Langkah Hana terhenti sebaik sahaja dia menghampiri mejanya.Dahinya berkerut,bibirnya sedikit terangkat menahan rasa.
Mejanya… penuh contengan.Merah menyala.
Tulisan besar dengan marker permanent.
“JANGAN GANGGU ACAD!”Bersama lukisan hati yang dipalang serta coretan kecil di tepi:Perempuan gatal!
Hana pejam mata seketika.Nafas ditarik dalam.Jari-jemarinya menggenggam marker putih di tangan.Beberapa orang rakan sekelasnya mengerumuni meja Hana.Masing-masing tergamam melihat contengan itu.
“Aku tak ganggu sesiapa,weh...” gumam Hana perlahan.Geram.
"Aku rasa kan ni mesti budak perempuan form 5 yang serang kau hari tu.Apa masalah dia haa?Bukan ke kau dan Acad dah lama bercinta ke?"Seorang pelajar perempuan bersuara.
Hana diam tidak mengiakan.Dia tahu siapa pelakunya.Ruziana.
Satu-satunya pelajar yang cukup berani berperang secara terbuka jika melibatkan Arshad. Si ‘peminat tegar’ yang tak boleh melihat Arshad rapat dengan mana-mana perempuan.Apatah lagi Hana yang pernah dikaitkan dengan lelaki itu.
Padahal Hana sudah lama tarik diri.
Dia dan Arshad sudah tiada apa-apa.Sekadar kenalan biasa dan itupun Arshad yang masih tidak faham bahasa,selalu mengekori,mencari ruang untuk bercakap, memberi perhatian yang tidak diundang.
Hana mencuba lagi padam tulisan itu.Kali ini dengan tisu basah dari begnya.Tapi sia-sia.
“Buruk sangat perangai budak ni,” gumamnya lagi, suara makin tegang.
"Hana,aku rasa baik lapor saja kepada cikgu.Perangai budak sakit mental macam ni tak boleh dibiarkan.Makin lama makin gila nanti,"cadang Shanaya.Kasihan kawannya selalu diprovok walhal dia tidak ada apa-apa hubung dengan Arshad.
Apabila menerjah ke pintu kelas.Airil ternampak beberapa orang murid berkumpul di meja Hana.Dia pergi tengok dan ternyata Hana cuba memadamkan sesuatu di atas mejanya.Airil mencelah lalu membaca tulisan itu menarik nafas berat.
"Haa...Cikgu Airil,ni ada orang khianat Hana.Saya rasa budak perempuan form tu.Budak nama Ogy tu,"adu seorang pelajar perempuan tadi.
Shanaya menambah menguatkan bukti gangguan Ruziana."Ya,cikgu.Memang tak syak lagi.Saya ni saksi mata Hana yang dia pernah serang Hana beberapa kali kerana Acad.Tak sedar diri betul,orang dah tak nak tak payahlah beria.Muka tak malu."
Airil perhatikan Hana manakala telinganya mendengar olahan daripada para pelajar lain yang mengadu masalah Hana.Pernah sekali dia mendengar pelajar perempuan itu menyerang Hana.Dia cukup kenal pelajar itu kerana dia turut mengajar subjek Kesusasteraan Melayu di kelas pelajar tersebut.
"Tak apalah tu,nanti saya cuba siasat.Am,awak pergi ambil thinner di bengkel.Minta dengan Cikgu Hadi ya cakap saya nak guna sikit,"arah Airil kepada salah orang pelajarnya.
"Yang lain boleh duduk tempat masing-masing."Semua murid ke tempat duduk masing-masing sebaik saja menerima arah.
Namun,Hana masih berdiri tegak merenung mejanya.Sakit hati,geram dan marah menyelubungi hati.Andainya Ruziana ada di depan mata,memang habis dia kerjakan perempuan bodoh itu.
"Hana..duduk dulu.Nanti Am bawa thinner,kita bersihkan meja awak."Suara Airil lembut.
Hana menggeleng."Tangan saya ni rasa macam gatal nak lempang orang.Dia nak sangat Acad tu ambillah.Ingat saya ni desperate sangat ke nak terkejar-kejarkan Si Acad lemau tu.Dia tak tahu ke saya dapat lelaki yang seribu kali lebih baik daripada Acad tu,"ujar Hana yang bernada bengang.
Airil tercengang.Lelaki lebih baik?Adakah dia yang Hana maksudkan?Atau Hana ada Irwan?Atau Iqbal?Yang mana satu pilihan Hana sebenarnya?Namun,keberangan Hana nampak menggerunkan.Airil lebih fokus kepada Hana bukan kepada pilihan lelaki yang difikirkannya tadi.
Apabila kaki Hana mula hendak melangkah,dia sempat menyambar lengan Hana."Nanti dulu,Hana.Jangan bertindak bodoh pergi tampar dia.Awak stay dalam kelas.Saya akan uruskan budak tu dan laporkan kepada kaunseling."
Kaki Hana terhenti dan matanya mengerling pada lengan yang dipegang Airil.Airil perasaan."Oopss..Saya minta maaf.Reflect action,"kata Airil melepaskan tangannya sambil memandang pelajar lain yang jadi penonton.Harap mereka faham itu tindakan refleks dan tidak menjadi buah mulut.
Teringin dia memeluk Hana daripada membuat kecoh tetapi rasa itu ditahan.Ramai mata yang melihat bakal mengecohkan lagi keadaan jika itu berlaku.Silap hari bulan,ada pula yang buat laporan gangguan seksual.Naya walaupun peluk isteri sendiri.
****
****
Hana meluru laju ke arah Arshad.Nafasnya masih tidak teratur marah dan kecewa bercampur dalam dada.Dia berhenti di satu sudut belakang blok kelas, tempat di mana pelajar jarang lalu.Arshad sedang berdiri sambil melihat telefon.
“Acad,” tegur Hana, tegas.
Arshad angkat kepala,sedikit terkejut. “Hana?Nak jumpa Acad ke?”
“Saya nak awak dengar baik-baik,”ujar Hana terus.
Dia tak mahu berdolak-dalik.
“Saya nak awak hentikan semua ni. Tolong jangan cari saya lagi.Jangan ikut saya.Jangan buat saya dikaitkan dengan awak walaupun sebagai kawan.Saya nak awak menjarakkan diri daripads saya.Saya penat dengan kontroversi."
Arshad kelihatan keliru.Dia mengangkat sebelah tangannya.“Tunggu.kenapa tiba-tiba macam ni?”
“Meja saya diconteng,”ujar Hana.Suara sudah mula serak.“Dengan marker permanent merah penuh satu meja. Siap ada kata prempuan gatal."Hana menyeringai.
Arshad terpinga. "Apa?Siapa buat?”
“Ogy.” Hana langsung tidak berselindung.“Saya tahu perangai dia. Awak tahu juga.”
Arshad mengeluh.“Saya dah lama tak cakap dengan dia.Saya tak layan dia pun.”
“Justeru itu,mungkin sebab tu dia rasa saya puncanya.Dah banyak kali dia beri amaran dan hari ni dia buat benda paling bodoh dan memalukan saya."
Arshad diam.Rasa bersalah jelas terpancar pada wajahnya.
“Saya tak nak jadi bahan dalam mana-mana drama dan hentikan spekulasi tidak berasas.Semuanya berakhir.Saya nak belajar dengan tenang. Saya tak nak ada sesiapa buat cerita pasal saya dan awak lagi.”
“Awak buat semua ni sebab cikgu Airil ke?” tanya Arshad akhirnya.
Hana menggeleng."Bukan sebab dia. Ini semua sebab saya nak hidup saya tenang.Kalau saya rapat dengan siapa-siapa pun, itu hak saya.Lagipun Cikgu Airil suami saya.Tapi saya tak nak jadi mangsa kepada mana-mana ‘peminat’ awak lagi.Saya dah penat nak melayan."
Arshad tunduk. Nafasnya berat. “Saya akan cakap dengan Ogy. Saya tak sangka dia sampai hati buat macam tu.”
Hana mengangguk perlahan."Baik.Saya nak cakap awal-awal kepada awak,sekali lagi dia ganggu hidup saya..Saya takkan diam.Saya sendiri pergi tampar mulut dia.Awak sendiri tahu saya jenis yang tak main-main bila dah muak.”
Arshad mengangguk."Saya faham.Saya minta maaf, Hana.”
Hana tak jawab. Dia hanya berpaling, melangkah pergi tanpa menoleh lagi.
Dan Arshad, untuk pertama kalinya, benar-benar rasa dia telah kehilangan sesuatu yang dia tidak pernah benar-benar hargai tepat pada masanya.
****
Suara Hana berkumandang memberi salam.Suaranya tenang walau dalam dada debar tak tentu hala menanti pintu dibuka.
Daun pintu ditolak dari dalam.
Wajah Hanif muncul dengan senyuman separuh senget.Wajah yang sudah lama Hana tak mahu lihat dari dekat.Wajah yang menyimpan sejarah kotor pada pandangan matanya.
“Umi dengan babah mana?” soal Hana, dingin.Dia pulang ke rumah untuk bertemu babah dan umi tetapi tiada pula.
“Keluar,” jawab Hanif pendek. “Kejap lagi balik la tu.”
Hana angguk.“Tak apalah.Aku balik dululah.”
Langkahnya terus dilajukan.Gerak tubuh yang penuh amaran agar menjauh daripada Hanif.Baru saja dua langkah, lengannya disambar kasar dari sisi.
“Eh, kau tak nak masuk ke?Temankan aku. Bosanlah duduk sorang-sorang,” ujar Hanif, senyum tak tahu malu.
Hana merentap tangannya. Kuat.
Saat tangan itu terlepas,satu tamparan hinggap ke pipi Hanif.
Hanif tergamam. Pipinya digosok perlahan tapi bibirnya masih sempat menyeringai.
“Kau tetap garang macam dulu, eh?”
Hana berundur sedikit."Aku garang dengan orang macam kau.Kau ni jantan tak guna.Apa yang kau dah buat kepada Sofi?"
Hanif ketawa kecil mengangkat kening."Jadi,kau dah tahulah pasal anak dalam perut Sofi tu ya?"
Wajah Hana tegang."Jadi,memang betullah kau yang mengandungkan dia?Kau memang ni memang jahanamlah.Hidup bertuhankan nafsu.Lepas tu,tak nak bertanggungjawab."Hana menempelak abangnya yang tiada perasaan bersalah dalam hati walaupun secebis.
“Hei,dia yang rela!Aku tak pernah paksa pun dia tidur dengan aku.Perempuan murah macam tu bukan boleh percaya.Entah berapa orang jantan dah ratah badan dia tu.Bila mengandung nak suruh aku bertanggungjawab.Lainlah kau.Liar.Aku suka kucing garang macam kau," Suara bangga Hanif mencengkam hati Hana.Jari telunjuk Hanif cuba menyentuh pipi Hana namun ditepis kasar.Jijik Hana mendengarnya.
“Aku datang sini nak beritahu babah pasal Sofi.Kau tak boleh mengelak lagi."
Terpaku Hanif. Riak wajahnya bertukar kelat.
“Jangan nak lebih-lebih, Hana!” Hanif meninggikan suara.
Tangan dia menyambar semula lengan Hana, kali ini lebih kuat.Ditarik tubuh Hana ke dalam rumah.
“Kau pun nak jadi macam Sofi ke? Nak rasa benda yang sama?"
“Lepaskan aku!” Hana melawan. Kakinya menghentak lantai, cuba keraskan diri.
Hati sudah bergetar ketakutan.
Dan saat itula bunyi motosikal babah bergema dan masuk ke halaman rumah.
Babah.
Hanif tersentak. Tangannya serta-merta terlepas dari tubuh Hana.
Hana segera berundur beberapa langkah dan jauhkan diri. Nafasnya kasar. Mata bertentang seketika.Muka Hanif kini pucat lesi nampak babah balik.
Pintu pagar diketuk dari luar. Suara babah kedengaran.
“Kau buat apa kat adik kau?"tempik babah kasar menyeringai.Dipandang Hanif bagai hendak dimakan.
Hanif menelan air liur. Hana masih tercegat di situ dan kali ini senyumannya kembali tetapi dengan maksud lain.
Senyuman seorang yang bersedia meledakkan kebenaran.
****
Ruang tamu sunyi.Televisyen menyala tapi tiada siapa yang menonton.Hana duduk di sofa, lipat kaki sambil menonton kosong.Minda cergasnya lebih banyak termenung daripada fokus.
Airil muncul dari dapur, tangan bawa segelas air kosong.Dia letak gelas itu di meja kopi di depan Hana.
Hana pandang sekejap, kemudian alih pandangan balik ke TV.
“Minum sikit.Nanti migrain,” ujar Airil perlahan.Kemudian,dia berdiri sejenak lalu duduk di hujung sofa yang sama.
Sunyi.
Sedikit demi sedikit Airil merapatkan jarak antara dia dan Hana sehingga akhirnya bahunya dan Hana bersentuhan.Dia memandang Hana dari sisi. “Awak okay tak?”Airil mulakan pertanyaan.
Hana diam.Tidak menjawab.
“Saya perasan dari tadi awak muram.Sejak balik tadi diam je.Awak masih fikir tentang hal di kelas tadi ke?"
Masih tiada respon.
Airil bersandar.“Awak tahu tak, senyap awak ni lagi menakutkan daripada awak marah.Muka awak ni mendung macam menanti hujan nak turun selebat-lebatnya."
Hana akhirnya bersuara."Hana penat.”
“Penat sebab apa?”
“Penat kena tempias benda yang Hana tak minta.” Nada suara Hana mula bergetar.
Airil menarik badan Hana sama menyandar ke sofa.Dia melabuhkan lengannya atas bahu Hana."Pasal Acad tadi kan?"
"Semualah.Acad..Ogy..Sofi..Anep.."
Airil angkat tangan, garu kepala yang tidak gatal."Awak tak nak kongsi dengan saya?"
“Abang tanya ni sebagai apa?Cikgu?"
Airil tarik nafas."Saya tanya sebagai… seseorang yang akan rasa tak senang duduk kalau tengok awak macam ni."
Hana tergamam."Hmm..Abang bukan pernah ambil tahu masalah Hana pun."
Airil angkat kening."Saya bukan tak nak tahu. Saya cuma takut kalau saya tanya… awak akan marah.Saya bukan tak nak ambil ambil tapi tengok ni,muka mengalahkan mangga muda masamnya."
Hana senyum sinis tetapi tidak tajam. “Sebab awak suka ambil berat bila saya dah separuh hancur.Bukan masa saya masih boleh bertahan.”
Airil terdiam.
Kemudian,tangannya merangkul Hana betul-betul rapat dengannya.Kepala Hana ditarik mendarat atas dada bidangnya."Okey. Kalau saya lambat, saya minta maaf.”
Dia ambil bantal peluk di tepi, letak atas riba Hana."Tapi sekarang, saya nak jadi orang pertama yang dengar.Bukan orang terakhir.”
Hana tunduk. Pandang bantal.Tidak tahu hendak membalas bagaimana.Keprihatinan Airil mengusik jiwa wanitanya.Sengaja
Airil sambung perlahan, “Saya tak pandai pujuk.Saya ni dah lama tak pujuk perempuan.Tapi kalau awak nak nangis,nangis je. Saya… ada. Okey?”
Sunyi seketika.Kemudian Hana hanya angguk perlahan.Matanya berair, tapi dia cepat-cepat lap.Layanan yang dia inginkan daripada Airil selama ini.Saat itu,dia terus mendakap tubuh besar Airil.
Airil biarkan saja Hana melepaskan emosi yang tersimpan.Rambut panjang Hana yang dilepaskan Airil usap lembut."
"Ingat,saya bukan patung.Kalau saya patung,saya takkan perasan setiap perubahan emosi awak.Saya pedulikan awak,"ucap Airil lagi.
Untuk pertama kali,Hana tersengih kecil dalam dakapan Airil pada hari yang paling membebankan fikirannya.
Alhamdulillah..Dapat update hari nie..Happy holiday guys baca novel MJ.
Share this novel