Loceng terakhir telah lama berbunyi. Suasana kelas mahupun sekolah lengang.Angin petang menyusup masuk dari tingkap yang terbuka luas.Di dalam kelas tingkatan enam hanya tinggal Hana dan Airil.
Hana duduk di meja guru bersama Airil.Tangannya menanda helaian kertas ujian.Pen merah di jari sudah hampir kering.Di hadapannya, Airil sedang mengemas sedikit kertas-kertas dan fail.Hana kelenguhan lalu meletakkan pen.Tubuhnya digeliatkan membetulkan otot dan sendi yang lenguh.
“Hana dah penatlah.Tak nak bagi Hana balik lagi ke?Lapar dah ni,"rungut Hana mengerutkan muka.
Airil melirik senyum.“Sabar dulu.”
Dia meletakkan fail ke tepi dan mengeluarkan bekal berisi mihun goreng dan telur mata yang dibekalkan oleh Irwan pagi tadi.
Airil duduk di meja pelajar paling hadapan menghadap Hana.Isterinya kelihatan manis berbaju kurung dan bertudung bawal warna coklat cair.
“Teman saya makan dulu,boleh?" katanya.
"Dalam kelas ini?Orang lain nampak kita berdua dalam kelas ni nanti."
Helaan nafas Airil dilepaskan."Tak ada orang dah waktu-waktu begini.Tak kisahlah orang nampak ke tak.Perut saya lapar sangat ni.Temanlah..Please.."Airil buat muka kasihan.
Hana angkat kening. “Kenapa tak makan kat bilik guru tadi?”Hana menarik kerusi duduk di hadapan Airil.
“Tak sempat makan.Kelas banyak dan banyak kerja."
Hana mencebik."Kasihanya."
Airil suap sesudu mihun ke mulut. Sambil mengunyah,matanya memandang Hana. Ada senyum lebar yang susah ditafsir. Entah apa yang membuatkan suaminya berbunga-bunga sangat hari ini.
Airil bersuara.“Lapar tak?”
“Tak sangat.Dah makan waktu rehat tadi,” jawab Hana.
Airil suakan sesudu mihun ke arah Hana."Makanlah sikit.Rehat tu pagi tadi.Sekarang dah pukul 2.45 petang.Jauh gap makan awak."
Hana geleng mengelak."Tak nak.”
Airil senyum.“Makanlah.Kalau tak saya tolak markah kerja kursus awak."Airil sudah pandai mengugut Hana.
Hana bulatkan mata. “Eh,itu salah guna kuasa namanya!"
Airil terus hulur mihun lagi."Saya yang bagi markah.Berani nak lawan?” Nadanya manja-manja mengugut.
Tanpa membantah Hana menyambut suapan Airil.Terbit kebahagiaan dalam hati Hana yang lama mengharap tetapi tidak tahulah Airil akan terus begitu atau sementara.Hana tidak tahu apakah jenis perasaan yang meletus dalam hati Airil yang membuatnya berubah seketika.Adakah split personality?
"Sedap tak makan orang suap?"soal Airil riang.
Hana mengangguk.Hana tidak lepaskan peluang membuka mulut minta disuap lagi.Nampaknya Airil tidak menolak melayan perangai mengada-ngadanya itu.Airil tidak kisah berkongsi makanan dengannya.
"Hana..Boleh saya tanya sikit?"tanya Airil.
Hana angguk lagi.Mulutnya dipenuhi mihun menyukarkan dia bercakap.
"Ruziana ganggu hidup awak lagi?"
Usai menelan mihun,Hana menjawab pertanyaan Airil."Ada.Baru dua hari lepas dia Whatsapp Hana cakap Hana perempuan gatal.Dia akan pastikan Hana tak dapat Acad.Eh,dia ingat kita kisah sangat ke?Macamlah Acad tu satu-satunya lelaki Melayu terakhir di atas muka bumi ini,"adu Hana bersemangat.
Airil tekun mendengar."Awak memang dah tak ada perasaan langsung ke kepada Si Acad tu?"Airil mendapatkan kepastian.
"Nope.Semuanya telah terpadam sejak kami putus.Apabila sebut tentang cinta,Hana rasa ada seseorang yang lebih layak untuk Hana serahkan hati ini tetapi Hana bertepuk sebelah tangan.Cinta suciku ditolak mentah-mentah.Hati pedih..Hati sedihh.."Hana meniru suara dan nyanyian Sharifah Sakinah dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka.
Tergelak Airil.Sempat lagi Si Hana buat lawak dalam kekecewaan.Daripada cerita Hana,mungkin dia lelaki yang dimaksudkan Hana itu.Sukarnya hendak membaca perasaan sebenar Hana kerana dalam sedih ada lawaknya.Tidak tahu dia serius atau main-main.
****
Petang itu, angin bertiup lembut menyapu wajah Sofi yang berdiri di bawah pohon rendang di taman rekreasi kecil.Dia menggenggam erat tali beg galas sambil memandang ke arah Hanif yang baru tiba.Langkahnya sedikit perlahan seolah-olah menimbang kata.
"Assalamualaikum," sapa Hanif perlahan, namun penuh makna.
"Waalaikumussalam," jawab Sofi sedikit gugup.Julung kalinya,mereka membalas salam apabila bertemu mata.Sebelum ini,ucapan salam tidak pernah meniti di bibir mereka berdua.Acah-acah drama cinta islamik pula kedua-duanya.
Hanif menghampiri dan berdiri di hadapan Sofi.Matanya tertunduk sebelum dia mendongak menatap wajah gadis itu.
“Aku… aku datang sebab nak minta maaf,” luah Hanif dengan suara serak. “Aku tak sepatutnya bertindak kasar pada hari tu.Aku hilang kawalan.Aku malu dengan diri sendiri sebab tangan aku ini menampar seorang perempuan lemah yang bakal melahirkan anak aku kelak."Tulusnya raut wajah dan suara Hanif ketika itu.
Sofi terdiam. Hatinya yang luka seakan terubat sedikit dengan nada tulus itu.
Hanif menyambung.“Aku dah fikir masak-masak.Aku bersedia bawa kau jumpa umi dan babah esok.Aku tahu mereka akan marah.Aku rela asalkan aku tak hilang kau,Sofi.Aku tak boleh hidup tanpa kau.”
Air mata Sofi bergenang.Dia mengangguk perlahan.Hatinya turut bergetar. “Aku percayakan kau,Anep.Aku sanggup dihina dan dimarah oleh keluarga kau asalkan aku dapat bersama kau dan anak kita.Dia perlukan bapanya."Sofi mengusap perutnya.
Hanif mengukir senyum tipis. Ada kelegaan di wajahnya.
Namun, suara Hanif kembali serius. “Cuma dengan satu syarat..."
Sofi menoleh.
“Pasal fitnah dekat Airil tu, jangan beritahu umi dan babah.Biar ianya menjadi rahsia antara kita.Aku tak nak menjejaskan hubungan kita dan keluarga aku."
Sofi menggigit bibir,m terasa bersalah. Janjinya pada Hana kembali terngiang. Macam mana nak susun cerita nanti? Dia dah janji nak berterus-terang dengan Hana tetapi Hanif.Mengkhianati Hana?Hana telah banyak menolongnynya.Aduhhh...
“Baik…” jawabnya perlahan.
Dia mengeluh dalam hati. Berat. Terlalu berat beban yang digalas.
Hanif kemudian membuka beg kecil yang dibawanya. Dikeluarkan sebotol air mineral lalu dihulurkan kepada Sofi.
“Nah… minum ni. Air yang aku ambil masa solat hajat kat surau malam tadi. Aku doakan yang terbaik untuk kau dan anK kita.
Sofi menyambut botol itu. Matanya memandang Hanif.Aneh.Sejak bila Hanif rajin pergi masjid tetapi diabaikan keanehan itu.Adakah ini untuk mengaburi mata semua orang?
Namun,ketulusan hati Hanif menyebabkan Sofi terharu.
Namun,tercipta satu senyuman menelan segala resah itu untuk seketika.
“Terima kasih,Anep."
Dia memusing penutup botol perlahan. Dan ketika air itu menyentuh bibirnya, dia menutup mata sejenak. Hati kecilnya berdoa agar segala yang kabur bakal menjadi jelas.
****
Hana bersandar santai pada sofa menikmati aiskrim coklat kegemarannya.Sesekali dia tertawa kecil mendengar cerita lucu Irwan yang duduk di hujung sofa sebelah sana.
Airil pula duduk di sofa tunggal kelihatan tenang tetapi matanya sesekali melirik ke arah Hana. Pandangan matanya bukan kosong tetapi ada sesuatu yang tersirat di sebaliknya.Sesuatu yang tidak dapat dia ucapkan dengan kata-kata.
"Hana, mulut awak tu," tegur Airil perlahan.
Hana mengangkat kening membalas pandangan Airil."Apa?"
"Mulut awak comot.Ada sisa aiskrim," jawab Airil sambil menunjukkan jari ke bibirnya.
Hana kelam-kabut cuba mengesat dengan tangan yang masih memegang aiskrim tetapi lebih banyak menyebar dari membersih.
Tanpa menunggu lebih lama, Airil bangkit.Langkahnya tenang menuju meja sisi mencapai sekeping tisu. Dengan penuh selamba, dia duduk semula.Kali ini rapat di sebelah Hana.
Hana terkedu.Belum sempat bersuara, Airil membongkok sedikit dan menyapu perlahan bibir Hana dengan tisu di tangannya.Sentuhan itu lembut, penuh hati-hati, namun cukup untuk membuat darah Hana menyerbu ke pipi.Tersipu-sipu malu Hana dengan situasi itu.Hana terasa seperti babak dalam drama Korea pula.'So sweet.'
"Cakap budak kecil nanti marah tapi makan aiskrim macam kanak-kanak riang.Comot sana sini," usiknya sambil tersenyum nipis.
Hana tertunduk malu. Aiskrim pada tangan hampir cair seluruhnya tetapi dia tak mampu untuk berkata apa-apa. Matanya hanya memandang lantai.
Irwan yang duduk di hadapan mereka mula merasa sesuatu yang berubah. Dia diam.Matanya jatuh pada gerak tangan Airil yang kini perlahan meletakkan tangan pada bahu Hana.
Gerakan itu bukan sekadar spontan. Ia penuh makna.
Airil menyandar sedikit, masih dalam posisi santai.Bahunya bersentuh dengan bahu Hana.Tangannya menarik tubuh Hana serapat-rapatnya dengan tubuhnya.Sangat rapat.Kalau boleh dia hendak angkat Hana duduk atas ribanya.Pandangannya jatuh pada wajah Hana lalu bertukar kepada renungan tajam ke arah Irwan.
'Dia milik aku,'gumam Airil dalam hati.Perasaan bangga memiliki Hana yang tidak tertonjol dapat dilihat jelas melalui pandangan matanya.
Irwan cuba tersenyum.Cuba menganggap semuanya bias tetapi dadanya terasa sempit. Dia tahu pandangan itu untuk dirinya.Meskipun Airil tidak mengeluarkan baris-baris kata,dia sebagai lelaki sangat faham pandangan itu.
"Amboi,sweet sangat ni! Aku ni ada depan ni," tegurnya separuh gurau.
Airil hanya mengangkat kening beserta senyum sinis di hujung bibir."Baguslah kau nampak."
Irwan gelak kecil tetapi hambar. Dia bangun, konon ingin ambil air ke dapur, tetapi langkahnya sedikit berat.Rasa itu… rasa yang dia cuba nafikan kini menampar terus ke muka.
Sementara itu, Airil masih tidak berganjak.Tangannya masih di bahu Hana. Wajahnya tenang, tetapi jelas menunjukkan dia mempunyai kuasa dan hak ke atas Hana.
Tiba-tiba,Hana hendak bangun tetapi Airil menahan."Nak ke mana?Ke dapur juga ke?"
"Haaa...Taklah.Saya nak buang batang aiskrim ni.Kenapa?"
Airil melepaskan nafasnya.Fikirnya Airil,Hana hendak mengekori Irwan ke dapur."Hmm..Tak apa.Lepas buang sampah,datang sini semula ya.Saya nak tunjuk sesuatu."
****
Sudah dua hari Irwan menumpang di rumah Airil.Sejak tiba, Irwan sedar sesuatu yang tidak lagi sama.Ruang untuknya berbual berdua dengan Hana semakin sempit.Setiap kali dia ingin berbicara pasti ada bayang Airil tidak jauh.Lelaki itu seolah-olah sentiasa hadir membatasi pergerakan Hana seperti 'guardian angel'.
Di kampung dulu, Hana lebih bebas. Ketawa, bergerak ke sana sini tanpa sekatan.Di rumah ini, pergerakan Hana seperti dikawal sepenuhnya oleh Airil.Seolah-olah setiap langkah,Hana perlu mendapat kebenaran daripada ‘tuan rumah’ itu.
Irwan menyandar di sofa ruang tamu. Cahaya samar daripada televisyen yang sedang menayangkan filem barat menerangi wajahnya yang sedang termenung jauh.Mata melihat skrin, tetapi fikirannya entah di mana.Isi filem langsung tidak dihayatinya.
Kedengaran langkah perlahan.Hana muncul dari arah bilik. Rambutnya diikat longgar lengkap berbaju tidurnya sederhana.Dia nampak Irwan yang duduk seorang diri.
“Tak tidur lagi ke?” tegurnya lembut.
Irwan menoleh.Senyum nipis terbit di bibirnya.
“Saya bosan.Tengok movie,” balasnya ringkas.“Jom tengok sekali.Macam best movie ni."
Hana ketawa kecil."Tak naklah.Tengah ulang kaji dengan cikgu disiplin rumah ini.Kalau saya mengelat nanti dia marah.Saya keluar nak ambil air je. Haus sangat tekak ni."
Irwan mengangguk dengan hatinya remuk sedikit.“Tak bosan ke? Siang kat sekolah mengadap Airil.Balik rumah pun dengan Airil.Asyik-asyik buat kerja kerja sekolah,"rungut Irwan.
Belum sempat Hana menjawab, satu suara muncul dari belakang.
“Kenapa pula nak bosan?”Airil berdiri di belakang Hana dengan tangan disilang ke dada.Air mukanya tenang namun nada suaranya cukup membuat suasana jadi tegang.
“Kalau bosan hadap muka pasangan masing-masing,maka tak bahagialah rumah tangga."
Terkedu Hana.Irwan terpaku seketika.
Ketegangan itu menyesakkan dada Hana."Hmm..Abang jangan serius sangat.Maksud Wan tu,tak bosan ke saya belajar siang malam."Hana ingin menjernihkan ketegangan.
Airil menghampiri Hana dan berdiri di sisinya.Pandangannya tajam menikam ke arah Irwan.
“Kau tu tak bosan ke duduk rumah? Cuba pergi keluar ambil angin.Pusing-pusing bandar cari jodoh.”
Airil senyum sinis.Kemudian menambah dengan nada yang lebih pedas."Manalah tahu ada rezeki jumpa jodoh di sini.Baik kau cari daripada mengharapkan jodoh orang."Teguran bernada lembut tetapi maknanya padu.
Hati Irwan rasa tertusuk duri sembilu. Kata-kata itu tidak sekadar sindiran.Ianya satu tamparan terus ke ego dan hatinya.
Suasana senyap. Cuma bunyi televisyen mengisi ruang yang mula rasa sempit itu.
Hana tidak berani bersuara.Dia tahu intonasi keras Airil dalam kelembutan.Biasalah cikgu kan.Dalam kelembutan ada ketegasan.
Irwan tunduk, senyum hambar. “Aku masuk bilik dulu.”
Diia berlalu membawa hatinya yang luka dan harapan yang makin suram.
Hana berasa simpati kepada Irwan yang terkulat-kulat.Apakah dia punca konflik itu?Airil juga sering menyindirnya rapat dengan Irwan.Barangkali Airil tidak suka mereka terlalu erat tetapi kenapa Airil perlu marah?Airil sendiri pernah berkata dia tidak kisah Hana rapat dengan mana-mana lelaki.Cinta Hana pun ditolaknya.Mana mungkin dia cemburu.Atau Airil sengaja mahu menunjukkan kekuasaannya?
Hah....Pening.
Okay...Airil dah tunjuk kuasa ya.Sorry Mj selitkan kisah Sofi dan Anep nak bagi you alls stres..Hahahaha..Sempat juga Mj mengarang sampai tertidur..Pagi ni touch up sikit-sikit.Hehehe..You alls boleh sambung stres
Share this novel
Thanks Update MJ
Tima kasih update ms j...xpuas baca boleh update lagi ms j..hehehe..