Series
279904
"Mommy..mommy..panggil Aulia berlari ke arah Hana dituruti Aqeef dan Airil dari belakang.Gerak lincah Si Gadis Cilik mendahului abang dan ayahnya.Hana menyambut kedatangan anak perempuannya yang sudah berusia empat tahun.Dia memeluk dan mencium pipi puteri sulungnya.
" Uya..Abang dengan ayah penatlah nak kejar Uya berlari,"rungut Aqeef.Aulia ketawa mendengar rungutan abangnya lalu memegang tangan Hana.
"Selamat berkonvo,sayang.Hasil usaha selama tiga tahun dinoktahkan dengan kecemerlangan.Siap dapat anugerah dekan lagi tu.Abang bangga dengan sayang," ucap Airil penuh bangga.Hana menyambung belajar dalam bidang perundangan sivil selepas setahun melahirkan Aulia dengan sokongan kuat daripada suami tersayang.Tidak sia-sia Airil membawa Aulia berjumpa Hana setiap minggu ketika Hana masih belajar di UM.Pengajian Hana telah tamat dengan keputusan yang sangat cemerlang dan hari itu merupakan hari konvokesyen Hana.
Hana merangkul pinggang suaminya dengan penuh kasih."Ini semua berkat doa dan kesabaran abang.Terima kasih abang selalu support Hana sehingga dapat segulung ijazah,"balas Hana.Pengorbanan suaminya membenarkan dia sambung belajar dan rela menjaga Aulia yang masih kecil amat Hana hargai.Mana lagi hendak dicari suami sehebat itu.
"Tahniah,mommy.Mommy dan ayah doakan kejayaan babang pula ya.Babang pun teringin nak naik pentas dan dapat anugerah macam mommy," kata Aqeef dengan senyuman.
Hana mencubit lembut pipi Aqeef.Terlalu cepat waktu berlalu,anak sulungnya menginjak dewasa."Thanks.Mommy sentiasa doakan Babang,Mommy percaya anak mommy sulung mommy hebat.Lebih hebat dan pintar daripada mommy dan ayah."Hana menyuntik semangat Aqeef.Pencapaiannya Aqeef di sekolah tidak kurang hebatnya.Setiap tahun dia menerima pelbagai anugerah kerana cemerlang dalam. akademik dan kokokurikulum.Hana selalu mendoakan kecemerlangan dan kejayaan Aqeef walaupun Aqeef bukan penghuni rahimnya tetapi dia sudah menganggap Aqeef seperti anak kandung sendiri.Sayangnya tidak berbagi.
"Eh,tok abah dengan tok umi pergi mana?"Hana mencari kelibat babah dan uminya.Tadi mereka datang sekali.
" Tadi tok umi ajak tok abah temannya ke tandas,"jawab Aqeef.
"Mommy..mommy.. Uya nak bear macam mommy tu juga,boleh?"pinta Aulia menunjuk patung beruang kecil warna coklat gelap dalam jambangannya.
"Boleh.Nanti kita ajak ayah beli teddy bear besar untuk Uya dan Babang,"kata Hana sambil mengerling Airil,bank bergerak mereka sekeluarga.
" Yeeayyy!!"Aulia melompat kegirangan.
"Hana," panggil satu suara garau membuatkan mereka semua berpaling.
Seorang lelaki berkulit putih memakai jubah konvo tersenyum kepada Hana.Dia menghulurkan sejambak bunga kepada Hana."Nah,ini untuk awak!Happy graduation day and congratulation.Hebat awak kan,"ucap lelaki itu dengan girang.
Airil diam manakala Hana serba salah untuk menyambut jambangan itu.Dia berbasa-basi melayan lelaki bernama Hazree itu."Terima kasih.Tahniah buat awak juga."
"Thanks.Eh,ini ayah awak ke?Hai,saya Hazree kawan Hana!"Hazree dengan peramah memperkenalkan diri dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Airil.Airil diam namun menyambut salam itu bersama senyuman kelat dilemparkan.
Ayah?Tua sangat ke aku ni?Siap bagi jambangan bunga kepada isteri aku pula.
Hana lantas membetulkan tekaan Hazree."Err..Hazree,ini bukan ayah saya.Kenalkan,ini suami saya.Airil namanya dan dua orang ini anak-anak saya.Yang lelaki ni anak sulung.Perempuan kecil ni anak kedua saya,"terang Hana enggan Hazree salah faham dan Airil tidak terguris hati.
Berubah kecewa air muka Hazree ketika itu."Oh suami.Maafkan saya ya,Abang Airil,"Hazree rasa bersalah.Sudahlah dikatakan suami Hana berpangkat ayah.Malu sendiri."Hmm..Saya awak masih single,Hana.Dah kahwin rupanya.Awal sangat awak kahwin.Rugi tak jumpa awak dulu."
Hana merangkul lengan Airil."Err..Dah lima tahun kami mendirikan rumah tangga.Anak pun dah besar.Biasalah jodoh awal,"kata Hana.
Hazree mengangguk.Ada rasa kecewa menyandang hatinya."Hmm..Tak apalah,saya nak jumpa kawan di sana dulu.Enjoy your day.Sorry tau ganggu awak sekeluarga."Hazree meminta diri apabila menyedari kehadiran dia membuatkan suami dan anak-anak Hana tidak selesa.
****
Airil berdiri lama di hadapan cermin.Sudah entah kali ke berapa dia membetulkan kolar kemejanya.Menyikat rambut yang sememangnya sudah rapi dan memerhati raut wajahnya dari sudut kiri dan kanan.
Aqeef, anak lelakinya yang menginjak usia 14 tahun bersandar pada pintu bilik sambil mengerutkan dahi.Sudah sepuluh minit dia memerhati aksi ayahnya yang agak pelik hari ini sejak balik dari konvokesyen Hana tadi.
"Ayah buat apa dari tadi tenung cermin tak habis-habis?" tanya Aqeef ingin tahu dan kehairanan.
Airil tidak menjawab terus.Sebaliknya dia menoleh perlahan dan mengangkat kening. “Babang,ayah handsome tak?Ayah ni nampak tua sangat ke?”tanya Airil kepada Aqeef.Panggilan babang oleh adiknya turut melekat di bibir ahli keluarganya.
Aqeef hampir ketawa.“Handsome la.Ayah babang kan cuma…” Dia tersengih nakal hendak mengusik Airil.Airil mengangkat kening.“Babang lagi handsome,"sambung Aqeef diiringi gelak tawa.
Airil buat-buat tercabar.Pinggangnya dipegang."Ohh ya?Babang handsome sebab ikut genetik ayah.Jadi siapa lagi handsome?Ayah ke budak lelaki yang bagi jambangan bunga kepada mommy tadi?”
Aqeef garu kepala cuba mengingati.“Yang mana satu? Ramai lelaki tegur Mommy tadi.”
Airil mendengus kecil.“Yang bagi bunga tu.Pakai jubah konvo,,tinggi-tinggi kulit cerah.Rambut ala-ala Afiq Shazwan.Budak bernama Hazree yang ingat ayah ni ayah kepada mommy babang."Airil mengingatkan Aqeef.Wajah lelaki itu masih terbayang-bayang di matanya.
“Ooo… yang tu.” Aqeef mengangguk perlahan.“Hmm… susah nak cakaplah.Abang tu pun handsome juga."
Wajah Airil serta-merta berubah. Dada seperti diketuk rasa tidak senang.
“Agak-agak… Mommy terpikat tak dengan dia?”
Aqeef angkat bahu sambil mencebik."Entahlah. Apa-apa je la soalan ayah ni.Mengarut."
Pada masa itu, Hana muncul dari bilik, melihat suami dan anak sedang ‘bermesyuarat’ di hadapan cermin.
“Haa… ayah tanya mommy sendiri. Aqeef tak nak masuk campur,” kata Aqeef cepat-cepat sebelum melarikan diri ke biliknya.
Hana pandang Airil."Tanya apa?”
“Entahlah ayah tu,mommy,” jawab Aqeef sambil berundur. “Jealous kot. Bandingkan diri dia dengan kawan mommy yang bagi bunga tadi. Siap tanya Aqeef budak tu handsome ke tak!”ucap Aqeef lalu menghilang ke dalam bilik.Tidak mahu terlibat dengan masalah oranf dewasa.
Hana ketawa kecil.Dia berjalan mendekati suaminya lalu memaut tengkuk Airil."Kes cemburu ke ni? Patutlah dalam kereta tadi senyap semacam.Rupa-rupanya ada yang merajuk dalam diam.”
Airil tidak membalas.Cuma matanya tak lepas daripada menatap wajah isterinya.
“Apa yang buat abang tanya soalan macam tu?” tanya Hana lembut.
“Abang cuma nak tahu…” Airil menarik nafas.“Hana rapat ke dengan dia?”
“Siapa? Ajib? Ish, tak lah abang. Dia tu ketua kelas. Baik dengan semua orang.”
“Semua orang ke dia bagi jambangan bunga macam tadi tu?” soal Airil, masih tidak puas hati.
Hana tersenyum sambil mengusap pipi suaminya.Hana mengangkat bahu.Bukan kerjanya untuk menyiasat siapa lagi yang mendapat hadiah jambangan bunga daripada Ajib."Mana Hana tahu.Lagipun… Abang ni kenapa nak jealous sangat?”
“Salah ke abang jealous?”nada Airil serius tapi manja. “Abang dah berusia nak dibandingkan dengan budak itu.Dia masih muda dan ada rupa.Sebaya dengan Hana. Abang takut Hana berubah hati.Kesian kat abang dan anak-anak.”
Hana terus memeluk tubuh suaminya erat-erat.“Hana tak pernah ada orang lain selain abang. Tiga tahun kita berjauhan, jumpa pun seminggu sekali tetapi kasih sayang Hana tak pernah berkurang.Tujuh hari seminggu Hana tetap mencintai abang.Tak ada lelaki lain yang dapat menandingi suami Hana."
Airil terdiam. Matanya sedikit berkaca.
Dalam pelukan Hana,dia tahu walau seribu jambangan bunga datang, tiada yang mampu menandingi cinta seorang isteri yang setia.Cuma...Dia merasa tergugat kerana Hana masih muda dan ramai peminat.Jurang umur antara mereka membuat Airil bimbang yang Hana akan berpaling tadah.Setelah dipujuk Hana,perasaan itu kembali sejuk.Siapa tak sayang isteri ooi?
****
Riuh kedengaran suara tangisan di ruang tamu.Hana yang sedang memotong sayur cepat-cepat menjenguk Aulia.Kenapa anaknya menangis tiba-tiba?Tadi elok bermain sendiri.
Aulia menangis kerana kepalanya tersangkut bawah sofa.Hendak ambil bola yang tersekat,kepala pun tersekat sama.Hana cepat-cepat menghampiri anaknya."Kejap-kejap.Mommy tolong Uya.Jangan nangis ya sayang,"pujuk Hana sementara mengangkat sikit sofa supaya kepala anaknya terkeluar.
Usai keluarkan Aulia,Hana memeluk Aulia."Shh...Jangan nangis.Mommy kan ada.Dah selamat ni."
Aulia menggeleng."Nanak..Uya nak ayah.Nak ayah,"rengek Aulia mencari bapanya.Nama manja Aulia yang diberi oleh Aqeef lekat di bibir mereka.
"Kenapa cari ayah?Ini kan mommy Uya."Hana memujuk.
"Ayah..ayah..Nak dukung."Berkejaran Aulia apabila nampak kelibat ayahnya baru keluar dari bilik.Baru selesai mandi.Aulia menghulurkan tangannya minta didukung oleh Airil.Airil menyambut permintaan permata hatinya.
Hana menjeling.Cemburu melihat Aulia rapat dengan ayahnya.Dia mendekati suami dan anaknya lalu mencubit manja pipi gebu Aulia."Asyik-asyik ayah.Mommy ni macam tunggul je,"rajuk Hana.
"Sayang.Dengan anak pun nak jealous ke?"
"Yalah.Uya asyik manja dengan ayah je.Dengan mommy tak nak.Sikit-sikit cari ayah.Sayang sangat ayah dia.Tahu tak mommy yang mengandungkan awak tu.Muntah-muntah masa ambil exam."Hana mengungkit.
"Uya sayang ayah lebih sebab ayah yang selalu bersama dia.Jaga Uya dari kecil lagi.Mommy mana ada.Sibuk belajar,"tambah Airil menambahkan rajuk Hana.
Hana menarik mukanya manakala tangan disilangkan."Hana nak duduk di rumah jaga abang dan anak-anak kita tapi abang yang suruh Hana sambung belajar.Konon,nak Hana ada ijazah.Ingat best ke berjauhan dengan suami tiga tahun untuk belajar?Rindu tahu.Tengok ni,Uya dah 4 tahun tak nak dengan mommy,"omel Hana.Patah hatinya apabila Aulia kurang rapat dengannya.
Airil senyum melihat muncung Hana sudah panjang sedepa."Uya tengok mommy merajuk sebab Uya tak layan mommy.Uya sayang mommy tak?"Airil bercakap dengan Aulia yang sengih menampakkan baris gigi putihnya.
"Sayang,"jawab Uya bersahaja.
Hana mengecilkan biji matanya."Eee..Budak comel ni.Macam tu je cakap sayang mommy.Tak ikhlas langsung.Biarlah Uya tak sayang mommy.Nanti baby dalam perut mommy ni keluar,mommy tak nak kawan dengan Uya.Ayah pun mommy tak nak kawan.Mommy nak kawan dengan baby saja."
Airil mengangkat keningnya."Baby dalam perut?"
Hana angguk."Yalah,dalam perut ni ada seorang lagi insan yang bakal dibinkan atau dibintikan Mohd Airil Safuan tak lama lagi."
Terbeliak mata Airil."Hana...Jangan main-main dengan abang.
"Apa main-main pula?Betullah.Hana baru check sebelum konvo minggu lepas memang double line.Tunggu masa nak buat buku pink pula.Tak ingat nak beritahu abang."Hana selamba memberitahu dia mengandung.
Keluhan dari bibir Airil terkeluar."Seriuslah?Hana tak makan pil ya?"soal Airil.
"Hana kan cucuk depo tapi mungkin hormon Hana lebih kuat menghasilkan telur.Gabung pula dengan genetik abang.Melekat pula.Abang ni kenapa?Tak happy ke kita nak dapat baby lagi?"
Airil tidak menjawab.
Haa..Hana dah konvo dan pregnant pula..Sakit kepala Airil..hahahaha
Share this novel
Pantang sentuh , menjadi