Waktu rehat,tandas sekolah jadi tempat lepak rahsia dua sahabat itu.Di hadapan cermin panjang,Hana sibuk membetulkan tudung,manakala Shanaya duduk di atas sinki sambil menggigit straw minuman kotak.
“Aku musykil la,weh.”Shanaya mula bersuara sambil menoleh ke arah Hana. “Aku rasa pelik sikitlah dengan Cikgu Airil.”
Hana berkerut dahi.“Pelik kenapa pula?Dia ada buat apa-apa pada kau ke?"
Shanaya buat gaya telunjuk ke dagu, merenung penuh dramatik.“Dia memang bebas keluar masuk rumah kau ke?"
Hana meneguk air liurnya sebelum menjawab tenang.Tidak terjangka dek otak soalan yang akan diajukan oleh Shanaya itu.Rajin pula matanya memerhati gerak-geri Airil."Dia kan banyak tolong family aku.Family aku pun dah selesa dengan dia."
Shanaya menjeling."Tapi semalam masa aku datang bertandang,aku nampak dia keluar dari bilik kau,Hana.Bilik.Kau faham tak?Bukan dapur,bukan ruang tamu.”
Hana tergelak kecil.Dia berdalih."Alah, babah minta tolong ambil barang dalam bilik kot.Benda biasa la tu."
“Ambil barang dalam bilik anak dara orang?"Shanaya masih ragu.Nada suaranya semakin perlahan tapi tajam penuh syak wasangka.
Hana angkat bahu acuh tak acuh walau dalam hati dah mula panik sikit.
“Masa dia masuk tu pun aku tak ada dalam bilik,Sha.Tak jadi masalah pun. Lainlah kalau aku ada sekali dalam tu. Setakat masuk ambil barang sekejap, takkan nak kecoh,” jawab Hana, berlagak tenang.
Shanaya diam seketika, termenung. “Hmm…Aku tak nampak dia bawa apa-apa barang pun kat tangan dia masa dia keluar.Musykil."
Hana tegak duduk."Mungkin babah suruh letak barang.Eee...Sha,aku malas nak fikir masalah kemusykilan kau ni.Biarlah dia nak masuk ke apa.Kenapalah dia tak masuk masa aku ada dalam bilik?Aku suka aje.Boleh juga aku goda-goda dia."
Shanaya cubit lengan Hana."Weh,gatalnya kau ni!Tak malu,"Shanaya membeliakkan mata.
"Sakitlah,wei.Orang kata rezeki jangan ditolak.Kau pun tahu aku suka Cikgu Airil yang gorgeous tu.Alangkah indahnya jika aku terkurung di dalam bilik dengan cikgu pujaan hati aku.Aku kunyah-kunyah dia,nyah."
Shanaya mencebik."Tak payah berangan lebihlah.Dia tak pandang gadis hingusan macam kita ni.Bukan taste dia."
"Mana kau tahu aku bukan taste dia?Sebeku-beku hati dia boleh dicairkan kalau kena dengan caranya,"jawab Hana.Dia berjaya menarik perhatian Shanaya daripada mempetikaikan keberadaan Airil di rumahnya.
"Mana kau dapat perangai gatal ni?Kau tak pernah segatal ni.Seram aku dengan kau ni."
"Sifat semulajadi aku."Hana tersenyum nipis lega kerana rahsianya masih selamat buat masa ini. Tapi dalam hati, dia tahu… lambat-laun, sesuatu akan terbongkar.
****
Petang itu,suasana rumah tenang dan berangin.Bau gorengan karipap dari dapur menyelinap keluar hingga ke halaman.Hana sibuk menghidang minum petang di ruang makan sambil sesekali menjeling ke luar tingkap.
Airil diam saja waktu itu.Sepasang matanya menyimpan sesuatu.Dia menghampiri Hana dan berbisik,"jangan beria sangat siapkan semua untuk Acad.Ingat abang ni,"kata Airil bernada iri hati.Awal-awal Hana beritahu yang Arshad ingin bertandang melawat umi petang ini.Menyesal pula dia benarkan.Cemburu dengan Airil memang tidak dapat dipisahkan.
Hana tersengih.Dia tahu suaminya itu tidak senang duduk."Ala..Abang ni.Hana siapkan untuk dia sebagai tetamu kita saja.Behave yourself ya.Jangan buat benda yang bukan-bukan.Cemburu tu jangan tunjuk sangat,"ujar Hana memberi amaran.Takutlah kalau-kalau suaminya itu hilang pedoman.
"Mana ada abang cemburu."Kemudian, dia duduk di sofa ruang tamu berpura-pura tenang dengan telefon pada tangan.Matanya tetap menoleh ke arah pintu.Hatinya tidak setenang wajahnya.
"Assalamualaikum."Suara menyapa dari luar rumah.
“Waalaikumussalam.Silalah,masuk," balas Hana terus mempelawa.Usai menanggalkan selipar,Arshad masuk dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.
Airil bangun juga menghampiri Hana.Melihat Hana menyambut Arshad dengan senyuman sopan,rasa tidak puas di hatinya makin menebal.'Tak boleh jadi ni.'
Arshad masuk sambil mengerling sekeliling.Mata dia dan Airil bertembung menimbulkan kejanggalan.Hanya anggukan kecil sebagai salam lelaki ke lelaki.
"Duduklah.Kenalkan,ini babah dan umi saya..Umi.Babah..Ini Acad.Kawan Hana."Hana memperkenalkan Arshad kepada babah dan umi.
Arshad bersalaman dengan babah dan menunduk hormat kepada umi sebagai tanda penghormatan kepada orang tua dan tuan rumah."Apa khabar,mak cik dan pak cik.Maaflah,saya mengganggu waktu petang mak cik dan pak cik.Saya ada bawakan buah tangan yang ibu saya kirimkan.Ini sup ikan haruan ibu buatkan.Ibu cakap sup ikan haruan ni baik untuk luka pembedahan.Mak cik cubalah."Arshad berbasa-basi menyerahkan amanat yang disampaikan oleh ibunya.
Umi senyum mesra."Sampaikan ucapan terima kasih mak cik kepada ibu Acad ya.Buat susah-susah saja siapkan sup bagai.Eh,Acad ni dah berapa lama kawan dengan Hana?Mak cik rasa tak pernah jumpa lagi Acad sebelum ni.Kalau rakan sekelas macam Amri dan Iqbal tu mak cik kenal.Acad sekelas juga ke?Maaflah,mak cik ni dah tua.Tak ingat pula,masing-masing dah besar kan.Berubahlah rupanya."Dari tadi umi cuba mengingati Arshad.Dia tidak pernah berjumpa Arshad malahan Hana tidak pernah menyebut nama Arshad dalam ceritanya.Jadi,memori tentang Arshad memang tiada dalam otak umi.
Arshad melebarkan senyuman."Kawan kelas sebelah je,mak cik."
“Ohh... patutlah.Yang sekelas dengan Hana pun ada yang mak cik tak kenal."
Airil duduk di sebelah Hana rapat-rapat hingga bahu mereka bersentuhan. Tangannya di belakang sofa, jarinya sengaja menyentuh bahu Hana.
Arshad perasan hanya mampu senyum kelat.
Airil tunduk dekat Hana,konon mahu bisik sesuatu.“Sayang,I love you,"bisik Airil pada telinga Hana.
Hana senyum lalu menyiku Airil.
Arshad pandang umi semula cuba tidak hiraukan momen kecil yang menikam hatinya.
“Hmm..Bagaimana keadaan mak cik sekarang?"soalnya.
“Alhamdulillah,makin baik.Hana dan menantu mak cik rajin jaga mak cik.Eh,Airil ni cikgu kamu kan?"tanya umi bersahaja.
Arshad mengangguk perlahan."Ya,mak cik.Saya kenal cuma Cikgu Airil tak mengajar kelas saya.
Arshad toleh ke arah mereka.Kali ini jelas kecewa.Airil semakin ‘naik lemak’.Dia mengelus lembut belakang tangan Hana yang terletak di atas sofa, buat-buat macam tidak sedar orang ada di depan mereka.
Arshad telan liur.Dia melemparkan pandangan ke lantai.Kemudian beralih kepada umi dan menyimpulkan senyuman.Dia melihat jam tangannya dan pura-pura mengejar masa."Sebenarnya,saya ada hal lain ni.Saya singgah sekejap untuk melawat mak cik di sini.Saya minta diri dulu ya,mak cik."
“Tak sempat nak borak lama-lama,dah nak balik.Mak cik baru nak berkenalan,"ujar umi.
"Itulah,mak cik tapi nak buat bagaimana?Ayah saya suruh balik cepat untuk tolong dia,"Arshad berbohong padahal dia sakit mata Airil duduk rapat-rapat dengan Hana.Saja hendak tunjuk kuasa suaminya boleh pegang-pegang Hana.Sakit hati Arshad.Tatapan mata Airil kepadanya jelas mengatakan 'Hana telah dimilikinya dan jangan berani kacau.'
"Kalau ya pun,jamahlah minum petang tu dulu.Cikgu Airil kamu yang buatkan air teh o tadi.Karipap itu Hana gorengkan.Hana dah siap hidang sebelum kamu sampai tadi.Memang dia sediakan untuk kamu.Jemputlah,"umi mempelawa Arshad.
Arshad tidak mampu menolak pelawaan umi meskipun dia tidak berminat untuk menjamu deria rasanya dengan air tangan Airil.Demi menjaga hati tuan rumah,Arshad terpaksa menikmati hidangan yang sudah tersedia atas meja.
Airil bergerak ke arah meja dan menanti Arshad duduk di hadapannya.Dia menghulurkan cawan berisi air teh o yang dibuat tadi kepada Arshad.Sengaja dia beri kerana dia tahu Arshad tidak terliur pun hendak merasa air teh o buatannya.Diambil pun kerana terpaksa.
“Silakan.Bukan selalu dapat rasa air tangan saya,"kata Airil sambil tersenyum dengan maksud tersirat.Dia mengambil alih tugas Hana melayani tetamu kerana dia enggan Hana melayan Arshad.
“Terima kasih,”jawab Arshad sambil senyum tawar.Jemarinya menggenggam lutut sendiri menahan rasa di bawah meja.Dia tidak ikhlas beramah mesra dengan Airil.
****
Langkah kaki Hana lesu sewaktu dia melangkah masuk ke ruang tamu. Tudung dilonggarkan,beg tangan dicampak ke sisi sofa sebelum tubuhnya rebah perlahan-lahan atas kusyen empuk.Dipejamkan mata seketika,satu tangan mengurut kepala yang terasa berat.Bukan kerana sakit semata tetapi bebanan fikiran yang bersusun menanti diselesaikan.
“Penat?"
Suara itu muncul dari pintu utama.
Hana membuka mata.Airil berdiri bersandar santai.Senyum pada bibir terukir indah menghiasi wajahnya agar tampak manis.T-shirt ringkas dan seluar trek yang dipakai menunjukkan dia baru sahaja menyeberang dari rumah sebelah.
“Penat sangat,” Hana mengaku sambil menutup mata semula.“Belajar memandu pun macam kena training askar.”
Airil ketawa kecil sebelum duduk di sebelahnya.Tangannya terulur ke tengkuk Hana,kemudian diurut perlahan dengan ibu jari.Lembut,tenang dan penuh pengertian.
Hana mendengus puas."Bestnya.Ringan rasa kepala Hana."
Belum sempat dia lena dibuai belaian jari-jemari suami,kedengaran bunyi pintu bilik dibuka.Babah dan umi melangkah keluar ke ruang tamu. Segera Hana dan Airil membetulkan posisi duduk mereka agar kelihatan sopan.
“Umi, babah." Hana senyum.
Babah hanya mengangguk.Umi duduk perlahan manakala matanya terus menghala kepada pasangan tidak setara umur itu.Ada sesuatu pada wajahnya yang membuatkan Hana berdebar.
“Umi nak cakap sikit ni,” ujar umi perlahan dan tegas.
Hana dan Airil saling berpandangan. Nafas Hana tertahan.Airil memandang sepi bersedia mendengar.
“Apa dia, umi?”Hana bertanya.
Umi tenang menarik nafas lalu dihembuskan.“Mulai esok,Hana tak payah jaga umi lagi.Umi nak Hana fokus belajar dan jalani hidup Hana sebagai isteri dan pelajar seperti biasa.Hana dan Airil baliklah ke rumah kamu di sebelah."
Terkedu.
Hana memandang umi.“Umi tak suka Hana jaga umi ke atau umi tak suka Hana dan Abang Airil tinggal di sini?"
Umi mengeluh kecil.Telahan Hana terpesong daripada niat sebenarnya. “Bukan umi tak suka,nak.Umi dah sihat dan boleh urus diri sendiri.Umi tak nak susahkan kamu berdua.Kamu berdua masih banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Umi faham kamu berdua penat.Umi tak nak bebankan kamu,"ucap umi berhati-hati demi menjaga hati anak menantunya.
“Umi bukan beban.Hana ikhlas jaga umi.”
“Umi tahu."Umi senyum.“Tapi tengoklah masa untuk diri Hana berehat tak ada.Umi tahu tugasan sekolah Hana pun banyak.Terkejar-kejar ke sana sini.Tidur malam pun tak tentu pukul berapa.Lepas ni,Hana tak payah teman atau tengok umi malam-malam.Babah ada."
"Tak salah pun Hana jaga umi sampai umi betul-betul sihat.Tanggungjawab Hana kan jaga umi.
"Memanglah tak salah tapi Hana jaga umi sampai suami hilang perhatian dan teman tidur.Kasihan Airil tak lena tidur malam-malam.Umi tahu Airil teman Hana buat kerja kat lantai bilik umi tu malam-malam sampai terlena sama-sama,"kata umi teringat kejadian pagi tadi.Kerap sangat mereka berdua tidur atas lantai.Kasihan.
Hana terdiam cuba memahami intipati penyampaian umi.
Airil tersedak kecil.Hana menahan ketawa.Malu-malu.
Babah tiba-tiba mencelah dengan selamba.“Masalahnya bukan Airil je hilang teman tidur,babah ni pun.Hari-hari babah tidur peluk kusyen ni malam-malam.”
Ketawa pecah dari Airil dan Hana.
“Babah…” Hana merintih manja."Eh, bukan selalu pun Hana teman umi tidur.Sekali-sekala je nak bermanja.”Hana membela diri.
Babah menjongket kening.“Jadi,babah tak payah bermanja dengan umi kamu? Tak kira.Lepas ni,dua-dua balik rumah sebelah.Kalau tak nak,tu bilik kamu di situ,"kata babah menegur dalam gurauan.Babah memuncungkan bibirnya ke arah bilik Hana.
Airil mengangkat kedua-dua tangan tanda setuju.“Saya ikut arahan babah.”
Airil dan babah sama-sama ketawa.
Dalam tawa yang bergema di ruang tamu itu,Hana memandang suaminya. Ada tenang dalam pandangan Airil. Ada rasa syukur dan rindu yang selama ini tertahan.
Airil saja kan nak psiko Acad.Hahaha..Kan babah dah halau balik.Babah nak manja dengan umi pun susah ada dua ketul tu.
Share this novel
??
tq sis