Hanif memandang skrin telefon dengan perasaan bercampur-baur. Pesanan daripada Hana begitu ringkas, tetapi dampaknya terasa seperti peluru menembus tembok pertahanan emosinya.Dia melompat kegembiraan membacanya.
'Aku tarik semula kes serangan malam itu.Kau dah bebas.'
Ketawa Hanif bergema di dalam rumah usang itu. Gelak yang tidak tertahan, penuh dengan campuran kelegaan dan sinisme.
"Bebas juga aku akhirnya…Hana..Hanaa..Sayang juga kau kat aku.Mesti kau tak sampai hati nak tengok aku meringkuk dalam penjara.” gumam Hanif sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding yang hampir runtuh. Selama ini dia terpenjara oleh ketakutan akibata perbuatan sendiri. Rumah usang ini menjadi tempat persembunyiannya.
Hanif kembali bersiul-siul kecil sambil menyusun barang-barang ke dalam beg sandangnya.
“Ah, rindu masakan umi...” Hanif tersenyum sendiri membayangkan aroma gulai ayam yang selalu menjadi kegemarannya. Setelah berminggu-minggu makan mi segera dan roti tawar, rasanya tiada nikmat dunia yang dapat menandingi masakan rumah.Sekali-sekali ada Sofi membawakannya nasi goreng atau nasi bajet untuknya.Tidak puas rasanya.
Pesanan Hana tadi tidak dibalas.Semangatnya untuk pulang dan hidup normal seperti biasa melebihi ucapan terima kasih kepada Hana.
****
Hana melangkah perlahan ke arah warung kecil di hujung kampung bandar, tempat babahnya selalu melepak bersama kawan-kawan. Suasana warung seperti biasa,riuh dengan suara perbualan dan bunyi sendok berlaga dengan cawan. Babah duduk di sudut biasa, menghadap jalan sambil menikmati secangkir kopi panas.
Hana tersenyum tipis lalu menarik kerusi di hadapan babah tanpa menunggu pelawaan.
“Kenapa tak balik rumah?" tanya babah, suaranya lembut tapi tegas.
Hana hanya mengangkat bahu. “Malas nak dengar umi bebel. Macam biasa, semuanya salah Hana, salah Airil.”
Babah menghela nafas panjang. Dia tahu hubungan Hana dengan uminya selalu tegang kerana sikap isterinya yang suka menyebelahi Hanif.Tapi dia memilih untuk tidak memanjangkan masalah itu.
“Hana bagaimana?” tanya babah cuba menggali cerita dari anak perempuannya.
Hana tersenyum kecil."Okay, bah.Macam biasa.Pergi sekolah.Balik sekolah.Study.Tidur."
Babah mengangguk perlahan.Dia menatap wajah Hana dengan tajam, mencari sesuatu di balik senyuman itu.
“Kenapa Hana tarik balik laporan malam tu?” Babah akhirnya bertanya.Nada suaranya serius.
Hana terdiam sejenak. Dia sudah bersiap untuk soalan ini, tetapi kini ketika ia benar-benar ditanya, hatinya terasa berat.
“Tak nak panjang-panjangkan cerita. Hana tak larat nak berurusan dengan polis banyak kali.Hana cuma nak fokus belajar,exam dah tak lama." Jawapannya terdengar tegas, tetapi terlalu lurus seolah-olah menutupi sesuatu.
Babah memandang Hana dengan wajah serius,membuang jauh nada santai yang sebelumnya cuba dia gunakan. Kopi di cawannya sudah tidak disentuh lagi.Dingin seperti suasana perbualan mereka yang mulai tegang.
“Hana, babah sebenarnya tak setuju dengan keputusan kau tarik laporan tu,” kata babah dengan nada tegas. “Orang yang memecah masuk rumah Airil dan serang Hana tu tak boleh dibiarkan lepas macam tu saja walau apa alasan sekalipun. Kalau benda ni berulang, macam mana?Mungkin lebih teruk."
Hana menghela nafas perlahan
Dia sudah menjangka bantahan babahnya ini. Namun, dia tetap mempertahankan ketenangannya. “Babah, Hana cuma nak perkara ini habis di sini.Macam yang Hana cakap,Hana tak nak berurusan dengan polis banyak kali.Penat.Lagipun,Hana tak rasa orang tu berani buat lagi.Mesti dia pun hidup macam pelarian sekarang,mana ada masa nak serang Hana semula."
“Tapi babah tak boleh diam saja bila tahu ada orang yang berani buat kerja gila macam tu kepada anak perempuan babah.Tak kira siapa pun dia,salah tetap perlu dihukum."
Hana menggigit bibir berusaha menahan emosi yang mulai menyeruak. Dia tahu babah benar. Apa yang dilakukan Hanif tidak boleh dimaafkan namun dia tak sanggup melihat babah dan umi mengetahui siapa sebenarnya orang menyerangnya itu.
“Babah,” Hana memandang babah dengan penuh harap, nada suaranya mulai melembut. “Tolonglah percayakan Hana. Hana dah fikir masak-masak sebelum buat keputusan.Tarik laporan ni bukan berarti Hana tak peduli, tapi Hana rasa lebih baik kita move on. Lagi banyak kita fikir, lagi berat rasanya.Hana stres disoal siasat berulang kali.Cukuplah soalan-soalan yang cikgu-cikgu Hana soal di sekolah."
Babah memandang wajah anak.Dia menggenggam cangkir kopi di depannya lalu diteguk.Babah meletakkan cawan kopinya kembali ke meja.Matanya masih tertuju pada Hana yang kelihatan gelisah.
"Airil bagaimana?Apa dia setuju dengan keputusan kau nak tarik balik report tu?"
Hana menghela nafas panjang cuba menyusun kata-kata dalam fikirannya. Babah masih menatapnya menunggu jawapan yang lebih jelas.Hana tidak punya keberanian untuk memberitahu semuanya.Dia buat keputusan pun tanpa berbincang dengan Airil.Seingat Hana, keputusan itu dibuat secara spontan semasa Inspektor Razman bertanya apakah dia mahu meneruskan laporan. Hana yang sudah letih dengan semua tekanan terus saja menjawab.
Dia masih ingat wajah Airil pada saat itu.Suaminya agak terpaku, tergamam, seperti ingin berkata sesuatu tetapi tidak tahu bagaimana.Selepas Inspektor Razman pulang pun,Airil tidak membuka mulut tentang hal itu.Kesimpulannya,Hana menganggap Airil tidak peduli dan tidak keberatan dengan keputusan yang diambil secara drastik itu.
"Airil tak cakap apa-apa,babah." Hana akhirnya menjawab perlahan.“Dia diam.Jadi Hana anggap dia okey saja."
Babah mengerutkan dahi kerana jelas tidak puas hati dengan penjelasan Hana.“Diam? Hana, itu bukan tanda dia setuju.Mungkin dia tak tahu nak kata apa. Kau patut bincang dulu sebelum buat keputusan. Airil ada hak sebab yang diserang itu isteri dia.Di dalam rumah dia pula tu."
Hmmm...Isteri konon.Dia bukan kisah pun apa yang terjadi kepada aku.
Hana tunduk.Jari-jarinya mengusap meja kayu yang sudah usang. Dia tahu babah ada benarnya tetapi apa pilihan yang dia ada pada waktu itu? Airil tidak menunjukkan minat untuk membicarakan perkara ini dan Hana terlalu penat untuk memaksa dirinya berdebat dengan siapa pun.
"Babah, Hana buat keputusan tu sebab Hana rasa itu yang terbaik untuk semua orang.Babah jangan risau okay..Hana tahu apa yang Hana buat.Tentang Abang Airil tu nanti,pandai-pandailah Hana slow talk semula dengan dia,"kata Hana cuba mengakhiri topik perbualan mereka.Biarlah dia yang menanggung semua ini. Babah dan umi tidak perlu tahu kerana kasih sayang mereka terhadap Hanif terlalu besar untuk dirosak oleh kenyataan pahit.
Babah menggeleng dengan kedegilan Hana."Hana, apa pun alasan kau, babah tetap rasa kau patut bincang dulu dengan Airil. Bukan semua benda kau boleh tanggung seorang diri.Babah risau,pembebasan penjayah itu bakal menimbulkan masalah yang lebih besar nanti.Hana fikir-fikirkan ya,"ujar babah dengan nada yang lebih lembut, meski hatinya masih risau.
Hana hanya mengangguk kecil.
****
Hana sedang menelaah nota kuliahnya di ruang tamu ketika pintu rumah terbuka. Dia mengangkat wajah melihat Airil melangkah masuk bersama Aqeef.Persoalan ke mana Airil dari pagi terjawab apabila dia pulang bersama Aqeef.Dari pagi Airil keluar rumah dan cuti tanpa memberitahunya sebabnya.
Perhatiannya segera tertumpu pada Aqeef yang berjalan perlahan di belakang Airil. Wajah anak tirinya itu jelas lebam-lebam dengan tanda luka kecil di sudut bibirnya.
“Aqeef...” Hana bangkit.Buku pada tangannya diletakkan ke meja. Dia melangkah cepat ke arah anak kecil itu. “Apa yang jadi? Kenapa muka Aqeef macam jadi macam ni?”soal Hana bernada kerisauan.
Aqeef tidak menjawab. Dia hanya menundukkan kepalanya, menggenggam erat tali beg sekolahnya.
“Aqeef, cakap dengan akak."Kali ini dengan nada lebih lembut.Dia masih membahasakan dirinya sebagai kakak.Janggal pula hendak bahasakan dirinya ibu kepada Aqeef. “Siapa yang buat Aqeef macam ni?"
Airil, yang sedang membuka kasut di pintu, bersuara dingin tanpa memandang Hana. “Jangan banyak tanya,biar saya yang uruskan.”
“Tapi Cikgu..Lebam-lebam muka budak ni.Aqeef kenapa?”Hana cuba membantah tetapi Airil memotongnya.
“Aqeef, masuk bilik,” arah Airil.
Tanpa sepatah kata, Aqeef berjalan perlahan ke arah biliknya menghindari tatapan Hana. Pintu biliknya tertutup perlahan meninggalkan Hana dan Airil di ruang tamu yang dalam kedinginan emosi.
“Cikgu,apa yang jadi kepada Aqeef"Hana bertanya, nadanya penuh kebimbangan.
Airil berdiri tegak, matanya memandang Hana dengan tajam."Awak tak perlu masuk campur.Saya tahulah uruskan anak saya.Awak pergi buat kerja awak saja."
Hana tercengang dengan nada Airil yang dingin. “Saya bukan nak masuk campur,cikgu.Saya risau.Elok saja dua tiga hari lepas masuk asrama,balik-balik lebam.Ada orang buli dia ke?"
Airil menghela nafas berat, menyandarkan dirinya pada dinding.Banyak pula Si Hana ini menyoal.Macamlah Aqeef itu anak kandung dia. “Aqeef kena buli di sekolah. Itu saja awak perlu tahu. Saya dah pergi jumpa pihak sekolah pagi tadi dan saya dah buat apa yang patut."
Hana terdiam.Fahamlah dia bahawa anak tirinya itu dibuli di asrama.Perasaan simpati menyinggah di hati Hana.Mesti Aqeef trauma.Mahu saja dia memeluk Aqeef yang pasti dalam kepiluan dan ketakutan itu.
"Berapa kali Aqeef dibuli?Dia tak nak masuk asrama selama ini kerana dibulikah?Patutlah dia selalu mengeluh tak seronok tinggal di asrama.Kasihan,Aqeef.Kalaulah dia beritahu dari awal,boleh saya bantu dia."Hana kesal dengan kejadian buli yang menimpa Aqeef.Remuk hatinya melihat kepulangan Aqeef ditemani kesan-kesan lebam.
“Bantu?” Airil mendengus, suaranya penuh sindiran. “Macam mana awak nak bantu, Hana?Diri awak sendiri pun awak tak boleh nak bantu.Saya tak perlukan bantuan awak.Pandailah saya selesaikan masalah anak saya.Awak fikir konflik hidup awak dan abang kesayangan awak tu saja."
Hana terpaku,merasakan darahnya berderau.Tidak perlu dia hendak kaitkan masalahnya dengan Hanif.Hana menahan derauan darahnya.Dia tidak berniat untuk memulakan pertelingkahan dengan Airil.
“Cikgu,saya minta maaf.Saya tahu cikgu marah sebab saya punca Aqeef berdiam diri dan tidak menegur cikgu.Cikgu beri saya masa untuk pujuk Aqeef dan betulkan keadaa.”
“Suka hatilah.” balas Airil dingin sebelum beredar ke dapur, meninggalkan Hana termangu sendirian.
Hana kembali duduk di sofa, hatinya semakin remuk. Dia memandang pintu bilik Aqeef merasa bersalah kerana tidak mampu melindungi anak itu. Dia tahu Aqeef telah kehilangan kepercayaan terhadap Airil tetapi dia juga tahu dia tidak boleh berdiam diri.
Hana bertekad. Dia akan mendekati Aqeef dan perlahan-lahan membina kepercayaan anak kecil itu. Walaupun Airil tidak mengendahkannya, dia tidak akan menyerah untuk memastikan Aqeef selamat dan bahagia.
****
Hanif tersenyum puas sambil menambah lagi kuah gulai ayam kampung ke dalam pinggan nasinya. Aroma masakan umi begitu memikat.Setelah berminggu-minggu hidup dalam keadaan serba kekurangan, makanan ini terasa seperti sebuah nikmat yang luar biasa.
“Sedapnya masakan umi.Rindu nak makan,” kata Hanif, menyuap nasi ke mulutnya dengan penuh selera.
Umi tersenyum lebar sambil mengelap tangan yang masih basah selepas mengemas dapur. “Patutlah umi teringat-ingat nak masak gulai ayam kampung hari ni. Rupanya nak sambut anak sulung umi balik.”
“Rindu sangat nak makan masakan umi. Memang tak ada tandingan,” balas Hanif, suaranya ceria.
Hayati tersenyum lagi, wajahnya penuh dengan kasih. “Anep, ke mana kamu selama ni? Tak balik-balik rumah. Umi risau tahu tak?Umi call tak dapat.Whatsapp satu tick je.Suruh babah cari,dia tak mau."
Hanif hanya ketawa kecil sambil mengelak menjawab secara langsung. “Adalah... sibuk sikit,umi.Kerja outstation banyak.Telefon pula hilang.Sorry umi,Anep terlupa nak call umi bagi nombor baru Anep."Hanif berbohong.Bukannya dia bekerja luar kawasan tetapi dia bersembunyi kerana takut dicekup oleh polis.
Hayati menggeleng kecil tetapi tidak memaksa. “Lain kali, bagilah tahu umi ke mana. Jangan buat umi risau lagi.Anep la anak yang umi boleh harap.Nak harapkan Hana,hmmmmm...Asyik dengar cakap laki dia je.Ni pun dah lama tak balik,"adu umi.
Kerancakan perbualan mereka apabila babah melangkah berat masuk ke ruangan dapur.Hanif sempat menoleh, melihat wajah tegang babah yang langsung tidak berubah sejak kali terakhir mereka bertemu. Babah berdiri sejenak di muka pintu, memandang tajam ke arah Hanif yang masih rancak menikmati hidangan.
“Abang,mari makan sekali,"pelawa Hayati dengan nada gembira, tidak menyedari perubahan di wajah suaminya.
“Tak selera,” jawab babah pendek tetapi nada suaranya tajam.
Hanif yang tanpa dijentik rasa bersalah,akhirnya bersuara. “Babah, takkan tak nak makan? Umi masak sedap ni.”
Babah memandang Hanif dengan tajam. “Aku tak lapar.”
Jawapan itu membuat suasana di ruang makan menjadi tegang. Hayati memandang kedua-dua lelaki itu dengan wajah cemas, tetapi tidak tahu bagaimana untuk meredakan keadaan.
Hanif menyedari perubahan suasana tetapi tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dia kembali menyuap makanannya, seolah-olah tidak peduli dengan ketegangan yang sedang berlaku.
Babah menghela nafas panjang, kemudian melangkah keluar dari dapur tanpa berkata apa-apa lagi.Menyampah melihat kepura-puraan Hanif.
Hana dah tarik balik kes Anep.Gembira sangatlah Anep.Airil pula tetap dingin...Sila komen readers Miss J..
Share this novel
dah update tq
sombong sgt si airil ni rase nak bagi penampor je. nak lagi author