia yakin Hana penat kerana kehabisan tenaga melawan Hanif.Mujurlah tiada kesan lebam yang ketara pada fizikal Hana terlihat pada pandangan umum.Hanya sedikit luka di tepi bibir.
Airil perlahan-lahan melonggarkan pelukan tetapi Hana tidak ingin melepaskan Airil."Cikgu cakap cikgu takkan tinggalkan saya lagi,"rengek Hana.
"Awak tidurlah,Hana.Saya tak ke mana-mana.Jika perlukan apa-apa,saya ada di bilik saya,"kata Airil.
Hana masih memeluk erat pinggang Airil."Please..jangan tinggalkan saya.Saya takut..Cikgu teman saya tidur di sini boleh?Saya tak boleh lelapkan mata kalau saya sendiri.Saya nampak bayang-bayang Abang Anep ada di segenap bilik ni..Please.."rayu Hana lagi enggan bersendirian.Airil satu-satunya lelaki yang dia percaya selain babah.
Rayuan Hana meleburkan hati Airil.Kasihan pula isterinya itu teresak-esak.Akhirnya,Airil mengalah jua."Kalau macam tu,saya ambil toto.Saya tidur atas lantai temankan awak."
Hana menggeleng."No...Cikgu tidur sekali di sini,"desak Hana.Hana meletakkan bantal di sebelah bantalnya.Airil terkedu.Tidur bersama Hana di atas tilam yang sama seolah-olah mencurangi arwah isterinya kerana dia berjanji tiada siapa akan menemani lenanya setelah isterinya pergi.Hampir sepuluh tahun dia memegang sumpahnya itu.Dan disebabkan itu dan terlalu sayangkan Alia,dia tidak mencari pengganti.Namun,patutkah dia beralah demi Hana?
Hana mengintai wajah Airil dalam kebingungan.Dia dalam dilema untuk memilih tetapi Hana tidak tahu isi hatinya."Saya tau permintaan saya agak keterlaluan tetapi saya betul-betul takut.Saya tak boleh tidur sendiri.."pinta Hana lagi.
Airil berbaring tanpa berbicara.Bersetuju pun tidak,menolak juga tidak.Antara setia kepada Alia atau kasihankan Hana sama banyak bermain di jiwa Airil.Raganya rasa bersalah terhadap Alia kerana memungkiri janji.
Melihat Airil berbaring,Hana tidak segan-segan berbaring atas lengan suaminya membuatkan Airil kurang selesa.Dia cuba menjarakkan diri tetapi Hana memeluknya."Saya nak menumpang kasih cikgu.Biasa dalam keadaan sulit begini,saya akan peluk umi atau babah tapi sekarang mereka tak ada di sini..Saya cuma nak hilangkan ketakutan saya malam ni.."ujar Hana dalam tangis meminta simpati.Airil biarkan saja Hana melayan perasaan.Sekali-sekala ada cecair suam mengalir pada lengan yang ditumpang Hana.
****
Air mata Hana menuruni cerun pipinya saat terkenangkan peristiwa hitam yang menimpa dirinya malam tadi.Kali kedua harga dirinya hampir diragut oleh Hanif.Dan kedua-dua kali itu jugalah Airil menjadi penyelamat setia Hana.Nasib menyebelahinya kerana Airil pulang lebih awal daripada biasa.
Hana tidak mengingati apa yang berlaku antara Airil dan Hanif sebenarnya kerana ketika Airil tiba,dia sudah terkulai layu tidak sedarkan diri.Apa yang diceritakan oleh Airil,Hanif lari sebaik saja dia tiba di rumah.Hanif tidak sempat mengapa-apakan Hana.Betapa bersyukurnya Hana maruahnya masih terpelihara.
Dengkuran Airil di lantai mengejutkan Hana daripada lamunan.Hana mengintai suaminya nyenyak tidur beralaskan toto sambil memeluk bantal peluk.Dia pun tidar sedar masa bila Airil turun tidur atas lantai.Mungkin ketika dia sudah benar-benar nyenyak.
Hana meniarap betul-betul di tepi katil merenung wajah penat Airil.Kasihan pula.Usai membawanya ke klinik semalam,Airil bergegas pula ke balai polis membuat laporan mengenai Hanif.Apabila pulang ke rumah,Airil sentiasa mengawasi dan menemani Hana yang agak meracau sepanjang malam.Impak kejadian itu,Hana menjadi trauma barangkali.Entah jam berapa baru Airil dapat tidur lena setelah Hana benar-benar lena.
'Hmmm...Handsome juga Cikgu Airil ni?Kenapa selama ni aku tak pernah perasan yek?'desis Hana di dalam hati.Tatapan matanya terpaku pada raut tenang Airil.Pagi ini baru dia menyedari sesuatu yang tidak pernah dia hiraukan.
Mengenangkan kelembutan Airil memeluk dan memujuknya semalam membuatkan bibir Hana tersenyum sendiri.Seronok pula dilayan sebaik itu oleh Airil.Biasanya Airil seorang yang tegas tetapi malam tadi ciri-ciri lelaki idaman Hana mula tertonjol oleh Airil.Hana melihat tangannya.Masih terasa usapan permukaan kasar tangan Airil menggenggam erat tangannya.Hana memejamkan mata sambil memeluk tubuhnya sendiri.Senyumannya semakin melebar apabila membayangkan kehangatan tubuh sasa Airil mendakap badannya.Sungguh nyaman sekali.
Saat itu,Hana seperti orang angau.Membayangi dia mengucup pipi Airil berkali-kali sebagai tanda terima kasih kerana selalu menjadi heronya.Lelaki idaman Malaya katakan.Hana tidar sedar dia berada di tabir katil lalu bergolek ke tepi.
Hempapan tubuh Hana atas Airil mengejutkan lena suaminya.Hana lekas-lekas mengalihkan tubuhnya daripada terus-terusan menghempap Airil.Malu sendiri Hana tetapi mujurlah Airil tidak tahu angan-angannya tadi.
Airil masih berbaring memisat-misat mata manakala Hana duduk bersimpuh membelakangkan Airil.Senyumnya melebar."Err....errr..Saya tak sengaja.Saya mimpi buruk sampai jatuh katil.Sorry,"bohong Hana.Takkanlah hendak mengaku kegatalannya sendiri membayangkan dirinya dibelai oleh Airil.Mana dia hendak meletak muka.Tersipu-sipu sendirilah dia.
Airil tidak mengesyaki apa-apa meletakkan tangan atas dahinya.Mungkin Hana mengalami mimpi buruk disebabkan trauma diserang Hanif semalam fikirnya."Hmmm...Awak okay ke tu?"
"Aaaa.....Eemmm....Saya okay,"balas Hana tidak menoleh ke belakang.Senyuman masih melekat pada bibirnya.
"Assalamualaikum.."Suara babah dan umi berkumandang di luar.
Hana berpaling kepada Airil di belakangnya.Suaminya itu meraup mukanya yang mamai.Terlalu awal untuk mereka menerima tetamu kerana masing-masing baru saja bangkit dari tidur.Muka pun tidak bercuci lagi apatah lagi mandi.
****
Hana duduk di tengah-tengah antara babah dan umi memeluk bahu babah.Sungguh manja anak itu dengan umi dan babahnya.Babah mengusap rambut Hana penuh kasih.Walaupun Hana sudah berumah tangga,kasih kepada anak perempuannya tidak pernah pudar.Ikutkan rasa kasihnya,ingin saja dia terus datang menjenguk Hana malam tadi tetapi dia faham Hana sudah bersuami dan enggan mengganggu anak gadisnya berehat.Dia tidak dapat pejamkan mata sebaik Airil memaklumkan kejadian menimpa Hana ketika Hana membuat laporan polis di balai.
Umi dan babah memandang Airil seperti dia pula yang bersalah."Macam mana boleh jadi macam ni?"soal babah.
Tidak sempat Airil menjawab,umi terus memotong."Dah dia tinggal Hana duduk rumah sorang malam-malam..Senanglah orang nak pecah masuk rumah..Nasiblah tak jadi apa-apa pada anak kita.."Umi terus menembak Airil dengan kata-kata kasarnya.
Hana tersentak.Kepalanya diangkat memandang Airil terkelip-kelip.Airil tidak pula membela dirinya.Selalu diam tidak berketik jika umi berkata macam-macam kepadanya."Umi..bukan salah Airil pun.Hana yang cuai buka pintu tanpa usul periksa,"akui Hana.
Jelingan tajam mata besar umi beralih kepada Hana pula."Haaa...Menangkanlah laki kau ni.Sebab tu dia berani pijak kepala kau.Orang laki jenis keluar malam ni jangan bagi muka sangat.Mula-mula balik lewat,lama-lama nanti tak balik-balik,"lancang mulut umi mengata.
Babah menggeleng.Mulut umi memang tidak ada insurans."Yati..boleh tak awak jaga mulut tu sikit?Tujuan kita datang nak melawat Si Hana ni.Tengok keadaan dia macam mana bukannya menambahkan stres Hana.
"Tak betul ke apa saya cakap?"Umi tidak mahu mengalah.
"Yati...Lebih baik awak tak payah datang kalau mulut awak macam ni.Kerja awak asyik nak menyalahkan Airil saja..Apa salahnya kita orang tua ni beradab sikit apabila berkata-kata?Barulah boleh jadi contoh kepada orang-orang muda ni,"bidas babah sememangnya serabut dengan perangai umi.
Umi diam.Perhatiannya dialihkan ke sekeliling rumah.Tidak lagi mengerling Airil mahupun Hana.Segan bertentang mata dengan Airil apabila ditegur terang-terangan oleh babah depan anak menantu.
"Hmmmm...Hana kenal ke orang tu?"
Hana menggeleng."Hana tak nampak.Dia pakai topeng hitam.."jawab Hana manakala anak matanya memandang Airil.Masing-masing menyembunyikan pelaku sebenar.
"Hana yakin Hana tak cam langsung siapa?"Babah bertanya lagi.Ada satu perasaan yang tidak enak bertandang di hati babah.Bimbang Hana semakin takut,rasa hatinya disimpan untuk diluahkan kepada Airil dan Hana.
Hana menggeleng lagi.
"Hmmm...Tak apalah.Benda dah nak jadi,kita nak buat macam mana ye dak,Airil?Yang penting Hana selamat pun babah dah bersyukur sangat,"sambung babah.
Umi pula terus menyepi.Tidak masuk campur dalam perbualan mereka bertiga.Malas dia hendak melayan kerana akhirnya nanti dia juga yang bersalah.
"Maafkan saya,babah,"ucap Airil.
"Tak perlu nak minta maaf..Hmmm...Babah tak sabar nak tunggu siasatan polis.Siapalah agaknya penjenayah suka buat onar pada anak menantu babah?"kata babah.
****
Shanaya mengunyah kuih karipap sambil meratap sayu kerusi dan meja Hana di sebelahnya.Terasa sangat sunyi dunia persekolahannya Hana tiada.Rindu berceloteh bersama Hana mula menggamit hati Shanaya.Dia bukan tidak bergaul dengan pelajar lain tetapi dia lebih selesa dengan Hana.
"Ooiii...Aci..Berangan apa?Meh lepak sini,"tegur Amri di belakangnya.
Shanaya menoleh."Ada apa?"
"Meh la...Pusing kerusi tu ke sini.Aku ada berita baik punya nak kongsi ni,"kata Amri.
Shanaya akur.Dia memusingkan kerusi duduk mengadap Amri.Bolehlah kawan dengan Amri sementara Hana cuti."Berita apa?"
"Lepas ni kelas Cikgu Airil kan?He..He..He..Cikgu Airil tak ada hari ni.Dia cuti...So,kita hooray hoorey la..."kata Amri penuh gembira.Sudah menjadi lumrah para pelajar bergembira jika ada guru yang tidak hadir.
Shanaya menarik nafas lega."Syukur Ya Tuhan.Nasib baiklah tak ada,kalau tak terkial-kial aku nak present Hana tak ada.Lama ke Cikgu Airil tak ada?Esok ada tak?"Shanaya ingin tahu.
"Aku tak sure la sampai bila.Yang pasti dan yakin,hari ni memang dia tak ada.So,kau boleh healing la kan?Hhmm....Hana ke mana sebenarnya.Dah berapa hari tak datang sekolah.Sakit ke?"tanya Amri.
"Hmmm...Dia cuti seminggu.Ikut uminya balik kampung katanya.Ada urusan pembahagian tanah pusaka belah umi dia..Babah dia je ada kat sini."Shanaya menjelaskan makluman yang diterima daripada Hana kepada Amri.Amri mengangguk faham.
"Hana mana,Sha?"sampuk Arshad muncul tiba-tiba.Meja Amri menjadi pilihan tempat dia bertenggek.
"Hana tak ada..Cuti balik kampung..Apahal?"Shanaya acuh tak acuh.
"Aku nak jumpa dia."
Shanaya bangun mencekak pinggang."Kau memang muka tak tahu malu ye?Kau yang tinggalkan dia..Lepas tu,kau dah lagakan dia dan Ogy sampai kecoh satu sekolah.Kau masih nak cari Hana..Tolonglah sedar,Acad..Hana dah tak nak pada kau la.Tak faham lagi ke?"marah Shanaya.Jarang-jarang Shanaya meninggikan suara kepada orang.Arshad gila talak memaksa Shanaya bertindak garang.
Arshad mendengus.Dia berdiri berhadapan Shanaya."Kau jangan sibuk urusan aku dan dia..Aku tahu kau pasti tahu Hana couple dengan siapa sekarang..Cakap pada aku siapa?"Arshad turut berang.Shanaya pula berani mencabar kesabarannya.
"Memanglah aku kena sibuk..Masalahnya kau sibuk-sibuk tanya aku pasal Hana..Aku serabutlah..Eeiii..Suka hati dia nak couple dengan siapa-siapa pun.Apa hak kau nak tahu?Kau bapak dia ke?Wali dia ke?Faktanya,kau tak penting pun dalam hidup Hana.So,tak payahlah kau serabutkan otak kau nak fikir tentang dia.Buang masa.Pergilah bermanja-manja pada Ogy tu."Shanaya melepaskan geram.Lama juga dia memendam rasa meluat terhadap Arshad kini dihamburkan atas muka.
"Eeeiii...Kau ni..."Arshad mengangkat tangan mahu menampar Shanaya tetapi tidak jadi.Dia sempat mengawal dirinya lalu menurunkan kembali tangannya.Digenggam erat.
Amri menyentuh bahu Arshad."Acad..Aku rasa baik kau keluar dari kelas kami.Cukup-cukuplah tu buat kecoh..Malu kat oranglah.Orang dah tak nak tu,terima sajalah..Bunga bukan sekuntum,bro,"nasihat Amri menyaksikan perbalahan mulut antara Shanaya dan Arshad.Hampir-hampir berlaku kekerasan.
****
Hana tercegat di hadapan pintu bilik Airil membuat muka kasihan.Airil mengerling bantal dan selimut dibawa bersama dalam pelukannya."Kenapa?"Airil pura-pura tidak faham.
Hana mengemam bibirnya sambil mengerutkan dahinya."Hmmm...Boleh tak saya tidur di bilik cikgu malam ni?Saya takut..."pinta Hana.Sejak malam diserang Hanif,Hana takut tidur sendiri di biliknya.
"Hmmm..."Airil mengangguk lalu menyelak besar pintu biliknya.Kerana kasihan Hana,Airil terpaksa relakan Hana tidur di biliknya untuk beberapa malam sehingga trauma isterinya itu hilang tapi entah bila agaknya.
Apabila Hana menapak masuk,Airil seperti biasa menghamparkan toto di lantai.Dia akan tidur di lantai manakala Hana bermaharajalela atas katil.Hana sudah bersiap sedia mendaratkan tubuhnya di atas tilam empuk milik Airil sebenarnya tetapi dia buat seperti kepunyaannya pula.Mentang-mentang Airil tidak banyak songeh,Hana menggunakan peluang itu memanjakan diri.
"Kenapa awak tak beritahu umi dan babah perkara yang sebenar?"soal Airil sedang berbaring di atas toto.
Hana dengan selamba menyilangkan kaki dan menggoyangkannya memandang siling.Dia membalas pertanyaan Airil."Cikgu pun tau yang umi tu macam mana.Setakat cakap pakai modal air liur,umi takkan percaya cakap kita.Kalau dia percaya saya tak baring atas tilam cikgu sekarang ni.."
"Habis tu,kenapa awak buat report polis?"
"Saya nak umi tahu sendiri..Umi tak boleh menafikan hasil siasatan polis jika Abang Anep tertangkap nanti,"sambung Hana lagi.
Airil berdiam diri tidak membalas.Ada betulnya apa yang Hana fikirkan.Suasana sunyi seketika.
"Tapi elok juga umi tak percaya dulu..Dapat juga saya kahwin dengan cikgu..Hi..Hi..Hi..,"kata Hana tanpa sedar.
Airil yang baru ingin."Haaa..Apa awak cakap?"
Hana baru tersedar dari lamunan menepuk bibirnya.'Apa aku merepek ni?Bodohnya.'Hana berdialog menyedari kesilapan sendiri.Maka mulalah episod Hana berdalih."Hmmm..Kenapa cikgu tak pernah melawan umi ya?Macam-macam dia tuduh cikgu tapi cikgu menikus saja.Cikgu tak ada perasaan ke?Tak ada ke rasa nak pertahankan diri cikgu tu?"
"Macam awak kata tadi,biarlah umi tahu sendiri.Saya malas nak ambil hati.Diam lebih baik daripada mengeruhkan keadaan.Saya ni orang luar,Anep anak kandung umi.Semakin saya bersuara semakin umi benci saya..Suatu hari nanti,kebenaran akan terbongkar sendiri tanpa perlu saya buka mulut..Lagipun,setakat berhadapan mulut umi tu,saya rasa saya boleh tahan,"kata Airil.Dia bukan penakut tetapi lebih menghormati umi.Pertahankan diri tidak akan membuahkan hasil baginya kerana perasaan benci umi sudah tersemai.Biarlah masa menentukannya.
****
Pintu pagar dan rumah terbuka memberi ruang kepada babah meredah masuk ke dalam rumah sewa Saiful.Saiful syok berbaring atas lantai bingkas bangun.Terperanjat barangkali kemunculan tiba-tiba babah di situ.
"Mana Anep?"soal babah kepada Saiful.Dalam keadaan terpinga-pinga,Saiful menghalakan jari telunjuk ke pintu bilik Hanif.Babah tidak membuang masa lagi,terus dia pergi ke bilik yang ditunjuk oleh Saiful.Pintu bilik itu diketuk berkali-kali.
"Anep!!!Buka pintu ni!!"kata babah dari luar.Dia terpaksa mencari Hanif di rumah kerana anaknya itu sudah dua hari tidak masuk kerja menurut majikannya.
Perlahan-lahan pintu dibuka,maka tercegatlah Hanif dalam keadaan tidak berbaju.Hanya mengenakan seluar jersi pendek.Rambutnya tidak disikat manakala mukanya tidak bermaya seperti baru bangun tidur."Hmmm...Ada apa babah datang ni?"tanya Hanif memisat-misat matanya.
"Bos kau cakap dah dua hari kau tak pergi kerja..Kenapa?"Babah mengajukan pertanyaan sambil mengekori Hanif masuk ke dalam bilik.Pintu dibiarkan tidak berkunci.
Hanif yang kurang selesa dengan kehadiran babah agak gelisah.Duduk tidak kena..Baring pun tidak kena.Babah hanya menjadi pemerhati gerak-geri Hanif.Bilik bujang anaknya itu agak bersepah.Tilam tidak berkemas manakala ada cawan-cawan Maggi serta beberapa polisterin makanan terbiar di bawah katil menghasilkan bau masam tidak menyenangkan deria bau babah.Agak menggelikan tekak babah.
"Kau boleh hidup dalam keadaan macam ni?Bilik tak berkemas.Bekas makanan tak buang.Dah berbau pun.Sehari dua lagi penuhlah ulat."Babah membebel.Sakit mata dia tengok keadaan bilik Hanif.Dia juga pernah bujang suatu masa dulu tetapi dia tidak pengotor seperti Hanif.
Hanif duduk di tepi katil.Rimas pula babahnya datang berleter.Ada saja yang tidak kena sedangkan dia selesa hidup sebegitu.Semua itu tidak menjadi masalah kepada dia selama ini.Oleh sebab malas mendengar celoteh babah tentang biliknya,Hanif menukar topik perbualan."Hmmmm..Babah datang ni sebab apa?Sebab Anep tak pergi kerja?Biarlah bos Anep tu..Nak cuti rehat pun bising.Ingat Anep ni kuli batak dia ke?"
Babah melepaskan keluhan lembut.Menahan marah yang terpendam.Dia masih mampu bersabar dan mengawal emosi serta cuba bersikap lembut terhadap Hanif."Babah nak Anep diri kepada polis,"arah babah bernada lembut tetapi tegas.
Ternganga Hanif mendengar perintah babah.Arahan jenis apakah itu?"Anep tak ada salah apa-apa..Kenapa nak serah diri pada polis pula?"
"Tak salah Anep cakap?Babah tau Anep yang ceroboh masuk ke rumah Airil dan cuba apa-apakan Hana tiga lepas."Babah tidak berkias lagi.Walaupun Hana dan Airil tidak beritahu siapa yang menyerang Hana,babah tahu itu semua kerja Si Hanif.Hanya Hanif yang gilakan Hana dan berani bertindak tidak waras.
Ha..Ha..Ha..Hanif mengekeh ketawa."Ini mesti Airil yang petik nama Anep kan?Babah pun percaya saja cakap Si Airil."
Babah menarik nafas."Kau tak payah berdalih lagi Anep.Airil tak cakap apa-apa pun tapi babah tau perangai kau,Anep.Firasat babah kuat mengatakan kau yang buat adik kau..."Babah mula meninggikan suara.
Hanif tadinya gelisah berubah baran juga.Dia berdiri mendada mengadap babah.Dia tidak memandang babah sebagai musuhnya bukan lagi seorang ayah.Rahangnya diketap.Genggaman tangannya kemas mengawal geram."
Babah memegang lengan Hanif.Sedikit pun dia tidak gentar dengan kemarahan Hanif walaupun jelas wajah Hanif memerah."Pakai baju...Ikut babah pergi balai."
Hanif merentap kembali tangannya.Dia enggan akur dengan arahan babah."Ayah jenis apa babah ni?Tegar babah sebagai seorang ayah nak humban anak sendiri masuk ke dalam penjara?"jerkah Hanif tidak puas hati.Tindakan babah itu dirasakan sangat tidak adil.
"Ya...Memang aku tegar...Sebab aku malu ada anak yang tak ada otak dan langgar hukum agama macam kau.Babah lebih rela kau meringkuk dalam penjara daripada kau merosakkan adik kau kandung kau sendiri..Abang jenis apa kau ni sanggup cabul kehormatan adik sendiri?"Babah membalas.Dia tersangat kecewa mempunyai anak seperti Hanif.Sepatutnya dia mengharapkan Hanif menjaga keluarga tetapi harapkan pagar,pagar makan padi.Dia lebih rela Hanif berada di rumah besi daripada maruah Hana terkorban.Dia tahu Hanif tidak akan pernah berhenti mengganggu adiknya.
Hanif tidak keruan.Dia menarik rambutnya."Aaarrghhhhh...babah tak faham!!"pekik Hanif sambil membaling barang-barang di atas meja bilik itu.
"Kenapa ni pak cik?Anep?"soal Saiful tiba-tiba menderu masuk campur sebaik terdengar amukan Hanif.
Babah menggeleng memandang Saiful.Riak Saiful agak cemas.Babah bersuara lagi."Nampak gayanya Anep enggan menyerah diri..Hmmm..Tak mengapa.Babah tak nak paksa Anep..Cuma babah nak ingatkan,Hana dan pun buat report polis.Lambat-laun,polis akan jumpa juga Anep."Babah mengingatkan.Kata-kata babah membuatkan Hanif terkedu.
Babah tau siapa punya kerja..Hana macam dah ada bibit2 cinta kpd Airil..
Share this novel