Bab 39

Romance Series 199257

****
Cahaya sang suria menyinar bersilau di permukaan sungai yang tenang.Bunyi riak air dan kicauan burung menjadi latar semula jadi yang menenangkan. Airil duduk di atas batu besar.Joran pada tangan sepi.Matanya merenung permukaan air yang berkilauan menanti jorannya menyampaikan khabar gembira dari dalam sungai.

Di sebelahnya,Irwan sedang memasang umpan dengan tekun.Mereka tidak banyak bercakap seperti biasa apabila memancing.Suasana lebih kepada menikmati sunyi.

Diam-diam,mata Airil sesekali melirik ke seberang sungai.Pandangannya jatuh kepada Hana yang sedang duduk sedang bertungkus-lumus membantu ibunya menyediakan menu ikan bakar. Hana tersenyum lebar.Tawa kecil mereka bergema ke seberang, ringan dan ikhlas. Dan tawa itu seperti satu anak panah kecil yang menembusi dada Airil.

Betapa gembiranya Hana bersama ahli keluarga.Gadis tidak kekok melayan Aqeef dan ibunya menyebabkan ibunya senang.Aqeef pastilah terlebih bahagia.

Hatinya mula terdetik satu rasa aneh dengan hubungan itu.Diam-diam dia memuji tingkah Hana yang tidak pernah kisah hidup di kampung itu malahan lebih bahagia.Mula terimbau malam dia menolak tawaran cinta Hana.

Akukah yang bersalah tidak memberi peluang kepada gadis muda itu?

Dia mengeluh.Kemudian,berpaling melihat jorannya.Joran di tangannya terasa enteng, seperti tidak penting. Yang berat cuma hatinya.

Irwan mencuit siku Airil.“Dia gembira kan?Ibu pun suka.Aku tengok dia senang serasi dengan keluarga kita."Irwan tiba-tiba bersuara. Senyumannya dilempar ke arah Hana dan Aqeef.

Airil mengangguk perlahan.“Hmmm.
Nampak bahagia.Aqeef dan dia nampak macam anak dan ibu,"ucap Airil jujur.Keakraban Hana dan Aqeef tidak dapat dibendung lagi.Memang Airil aku hubungan mereka seperti ibu dan anak.Layanan Hana terhadap Aqeef tidak ada jurangnya.

Irwan menghela nafas."Aku rasa Hana perempuan yang baik.Happy go lucky.Mesra dan baik hati.Untung kau.Kenapalah kau dulu yang jumpa dia daripada aku?"Irwan sangat memaksudkannya.

Airil menoleh, keningnya sedikit berkerut.Apakah maksudnya?Apakah dia menyimpan perasaan terhadap Hana?'Kalau aku jadi kau, aku takkan tunggu sampai orang lain hargai dia dulu.'Ungkapan yang pernah diucapkan oleh Azim mula terngiang-ngiang di telinganya.

"Maksud kau?"

Irwan hanya membalas senyuman.Bahu Airil ditepuk."Tak ad apalah.Lupakan saja."

"Aku minta maaf,Ril.Aku tak nak kau salah faham sebab aku rapat dengan Hana sejak dia balik kampung.Kau pun tahu dia tak kenal sesiapa di sini selain kita.Aku tak naklah dia rasa tersisih bercuti di kampung kita ni."

Airil tersenyum kelat.“Aku okay kalau kau nak kawan dengan dia."

“Betul?”

Airil tak menjawab segera.Dia menarik nafas dalam-dalam.Matanya kembali ke arah Hana. Perempuan itu sedang melayan Aqeef bermain buih.Jawapan okay itu tidak menggambarkan hatinya yang sebenar.Padahal dia ada,kenapa Hana akan rasa tersisih pula.

"Hana ada beritahu kau ke yang dia rasa tersisih?"soal Airil.

Irwan menggeleng."Aku tahu dia happy dapat jadi sebahagian daripada kau.Kau beruntung,Ril.Kadang-kadang aku berharap akulah lelaki yang beruntung itu."

Airil tergamam.Kata-kata Irwan itu ibarat satu pengakuan yang menusuk jiwa Airil.Terlalu mendalam maksud tersiratnya yang membuatkan fikiran Airil bakal tidak tidur lena.Akan buat dirinya berasa tercabar.

****
Hanif gelisah.Langkahnya tidak menentu.Sekejap dia ke bilik, sekejap ke ruang tamu, sekejap lagi ke dapur. Sofa di ruang tamu jadi mangsa. Kusyen-kusyen diangkat satu-satu berulang kali.Diselak dan disusun semula.Namun,apa yang dicarinya tetap tak ditemui.

Mukanya berkerut. Nafasnya pendek."Mana pula hilangnya."

"Anep," suara Umi tiba-tiba kedengaran dari pintu dapur.

Hanif terkejut kecil.Cepat-cepat berdiri tegak.

“Cari apa tu, nak?”

“Barang Anep hilang” jawab Hanif pendek cuba sembunyikan keresahan dalam nada suaranya.

“Barang apa?Penting ke?”

Hanif mengangguk.“Penting, Umi.”

Umi memerhati wajah anak bujangnya itu. Kemudian dia menghulurkan sesuatu dari tangannya.Beberapa bungkus kecil plastik berisi biji pil berwarna merah jambu.

“Benda ini ke yang Anep cari?”

Hanif terbungkam.Wajahnya berubah serta-merta.Dia mengambil perlahan bungkusan itu dari tangan Umi."Err..Umi dapat mana?"

“Umi jumpa dalam poket seluar kamu. Masa nak jemur baju hari tu” ujar Umi tenang tetapi matanya tajam meneliti reaksi Hanif.

Hanif diam.Nafasnya seperti tertahan.

“Siapa punya ni,Anep?”

Hanif tunduk, cuba susun kata."Saiful punya, Umi.Dia suruh Anep beli dengan kawan dia.Ni Anep nak bagi dialah."

“Umi dah agak dah.Tak ada orang lain lagi yang main benda tak berguna ni."
Hanif memandang umi."Kenapa umi?"Wajah naif mula dipamerkan.

Umi menghela nafas panjang."Anep tahu tak ni pil apa?”

“Ubat gastrik Saiful la,umi.Dia cakap dia selalu sakit perut.Tu dia suruh Anep beli dengan kawan dia.Dia cakap ubat ni saja yang dia boleh makan untuk legakan sakit."

Umi menggeleng. “Ni bukan ubat gastrik,Anep. Ni pil kuda. Dadah.”

Seolah-olah seluruh dunia Hanif terhenti seketika. Jantungnya berdegup kencang. Mulutnya ternganga sedikit. Lama dia diam, sebelum akhirnya berkata perlahan."Saya tak tahu,umi. Sumpah saya tak tahu.”Bersungguh-sungguh Hanif berkata.

Umi pegang bahu anaknya. “Umi tahu kamu tak tahu.Sebab tu Umi tunjuk. Mesti Saiful dah gunakan kamu,Anep.Ya Allah,kasihan anak umi ni.Nasib baiklah umi yang jumpa.Kalau polis yang jumpa dulu,ke lokaplah Anep."

Hanif acah-acah terperanjat mengangguk perlahan. Ada perasaan riang di dada.Umi percaya dengan dramanya.

“Umi dah lama syak di tu penagih.Anep buang saja barang ni.Cakap kat dia,Anep tak tahu.Lepas ni,jangan percaya sesiapa lagi-lagi Si Saiful.Jangan baik hati sangat nak tolong orang beli apa-apa ubat.Kalau betul sakit,beli ubat di farmasi atau klinik saja.Faham?”

“Faham, Umi…”

Suara Hanif perlahan, tapi kedengaran jujur. Dadanya terasa lapang. Beban yang menghimpit sejak tadi hilang sekelip mata. Mujur... mujur Umi percaya.

****
Bunyi cengkerik mengisi keheningan malam.Jam di dinding berdetik perlahan.Hana terjaga.Matanya celik dalam gelap.Tubuhnya terasa berpeluh sedikit walaupun angin malam menyelinap masuk dari tingkap yang sedikit terbuka.

Dia bangkit perlahan menarik selimut daripada tubuhnya.Rimas.Pandangannya jatuh ke satu sudut lantai bawah katil.Airil yang dibuai mimpi di atas toto di atas lantai itu.Nafasnya teratur, wajahnya tenang.Hana tidak mengambil peluang menikmati pemandangan itu seperti dulu.Biarlah Airil lena bersama mimpi-mimpinya.Mungkin mimpikan arwah bekas isteri tercinta.

"Lantaklah,"bisik Hana dalam hati.Perutnya pula tak mahu berkompromi bernyanyi-nyanyi minta diisi.Begitulah jika terjaga tengah malam.Ususnya yang melebih-lebih,tidak kenal erti penat dan jemu mengisi makanan.

Hana bangun perlahan-lahan membuka pintu bilik dengan berhati-hati.Takut Airil tersedar pula.Ketika keluar pintu,bau sesuatu yang harum menyapa deria hidunya.

Dia mengintai dapur menyala terang.Siapa pula?Jika di rumah babah,Hanif la yang gemar berjaga malam-malam.Gerun pula tatkala otaknya teringat Hanif yang gila itu.Susuk Hanif yang terbayang di matanya dipadamkan segera.Mana mungkin..

Dia memberanikan diri melangkah ke ruang dapur.Irwan rupanya yang sedang mengacau sesuatu dalam periuk kecil.

Irwan menoleh,rambutnya kusut sedikit, wajahnya lesu.“Eh, Hana?Kenapa bangun?”

“Nak cari roti.Tengah-tengah malam begini,perut pula berbunyi,"balas Hana sambil tersengih.

Irwan tergelak perlahan."Kebetulan.Saya pun lapar.Ni bangun masak maggi.Ada lebih ni.Marilah makan sama."

Hana angguk cepat."Nak sangat!”

Irwan senyum dan ambil pinggan lain. Ditaruh sedikit maggi dari periuk lengkap dengan udang, sayur sawi, dan telur separuh masak yang masih meleleh kuningnya.Harum dan menyelerakan.

Slurrrppp…

Hana duduk bertentangan Irwan di meja."Sedapnya... macam bukan maggi.”

“Maggi versi orang bujang profesional,” Irwan mengangkat kening.

Hana ketawa kecil. Tapi ketawa itu cepat berlalu.Matanya layu tunduk ke pinggan.

Keluhan kecil terhambur."Cuti dah nak habis.Esok dah nak balik,"katanya perlahan."Rasa berat sangat nak balik sana."Berat hatinya menghabiskan sisa-sisa cuti yang berbaki sehari lagi.Jika dia sendiri,dia sudah ambil cuti tambahan tetapi suaminya pula cikgu.Terpaksalah dia sama-sama skema pergi sekolah.

Irwan mengangguk faham."Nak buat macam mana.Back to school."Hahaha..Irwan mengusik.

“Kan best kalau awak ada kat sana.Tak adalah sepi sangat hidup saya.

Irwan diam sejenak."Kalaulah saya boleh ikut sekali,saya ikut.Tapi...Tanggungjawab saya di sini.Eh,kenapa awak sunyi pula!Airil kan ada."

Nada suaranya berubah hambar, wajahnya berubah bosan.“Encik Patung Sendu."

Irwan tergelak kecil, cuba menceriakan suasana."Jangan gelar dia macam tu, nanti dia bangun merajuk.”

Hana menjeling, tersenyum senget."Merajuk?Tak mungkin.Dia bukan ada hati dan perasaan pun.Macam tu jelah dirinya."

Irwan gelak lagi.Irwan mengubah topik. “Awak nak tahu sesuatu tak?"

Hana angkat wajah."Apa?"

"Awak ada satu aura yang mampu memikat hati lelaki yang dekat dengan awak.Saya tak pasti apa tapi aura awak menarik saya untuk mengenali awak dengan lebih mendalam."

Eerrrkk..Hana terdiam.

Kata-kata Irwan terngiang dalam kepalanya.

Adakah itu satu pujian atau satu pengakuan tersembunyi?Irwan lagi gemar bermain kata-kata tersirat berbanding Cikgu Sastera yang sebenar.

****
Jam menunjukkan pukul 2:14 pagi.Bilik masih sunyi.Bunyi kipas lama yang berpusing perlahan dan nyaring cengkerik dari luar tingkap mengisi ruang.

Airil masih terlentang atas katil.Matanya tidak mahu lelap.Sejak Hana keluar bilik tadi, fikirannya tidak lagi tenang.Dia hanya berpura-pura lena sebenarnya.

Menjelang beberapa minit Hana keluar bilik,Airil menjejakinya ke dapur.Secara tidak sengaja dia terdengar suara di dapur seorang lelaki dan perempuan di dapur.

Suara Hana... dan Irwan.

Pada awalnya,dia beranggapan mereka hanya perbualan kosong tetapi apabila telinga menangkap serpihan kata-kata...

"Awak ada satu aura yang mampu memikat hati lelaki yang dekat dengan awak.Saya tak pasti apa tapi aura awak menarik saya untuk mengenali awak dengan lebih mendalam."

Airil ketap rahang.Dada dia rasa sesak. Gumpalan yang dia sendiri tak tahu datang dari mana.Cemburu?Terguris? Entah.

Dia tidak tahu kenapa hatinya begitu terusik.Ditambah pula ucapan Irwan kepadanya siang tadi menambahkan firasat buruknya.

Kenapa suara Hana bersama lelaki lain kedengaran terlalu mesra?

Kenapa dia mula fikir Hana perlahan-lahan beralih kepada Irwan?

Airil menanti namun bayang Hana tidak masuk-masuk ke bilik.Sudah hampir setengah jam mereka berbual di luar.

Airil duduk perlahan bersandar ke kepala katil.Lampu bilik gelap, tapi cahaya dari celah pintu cukup untuk menampakkan bayang-bayangnya sendiri.

Dia cuba memujuk diri bahawa dia tidak kisah.Bahawa apa yang berlaku antara mereka hanya kebetulan.Bahawa Hana berhak rasa tenang dan selesa dengan sesiapa yang dia suka.

Tapi kenapa hatinya mula gelisah.

Airil pandang siling.Pandang kosong sekosong warna siling itu.

“Apa hak aku nak terasa kalau aku sendiri yang biarkan dia jauh?”

Pandangan Airil teralih ke arah pintu bilik dikuak perlahan.Dalam kegelapan malam diterangi serakan cahaya dari luar,Hana muncul.

Airil masih dalam posisi yang sama.
“Baru masuk?” suara Airil kedengaran perlahan dalam gelap.

Hana sedikit terkejut “Ingat dah tidur.”

“Belum.Tadi awak ke mana?”Airil pura-pura bertanya.

Tersangat jujur dan selama Hana menjawa. “Makan maggi dengan Wan di dapur."

Airil diam sejenak.

"Seronok nampaknya," katanya, suara masih tenang teyapi ada nada yang Hana tak dapat tafsir.

"Haah..Seronok sangat.Maggi dia perghhh..Sedap.Ada udang, telur separuh masak.Rare tengah malam dapat macam tu,” Hana tergelak kecil.

Airil mengangguk perlahan.“Patutlah lama.Mentang-mentang esok nak balik,luangkan lebih masa bersama Wan.

Hana menoleh ke arah Airil."Kenapa? Tak boleh ke Hana borak lama-lama dengan Wan?”

Airil mengalihkan pandangan ke siling. “Saya tak kisah.Tak ada masalah pun.,"

Tapi nadanya kedengaran hambar dan dingin

Hana mengerut dahi.Dia boleh rasa... ada yang tak kena.

Hana terkedu.Tidak diduga Airil akan cakap macam tu.Sebelum sempat dia jawab, Airil berbaring menarik selimut lalu memejamkan mata.

"Abang kan tidur kt bawah,"tegur Hana hairan Airil bersiap sedia atas katil dia tidur.

"Saja nak ubah angin tidur di atas.Tak boleh ke?"

"Habis tu Hana nak tidur mana?"

"Sebelah sini.Kan luas lagi."Airil menjuih mulut ke arah sebelahnya.

Haaa??Terbeliak mata Hana.Buang tabiatkah suaminya itu tiba-tiba ubah angin timur laut hendak tidur atas katil yang sama.Pelik perangai Airil malam itu.

"Okay..Saya sakit badan tidur atas lantai hari-hari.Salah ke saya tidur atas demi menjaga kesihatan saya.Esok macam mana saya nak drive kalau sakit-sakit badan,"terang Airil apabila membuat mimik muka hairan.

"Suka hati abanglah."

Hana merebahkan saja badannya sebelah Airil.Dia baring membelakangi Airil.Otaknya tidak cukup pintar untuk menafsir perubahan buang tabiat Airil.

Ada bau-bau cemburu lagi.Sorry guys.MJ terlelap mengarang malam tadi.Tak sempat update.Pagi sambung karang dan update..Hehe

Share this novel

jasmin
2025-06-13 08:43:37 

hi mj...bila next update

Lily Wahida
2025-06-12 11:54:20 

Xde update ke arini ms j...

Hanadhia12
2025-06-11 11:41:53 

angin timur laut ... amaran sunami BAHAYA untuk bot kecik. nak lagi ms j


NovelPlus Premium

The best ads free experience