Hana bergegas masuk semula ke kawasan sekolah setelah tamat waktu kelas tambahan petang.Masanya masih awal setengah jam sebelum latihan rumah sukan bermula.Dia mahu singgah di perpustakaan terlebih dahulu, memulangkan buku rujukan Sejarah.
Motosikalnya diparkir di kawasan terbuka.Baru sahaja dia membetulkan tudung yang sedikit senget,terdengar deruman enjin lain memasuki kawasan itu.Arshad.
Hana hendak melangkah pergi namun langkahnya terhenti apabila Arshad cepat-cepat memarkir betul-betul di sebelah.Seolah sengaja.Dia menahan Hana.
“Sekejaplah,”suara Arshad kedengaran.
Hana mengerling.Rimas dengan Arshad.Kakinya tetap terpaku di situ. Arshad tersengih sambil membuka topi keledar.Langkahnya mendekati Hana dengan senyumannya agak nakal yang ingin mencairkan hati gadis itu.
“Apa khabar?”tanyanya dengan nada ringan.
Hana mendengus.“Awak suruh saya tunggu semata-mata nak tanya khabar? Acad ingat seronok tercegat di sini?Panas tau!”Suaranya tajam penuh sindiran.
Arshad sedikit terkejut dengan lentingan Hana.Dia mengendurkan suasana.“Janganlah marah-marah.Acad nak ajak Hana pergi padang sama-sama.”
“Tak payah.Saya nak ke perpustakaan dulu,” balas Hana dingin.
“Tak apa,Acad temankan.Lepas tu kita ke padang sama-sama,”pujukan Arshad masih lembut.
Hana bersilang tangan di dada.Matanya tajam menikam wajah Arshad.Kenapa lelaki itu susah hendak faham?"Saya boleh berdikari sendiri.Tak perlukan teman pun."Nadanya berbeza,keras, penuh amaran dalam kiasan.
Arshad tidak berputus asa."Kenapa Hana jadi sombong sekarang?Acad cuma nak berbaik dan berkawan balik.”
Hana menarik nafas panjang,menahan diri.Namun kata-kata itu bagai menyulut api dalam hatinya.“Saya dah tak ada sebab untuk teruskan persahabatan dengan awak,Acad.Dengan usia awak sekarang,saya rasa awak sudah cukup matang untuk faham yang saya isteri orang.Sepatutnya,persoalan-persoalan itu tidak perlu diajukan kepada saya.Dalam situasi sekarang,saya dan awak perlu saling menjauh."Hana menyedarkan Arshad.
Kening Arshad berkerut.Dia memprovokasi.Suaranya rendah tetapi menikam.“Kenapa awak tetap nak setia dengan Airil sedangkan dia sendiri pernah janji dengan saya nak lepaskan awak selepas STPM.”
Hana terdiam sejenak.Kata-kata itu bagai anak panah yang menembus dadanya.Ya, Airil pernah berjanji dengan Arshad tetapi itu tidak bermakna dia perlu berpaling semula kepada Arshad.
“So,kalau betul dia nak lepaskan saya,” suara Hana mula bergetar tetapi lantang."Perlu ke saya berpatah balik kepada awak?”
Wajahnya dingin.“Dengar sini,Acad. Walaupun nyawa saya di hujung tanduk, awak jangan pernah berharap saya akan bersama awak sebab pintu hati sudah tertutup untuk awak."
Hana cuba melangkah pergi,tiba-tiba lengannya disambar kasar.
Degup jantungnya melonjak.Dia merentap kuat, matanya mencerlung tajam, penuh bara."Kau ni tak faham bahasa ke?”Suaranya meninggi."Aku penat tahu tak?Aku cakap aku dah tak cintakan kau, maksudnya aku memang tak cintakan kau!Lembap sangat ke otak kau nak hadam semua itu!"
Arshad terkedu Pertama kali dia mendengar suara Hana setajam itu.
Hana terus menghentam lantang tanpa menoleh kiri kanan.“Harap telinga kau tak pekak,Acad.Aku tak nak berkawan, apatah bercinta dengan kau.Sedar sikit diri kau tu! Dalam hidup aku,kau dah tak ada erti walaupun kau melutut,merayu depan aku sekalipun!"
Kata-kata itu menikam terus ke ego Arshad.Dadanya terasa kosong.Telinganya berdesing.
Saat itu juga,suara pekikan Hana sempat menarik perhatian seseorang. Dari arah makmal komputer, Airil baru sahaja keluar.Langkahnya terhenti, kemudian dia bergegas ke arah parkir.
Dia berdiri di sisi Hana.Wajahnya serius, matanya bergilir memandang Hana yang menyeringai marah dan Arshad yang tergamam.“Kenapa ni?” tanyanya.
Namun Hana tidak mengendahkan Airil. Nafasnya turun naik.Merah padam permukaan kulit wajahnya menahan bara.Dia terus memuntahkan amarah yang berbaki.
“Kau dengar sini, Arshad!” jari telunjuk Hana diangkat tepat ke arah wajah lelaki itu.“Aku tak nak kau muncul depan aku lagi dengan alasan nak kawan atau nak pujuk aku. Sekali lagi kau cuba buat, aku report polis atas gangguan. Atau…” suaranya mendesir, penuh ancaman, “…aku cincang kau lumat-lumat!”
Sunyi.
Arshad terkaku. Airil sendiri tergamam. Wajah Hana yang garang itu belum pernah ditontoninya sebelum ini.
Dada Hana turun naik mengawal nafas. Matanya masih merah menyala sebelum akhirnya dia berpaling, melangkah pergi tanpa menoleh lagi.
Arshad termangu di situ.Suara Hana tadi masih terngiang-ngiang, menghancurkan keyakinan yang selama ini dia pegang.Sedangkan Airil hanya berdiri kaku.Hatinya diam-diam bergetar melihat betapa Hana masih setia mempertahankan maruah mereka berdua.
****
Hana duduk termenung dalam kumpulan rumah sukan mereka.Jauh dari hiruk-pikuk murid lain yang bersorak riang.Pandangannya kosong menatap padang acara 100 meter.Fikirannya melayang entah ke mana.Kosong.
Dari kejauhan,matanya sempat menangkap kelibat Airil.Lelaki itu kelihatan sibuk menguruskan atlet rumah kuning dan memberi arahan penuh semangat.Hana menatap suaminya dengan pandangan kabur.Bukan kerana cinta,bukan kerana kagum, tetapi kerana kepalanya mula berpinar.
"Hana, kau okay tak?Nah,minum air sikit!"Suara Shanaya di sebelah membuatnya tersentak.Shanaya menghulurkan sebotol air mineral.
Hana menghela nafas selepas meneguk air beberapa kali.Tangannya menyentuh dahi."Entahlah.Aku pening kepala. Macam nak demam je."
Shanaya meneliti wajah rakannya itu. Pucat-lesi.Tidak seperti biasa."Kalau tak larat jangan paksa diri.Pengsan nanti. Serius, muka kau pucat sangat ni."Shanaya bimbang.Hana jarang sakit dan tidak bermaya begitu.
Hana hanya mengangkat bahu dengan lemah Badannya terasa berat seolah-olah seluruh tenaganya disedut keluar. Pergaduhannya dengan Arshad sebelum ke padang tadi menambah serabut di kepala.Jiwanya lelah, tubuhnya turut sama memberontak.
Belum sempat dia berehat lebih lama, suara guru kedengaran dari tengah padang memberi arahan untuk semua pelajar memulakan sesi panaskan badan.Murid-murid akur lalu bangkit seorang demi seorang.
Hana mengikut perlahan namun sebaik sahaja tubuhnya tegak,kepalanya terus berpusing hebat.Pandangannya gelap seketika.Tubuhnya terhuyung lalu menongkat pada Shanaya.
"Hana!" Shanaya cepat menyambut, risau melihat wajah sahabatnya."Weh,kau ke okay tak ni?"
Mata Hana berkelip-kelip.Nafasnya pendek.Badannya terasa longlai. Shanaya segera memimpin Hana ke arah Cikgu Liana yang sedang memerhati dari tepi padang.
“Cikgu,Hana demam ni,” kata Shanaya cemas.
Cikgu Liana segera menyambut tubuh Hana.Wajah pucat itu direnung lama sebelum tangannya singgah di dahi Hana.“Hmm…Muka awak ni nampak pucat.Suhu badan pun macam panas je.Awak berehatlah dulu."
Hana menelan liur hendak bercakap. Namun belum sempat bibirnya membuka,tekaknya meloya. Dia menekup mulut tetapi tidak tertahan.Isi perutnya terhambur di tanah.
“Hana!” Shanaya terkejut, terus menggosok belakang sahabatnya. Cikgu Liana turut membantu.Wajahnya risau.
“Hana, awak makan tak tadi?" tanya cikgunya lembut.
Hana menutup mata.Suaranya serak."Makan roti masa rehat tadi."
Cikgu Liana menghela nafas berat, menatap wajah Hana yang semakin lesu."Tak boleh jadi ni.Jom, ikut cikgu pergi klinik.Awak memang tak sihat ni."
Hana hanya mampu mengangguk kecil. Badannya terlalu lemah untuk melawan. Dengan langkah longlai, dia membiarkan dirinya dipimpin pergi, meninggalkan padang dan hiruk-pikuk rumah sukan yang masih riuh.
****
Selesai menyiapkan tugasan sekolah, Airil terus ke rumah mentuanya di sebelah.Setibanya di hadapan rumah, kelihatan babah sedang berborak santai dengan umi di kerusi rotan luar rumah. Sejurus Airil melangkah masuk ke pagar,senyuman mereka menyambut mesra.
“Lewat kau datang hari ni,Airil,” tegur babah bersahaja."Dah makan ke belum?”
Airil membalas dengan senyum nipis. “Dah,babah.Banyak kerja kena selesaikan tadi,tu datang lewat sikit."
“Masuklah rehat kat dalam,”ujar babah lagi."Babah nak ‘dating’ dengan umi dulu."
“Hana ada dalam bilik.Dah tidur agaknya.Tadi Cikgu Yana hantar balik dari klinik.Demam katanya."
Sejenak Airil terdiam.Jantungnya berdegup laju tanpa sebab.Perlahan dia mengangguk memohon diri sebelum melangkah masuk.
Bilik yang dihuni Hana terasa sunyi,hanya kedengaran deru kipas siling yang berputar perlahan.Sejurus pintu ditolak,pandangannya jatuh pada tubuh kecil Hana yang sedang lena di atas katil. Selimut putih menutupi tubuhnya hingga ke dada.
Airil mendekat.
Wajah Hana pucat.Sesekali alis matanya berkerut kecil seperti tidak selesa.Hatinya bagai digenggam sesuatu.Pandangan matanya tidak beralih seolah mahu menghafal setiap inci wajah itu.
‘Kasihan dia…’ bisik hati Airil.
Hari ini Hana terlalu banyak menanggung beban.Pertengkaran dengan Arshad,ditambah tubuh yang mula rebah dek demam.Dia sendiri menyaksikan betapa Hana tadi cuba mempertahankan mereka.
Airil baring perlahan di sisi Hana.Rindu menjalari setiap urat nadinya. Tangannya teragak-agak mahu mendakap dan mengusap lembut isterinya itu agar tidak menganggu lena isterinya.
“Sorry,sayang.Tidur lena, ya.Abang rindukan,Hana.Esok kita selesaikan masalah kita,ya?"
****
Pendingin hawa di bilik kaunseling menyentuh kulit Hana membuatkan tubuhnya terasa kedinginan.Dia menunggu di sofa dengan dada yang berdebar.Cikgu Liana sibuk menyusun fail dan borang di meja.Walaupun belum ditanya,Hana sudah menjangka sebab dia dipanggil secara peribadi pada pagi itu.
Selesai menulis sesuatu pada buku pendaftaran,Cikgu Liana bergerak lalu duduk berhadapan Hana.Senyuman yang lembut itu membuatkan Hana jadi serba tidak kena.Pandangannya jatuh ke lantai tidak berani bertemu mata.
“Kamu sihat hari ni?Ada pening-pening lagi ke?”tanya Cikgu Liana dengan suara penuh prihatin.
Hana menggeleng.Tekaknya saja masih loya namun tidak seteruk semalam.
“Dah makan ubat yang doktor bagi?”
Hana hanya mengangguk kecil.
Cikgu Liana bangun lalu beralih duduk di sebelah Hana. Bahu Hana disentuh lembut.“Hana, saya tahu semua ni terlalu berat untuk awak awak tempuhi.Awak tak perlu tanggung seorang diri.Kita cuma berdua dalam bilik ni.Awak boleh cerita apa saja. Saya janji saya akan bantu awak sedaya yang boleh."
Hana menggigit bibir.Matanya berair. Namun lidahnya kelu.
“Hana,saya tak nak paksa awak tapi kalau awak sudi kongsilah dengan saya.”Cikgu Liana memujuk perlahan dengan hati-hati.“Beritahu saya,siapa yang buat?"
Hana tetap membisu.Air matanya bertakung.Dia tidak ada sebarang idea untuk menjelaskan hal itu kepada Cikgu Liana.
Melihat Hana terpaku,Cikgu Liana menyoal lagi."Hana,saya cuma mahu bantu awak selesaikan masalah awak.Awak tahu kan,perkara ni bukan main-main?Siapa?"
Hana tetap mematung.
Setelah berfikir beberapa detik,Cikgu Liana kembali mengajukan pertanyaa."Abang awak?Hanif?” Suaranya merendah.Bukan dia mahu menuduh tetapi sejarah lama itu membuatkan nama Hanif terlintas di benak Cikgu Liana.
Cepat-cepat Hana menggeleng.Kali ini deraian air matanya semakin deras.Dia buntu.
Cikgu Liana menarik nafas panjang. “Semalaman cikgu tak lena tidur fikirkan awak,Hana.Kalau bukan abang awak,siapa lagi yang buat awak mengandung?Ada orang perkosa awak?Awak beritahulah saya supaya saya dapat cari jalan penyelesaian untuk awak.Saya tahu awak terlalu muda dan mentah untuk ada anak."
Air mata Hana menumpah lagi.Hana memegang perutnya.Panas mengalir di pipinya,bersama perasaan terkejut yang masih belum sempat dicerna sejak semalam.Saat doktor mengesahkan dia sudah hamil tujuh minggu,dia sendiri tepu.Dia tidak pasti mahu gembira atau tidak.Bagaimanakah jika Airil tahu yang dia sedang membawa satu nyawa milik suaminya?Yang pasti ianya bukan khabar yang membahagiakan Airil kerana Airil pernah bersuara supaya mereka tidak memiliki anak lagi.
"Hana,keluarga awak tahu tentang kandungan awak?"Cikgu Liana mendapatkan kepastian.
Hana menjawab dengan gelengan.
"Errr...Bapa bayi dalam kandungan awak ni?Dia tahu awak mengandung?"Cikgu Liana memancing supaya Hana berterus-terang.
Hana masih menggeleng.Itu saja respon yang beri dari tadi.
Kedengaran Cikgu Liana menghela nafasnya."Awak tak cuba beritahu dia semalam awak mengandung?"
Dengan suara tersekat-sekat,Hana mula berkata."Saya masih tak bersedia dan tak ada kekuatan untuk beritahu tentang kandungan ini kepada bapa dia,"kata Hana.Dia memegang tangan Cikgu Liana."Cikgu tolong rahsiakan hal ini buat sementara waktu.Jangan beritahu sesiapa yang saya hamil.
Saya perlukan masa untuk fikir dan selesaikan semua ni sendiri.Tolonglah, cikgu.Anak ini bukan seperti yang cikgu fikirkan.Saya tidak berzina.Anak ini berbapa dan statusnya anak halal.Saya mohon sangat cikgu bantu saya kali ini,"pinta Hana.Dia tahu,Cikgu Liana mesti berfikir tentang status kandungan anaknya dan pasti juga ada pandangan buruk terhadap dirinya.
Cikgu Liana memandang Hana lama-lama.Hatinya hancur melihat wajah anak gadis itu yang basah dengan air mata dan nasib Hana serta kandungannya.Dalam kesayuan itu,dia berfikir apa maksudnya anak itu berbapa?Hana juga mengatakan dia tidak berzina.Jika Hana tidak berzina atau diperkosa,adakah Hana telah bernikah dengan sesiapa?Macam-macam olahan terumus dalam minda Cikgu Liana namun dia tidak mendesak Hana untuk terus bercerita.
Hana bad mood ada sebab.Hehehe...Cepat bagitau Airil.
Share this novel
kesian hana
X sabar nak tau kisah selanjutnya. Suspen lak
Hana pregnant