"Ril,jom main badminton malam ni."Azem mengajak Airil sebaik melintasi meja Airil di bilik guru.Dia menarik kerusinya ke meja Airil.Airil pula sedang gigih mengemas kini data pelajar tingkatan 6."Nak main pukul berapa?Aku on saja."Airil tidak menolak malahan matanya tetap tertacap pada skrin komputer ribanya.Tanggungjawab sebagai penyelaras tingkatan perlu disiapkan.
"Macam biasalah,lepas Isyak kita on."
"Bereh,boh,"jawab Airil.
"Kau buat apa ni,Ril?Tekun semacam je aku tengok,"tanya Azem melihat Airil sikit pun tidak berpaling kepadanya.
"Aku buat analisis exam sem lepas,buat ETR untuk sem ni.Next week,nak buat dialog prestasi dengan ibu bapa tingkatan 6.Kena bentanglah prestasi dorang pada mak ayah."
"Haaa..elok sangatlah tu.Dalam perjumpaan tu,kau selitkan sekali dengan isu kegatalan budak perempuan tingkatan 6.Sibuk bagi surat cinta kirim surat cinta pada cikgu.Jenuh aku nak baca ayat-ayat Sastera budak-budak ni.Kaulah yang ajar ni."Azem menyalahkan Airil dalam nada bergurau.Bahu Airil ditepuk-tepuk.Azem selalu mendapat surat cinta daripada pelajar-pelajar perempuan sekolah tersebut.
"Eleh...Time baca kau sengih-sengih sampai ke telinga juga kan?"
"Aku sengih sebab aku terhibur dengan ayat-ayat jiwang budak-budak ni.Ayat mengalahkan William Shakepeares.Boleh tahan budak-budak ni.Maksudnya Cikgus Sastera dorang ni berjaya mendidik dorang. Syabas,Ril."Azem berseloroh dengan Airil.
Airil berpaling kepada Azem di sebelahnya."Kau memang nak perli aku ke apa?Aku tak ajar budak-budak tu bagi surat layang kat kau."Airil mengangkat tangannya ke atas.
Azem tergelak kecil."Rileks,Airil.Biasalah budak-budak baru nak up,baru nak belajar erti cinta dan kasih sayang.Kita remaja dulu macam tu juga.Bezanya budak-budak lebih berani luah perasaan daripada kita dulu yang cinta dalam hati,"kata Azem.
"Hmmm..tapi tulah,kadang-kadang budak-budak ni perlu ditegur juga supaya tak melampaui batas.Naluri mereka kita memang tak boleh kawal sebab memang dah lumrah manusia tapi mesti berpada-pada.Aku yang tak berapa nak muda ni pun dapat surat cinta."Airil merungut.Dia rungsing dengan budaya anak-anak muda zaman sekarang.
Azem menepuk bahu Airil dengan tawa kecil."Hey,bro!Kau baru 35 tahun,bukannya tua sangat pun.Market kau masih tinggi,Ril.Masalahnya kau tu yang jual mahal.Muka kau ni kalau buat iklan dalam pages cari jodoh berduyun-duyun perempuan nak buat suami."Azem dengan selamba membelek pipi Airil dan memusingnya ke kiri dan kanan.Dia akui Airil memiliki ciri-ciri idaman wanita Malaysia.Rupa paras yang menarik dihiasi jambang dan kumis nipis,badan tegap dan gagah,tinggi persis model maskulin dan mempunyai ekonomi yang stabil.
"Banyak benda lagi yang aku nak fikir selain daripada perempuan.Tak payah nak nasihatkan akulah,Azem.Kau tu yang patut fikir jodoh kau.Umur dan 30 pun membujang lagi.Aku duda anak satu tak apa."Giliran Airil pula membahan Azem.
Azem sakit perut menahan gelak.Mahu tergelak kuat-kuat,dia bimbang akan mengganggu guru-guru lain."Aku bukan tak nak kahwin,Ril.Jodoh aku tu sesat lagi nak jumpa aku."Azem sikit pun tidak terasa dengan kata-kata Airil.
"Kau tu memilih sangat.Susah-susah sangat,kau terimalah salah sorang pengirim surat layang kau tu lagi-lagi yang upper six tu.Kau tunang siap-siap,lepas habis belajar nikah.Tak pun habis sekolah terus nikah tapi pandai-pandailah plan."Airil memberi cadangan kepada Azem.
"Aku bukan tak nak,Airil tapi tulang rusuk aku ni tak bergetarlah.Budak-budak ni hingusan sangat,tak matang lagi."
"Hendak seribu daya,Azem.Cikgu Rahayu yang baru posting tu kau tak nak tackle pula.Try la sekali,mana tahu jodoh."
"Kau ni dah melalut,Airil.Ayu tu dah ada boyfriend,takkan aku nak caras.Takkanlah aku nak menghancurkan mahligai impian orang lain.Bukan aku nak rampas-rampas kekasih orang ni,Airil."
Kali ini Airil pula tergelak."Kapal terbang di awan tinggi pun orang boleh rampas,inikan pula Ayu yang depan mata hari-hari ni."Airil sengaja ingin menguji Azem.Dia dia tahu prinsip Azem tidak akan sesekali merampas hak orang lain.
"Kau jangan nak ajar aku benda yang bukan-bukan.Baik aku membujang daripada aku bina mahligaiku dari air mata orang lain.Perit siott,"kata Azem dengan penuh perasaan.Mukanya berkerut-kerut membayangkan perasaan sakit hati kekasih menjadi milik orang lain.
"Korang berdua ni dari tadi akak dengar soh seh soh seh..Rancak sangat berbual dua orang ni.Mengumpat orang ya?"Ustazah Noraini menyampuk.Dari tadi dia dengar suara dua orang rakan kerjanya itu berborak tetapi butir perbualan mereka tidak jelas di pendengarannya.
"Biasalah Kak Ani,sembang orang bujang.Kalau tak kisah bola,kisah jodoh."Azem menjawab.
****
"Untuk kerja kursus KMK ini,ada tiga soalan tetapi kamu semua perlu pilih satu saja yang mana kamu rasa mudah untuk laksanakan.Kerja kursus KMK sem 2 dan 3 digabungkan sekali.Jadi,inilah kerja kursus KMK sepanjang tahun ni yang perlu kamu selesaikan.Saya bagi kamu masa baca dan faham soalan dulu.So,boleh buka kertas soalan masing-masing dan baca."Airil menjelaskan mengenai kerja kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif kepada para pelajar.Pelajar-pelajarnya gigih mentelaah soalan.
"Kau agak-agak nak buat soalan mana?"Shanaya berbisik kepada Hana.Mulut Hana terkumat-kamit menghabiskan bacaannya.
Hana berfikir seketika."Hmm...Unsur moral dalam cerita binatang pun macam senang.Tak pun portfolio ahli seni bela diri yang menyerupai Hang Tuah ni..Aaahh...Aku fikir semulalah malam ni mana yang mudah nak buat."Hana dilema untuk memilih soalan kerja kursus KMK.Dia menyerongkan bibirnya ke kiri dan kanan.Airil memantau ke bahagian belakang kelas.
Fikiran Hana mula melayang kepada Nik Arshad.'Hmm..apa agaknya Acad buat di kelas dia?'Hana menongkatkan dagu dengan senyuman lebar.Gambaran wajah Arshad sering menari-nari di matanya.Tidak sabar rasanya dia ingin berjumpa dengan Arshad menikmati keenakan air batu campur.Walaupun berbual perkara biasa namun itu cukup membahagiakan hati Hana.
Tok...Tok...Tok...
Hilai tawa kuat menyedarkan khayalan Hana.Hana mengangkat mukanya memandang Airil berdiri tegak di hadapannya.Airil mengangkat sebelah keningnya.Wajahnya terasa hangat dek kerana malu.Pasti merona merah wajahnya.Matanya berkelip-kelip memandang Airil.
"Susah sangat ke soalan kerja kursus ni sampai termenung jauh?"Airil berpura-pura tanya sedangkan dia tahu apa yang bermain di minda gadis yang asyik dilamun cinta itu.
"Errrr....Hmmm...Susah,cikgu,"jawab Hana tersekat-sekat sekaligus memberi senyuman nipis kepada Airil.Dia menggaru-garu dagunya.Airil kembali ke posisinya di hadapan kelas.
"Soalan ni tak susah sangat pun.Buat sikit-sikit,then kalau ada masalah boleh jumpa saya untuk perbincangan.Tapi fikir baik-baik nak buat yang mana.Saya tak nak kamu buat sekerat jalan,nak tukar tajuk.Rugi masa dan tenaga kamu."Airil mengingatkan para pelajar di hadapannya.Sudah menjadi kebiasaan,ada pelajar yang begitu setiap semester.Dia risau pelajar terpaksa bekerja lebih keras kerana memulakan kerja yang baharu di samping tugasan-tugasan lain yang membebankan.
Semua pelajar diam memberi tumpuan kepada Airil di hadapan termasuklah Hana dan Shanaya.Hana mengangkat tangannya."Cikgu,kalau buat sama-sama dengan kawan boleh kan?Maksudnya cari dan maklumat yang sama."Hana mengemukakan soalan.
"Tak ada masalah bahan dan maklumat sama dengan kawan.Nak berbincang secara berkumpulan,dibolehkan.Yang membezakan tugasan kamu ialah gaya olahan kamu.Takkanlah ayat mula sampai akhir sama seiras dengan ayat kawan.Itu bukan bincang namanya,itu plagiat."
Suasana di dalam kelas sunyi.Kelihatan beberapa orang murid berbisik sesama sendiri dan sibuk membaca soalan berulang kali."Ada soalan lagi nak tanya sebelum saya sambung sesi pembelajaran?"soal Airil namun tiada respon daripada pelajar.
"Alright,saya anggap kamu semua dah faham tentang kerja kursus ni.Jika kamu perlukan bantuan,kamu boleh jumpa saya bila-bila masa saja.Saya akan bantu kamu."Sekali lagi Airil mengingatkan pelajarnya kerana markah kerja kursus sangat membantu pelajar memperoleh markah yang baik.
****
"Haa..orderlah.Hari ni Acad belanja korang,"kata Arshad.Shanaya teruja mendengarnya.Melebar senyuman mendengar tawaran Arshad.
"Inilah orang kata durian runtuh.Rezeki jangan ditolak.Tak gitu,Hana?"Girang Shanaya berkata apabila Arshad ingin belanja mereka mengisi perut.Hana sememangnya faham sangat dengan perangai Shanaya itu.
Hana tidak menjawab malah menyiku Shanaya yang tidak tahu malu itu.Hana sudah tentulah malu-malu kucing dipelawa oleh kekasih hatinya.Dalam hati dia memuji sikap murah hati Arshad itu.'Untung aku dapat bakal suami yang tak kedekut.'
Shanaya menepuk dahi melihat Hana dan Arshad saling membalas senyuman."Ayoyo...Susah keluar dengan orang angau ni.Kalau macam ni gayanya,sempat aku mati kebulur dulu..Dah-dah lah tu.Tak kenyang perut main senyum-senyum macam tu.Ayo...Orderlah."Shanaya membebel.Pening kepala dia dengan gelagat rakan-rakanya.
"Senyum kan sedekah.Aku tak ada duit nak belanja,so aku senyum sajalah."Hana membela dirinya.
Pantas jari Shanaya mencubit pipi gebu Hana."Ini bukan sedekah tapi menggatal namanya...Orderlah,aku lapar ni.Lepas order,korang nak berbalas senyuman sampai pagi esok pun aku malas nak kisah,"kata Shanaya lagi.
"Kau ni memang tak tahu malu kan,Sha?Semua kau nak bedal."
Arshad tersengih."Dah,jangan gaduh-gaduh.Kita order dulu..Sha,orderlah apa yang Sha nak makan,"jawah Arshad dengan girang melayan dua gadis di hadapannya.
Shanaya menepuk bahu Hana."Haaa...Ini ayat yang sangat indah didengar.Lebih indah daripada ayat I love you."Gadis berbangsa India ini petah berkata menghiburkan hati Hana dan Arshad.Mereka memesan cendol dan dinikmati bersama keropok lekor serta pisang goreng.
Tidak lama kemudian,terhenti suapan Hana memandang Airil dan Azem memarkir kereta di seberang jalan.Nampak gayanya mereka berdua mahu ke warung cendol itu juga.Hana tidak senang duduk dengan kehadiran mereka lebih-lebih lagi Airil.Sudah banyak kali dia kantoi dengan Airil.Walaupun Airil mengetahui hubungannya dan Arshad tetapi Hana tetap berasa segan.
Nak tegur ke tak nak?Tak tegur nanti,dicap sombong pula.
Hati Hana berbelah bagi untuk menegur Airil dan Azem.Sedang dia berfikir-fikir,Arshad mendahuluinya menyapa Airil dan Azem.Hana menarik nafas lega.
"Cikgu nak makan ke bungkus?Marilah join kitorang makan sama,"ajak Arshad dengan ramah.Hana ketika itu tidak senang dengan pelawaan Arshad.
Yakinnya kamu,Acad ajak cikgu join kita makan sekali.
Airil menjawab diselangi senyuman lebar."Cikgu tak ganggu korang ke kalau join korang?"Airil melirik kepada Hana dan Shanaya yang tersengih-sengih seperti kerang busuk.Mereka berdua mengangkat tangan kepada Airil.
"Tak ganggu pun.Duduklah,cikgu.Lagipun,meja lain dah penuh."Arshad mempelawa.Hana menguis-nguis paha Shanaya dengan tangannya.Wajah mereka sengaja dimaniskan walaupun hati tidak rela Arshad mengajak Airil dan Azem menyertai mereka.
"Kalau awak dah kata macam tu,saya tak ada hal,"jawab Azem dengan selamba.Dia dan Airil membawa mangkuk mi kari menarik kerusi di sebelah Arshad.Shanaya dan Hana terdiam dengan situasi itu.Mereka tidak pernah makan semeja dengan guru lelaki sebegini.Arshad pula gembira mereka sudi duduk bersama.Arshad tidak kekok bergaul dengan Airil dan Azem kerana dia memang dilahirkan ramah.Di luar sekolah,Airil dan Azem tidaklah terlalu skema malahan mereka melayan pelajar seperti teman biasa.Mungkin kerana mereka lelaki,mudah bergaul sesama sendiri.
Hana dan Shanaya memaksa mulut mereka mengunyah keropok lekor.Dalam hati Hana berbakul-bakul menyalahkan Arshad tetapi rajuk hatinya itu diabaikan.Dia tidak mahu menunjukkan emosi tidak matangnya di hadapan Airil dan Azem.
"Eh,kenapa Sha dengan Hana diam saja?"tegur Azem.
"Haaa....Kami...tak ada apa nak cakap."Hana teragak-agak.Bukan dia takut tetapi dia tidak selesa.
"Setahu saya,awak berdua ni banyak mulut di sekolah.Kalau dalam kelas tu,bercakap saja masa saya tengah mengajar.Nasib baik subjek saya awak skor,"kata Azem.Dia pernah mengajar Hana dan Shanaya semasa mereka di Tingkatan 5.Hana tersengih kelat.
"Itu dulu,cikgu.Sekarang dah baik sikit."Hana berbicara agar tidak janggal.Airil terbatuk kecil mendengar kata Hana.Airil seperti menahan gelaknya kerana dia tahu Hana dan Shanaya tidak berubah.
"Ayoyo..Siapa sebut nama cikgu?"
"Tak ada sesiapa sebut pun,Sha.Cuma saya rasa lucu saja."Airil tersengih-sengih mengejek.Hana memandangnya.'Dia ni mesti nak gelakkan aku,'getus hati Hana.Dia merasakan Airil ingin mengatanya namun dia buat-buat tidak faham.Pada masa yang sama,Hana berdoa supaya situasi itu berakhir dengan cepat.Dia berasa sangat terganggu kerana tidak dapat berbual dan perhatian daripada Arshad.
***
"Joging berapa kilo hari ni,cikgu?"Rahman menyapa Airil baru pulang dari joging sekitar taman.Airil tercungap-cungap kepenatan berhenti di hadapan Rahman.Dia tidak cukup nafas untuk menjawab pertanyaan Rahman.
Rahman senyum."Sabar,cikgu.Sedut oksigen banyak-banyak dulu."Rahman menyedari dia tersalah waktu bertanya Airil dalam keadaan termengah-mengah.Airil berlegar-legar di halaman rumah Rahman menyejukkan badannya.
Setelah nafasnya kembali normal,barulah Airil memulakan perbualan dengan Rahman."Maaf Che Man,baru boleh bersembang ni,"kata Rahman dengan rasa bersalah membiarkan Rahman menantinya.
"Eh,tak ada apalah,cikgu!Berapa kilo joging hari ni,cikgu?"
"Hmmm...7 kilo saja,Che Man.Dah berumur ni tak larat nak push joging jauh-jauh,"jawab Airil.
Rahman yang mesra dengan panggilan Che Man menepuk bahu Airil."Kira hebatlah tu dapat joging 7 kilo.Yang Che Man ni mampu bersiar-siar depan rumah ni saja.Nak joging 100 m pun belum tentu Che Man lepas."Rahman berseloroh diselangi gelak tawa dia dan Airil.
"Oh ya,cikgu!Jemputlah masuk ke dalam kejap.Minum-minum air sambil sembang-sembang.Che Man ni bukan apa,boringlah tak ada teman nak menyembang.Nak menyembang kedai kopi lama-lama nanti,bising pula Che Yati tu.Dia kalau dapat bebel,setahun tak apa mengulang cerita yang sama."Rahman mempelawa Airil masuk ke perkarangan rumahnya.Mahu ataupun tidak Airil turutkan jua demi menjaga hati Rahman.Kasihan pula kepada Rahman yang kesunyian itu.
Airil dan Rahman duduk di kerusi batu luar halaman tepi rumahnya."Hana..."panggil Rahman namun tidak disahut.
"Hana!!"Rahman memanggil lagi.Terdengar sahutan dari dalam rumah.Hana bergegas keluar mendapatkan babahnya.Saat dia menapak,dia ternampak babah sedang bersantai dengan Airil di kerusi batu.Dia tidak hairan pun kerana sudah babahnya memang selalu berborak dengan Airil di situ.
"Ya,bah."
"Buatkan air teh untuk cikgu kamu ni."
"Baiklah,babah.Hana pergi buat air dulu."Hana beredar dari situ membiarkan Rahman dan Airil menyambung berbual.
Apabila Hana menghilang daripada pandangan,Rahman menyambung perbualan dengan Airil."Cikgu,Che Man nak tanya pasal Hana ni."
Airil mengerutkan keningnya bertanya Rahman kembali."Hana ni ada boyfriend ke kat sekolah dia tu?"Persoalan yang bermain sejak akhir-akhir ini kerana perasan dengan perubahan Hana seperti orang mabuk kepayang.
"Kenapa Che Man tanya macam tu?Che Man ada nampak Hana keluar dengan sesiapa ke?"Airil berpura-pura tanya untuk mencari kepastian.Dia tidak mahu terlepas cakap.
"Tak ada.Che Man nampak Hana tu macam lain.Berbalas mesej senyum-senyum.Kadang-kadang mengelamun,tidur pun lewat.Adalah sekali dua Che Man dengar dia berbual dengan telefon sampai larut malam,"cerita Rahman lagi.
"Che Man tak tanya Hana sendiri?"
"Che Yati kau tanya,dia cakap kawan-kawan dia.Tapi Che Man rasa Hana dah ada boyfriend.Sebab tu Che Man tanya cikgu.Kot-kot cikgu nampak kat sekolah atau ada dengat gosip-gosip."Rahman ingin mengorek rahsia Hana melalui Airil.
"Tak ada pula saya dengar gosip pasal Hana di sekolah."Airil berbohong walaupun dia tahu hubungan Hana dan Arshad.
"Tak apalah cikgu cakap macam tu.Memang kawan-kawan dia la tu agaknya."
"Che Man,biasalah remaja sebaya Hana tu ada boyfriend.Dah memang lumrah perasaan cinta tu memang wujud lagi-lagi umur menginjak dewasa macam tu.Saya pun masa 19 tahun dah ada girlfriend,Che Man."Airil berseloroh.
"Dulu dengan sekarang tak sama,cikgu.Zaman sekarang,budak-budak dah terdedah dengan benda-benda tak senonoh.Anak-anak tak perlu keluar,melalui telefon saja boleh terjadi zina.Sekarang nak hantar gambar atau video senang sangat.Tu yang Che Man risau Hana terjebak."
Airil tersenyum.Dia faham kegusaran hati seorang ayah memikirkan harga diri anak perempuannya."Che Man tak payah risau,Hana tu budak baik.Dia takkan buat benda bukan-bukan."
"Harapnya begitulah."Rahman menghentikan perbualan apabila ternampak Hana menatang dulang ke arah mereka.Airil mengerti Rahman memberi isyarat tidak meneruskan topik yang dibincangkan tadi.
Hana menghidangkan air di atas meja batu kepada babah dan Airil.Waktu itu,Hanif pun baru pulang dari kerjanya memarkir kereta di halaman rumah mereka.Dia memandang Hana sedang melayan tetamu dan babah.
"Haaa...jemputlah minum,cikgu.Ni ada cekodok bilis."Rahman mempelawa.
"Kau nak minum sama ke,Hana?"tanya Rahman kerana Hana masih tercegat di situ.
"Taklah,babah.Hana nak masuklah ni.Ada apa-apa lagi ke yang babah nak?"
Rahman menggeleng dan mengerling pakaian Hana seketika."Hana masuklah dulu.Tak ada apa-apa dah,"kata Rahman menyuruh Hana masuk ke dalam rumah cepat-cepat.Sakit matanya.
****
Hana ke dapur mengenakan tshirt longgar dan seluar pendek paras paha.Uminya leka menyiang ikan di singki.Dia perlahan-lahan mengatur langkah lalu menyergah uminya dari belakang.
"Oh mak kau!!!"Yati menempik kuat kerana terkejut dek sergahan Hana.Pisau dan ikan di tangannya tercampak ke dalam singki.Hana ketawa dengan gelagat uminya yang terkejut.
Hayati menampar bahu dan lengan Hana berkali-kali."Kau ni tak ada kerja lain ke?Terkejut umi.Nasib baik umi tak melatah,kalau tak dah kena tikam dengan pisau siang ikan ni."Hayati berleter.Jantungnya berdetak kencang lagi.
"Umi sakitlah tampar-tampar macam ni.Hana nak bergurau saja."Hana menggosok-gosok tempat tamparan uminya dengan mulut dimuncungkan.Kononnya mahu merajuk.
"Bergurau Hana cakap?Kalau umi ada sakit jantung,boleh mati umi dengan guruan macam ni."
Hana menghela nafas lalu menyandar tepi singki."Yela-yela.Itu pun nak marah.Umi masak apa hari ni?"
"Kau tanya umi masak apa?Patutnya anak dara macam kau ni yang kena masak bukannya harapkan umi lagi."
"Hana mana pandai masak."Hana mencebik dan mengakui kekurangan dirinya.
"Masak tak pandai,makan pandai pula.Kau tu malas yang lebih.Sekarang ni nak belajar masak tengok kat media sosial macam-macam resipi ada,siap tunjuk video step by step.Nak dengan tak nak je.Haaa..sampai umi pun pandai cakap mat saleh ni."Hayati membahan anak daranya yang sangat liat masuk dapur.Menolong pun kurang apatah lagi memegang senduk dan kuali untuk memasak.
"Hana bukan tak nak tapi tak sampai seru lagi nak belajar memasak."
Hayati mencekak pinggang manakala matanya dibulatkan memandang Hana."Amboi-amboi,tak sampai seru!Nak masak pandailah pula tunggu seru,kalau time makan tak ada pula kena seru.Umi tak panggil pun laju je datang makan."
Hana mendiamkan dirinya.Parah juga dia dibebel oleh uminya."Haaa..kenapa diam?Dah,Hana tolong umi siang ikan-ikan ni."Hayati mengarahkan Hana.
Hana memandang beberapa ekor ikan cencaru yang belum bersiang.Dia memegang ekor ikan itu lalu diangkat tinggi."Umi,Hana mana pandai siang ikan ni,"kata Hana lagi.Hayati menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Meh umi ajar.Sebab tu,umi cakap kena belajar.Nanti dah kahwin senang.Kalau macam ni gaya kau buat kerja dapur,mati kebulur suami kau nanti."
"Hissh...umi ni.Zaman sekarang dah moden,umi.Boleh upah maid.Food delivery bersepah order sajalah.Kan senang tu,tak payah bazir tenaga."
"Sedapnya mulut kau cakap,Hana.Kalau kau kahwin dengan anak raja,anak dato kaya-kaya tu bolehlah nak upah maid bagai,nak order makanan hari-hari.Kalau Hana dapat suami orang kebanyakan,jangan mimpilah semua tu."
"Umi doalah Hana dapat jodoh dengan orang kaya supaya Hana tak payah buat semua tu.Doa seorang ibu ini mujarab."Hana berseloroh.Dia tahu uminya naik angin.Dia sengaja ingin mengusik untuk melihat reaksi umi.
"Memang idoklah umi nak doa macam tu.Nanti dah kaya lupa diri,semua tak tahu buat kacam Nia Ramadhani tu.Sayur tak tahu kena letak dalam peti,buka pintu tak pandai,kopek buah salah tak pandai.Baiklah,umi doa Hana kahwin dengan orang biasa,baru tahu erti liku-liku kehidupan.Belajar erti kesusahan."
"Umi ni,Nia Ramadhani tu bodoh sangat bukan tak pandai.Hana ni level tinggi sikit pada dia."
"Siang ikan cencaru tak pandai,tak ada beza Hana dengan Nia Ramadhani tu."Hayati membidas.Hana mencebik saja.
"Apalah dua beranak ni bising-bising?"Babah menyampuk ketika Hana dan uminya membincangkan isu hangat.
"Anak dara abang ni,pemalas sangat.Macam mana saya tak bising?Buat kerja-kerja kat dapur ni satu apa pun tak tahu."Hayati tidak berhenti membebel lagi manakala Rahman duduk menuang air teh ke dalam cawan.Isterinya kalau sudah membebel,sukar untuk berhenti.
Mata Rahman memandang Hana yang berdiri di sisi Hayati dari atas ke bawah.Dia mengeluh.
"Apa yang Hana pakai ni?"soal Rahman yang sakit mata dengan penampilan anaknya yang agak mencolok mata.Hana memandang dirinya sendiri apabila babah menegur pakaianya.Dia merasakan tidak ada yang salah.Hayati turut mengalihkan pandangan kepada Hana.
"Apa yang tak kena,babah?"Hana tidak mengerti.
Rahman menggeleng."Banyak yang tak kenanya.Hana perempuan,dah dewasa pun.Tak sesuailah pakai seluar pendek atau pakaian seksi-seksi."Babah memberi nasihat.
"Biasalah dalam rumah,bang.Yati rasa tak salah pun.Bukannya ada orang luar."Kini Hayati membela anaknya.Hayati hairan dengan teguran Rahman kepada Hana.
"Memanglah tak ada orang lain dalam rumah ni tapi ada orang lelaki dalam rumah ni.Pakailah yang senonoh sikit.Walaupun Anep tu abang kandung Hana tetapi dia tetap lelaki.Semalam masa babah borak dengan Cikgu Airil,Hana pakai baju sendat."Rahman menyambung lagi.Dia tidak gemar anaknya mengenakan pakaian ketat.
"Tapi babah,semalam Cikgu Airil datang tiba-tiba."
"Tak ada tapi-tapi,Hana.Duduk rumah pakailah yang sopan,tak perlu terlalu sendat atau pendek.Kalau ada orang datang dah tak perlu tukar-tukar.Hana nak pakai seksi-seksi dalam bilik bolehlah,babah tak larang.Tak pun nanti Hana dah kahwin,duduk rumah suami pakailah apa yang Hana nak pakai."Rahman tegas memberi nasihat kepada anaknya.Hayati meneruskan kerja menyiapkan bahan-bahan masakan ketika suaminya berleter.
"Babah tak marah Hana tapi tanggungjawab babah tegur Hana apa yang tak betul.Pandangan orang lelaki ni Hana tak tahu macam mana.Ada yang sekadar pandang,ada yang pandang dengan nafsu.Tak kisahlah yang pandang tu jiran atau ahli keluarga sendiri,dia tetap lelaki."Babah cuba menjelaskan agar Hana faham maksud yang ingin disampaikan.Tujuannya bukan untuk menyekat Hana tetapi ingin melindungi harga diri anak dara suntinya yang semakin dewasa.
Hana terfikir sendiri.Siapa yang dimaksudkan oleh babah?Hanif atau Airil?Adakah Hanif dan Airil sebenarnya selalu memerhatikan tubuhnya?
"Cikgu Airil pandang Hana ke,babah?"Hana bertanya soalan bodoh kepada babahnya.
"Babah tak tuju kepada Cikgu Airil.Maksud babah sesiapa saja yang bergelar lelaki,Hana kena berhati-hati.Tak kisahlah lelaki itu orang paling rapat dengan Hana pun."
Hana tidak dapat hadam siapa yang babah maksudkan.Mahu ataupun tidak,dia perlu akur dengan teguran dan nasihat babahnya.
****
Hanif keluar dari biliknya menjenguk ruang tamu.Kosong dan suram.Babah dan uminya sudah masuk ke dalam bilik begitu juga Hana.Dia menapak perlahan-lahan menuju ke pintu bilik Hana yang terletak di antara ruang tamu dan ruang makan.
Dia menarik nafas berdiri di hadapan bilik Hana.Matanya pula melilau memandang sekeliling rumah untuk pastikan tiada siapa menyedari dia di situ.Lampu di bilik Hana juga telah terpadam.Barangkali adiknya sudah terlena.Hanif memberanikan dirinya memegang tombol pintu bilik Hana.Digenggam tombol itu dengan kuat dan berfikir sejenak.Sekali lagi dia memandang ke arah bilik babah dan umi.Sunyi.
Kemudian,tangannya perlahan-lahan cuba memulas tombol pintu bilik Hana.Keras.Ternyata Hana menguncinya dari dalam.Terbantut niatnya ingin masuk ke bilik tidur adiknya itu.
"Shit.Dia kunci pintu pula.Apa yang aku nak buat sekarang ni?"Hanif menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Misinya tidak berjaya malam ini.
"Takkan aku nak gerak dia buka pintu pula.Hmmm...Tak apalah,banyak malam lagi aku boleh kacau adik."Hanif bermonolog sendiri dengan kepalanya terangguk-angguk.Dia tidak sedar babahnya keluar dari bilik.
Babah menegur Hanif yang masih tegap di hadapan bilik Hana."Kau buat apa kat bilik adik ni,Anep?"tanya Rahman kehairanan.
Hanif terperanjat.Cepat-cepat tangannya melepaskan tombol pintu bilik Hana."Errr....Tak ada apa,babah.Anep nak ke tandas tadi."Dia kelihatan gelabah.Tidak tahu apa alasan yang sesuai diberikan kepada babahnya.
"Kau mengigau ke?Tandas kan sebelah bilik kau."Babah menunjukkan jarinya ke arah bilik Hanif.Apa yang tidak kena dengan anaknya itu berperangai pelik malam ini.
Hanif tergagap-gagap."Anep terdengar suara orang tadi.Saja Anep nak tanya adik."Hanif berbohong.Keringat mula menitis di dahinya namun tidak kelihatan kerana kesamaran cahaya suram dalam ruangan itu.
Rahman menghampiri anak bujangnya itu.Bilik Hana sudah gelap.Rahman mengetuk pintu bilik Hana beberapa kali."Hana...Hana..Hana.."Namun panggilan itu tidak disahut.
"Suara apa yang Anep dengar?Adik dah tidur rasanya ni tak menyahut dari dalam.Jangan-jangan perasaan Anep saja tu,"kata Rahman.Hanif tidak menjawab.
"Dah lewat ni.Anep pergi masuk tidur.Biar babah yang jaga di luar ni.Kot-kot ada pencuri nak masuk rumah kita.Babah tidur di luar saja hari ni."Rahman mengambil keputusan untuk berjaga di luar demi menjaga keselamatan keluarganya.Hanif kembali semula biliknya manakala babah beredar ke ruang tamu.
Hai..dah lama Miss J senyap sebb Miss J tak sihat.Skrg alhamdulillah bertambah baik walaupun tdk sepenuhnya.Bolehlah Miss J sambung mengarang.Maaf guys atas sgala ksulitan drpd pihak Miss J.
Share this novel