Di dalam pondok kayu kecil sepasang insan duduk rapat saling meminjamkan haba kepada tubuh masing-masing.Tubuh Hana menggigil kesejukan kerana dicurahi hujan lebat.Airil yang pada awalnya hanya mahu memberikan kehangatan, akhirnya tenggelam dalam sesuatu yang lebih dalam.
Tanpa sedar wajah mereka semakin rapat.Nafas bersatu.Jarak antara mata dan bibir semakin kabur.Hana tidak menolak manakala Airil tidak berundur. Saat bibir mereka bersatu,dunia seolah berhenti berputar.Dunia di dalam pondok kecil itu hanya milik mereka berdua.Namun...Ianya tidak kekal lama.
DUUUMMM!
Satu dentuman guruh yang kuat menggegarkan bumi menyentak mereka kembali ke dunia nyata.Lebih pantas daripada kilat di langit,pelukan hangat tadi terlerai.Bibir yang bertaut tadi segera berpisah.Dua jiwa yang haus itu tergamam dengan ketelanjuran mereka terus menjauh.Hana menunduk menunduk sambil mengusap bibir sendiri dengan telapak tangan.Segan.Dia tidak berani mengangkat wajah walaupun hatinya teringin melihat raut Airil.Dadanya berdebar kencang.
Airil menarik diri perlahan.Dia kelihatan serba salah pantas membelakangkan Hana.Terketar-ketar tangan Airil bukan kerana kedinginan.Getaran itu datang akibat rasa bersalah dan menahan dirinya.Malunya..Kenapa aku bertindak di luar batas?
Airil bersuara."Saya… saya minta maaf, Hana.Saya tak berniat nak..nak..buat itu.Saya cuma nak awak rasa selesa dan hangat… tapi saya dah…errr..Maafkan saya.” Dia tidak mampu teruskan.Nafasnya terlalu berat untuk berkata.Wajahnya merah padam tetapi syukurlah Hana tidak nampak disebabkan membelakangi Hana dan cahaya di dalam pondok itu agak kelam.
Hana diam.Tidak menjawab sepatah pun.Hatinya berkecamuk.Ada manis di bibir walaupun cuma sesaat.Mengapa perlu rasa bersalah dan janggal?Dia keliru dengan perasaan sendiri.Bibirnya digigit.Masih terasa hangat bibir Airil di situ.Inilah dikatakan hanya satu saat yang tidak disengajakan tetapi meninggalkan ribuan rasa.Bibirnya ingin berkata tidak mengapa namun lidahnya kelu dan membiarkan Airil dengan anggapannya sendiri.
Airil bangun menjauh apabila maafnya tidak dibalas oleh Hans.Dia duduk di sisi jendela kecil pondok dan mengintai ke luar.Hujan masih lebat mencurah-curah membasahi tanah.Malam kian bertandang menyukarkan pandangan.
“Hujan tak reda lagi.Hari pun makin gelap.Kita tak ada pilihan lain,mungkin kena bermalam di sini.Awak okay?" katanya hambar.Suaranya serak,seperti menahan sesuatu di dada.
Hana mengangguk.Tiada apa pun yang dia boleh lakukan saat ini melainkan bersetuju.Hendak meredah badai dan ribut beserta kilat seorang diri,memang tidaklah.Bengap namanya.Silap haribulan,dia mati kena panah petir kerana derhaka.
“Abang..Sebenarnya...errr..saya lapar,"kata Hana.Perutnya sudah berlagu.Hujan-hujan begini memang mudah sangat lapar perutnya.
Airil menoleh.Dalam kelam cahaya,wajah Hana masih boleh dilihat jelas.Kasihanya dia melihat raut sayu isterinya.“Tak ada apa di sini.Cuma sebiji durian yang saya kutip tadi,” katanya sambil memandang buah berduri yang terletak di sudut pondok.Hana menggeleng.
Suasana kembali sunyi.Hanya bunyi hujan memukul bumbung pondok menemani.Kedua-duanya tenggelam dalam gelora rasa yang tidak mampu diluahkan.Terlalu banyak yang tersembunyi di balik mata dan diam.
Hana mencuri pandang ke arah Airil. Lelaki itu kini diam membisu.Dia mengetuk-ngetuk lututnya perlahan-lahan.Dia seperti sedang bergelut dengan dirinya sendiri.
Sementara Hana,hatinya juga tidak keruan.Bahagia kerana disentuh rasa yang dia sendiri pendam sekian lama. Kecewa kerana Airil nampak terlalu cepat menyesal.
****
****
Duduk di kampung,Hana belajar menjadi wanita yang rajin ke dapur.Dari dapur,dia menatang dulang berisi cekodok dan air kopi panas.Dia hidangkan kepada Airil dan ibu mentuanya yang berada di ruang tamu itu untuk minum malam
"Jemput minum dan makan semua.Rasalah cekodok pisang resepi Wan.Sedap.Terasa pisang segar dari ladang."Hana hulurkan secangkir air kopi kepada Airil dan ibu.
Setelah itu,dia duduk di sebelah Airil.Mereka tidak banyak bercakap sejak balik dari dusun durian Airil.Perasaan malu masih bertapak dalam jiwa mereka lagi-lagi Airil.Serba tidak kena apabila dia berdua dengan Hana.
"Nasib baiklah Hana tak demam kena hujan semalam.Pakej tidur dekat pondok tu dengan baju basah dan tak ada selimut.Ibu ingatkan kamu berdua lajak ke KL,rupanya ke dusun durian."Khatijah terkejut apabila mereka pulang pagi tadi dalam keadaan yang tidak terurus.
"Tulah,ibu.Dah lah penat hiking setiap lereng tu.Badai melanda pula..Tidur dalam tu sejuk sampai ke tulang,"cerita Hana sambil tersenyum mengingatkan kejadian malam itu.
Malam yang dingin itu membuatkan matanya tidak lena tidur kerana sejuk.Tidak mengira malu atau segan,dia minta tidur atas lengan Airil.Suaminya tidak membantah.Maka sampai ke pagi mereka berpelukan.Dapat tidur dalam pelukan Airil sangat membahagiakan dan dia tidak akan lupakan saat pertama kali bibir mereka bersatu.Sungguh manis.
"Ril pun satu,bawa Hana masuk kebun tak tengok cuaca.Dah nampak langit tu gelap,cepat-cepatlah balik.Kasihan Hana."
"Betul tu,ibu.Dah la dia tak cakap nak pergi kebun.Penyudahnya Hana pakai blouse macam orang nak OOTD tepi pantai tapi kena panjat lereng bukit.Sakit kaki Hana,ibu."sambung Hana mengadu.Memang dia tidak puas hati pun.
"Alaa...Ril nak buat suprise je.Orang lain elok je masuk kebun pakai baju kurung."Airil mempertahankan diri.
"Macam-macamlah korang ni.Tapi tak apalah,semua selamat pun ibu bersyukur.Eh,ibu ada perkara yang dibincangkan dengan kamu berdua ni!"Khatijah teringat sesuatu alang-alang mereka sedang berkumpul.Lama sudah difikirkan perkara itu cuma tidak diluahkan lagi.Sebelum dia terlupa lagi,baik dibincangkan bersama.
Airil dan Hana memandang Khatijah.
"Ibu plan nak buat kenduri kesyukuran perkahwinan kamu berdua di sini.Ril rasa macam mana?Bila sesuai?"
Tertelan terus air kopi yang ditegur Airil.Ketat tekaknya walaupun air yang lalu."Kenduri?Kan dah kenduri dulu kat kampung datuk Hana."
"Itu belah perempuan.Belah kita tak buat lagi.Ibu ni bukan apa,benda baik perlu dihebohkan.Ramai yang tak tahu Ril dah kahwin.Kawan-kawan ibu pun ada bertanya.Ibu bukan apa,biarlah orang kampung tahu hubungan kamu berdua.Tak adalah orang bercakap jika nampak kamu berkepit ke sana sini,"ujar Khatijah berkias.Adalah khabar tidak enak sampai ke telinganya membuatkan hati Khatijah tidak tenang.Orang yang menyebarkan cerita pula bukan orang lain,mak su nya sendiri tetapi versi yang berbeza.
"Bila ibu nak buatnya?"tanya Airil hambar.Dia tidak tahu apa keputusan yang ingin dia buat tentang itu.
"Ni yang ibu nak bincangkan.Airil dan Hana rasa bila tarikh yang sesuai?"
"Tak tahulah,ibu.Macam tak sempat je.Lagipun Airil kerja,Hana pula belajar.Nak exam pula tu.Tak sempat kami nak uruskan majlis."Airil memberi alasan.Seboleh-bolehnya dia hendak mengelak.Tidak terfikir pula dia bersanding dengan Hana.
"Sebab itu ibu tanya.Kita bincang.Ibu faham kamu berdua sibuk.Ibu cuma nak tarikh saja,yang lain biar ibu uruskan.Nanti kamu berdua balik,semuanya sudah selesai."
Airil dan Hana saling berpandangan.Ibu mereka benar-benar serius mahu mengadakan majlis kesyukuran mereka.
"Hana pula bagaimana?"Soalan bertukar kepada Hana yang diam.
"Errr...errr..Hana tak tahulah,ibu.Hana tak boleh buat keputusan.Hana ikut Abang Airil saja."Jawapan selamat.Sebenarnya dia tidak kisah langsung mengadakan majlis mereka seperti permintaan ibu tetapi dia tahu Airil berat hati."
"Beginilah,apa kata kita buat selepas Hana habis exam STPM?Tak apalah lambat sikit pun ya.Yang penting kita buat,"cadang Khatijah diiringi senyuman manis.Senyuman yang menaikkan seri wajah lembutnya.Sedap mata sesiapa yang memandangnya.
Hana dan Airil mengangguk.Senyum dipaksa.Tidak pasti benar-benar setuju atau sebaliknya.
****
"Hello.."
"Wei mak cik,seronok ya kau bercuti!Hantu betullah kau ni,waktu cuti lupa kawan.Whatssap sekeping pun tak.Apa yang seronok sangat sampai aku pun kau tak ingat."Kedengaran suara Shanaya terus menerpa tanpa brek.
Terhambur ketawa kecil Hana."Sorry la,Sha.Aku tak lupalah.Bukan sengaja tak contact kau cuma nak bagi kau peluang cuti puas-puas.Nanti dah buka sekolah,hari-hari kau hadap muka lawa aku ni.Kau jemu pula."Hana bergurau sememangnya merindui sahabat baiknya itu.Keseronokkan bercuti di kampung Airil membuatkan Hana lupa sekejap siapa dirinya.
"Sembanglah kau.Weh,kau apa cerita!Macam mana cuti kau?Best tak?Aku pergi rumah kau,babah dan umi kau ada.Aku pun pelik,kenapa kau tak ada.Babah kau cakap kau balik cuti kat kampung nenek kau.Tak nak balik sampai habis cuti.Pandai kau ya,buat surat cakap family balik kampung padahal kau yang cuti lebih-lebih."Suara Hana galak dalam telefon.Beria-ria dia bercerita.Hana gelak sementara sebelah tangan mengurut kakinya yang sakit dan lenguh kerana panjat bukit pakai sandal.Jika dapat dilihat,mungkin urat-urat kakinya terbelit antara satu sama lain.
"Aku saja nak privasi ambil angin kampung.Nanti aku baliklah."
"Kau tak ada,aku boring gila.Tak ada kawan nak menyembang.Rindu nyan.Kelas tambahan memanjang.Nasib baiklah buah hati kau tu tak buat kelas tambahan,dapatlah juga berehat sehari dua.Dia pun bercuti juga kot.Aku intai kat rumah,pintu tertutup."
"Dia balik jenguk anak kat kampung kot."
Sewaktu Hana berbual dengan Shanaya melalui telefon,Airil masuk ke dalam bilik.Laju tangannya mengelap rambut yang basah.Rambut basah serta bau sabun yang wangi menandakan lelaki itu baru selesai mandi.Hana menyuruhnya senyap.Shhhh....
"Sha,nantilah aku call kau ya.Aku dengar atuk aku panggil aku kat luar.Okay babes..I miss you.Bye.Muaaahh..Muaahh.."Muncung panjang bibir Hana menghadiahkan ciuman kepada Shanaya.
Airil duduk di hujung kaki Hana merenung dengan pandangan tidak berkerdip."Amboii,panjang sangat muaaahh tu!Siapa call?Acad?"
Hah.."Abang pekak ke saya sebut nama Sha tadi?"bidas Hana.Dalam ramai-ramai orang,kenapalah Arshad yang terlintas di minda Airil?Bukan niat untuk meninggi suara tetapi geram.
"Janganlah marah.Awak ni angin sebadanlah.Period ke?"tanya Airil merasakan Hana dingin.Kaki Hana ditarik.
"Eh,nak buat dengan kaki saya ni!"Hana terkejut apabila Airil melarikan kakinya.
"Cakap sakit kaki.Sinilah nak urut."Airil terus memicit-micit kaki Hana tanpa disuruh mahupun dipaksa.Hana diam merelakan.Seronok juga kadang-kadang ada orang urutkan.Percuma pula tu.
Beberapa minit membisu,Airil melirik Hana yang sedang menonton video tik tok barangkali.Diintai raut lembut itu.
"Hana..Maafkan saya,"ucap Airil.Matanya berkaca penuh rasa bersalah memandang Hana.
Hana mengangkat bahu."Untuk apa?"
"Pasal semalam."
"Semalam?Yang mana satu?Banyak tahu abang buat salah semalam."Hana mengingatkan.
"Masuk kebun tak cakap.Baju awak basah..Awak sejuk..Kaki awak sakit pakai sandal..dan bibir awak.Yang tu saya betul-betul tak sengaja.Ianya di luar dugaan.Saya tahu awak marah saya pasal tu.Sebab itu awak tak banyak bercakap dengan saya hari ni."Airil salurkan rasa bersalah yang mengusik hatinya.Perkara paling berat yang dia telah buat terhadap Hana.Mengucup bibir isterinya tanpa sengaja.Meskipun Hana tidak menolak,dia tahu Hana juga tenggelam sama.Biasalah lelaki dan perempuan apabila berdua-duaan,pasti ada yang ketiga menghasut.
"Lupakanlah tentang tu.Saya okay.Tak ingat dah,"bohong Hana.Sememangnya dari dulu dia mengharapkan kucupan itu mendarat ke bibirnya.Nikmat sesaat itu tidak akan pernah dia lupakan.
"Saya tak nak awak ingat saya nak ambil kesempatan ke atas awak.Tidak sama sekali saya akan memperlakukan itu kepada awak.Saya tak tahu yang semalam tu kenapa sebenarnya.Saya tak sedar apa yang saya buat.Tolong maafkan,saya?"Bersungguh-sungguh Airil memohon keampunan daripada Hana.Dia lalai dengan hasutan syaitan yang mendorong dia membuat hal tidak senonoh itu terhadap Hana.Rasa bersalah sangat menebal dalam hatinya.
Berbeza dengan pandangan Hana.Anggapan Hana berbeza kerana itulah pengalaman paling indah dalam hidupnya.Pertama kali dia merasa jalaran perasaan menjalar dalam jiwa yang datang serta-merta.Namun,dia memujuk hatinya agar tidak mengharapkan kepastian kerana dia tahu itu semua palsu.Airil ternoda oleh hasutan orang ketiga yang mereka tidak nampak dengan mata kasar bukan kehendak hatinya.
Hana menarik kakinya."Cukup-cukup.Kaki Hana sakit.Saya penatlah,saya nak tidur."Hana berpura-pura menguap.Mengantuk kononnya."Jangan risaulah,Hana dah maafkan abang dan lupakan segalannya.Betul-betul ikhlas daripada hati Hana.Tak perlulah bangkitkan lagi isu itu.Hana nak tidur.Abang tutup lampu ya sebelum keluar nanti."Hana menarik selimur lalu berselubung hingga ke kepala.Sudah terang lagi bersuluh dia enggan diganggu.
Selamat membaca..Tak ada apa pun yang berlaku antara mereka..Kembali dingin..hehehe..Tenang ye semua,harapan korang untuk Airil tinggi sangat.Kalau dah bongkah tu bongkah juga la.
Share this novel
bila next update?
Rasa mcm pendek aje ... tak puas. Kita frust lah juga takat tu aje Airil bertindak. Tapi tak ape mcm best pula mrk berteka teki hati dan tindakan masing2... main cak cak ... sonokkkk Thanks tau
Pe la airil ni rasa bersalah pulak tu kan isteri dia..tak sabar nk baca lagi..xpuas baca..bila la airil betul betul terima hana..