"I love you."Kalimah keramat yang Hana nanti-nantikan daripada mulut Airil akhirnya terlafaz jua.Hana membalas dengan pelukan erat.Malam yang panjang untuk mereka berdua meluahkan segala yang tersirat di hati mereka.Airil mengakui dia mula jatuh hati kepada Hana dan merasmikan Hana adalah milik mutlaknya.
Hana tersenyum lebar teringatkan malam nan indah itu.Wajahnya berseri-seri mengalahkan pengantin baru.Dia duduk di meja makan menikmati air kopi panas yang aromanya menusuk hidung.Wangi.
"Ada something yang buat awak happy?Senyum memanjang nampak.Takkan makan mi goreng pun bahagia sangat,"soal Irwan sambil menuangkan mi goreng ke dalam pinggan.Hendak bersarapan sebelum berangkat ke dapur resort.
Hana menggeleng.Pipinya merah jambu."Tak ada apa-apa.Bangun pagi rasa segar je badan.Rasa macam dapat semangat baharu setelah beberap hari menghadapi tempoh stres.Tunggu Aqeef nak pergi bersiar-siar,"kata Hana menyembunyikan rasa bahagia yang dikecapi bersama Airil.
"Hati-hati bawa basikal ya.Jangan langgar pasu bunga rumah orang lagi.Jenuh pula saya dan Airil nak menjawab lagi-lagi kalau dengan nek tok.Riuh sekampung nanti."Irwan mengusik.Teringat peristiwa Hana jatuh basikal melanggar pasu-pasu bunga nek tok.Mengamuk sakan nenek kebayan itu minta ganti rugi.
Hana tergelak.Memalukan sungguh peristiwa itu.Bernanah juga telinganya dimaki hamun oleh nenek Irwan itu."Saya tak lalulah kawasan rumah nek tok tu.Panas telinga kena maki.Macam manalah awak boleh tahan hidup dengan dia?"
"Siapa kata saya tahan?Sebab saya tak tahanlah saya lari tinggal dengan ibu dan Airil.Cuma saya masih hormat dia sebab dia nenek saya,"ujar Irwan mengenangkan nek tok yang perangai tidak semenggah itu.
Mereka berdua ketawa.
Acchumm...Acchuumm..Garau suara bersin dari belakang menyebabkan mereka berpaling.Airil berwajah agak merah dan bersin beberapa kali menyertai mereka bersarapan.Lemah langkahnya.Dia melabuhkan punggung di sebelah Hana.
"Kau tak sihat ke?"soal Irwan.
"Macam demam dan selesema ni.Rasa macam kapal tenggelam dalam kepala aku.Berat ,"jawab Airil bersuara serak.Hidungnya tersumbat.
Hana cepat-cepat mengisi mi goreng dan menuang air kopi lalu dihulurkan kepada Airil."Ni untuk abang."
Senyum nakal mula terbit di bibir.
'Malam tadi elok je.Bangun pagi terus demam.Takkan sebab malam tadi terus tewas?”bisik Hana dalam hati sambil tahan ketawa.
Airil perasan senyuman Hana itu.“Haa, jangan nak happy sangat.Saya tahu apa yang dalam kepala awak tu.”
Hana buat muka polos."Saya tak kata apa pun."
“Dah tu.Yang sengih macam dapat hadiah cabutan bertuah tu kenapa?”
“Sebab abang janji nak bawa saya jalan-jalan.Mestilah happy.”
Irwan mencelah.“Awak lupakanlah niat nak berjalan selagi dia tak sihat sepenuhnya.Sekejap lagi belum tentu awak dapat berbasikal dengan Aqeef."
Hana pandang Irwan."Kenapa pula?”
"Selama kahwin,Airil tak pernah demam ya?"
Hana mengangguk.
Irwan angkat kening.“Dia ni kalau demam umpama sudah tiada hari esok untuk dia menikmati kehidupan."
Hana buat muka hairan."Maksud awak.?
Irwan habiskan kopi lalu bangun bawa pinggan."Awak tunggu dan lihat saja.Nanti awak akan faham maksud saya.Okaylah, saya pergi kerja dulu. Awak jaga suami kesayangan awak ni. Good luck."Ceria Irwan pergi ke kerja.
Hana senyum tapi sempat jeling Airil yang dah mula bersandar macam kena gigit ular sawa.
****
Langit tengah hari agak redup.Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dari celahan tingkap bilik yang terbuka sedikit.Di atas katil, Airil masih dalam keadaan berbungkus dengan selimut seperti mumia yang baru keluar dari piramid Giza.Selimut tebal membalut sampai ke dagu.Hanya nampak hujung rambut dan hidung yang merah.
Dia menggigil perlahan.Suaranya pun tidak keluar sangat.Sekali-sekala terdengar bunyi batuk kecil dan keluhan manja.
Hana masuk ke bilik dengan dulang kecil.Ada semangkuk bubur panas beras wangi berisi hirisan telur masin,sayur kangkung goreng dan ayam serta segelas milo suam.Airil dari tadi tidak keluar bilik.
“Ya Allah..Abang..Teruk sangat gayanya ni," Hana letak dulang atas meja sisi katil.Hana pandang Airil dari kepala sampai hujung kaki.Berbungkus tidak bergerak seperti bayi baru lahir dibedung.Barulah Hana faham maksud demam umpama tiada hari esok untuk dinikmati lagi yang diberitahu Irwan pagi tadi.
Airil buka mata sikit.Lemah seluruh badannya."Tolong saya.Sendi-sendi saya semua rasa lemah ni."
Hana duduk di sebelah.Dahi suaminya disentuh. “Abang ni sebenarnya demam apa?Demam terkejut ke?”
Airil kerut dahi, tidak mengerti.“Terkejut apa?”
Hana senyum nakal.“Yelah,malam tadi kan servis penuh.Almaklumlah,dah lama tak beroperasi.Terkejutlah tu namanya,"usik Hana berkias nakal.
Airil tarik selimut sampai ke hidung."Tolong sikit.Tak ada terkejutnya.Dah memang ditakdirkan saya demam hari ni.Tak ada kena mengena dengan kisah malam tadi."Airil menafikan usikan Hana.
“Eleh.. Abang malu nak mengaku la tu kan?Abang..boleh abang bahasakan diri abang.Tak best la saya je.Macam formal sangat.Skema."
Airil dan baring atas riba Hana."Baiklah sayangku,Hana Qaisara.I love you.Bila nak suap abang makan ni?Lapar.Dari tadi tunggu isteri abang suapkan."Airil merengek manja atas riba Hana.
Hana tergelak.“Alahai...Baru Hana tahu suami Hana ni manja orangnya.Dulu bukan main beku macam bongkah ais,"kata Hana.
"Baru tahu abang manja."Airil duduk menanti suapan Hana.Perasaan bahagia yang telah lama mati,kini hidup semula ketika bersama Hana.
Hana angkat mangkuk bubur. “Okay. Makan sekarang.Lepas ni kena makan ubat pula.Atau abang nak pergi klinik?Kalau nak,Hana call Wan balik hantar ke klinik."Hana meniup bubur panas sebelum disuakan ke dalam mulut Airil.
Airil merungut kecil."Tak nak.Abang nak berdua dengan Hana saja.Nak Hana jaga abang,jadi jururawat abang.Tak nak Hana jauh-jauh dari abang.Hana kena urut abang,suap abang dan mandikan abang."
"Amboi..Ni sudah lebih.Abang bukan cacat tak boleh mandi sendiri.Kaki pun tak patah."
Airil merangkul lengan Hana.Kepalanya disandarkan pada bahu Hana."Bolehlah,sayang mandikan abang.Abang tak larat sangat ni.Kalau abang pengsan dalam bilik air nanti,Hana juga yang susah.Abang baru nak merasa kasih sayang dan belaian seorang isteri."
"Itulah..Dulu jual mahal.Kalau tak,dah lama abang dapat merasa kasih sayang Hana pakej belaian istimewa setiap malam."
"Janganlah ungkit.Masa tu abang tak tahu best rupanya ada isteri muda dan cantik ni.Sekali dapat..Fuhhh...Demam abang dibuatnya."Airil pula gelak.
Waktu itulah Aqeef muncul di muka pintu.Muka masam mencuka.
“Ayah nampak macam dah sihat je.Boleh gelak-gelak lagi.Jomlah mommy jalan-jalan.Takkan tak boleh tinggal ayah sekejap."Aqeef merungut.
Airil pandang anaknya."Aqeef mana boleh ambil mommy dari ayah.Siapa nak jaga ayah kalau Aqeef bawa lari isteri ayah?"Airil mengusik Aqeef yang semakin memuncung ke depan bibirnya.
Aqeef duduk atas katil sebelah ayahnya."Ayah ni mengada je kan?Buat-buat demam teruk nak suruh mommy berkepit dengan dia je.Habis Aqeef ni bagaimana?Aqeef pun perlukan kasih sayang dan perhatian.Aqeef minta adik,ayah tak nak kasi."
Airil dan Hana tergelak kecil.Merajuk pula."Ayah bukan tak nak kasi adik baru tapi belum sampai masanya lagi.Nanti ada adik baru,mommy lagi sibuk.Nak layan Aqeef lagi,jaga ayah dan jaga adik.Nak main dengan Aqeef pun tak sempat nanti.Kasi la chance ayah nak manja-manja merasa bahagia dengan mommy dulu."
Aqeef mendekat tetapi muncung masih panjang."Ayah tu dah tua.Nak manja apa lagi?"
"Eh,orang tua la kena manja!Aqeef tua nanti Aqeef tahulah.Macam nilah,kalau ayah dah sihat esok,ayah bawa mommy dan Aqeef pergi jalan-jalan."
Aqeef pun peluk ayahnya .“Janji?Esok ayah kena sihat."
Airil senyum lalu mencium ubun-ubun anak kecil itu."Janji.Kalau ayah tak sihat,mommy kena bagi ubat power lebih sikit malam nanti."Airil mengenyit mata kepada Hana.
****
Hana tekun membantu ibu mertuanya mengemas selepas makan malam.Airil muncul dengan wajah lesu namun senyuman tetap terukir.
Dia duduk menyandar pada kerusi sambil memerhati gerak-geri Hana yang sedang menyusun pinggan.Seakan menonton siaran langsung paling menenangkan dalam hidupnya.
Ibu menoleh.“Ril demam lagi?"
Airil senyum sipi.“Rasa macam okay sikit tapi lemah-lemah lagi badan ni."
Hana menyampuk tanpa berpaling. “Cuti-cuti demam."
“Abang sambung cuti tau sampai Selasa tahu."
Hana berpaling selesai susun pinggan. “Sekolah Hana macam mana?Hana kena cuti sama ke?"
“Cutilah,sayang.Takkan abang nak suruh Hana balik naik bas pula.Nanti abang buat surat urusan keluarga.Babah tolong tandatangan.” balas Airil bersahaja.Sudah berani bersayang-sayang di hadapan ibunya.
Hana ketawa kecil gembira dalam diam. Walau suaminya manja waktu sakit, dia tetap suka dilayan begini.Ada sesuatu tentang Airil yang sentiasa buat dia rasa dilindungi.
Ibu menyusun pinggan terakhir ke rak. “Kamu berdua dah ada tarikh ke untuk majlis sanding kamu?"
Airil tidak berfikir panjang sepeti sebelumnya.Pantas dia memberikan jawapan kepada ibu.“Tunggulah Hana habis exam.Ril hajat nak jemput semua kawan-kawan Hana dan Ril datang.Dulu masa nikah,tak ada jemput teman rapat meraikan.Kali ini,Ril nak semua tahu secara rasmi yang kami dah diijabkabulkan."
Ibu tersenyum lega.“Eloklah tu.Perkara baik memang patut dihebohkan.Dah halal tak perlu sembunyi-sembunyi sangat.”
Airil bermain mata dengan Hana. “Betullah tu.Bila semua orang tahu, senang sikit abang nak bawa Hana keluar dating kan?Tak payah tunggu balik kampung nak dating."
Hana jeling manja.Hati Hana kembang mekar ketika itu.Dia tidak perlu berselindung lagi."Dating?Wau..Menarik bunyinya."
Ibu tersenyum melihat ragam mereka. Dalam diam, dia bersyukur. Rumah ini makin penuh dengan tawa dan cinta.
****
Bunyi ketukan bertalu-talu memecahkan keheningan malam.Saiful yang sedang menonton video di aplikasi Tik Tok terperanjat mendengar ketukan itu.Dia bingkas bangun, melirik jam dinding sudah pukul 11.00 malam.
“Siapa pula datang malam-malam ni?” gumamnya perlahan.
Dia membuka pintu perlahan.Sejurus daun pintu terbuka,tubuh Hanif menerpa masuk sepantas kilat.Nafas tercungap-cungap dengan pakaian comot,wajah kusut penuh peluh dan debu jalanan.
“Pul..tolong aku.Aku tak ada tempat nak pergi.Tolong tumpangkan aku tidur di sini malam ni.” suara Hanif tersekat-sekat seperti hendak menangis.
Saiful terpaku.Tercium bau peluh dan hancing yang menyengat daripada baju Hanif yang lusuh.Matanya merah seakan tidak tidur beberapa hari.
Saiful menggenggam pintu erat. Wajahnya berubah cemas.
“Aku tak berani Anep.Polis tengah cari kau.Nama kau tengah panas sekarang. Kalau aku bagi kau tumpang sini, esok lusa aku sekali kena seret.Aku ada mak, aku ada kerja."
Hanif memandang dengan mata basah dan bibir menggigil.“Satu malam je,Pul.Aku dah check line,tak ada sesiapa ikut aku. Aku penat.Aku tidur atas lantai pun tak apa.Asal ada bumbung.Dah tiga malam aku tidur atas simen, dengan nyamuk, tikus, hujan... Aku rasa nak mati,Pul,"pinta Hanif menagih simpati daripada Saiful.Hanif terdesak.Dia tidak tahu mahu berpaut kepada siapa lagi selain Saiful.Itulah jalan terakhir untuk dia menyelamatkan diri buat sementara.Jika kembali ke rumah orang tuanya,sah-sah babah orang pertama yang serahkan dia kepada pihak polis.
Saiful memejam mata.Dia mengeluh berat.Matanya melilau ke luar rumah sebelum menutup pintu.
“Kau ni memang cari pasal la Anep. Yang kau gugurkan kandungan Sofi sampai dia mati kenapa?Lepas tu kau jual pil kuda pulak kat budak-budak sekolah.Kau yang cari penyakit.Tengok sekarang apa dah jadi?Dah macam pelarian Rohingya pula."
Hanif mengesat peluh dengan belakang tangan."Aku tahu.Kau seorang saja kawan yang aku ada.Kau jangan membebel kat aku."Lega hati Hanif apabila Saiful membenarkan dia menumpang walaupun hanya semalaman.Sudah memadai untuk melepaskan lelahnya yang hidup seperti pelarian.
Suasana senyap.
Angin malam masuk dari celah tingkap yang terbuka.Suasana hening kecuali bunyi kipas tua berdengung perlahan.
Hanif menunduk dan merayu."Pul,aku nak makan sikit boleh?Esok pagi, aku blah.Aku janji.”
Saiful terdiam. Dia tengok Hanif,sahabat lama yang kini hanya tinggal bayang manusia.Hidup ketakutan dan dihimpit dosa yang dilakukan sendiri.
Dengan helaan nafas panjang."Kau pergi cari sendiri di dapur.Ada maggi cup dan biskut.Hari ni saja aku tolong kau.Esok pagi-pagi kau kena blah."
Hanif mengangguk pantas.Mata berkaca kerana terharu.“Terima kasih,Pul."
Saiful ke dapur tanpa kata.Pada wajahnya masih ada ragu.Hatinya berbelah bahagi. Belas kasihan dan logik bertarung hebat dalam dada kerana dia mengambil risiko menumpangkan Hanif.
Demam Si Airil terkena penangan Hana.Hahahaha...
Share this novel
nak lg pls marin best
Aduii sampai demam cikgu airil ye...hahaha...msti dah angau ngn hana kan...