Selesai menggril daging stik,Irwan menyusun dengan teliti potongan daging berjus itu ke atas pinggan putih leper.Sos lada hitam dituang melintang lalu ditambah salad sayuran segar dan kentang putar gebu bermentega di sisi. Hidangan tampak seperti keluar dari dapur restoran bintang lima.Marvelous.
Aroma stik itu menerjah deria bau dan rasa Hana hingga dia hampir menelan air liur sendiri.
“Siap!”Irwan mengangkat pinggan dan menunjukkannya dengan bangga kepada Hana.“Terimalah stik Swiss yang tak seberapa ni.”
Hana ketawa kecil.“Tak sabar nak rasa.Nampak pun dah sedap."
Dia memotong stik dengan penuh hati-hati dan mencelup sedikit ke dalam sos lalu menyuap ke mulut.Matanya terpejam seketika.Ya Allah,nikmatnya tidak terkata.Pertama kali merasai stik yang sedap berjus cukup rasa.
“Sedap gila…” bisiknya dengan kagum. “Pandai awak masak.Tak hairanlah awak dipilih jadi ketua chef di resort ini.Awak belajar mana masak sesedap ini?"puji Hana.
Irwan tersenyum.“Saya belajar masak kat Swiss dulu. Ijazah seni kulinari. Macam-macam masakan saya belaja.Perancis, Itali, Mediterranean.. Sekarang tengah explore cara buat sushi pulak.Online je.”
Hana angguk penuh teruja.“Awak memang minat memasak ya?"
Irwan mengiakan pertanyaan Hana.“Memang dari kecil saya minat memasak.Dulu saya bercita-cita nak jadi macam Chef Wan,Chef Jimmy Oliver,Gordon Ramsay,Nigella dan ramai lagilah.."
Dalam ramai-ramai tokoh masakan yang disebut Irwan,Chef Wan saja yang Hana kenal.Jelaslah ilmu masakan Irwan jauh lebih tinggi daripadanya."Awak hebat,Wan.Saya ni minat masak pun sebab nak ambil hati si bongkah ais kutub utara tu,” Hana tersengih mengakuinya.
“Boleh ajar saya tak nanti? Saya pun nak pandai masak sedap macam ni.Dapat isi perut saya sendiri pun jadilah."
Irwan angkat kening.“Dengan senang hati saya boleh ajar awak.Beritahu saja awak nak belajar masakan apa.Saya kursus masakan eksklusif dan special secara percuma khas untuk awak saja,Puan Hana Qaisara."
Hana tergelak.“Tak payahlah special sangat macam tu.”
Mereka ketawa bersama.Suasana dapur resort yang sibuk terasa perlahan bila hanya tumpuan mereka berdua berpusat pada rasa, minat dan gelak ketawa.
Namun tanpa mereka sedar, sepasang mata sedang memerhati dari balik rak bumbu dan rempah.Airil.Mencari sang isteri sering menghilang.Pagi-pagi lagi sudah melangkah ligat ikut Irwan ke dapur resort.Banyak masa banyak dihabiskan bersama Irwan berbanding suami sendiri.
Airil sudah biasa dengan bau-bauan lazat dapur tidak mendorong tekaknya untuk merasa.Kehangatan haba api tidak menyengat kulitnya kerana apa yang dilihat itu lebih menyengat bara api.Hana sedang tersenyum, ketawa, selesa di sisi lelaki yang bukan suaminya.
Dia melangkah masuk.
“Hana.”
Serentak Hana dan Irwan berpaling.
“Ya?”Hana menyahut.
Airil melangkah perlahan ke arah mereka.Pandangannya tepat pada Hana. “Korang buat apa kat dapur panas ni?”
Hana tersengih.“Saya tengah rasa stik Swiss Wan ni masak.Sedap gila.Nak cuba?” Dia menghulurkan sepotong kepada Airil.
Airil angkat tangan menolak."Tak naklah.Saya dah kenyang makan di rumah tadi."
Dia diam sebentar."Saya datang sini cari awak.”
“Cari saya?”dahi Hana berkerut.“Kenapa?”
“Saya nak awak teman saya ke satu tempat.”
Hana memandang Irwan sebentar, kemudian kembali kepada Airil. “Ke mana?”
Airil hanya senyum sedikit, misteri. “Nanti awak tahu.Jomlah.Awak tak buat apa pun kat sini kan?Sekadar tengok-tengok merasa makan saja kan?"jawab Airil tenang.
"Wan,ku tak kisah kan aku bawa isteri aku?"tanya Airil sengaja menyebut isteri agar Irwan sedang siapa Hana sebenarnya.Irwan mengangguk dan senyum tenang.
Hah..Memang dia tidak berbuat apa-apa pun.Dialah penyibuk dapur Irwan.Hana tidak menolak ajakan Airil malahan tertanya-tanya dalam diam ke mana Airil hendak bawanya pergi.Dan entah kenapa, degupan jantung Hana terasa lain macam.
****
Matahari yang menghala ke barat ditutupi awan kelabu tetapi Hana sudah terasa hangat dan letih. Langkahnya perlahan menaiki lereng bukit kecil yang tidaklah curam mana melelahkan Hana.Di kiri dan kanan, pohon-pohon durian besar berbaris dan sesekali kelihatan pokok rambutan serta manggis, melambai lembut dalam angin petang itu.
"Inikahh yang dikatakan tempat rahsia tu?Hmmm...Rahsialah sangat,"omel Hana.Mukanya pahit sekali sambil berjalan.Airil di belakang dibiarkan.
"Awak ni boleh tak jalan slow-slow sikit.Bukit ni.Kang tak pasal-pasal tergolek macam buah durian gugur.Tak sempat calar kat lengan dan betis awak tu keringa,tambah pulak cedera lain,"Airil menegur Hana dari belakang.
Beberapa minit kemudian, mereka sampai di satu lereng landai.Di bawah pokok durian yang rendang,bau durian tiba-tiba menusuk kuat dan menyengat. Airil tersenyum sambil tunduk mengambil dua biji durian yang baru gugur.
Hana menyilangkan tangan memerhati saja perbuatan Airil itu."Happy sangatlah tu,"sindir Hana.
"Awak ni kenapa,Hana?Bad mood semacam.Dari awal sampai tadi asyik nak membebel je.Jika berjalan dengan Wan,bukan main senyum melebar sampai ke telinga."
"Hana penatlah.Tadi cakap nak bawa ke tempat rahsia.Ingatkan nak buat suprise bawa pergi restoran ke shopping ke.Ini bawa Hana masuk dusun durian.Hah.."Mulut Hana merungut sambil mengibas nyamuk di lengan.Mereka berhenti berehat di sebuah lereng kebun untuk berehat.
Airil merapati Hana tersengih girang.“Awak kan suka adventure.Saya bawalah awak hiking bukit ni."
“Memanglah Hana suka adventure tapi abang tengoklah pakaian Hana ni sesuai ke tak?Lain kali cakaplah awal-awal nak masuk kebun,Hana gantilah baju pakai tshirt.Ni nampak Hana pakai blouse putih dan palazo kelabu kembang-kembang.Tak sesuai tahu tak?Sakit kaki tahu pakai sandal ni naik bukit.Kalaulah ada babi menyondol ni,tak sempat Hana lari,seluar ni tersangkut dulu menyebabkan tersungkur."
Airil tergelak.Comel olahan Hana."Babi tak ada,ular sawa banyak dalam semak ni."Makin ligat Airil mengacau Hana.
“Tak kelakar, abang."Hana mendengus sambil matanya merayau ke sekeliling.Kot-kot ada ular sungguh.Naya
"Gurau jelah.Jangan bimbanglah,kalau ada ular ke babi ke hatta harimau sekalipun,saya akan lindungi awak sebagaimana saya pertahankan awak daripada Anep,"ujar Airil mendabik dada menganggap dirinya seorang hero.
Hana mengecilkan matanya.Hah..Baru sekali jadi hero katak,berangan hendak jadi hero harimau.Jangan-jangan dia angkat kaki dulu kalau jumpa Pak Belang.
Kemudian,Hana membuka telefon pintarnya.Dia mengeluh.Hanya terpampang tulisan No Signal.Telefon diangkat tinggi ke udara namun tiada guna.Tetap tiada liputan rangkaian.
“Tak ada coverage pula kat sini,” jeritnya kecewa.
Airil menggeleng."Sekali-sekala hidup tanpa media sosial,boleh tak?”
Hana mendongak.“Sekali-sekala hidup tidak membosankan boleh,tak?
"Sekali-sekala kalau tak membebel,boleh tak?"Airil membalas.
"Sekali-sekala kalau abang tak menyusahkan orang,boleh tak?"
"Sekali-sekala kalau awak tak berkepit dengan Wan,boleh tak?"
Hana terpukul sendiri.Airil bergurau atau memang ikhlas daripada hatinya sendiri.Sememangnya dia akrab dengan Irwan sampaikan hubungan itu membuatkan Airil tidak sedap mata memandang.Dan ianya menjadi bahan pertakian mereka.
Mereka sama-sama diam.Mungkin topik sensitif untuk terus membahaskannya.Mereka berdua terus berjalan tanpa mengungkit soal Irwan.
“Ha, ni rezeki.Musang King baru gugur.Sangat fresh," kata Airil bangga seperti iklan komersial mengambil sebiji lagi durian gugur ke bumi.
Hana buat muka.“Hana bukan peminat durian."
“Tapi awak hantu makan, kan?”
“Saya hantu makan nasi,ayam goreng,mi goreng,spageti,laksa..Durian saya tak suka."
Airil tersenyum lalu duduk di atas tikar kecil yang dibawanya entah dari mana. Dia mula membuka durian itu perlahan-lahan.Kulit keras dibelah, dan bau manis pekat mula tersebar lebih kuat.Dia membawa Hana namun Hana tolak mentah-mentah.
Dummm....
Satu dentuman kuat dari langit mengejutkan Hana dan Airil.Mereka memandang ke langit.Kepulan awan kelabu sedang berhimpun tebal menutupi langit.Angin mula berpuput kencang.Tanda-tanda hujan lebat beserta kilat akan menimpa mereka.Lebih baik mereka cari tempat berteduh sebelum mati disambar petir.
****
Hujan turun dengan rakus mencurah-curah dari langit yang semakin kelam.Angin menggila menggoyangkan dedaunan dan ranting-ranting tua lalu menghasilkan simfoni semula jadi yang menggigit perasaan.Sesekali, guruh mengaum seolah-olah memekikkan sesuatu dari langit tinggi.Pondok kayu kecil yang dibina Airil di atas puncak bukit itu jadi satu-satunya perlindungan mereka dari alam yang menggila.
Airil menolak daun pintu pondok membiarkan Hana masuk terlebih dahulu. Hana melangkah laju.Lututnya hampir longlai setelah mendaki bukit dalam hujan lebat. Nafasnya masih termengah-mengah. Bajunya blouse putih tipis dan palazo lembap melekat pada tubuh mengukir bayang-bayang tubuh yang dia sendiri tak sedar begitu menyerlah.
Airil masuk kemudian lalu menutup pintu kayu yang berderit perlahan dihempas angin.Pondok itu kecil, tapi cukup untuk mereka berteduh.Lantai kayu, satu bangku panjang di sisi, dan tingkap kecil berlubang yang menampakkan sebahagian langit gelap.
Dia menjenguk ke luar hujan masih deras manakala langit bertambah gelita menunjukkan hujan tidak akan berhenti dalam masa singkat.
Dia menoleh. Hana duduk di lantai, menggigil. Kedua-dua tangannya berpeluk tubuh. Wajahnya pucat. Rambutnya basah terlekap pada pipi. Saat guruh menyambar sekali lagi, tubuh Hana terkejut sedikit.Mata dipejam rapat.Tubuhnya dipeluk semakin erat.
Airil menghela nafas."Selfish," bisiknya perlahan. “Dalam keadaan genting begini pun tak nak minta tolong.”
Dia melangkah mendekat.Tanpa bicara, dia duduk di belakang Hana, lalu menarik tubuh isterinya ke dalam dakapannya perlahan-lahan. Hana tersentak tetapi tak membantah. Tubuhnya yang menggigil itu terus bersandar pada dada Airil yang turut basah kuyup tapi lebih hangat berbanding bersendirian.
“Sejuk ke?” Airil bertanya perlahan di telinganya.
Hana hanya mengangguk.Bibirnya enggan bergerak, tubuhnya masih kaku.
“Mungkin ini membantu,” Airil sambung, sebelum tangannya menyambar tangan Hana yang sejuk kebiruan. Jari-jemarinya digenggam erat.Digosok perlahan dan diusap dengan teliti sambil diramas lembut untuk memaksa haba keluar dari tulang dan kulit.
“Selesa?”soal Airil lagi.
Anggukan Hana membuatkan Airil tersenyum."Saya tak akan biarkan awak kesejukan."
Hana tak membalas tetapi kepalanya masih bertinggung di dada lelaki itu. Diam itu sudah cukup membawa jawapan.
Suasana pondok itu jadi saksi satu keheningan paling ganjil.Penuh dengan perkara yang tidak terucap, dengan rasa yang tidak mahu diakui.Hanya suara alam di luar dan degupan jantung masing-masing menjadi pengiring.Hana mengangkat wajahnya merenung Airil.Bagai kilat menyambar,perasaan mereka pun begitu.Dalam renungan kelam itu,Airil merapatkan bibir mereka lalu bersatu.
Dan untuk seketika dunia luar seakan tidak wujud.Hanya mereka berdua, dalam dingin yang memeluk, dan hangat yang mula meresap perlahan-lahan entah dari tubuh ataupun dari hati.
****
Irwan mundar-mandir di ruang tamu. Telefon bimbit di tangan digenggam erat.Sudah berkali-kali dia menatap skrin, membuka semula mesej terakhir, menunggu tanda biru.Tiada apa-apa.
Dia berhenti di muka pintu merenung keluar ke jalan gelap yang sepi.Angin malam menderu lembut namun jiwanya ribut.Hati terasa berat.Hana tidak beritahu langsung ke mana Airil membawanya hari ini.Hari sudah larut malam dan mereka belum pulang.
Khatijah perasan gerak-geri Irwan yang resah.Dia bersuara perlahan.
“Wan,kenapa asyik tengok pintu tu?”
Irwan berpaling dan mengukir senyuman hambar.
“Saya risau,ibu.Hana dan Airil tak balik lagi.Langsung tak bagi tahu mereka ke mana.”
Khatijah tenang melipat kain di pangkuannya.“Tak payah risau sangat. Mereka suami isteri.Pandailah Airil jaga isteri dia.”
Irwan terdiam.Kata-kata itu menusuk kalbu.Perlahan-lahan dia duduk di sofa. Kepala tertunduk.Telefon diletak di atas meja.Nafasnya berat.
Khatijah diam sejenak sebelum bersuara semula.Nadanya lembut tapi ada tegasnya.
“Ibu nak tanya satu benda tapi Wan jangan marah.”
Irwan angkat kepala pandang Khatijah.
“Ibu tengok kamu rapat sangat dengan Hana."
Irwan kaku. Matanya tertunduk semula. Dia tidak menafikan.
“Ibu tahu, kamu ikhlas nak berkawan. Tapi kamu pun tahu, dia isteri orang. Isteri abang sepupu kamu sendiri.”
Khatijah menghela nafas.“Ada staf dan jiran pun dah mula bertanya,Hana tu isteri siapa sebenarnya?Sebab orang tengok kamu yang selalu ada dengan dia bukan Airil.”
Irwan diam lama.Kata-kata ibu angkatnya bagai palu mengetuk dinding fikirannya yang selama ini diselaputi alasan.Dia hanya mahu isi kesunyian gadis itu di kampung.Tidak dia sedari,batas tetap batas.
“Wan minta maaf,ibu,” ujar Irwan perlahan."Wan tak pernah niat lebih dari berkawan.Saya cuma tak nak Hana rasa bosan di kampung.”
Khatijah tersenyum nipis memandang Irwan dengan kasih sayang."Ibu faham. Cuma jangan sampai niat baik kamu disalah anggap orang.Hati manusia ni bukan semua boleh terima.Batas tu kena jaga, Wan.”
Irwan angguk perlahan.Dalam hati, dia sedar dia perlu melepaskan ruang yang bukan miliknya.
Katak..durian...hujan..semua saksi Airil dan Hana.Hehehe..
Share this novel
Ape yg dua ketul tu buat dalam pondok tu ... tq update
best.....
Makin best cite ni...akhirnya airil dan hana bersatu...nak lagi..