"Haa..Awak tercongok kat situ lagi tu kenapa,Yati?Nanti awak juga yang bising ikan habis,sayur tu tak ada,benda ini tak ada."Rahman membebel kepada isterinya.
"Abang ni pagi-pagi dah bising.Ni saya tunggu Hana tu siap.Katanya nak ikut pergi pasar sama-sama."
Garisan kedutan pada dahi Rahman jelas terpamer.Terasa aneh dengan keinginan anaknya mahu ikut mereka pergi ke pasar."Hana?Dunia dah nak terbalik ke ada orang demam hari ni?Tak pernah-pernah Hana nak jejak kaki ke pasar,hari ni tiba-tiba nak ikut.Ke aku yang mimpi ni?"Rahman menampar-nampar pipinya.Setahu dia,Hana manusia paling liat nak ke pasar.
"Biarlah,bang.Boleh juga dia belajar sikit-sikit nak pilihan barangan segar."
"Hah...Masalahnya bersiap pun lambat tu...Hana!!!Ooo...Hana!!!Cepatlah sikit nak oii,pasar dah nak tutup tu,"tempik Rahman dari ruang tamu.
"Ya,babah.Hana siap dah ni."Hana tergesa-gesa keluar dari bilik.Babahnya bukan boleh buat kira,mahu ditinggalkan jika lambat bersiap-siap.Beg dia menyilangkan beg ke tubuhnya.
"Mimpi apa kau ni,Hana tiba-tiba nak ke pasar?Biasa lepas sembahyang subuh,kau sambung membuta sampai matahari tegak waktu-waktu cuti ni.Musykil babah."Rahman tidak habis-habis berleter.Dia masih tidak percaya.Pipi dah dahi Hana dijamah.
"Ala..babah ni,Hana saja nak ubah angin."
"Macam pelik je anak dara babah ni?"Terangkat ke atas kening kanan Rahman.Dia berniat mengusik anaknya.Hana sengih-sengih saja kepada babahnya.
"Sudah-sudahlah tu.Jom kita pergi,nanti habis pula lauk-lauk segar kat pasar tu?"ajak Hayati.
****
'Terubat rindu nampak Hana tadi.'Sengih Hana memanjang.Hati memekar tatkala membaca sebaris ayat yang dikirimkan oleh Arshad.Lumrah hati perempuan mudah mencair jika menerima kata-kata cinta.Cukup sekadar dengan frasa rindu sudah mampu meleburkan hati yang beku.
Jari-jari Hana laju menekan punat.Bibirnya masih dihiasi dengan senyuman.Bahagia.
Dalam kebahagiaan,Hana tidak sedar dia diperhatikan oleh babah melalui cermin pandang belakang."Bukan main panjang senyumnya.Takkan berwhatsapp dengan Shanaya senyum melebar sampai ke bibir.Lain macam babah tengok ni."Rahman menegur.Hana tertangkap oleh babah membetulkan duduknya.Dia berdehem kecil di tempat duduk belakang.
Ehem..Ehem.."Sha kan suka melawak,babah.Ada saja yang cakap-cakap dia yang buat Hana rasa nak tergelak."Hana berbohong.Nama Shanaya juga dijual.'Maafkan aku,Sha terpaksa jual nama kau.'
"Umi macam susah nak percaya.Senyum Hana tu senyum bahagia macam orang tengah bercinta.Kau jangan,Hana.Umur tu tak cukup lagi.Jangan sampai umi tangkap Hana nanti,buruk padahnya"Keras nada Hayati mengingatkan Hana.
Umi tahu ke?Hana berdebar di belakang.Dia menelan air liurnya.Sikap tegas umi dan babahnya dalam soal cinta menyebabkan dia tidak berani berkongsi rasa hati.Kedua-dua ibu bapanya melarang dia bercinta sebelum umur genap dua puluh tahun.Dia pula telah melanggar pantang-larang itu.
"Mana ada bercinta,umi."
"Baguslah Hana tak bercinta lagi.Fokus belajar dulu.Haaa..Babah harap budak perempuan gatal kirim surat pada cikgu tu bukan Hana."Rahman teringat isu-isu yang diutarakan oleh guru-guru tingkatan 6 tentang kelakuan disiplin murid.Dia berharap sangat anak dara suntinya tidak tergolong dalam kumpulan pengirim tersebut.
"Haah laa..Umi pun ada dengar tu.Dalam hati umi berdoa dengan Allah bukan anak umi yang menggatal macam tu.Jangan malukan keturunan umi pula.Terhegeh-hegeh nak mengorat cikgu,tak ada rasa malu langsung."Hayati menambah.
"Babah...Umi...Hana tak pernah pun tulis surat cinta pada cikgu.Yang tulis tu bukan Hana,budak perempuan lain.Taste Hana bukan cikgu."
"Habis tu taste kau apa?Guru besar?Penolong Kanan?Tuan PPD?"Rahman bergurau.Lapang sedikit dadanya yang Hana tidak terlibat dengan kelakuan buruk itu.
Hana mencebik."Yang babah sebut tu tetap golongan cikgu,pangkat saja lain.Issh...Tak naklah cikgu,skema."
"Jangan cakap besar,Hana.Buatnya jodoh Hana cikgu satu hari nanti,baru Hana tahu."
"Eeee...Jangan masin mulut babah."
"Tak payah sembang pasal jodoh.Hana tu satu kerja rumah pun tak tahu nak buat.Jangankan cikgu,tukang kebun sekolah kau pun belum tentu nak buat isteri."Umi mencelah.Hana mula menarik muka tidak puas hati.Uminya selalu memandang rendah akan kebolehan dia.Hendak dinafikan,memang benar pun leteran uminya.Walaupun benar,Hana tetap memuncungkan bibir.
****
"Happy birthday my sweeheart,Hana Qaisara.Acad doakan Hana bahagia bersama Acad hingga ke jannah."Seutas cincin perak dihadiahkan kepada Hana sempena harijadinya yang kesembilan belas.Hana sangat teruja menerimanya.Arshad menyarungkan cincin itu ke jari manis Hana.
Hana mengangkat jarinya.Indah jarinya dihiasi cincin perak itu.Gembira tidak terkata mendapat hadiah itu.Semakin bertambah rasa cintanya kepada Arshad.
"Hana suka?"tanya Arshad.Raut ceria Hana sudah menggambarkan kegembiraan gadis itu.Namun dia lebih suka mendengarnya daripada mulut Hana sendiri.
Hana mengangguk."Suka sangat,Acad.Thanks."
"Ini saja yang Acad mampu belikan untuk Hana.Nanti bila Acad dah kerja,ada duit sendiri,Acad belikan cincin emas kepada Hana."
"Hana tak kisah.Acad ingat hari jadi Hana pun,Hana dah cukup gembira,"kata Hana.
"Cincin ni sebagai tanda yang Hana bakal jadi suri hati Acad yang sah satu hari nanti.Acad janji,lepas kita habis belajar dan kerja,Acad akan lamar Hana cepat-cepat."Arshad berimpian memperisteri Hana suatu hari nanti.Cintanya kepada Hana sangat tulus.Dia sangat serius dengan hubungan mereka.
Hana terharu.Tidak sabar pula dia menanti hari bahagia mereka.Pasti meriah.Ikatan yang berpaksikan cinta sejati pasti menyuburkan kebahagiaan.Hana mula berangan-angan kehidupan indah setelah bergelar isteri Acad.
Tanpa dia sedari,Arshad merenung bibir merah jambu milik Hana.Hatinya terlalu ingin membasahkan bibir Hana dengan ciuman pertama mereka seperti lagak dalam filem-filem Hollywood.Arshad berkira-kira untuk meminta tetapi dia yakin Hana tidak akan melawan.Jangkaannya,Hana juga mempunyai keinginan yang sama.
Hana melihat jam pada tangannya."Eh,waktu rehat dan nak habis.Jom balik ke kelas."Hana mengajak bangun mengibas-ngibas punggungnya membuang debu yang melekat.Mereka perlu turun dari menara tangki itu segera untuk kembali ke kelas. Di situlah tempat pertemuan rahsia mereka,menara tangki air yang terletak di belakang bangunan sekolah.Jarang-jarang sekali ada manusia melewati kawasan itu.
Arshad mengekori langkah Hana.Dengan berani dia memaut pinggang Hana rapat dengannya.Dia ingin melepaskan keinginannya tadi.Hana agak kaget dengan tindakan drastik Arshad.Dia tidak selesa.Tidak pernah dia serapat itu dengan Arshad.Semakin dibiarkan,bibir Arshad semakin hampir dengan bibirnya.Menyedari akan hal itu,Hana pantas mengelak dan memalingkan wajahnya ke tepi."Apa ni,Acad?Hana tak sukalah buat macam ni."Hana membantah.Dia masih tahu batas yang perlu dipelihara.Lagipun,dia tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan lelaki menyentuh dirinya.
Pegangan tangan Arshad semakin kemas.Sangkaannya salah.Hana sama sekali tidak menyambut kehendaknya."Sekali saja,Hana.Bibir Hana nampak seksi."
Hana cuba menolak-nolak tubuh Arshad."Hana tak naklah,Acad.Hana tak selesa macam ni.Lepaskan,Hana."Hana meronta.
"Alaa..sekali saja.Kita kan couple.Hana cakap sayang Acad.Acad nak cium saja,bukannya buat lebih-lebih pun.Boleh ya?"Arshad memujuk.Dia bersungguh-sungguh ingin rapatkan bibirkan mereka namun sukar kerana Hana tetap mengelak.
"No,Acad."Rontaan Hana akhirnya berjaya dilepaskan.
Paanggggg!!!!!Satu tamparan hinggap pada muka Arshad.Dia terpaku memegang pipinya.Hana sendiri terkejut dan berdebar dengan tindakan refleks menampar Arshad.Dia terus menghilang dari menara tangki itu dengan perasaan takut dan bersalah.Tidak terniat di hatinya mengasari Arshad tetapi kelakuan Arshad baginya kurang biadab.
****
"Hana kejap,"panggil Sofi.Pelajar-pelajar lain beransur keluar dari kelas mereka.Deras gerak geri Sofi menuju ke meja Hana dan Shanaya.Senyumannya melebar ke tepi.Hana setia menanti di tempat duduknya bersama Shanaya.
Sofi menghulurkan seekor patung beruang warna coklat bersaiz kecil dengan senyuman."Happy birthday,Hana.May God blessing you,"ucap Sofi dengan wajah riang.Hana sedikit pun tidak berasa gembira dengan kejutan itu kerana dia tidak sukakan Sofi.
Senyuman Sofi yang tadinya riang berubah muram."Kau tak suka ke hadiah yang aku bagi,Hana?Dulu kan kau suka bear?"Nada Sofi agak kecewa dengan reaksi Hana.
Hana menyerahkan kembali patung itu kepada Sofi dengan kasar."Kau ambil balik.Aku tak nak."Angkuh Hana menolak pemberian Sofi.
"Aku ikhlas,Hana.Aku simpan duit untuk belikan hadiah kepada kau."Sayu suara Sofi.Matanya berkaca memandang Hana.Keangkuhan gadis itu tinggi menggunung.Dia berusaha sedaya-upaya supaya Hana sudi berkawan dengannya.
"Aku tak kawanlah dengan orang macam kau.Orang macam kau tak layak kawan dengan aku,Sofi,"kata Hana.Tertunduk Sofi dengan ucapan Hana yang sangat menusuk hati.Terlalu benci Hana terhadap dirinya.
"Aku tahu aku tak layak tapi kau ambillah hadiah pemberian aku ni."Sofi meletakkan patung tersebut dalam dakapan Hana.Hana tidak memandang Sofi langsung.Patung beruang itu berada dalam pegangan Hana.
"Tepi sikit,aku nak balik..Jom balik,Sha."Hana melanggar bahu Sofi beredar dari situ bersama Shanaya.Sofi terpaku mengekori langkah Hana.Ketika hampir di pintu keluar bahagian belakang,Hana mencampkkan patung itu ke dalam tong sampah.Dia berlalu pergi tanpa menoleh kepada Sofi.Perasaan Sofi dia tidak hiraukan.
Sofi tergamam dengan tindakan Sofi.Air matanya mula menitis di pipi.Dia kecewa.Pemberian ikhlasnya tidak dihargai malahan dicampak begitu saja oleh Hana.Sofi menghampiri bakul sampah tersebut lalu patung beruang itu diambil semula.Digosok-gosok bulu patung itu dengan perasaan hiba.
****
Mata Hanif memandang gerak-geri Hana dan Aqeef bermain badminton di luar rumah.Adiknya itu kelihatan semakin menarik pada pandangannya sejak meningkat dewasa.Cantik dan menarik.Tumpuan mata Hanif ke arah buah dada dan pinggul Hana yang beralun ketikan melakukan pergerakan.Alangkah indahnya jika dia dapat menyentuh bahagian kegemarannya itu.
Rahman melabuhkan punggung di sebelah Hanif.Dia tidak sedar babah ada di situ kerana leka menikmati pemandangan indah milik Hana.Rahman turut menyoroti pandangan anak sulungnya.Hatinya tidak enak sejak malam tempoh hari.Ada sesuatu yang terpendam dalam hati Hanif terhadap adiknya.
Ehem...Ehem..."Amboi,tak berkelip mata tu?Anep tengok apa?"Rahman menyapa.
Hanif tersedar dan terpinga-pinga seperti orang baru bangun tidur.Dia segera meneguk air teh o suam dalam cawan."Terkejut Anep.Bila abah ada kat sini?"Hanif berasa tidak senang kehadiran babah di situ.Harap-harap babah tidak menangkap niatnya tadi.
"Tadi lagi babah duduk sini.Anep tengok apa ralit sangat?Teringat girlfriend ke?Hmmm..Kalau dah ada,bagitau babah.Biar babah dengan umi pergi meminang untuk Anep."
Hanif tersenyum kelat."Hissh..Anep mana ada girlfriend,babah.Ni haa...seronok tengok adik."Hanif terlepas cakap.Babah mengerutkan dahi.
"Seronok tengok adik?"
Hanif menelan air liurnya.Dia tidak sedar apa yang dia lafazkan tadi."Errrr...Maksud Anep,seronok tengok adik dengan Aqeef bermain.Rapat betul kan dorang tu,babah."Hanif membetulkan ayatnya tadi.Silap cakap,bakal mengundang kecurigaan dalam hati babah.
Rahman tidak membalas malah mengiakan saja.Dia memakan kuih keria sambil memantau Hanif.Naluri hatinya menyatakan Hanif sesuatu sangat.Cara dia melayan dan memandang Hana bukan sebagai seorang abang dan adik.'Isssh...Takkan Anep nak adik sendiri?'Rahman menafikan kata hatinya.Kelakuan Hanif terhadap Hana sangat mencurigakan sejak kebelakangan ini.Sebagai seorang ayah,dia bimbang jika berlaku perkara sumbang dalam keluarga mereka.
"Atuk!!!"Aqeef berlari-lari mendapatkan Rahman yang sedang berfikir jauh.Pelukan Aqeef diraih.Dia menganggap Aqeef seperti cucunya sendiri.Aqeef juga tersangat manja dengan keluarga mereka.Peluh-peluh di dahi Aqeef diusap dengan tangannya.
"Berpeluh main.Malam ni Aqeef ajak ayah datang makan sini ya.Nenek memang masak lebih.Nenek masak lauk kegemaran Aqeef,udang tumis."Hayati mencelah.Dia baru selesai menyiram pohon-pohon bunga.Hayati tidak pernah kedekut kalau bab makan.Setiap kali Aqeef kembali dari asrama,Hayati pasti mempelawa mereka makan sama.Dia telah jatuh sayang kepada anak yatim itu.Aqeef sudah pasti melompat kegembiraan.
Namun tidak bagi Hanif,kehadiran Aqeef menyemai rasa cemburu kerana anak kecil itu akan berkepit dengan Hana.Berbulu matanya melihat Hana melayan Aqeef dengan baik sedangkan Aqeef tiada pertalian darah dengan mereka.Memang sejak dari awal lagi dia tidak berkenan budak itu bertandang di rumah mereka.
"Haaa...Hari Sabtu nanti,umi dengan babah ikut rombongan menghantar menantu Pak Kassim.Hana nak ikut?"soal umi.
"Hana ada kelas tambahan Sejarah.Dilema lagi nak pergi kelas atau ikut umi."Hana serba salah.Dia sememang tidak gemar menyertai majlis keramaian demikian.Kekok jadinya.Dia juga tidak suka bersesak-sesak di tempat orang ramai.Tetapi dia perlu menjauh daripada abangnya.Hanif seolah-olah mencari peluang untuk mendekatinya.
"Kamu Anep?"
"Tak boleh,umi.Anep dah janji dengan kawan-kawan Anep nak camping di Air Terjun Berkelah.Pergi petang Jumaat,hari Ahad baru balik."Hanif menolak.Dia sudah merencanakan aktiviti.
Slow2 mengarang dpt jugak siap satu chapter.Hehee..Nanti ada mood,miss j update kt ig.
Share this novel