Bab 59

Romance Series 266345

Hana berjalan lesu.Langkahnya berat bagaikan seluruh badan memikul beban padahal hari itu dia tidak berlari langsung.Tugasnya hanya membantu guru rumah sukan menguruskan peserta dan menjadi pegawai teknik di bahagian lompat jauh untuk acara sukantara bagai mengumpul mata rumah sukan.Namun,mungkin terik matahari yang membahang membuat sendi-sendinya terasa lemah.

Selesai tugas pagi itu,Hana berjalan bersama Shanaya.Mulutnya jarang terbuka.Sepatah Shanaya bersuara, sepatah itulah yang Hana balas.Sudah dua hari,keceriaannya lenyap. Pertengkaran kecil dengan Airil tempoh hari benar-benar memadamkan sinar keriangannya.

“Kau nak ke mana jalan laju-laju ni?” soal Shanaya mengejar Hana.

“Nak ke khemah rumah sukan.Penat. Tekak pun dah haus.Panas betul, padahal baru pukul sepuluh,”jawab Hana malas.

Shanaya mengangguk lalu mengekori tanpa banyak soal.Dia tahu emosi Hana tidak menentu kebelakangan ini tetapi Hana tidak pernah bercerita sebabnya.

Mereka masuk ke dalam khemah rumah sukan.Dari khemah sebelah,kedengaran suara riuh ketawa beberapa orang pelajar perempuan tingkatan lima bercampur dengan suara lelaki.Suara itu tidak asing.

Airil.

Hati Hana seakan disiat mendengar.

“Cikgu,cantik tak buah nanas yang kami buat ni?Nak letak kat mana sesuai?” tanya salah seorang pelajar perempuan sambil menunjukkan maskot buah nanas yang mereka buat menggunakan bahan terbuang.Mereka sedang mendekorasi rumah sukan masing-masing.

Airil ketawa kecil."Buah nanas bentuk petak ke?Macam peti sejuk kuning saja saya tengok."Airil mengkritik.

“Belum siap sepenuhnya lagi,cikgu.Duri-duri nanas tak tampal lagi.Cikgu ni buta seni.Penat kami perah otak buat maskot ni,cikgu cakap peti sejuk,"kata seorang pelajar perempuan.

Azim yang berada di situ mencelah dengan lawaknya.Gelak tawa pun meledak lagi."Dah memang rupa peti sejuk,takkan nak kata macam nanas.Korang yang buta sebenarnya ni."

"Ala..cikgu.Tengoklah dah siap betul-betul nanti.Mesti lawa punya.Silap-silap rumah nanas juara hiasan rumah sukan dan perbarisan tahun ni."

"Hmmm...Cikgu nak tengok saja nanti rumah mana yang menang.Setakat peti sejuk ni,rasanya rumah anggur boleh lawan kot,"ejek Azim sengaja mengenakan pelajar-pelajar di situ.

"Cikgu Airil kan kreatif dan berseni.Tolonglah kami buat hiasan ni,"panggil seorang pelajar perempuan bersuara agak-agak manja yang terkawal.

Hana mengetap bibir.Sakit matanya melihat keriangan itu lebih-lebih lagi wajah Airil yang kelihatan tenang seolah-olah lupa langsung pertengkaran mereka.

Airil sempat menyedari kerlingan Hana dari dalam khemah.Namun dia memilih untuk tidak mengendahkan berpura-pura sibuk memberi idea kepada pelajar rumah sukannya membuat props.

Air muka Hana berubah.

“Hana, kenapa dua hari ni bad mood je?” bisik Shanaya perlahan yang risau dengan perubahan sahabatnya.

Namun Hana tiba-tiba menjawab kuat, tanpa peduli siapa mendengar."Otak aku serabut nak hadap orang tua tak seda diri."

Semua mata hampir berpaling. Airil jelas mendengar, tapi dia tetap berlagak tidak tahu.Dalam hati, dia sedar kata-kata itu ditujukan kepadanya. Namun bibirnya terkunci rapat.

Hana melangkah keluar dari khemah dengan wajah masam dan jiwa bergelora.

Airil sempat melirik hujung matanya mengikuti langkah Hana.Dadanya terasa berombak tapi egonya menahan daripada bergerak.

Azim menepuk bahunya,tersenyum nakal."Kenapa tu?"

Airil hanya mengangkat bahu."Entah."

****
Shanaya hampir termengah-mengah mengejar langkah Hana yang laju bagaikan orang sedang berperang dengan dunia."Hana!Weh,berhenti la sekejap!Aku dah nak semput ni.Apa benda yang kau nak kejar sangat?Kau jalan macam nak lari maraton apa hal?" rungut Shanaya sambil menepuk-nepuk dada.

Hana berhenti di tepi laluan.Wajahnya jelas masam mencuka jelas terpamer.Perasaan iri dan menyampah tidak dapat dibendung apabila Airil bersuka-ria dengan gadis-gadis tingkatan lima tadi.

“Apa hal kau ni?Asyik nak marah-marah je sejak tadi.Apa yang tak kena sebenarnya?”Shanaya menyambung, masih tercungap.Apakah yang mengganggu jiwa dan mental Hana sehingga seharian emosinya tidak reda-reda?

Hana menjeling,kemudian dia menghembus nafas panjang.“Aku panas hati,Sha.Tengok seseorang tu menggatal dengan perempuan lain depan mata aku.Boleh bergelak ketawa.Aku yang merajuk ni tak dipedulikan pun.Menyampah.Eee… sakit hati betul.”Hana menggenggam dua tangannya melepaskan geram.

Kemudian,tangannya mencapai daun pokok bunga raya di sisi.Satu persatu daun itu direntap kasar seolah-olah itu yang bersalah.

Shanaya terkebil cuba meneka.“Kau marah siapa ni?Acad ke?Bukannya kau cakap kau dah tak kisah pasal dia?Dah tiada apa-apa perasaan kepada dia?"

“Bukan Acad.Acad tu ikut dialah nak bermesra dengan mana-mana perempuan pun,” jawab Hana cepat
Nada suaranya sarat dengan geram. “Adalah seorang makhluk Tuhan yang tak sedar diri.Tau sakitkan hati orang je.”Hana berbasa-basi ingin meluahkan rasa dalam menyimpan rahsia.

Shanaya memegang pinggang dan berfikir.“Habis tu,siapa makhluk Tuhan tu?Cuba terus terang.Janganlah buat aku tertanya-tanya.Beritahu aku siapa makhluk Tuhan paling seksi tu?Kalau aku tahu siapa,senang aku nak luku kepala dia sebab berani-berani buat kawan aku jadi emo tak menentu macam ni.”

Hana diam.Matanya tanpa sedar masih melirik ke arah khemah rumah sukan kuning,tempat Airil dan pelajar-pelajarnya berada.Namun begitu,lidahnya kelu.Dia tidak tergamak mahu menyebut nama lelaki itu.Bimbang satu sekolah heboh tentang mereka.Cemburu dan sakit hati yang dirasai ketika ini terpaksa dipendam saja.

Shanaya mengangkat tangan tanda mengalah.“Ha,apabila aku tanya kau diam.Macam mana aku nak tolong? Sudahlah.Daripada aku layan kau macam ni, baik aku pergi makan dulu.Perut aku dah lapar ni."Shanaya mengusap-ngusap perutnya.

Hana hanya mencebik sambil meramas-ramas daun yang tinggal di tangannya.Hatinya tetap panas dan pedih.

****
Hana merebahkan tubuh di atas sofa. Badannya terasa longlai.Seharian dia tidak berehat.Dapat berbaring sekejap berasa sangat nikmat.Matanya menatap kaca televisyen namun fikirannya jauh melayang.Bayangan Airil di sekolah tadi masih segar di kepalanya.Suaminya sibuk melayan pelajar tingkatan lima seolah-olah dia tidak wujud di situ.Semakin difikir, semakin sesak dadanya.Cemburu mula menerjah jiwanya.

Lama-kelamaan,kelopak matanya semakin memberat.Hana akhirnya terlelap di situ juga tanpa dia sedar.Matanya terpejam sendiri.

Setengah jam kemudian,terasa bahunya digoncang perlahan.“Hana,bangun.Apa tidur atas sofa ni?Baju tak tukar,mandi pun tak.Haih..Bersihkan dulu diri tu.Dah solat belum?Dah nak masuk asar ni," bebel Umi sambil tersenyum kecil.

Hana mengeliat sedikit.Matanya masih mamai.Dia memisat-misat mata yang masih dalam posisi baring.Beberapa kali mulutnya menguap.

“Kenapa dengan Hana ni?Penat sangat gayanya.Dah macam orang kerja bina bangunan penatnya padahal pergi sekolah je pun,"tanya Umi yang duduk di hujung sofa.

“Sekolah pun penat,umi.Belajar penat otak.Sekarang musim sukan pula,lagilah bertambah letih.Siapalah yang rangka kurikulum kena belajar dan bersukan dalam satu masa?”rungut Hana perlahan.

Umi menarik nafas dalam-dalam.Dia tahu jadual harian anak agak padat menjelang peperiksaan beberapa bulan lagi."Berkorbanlah sikit.Umi faham Hana penat.Tak lama lagi nak STPM,kan? Sabar sikit,ya.Selepas habis periksa STPM,Hana akan merdeka.Hana boleh berbulan madu dengan Airil."Umi memujuk dalam usikan.

Hana terdiam.Kata-kata itu ada benarnya.Beberapa bulan saja lagi, segalanya akan berakhir tetapi tentang berbulan madu bersama Airil itu tidak pernah mereka fikirkan.Yang ada,Airil mencadangkan agar dia sambung belajar di IPT meskipun dia kurang bersetuju.

“Dah makan belum?”soal umi lagi.

Hana menggeleng perlahan.“Tak sempat makan,umi.Jamah mi goreng saja di kantin sekolah tadi.Itupun pukul 10.30 pagi tadi.Lapar juga ni."

“Hmm..Baguslah.Malam ni makan sini sajalah.Tak payah nak balik rumah masak lagi.Umi dah masak gulai lemak nanas ikan masin.Sedap tau.Ada sambal sotong.Beritahu Airil tu datang makan malam di sini."

Mata Hana terbuka sedikit.“Umi ajaklah sendiri.Hana malas nak balik lagi.Penat nak berjalan ke sebelah."Hana memberi alasan.

Umi mengangkat kening kerana hairan dengan reaksi itu.“Ni kan zaman moden,tak payah guna tenaga berjalan.Call jelah."

Hana pura-pura buat muka selamba. “Hmm..Telefon Hana ada di rumahlah.Kan Hana terus balik sini."

Pandangan Umi makin tajam."Macam-macam alasan kamu ni. Gaduh dengan Airil ke?”Umi meneka apabila melihat keganjilan Hana.

Hana cepat-cepat menggeleng untuk menutup konflik dia dan suaminya."Eh,tak adalah,umi!Hana dengan dia okey je.Penat je."

Umi tidak membalas.Dia hanya mengangguk perlahan.

Hana tersenyum hambar memeluk bantal sofa."Kejap lagi Hana call Abang Airil guna telefon umi,ya?"kata Hana.

****
Rumah itu sunyi sejak Airil menegur Hana dua hari lepas.Sejak itu,Hana enggan menyapa Airil.Entah mengapa teguran suaminya benar-benar mencalarkan hati.Airil pula langsung tidak cuba memujuknya membuatkan hati Hana bertambah sayu.

Hana berbaring kaku di atas katil merenung skrin telefon yang malap. Matanya yang layu ditahan agar tidak tertutup.Dia tidak mahu tidur.Dia hanya ternanti-nanti Airil masuk supaya perang yang terbuku dalam hatinya boleh bermula.Darahnya masih mendidih setiap kali teringat wajah Airil ketawa bersama pelajar-pelajar perempuan tingkatan lima itu pagi tadi.Mesra sangat.Hati isteri mana yang tidak membara.

Tidak lama kemudian,pintu bilik terbuka. Airil masuk tenang seakan tiada apa yang berlaku.Dia melangkah naik ke atas katil lalu merebahkan diri di sebelah Hana.Tanpa sepatah kata, matanya dipejamkan kerana matanya sudah layu.

Hana tidak tahan lagi.Dia menyindir suami di sebelahnya.“Lenalah abang tidur malam ni kan?Siang tadi kan dah seronok diapit oleh gadis-gadis muda,” sindirnya dengan nada keras.

Airil membuka mata menoleh ke arah isterinya.Dia tahu benar maksud kata-kata itu.Pagi tadi,dia perasaan Hana merajuk hati namun dibiarkan saja.“Apa yang Hana cakap ni?Abang tak buat apa-apa salah."

Hana duduk.Tubuhnya menegak. “Abang jangan ingat Hana buta. Bermesra dengan budak-budak form 5 tak ingat dunia.Sedar tak abang tu ada isteri bukannya bujang lagi.Cikgu Azim tu lainlah nak bermesra pun,dia masih single."

Airil menghela nafas panjang.Dia bangkit dari pembaringan lalu duduk bersila berdepan dengan isterinya."Sayang,janganlah tuduh abang yang bukan-bukan.Abang cuma sembang kosong dengan budak-budak tu.Tak ada pula abang bermain mata atau cakap perkara-perkara di luar batasan antara guru dan pelajar."Airil menjelaskan.

“Tak payah nak berdalih! Hana nampak sendiri.Ada seorang budak tu tak berkelip pandang abang.Suka sangatlah tu ditenung macam tu oleh perempuan.Yang perempuan pun tak tahu nak jaga pandangan mata.Asyik tenung suami orang.Hana ingat abang ni berbeza daripada lelaki lain tetapi sama saja.Melayan dan gatal juga."Hana tidak berhenti menuduh suaminya.

Airil mengusap wajahnya mula terasa rimas."Boleh tak Hana jangan merepek malam-malam macam ni?Jangan cari punca untuk bertekak."

Kata-kata itu makin menguatkan amarah Hana.“Oh,abang boleh pula bermesra dengan mana-mana perempuan macam pagi tadi!Tapi Hana…Hana up gambar dengan Wan kat IG pun abang marah.Abang marah Hana tapi abang tak cermin dulu diri abang sendiri tu."Hana mengungkit hal gambar IG yang dimuat naik.Dia masih tidak berpuas hati dengan teguran keras Airil.

“Ya Allah,Hana mengucaplah.”Nada Airil sudah meninggi.“Situasinya tidak sama. Abang tegur sebab benda Hana buat benda-benda yang boleh menimbulkan fitnah dan kata-kata orang.Abang yang baca komen kawan-kawan Hana rasa sakit hati.Hana galak membaca komen-komen begitu.Mana Hana letak darjat abang sebagai suami?Susah sangat ke Hana nak faham teguran dan nasihat abang?"

Hana menjegilkan matanya.Air matanya hampir menitis.“Ya, kan?Mentang-mentanglah abang lebih tua daripada Hana,abang semuanya betul. Kalau Hana,semuanya salah.”

Airil menghela nafas berat sudah hilang sabar.Apa yang tidak dengan isterinya? “Hana nak abang cakap apa lagi?Abang malas nak bertekak malam-malam begini.”

Dia capai bantal lalu bangun meninggalkan bilik tanpa menoleh.

Tinggallah Hana sendirian.Hatinya masih sarat dengan luka, masih tidak faham dengan alasan suaminya. Perlahan-lahan,air mata jatuh juga di pipinya.Dalam sunyi itu, dia menangis seorang diri.

Okay..Hana merajuk dan saja cari pasal.hehehe..Tahu pun cemburu.Ingat Airil tak cemburu.hahah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience