AO 20

Romance Series 250171

mata yang sudah dua hari tertutup rapat itu kini terbuka perlahan, tangan pucat lesi miliknya bergerak menandakan dia akan bangun.

seorang lelaki duduk di sampingnya dengan riak risau.

"aku kat mana?" suara lemah tanpa tenaga itu menerjah ke dalam cuping telinga lelaki itu.

"sayang, alhamdulillah. sayang dah sedar," segera tangan kasar miliknya menggenggam erat tangan yang masih lemah itu.

'sayang?'

dia siapa?

"awak siapa?"

"abang... aku," aduh! keluh lidah hendak membalas, tidak tahu mahu bahasakan diri apa.

"awak?" suara itu menyentak lelaki tersebut untuk kekal sedar.

"abang suami sayang,"

DEG!

suami?

"saya tak kahwin lagi," ada nada tidak puas hati terselit dalam tutur katanya.

"tapi, abang TETAP suami sayang, please sayang dah dua tahun sayang tak kenal abang," tanpa dipinta airmata lelakinya tumpah dihadapan wanita yang dia gelar isteri namun tidak mengenali suami sendiri.

"tapi, argh!" tidak semena-mena kepala milik gadis itu berdenyut nyeri.

"sayang!" perasaan panik menyerang tapi dia berusaha kekal tenang untuk mengawal keadaan,
sebelum dia berlari keluar memanggil doktor.

*****

kepala aku berdenyut hebat, sakit yang teramat. mimpi pula entah apa apa sahaja.

aku mimpi tuan Iskandar cakap dia suami aku? merinding bulu roma beta!

tapi jap..

eh, eh. aku ada dekat rumah sakit la guys! apa jadi dengan aku ea sampai berakhir disini? atau mungkin aku bawa motor laju lagi dan terlibat dalam kemalangan.

habis la aku kalau papa tahu mengamuk orangtua tu. mama lagi, madam Claudia takkan tinggal diam!

ingat punya ingat. bak mentol menyala apabila teringat peristiwa semalam dengan tuan Iskandar. bermakna aku tidak terlibat dalam kemalangan macam selalu.

nakal sangat anak madam Claudia dengan Dato Mukhriz ini.

"terima kasih im," ucap seseorang yang berada diambang pintu. lelaki itu berjabat tangan dengan seorang doktor lelaki putih tinggi dihiasi jambang tipis. doktor tersebut menepuk bahu lelaki itu yang tampan serabut dengan rambut tidak terurus sebelum melangkah keluar.

"sayang, awak dah sedar,"

tangan aku yang berada dipaha dia tarik sebelum bibir merah itu mengucupnya penuh kasih. aku mahu membantah tapi perasaan aku tiba-tiba bercampur baur. sedih, rindu, sebak.

tanpa menerima arahan otak untuk lempang muka lelaki itu tangan aku berkhianat. ringan sahaja tangan aku menyentuh wajah tidak terurus lelaki tersebut.

"abang..." aku menangis ke? drama apa ini kenapa semua soalan aku tersekat di kerongkong. terlihat lelaki itu mengangkat kepala bersama riak terkejut.

"sayang? dimples, awak dah ingat abang?" dia menarik aku ke dalam dakapannya, airmata itu membungkam aku seribu bahasa. airmata aku turut mengalir lebih deras.

"saya..." bagaikan baru tersedar sesuatu sekuat tenaga aku menolak lelaki tersebut.

"apa tuan Iskandar ini, tak habis-habis ambil kesempatan!"

YES!
lelaki itu tuan Iskandar.

tuan Iskandar pandang aku dengan riak mendung. dia kesat airmata,

"kenapa kau balik?" soal tuan Iskandar dengan wajah merah padam bagai menahan sesuatu.

"saya? kenapa tuan Iskandar nak saya mati ke? patut lah peluk macam nak membunuh." bak air hujan jawapan itu meluncur laju.

tuan Iskandar pandang aku dengan mata setajam belati. aku pula bagi 'peace' depan muka dia sebagai bentuk damai.

"kenapa kau kembali Olivia? aku tak nak kau, aku nak adzwy, kenapa? kenapa kau!" nak patah tulang aku tuan Iskandar buat, kuat sangat dia goncang tubuh aku tadi.

sah! dia nak bunuh aku. tuan Iskandar ni 'biol' agaknya nama aku kan Olivia adzwy, gila mamat ni.

"tuan Iskandar nak saya lempang
baru nak sedar ke, nama saya Olivia adzwy kan." dengan tuan Iskandar tak payah rahsia apa apa lagi dia dah tahu semua.

"aku nak adzwy, abang rindu." buruknya tuan Iskandar menangis. adoi!
rasa nak gelak sampai guling guling dekat lantai hospital ni. tapi, lain yang otak aku fikir lain yang hati aku rasa, rasa kasihan terbit dalam hati aku.

lelaki itu menangis tersedu-sedan hilang muka macho dia , aku pula kaku,

perasaan nak peluk tuan Iskandar untuk tenangkan dia memang kuat sangat, gatal sangat aku ini?!

macam ada magnet dengan aku sekali menangis melihat tuan Iskandar masih tidak berhenti menangis.

"shhhh. saya ada aje ni, tak pergi mana mana pun . jangan lah nangis buruk tahu tak," aku peluk erat tuan Iskandar, perasaan ini hadir dalam hati tanpa sempat aku bantah.

"sayang, ada." tiber aku bahasakan diri 'sayang'

*****

habis sahaja drama aku dengan tuan Iskandar sebentar tadi aku di TAHAN! kena tahan dekat mana? HOSPITAL LAH!

aku tak sakit, sakit kepala alaa itu perkara biasa, tapi. tuan Iskandar cakap aku tengah 'sakit'

sakit bahagian mana pun aku tak tahu. aku rasa sihat aje.

ada yang pelik berlaku dekat sini,

memori semalam pun ada yang aku lupa, digantikan dengan bayangan hitam. tak tahu itu ingatan siapa yang ter'transper' pada aku.

"argh! bosan!" aku kena tahan dekat hospital yang jelas sihat walafiat. tuan Iskandar pula hilang entah ke mana. tak adil!

sebab terlalu bosan habis semua aku aku selongkar. sampai pada akhirnya bila angkat bantal hospital aku terpandang buku warna hitam, siapa punya pula ni?

'macam diari' getus hatiku sendiri.

macam pernah nampak, baru hendak membukanya untuk mengetahui isinya tiba-tiba pintu kedengaran ditolak dari luar, wajah tuan Iskandar terhidang depan mata. secepat kilat aku sembunyikan diari tersebut dan duduk manis,

tidak berkedip aku pandang dia yang memakai baju hitam bahagian dalam manakala diluar baju putih seperti seorang doktor, dia duduk. berdepan aku. senyuman paling manis menyapa mata, ahak! tergoda kiter.

hanafiz pernah cakap kan yang tuan Iskandar ni seorang psikiatri. fuh!

"assalamualaikum," lembut suara itu menyapa. aku pula terpegun, sampai lupa hendak menjawab salam nya.

"isteri abang asal buka mulut luas sangat, tak cantik," lembut tangan itu menyentuh dagu aku, kaku aku dibuat dengan perubahan tuan Iskandar.

"tuan?" terdengar hela nafas dari tuan Iskandar.

"kau rupanya," sinis tuan Iskandar. aku pula pelik dibuatnya.

"huh' uh saya, tuan buat apa dekat sini? nak rawat siapa? psikiatri pun rawat orang pengsan ke?" soal ku polos, untuk kali keduanya tuan Iskandar hela nafas berat.

"kau Olivia kan?" dia soal, aku angguk.

"nama penuh kau?"

"Olivia adzwy," jawab aku ragu ragu.

sinar pada mata itu terlihat ada kekecewaan. putus cinta agaknya!

*****

"dari segi pandangan mata adzwy memang mengalami split personality, akan tetapi dari segi pemeriksaan kesihatan mental itu tidak benar, adzwy atau pun Olivia sihat, takde gangguan mental."

"sihat?"

*****

Share this novel

izan
2025-01-31 18:41:27 

lama lagi ke... bila nak update

nafisahisa
2025-01-27 05:33:39 

nak lagi author

Lily Wahida
2025-01-26 14:05:29 

Nak lagi ms j...tak sabar nk tahu cita aril ngn hana...


NovelPlus Premium

The best ads free experience