Hana dan Shanaya duduk bersila di bawah pokok rendang di tepi padang. Angin petang meniup lembut mengelus kulitv wajah mereka yang masih berpeluh selepas pemanasan badan. Sambil menunggu arahan guru untuk latihan sukan,Shanaya sempat mengusik Hana.
“Kau dating dengan siapa kat taman tu hari tu?”soalnya tiba-tiba membuatkan Hana terpinga-pinga.
“Dating?”Hana terpinga-pinga.Dalam hatinya,dia yakin tidak ada temu janji dengan sesiapa di taman awam. Dengan Airil?Lagilah tidak.
Shanaya jeling dengan senyuman penuh maksud.“Kau ni janganlah jadi kura-kura dalam perahu.Pura-pura tak tahu pulak.Aku nampak dengan mata aku sendiri.Konon pergi latihan memandu.Tup..Tup..dating di taman."
Hana terkebil-kebil.Kemudian,Hana teringat selepas selesai latihan memandu petang kelmarin,dia singgah ambil angin di taman bersama Irwan.Kebetulan pula,Airil yang menyuruh Irwan menjemputnya.Airil juga tahu tentang itu.
“Ohhh... Itu sepupu aku.Yang aku cerita hari tu,” kata Hana menjelaskan.
“Yeke?”Shanaya menjongket kening mendapatkan kepastian."Kenapa nampak lain?Handsome sangat,weh.”Shanaya teruja.
Hana tergelak kecil.Dalam hatinya,tiada siapa pun boleh menandingi ketampanan suaminya,Airil.Irwan sememangnya tampak tetapi di matanya Airil tetap yang pertama.
“Hari tu kata nak kenalkan.Ni dia datang,kau tak cakap pun,"pinta Shanaya dengan mata bersinar-sinar.
“Dia dah balik kampung la.Dia datang melawat umi aku jelah,” balas Hana.
Shanaya menjeling manja."Kau ni kedekut sepupu tahu tak.Tak nak share dengan kawan-kawan single ni.Ke kau ada apa-apa dengan dia?Sebab itu,aura keisterian kau semakin menyerlah sejak akhir-akhir ini."
Hana mencubit lembut lengan Shanaya. “Ish, kau ni!Dia dah ada girlfriend lah. Jangan nak over."
Shanaya pura-pura mengeluh panjang. “Frust aku.”
"Tak payah nak acah-acah frust sangat. Amri dengan Iqbal tu ada, kan?”Hana mengusik.
“Yakkk!”Shanaya buat muka loya."Amri tu keding tinggi macam tiang lampu jalan.Iqbal tu pula sweet talker
Ramai awek.No,thank you.Aku rela single sampai ke tua daripada menjadi girlfriend dua orang lelaki itu."
“Jangan benci sangat.Nanti kau tersuka,melekat terus.Baru tahu,” Hana sengaja memancing.
Dia bercakap berlandaskan pengalaman sendiri.Dari benci tumbuhnya cinta. Cikgu Airil bukti cintanya tersemai dari rasa benci awalnya.
“Malas aku nak layan kau ni,”kata Shanaya sambil berdiri dan menarik tangan Hana.“Jom,Cikgu Azim dah panggil tu.Nak bersukan.”
Hana mengerang kecil.“Alaaa... Malasnya nak lari hari ni...”kelu hati perlahan.
****
Padang sekolah masih riuh dengan suara pelajar yang baru habis latihan sukan olahraga.Angin pagi bertiup perlahan membawa sekali bau rumput yang baru dipotong.
Hana dan Shanaya duduk di bawah pokok besar di tepi padang.Masing-masing kelelahan memegang botol air.Peluh masih membasahi dahi.Nafas mereka termengah-mengah setelah berlari 100 meter tadi."Aku tak faham kenapa cikgu suruh juga aku buat saringan larian 100 meter.Sudah terang lagi bersuluh badan aku ni gempal dan tak cukup nafas nak lari.Aku tak lari pun dah tahu aku dapat nombor last.Lempar cakera atau lontar peluru munasabah juga."Shanaya berleter kepenatan setelah dipaksa berlari 100 meter.Hampir hilang nafasnya.
Hana menjungkit bahu ke atas.Dia gelak namun ada betulnya kata-kata Shanaya itu.Nanti dia akan suarakan persoalan itu kepada Airil di rumah kerana saban tahun sahabatnya disuruh berlari saringan 100 meter.
“Eh,kau tahu tak Ruziana nak pindah sekolah?”soal Shanaya sambil meneguk air memulakan gosip terkini.
Hana memandang sekilas.Wajahnya tenang."Haah!Ada dengar juga ura-ura tentang pertukaran dia."
"Aku rasa dia nak bawa hati yang terluka.Kasihan dia."Shanaya menambah.Dia duduk bersila atas tanah ditumbuhi rumput padang yang menghijau."
Hana melepaskan lelah duduk di bertentangan Shanaya.Dia melunjurkan kakinya melakukan sedikit regangan."Bukanlah.Ayah dipindahkan ke daerah lain,mestilah dia ikut sekali."
"Betul juga tu.Elok jugalah dia pindah.Aku kasihan akan dia yang asyik terkejar-kejarkan Acad tetapi kasih tak bersambut."
"Dalam hal ni,nak salahkan Ogy seorang pun tak boleh.Si Acad yang suka menanam tebu di tebi bibir bagi harapan palsu kepada dia,"jawab Hana.Persengketaan bermula apabila Arshad sengaja rapat dengan Ruziana untuk membuat dia iri hati.
Shanaya mengangguk, menyandar pada batang pokok."Harap-haraplah dia jumpa lelaki yang baik di sekolah baharu.At least,amanlah sikit hidup kau selepas ini.Tak ada orang nak marah-marah ganggu ketenteraman kau lagi.
Hana sempat tersenyum nipis."Aku rasa hidup aku belum cukup aman lagi.Tu..Acad menghala ke sini,"kata Hana menjuihkan bibirnya.
Shanaya menoleh ke belakang.Dari arah hujung padang,Arshad berjalan menghampiri mereka.Senyumnya seperti biasa.Ramah namun ada sesuatu yang Hana rasa tidak tulus terlahir dari senyuman itu.
“Hai,Hana..Sha..,”sapa Arshad dengan mesra.
“Hmm,” balas Hana acuh tak acuh.Matanya kembali meneguk botol air pada tangannya.Cuaca dirasakan panas dan tekaknya kekeringan.
Arshad merenungnya seketika.“Hana,kenapa awak semakin menjauh daripada Acad?"
Sebelum Hana sempat menjawab, suara lain menyampuk dari belakang.
“Awak tak perlu persoalkannya.Saya rasa awak sendiri tahu jawapannya."
Mereka berpaling.Airil berdiri di situ sambil memasukkan tangan dalam saku seluar tracknya.Pandangannya tepat menusuk ke arah Arshad.Suasana jadi senyap hanya bunyi angin dan desiran daun yang menemani ketegangan itu.
Arshad menegakkan tubuhnya.Senyum kelat terukir dengan nada sindiran Airil.Dia buat-buat tidak mengerti mengerutkan dahinya."Maksudnya?"jawab Arshad ringkas sedangkan dia tahu apa maksud Airil.
Hana dan Shanaya yang sedang duduk terpinga-pinga memandang mereka berdua.
Airil melangkah dekat ke arah Arshad.Dia meletakkan tangan pada bahu Arshad."Awak nak cikgu fahamkan awak?Hhmm..Tapi bukan di sini.Kita perlukan tempat yang lebih privasi untuk sembang.Jom,"ajak Airil.
Shanaya dan Hana memandang silih berganti antara mereka berdua.Rasa tidak sedap mula singgah di hati.Bukan cuaca persekitaran saja yang panas ketika ini malahan jiwa masing-masing sedang bergelora.
****
Di atas meja,tersusun beberapa ketul durian crepe berwarna kuning pucat dalam bekas lutsinar.Isinya montok dan balutan crepe lembut itu tampak sungguh menyelerakan.Mereka yangmeminati durian,tentu tidak mampu menolak pencuci mulut itu.
Hana memandangnya sejenak.Wajah berkerut ragu-ragu.
“Nampak comel pula bentuknya," gumamnya sendiri.Tanpa berfikir panjang,dia mengambil seketul crepe dan terus menyumbatnya ke dalam mulut.
Belum sempat kunyahan sempurna, wajah Hana berubah dramatik.Berkerut seribu dahinya.Mata membulat manakala tekaknya terasa loya.Sepuluh saat kemudian,dia meluru ke singki dan memuntahkan semula isi durian crepe tadi.
“Ptuih! Ya Allah!"
Airil yang baru menapak ke dapur turut berasa bimbang.Dia terus mengusap belakang Hana."Tak sihat ke?"soal Airil.
Umi yang dari tadi sibuk mengemas pinggan pada rak di hanya menggeleng kepala.Begitulah reaksi anaknya setiap kali makan durian.
“Dah tahu tak suka makan durian, kenapa gatal sangat nak makan?”
Hana berkumur laju cuba menghilangkan rasa lekit dan bau durian yang seolah-olah melekat pada dinding tekaknya.
“Nampak kuning comel,Umi.Balut kecil-kecil macam kek Jepun,"rungut Hana dengan nada menyesal."Tapi kombinasi isi durian dan krim tu euwww.Muak.Macam manalah orang boleh makan.Rela beratur panjang-panjang nak membelinya."
Umi tergelak kecil."Ril,Hana ni memang dari kecil anti sangat dengan durian.Setiap kali makan durian,mesti keluarkan balik.Tekak dia memang tak boleh terima isi durian segar begitu.Yang peliknya,kalau buat sambal tempoyak dan ikan patin tempoyak,elok je dia tambah nasi.Selera je makannya."
Airil mengangguk faham.Baru dia tahu Hana tidak gemar rasa durian yang enaknya baginya.Patutlah,semasa pergi ke dusun durian dulu,Hana tidak teruja dengan buah durian yang gugur.Makan pun tidak.
“Tu lain,umi.Gas durian tu dah tak ada kalau buat tempoyak.Rasa pun lain," jawab Hana masih berkumur.
Airil tersenyum simpul menuju ke meja.Dia mencapai seketul crepe durian lalu dimasukkan sekaligus ke dalam mulut.
“Sedapnya,Ya Allah.Durian Musang King ni,rugilah siapa tak makan.”Airil menikmatinya.
Hana menjeling tajam.“Tak kisahlah musang ke tupai ke atau babi king sekalipun! Memang rasanya tak kena dengan tekak Hana."
Airil tergelak sambil menjilat jari perlahan.Begitu tidak suka isterinya terhadap durian.
“Tak kena sudah.Bagi abang semua. Jangan bazir.”Airil mengambil kesemua crepe durian tadi.Menghadap dia seorang kerana dia hantu durian.Sekali makan,dia boleh habiskan dua biji durian seorang diri.
Hana memeluk tubuh.“Makanlah banyak-banyak.Jangan bau tu lekat pada badan abang.Abang tidur luar malam ni kalau ada bau durian."
"Uishh,kejamnya!”Airil pura-pura terkejut.“Kerana bau durian,sanggup Hana nak halau abang tidur luar.Okay apa bau durian.Bau wangi eksotik gitu."Airil berseloroh.
“Eksotiklah sangat.Mulut bau durian, terus hilang macho.Tak romantik."Hana mencebik.
Airil ketawa kecil.“Tengok anak umi ni,kerana bau durian nak dihalau suaminya tidur luar,"Airil pura-pura mengadu buat umi tersengih.
"Umi malas nak layan korang.Habiskan ya,crepe durian ni,"ujar umi beredar meninggalkan Airil dan Hana.
"Malam ni,abang pakai perfume sekilo hilangan bau durian."
Hana menjeling manja.“Boleh dipertimbangkan,"
Airil sudah suap lagi seketul durian crepe ke mulut.
“Eh, banyak sangat tu!”
“Sikit je,sayang.Daripada tak ada orang makan,baik abang habiskan.Membazir tahu."
Mereka sama-sama tergelak. Di celah gurauan dan bau durian yang menusuk, kasih sayang itu tetap ada walaupun berbeza tekak dan cita rasa.
****
Hana tersengih-sengih duduk di sofa ruang tamu sambil menatap skrin telefonnya.Dari arah bilik Airil keluar.Dia tidak terus bertanya kenapa isterinya senyum seorang diri cuma melangkah mendekat dan duduk di sebelah Hana.
Dengan selamba,Hana menoleh dengan senyuman menghiasi wajahnya.Tanpa dipinta oleh Airil,Hana menghulurkan telefonnya.“Abang,tengok ni,” katanya sambil menunjukkan akaun Instagramnya.
Airil mengambil telefon itu.Bekerut dahinya melihat hantaran instagram Hana.Pada skrin,gambar Hana bersama Irwan di taman awam terpampang.
Hana membaca komen yang tertera dengan suara yang ceria.Dia tidak perasan wajah kelat suaminya di sebelah."Nah,Shanaya komen.Ini kerja kau ye. Btw,so sweet.Siap letak emoji love lagi.Haa,ni lagi satu..bagai pinang dibelah dua."Hana tergelak kecil membaca komen-komen itu.“Mereka ingat Irwan tu boyfriend Hana.Kelakar, kan?”
Airil menarik nafas panjang.Wajahnya bertukar serius.
“Tak kelakar,”katanya tegas.“Padam gambar tu.Tak sesuai untuk dipertontonkan kepada orang ramai.”
Hana menoleh perlahan cuba menegakkan benang yang basah.
“Kenapa pula?Bukan gambar tak senonoh pun,"balas Hana tiada sensitif akan perasaan suaminya.
Airil bangun,berdiri di hadapannya.
“Abang tak suka Hana muat naik gambar berdua dengan Irwan atau mana-mana lelaki dalam media sosial,"hambur Airil melepaskan perasaan.Sesungguhnya,hati Airil tidak senang Hana sewenang-wenangnya memuat naik foto berdua yang dianggap kurang manis bagi seorang isteri untuk tontonan khalayak ramai.
Hana turut bangun membalas renungan Airil.Matanya dibulatkan enggan mengaku kalah."Gambar macam tu pun nak marah?Bukan kami buat apa-apa pun.Duduk lepak saja.Itupun jauh-jauh jaraknya."Hana membidas.
“Gambar berdua macam tu boleh timbulkan fitnah,Hana,"tegas Airil.
“Fitnah apanya?Hana dan Irwan tak ada apa-apa hubungan.Sekadar ambil angin di taman awam dan berswafoto.Salah ke?"balas Hana.
Airil mengeraskan suara sedikit.
“Abang tak suka baca komen kawan-kawan Hana yang berteka-teki siapa lelaki tu,siap doakan kebahagiaan macam Hana masih single.Hana suka ke orang berspekulasi macam tu?”
Kali ini, Hana pula mendengus.
“Kuat jealous lah abang ni.”
“Bukan soal cemburu tetapi tentang batas seorang isteri,” Airil menatapnya lama mengingatkan Hana ialah isterinya.“Hana bukan bujang lagi.Hana isteri abang, jadi jaga adab.Tak manis post gambar lelaki lain berdua di media sosial.Orang yang tak tahu akan fikir bukan-bukan.Abang sebagai suami rasa Hana tak hormat status kita sebagai suami isteri,"luah Airil dengan nada yang keras.Airil bukan iri hati tetapi dia hanya ingin membetulkan tingkah Hana yang dirasakan kurang elok.
Hana mengerling tajam, bibirnya mencebik.“Abang ni… terlalu old school.Stres la.Itu tak boleh,ini tak boleh."Hana mengomel dengan jelingan.
Dia berpaling dan melangkah meninggalkan Airil di ruang tamu kerana tidak puas hati menerima teguran itu.
Sorry MJ lambat update ye.MJ sibuk sikit dan kurang sihat.Maaf buat you alls ternanti-nanti.
Share this novel
MJ next
tq mj
thanks updated mj