Hana berdiri di hadapan cermin almari terkial-kial cuba memasang zip belakang baju kurung moden berwarna biru lembut.Dia menyesal kerana buka zip sampai habis.Adoii..susah betul nak tarik semula ke atas.Tangan tidak sampai pula.
“Alah… zip ni kenapa ketat sangat pula hari ni?Buat hal la,” rungutnya perlahan.
Tiba-tiba…
Krak.
Pintu bilik terbuka.Airil melangkah masuk lengkap berseluar slack dan berbaju kemeja putih.Beliau nampak kemas dan santai memakai uniform kerjanya.
Hana tersentak.“Eh,main redah je!Masuk tak ketuk pintu dulu."
Airil terhenti sejenak.Matanya terpaku bukan pada wajah Hana tetapi pada belakang tubuh isterinya yang sedikit terdedah.Kulit putih bersih kelihatan di celah bukaan zip yang belum tertutup hingga paras pinggang.
Dia menelan air liur.Cepat-cepat alihkan pandangan ke arah lain, konon tenang. “Err… maaf le.Saya ingat awak dah siap.”
Hana membelakangkan Airi tidak menjawab.Kalut membetulkan zip bajunya yang tidak sampai-sampai dari tadi.
Airil mendekat.Langkahnya perlahan.
“Biar saya tolong,”katanya.Suara lebih rendah daripada biasa.
Sebelum sempat Hana memjawab,Airil sudah berdiri betul-betul di belakangnya.Tanpa dipinta,tangan Airil capai hujung zip itu dan perlahan-lahan menarik ke atas. Bunyi zzzrrkkk... zip menegangkan suasana dalam bilik yang sunyi.
Hana kaku.Nafasnya tertahan. Wajahnya terasa panas.Angin apakah yang melanda suaminya itu.Sejak pulang daripada bercuti,lain macam pula perangainya.
Sebaik zip sampai ke hujung, Airil tunduk sedikit cukup dekat hingga bibirnya hampir menyentuh telinga Hana.Suaranya berbisik perlahan tapi tajam menikam.Bau wangian vanila yang disembur Hana menerjah rongga hidungnya.Wangi.
“Kalau susah boleh minta tolong kan?Ada benda dalam hidup ni,kita perlukan pertolongan dan tak boleh buat sendiri.Saya bukan patung seperti yang awak selalu cakap kepada Wan."
Hana tersentak kecil.Wajahnya terus merah padam.Mana Airil tahu dia menggelarnya patung.
Airil tersenyum sikit berundur sambil melangkah keluar dari bilik dengan tenang walhal di dalam dada sendiri bagai nak pecah jantungnya seperti genderang gendang perang.
Hana pula terduduk di hujung katil. Tangannya automatik pegang zip di belakang.
“Kenapalah patung sendu tu makin pandai bercakap sekarang.Masa aku nak,dia tak nak.Masa aku malas nak layan,dia pula makin mendekat.Ke aku yang perasan lebih?"gumamnya keliru dengan perubahan Airil.
****
Hana duduk bersama sekumpulan pelajar.Di sebelahnya ada seorang pelajar lelaki yang bernama Iqbal.Pelajar itu berwajah ceria dan agak peramah sikapnya memeriahkan suasana.Hana fokus menyelesaikan tugasan.Kali ini dia terpisah kumpulan dengan Shanaya.
"Hana,aku tak faham bahagian ni.Boleh tunjukkan aku sikit?" tanya Iqbal sambil tolak bukunya ke arah Hana.Dia senyum lebar dan duduk makin rapat walaupun ada jarak antara mereka.Namun begitu,Hana sedikit menjauh agar tidak mereka tidak bersentuhan.Kurang selesa.
Hana angguk dan masih fokus. “Bahagian ni,kau kena fahamkan konsep dulu.Baru kau boleh cari jawapan.Cuba baca sekali lagi."
Hana mula menulis dan menerangkan konsep yang dimaksudkannya.Jari telunjuknya bergerak atas kertas.Iqbal mengangguk-angguk.Senyuman tidak lekang di bibirnya.Matanya pula banyak merenung Hana dari sisi berbanding memberi perhatian kepada pengajaran Hana.
Senyuman Iqbal semakin besar apabila lengan mereka bersentuhan."Eh,terkena pula!Sorry,Hana,"kata Iqbal berpura-pura resah menyebabkan Hana kurang selesa.
"Hmmm..Tak apa.Kita sambung semula.Kau buat macam ni..."Hana masih menconteng nota dan menunjuk Iqbal seikhlas hati.
"Kau ni memang pandai,Hana.Kalau setiap hari kau ajar aku,mesti aku dapat A semua subjek,"ujar Iqbal dengan suara sengaja dikeraskan.
"Kau ni merepek jelah.Buatlah kerja ni.Cikgu nanti kita kena marah pula,"balas Hana serba salah.Hana menghulurkan pen supaya Iqbal menyambung kembali tugasannya.
Dari meja guru di hujung kelas, Airil sedang memerhati.Matanya sekejap besar,sekejap dikecilkan.Tangan dia memegang sebatang pen cair berwarna merah.Airil pula tidak fokus melihat pemerhatian khusus Iqbal terhadap Hana.Mata tajam menatap ke arah kumpulan Hana.Lebih tepat kepada gelagat Iqbal yang seolah-olah cuba mencuri perhatian Hana dan mencuri intai keayuan raut Hana.'Budak Iqbal ni memang cari pasal agaknya.Cakap lembut-lembut dan berbunga-bunga dengan isteri orang,'desis hati Airil.
Dahi Airil berkerut.Hembusan nafasnya dilepaskan kasar."Budak Iqbal tu kenapa macam bersandar sangat?Macam sengaja nak duduk rapat-rapat biar terkena.Sengajan nak mengambil kesempatan nampaknya,"gumamnya perlahan.Sakit mata memandangnya.
"Menyesal pula aku letak dia sekumpulan dengan Hana."Airil menyusun kertas-kertas kuiz atas mejanya.Mindanya tidak dapat memberi tumpuan kepada semakan jawapan para pelajar kerana kelakuan Iqbal lebih menjengkelkan mata jika dibiar lama-lama."Yang Hana pun satu.Bukan dia nak alihkan kerusi ke tempat lain."
Tiba-tiba,Airil bangun tanpa disuruh.Kakinya spontan bergerak maju ke meja kumpulan Hana dan Iqbal.
"Dah siap dah tugasan kumpulan kamu,"soal Airil.
"Err..Sikit lagi.Bahagian Iqbal belum siap sepenuhnya.Kami tengah bantu dia,"ujar Amri salah seorang lagi ahli kumpulan Hana.Hana mengangguk.
"Kenapa awak seorang tak siap lagi?Jangan malas fikir,awak buat sendiri bahagian awak.Buat kerja culas.Masa kawan-kawan tunjuk ajar,mata awak pandang ke mana?Dari tadi saya perhati,awak bukan buat kerja sangat.Mata tu asyik pandang ke tempat lain,tak beri perhatian.Kalau begitu,macam mana awak nak siap?"bebel Airil menyimpan seribu satu rasa berang namun marahnya tidak keterlaluan.Suaranya mendatar tetapi sudah cukup membuat satu kelas itu mendengarnya.Iqbal mati kutu.
"Kawan-kawan yang lain,biarkan dia buat sendiri kerja bahagian dia.Kalau betul dia tak tahu,kamu semua ajar mana yang patut.Selebihnya biar dia buat sendiri.Sudah,Hana..Serahkan semula kertas dia."Nada Airil sedikit keras tetapi masih ada lembutnya.Tidak terlalu menekan.
Semua ahli kumpulan akur.Hana dan Amri menyerahkan semula pen dan kertas jawapan kepada Iqbal supaya dia selesaikan sendiri.Masing-masing menunduk.Airil tidak marah dengan nada menengking tetapi ayatnya agak pedas untuk dihadam.
"Hana..Awak dah siap kan?"tanya Airil.Hana mengiakan saja.
"Bawa kerusi awak ke meja guru dan tolong saya semakkan jawapan serta markah kuiz pelajar-pelajar ni,"arah Airil.
Errrk...Hana tidak membantah.Dia bangun lalu menuruti permintaan Airil.Dia terus mengambil kertas-kertas kuiz lalu disemak satu-satu sementara Airil memantau para pelajar membuat tugasan sebelum kembali ke meja guru bersama Hana.
****
Hana menjenguk ke dalam kelas.Ada Sofi seorang duduk bermenung di meja sambil menunggu.Pelajar-pelajar lain semua sudah pulang menjadikan suasana kelas itu sunyi dan sepi.Sewaktu Hana masuk,dia kedengaran bunyi kipas siling berpusing.
Hana menarik kerusi dan duduk di menghadap Sofi.Sofi pula bingkas bangun.Hana mula pelik mengekori langkah Sofi dengan gerak matanya.Rupa-rupanya,Sofi pergi menutup pintu depan dan belakang kelas agar perbualan mereka nanti lebih privasi.
Usai menutup pintu,maka tinggallah mereka berdua.Sofi kembali ke tempatnya berhadapan Hana.Sofi menunduk sambil bermain jari-jarinya.Tidak tahu hendak mula bagaimana.
Menanti Sofi tidak mengeluarkan kata-kata,Hana mengajukan pertanyaan."Ada apa yang rahsia sangat kau nak jumpa aku ni?"soal Hana.Semalam dia dapat mesej ajak berjumpa habis kelas tambahan daripada Sofi melalui Whatsapps.Katanya rahsia dan sangat penting.Sofi juga memintanya dia datang seorang diri.
Sofi mengangkat wajah.Sayu matanya mula menakungkan air-air jernih.Takungan itu gugur ke pipi apabila Sofi tidak dapat menahannya lagi.Dia menggengam tangan Hana.Mukanya dikatup ke atas meja.
Hana terpinga-pinga.Masalah apa yang Sofi hadapi sehingga dia sendiri tidak tertanggung.Dia teresak-esak.Hana mengusap kepala Sofi."Kenapa dengan kau ni?Apa yang buat kau sedih?Ceritalah,"pujuk Hana.Walaupun mereka tidak baik namun dia simpati kepada Sofi.Dia sedia membantu.
Semaki kuat pula esakan Sofi.Dia memegang tangan Hana."Hana..janji dengan aku.Kau seorang je boleh tolong tolong aku.Aku betul-betul tengah susah,"ucap Sofi.
"Ya,aku tolong kau tapi beritahulah apa yang aku kena tolong."
Mata berkaca Sofi merenung Hana.Tangan Hana digenggam erat untuk mengumpulkan kekuatan.Keikhlasan wajah Hana hendak membantunya membuat hatinya tersentuh."Hana..aku..aku..aku pregnant,"sebak Sofi meluahkan keadaan dirinya.
Hana terpempan.Membulat matanya seakan tidak percaya.Genggaman tangan mereka sama-sama dieratkan.Perasaan tidak enak menyelubungi hati namun didiamkan untuk dapatkan kepastian daripada mulut Sofi sendiri."Siapa bapanya?"
Sofi pandang Hana."Abang kau..Anep.."
Hana tidak terperanjat.Memang sudah syak Hanif orangnya."Dia tahu kau mengandung?"tanya Hana.Sofi mengangguk berkali-kali mengiakan pertanyaan Hana.
"Apa reaksi dia?"
Sofi mengeluh.Air mata dilap."Dia janji dia akan kahwin dengan aku.Nak beritahu family kau tapi sampai ke hari dia tak bertindak.Sebab itu aku cari kau.Kau saja boleh selesaikan masalah aku ni.Aku takut,Hana.Takut perut aku makin besar."
Nafas Hana dilepaskan lembut."Apa yang aku boleh buat?"Hana pun bingung.
"Tolong beritahu family pasal ni.Nak harapkan Anep sampai budak ni lahir,belum tentu dia beritahu keluarga kau.Aku minta maaf menyusahkan kau tapi aku tak ada pilihan lain.Kau jalan terakhir aku.Aku tahu susah kau nak percaya tapi aku berani cakap ini anak Anep.Aku tak pernah dengan lelaki lain selain dia.Tolong aku,Hana."
Hana terdiam.Terbayang wajah babah dan umi yang terkejut jika mendengar khabar ini.Mesti mereka berdua terlalu sedih dan kecewa.Hanif sudah melampau.Anak dara orang dirosakkan sesuka hati.
"Maafkan aku,Hana.Aku betul-betul buntu.Masalah ni aku tak mampu tanggung seorang.Anep seolah-olah hendak lepas tangan,"ujar Sofi lagi.
****
Buku berselerak atas meja kecil itu.Hana duduk bersila atas lantai, rambutnya terlepas dari ikatan dan tampak serabai.Pen pada tangan kanan ligat menyalin nota manakala tangan kiri menahan kepala yang hampir terlentok.Suasana senyap, cuma bunyi kipas dan kertas diselak.
"Kenapalah cikgu tu bagi banyak sangat kerja hari ini.Nak buat kuiz la.Nota peta ithink la.Kerja kursus lagi.Ingat otak aku nia ada sepuluh agaknya..Macamlah aku belajar subjek dia seorang je kat sekolah tu," gumamnya perlahan. Mata tertumpu pada buku."Tak ada belas langsung.Dasar patung,tak ada perasaan."
Pintu biliknya terbuka perlahan.Airil bersandar di tepi pintu dengan cawan kopi di tangan.Diam meneliti isteri sendiri yang sedang kalut macam pelajar darjah enam.
“Merungut ya?Cikgu tu bukan saja-saja bagi kerja banyak tapi nak awak tu pandai.Kan cikgu tu dah cakap selesaikan yang kuiz dulu.Yang awak buat sekaligus malam ni kenapa?Denga arahan ke tak?"suaranya kedengaran tenang membela diri.Cikgu yang dimaksud Hana itu ialah dirinya.
Hana terkejut.Tangannya terus menyambung menulis perkataan-perkataan pada peta ithink yang dibina.Warna-warni.
“Eh,cikgu tu masuk bilik pelajar perempuan pun tak bagi salam dulu?Orang tengah serabut kepala ni."
Airil masuk perlahan dan letak cawan kopi atas meja kecil di sebelah Hana.
“Cikgu tu cuma nak tengok pelajar tu buat tugasan atau tak.Dari tadi tak keluar bilik.Nampaknya pelajar tu sangat bersemangat menyiapkan semua tugasan.Syabas dan tahniah.”
Hana menjeling sambil mengikat rambutnya semula.“Cikgu tu tak tahu malu ehh,datang malam-malam kacau pelajar."
Airil duduk bersila di sebelah Hana.“Cikgu tu dah lama nikah dengan pelajar tu.Tak ada apa yang perlu dimalukan.Nak tidur sekali pun boleh tak ada masalah."
Hana berpaling.Airil seperti tiada tanda untuk keluar."Pelajar tu nak siapkan kerja tau.Esok ada kuiz subjek cikgu tu,tahu?Cikgu tu bukan betul sangat.Nanti tak boleh jawab dapat markah rendah,didendanya pelajar tu.Tak ada hati perut cikgu tu."
"Amboi-amboi,sedap mulut je cakap cikgu tu tak ada hati perut."Dia tiba-tiba mengambil pensel dari tangan Hana dan mencoret di tepi buku Hana satu ayat kecil.
Jawapan: Cikgu awak rindu. Markah penuh.
Hana terkebil-kebil. Pantas dia rampas semula penselnya. “Saya tolak markah awak. Sebab ganggu pelajar fokus belajar.”
Hai..MJ baru sempat update hari nie.Sorry buat korang tunggu.Harap berbaloi la
Share this novel
Thank you update..ms j hari ni update satu chapter je ke?tak puas baca..