Bilik sukan itu sunyi.Sunyi sampai bunyi kipas di dinding kedengaran seperti deruan angin ribut.Sunyi sampai degup jantung Airil sendiri terasa terlalu kuat iramanya.
Dia duduk namun tidak pernah selesa. Berkali-kali menukar posisi.Berkali-kali bangun dan berjalan ke hujung dinding lalu kembali ke bangku.Resah gelisah sekali.
Azim memerhati dalam diam dari seberang meja Lama dia biarkan sahabatnya melayan gelora hati sebelum bersuara perlahan.
“Airil... relaks, boleh?”
Airil tidak menyahut.Matanya merenung kosong ke arah lantai.Jemari tangan meramas-ramas lutut sendiri.Nafasnya pendek.
Azim cuba tersenyum.
“Hana takkan apa-apa.Liana cuma nak bantu.Dia tu cikgu kaunseling bukannya ketua polis negara."
Airil mengangkat muka. Pandangannya redup jelas bergelora.
“Kau tahu tak semalam polis soal dia macam dia penjenayah?”suaranya serak.“Sekarang kena soal lagi. Pagi-pagi aku tengok dia termenung tepi katil, mata bengkak, suara tak keluar.”Kegusaran hati terluah.
Dia tunduk. Suaranya makin perlahan.
“Aku tahu dia tertekan.Emosi Hana belum stabil lagi.Dia masih terkejut dengan kejadian Sofi.”
Azim angguk sedikit.Dia dengar dan dia faham.Dia tahu tiada kata-kata yang boleh benar-benar meredakan resah seorang suami.
“Esok aku nak suruh dia cuti.Berehat di rumah sementara dia tenangkan emosi.
Dia bangun lagi.Berjalan ke tingkap yang separuh terbuka, memandang ke arah bangunan pejabat.Tembok bata merah di hujung sana terasa seperti jurang yang tak mampu dilintasi.
“Aku nak sangat ada di sisi dia sekarang.Pegang tangan dia. Tenangkan dia.Hana perlukan aku." suaranya tenggelam dalam helaan nafas yang berat.
Azim bangun, berdiri di sisi Airil."Aku faham,Ril.Sabar okay.Nanti keluarlah Hana tu."
Airil ketap rahang.Matanya sayu. Ada sesuatu yang terbuku lama dalam dadanya dan hari ini ia tak dapat dikawal lagi."Semua ni gara-gara Anep.Hana tak patut tanggung semua ini sedangkan dia tak tahu apa-apa.Kalau dapatlah Si Anep tu,aku takkan lepaskan dia."
Azim menghela nafas perlahan sebelum menepuk bahu sahabatnya."Sabar.Kawal marah kau.Aku takut Hana kena soal siasat sebab kau pula belasah orang pula,"usik Azim.Risau sahabatnya menggila.
"Aku geram tahu tak,"balas Airil.
Azim mula tersenyum."Kau tahu tak?Aku tak pernah nampak kau serisau ini pasal perempuan.Kau sayangkan Hana kan?"soal Azim membuatkan Airil terdiam seketika.Mungkin berfikir.
"Salah ke aku risau?Hana dalam kesusahan.Aku orang yang paling dekat dengan dia."
"Kau tak menjawab soalanlah,Ril.Kau sayang dia ke tak?"
"Dia isteri aku kan?Mestilah sayang."Spontan Airil menjawab soalan cepu emas daripada Azim.
Jawapan Airil mengundang senyum lebar pada bibir Azim. no
****
Laju rentak langkah Umi keluar dari bilik kaunseling.Wajahnya tegang menyeringai dengan kerutan jelas di dahi.Hana mengekori dari belakang.Senyap dan memandang lantai.
Sebaik tiba di koridor,Umi berhenti. Dia berpaling memandang Hana dengan mata yang tajam seolah- olah mahu menelan anak gadisnya itu hidup-hidup. Babah yang turut bersama hanya memerhati perlakuan isterinya.
Hana tunduk.Nafasnya pendek.
Tanpa amaran, tangan Umi terangkat.
"PANG!”
Pipi Hana ditampar sekuat hati melepaskan geram.
"Kurang ajar!" jeritnya. "Anak tak guna! Sanggup kau fitnah abang kandung sendiri! Kau memang sengaja nak pedajal dia, kan?"Umi menghamun Hana.Segala hujah-hujah Hana di dalam bilik kaunseling tadi membuat darahnya meradang.
Pipi Hana berdenyut. Matanya berkaca.
"Awak ni dah gila ke,Yati?"sapa babah ternyata tergamam dengan tindakan drastik umi.Bahu Hana dipegang .
"Apa yang Hana cakap tu semua betul!" suaranya terketar."Tapi Umi tak pernah percaya... Umi menangkan Anep.Hana pun anak Umi juga. Tapi kenapa Umi susah sangat nak percaya?"
Mata Umi membulat.Dia menjerit sambil menarik tudung Hana hampir terlucut.Hana terhuyung sedikit, cuba melindungi diri."Sebab kau tu biadab.Anak jenis apa kau ni?Kau tuduh dia macam-macam!Kau kata dia penagih!Kata dia buntingkan anak orang!"
Babah menolak umi dan melindungi Hana."Cukup,Yati!Kawal diri awak tu."
"Hana penat,umi.Penat sangat.Suka hati umilah nak kata apa.Tak guna Hana pertahankan diri tetapi sekelumit kepercayaan pun tidak ada untuk Hana.Apabila tiba masanya,kebenaran akan terbukti dan umi sendiri akan terngadah.Hana tunggu saat itu,umi."Linangan air mata Hana tidak berhenti mengalir.Pedihnya menjadi seorang Hana yang tidak dibela oleh ibi sendiri.
Babah mencelah.Suaranya berat dan geram namun masih dikawal."Sudahlah,Yati.Cukuplah Anep seorang saja yang memalukan keluarga kita,ini kamu pula yang buat perangai malukan air muka saya.Dengan anak sendiri pun awak nak bertengkar macam musuh.Ini sekolah,Yati bukan gelanggang gusti,"tegur babah bernada keras.
"Mana saya tak angin.Abang tak dengar ke apa anak kesayangan abang ni cakap kepada guru kaunseling tadi?" sindir Umi sambil mencebik ke arah Hana."Fitnah abang dia hidup-hidup!Bernanah telinga saya ni dengar."
Babah berbalas tenang tapi tegas. "Kalau perkara tu betul, nak bela apa lagi,Yati?Disebabkan perangai awak macam ni,Anep jadi begitu.Tak sedar lagi ke?"
Cikgu Liana cepat-cepat datang, memegang bahu Umi.Dua cuba menenangkan. "Puan Yati,tolonglah jangan buat kacau di sini.Ini sekolah.Ramai budak-budak memerhati.Lagipun Hana masih trauma dengan apa yang berlaku.Sepatutnya Puan Yati perlu beri sokongan kepada dia."
Airil dan Azim tiba di hujung koridor. Airil segera melangkah laju, suaranya keras dan lantang.
"Cukup.Jangan ganggu emosi Hana buat sementara waktu ni."Hatinya hendak mendorong Hana ke dalam dakapan namun diseka kerana ramai mata memandang.Airil kawal perasaan sendiri.
Umi berpaling dengan mata merah. "Kau pun sama!Kau memang berdendam dengan Anep, kan?! Kau dengan Hana ni sama-sama bersubahat sebab kau benci sangat dengan dia!"
Babah tak mampu bertahan lagi. Dia tarik lengan Umi kasar.
"Aku kata cukup, Yati!" bentaknya. "Jangan sampai tangan saya naik kat muka awak pula. Balik! Anak dan mak sama saja.Dua-dua bawa masalah!"
****
Hana duduk diam di ruang tamu.Termenung panjang.Sejak pulang dari sekolah,dia belum menjamah apa-apa.Seleranya hilang.Tubuhnya lesu tetapi jiwanya lebih letih.
Langkah perlahan kedengaran dari arah dapur.Airil datang membawa semangkuk bubur panas.
"Saya masakkan untuk kau," katanya, meletakkan mangkuk di atas meja kecil di hadapan Hana.
Hana hanya memandang kosong tidak berkata apa-apa.
"Tak nak makan?"soal Airil.
Hana geleng perlahan.
"Kalau tak nak makan sendiri,biar saya suapkan,"ujar Airil mengambil sudu dan mula meniup perlahan bubur yang masih berasap.
Hana masih diam.Namun bila Airil menyuakan sudu ke mulutnya sambil membuat muka comel, Hana akhirnya tersenyum kecil.
"Tu dia... Senyum pun.Awak perlu isi perut kosong tu.Nanti awak diserang gastrik lagi.Saya juga yang susah."
Hana membuka mulut menerima suapan pertama.
Beberapa suapan kemudian memulakan bicara."Hana penat,abang.Kenapa umi tak pernah percaya Hana, cikgu?Apa pun Hana cakap tentang Anep semua salah."
Airil diam seketika sebelum berkata lembut, "Tak apa,Hana.Saya ada.Saya percayakan awak dan akan sentiasa sokong awak.Kalau umi tak nak awak,saya akan jaga awak."
Air mata Hana bergenang. Airil mendekat dan menyentuh lembut pipi Hana yang masih merah berbekas.
"Sakit, ya?"
Hana menggeleng.“Tak.Sedap pula kena tampar,” katanya sambil senyum pahit.Apa punya soalanlah.Mestilah sakit kena tampar.
Airil senyum sinis.Kemudian menjongket kening."Nak yang lagi sedap?"
Hana memandang pelik."Macam mana?"
Airil tiba-tiba mendekat lalu mendaratkan satu ciuman ringan di pipi Hana.Hangat.
Hana terkesima. Wajahnya merah.Walaubagaimanapun, senyum terukir pada bibirnya.
"Haa, senyum macam tu baru manis!, kata Airil."Aisssh...Nampak gayanya kena kiss selalu la,"usik Airil membeli jiwa lara Hana.
Hana tersipu, cepat-cepat menjauh sedikit. "Ish abang ni..."
Airil ketawa kecil.Rumah sunyi.Irwan sudah pulang ke rumah keluarga. Sekarang hanya mereka berdua.Bebas untuk dia melakukan apa saja bersama isterinya.
"Jom balik kampung hujung minggu ni.Cuti tiga hari di kampung.Saya nak bawa awak mandi sungai."
Belum sempat Hana menjawab, bunyi salam kuat kedengaran dari luar. Serentak mereka berpaling.
Airil bangun dan membuka pintu.
"Assalamualaikum," suara berat babah menyapa.
"Waalaikumussalam,babah. Masuklah," jemput Airil.
Babah melangkah perlahan ke ruang tamu. Pandangannya jatuh pada Hana. Lama dia pandang sayu.
"Babah minta maaf, Hana,"katanya bersuara serak."Babah pun tak tahu apa yang umi kamu tu fikir.Sanggup dia lepaskan kemarahan kepada Hana semata-mata tak boleh terima yang Anep punca segala masalah."
Hana tunduk. "Tak apa,babah. Biarlah. Nanti Umi akan tahu jugak siapa sebenarnya anak emas dia."
Babah mengangguk. "Sebenarnya,babah risaukan Hana."
Airil menyampuk, "Tak apa,bah.Jangan risau.Airil akan jaga Hana.Selagi saya mampu, saya takkan biar dia rasa dia keseorangan."
Babah tersenyum, matanya berkaca."Maafkan babah tak dapat lindungi Hana.Terima kasih banyak-banyak,Ril sebab sudi jaga Hana untuk babah.Kalaulah malam itu tak ada Airil,babah tak tahu apa akan jadi kepada Hana.Anep tu memang dah tak boleh berfikir waras.Adik sendiri pun dia nak rogol.Hana.
Hana memandang Airil, terkejut.
"Babah percayakan Hana tapi kenapa masa tu babah paksa Hana kahwin dengan Abang Airil?"
Babah mengangguk."Sebenarnya,babah dah lama perasan cara Anep pandang Hana.Sengaja sentuh bahagian tubuh Hana, konon bergurau.Banyak kali babah terserempak dengan dia cuba nak ceroboh bilik tidur Hana waktu malam.Babah cuba tegur.Umi pula kata babah sengaja nak buruk-burukkan anak dia..Disebabkan itu,babah suruh Airil kahwini Hana kerana babah bimbang Hana tak selamat tinggal di rumah sendiri.Babah takut babah tak mampu lindungi Hana seperti malam itu.Lagi babah akan rasa menyesal."
Sunyi menyelubungi ruang tamu. Kenyataan itu berat tetapi melegakan.Hana terdiam.
Airil genggam tangan Hana perlahan. “Yang penting sekarang awak selamat tinggal bersama orang yang menyayangi awak.Awak tak menyesal kan jadi isteri saya?
Untuk pertama kalinya hari itu,Hana terasa benar-benar disayangi oleh Airil meskipun ungkapan itu tidak menggambarkan perasaan Airil secara jelas.
****
Petang itu,Hana duduk bersebelahan Shanaya di sudut tenang perpustakaan. Cahaya lembut dari tingkap jatuh ke atas meja kayu mereka mencipta suasana nyaman.Hana sedang menyelak helaian nota sambil tersenyum kecil mendengar celoteh Shanaya.
“Cikgu bagi tugasan pasal tokoh sejarah minggu ni.Aku pilih Sybil Kathigasu,” ujar Shanaya ceria.
Hana ketawa kecil.“Suka sangat kau dengan cerita-cerita zaman perang, ya?”
Shanaya angguk.Dia tahu emosi Hana masih belum pulih sepenuhnya.Jadi dia sengaja mengelak dari menyentuh soal Sofi atau keluarga Hana.Dia tahu, kadang-kadang diam itu lebih menyembuhkan daripada bersimpati.
Sedang mereka berbual,Arshad menyertai tanpa dipelawa.
“Hana...” sapanya.
Hana mengangkat wajah.Ekspresinya serta-merta berubah. egang. “Ya?”
“Awak okay? Saya cuma nak tanya khabar.”
Kehadiran Arshad mula menarik perhatian.Lebih-lebih lagi dari satu arah rak buku.Ruziana berdiri di celah rak menjeling tajam ke arah mereka.
Hana membetulkan duduk. Suaranya mendatar. “Saya okay.Tak perlu ambil berat sangat."
Arshad menghela nafas."Sebab ada orang lain yang peduli?
Hana memandangnya sekilas."Jika dia prihatin terhadap saya pun tak salah.Memang tanggungjawab dia.Berpijaklah di bumi yang nyata bahawa kita tak ada apa-apa hubungan."
"Hana,"panggil Arshad lembut.
Hana menyandar dan menjuihkan bibirnya."Tu.. Ada orang lain yang lebih perlukan perhatian awak.Sila berganjak sebelum dia buat kecoh."
Belum sempat Arshad membalas, Ruziana datang mencelah.
“Hoi,perempuan gatal!Kan aku dah kata jangan kacau Acad.Tak faham bahasa ke?"tengking Ruziana.
Hana bangun lalu meja ditepuk kuat membuat semua mata berpaling ke arah mereka.
“Eh, siapa yang cari siapa sekarang? Nak marah pun tengok situasi dulu. Jangan main serang orang membabi buta.”
“Kau sendiri nampak kan?Acad yang datang cari aku dulu."
Ruziana menapak ke depan."Kau pun sukalah kan?"
Hana ketawa sinis memegang pinggang."Sebelum tangan aku hinggap kat pipi kau,baik kau jauhkan diri daripada pandangan mata aku."
Mata Ruziana mencerlung.“Tamparlah kalau berani! Macam kau tu suci sangat.Abang kau sendiri pengedar dadah dan buntingkan anak orang.Kau ingat aku kisah?"
Hana terdiam sejenak.Nafasnya mendadak berat.
“Jangan hina aku sebab dosa orang lain hanya kerana aku ada pertalian darah dengan dia.Kau tak tahu apa-apa,lebih baik diam?Jaga family kau sendiri."
Ruang perpustakaan sunyi.Semua mata tertumpu kepada mereka.,Shanaya berdiri di sisi Hana memberi sokongan diam.
Airil muncul di ambang pintu setelah diberitahu oleh pengawas tentang kekecohan.Dia menapak laju memandang semua dengan wajah tegas.
“Cukup. Semua keluar sekarang. Hana, ikut saya.”
Hana memandang Airil. Perlahan, dia ambil beg dan berjalan keluar bersama Shanaya dan Airil meninggalkan Ruziana ternganga sendiri.
Share this novel