Bab 1 : Pengenalan

Romance Series 139977

Terketar-ketar tangan Hana Qaisara mengeluarkan buku tulis apabila diminta Airil Safuan iaitu guru subjek Kesusasteraan Melayu.Bagaimana jantungnya tidak berdebar,tugasan yang diberikan oleh Airil tidak sempat disiapkan.Airil memegang pembaris kayu panjang menanti reaksi Hana.Sebenarnya dia dapat meneka yang Hana tidak menyiapkan tugasan.Reaksi cuak pada wajah Hana sangat terserlah.Tambahan pula,dia seorang saja pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah dalam kelas itu.Mahu tak gentar dibuatnya.Malu satu hal.

Dengan pergerakan perlahan,Hana menyelak bukunya dan ternyata hanya sebahagian saja yang ditulis.Airil merenung tajam.Hana menunduk.Dia tahu dia bakal dimarah atau didenda oleh Airil.

"Boleh jelaskan?"tanya Airil sambil mengangkat buku tulis Hana tanpa menyoal panjang.Anak muridnya itu jarang-jarang sekali tidak menyiapkan kerja sekolah.Mungkin Hana ada alasanya tersendiri.Airil menanti jawapan Hana sebelum bertindak.Menghukum pelajar tanpa selidik bukan satu tindakan yang bijak.

"Err...Saayaa...tak ingat,cikgu."Takut-takut Hana menjawab.Jawapan klise yang diberikan oleh kebanyakan pelajar.Sebenarnya,terlalu lama dia bergayut dengan Nik Arshad semalam sehingga matanya tidak dapat menahan rasa mengantuk lagi
Dia berusaha menyiapkan latihan tersebut namun dia tersungkur jua.

Airil mendengus."Apa yang awak ingat,Hana Qaisara?"

"Dia ingat Acad kelas sebelah,cikgu,"sampuk Sofi mengenakan Hana.Hana hanya mampu memberi jelingan maut kepada Sofi.Riuh sekelas mendengar hal itu kerana tiada siapa yang tahu tentang Hana dan Arshad.Ada yang tergamam.Ada yang berbisik sesama sendiri.Gara-gara Sofi terserempak dengan mereka ketika bertemu di KFC minggu lepas,habis dikecohkan di dalam kelas.Hana pasrah dengan gosip itu walaupun hatinya tidak rela.

Airil menggelengkan kepala.Anak muda sekarang sibuk ingin bercinta daripada belajar."Saya malas nak cakap panjang.Petang ni saya jumpa mak ayah awak,"kata Airil dengan tegas.Mendenda tidak tergamak,pelajar-pelajarnya bukannya budak kecil lagi.Semuanya telah mencapai umur dewasa.Dia kembali ke meja dan menyambung pengajaran.Hana pula panas punggung apabila gurunya mengugut ingin berjumpa ibu bapanya.'Habislah kena bebel dengan babah dan umi.'

****
"Hana,betul ke gosip kau dengan Acad tu?"Termengah-mengah Shanaya bertanya kerana mengejar langkah laju Hana.Mereka berjalan beriringan ke parkir motorsikal pelajar.

Hana mengerling.'Aaaahh...Ini semua kerjaan Si Mulut Tempayan Sofi.'Hana agak bengang ditambah pula dengan ugutan Airil yang ingin bertemu ibu bapanya nanti.

"Aku kawan sajalah dengan Acad.Si Sofi tu kau faham-fahamlah perangai dia,suka menyebarkan khabar yang tak sahih tentang aku."Hana menafikan gosip Sofi sampaikan dalam kelas lain.Sememangnya hubungan dia dan Sofi dingin kerana Sofi selalu ingin menjatuhkan dia.Apa masalah Sofi pun dia tidak tahu.

"Dengan aku pun kau nak rahsia-rahsia.Come on,Hana.Kata aku bff kau."Shanaya gadis berbangsa India mendesak Hana.Sejak dari tingkatan satu,mereka berkawan baik.Hana menghadiahkan senyuman manis dan berjalan tanpa hiraukan pertanyaan sahabatnya itu.

Shanaya menarik beg galas Hana menyebabkan langkah Hana terhenti.Ada-ada saja perangai sahabat baiknya itu."Daripada senyuman kau,aku dapat rasakan yang itu bukan gosip.Memang kau in love dengan Acad kan?"Shanaya tidak putus asa bertanya.

Hana berhenti."Kalau ya,kenapa?"

"Kalau ya pun nak bercakap soal cinta tunggulah habis sekolah dulu.Lagi satu,nak meluahkan rasa cinta bukan kat tengah-tengah jalan ni.Ingat orang belakang ada nak lalu.Dah lah jalan terkedek-kedek."Airil menyampuk dengan wajah yang serius ditambah dengan sedikit bebelan.Dua orang pelajar itu menghalang laluannya dan terpaksalah dia mendengar kisah cinta monyet Hana.

Shanaya dan Hana tergamam.Pipi putih Hana mula merona merah.'Mampus aku.Kantoi lagi.'Mereka ke tepi memberi laluan kepada Airil berlalu membawa buku-buku pengajarannya.

Apabila susuk Airil menjauh,Hana menepuk dahinya.Cuak habis."Matilah aku,Sha.Cikgu dah dengar.Janganlah dia jadikan bahan masa jumpa babah dengan umi aku nanti.Gelap masa depan aku,"Hana gelisah.Seperti yang Airil janjikan,dia akan bertemu dengan babah dan uminya.Lagikan pula,Airil jiran baik mereka dan tinggal di rumah bersebelahan.Memang mendapatlah aku nanti.

"Cikgu!!"Hana memanggil.Airil berhenti tanpa berpaling.Dia menanti Hana mendekatinya.

Hana berdiri hadapan Airil mengawal perasaan takut.Dia menelan air liurnya sebelum berkata."Errr...Cikgu jangan beritahu babah dengan umi saya pasal ni ya?"pintaku dengan muka kasihan.Airil mengerling tidak mengendahkan permintaan Hana.Dia terus beredar tanpa sepatah kata.Hana terkebil-kebil dan dia mula reda dengan apa yang akan berlaku pada petang nanti.Mereka menapak ke tempat parkir motosikal.

Hana tidak bersemangat untuk pulang ke rumah.Aturan langkah kakinya lemah walaupun sudah tiba di parkir motorsikal.Dia yakin gurunya tidak bergurau tentang hal di kelas tadi.Berbagai-bagai situasi akan berlaku jika babah dan uminya tahu.

****
"Abang Anep ni dah kenapa?"marah Hana ketikan abangnya,Hanif menepuk punggungnya ketika dia mencuci tangan di singki dapur.Dia tidak selesa dengan kelakuan abangnya itu seolah-olah mengambil kesempatan ke atas dirinya.Pantang ada peluang,Hanif selalu mencuba menyentuh bahagian-bahagian tubuhnya.

Hanif ketawa memandang adik perempuannya."Alaa..abang gurau sikit pun nak marah,"kata Hanif tanpa rasa bersalah.

Hana mendengus kasar."Adik tak suka abang gurau macam ni.Adik tak selesa."Hana meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan perbuatan Hanif.

"Eleh..Kedekut.Bukan luak pun,dik.Kita adik-beradik,tak haram pun abang sentuh adik sendiri."

Jawapan Hanif buat Hana naik angin.Abangnya menggunakan hukum tidak kena pada tempat.Dia masih teringat ceramah "Gangguan Seksual" yang pernah didengar di sekolah tentang ganggual seksual dalam kalangan ahli keluarga.Apa yang dialami seperti yang didengar dalam ceramah tersebut tetapi dia sangsi.Mungkin abangnya benar-benar bergurau atau berniat tidak elok.

"Adik sendiri pun berpada-padalah.Adik tak sukalah abang buat macam tu."

"Apa kecoh-kecoh kamu berdua ni?"sampuk Hayati yang muncul di ruangan dapur itu.

"Biasalah,umi.Adik tu cengeng sangat.Tak boleh nak bergurau langsung,asyik nak marah-marah je."Hanif menuding kesalahan kepada Hana tanpa rasa bersalah.Hana menjegilkan matanya.

"Memanglah marah,abang gurau tak bertempat."

"Sudahlah,jangan bergaduh.Kamu berdua ni macam anjing dengan kucing,asyik nak bergaduh saja.Yang kau ni,dah tau adik tu cengeng nak juga kacau."Hayati menasihati Hanif.

"Tak boleh,umi.Anep geram tengok adik."Hanif ketawa.

Menyirap darah Hana mendengar kata Hanif.Hana menarik muka masam.Ada maksud tersirat di sebalik kata dan tawa Hanif.Bagi Hana,ia sungguh menjijikkan.

"Cukup,Anep.Jangan dikacau adik tu lagi...Hana tolong umi hidang makanan.Dah jadi anak dara ni,jangan berat tulang membantu kat dapur ni."Hayati membebel kepada anak daranya yang liat masuk dapur.

"Yalah,Hana nak tolonglah ni."

****
Hana menatang dulang yang berisi air teh panas dan biskut kering.Umi dan babahnya sedang menanti di ruang tamu.Hanif sekali lagi mengacau Hana dengan mengusap belakang Hana."Tangan tu kalau tak duduk diam tak boleh ke?"marah aku.

Hanif ketawa dan berlalu menyertai umi dan babah di ruang tamu.Masam mencuka muka Hana.Hanif memang melampau baginya.

"Haaa...inilah anak dara zaman sekarang suruh buat kerja sikit tarik muka masam,"Hayati membebel apabila Hana muncul dengan muka masam.Sebenarnya,dia berang dengan abangnya,Hanif.Hana menghidangkan air kepada kedua orang tuanya.Dia tidak membela diri.Satu demi satu cawan dihulurkan kepada umi dan babahnya kecuali Hanif.

Hana duduk bersimpuh di atas lantai berhampiran meja kecil itu usai menghidang air.Dia lebih rela duduk di atas lantai berbanding di sebelah abangnya.

"Dik,air abang tak ada ke?"tanya Hanif tersenyum nakal kepada Hana.

Hana mengerling."Ada tangan kan?Ambillah sendiri.Buat benda lain boleh pula.Takkan nak ambil air sendiri pun tak boleh."Hana malas melayan.Entah mengapa dia tidak suka dengan sikap abangnya.

"Alaa...Hana kan ada.Tolonglah ambilkan untuk abang,"pujuk Hanif.

Tiba-tiba babah yang berdiam dari tadi mencelah."Yang kamu ni Anep,tak boleh ambil sendiri ke air tu?Bukan susah sangat pun."Rahman menegur.Hanif berdiam lalu mengambil secawan teh yang telah tersedia oleh Hana.

"Haaa...Hana,babah ada hal nak cakap dengan kamu ni."Babah memulakan bicara.Hana memandang babah.'Ni mesti babah nak cakap pasal Cikgu Airil.Habislah aku.'

Sekembalinya dari kelas tambahan petang tadi,Hana terserempak dengan Airil sedang berbual.Namun,dia tidak masuk campur malah terus masuk ke rumah tetapi dia tahu apa yang dibualkan oleh babah dan Airil.

"Ya,babah."Mahu ataupun tidak,Hana terpaksa reda.Tiada garis senyuman pada wajah babah.Waktu ini,dia teringin hendak lari masuk ke dalam bilik.

"Babah dapat aduan daripada Cikgu Airil yang Hana tak siapkan tugasan yang diberi.Kenapa?"tanya abang dengan nada serius.

"Hmmm...Bukan Hana tak nak siapkan,bah tapi semalam Hana mengantuk sangat.Tengah-tengah buat Hana terlelap."

"Habis tu,sebelum tidur semalam Hana buat apa?Abang dengar macam ada suara orang berbual.Hana cakap dengan siapa?"

Hana terpana sekejap.Dia tidak tahu apa yang harus diberitahu kepada babahnya.Hal yang sebenar dia berbual dengan Nik Arshad.Baru 2 bulan dia menjalinkan hubungan cinta dengan Nik Arshad.

"Eerrr....Shanaya,bah."Hana terpaksa berbohong.Jika bercerita perkara sebenar,habislah babahnya marah.'Maafkan aku,Sha terpaksa heret kau."

Babah ketika itu mengeluh kasar."Lepas ni,babah hadkan panggilan telefon setakat 10 malam saja.Andai kata babah dengar lagi Hana berbual dengan telefon tengah-tengah malam,babah rampas telefon Hana,"kata Rahman dengan tegas.Sejak akhir-akhir ini,dia sendiri perasaan Hana berubah sikap.Selalu balik lambat,senyum sendiri dan telefon asyik di tangan.

Hana mengangguk faham.Dia tidak berani mengingkari arahan babahnya."Baiklah,babah."

"Lagi satu babah nak pesan,tahun ni Hana nak ambil STPM.Belajarlah betul-betul.Jangan buat sambil lewa.Dah kena bersedia dari sekarang."Rahman mengingatkan Hana tentang peperiksaan yang bakal dihadapinya hujung tahun nanti.Hana dalam kategori pelajar yang cemerlang juga dan dia tidak mahu prestasi Hana merudum kerana kealpaannya sendiri.

"Hana minta maaf,babah.Hana janji lepas ni Hana tak buat lagi."

"Alaaa...budak-budak biasalah tu.Janganlah ambil kisah dengan apa yang Cikgu Airil tu cakap.Baru sekali ni saja Hana tak siap kerja sekolah bukan selalu.Cikgu tu tak ada modallah tu nak cari salah Hana."Umi mencelah.Umi memang suka membebel tetapi dia selalu menyebelahi anak-anaknya.

"Yati,masa mula-mula ni nak tegur perangai buruk anak.Nanti bila dah sebati dalam diri budak perangai tak baik tu,susah dah kita nak tegur,"jawab babah.

****
"Hana tak pergi makan ke?"Perlahan nada Arshad bertanya.

"Taklah.Hana teman Sha bertugas hari ni.Lagipun,Hana sarapan banyak pagi tadi.Tak ada rasa lapar pun."Hana berkata sambil membelek buku rujukan Pengajian Am di rak.

"Hmmm...Acad tak pergi makan?"

"Acad sanggup kelaparan daripada tak tengok Hana."

Ucapan Arshad melebarkan senyuman Hana.Berbunga-bunga hati Si Gadis diberi ayat-ayat manis oleh Si Jejaka Idaman yang dipuja sejak dulu.Cinta pertama Hana sejak dari tingkatan 4 lagi.Bibit-bibit percintaan antara mereka berputik apabila mereka menyertai satu kem motivasi yang menjodohkan mereka dalam satu kumpulan semasa di tingkatan enam rendah.Sejak itu,mereka mula rapat dan saling berhubung melalui telefon.Pucuk dicita ulam mendatang,Hana dilamar menjadi kekasih Nik Arshad setelah beberapa bulan berkawan.Perasaan yang terpendam tidak bertepuk sebelah tangan apabila rasa cinta itu disambut oleh Arshad.

"Hana,Acad nak tanya sikit boleh?"tanya Arshad.Lorong-lorong rak buku perpustakaan menjadi tempat perbualan mereka.

"Tanyalah."

"Kenapa sebelum ni Hana tak ada boyfriend?"

Hana Qaisara mengukirkan senyuman."Sebab babah dengan umi tegas orangnya tak bagi Hana bercinta masa sekolah.Acad pula,kenapa tak ada girlfriend?"

"Sebab babah dengan umi Haha tegas.Macam mana Acad nak dapat girlfriend?"Mereka sama-sama melepaskan tawa kecil.

Hana tersipu-sipu."Pandai Acad melawak ya."

"Betullah.Lama dah Acad nak dekat dengan Hana tapi tulah Hana macam sombong sangat.Dah kenal Hana baru Acad tahu Hana ni peramah orangnya.Boleh tahan gila-gila,"ujar Arshad.Impiannya untuk menjadi kekasih Hana telah tercapai.Sekian lama dia menaruh perasaan kepada Hana,gadis kelas sebelah.Hana kelihatan agak garang pada pandangannya menyebabkan dia takut untuk menegur gadis itu sebelum ini.

"Mana ada Hana sombong.Hana bercakap dengan orang yang Hana kenal dan rapat dengan Hana saja.Lagipun,Hana malu nak tegur Acad.Acad kan handsome,jadi rebutan gadis-gadis dan glamor pula tu.Kat sekolah semua orang kenal Acad."

"Hisssh...Mana ada jadi rebutan gadis-gadis.Hana memang suka tambah cerita."Arshad menafikan telahan Hana.Hana tersenyum menutup mukanya dengan buku.

Shanaya tiba-tiba muncul di belakang mereka."Hoii...Dahlah bercintanya.Cikgu Airil baru masuk tu.Ada kat kaunter tu.Baik korang berpecah sekarang sebelum dia nampak."Shanaya memberitahu keberadaan Airil.

"Seriuslah?"Hana terjenguk-jenguk di sebalik rak buku.

"Takkan aku nak tipu kau pula,nampak dia tercegat tu.Aku tinggalkan Misha jaga kaunter sebab nak selamatkan korang daripada kantoi."

Cepat-cepat Hana dan Arshad berpecah membawa buku masing-masing ke kaunter untuk meminjam buku kononnya.Hana dan Shanaya jalan bersama manakala Arshad duduk di meja kayu panjang yang tersedia dalam perpustakaan itu.Mereka berpecah supaya Airil tidak mengesyaki sesuatu.

Hana meletakan beberapa buah buku Pengajian Am atas kaunter.Shanaya masuk semula ke dalam kaunter bergandingan dengan Misha.Hana berpura-pura tenang berdiri di sebelah gurunya yang lebih tinggi dan berbadan lebar itu.

'Janganlah dia cakap dengan aku.'

Airil mengerling Hana di sebelahnya.Pada masa yang sama,dia sempat mengalihkan pandangan ke perut perpustakaan.Kelihatanya Nik Arshad sedang membaca buku di meja.Dia mengukir senyuman nipis.Dia meneka yang Hana dan Arshad sebenarnya berjanji temu di situ.Dia menggelengkan kepala.

"Kenapa cikgu geleng kepala?Kami ada salah tulis ke pada kad tu?"tanya Shanaya berdebar.

"Eh,taklah!Rajin budak Acad tu kan?"Airil menunjukkan jarinya ke arah Arshad.

Hana mula menelan air liur dan memandang Shanaya.Adakah Airil ingin memerlinya?

Shanaya tersengih."Haah,cikgu.Acad memang selalu datang study sini."Dia mengiakan kata-kata Airil.

"Memang dia selalu datang study seorang ke?"

Jantung Hana tidak keruan.Apa agaknya yang cuba dikorek oleh gurunya itu?Memang ingin tahu perihal Arshad atau dia mengesyaki sesuatu?Terasa panas punggung Hana berada lama-lama di situ.

"Hmmm...Kadang-kadang dengan kawan-kawan dia.Ada masanya seorang diri begitu."Shanaya melayan pertanyaan Airil.

"Kawan lelaki ke perempuan?"Airil tidak berhenti menyoal.Dia mengerling Hana di hujung mata.Gadis itu hanya menunduk dan mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Errr...Lelaki ada.Perempuan pun ada."

Hana berdehem."Misha,boleh cepat sikit tak?Akak nak ke koperasi ni."Laju mulut Hana bertanya Misha,pelajar tingkatan 4 yang terkial-kial menulis kad pinjaman buku.Matanya lebih tertumpu pada Airil daripada menulis catatan pada kad itu.Hana tidak ingin berlama di situ.

"Eh,maaf kak!Misha dah siap ni."Misha hulurkan buku dan kad pinjaman kembali kepada Hana.Hana beredar darj situ.

****
"Hai,Kak Hana!"tegur Aqeef.Dia berdiri memegang sebelah pinggang dengan berkaca mata hitam.Hana baru keluar pagar rumah disapa oleh Aqeef,anak jiranya.Kanak-kanak 10 tahun itu memang rapat dengan Hana sekeluarga kerana dia hanya ada ayah.

Hana melebarkan senyuman dan berjalan ke arah Aqeel."Hei,bila Aqeef balik?"

"Tadi.Ayah pergi ambil Aqeef kat sekolah."

"Hmmm...So,macam mana sekolah?Best tak duduk tinggal di asrama?"Hana bertanya.Aqeef dimasukkan ke asrama Sekolah Integrasi Pahang.

Aqeef mencebik."Bolehlah.Not bad."

"Tak homesick ke?"

"Hmm...Sikitlah.Tapi Aqeef lebih rindukan Kak Hana,atuk dan nenek."Aqeef berterus-terang.Dia selalu melepak di rumah Hana jika pulang dari asrama.

Hana ketawa."Ayah tak rindu ke?"Hana memancing Aqeef.

"Rindulah tapi Aqeef rindukan Kak Hana lagi."

"Kak Hana pun rindu Aqeef.Eh,Kak Hana nak ke taman ni!"

"Aqeef nak ikut boleh?"Aqeef melompat-lompat ingin mengikut Hana.Bosan tinggal di rumah.Tambahan pula,rumah mereka yang paling hujung berhadapan dengan ladang sawit.

"Boleh tapi Aqeef pergi tanya ayah Aqeef dulu."Hana menyuruh Aqeef meminta izin dengan ayahnya sebelum keluar.Dia tidak berani bawa anak orang tanpa keizinan.Aqeef berlari-lari masuk ke dalam rumah mencari ayahnya.

Hana masuk ke dalam pagar membawa motosikalnya keluar.Dia menanti perkhabaran daripada Aqeef di hadapan rumah Aqeef.Tidak lama kemudian,Hanif memberhentikan kereta di hadapan Hana.Dia membuka tingkap dan mengeluarkan kepalanya di celahan tingkap yang terbuka.

"Adik buat apa kat situ?"tanya Hanif.

"Tunggu Aqeef sekejap.Nak pergi jalan taman."

"Hati-hati,dik,"kata Hanif sebelum masuk kembali ke dalam kereta.Hana tidak endahkan Hanif.

Aqeef berlari-lari keluar dengan semangat membawa topi keledar."Jom,Kak Hana.Ayah bagi Aqeef pergi dengan akak."

"Okay,let's go."

****
Airil tekun menanda kertas ujian kilat yang dilaksanakan siang tadi terhadap para pelajarnya.Satu persatu ditanda dan dia berpuas hati dengan jawapan pelajar-pelajarnya.

Aqeef keluar daripada bilik dan duduk di sebelah ayahnya."Aqeef dah solat Isyak?"Airil bertanya tetapi matanya tidak memandang Aqeef.Aqeef mencapai alat kawalan jauh televisyen dan menghidupkan televisyen."Dah,ayah."

"So,how your school?"

Aqeef mengeluh."Bolehlah,ayah.Tak ada apa yang menarik.Nama pun sekolah,jadi kehidupannya sama saja.Yang beza Aqeef jauh daripada ayah.Jauh daripada buah hati Aqeef."

Airil menoleh kepada Aqeef.Dia mengerutkan dahinya."Buah hati?Siapa lagi buah hati Aqeef selain ayah?"

Lebar senyuman yang diukirkan oleh Aqeef."Kak Hana buah hati Aqeef."Terpacul nama Hana di mulut Aqeef.Terbatuk-batuk Airil dibuatnya.Anaknya itu ada hati kepada perempuan yang jauh lebih dewasa.

"Kak Hana jiran kita?"Airil mendapatkan kepastian.Siapa lagi Hana yang Aqeef kenal selain jiran yang tinggal di sebelah rumah mereka.

"Ya,ayah.Kak Hana sebelah.Kak Hana tu cantik,menarik,memahami,penyayang dan baik hati.Sebab tu Aqeef suka dia."Aqeef tidak berselindung.

Airil ketawa dengan keletah anaknya itu."Aqeef.Aqeef.Jangan beranganlah.Aqeef tu baru umur 10 tahun.Kak Hana dah 19 tahun,mana mahunya Kak Hana budak mentah macam Aqeef."Airil menasihati anaknya.

Aqeef menyandar pada sofa."Kenapa pula,ayah?Che Ta dengan Zain tu okay saja,yah.Aqeef boleh tunggu Kak Hana."

Airil menggeleng-gelengkan kepalanya."Kak Hana belum tentu nak tunggu Aqeef.Lagipun,Kak Hana kan dah ada boyfriend,mestilah dia tunggu boyfriend dia."Airil memberitahu hal sebenar supaya Aqeef faham.Budak-budak zaman sekarang terlalu terlalu terdedah dengan media sosial.

Aqeef mencebik.Kecewa dengan jawapan ayahnya.

Tingkah Aqeef diperhatikan oleh Airil.Anaknya itu tidak berpijak di bumi yang nyata.Airil menarik Aqeef ke sisinya."Aqeef,ini bukan masa untuk Aqeef fikir soal cinta atau suka kepada seseorang.Aqeef perlu tumpukan perhatian kepada pembelajaran Aqeef.Nanti dah ada kerja yang bagus,Aqeef nak kahwin dengan siapa pun ayah izinkan.Tak kisahlah pilihan Aqeef tu dah tua kerepot berkedut-kedut macam nenek kebayan."

"Alaaa...tak nak nenek kebayan."

Airil mengetawakan Aqeef menarik muka."Kalau Aqeef tunggu Kak Hana,nanti Aqeef dah besar Kak Hana dah kereput dulu."

"Betul juga cakap ayah kan?Takpelah.Cancel Kak Hana.Aqeef cari orang pula nanti,"jawab Aqeef dengan yakin.Perasaan kecewa tadi hilang serta-merta.

"Good boy.So,tadi Aqeef buat apa kat taman?Joging?"

"Taklah.Aqeef teman Kak Hana dating."

Terbeliak biji mata Airil mendengar kata-kata Aqeef.'Budak Hana ni bawa Aqeef teman dia dating.Patutlah Aqeef sibuk nak bercinta juga.'

"Kak Hana dating?Dengan siapa?Acad?"Airil tidak senang hati Hana membawa Aqeef berdating bersama.

"Haah..Abang Acad.Baik,ayah.Dorang belanja Aqeef makan aiskrim."

Airil berfikir sejenak."Hmm...Aqeef,lain kali kalau Kak Hana ajak teman dating,Aqeef jangan ikut.Ayah tak sukalah Aqeef bersubahat.Dating tu bukan perkara yang baik lagi-lagi Aqeef ni kecil lagi."Airil menasihati anaknya yang mudah terikut dengan orang lain.

"Ala..Kebetulan je Kak Hana berjumpa dengan Abang Acad.Kak Hana memang nak lepak dengan Aqeef,tiba-tiba terserempak dengan Abang Acad.Dia pun join samalah."

Helaan nafas Airil dilepaskan perlahan-lahan."Mana Aqeef tahu Kak Hana tak janji?Mungkin dorang dah berjanji dari awal tapi tak cakap pada Aqeef,"kata Airil dengan serius.Dia tidak mahu Aqeef terlibat dengan aktiviti-akiviti yang tidak bermoral yang boleh merosakkan fikiran dan ahklak Aqeef.

Aqeef mengangkat bahu."Rasa tak sebab dorang pun terkejut terjumpa kat situ."Aqeef teringat reaksi Hana dan Arshad di taman tadi.Masing-masing tidak menyangka akan bertemu di situ.

"Hmmm..Tak apalah macam tu,"ujar Airil yang kematian kata.Dia mengambil kembali pen merah di atas meja ingin menyambung kerjanya.Kertas Shanaya dibeleknya.

Aqeef menarik siku ayahnya."Banyak lagi ke kerja,ayah?"soal anak kecil itu yang inginkan perhatian daripada ayahnya.Dia memeluk pinggang Airil dengan erat.Itulah ayah dan juga ibunya.Airil menggalas tanggungjawab menjadi bapa tunggal kepada Aqeef sebaik saja isterinya meninggal semasa melahirkan anak sulung mereka.

"Ayah tak siap lagi tapi tak mengapalah.Ayah sambung esok saja."Airil menyimpan pen kembali serta kertas-kertas ujiannya.Dia ingin meluangkan masa dengan anak tunggalnya.

****
Airil mundar-mandir di hadapan rumahnya meredakan otot-otot yang bekerja keras ketika dia berjoging tadi.Kawasan rumah mereka tidak terlalu sibuk kerana terletak di hujung sekali berhadapan ladang sawit.Tidak ramai yang lalu-lalang di situ.

Ketika itu,dia ternampak Hana berjalan laju membawa plastik sampah untuk dibuang.

"Hana."Airil memanggil Hana.Hana berpaling dan ternampak Airil melambai-lambaikan tangannya.Dengan tidak banyak berfikir Hana menghampiri gurunya itu.

"Ya,cikgu.Ada apa cikgu panggil saya,"tanya Hana dengan hairan.

"Hana,saya tak kisah awak nak berkawan dengan Aqeef tapi boleh tak awak jangan bawa Aqeef teman awak berdating dengan Acad."Airil jujur.Perkara yang ingin dibicarakan dengan Hana.

Terlopong Hana."Saya tak bawa Aqeef berdating pun,cikgu."Hana menafikan.Entah dari mana Airil mendapat cerita merepek itu.

"Di luar sekolah,saya tak nak kacau privasi awak.Awak nak bercinta ke nak apa ke,itu urusan peribadi awak.Cuma awak jangan libatkan Aqeef dengan tingkah tidak bermoral awak."

Hana bengang dituduh melakukan perbuatan tidak bermoral.Matanya dikecilkan memandang Airil tercegat di hadapanya.Dia mendongak bertentangan mata redup Airil."Cikgu tak ada hak nak tuduh saya macam tu.Saya dengan Acad sekadar berjumpa dan berbual-bual saja.Tak pernah lagi kami buat perkara yang tak baik.Lagipun,saya tak pernah ajak Aqeef teman saya dating."

"Habis tu,yang dekat taman hari tu?"

"Cikgu,memang saya bawa Aqeef pergi taman untuk melepak bukannya teman saya dating."Hana mempertahankan dirinya daripada terusan menjadi mangsa tuduhan Airil yang tidak berasas.'Daripada aku bawa Aqeef teman,baik aku pergi sendiri.Tak orang nak kacau daun.'

"Acad ada sekali kan?"Airil tidak henti-henti menduga.

Hana mula teringat sesuatu.Dia harus betulkan salah faham Airil."Cikgu,masa tu saya tak rancang pun nak dating.Saya bersiar-siar dengan Aqeef,then terserempak dengan Acad yang sedang berjoging.Kalau dari awal saya berniat nak dating,saya tak bawa Aqeef ikut saya.Pertemuan tu tak disengajakan pun.Acad pun join lepak dengan kami.Itupun sekejap,sekadar makan aiskrim.Lepas tu,dia sambung joging."Hana bercerita hal sebenar kepada Airil.Panas hati juga dia dengan Airil yang suka serkap jarang dan menuduh tanpa usul periksa.

Airil menerima penjelasan Hana dengan hati yang terbuka."Hmmm...Baiklah.Mungkin saya salah faham.Selepas ni,berhati-hati nak dating terutama di sekolah.Janganlah nampak sangat yang awak berdua tu dilamun cinta.Perasaan tu memang tak boleh halang tetapi peraturan tetap peraturan."Airil menasihati Hana.Dia faham di usia meningkat dewasa,perasaan ingin mencintai dan dicintai itu sudah menjadi lumrah.Sebagai seorang guru yang terikat dengan peraturan,dia harus menegur Hana kerana perbuatannya tidak dipandang manis oleh pelajar-pelajar lain terutamanya pelajar menengah rendah.

Halo2..Selamat membaca novel baharu Miss J.Hero dan heroin baru.So,story kali ni more to catchy story.Harap you guys enjoylah.Tentang update,Miss J tak nak janji.Kalau Miss J sempat menaip,Miss J update.Kalau tak update maknanya Miss J tak sempat menaip.Bab pula,Miss J tak plan berapa bab.Miss J akan menulis sehingga habis cerita.Hehehehe..Harap cerita ni dapat gantikan rindu you guys kpd TS dan Rara.Love you alls.Taka care.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience