"Macam mana?Sedap tak saya masak?"soal Hana menanti jawapan menggembirakan daripada Airil.
"Hmm...Not bad tapi daging liat sikit.Kurang masin kalau makan dengan nasi."Jujur Airil memberi komen berdasarkan deria rasanya.Airil akui masakan Hana semakin meningkat prestasinya hari demi hari.Masak lemak cili padi daging salai air tangan Hana agak menyelerakan Airil.
"Okaylah kan?Abang makan menambah ni kira menjadilah kan?Tak sia-sia saya video call Wan."
Airil mengerutkan dahinya."Wan?"
"Irwan..Adik angkat abang,bapa saudara anak abang,anak angkat ibu abang."Berkait-kait hubungan kekeluargaan antara Irwan dan Airil yang disebut Hana agar suaminya tidak tersalah orang.
"Awak selalu berhubung ke dengan Wan?"
"Selalu juga.Whatsapp bertanya khabar,share macam-macam cerita and dia selalu kongsi resepi."Hana bercerita.
"Amboi,dah pandai berwhatsapp dengan Wan sekarang!Acad awak dah lupa ke?"Airil mengungkit perihal Arshad.
"Acad?Abang..Kami dah lama putus dan tak ada apa-apa hubungan lagi."Hana menafikan hubungan mereka.Cerita cinta antara dia dan Arshad telah lama terkubur.
"Putus?Hai..Semalam baru nampak duduk satu meja ketawa bergembira lagi.Macam tu kata putus?"Airil serkap jarang.Sakit juga matanya melihat kemesraan Hana dan Arshad di dalam perpustakaan semalam.Tidak seperti orang putus cinta pun cara mereka berdua berteman.
"Kalau dah putus,memang kena bermasam muka dan bergaduh ke?Memang tak boleh berdamai dengan takdir?Orang hulurkan pendamaian,kita sambut dengan hati yang terbuka.Saya tak nak gaduh lama-lama kerana hal remeh itu.Tak salah jadi kawan kan?"
"Hmmm...Mustahil kasih tak akan bertaut kembali.Saya tengok Acad pandang awak pun saya tahu yang masih ada perasaan cinta dalam mata dia."Airil sedikit cemburu.
"For sure,hati Hana tak akan bertaut kembali kepada Acad kerana hati ini telah dimiliki oleh suami saya yang kacak ini.Datanglah sepuluh orang jejaka kacak di hadapan,Hana tetap pilih abang."Hana lagi pandai menyusun kata-kata cinta berbanding guru Sastera.Airil diam membeku.Hana benar-benar jatuh cinta kepadanya atau sekadar main-main.Bukan serius pun budak sewel seorang ini.
****
"Airil..Marilah singgah sembang dengan babah dulu,"ajak babah yang nampak Airil baru selesai joging mundar-mandir di hadapan rumah.Lama menantunya itu tidak menjejakkan kaki ke teratak sederhananya itu dek kerana salah faham isterinya yang bengis tidak bertempat.
Airil tidak membantah malahan akur dengan ajakan bapa mentuanya.Begitulah kehidupannya dahulu sebelum dia menjadi menantu keluarga Rahman.Usai berjoging,pasti babah akan mempelawanya menyembang di halaman rumahnya.Setelah menikahi Hana dan ditambah dengan perangai ibu mentuanya yang tidak habis-habis salahkannya,dia kurang berborak dengan bapa mentuanya.
"Ada apa babah?"
"Saja nak ajak bersembang.Dah lama babah tak borak-borak kosong dengan Airil.Marilah minum kopi o dulu,"pelawa babah.Babah menuangkan air kopi ke dalam cawan yang telah tersedia di hadapannya.
"Haaa..Ada pun menantu kesayangan.Baru nampak muka datang menjenguk bapa mentua.Siap kena tuangkan air lagi tu,"sindir Hanif yang baru sampai.Wajah benci jelas terpapar pada raut Hanif.Meluap-luap kebencian ketika keluar saja pintu rumah,ternampak Airil dan babahnya bermesra.
Babah menjeling garang."Kamu ni dah kenapa,Anep?Babah yang ajak Airil sembang di sini.Kamu tu kalau tak ada benda baik nak cakap,baik kunci saja daripada berkata-kata.Macamlah kau tu baik sangat nak sindir-sindir orang,"bidas babah bagai peluru berpandu.
"Anep tak fahamlah.Kenapalah babah suka sangat bela Si Airil ni?Dia menantu je,bukan anak babah pun.Anep rasa babah dan Hana sudah dibomohkan."Hanif enggan mengalah berbalas mulut dengan babahnya.
"Kau tu yang patut babah hantar ke pusat serenti atau lokap.Kau ingat babah tak tahu apa yang kau buat kat luar sana?Susah nak nasihat kepada orang macam kau ni,Anep.Otak dah rosak dek makan benda haram tu,cakap apa pun kau tak dengar."Babah semakin jujur meluahkan isi yang terbuku dalam hatinya selama ini.Dia tahu yang Hanif mengambil bahan-bahan terlarang tetapi isterinya sukar mempercayainya.Jika tidak kerana benda itu,anaknya tidak akan sanggup melakukan kerja terkutuk kepada adik sendiri.
Airil diam tidak mencampuri perbalahan ini meskipun hatinya teringin sekali membalas segala kata-kata Hanif.Meleret-leret pula pergaduhan mereka disebabkan kehadiran dirinya di situ.Niatnya untuk menyantuni bapa mentua yang mempelawanya masuk tetapi lain jadinya..Sebaiknya dia meminta diri daripada berlaku pergaduhan yang lebih serius."Tak mengapalah,babah.Babah jangan marah.Airil balik dulu,"pinta Airil.
****
"Aku nak kau gugurkan kandungan tu.Kau nak simpan budak dalam perut kau tu buat apa?Nak tambahkan beban ke?"tengking Hanif kepada Sofi yang teresak-esak menangis di bucu katil.Kedua-dua bahu Sofi dipegang.Gadis muda itu berlinangan air mata diam seribu bahasa apabila ditengking begitu.
"Menangislah yang kau tahu sekarang.Kau nak suruh aku buat apa!Aku suruh kau makan ubat buang budak tu kau tak nak!"marah Hanif lagi dengan kedegilan Sofi yang enggan memakan ubat gugurkan kandungan.
"Ini kali ketiga aku gugurkan anak kau.Doktor kata kalau aku gugurkan kandungan kali ini,aku bakal kehilangan nyawa.Kau nak suruh aku mampus ke?"balas Sofi dalam kebingungan.Kenikmatan sementara bertukar menjadi mimpi ngeri apatah lagi melibatkan nyawanya sendiri.Dia bukan kisahkan bayi yang tidak berbapa dalam rahimnya tetapi nyawanya yang berada di hujung tanduk jika dia membuang mahkluk itu.
Arrgghhhhh...Hanif menggeram."Aku kusutlah dengan kau ni.Kau nak bela budak tu kau bela.Aku tak nak bertanggungjawab.Kau perempuan jalang.Entah berapa orang jantan yang dah sondol kau,kau nak suruh aku sorang bertanggungjawab,"tuduh Hanif menyentap jiwa Sofi.Terlalu keji tuduhan yang dilontarkan oleh Hanif terhadapnya.
Sofi menahan Hanif daripada keluar daripada bilik hotel murah itu."Aku tak pernah tidur dengan sesiapa melainkan kau,Anep.Kau pun tahu kau seorang saja lelaki yang menjamah tubuh badan aku.Jangan lari daripada tanggungjawab."
"Betina murah macam kau ni jangan nak sembang lebatlah.Depan aku kau bolehlah cakap tidur dengan aku seorang.Belakang aku?Aku tahu ke kalau-kalau kau mengangkang depan lelaki lain?Jangan nak acah-acah terpaling suci dan setia lagi-lagi minah gian macam kau.Entah jantan mana yang rembat kau masa kau tengah berkhayal,lagi nak sembang tentang kesetiaan.Puiiii..."herdik Hanif tanpa belas kasihan terhadap Sofi.Mulutnya cakap lepas saja tanpa memikirkan keadaan Sofi tertekan.
Sofi berdiri di hadapan Hanif."Sejahat-jahat aku,aku tak pernah menjual tubuh badan aku ke mana-mana lelaki selain kau.Aku yakin anak dalam kandungan aku ini anak kau.Untuk pengetahuan kau,aku dah bagitahu Hana yang kau berjanji nak kahwin dengan aku tak lama lagi.Jangan sampai aku beritahu Hana dan keluarga kau yang kau dah buntingkan aku dan tak nak bertanggungjawab,"ugut Sofi.Itu saja jalan yang ada untuk tundukkan keangkuhan Hanif.
Berubah wajah Hanif apabila nama keluarganya terkait."Hana tahu kau mengandung?"soal Hanif lembut.Mendengar nama keluarganya,kesombongannya tadi kian luntur.
Sofi menggeleng."Dia tak tahu dan akan tahu kalau kau tak nak terima baby ni.Aku akan bongkar satu persatu kejahatan kau kepada keluarga kau dan semua orang kalau kau permainkan perasaan aku."Sofi tidak mahu mengalah.Hanif tidak boleh diberi muka.
Setelah mendengar ugutan itu,Hanif berlagak tenang kembali demi menutup mulut Sofi."Sofi,aku minta maaf.Aku tunaikan janji aku untuk kahwin dengan kau,"pujuk Hanif menarik Sofi ke dalam dakapannya namun ditepis.
Sofi menolak tubuh Hanif."Janji?Bila?Kau nak tunggu perut aku memboyot ke baru kau nak tunaikan janji kau?"Sofi membidas.Hidupnya tidak keruan sejak anak itu hadir di dalam rahimnya.Alahan yang dialaminya cukup melemahkan seluruh tubuh badannya.
"Aku janji nanti aku akan settlekan hal kita.Kau tu sekolah lagi,takkan mak bapak kau nak bagi kau kahwin."
"Mak bapak aku bagi ke tak,dorang memang terpaksa terima.Takkan dorang nak biarkan anak ni membesar tanpa bapak pula."
****
Di ruang tamu pada malam yang sunyi, Hana dan Airil duduk di sofa. Hana memilih sebuah filem komedi aksi untuk ditonton.Malam minggu,tidak mengapalah dia layan movie sehingga lewat malam.Airil pun tidak menunjukkan tanda mengantuk atau hendak tidur.Matanya tertumpu pada skrin televisyen yang filemnya dipilih oleh Hana.
"Abang,saya rasa filem ni macam best.Tengok movie ni saja ya?"pinta Hana memohon kebenaran.Manalah tahu suaminya itu hendak menonton filem lain,dia akan serahkan alat kawalan kepada Airil untuk memilihnya.
Tanpa banyak kata,Airil hanya mengangguk sedikit dan menatap skrin.Dia tidak menunjukkan minat atau reaksi yang jelas tetapi matanya fokus untuk sama-sama menikmati filem tersebut.Matanya masih segar kerana minum secawan kopi.Jadi,layan saja filem yang dipilih oleh Hana.
Filem dimulakan dan mereka menonton dalam diam. Hana kelihatan terhibur, tertawa kecil dengan beberapa babak lucu. Namun,Airil tidak banyak bercakap. Wajahnya kelihatan membeku tetapi dalam hatinya dia mula gelisah apabila filem itu memasuki satu babak yang tidak dijangka.Tiba-tiba, adegan dewasa muncul pada skrin membuatkan suasana menjadi sangat canggung.Setelah beberapa saat,babak itu masih bermain di kaca televisyen,Airil canggung dan segan.
Hana di sebelah dipandang Aril.Hana selamba menonton seperti tiada perasaan malahan menikmati pula.'Tak reti malu ke budak ni?'
Segera dia mengambil alat kawalan jauh di sebelah Hana lalu dialihkan siaran itu.
Hana menoleh ke arah suaminya yang duduk di sebelah."Apa ni,abang?Saya nak tengok cerita ni."Hana cuba merebut alat kawalan jauh pada tangan Airil tetapi dipegang erat.
Hah...Hana merajuk memuncungkan bibirnya.Mukanya masam mencuka menyilangkan kedua-dua tangannya."Saja je nak kacau orang.Abang masuk dalam biliklah,"Hana menolak-nolak lengan suaminya.
"Hana...Filem 18 SX tu.Tak sesuailah awak tengok.Awak tu budak lagi,"jelas Airil.
"Excuse me.Budak?Saya dah lebih 18 tahun?Setakat adegan seminit dua tu pun nak berkira.Bukan rasa apa-apa pun."
"Awak tak malu ke tengok?"
"Nak malu apa?Hana tengok je bukan Hana yang berlakon dalam tu."
"Hana..Hana..Susah cakap dengan awak ni.Suka sangat tengok benda-benda tak senonoh macam tu.Patutlah perangai awak gatal pelik sejak akhir-akhir ni,"usik Airil mengenangkan perangai gatal Hana yang tidak semenggah itu tetapi malam itu Hana agak serius.
Hana menghadap merenung mata Airil.Wajahnya serius."Abang,Hana ni stres tau tak?Hari-hari menghadap buku dan laptop.Stres..Malam ni Hana nak healing sekejap layan movie pun tak boleh."Hana merungut.Memang kehidupannya agak memenatkan belajar sepanjang minggu.Banyak tugasan yang perlu dia selesaikan sebelum cuti penggal bermula seminggu lagi.
Airil menggeleng."Bukan tak boleh tapi layan cerita yang membina dan banyak pengajaran.Barulah sel-sel otak awak tu berhubung."Suka pula dia melihat gelagat comel isterinya membebel.
"Hana ni nak healing.Nak hilang stres dan enjoy.Malas nak fikir moral of the whole story.Kalau nak tengok cerita penuh nilai pengajaran,baik saya layan Upin Ipin,"tambah Hana lagi.Memang dia hendak melepaskan stres tetapi Airil yang tidak faham.
"Haa...Itu cerita yang terbaik untuk awak."Airil mentertawakan Hana.Biasa Hana mengusiknya tetapi malam itu isterinya tenang-tenang saja.Serius.Kenapalah dia rasa rindu diusik?
Hana mengeluh.Jarang-jarang suaminya ketawa ketika mereka berdua."Abang ingat saya ni budak-budak ke?"
Airil mencebik."Hmm...Memang budak-budak pun."
Sekali lagi Hana membeliakkan matanya.Memang dari dulu hingga kini,Airil tetap menganggapnya seperti anak kecil."Abang selalu cakap Hana macam budak-budak.Abang tak belajar Sains ke?Hana ni dah 19 tahun,dah dewasa.Dah boleh mengandung dan beranak tahu tak?Kalau Hana ni budak,abang tu apa?Orang tua kerepot tak sedar diri.Entah-entah kelakian abang tu dah expired dan layu."Hana mengomel panjang tanpa sedar apa yang dikatakan.Menyampah asyik dianggap budak-budak oleh Airil disebabkan umur mereka yang agak jauh jaraknya.
"Expired?Layu?Nak cuba?Jom ikut saya masuk bilik.Periksa sendiri,"ajak Airil spontan sambil memegang tangan Hana.Stres sangat Hana ini sampai dia tidak sedar apa yang dia katakan tetapi mencuit hati Airil.
Hana tergamam.Tercengang sekejap."Haaa.."
Okay..Airil makin jinak sikit.hehehe..
Share this novel
hai author bila next update?
Ms j biasa update hari apa?
nak lagi author