Bab 63

Romance Series 266345

Bilik kecemasan hospital dipenuhi hiruk-pikuk bunyi kasut jururawat berlari dan suara pesakit yang mengerang kesakitan.Bau ubat yang menusuk hidung semakin menambah sesak dada Airil.Dia duduk di kerusi panjang, berderet dengan beberapa guru lain yang turut menemani.Wajahnya pucat, resah yang tidak mampu disembunyikan.

Di hadapan mereka,Cikgu Liana tidak berhenti membebel.Suaranya lantang, penuh rasa kesal.

“Kenapa awak semua benarkan Hana berlari tadi?Awak tak nampak ke keadaan dia?Dia tu bukan sihat sangat. Kalau dah tahu kesihatan dia tak menentu,patutnya jangan biar langsung dia masuk padang!”bebel Cikgu Liana.

Guru-guru lain berpandangan sesama sendiri.Air muka mereka penuh tanda tanya.Mereka tidak faham maksud sebenar bebelan Liana.Apa yang tak kena dengan Hana?

Airil hanya diam.Dia tunduk.Jari-jemari dikepal-kepal menahan debar yang semakin menghentak dada.Dia faham benar sindiran Cikgu Liana.Itu bukan sekadar rungutan kosong.Cikgu Liana tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu.

Namun saat ini,Airil tidak mahu menjawab.Tidak mahu menjelaskan apa-apa.Apa yang lebih penting hanyalah keadaan Hana di dalam bilik rawatan.

Suasana tegang itu akhirnya terpecah apabila pintu bilik kecemasan terbuka. Seorang doktor keluar,wajahnya tenang namun serius.

“Siapa waris kepada pesakit bernama Hana Qaisara?"

Serentak semua guru berpaling antara satu sama lain.Teragak-agak.Ibu bapa Hana masih tidak kunjung tiba.Sebelum sempat mereka bersuara,Airil bangkit pantas.Langkahnya tegap menghampiri doktor,suara keluar tanpa ragu lagi.

“Saya.Saya suami dia.”

Sejenak suasana sunyi memandang Airil.

Cikgu Liana ternganga,mata bundar merenung Airil dengan kejutan yang nyata.Guru-guru lain terpaku bagai baru sahaja mendengar satu rahsia besar terbongkar di hadapan mata mereka.

“Suami?”Suara Cikgu Liana terlepas.

Airil tidak menoleh ke belakang.Tidak peduli pada pandangan terkejut dan bisikan yang mungkin mula menular dalam kalangan mereka.Dadanya teguh menahan semua itu.

Ya,rahsia sudah terbongkar.Dia sudah tidak sanggup lagi menyembunyikan perkahwinan mereka.Tidak pada ketika Hana sudah berbadan dua.

“Dia dah sedar?Bagaimana keadaan dia?”suara Airil sedikit bergetar, penuh resah.

Doktor mengangguk perlahan.“Ya, isteri encik sudah sedar.Isteri encik tak apa-apa cuma badannya masih lemah.Mungkin tak cukup rehat,dia pengsan tadi.Kalau tak ada apa-apa,pagi esok isteri encik dah boleh balik."

"Kandungannya bagaimana?"

"Alhamdulillah.Kandungan isteri encik pun tak ada apa-apa.Dua-dua selamat.Seperti yang saya cakap,isteri encik perlu mendapat rehat yang cukup memandangkan kandungannya baru trimester pertama.Biasanya,ibu-ibu akan lebih penat dengan alahan yang dialami.So,jangan bagi dia buat kerja berat atau lasak,"jelas pegawai perubatan itu.

Airil menghembus nafas lega.Seluruh beban di bahunya sedikit terangkat.Tanpa menunggu lagi,dia melangkah masuk ke bilik rawatan.Biarlah rakan-rakan sekerjanya memerhati dengan penuh tanda tanya.

Di luar,guru-guru masih tergamam. Cikgu Liana hanya menggeleng, separuh kagum, separuh kecewa.Orang yang dicari ada di depan mata sebenarnya.

****
Airil menolak perlahan pintu bilik rawatan.Bau antiseptik menusuk hidung.Suhu dingin pendingin hawa menyambut langkahnya.Pandangannya terus tertumpu pada tubuh Hana yang terlentang di katil.Wajahnya pucat dan bibirnya kering.

Hana memandang sekilas sebelum segera mengalihkan pandangan ke arah dinding.Degup jantung Airil terasa semakin deras.Dia menghampiri, menarik kerusi lalu duduk di sisi.

“Sayang,”panggil Airil lembut.

Hana menutup mata rapat dan pura-pura tidak mendengar.Nafasnya ditahan-tahan.Kehadiran Airil hanya menambahkan sesak dada.Akibat tidak mendengar kata Airil,dia terlantar atas katil hospitak ketika ini.

Airil mengangkat tangan menyentuh jemari isterinya yang terletak di atas selimut putih.Digenggam tangan Hana."Abang tahu Hana berpura-pura tidur.Bukalah mata tu,"sapa Airil.Dia nampak Hana cepat-cepat tutup mata sebaik saja dia membuka pintu tadi.

Saat mendengar itu,Hana membuka kelopak matanya lalu membalas pandangan Airil tanpa bersuara.Terasa janggal untuk bercakap setelah puas menyalahkan Airil.Kali ini,dia akur.

“Nasib baik tak jadi apa-apa kepada Hana dan baby kita.Kenapalah sayang ni degil sangat?Abang dah kata jangan lari.Hana nak juga lari.Allah nak selamatkan baby,ditakdirkan Hana pengsan masa tu.Lain kali jangan buat lagi.Abang risau,"luah Airil.

Hana menggigit bibirnya kuat-kuat.Dia menahan air mata yang sudah bergenang menanti gugur.Semakin dia berusaha mengawal,semakin laju ia menitis membasahi pipinya.

“Abang,” suaranya pecah, serak, penuh rasa bersalah.Dia menoleh perlahan, memandang wajah suaminya yang setia di sisi.“Hana minta maaf.Hana degil,tak dengar cakap abang.Hana marah-marah abang padahal abang cuma risaukan Hana."Tangan Airil disambut lalu dicium berkali-kali.

Airil terkedu.Hatinya bergetar melihat esakan Hana yang bersungguh-sungguh.Perlahan,dia mengangkat tangan.Kali ini berani menyentuh pipi Hana.Ibu jarinya menyapu lembut air mata di pipi isterinya.

“Shh… jangan cakap macam tu.Abang tak pernah marah Hana.Abang faham emosi Hana sedang berkecamuk tetapi abang tetap risaukan baby kita."

Hana menekup muka dengan tapak tangan.Bahunya terhenjut-henjut menahan esakan."Hana…Hana tak tahu kenapa Hana jadi macam ni?Hana tak dapat kawal perasaan Hana.Sikit-sikit Hana rasa nak marah.Otak Hana pula asyik fikir bukan-bukan sebaik saja tahu Hana mengandung.Hana takut abang tak dapat terima bayi ni sebab abang pernah cakap dengan Hana abang tak nak anak lagi.Hana takut abang marah dan abaikan Hana."

Airil menghela nafas panjang.Dia menggenggam jemari Hana erat seakan mahu menyalurkan kekuatan ke dalam diri isterinya.

“Sayang...” Airil menunduk, mencari mata isterinya.“Hana tahu tak dari mula abang tahu pasal bayi ni daripada Cikgu Liana,abang rasa itu hadiah terbesar dalam hidup abang.Abang tak nak Hana salah erti.Maksud abang dulu,abang bukan tak nak anak cuma abang nak beri masa kepada Hana supaya ada ruang untuk selesaikan exam.Itu saja.
Hana tak perlu takut.Abang tak kecewa langsung malah abang bersyukur Allah beri rezeki anak kepada kita.Abang gembira sangat."Airil memujuk Hana. Hana mengangguk dan lega setelah mendengarnya.

"Jangan fikir yang bukan-bukan lagi.Overthinking tu yang buat Hana seksa diri dan moody.Abang sayang kedua-duanya."

Hana mengangkat pandangan.Mata yang basah merah itu penuh harapan. “Betul?Abang tak marah Hana mengandung?"Hana mendapatkan kepastian daripada suaminya.

Airil menggangguk perlahan.Senyum lembut terukir."Tak,sayang.Hana mengandung pun sebab abang juga kan?"Airil tersengih-sengih malu.Memang dia pesalah terbesar dalam masalah ini yang menjadi punca Hana berbadan dua.

"Sebenarnya,Hana yang banyak marah-marah abang.Abang baru nak Hana berkongsi kegembiraan malam tu,Hana tiba-tiba melenting.Kasihan abang tau."Airil mengungkit manja.

Hana teresak kecil sebelum mengangguk laju.“Hana janji tak buat macam tu lagi.Hana betul-betul minta maaf.Hana tak berniat nak marah abang."

Airil menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan membiarkan Hana menangis pad dadanya.Pelukan itu erat.Hangat dan penuh kasih.

“Dah.Jangan menangis lagi,”bisik Airil lembut di telinga Hana.

Hana mengangguk di dalam pelukan.Hati dan fikirannnya terasa ringan untuk pertama kali beberapa hari membebani hidupnya.Beban ketakutan yang menghantui dirinya perlahan-lahan hilang dan diganti rasa lega.

Airil tersenyum mengusap rambut isterinya penuh kasih.Kasih kepada isteri tidak pernah luntur sama sekali.

****
Hana duduk berehat di atas sofa setelah selesai membersihkan diri.Bahagianya dapat pulang ke rumah sendiri.Duduk di hospital membingungkan mindanya.Bosan dan terkurung.

Kemudian,Airil masuk ke dalam rumah bersama-sama umi dan babah.Kedua-dua ibu bapanya terus menghampiri Hana dan duduk sofa bertentangan.Airil mendarat di sebelah Hana.

"Hana sihat ke?Macam mana boleh pengsan di padang?"soal umi kegusaran.

Belum sempat Hana membuka mulut,Airil lebih dahulu menjawab sambil memeluk tubuh."Orang degi.Tak dengar cakap.Sibuk nak tunjuk hebat.Tak sedar diri yang dia tu bawa nyawa lain.Kan dah pengsan.”Nada Airil sedikit menyindir.Hujung matanya melirik ke arah Hana yang menunduk.

Umi dan babah berpandangan.Masing masing mentafsir sindiran Airil.Babah akhirnya bersuara,“Apa maksud kamu ni, Airil?”

Airil tersengih serba salah.Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.
“Err… tak lama lagi,babah dan umi akan jadi datuk dengan nenek.Hana mengandung.”

“Ya Allah!"Umi menutup mulutnya.Terkejut bercampur sebak. Babah pula tersenyum lebar.

Airil tambah gelisah.“Saya segan sebenarnya nak beritahu sebab masih awal.Hana pun masih belajar.Tapi… apa boleh buat.Terbabas,"akui Airil malu-malu.

“Rezeki tak boleh ditolak".Hana pula membela sambil tersenyum nakal.

Namun pandangan umi tidak lepas daripada wajah Hana seperti hatinya menyimpan sesuatu."Hana tak makan ke pil yang umi bagi dulu? Kan umi dah pesan,kalau habis bagitahu umi,"bisik umi perlahan.

Hana tersengih panjang.Malang sekali bisikan itu turut ditangkap telinga Airil dan babah.

Babah menggeleng sambil ketawa kecil. “Biarlah,Yati.Biasalah orang dah kahwin, mana boleh ditahan-tahan.Kita jugak nanti yang seronok,hari-hari dapat main dengan cucu.”

Umi akhirnya mengeluh, lalu berpaling kepada Airil.“Maafkan umi,Airil. Bukan umi tak suka cuma Hana sekolah lagi. Tinggal berapa bulan lagi nak exam. Kalau alahan sampai pengsan macam tadi,bagaimana nak fokus study dan jawab exam?”

Hana cepat-cepat menyampuk.“Umi tak payah risau.Hana dah sihat.Pengsan pun sebab salah sendiri, sibuk nak bersukan padahal ada bayi dalam perut. Abang Airil kan ada.Dia boleh tolong Hana apa yang patut.Hana yakin boleh tempuhi sampai habis exam.”

Umi masih mengeluh.Raut penuh kerisauan meskipun Hana cuba meyakinkan.

Airil menggenggam tangan Hana sambil menatap wajah mertuanya.Dia dapat membaca kebimbangan dalam hati umi."Umi jangan risau.Airil akan jaga Hana sebaiknya.Airil takkan biarkan Hana stres."

Babah tersenyum menyokong menantunya.“Babah percaya Airil boleh jaga Hana.Cuma… babah nak tanya sikit.Guru-guru di sekolah bagaimana?Dah tau?"

Airil menarik nafas panjang.“Memang kena soal siasatlah,babah.Tak mengapa.Airil dah bersedia untuk menjawab dan menghadapi segala kemungkinan."

****
Usai makan malam,Hana menekup mulutnya lalu berlari ke sinki.Segala yang ditelan tadi terluah kembali.Bukan terlalu teruk tetapi cukup membuat tubuhnya menggigil.Airil cepat-cepat menepuk dan menggosok belakang isterinya.Sabar menunggu sehingga rasa loya itu reda.

“Hana dah okay?”lembut suaranya ketika hulur tuala kecil.

Hana mengangguk perlahan lalu membasuh muka dengan air paip.Wajahnya kembali segar namun Airil masih setia berdiri di sisi.Airil tidak jemu menemaninya di saat-saat sebegini.

Tiba-tiba,tubuhnya ditarik ke dalam dakapan.Airil mendakap erat seperti takut Hana hilang dari genggamannya. Hana terpaku sejenak, lalu bertanya perlahan."Kenapa, abang?”

Airil menunduk,bibirnya dekat di telinga Hana."Hana betul-betul bersedia lalui semua ini?"soal Airil.

Hana terdiam,kemudian mengangguk perlahan dalam pelukan itu.Jari-jemarinya menggenggam kemas baju tshirt suaminya.

“Abang tak sampai hati tengok Hana begini,”suara Airil bergetar.“Trimester pertama,muntah,loya.Dalam masa sama Hana kena belajar,nak exam lagi. Abang takut Hana tak cukup kuat."Airil menghamburkan kebimbangannya.

Hana mendongak lalu memandang wajah lelaki itu.Senyum halus terukir, cuba menenangkan keresahan yang jelas terbias di mata suaminya.
“Hana okay,abang.Muntah sikit je.Tak payah bimbang sangat.”

Airil menarik nafas panjang, seakan-akan cuba meleraikan gumpalan gusar di dadanya."Jangan paksa diri kalau Hana tak daya ya.Kalau Hana tak tak mampu,apa kata Hana tangguhkan exam."

Hana tersenyum lagi.Kali ini dia melingkarkan tangan di leher Airil dengan erat.“Kan Hana dah cakap, jangan risau.Hana kuat.Baby pun kuat. Yang terlebih risau ni ayah baby sedangkan mommy okay je ni."

Kata-kata itu buat Airil hampir ketawa kecil.Bahagianya terasa sukar digambarkan.Bagai baru semalam mereka sibuk bertengkar,kini Allah hadiahkan momen sebegini.Saat-saat kecil yang sederhana tetapi sangat berharga untuk mereka berdua.

Airil menunduk dan mengucup dahi isterinya penuh syukur.

Hana kemudiannya tersengih nakal. “Takkan nak berdiri kat dapur ni sampai esok pagi?Jom masuk bilik.”

Airil akur menggenggam tangan isterinya.Langkah mereka seiring menuju ke kamar.

Dalam perjalanan,Hana sempat menoleh “Abang,semua cikgu dah tahu kan pasal kita?Bagaimana kita?"

Airil tersenyum tipis sementara menghela nafas.“Hmm..Pengetua mesej tadi.Esok abang kena jumpa dia.”

Langkah Hana terhenti seketika. Wajahnya berubah, namun Airil cepat-cepat menepuk lembut tangan isterinya."Jangan risau.Abang dah bersedia.Biar abang yang jawab semuanya,"kata Airil tenang.

Okay..Airil dan Hana dah berbaik.Mommy and ayah to be.Umi pula risau lebih hana mengandung.hehehe..Aqeef dan ibu tak tahu lagi nak dapat orang baru.

Share this novel

Nur
2025-09-13 20:06:30 

update sis

Sittizk
2025-09-13 19:54:33 

update plss .da lma tunggu ni..

imyourss
2025-09-11 04:56:53 

bila nak update


NovelPlus Premium

The best ads free experience