Bab 4

Romance Series 180177

Hana menongkat dagu.Segala isi pembelajaran subjek Sejarah yang dibentangkan oleh kumpulan pertama tidak didengar.Fikirannya melayang teringatkan Arshad.Selepas peristiwa hari itu,mereka tidak lagi berhubungan.Bertegur sapa juga tidak.Arshad mengelak setiap kali bertemu dengan Hana.Terjentik rasa keliru dalam hatinya menampar Arshad tempoh hari.Hana tidak merasakan dia bersalah kerana kelakuan Arshad melampaui batas pergaulan mereka.Mengapa perlu dia yang terhegeh-hegeh ingin memohon maaf dengan Arshad?Fikirannya terganggu tika itu.Dia tidak tahu mana satu yang benar dan mana satu yang salah.

Jauh di sudut hati,dia merindui Arshad tetapi ego menghalang dia memohon maaf terlebih dahulu.Hatinya ingin menjerit.Tidak tertahan bermasam muka dengan Arshad.Keadaan boleh buat Hana lelah dan termenung sepanjang masa.Hidupnya tidak sempurna tanpa Arshad.Semua kerja-kerja yang dilakukan tidak menjadi.Fokusnya turut hilang kerana di dalam kepalanya hanya ada Arshad.

"Hana."Sayup-sayup suara wanita menyeru namanya.Tiba-tiba,Hana tersentak setelah namanya diseru berkali-kali diselangi dengan tolakan lembut pada bahunya.Dia mengelip-ngelipkan matanya memandang Cikgu Juwita berdiri di hadapannya manakala Shanaya menekan-nekan bahu Hana.Barulah Hana sedar,sekarang dia sedang belajar di dalam kelas.Satu ilmu pun tidak masuk ke dalam otaknya kerana Arshad.

Hana mengetap bibir membalas pandangan Cikgu Juwita.Malu dengan dengan guru dan rakan sekelasnya tidak terkira.Mahu saja dia menyorokkan mukanya di bawah meja.

"Awak ke mana tadi?London?US?"Cikgu Juwita menyindir.

Hana terkial-kial menggaru kepalanya.Tidak tahu bagaiman mahu menjawab sindiran Cikgu Juwita.Akhirnya dia hanya menghadiahkan senyuman tanpa suara.

Cikgu Juwita menarik nafas panjang."Dah berapa hari saya perasan yang awak asyik menggelamun.Ada sesuatu yang ganggu awak?"kata Cikgu Juwita.

Hana menggeleng.Walaupun ada gangguan tetapi masalah itu terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan orang lain.

Cikgu Juwita memandang pelajar-pelajar selain Hana."Saya nak kamu semua lebih fokus.Tak ada masa untuk bermain dan termenung dalam kelas.Kamu dah lah malas membaca,dalam kelas pun berangan.Macam mana ilmu nak serap dalam otak kamu semua."Cikgu Juwita mula membebel.Kerana Hana,satu kelas terpaksa mendengar leteran dan nasihat daripada Cikgu Juwita.

****
"Acad tunggu."Hana memanggil Arshad tergesa-gesa keluar daripada kelasnya.Luas Hana membuka langkah mengejar Arshad yang laju berjalan.Arshad berpaling dan menanti Hana.Jujur dia merindui wajah dan gelagat Hana tetapi dia kecewa kerana Hana sanggup menamparnya.Rajuknya masih bersisa.Kononnya mahu jual mahal.Dia mahu melihat sejauh mana Hana menyayanginya.

"Ada apa,Hana?Acad nak balik ni?"

Hana terus menarik lengan Arshad masuk ke dalam kelas yang kosong hadapan tangga.Arshad hanya mengikut rentak Hana.

Hana berdiri berhadapan dengan Arshad.Dia harus selesaikan konflik mereka secepat mungkin.Seminggu dia penasaran dan dilema.Hana mengambil keputusan memujuk Arshad.Jika berterusan,benaknya akan terganggu.Keadaan di dalam kelas itu tenang.Mereka saling bertatapan mata.

"Acad marahkan Hana?"Hana membuka mulut.

"Acad malas nak bincang pasal ni.Acad nak balik dulu."Arshad beredar.Hana sempat menangkap lengannya.

"Tunggu dulu,Acad.Janganlah buat Hana macam ni.Hana minta maaf sebab tampar Acad hari tu.Hana tak ada niat dan Hana memang tak sengaja.Maafkan,Hana."Hana merintih.Air matanya mula berguguran setitis demi setitis.

"Tak sengaja?Acad malu tau...Kita couple tapi tak macam couple yang lain.Acad nak juga rasa macam pasangan lain.Boleh peluk.Boleh kiss.Hana tak faham semua itu."Seoktaf nada Arshad meningkat.Ya,hajatnya untuk beromantik dengan Hana tidak kesampaian.Tidak banyak yang dapat dilakukan berpasangan dengan Hana.Kekasihnya itu agak menjaga batasan.Mereka bercinta melalui ayat-ayat manis dan boleh berpegangan tangan saja.Arshad mahu lebih daripada itu.

"Acad,itu bukan budaya masyarakat kita.Kenapa kita nak ikut orang lain?Kita boleh happy dengan cara kita sendiri kan?"Hana kurang bersetuju dengan keinginan Arshad.Perbuatan itu sangat menyimpang daripada ajaran umi dan babahnya.Walaupun dia selalu culas solat dan jahil bab-bab agama tetapi dia tidak akan melakukan perkara yang bertentangan.

Arshad bengang."Alasan Hana saja padahal Hana tak sayangkan Acad sepenuh hati.Hana masih ragu-ragu dengan cinta Acad."

"Tak,Acad.Sumpah Hana sayangkan Acad sepenuh hati Hana."

"So,buktikan yang Hana sayang Acad."Arshad tidak ingin mengalah.Dia melangkah ke arah Hana.Hana berundur ke belakang.Saat hampir dengan dinding,Hana menolak dada Arshad sekuat hati.

"Go to hell."

Arshad tersengih."Okay fine.Kita putus."Terpacul kata putus daripada mulut Arshad.Hana tergamam tetapi hatinya meredainya.Berakhirnya hubungan itu,Hana segera melangkah pergi dari kelas tersebut dengan hati yang lara.Cintanya kepada Arshad tidak dapat dibuktikan dengan kata-kata.Tidak laku oleh Arshad.Dia harus terima impiannya terputus di tengah jalan.

****
"Hoi,kau ni asyik termenung je!Dalam kelas berangan,kat rumah aku pun kau nak berangan juga."Shanaya menegur.Dipegang kedua-dua pipi Hana sambil digelengkan ke kiri dan kanan.Kemudian,dia memberi sekotak air soya sejuk kepada Hana.Dibukanya paket jajan untuk dimakan sambil membuat kerja sekolah.

Hana melentukkan kepalanya atas meja.Rambutnya dipintal-pintal."Aaaaa...Stresnya.Banyak kerja kena buat.Aku tak ada moodlah nk buat."Hana merungut.Semangatnya hilang bersama kata putus Arshad di sekolah tadi.Kerja-kerja sekolah dan ulang kajinya juga terbelangkai gara-gara putus cinta.

"Sha,aku dah break dengan Acad."Hana berterus-terang.Dagunya disangkut pada birak meja belajar Shanaya.Terhenti kunyahan jajan Shanaya.Bulat bola mata Shanaya memandang Hana.Patutlah emosi kawannya itu tidak stabil sejak seminggu lalu.

"Seriuslah?Bukan kau dengan Acad in love ke?Ayoo...macam mana boleh putus?Patutlah kau makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena...Putus cinta rupanya."

Hana memuncungkan bibirnya.Hanya Shanaya tempat dia mengadu."Aku sedih ni,Sha."

"Aku hairanlah.Kau putus sebab apa?Tak ada angin,tak ada ribut korang putus."

"Hmm...Aku dengan Acad dah seminggu tak bertegur sapa.Kami baru putus tadi..Sha..Aku stres ni.Aku sayangkan Acad.What should I do?"Hana buntu.Perpisahannya dengan Arshad terjadi begitu pantas.

"Story dengan aku kisah kau dari A to Z.Then,bru aku boleh nilaikan,"kata Shanaya.Hana datang berbaring di ribaan Shanaya atas katil.Pendaman hatinya diluahkan kepada Shanaya.

****
Hana memarkir motosikalnya di garaj.Selepas habis kelas tambahan Sejarah,Hana melepak di rumah Shanaya memandangkan umi dan babahnya tiada di rumah kerana mengikuti rombongan menghantar menantu.Abangnya Hanif,pergi berkhemah sejak semalam.Tinggallah dia berseorangan di rumah.Seronoklah Hana seharian tiada siapa yang mengongkong pergerakannya.Terasa sangat bebas.

Lampu halaman sememangnya dihidupkan sebelum dia keluar rumah agar dia tidak bersusah payah meredah gelap masuk ke dalam rumah.Suis lampu dan kipas dalam rumah dihidupkan.Dia terus menuju ke ruangan tidurnya.Matanya sempat menoleh ke arah pintu bilik Hanif untuk Hanif betul-betul tiada.Berkunci dan gelap.Tenang hatinya.

Setelah masuk ke dalam bilik,Hana segera mencapai tuala.Badannya terasa sangat melekit dan tidak bermaya.Dia keluar menuju ke bilik air yang terletak di bahagian dapur.Kakinya terhenti di hadapan bilik Hanif.Berdiri di hadapan bilik itu membuat jantungnya berdebar.Hana ketepikan perasaan itu.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya agar bayangan Hanif hilang dari matanya.'Isshh...Abang Anep mana ada.Dia kan pergi camping.Melalutlah fikiran kau ni,Hana.'Hati Hana kembali tenang.Kemudian,dia melangkah ke bilik air.

****
Segar terasa badannya selepas membersihkan diri.Hana mengenakan seluar pendek warna putih paras paha dan baju singlet kuning.Sesuai dengan kulitnya yang putih.Dia berbaring di atas tilam.Dia mengerling jam pada telefon sudah pun pukul 10.30 malam dan mata Hana sudah terasa penat.Umi dan babahnya masih tidak sampai.Kebiasaannya,waktu begini dia akan berwhatsapp dengan Arshad tetapi itu hanya tinggal kenangan.Hubungan cinta mereka tidak kesampaian.

Sesi luahan hati bersama Shanaya tadi sedikit sebanyak melegakan kekecewaan hatinya akibat putus cinta.Walaupun dia tidak dapat melupakan Arshad namun dia reda bahawasanya jodoh mereka tidak panjang.Hana melemparkan wajah Arshad dari kotak ingatannya.Mata dipejam rapat kerana rasa mengantuk menguasai diri.

Ketika matanya terpejam,telinganya menangkap satu bunyi aneh daripada bilik sebelah.Serta-merta kelopak matanya terangkat.Diamati bunyi itu."Aaahhh....Uuhh...Aahhh...Uhhh.."Diamati dari mana datangnya bunyi itu.Suara seperti seorang wanita sedang mengerang kesakitan.Hana bingkas bangun.Dia melekapkan telinganya pada dinding bersebelahan bilik Hanif.Bunyi suara itu semakin aneh dengan diselangi suara lelaki dan perempuan.

"Bunyi ni dari bilik Abang Anep tapi kan dia tak ada?"Hana berfikir sejenak.Hatinya tidak tenang.Namun diberanikan diri untuk keluar bilik.Diperhatikan seluruh ruang rumah tiada siapa.Suara aneh itu jelas kedengaran di luar bilik.Ternyata bunyi itu datangnya dari bilik Hanif.Dada Hana mula berombak.Bermacam-macam bayangan bermain dalam mindanya.Pelbagai mimik muka hantu menggerunkan berkeliaran di matanya.

Hana menarik nafas.Kakinya melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik abangnya.Dengan debaran,Hana memulas tombol pintu bilik Hanif.'Ketakkk....'Daun pintu dibuka seluasnya dan ada sepasang mata memandangnya.Satu lembaga tercongok atas lantai mengadap komputer riba di atas katil.

"Adik dah balik?"Hanif menyoal apabila Hana tercegat di muka pintu.

"Abang Anep?Bukan ke abang pergi camping semalam?Macam mana abang...."Hana terkejut melihat abangnya ada di rumah.

"Abang tak jadi pergi.Abang nak teman adik."Hanif bersuara manja.

"Bila abang balik?Kereta abang tak ada..."Hana semakin hairan.Entah bila Hanif berada dalam rumah.Sekembalinya ke rumah tadi,kereta Hanif tiada di garaj.Kereta milik babah saja tersadai di situ kerana mereka menaiki kereta keluarga pengantin.

Hanif bangun.Dia menghampiri Hana.Tangan Hana dipegang dan ditarik ke dalam."Itu tak penting.Abang ada sesuatu nak tunjuk pada adik."Hana mengikut rentak Hanif tanpa banyak soal.Hanif mengangkat skrin komputer dan tayangkan kepada Hana.Berderau jantung Hana melihat video lucah yang ditunjukkan oleh Hanif."Adik tengok ni.Adik dengan abang buat macam ni.Apa kata kita berdua cuba buat macam ni?Adik nak tak?"cadang Hanif.

Hana terpaku.Abangnya sendiri mengajak dia melakukan perbuatan hina itu."Ya Allah,abang ni dah gila ke?Adik tak nak."Hana menolak dengan keras.Dia merasakan otak abangnya tidak betul.

Hana ingin melangkah tetapi tangannya dikunci kemas oleh Hanif.Hanif tersengih."Kita cuba dulu,adik.Mesti seronok.Bolehlah."Hanif memujuk lembut.Hana tidak keruan.Tingkah laku abangnya lain macam malam ini.

Hana menarik tangannya tetapi kudrat Hanif lebih kuat daripadanya."Astagfirrullah.Ini perbuatan zina dan sumbang.Haram di sisi agama.Lepaskan tangan adik.Adik tak nak."Hana meronta minta dilepaskan.

Hanif bertindak di luar kawalan.Dia menolak Hana ke dinding.Kedua-dua tangan Hana dilekapkan pada dinding.Dia menghidu panjang wangian pada leher Hana.Hana mengetap giginya.Hanif merenung bahagian dada terbuka Hana."Dah lama abang tunggu saat-saat berdua dengan adik macam ni.Akhirnya dapat juga peluang tu.Abang sengaja tipu babah dengan umi pergi camping sebab abang tahu adik akan mengelak kalau tahu kita tinggal berdua,"kata Hanif dengan penuh nafsu.Sudah lama dia berhajat untuk meratah tubuh adiknya sendiri.

Hana membentak.Jijik dia mendengar kata-kata abangnya.Dia berusaha melepaskan pegangan tangan Hanif."Abang Anep,ingat Allah.Kita ni adik-beradik kandung.Lepaskan tangan adik.Adik mohon."Hana merayu dengan titisan air mata.

Hanif tidak peduli.Saat yang ditunggu terhidang di depan mata,tidak mungkin dia akan lepaskan.Dia merapatkan bibirnya pada wajah Hana."Rugilah abang kalau lepaskan adik.Nanti babah dengan umi dah balik,susahlah nak dapat peluang keemasan ni.Adik tahu tak,abang dah lama teringin nak rasa adik.Semakin adik dewasa,adik semakin cantik dan mengancam.Mana abang boleh tahan."Hanif meluahkan rasa yang selama ini terpendam di hati.

Hana menggerak-gerakkan badan dan tangannya.Lelaki di hadapannya ini tidak lagi dipandang sebagai abang tetapi najis yang memualkan malahan lebih jijik.Perasaannya selama ini terhadap Hanif tidak salah lagi.Dia memandang Hanif dengan perasaan yang sangat benci.Hana pantas meludah muka Hanif.

"Adik memang suka kekerasan kan?"Hanif berasa terhina dengan perbuatan adiknya terus merapatkan hidungnya pada bahagian leher Hana berselang-seli.Dicium dengan rakus.Jeritan Hana tidak dipedulikan malah di merapatkan tubuhnya dengan Hana hingga Hana sesak nafas.

Hana memberontak.Wajahnya dilarikan daripada menjadi mangsa Hanif.Akhirnya,dia mendapat satu akal untuk melepaskan diri.Dengan sekuat tenaga,dia menendang kemaluan Hanif.Hanif mengerang kesakitan.Serta-merta pegangan tangannya terlepas dan menunduk menahan senak.Hana mengambil kesempatan berlari pantas ke dalam bilik tidurnya.Dikunci rapat dari dalam.

Nafas Hana tercungap-cungap.Perasaan takut,cemas dan gementar bergabung dalam hatinya.Dia perlu bertindak dengan segera mencari penyelamat.Hana mundar-mandir dalam bilik tidurnya.Tiada tingkap untuk dia lari keluar.Kesilapan besar dia lari ke dalam bilik."Shitt...Patut aku lari keluar rumah tadi."

Sedang Hana mundar-mandir,pintu biliknya diketuk kuat.Hana membatu di atas tilam.

"Buka pintu ni,adik!!!"pekik Hanif dengan kuat dari luar.Hana menangis ketakutan berdoa agar umi dan babah segera pulang.

"Aku cakap buka pintu ni.Kalau tak aku tendang pintu ni sampai pecah.Siap kau aku kerjakan nanti."Hanif semakin menggila.Gerun Hana mendengar gertakan daripada Hanif.Seluruh tubuhnya menggigil.Kukunya digigit sambil memeluk tubuh.Hana kebuntuan dan bersedia dengan apa yang bakal terjadi sekejap lagi.

Sedang dia mengengsot punggungnya atas katil,dia terpegang telefonnya.Terketar-ketar tangannya menekan telefon mencari orang yang paling dekat untuk minta bantuan.Shanaya agak jauh dari rumahnya.Arshad sudah tentu tidak menjawab panggilannya.Dan nama Cikgu Airil tertera.'Ya,Cikgu Airil paling dekat.'

Hana teragak-agak untuk mendail nombor Cikgu Airil tetapi dia tiada pilihan memandangkan Hanif semakin menggila mengetuk pintu dengan kuat.

"Cikgu....Toolong...Saayaa.."Tergagap-gagap Hana meminta pertolongan.Suaranya diselangi tangisan dan getaran kerana teramat takut.

****
Airil meratapi foto arwah isterinya,Alia.Terlalu rindu kepada Alia.Benarlah kata orang,rindu yang tidak tertanggung ialah rindu kepada orang yang telah tiada.Rindu boleh dilafazkan dan diluahkan tetapi tidak didengar apatah lagi disambut.Kesepian hati Airil ditemani foto-foto kaku dan imbauan kenangan bersama Alia.Adakalanya ianya pahit untuk ditelan tetapi Airil akur dengan takdir Allah.Rasa bahagia yang dipinjamkan seketika sangat berharga dan cukup buat dia bahagia bersama Alia.

Walaupun terlalu awal Alia kembali kepada Sang Pencipta,cintanya untuk Alia tidak pernah pudar.Datanglah beribu wanita cantik dan muda berkehendakkannya tetapi dia mengunci hatinya untuk wanita lain.Hanya Alia yang bertahta di hati Airil.

Bibir Alia disentuh dengan penuh kerinduan."Abang rindukan Alia.Dah lama Alia tak muncul dalam mimpi abang.Alia merajuk ke?"Airil berbual dengan gambar Alia seolah-olah Alia sedang merajuk di hadapannya.

"Sepuluh tahun yang lepas,abang dapat dua berita serentak.Zuriat abang lahir ke dunia dan...abang kehilangan isteri yang abang sayang.Hari ini hari jadi Aqeef dan ini kali pertama abang tak sambut hari jadi Aqeef.Bagaimana keadaan anak kita di asrama sekarang?"Airil memikirkan keadaan Aqeef.Sembilan tahun dia selalu di sisi Aqeef semasa hari jadi anaknya itu.Sekali pun dia tidak pernah lupa melakukan kejutan sempena hari lahir anak tunggalnya itu.

Aqeef tidak memiliki ibu sejak hari pertama dia melihat dunia tetapi Airil tidak pernah membiarkan Aqeef merasa kekurangan itu.Dia memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada Aqeef.Dialah ibu dan dialah ayah Aqeef.

"Hujung minggu ni abang nak pergi buat suprise pada Aqeef.Pasti dia suka.Kalaulah Alia ada dengan abang sekarang pasti kita akan plan buat suprise untuk Aqeef sama-sama."Airil memberitahu rancangannya kepada foto Alia.

"Terima kasih,Alia hadiahkan Aqeef untuk abang menempuhi hari-hari tanpa Alia.Sekejap saja waktu berlalu,sekarang Aqeef dan sepuluh tahun.Abang rindukan anak kita.

Kemudian,Airil melihat gambar-gambar Aqeef dalam telefon bimbitnya.Dia tersenyum sendiri.Anaknya semakin dewasa.Airil mula mengimbau kembali saat-saat Aqeef kecil.Daripada Aqeef meniarap hingga Aqeef mampu berlari,Airil insan pertama melihat perkembangan Aqeef.

Sedang-sedang dia leka memikirkan Aqeef,dia terkejut mendengat deringan telefon pintarnya lalu menjawabnya.Berkerut-kerut muka Airil melihat nama yang memanggilnya namun dia tidak teragak-agak menjawab panggilan tersebut.

"Ya,Hana,"jawab Airil setelah menjawab panggilan daripada Hana Qaisara.

****

Airil bergegas ke rumah Hana setelah mendapat panggilan telefon.Suara Hana sangat cemas di hujung telefon meminta pertolongan daripadanya.

Airil mendapati pintu rumah Hana tidak berkunci manakala lampu di ruang tamu juga terpasang.Airil meninjau ruangan makan dan dapur.Keadaan sunyi dan kemas di dalam rumah itu tidak menimbulkan kecurigaan.Tapi di mana Hana?Airil tercari-cari kelibat Hana tetapi tiada.

"Hana!!Awak di mana?"Airil memanggil kerana tiada sesiapa pun di situ.Tiada sahutan.

Dia betul-betul berdiri di antara bilik Hanif dan Hana.Dia berasa serba salah mahu menerjah bilik tersebut.Sekali lagi dia memanggil."Hana!!!"Kali ini ton suaranya lebih tinggi.

Hana yang ketakutan berpeluk tubuh di atas katil segera tersedar apabila namanya diseru.Dia bingkas bangun dan pasti itu ialah Airil bukannya Hanif.Hana cepat-cepat membuka pintu.

Airil berdiri tidak jauh daripada pintu biliknya.Wajah pucat Hana dipandang.Tangan sejuk Hana terus memegang tangan Airil.Kerana terlalu takut Hana tidak dapat menilai kelakuan yang salah atau betul.Yang penting,dirinya mendapat perlindungan daripada dinodai abangnya sendiri.

"Cikgu,tolong saya.Saya takut.Abang saya nak cabul kehormatan saya."Hana berterus-terang.Air matanya mengalir.Tidak tercapai dek akal fikiran,yang abang kandungnya sendiri tegar merosakkan adik sendiri.

Airil tidak selesa lalu melepaskan tangan Hana."Apa awak cakap ni,Hana?Saya sampai tadi tak ada orang dalam rumah ni."Airil tidak percaya kerana tiada tanda-tanda keberadaan orang lain dalam rumah itu.

Hana menggeleng.Dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan."Saya tak tipu,cikgu.Abang Anep nak rogol saya.Tolonglah,percaya cakap saya."Hana bersungguh-sungguh.

Airil masih termangu."Takkan abang kandung awak nak buat adik sendiri macam tu.Mungkin ada orang lain."

Melihat Hana teresak-esak,Airil menenangkan Hana."Okay,saya percaya.Mana abang awak sekarang?"tanya Airil.Bayang Hanif tiada di dalam rumah itu.

Terketar-ketar suara Hana memberitahu.Jari telunjuk yang masih menggigil ditunjukkan ke arah bilik Hanif."Mungkin dia menyorok dalam bilik dia."

Airil terus menghala ke bilik Hanif.Hana sempat mencapai lengan Airil dan mengikut Airil meninjau bilik abangnya.Pintu biliknya dibuka perlahan-lahan.Suasana bilik Hanif kelam.Komputer ribanya bercahaya di atas katil dengan bunyi suara menjengkelkan Hana.Airil menekan suis lampu supaya cerah.Lantas dia pergi ke arah katil dan terpapar video yang menjijikkan.Aksi ranjang barat antara abang dan adik kononnya bermain pada skrin komputer.Airil meneguk air liurnya.Malu dengan video tanpa seurat benang ditonton oleh Hana sekali.Airil dan Hana saling berpandangan.Masing-masing berasa segan."Abang Anep ajak saya buat macam dalam video ni."Tergagap-gagap Hana memberitahu.

"Astagfirrullahalazim."Mengucap panjang Airil lalu dia bawakan anak panah mengetik butang pangkah berwarna merah pada paparan video.Video merosakkan fikiran anak muda sehingga adik sendiri diajak melakukan perbuatan terkutuk.

"Anep ke mana?"

Hana mengjungkitkan bahu ke atas."Saya tak tahu,cikgu.Mungkin...mungkin dia dah lari keluar.Saya tak pasti,cikgu.Saya terlampau takut."Hana tidak tahu ke mana Hanif menghilangkan diri.Saat Airil datang menyelamatkannya,Hanif tiada di dalam rumah.

"Beginilah,awak duduk dulu.Cerita apa yang berlaku,"cadang Airil.

****
"Kita tunggu babah dengan umi awak balik.Bincang dengan mereka untuk buat report.Saya tak boleh bawa awak ke balai sesuka hati sebab ini melibatkan hal keluarga awak,"ujar Airil setelah mendengar kronologi kes pencabulan Hanif terhadap Hana.Airil tidak tergesa-gesa membawa Hana ke balai polis memandangkan Hana masih mempunyai orang tua.Tambahan pula,saspek yang tertuduh melibatkan ahli keluarga Hana sendiri.Airil tidak berani membuat sebarang keputusan dan bertindak melulu.

Hana mengangguk faham."Tapi cikgu jangan balik lagi.Tunggu sampai babah dengan umi balik.Saya takut Abang Anep datang semula."Hana trauma.Kusyen dipeluk erat.Dia tidak sanggup bersendirian lagi kerana bila-bila masa abangnya akan muncul kembali walaupun dia tidak tahu di mana Hanif menyorok.

Airil serba salah.Dia menundukkan pandangan kerana Hana terlalu seksi baginya."Saya bukan tak nak teman awak tapi tak manis kita berdua-duaan dalam rumah ni.Lagipun,pakaian awak boleh menimbulkan fitnah kalau terjumpa kita berdua."Airil berterus-terang.

Hana memandang tubuhnya.Dia terlupa pakaiannya terlalu terbuka sehingga ditegur oleh Airil.Dia menutup bahagian dadanya dengan kusyen.Malu berpakaian begitu di hadapan gurunya namun dia berlagak seperti biasa."Takkan cikgu nak biar saya sorang-sorang.Saya takut,cikgu.Ya,saya faham tak manis kita berdua di sini tapi ni darurat,cikgu."Hana memujuk Airil.Segan terhadap Airil selaku gurunya ditolak ke tepi asalkan dia terselamat daripada Hanif.

"Hmmm...Beginilah,awak duduk di dalam.Saya tunggu babah dengan umi awak sampai di luar saja,"kata Airil.Dia tidak sanggup menghampakan dan bahayakan keselamatan Hana.Dia juga risau Hana diapa-apakan oleh Hanif jika dia tinggalkan Hana di rumah.Sebagai jiran yang prihatin,Airil sanggup menjaga Hana di luar rumah.

Mata Hana bercahaya riang.Cukup lega hatinya apabila Airil bersetuju menemaninya walaupun di luar rumah.Sekurang-kurangnya jika Hanif kembali,jeritannya boleh didengar oleh Airil."Terima kasih,cikgu."

Ketika Airil ingin melintasi Hana,kaki Airil tersadung pada kaki meja lalu terjatuh atas tubuh Hana.Hana terbaring di atas sofa manakala Airil menindihnya.Bibir Airil tersinggah pada pipi Hana.Terkejut kedua-dua mereka dengan kejadian itu.Airil mengangkat wajahnya merenung mata Hana.Dada Hana turun naik.Semakin gemuruh darahnya berada dalam posisi Airil di atasnya.Adakah Cikgu Airil juga seperti Hanif ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya?

"Astagfirullahalazim.Hana...Cikgu Airil..."Suara babah menyapa dari pintu masuk.Terpempam wajah Hayati melihat anak daranya dalam keadaan mengaibkan bersama seorang lelaki.Mata babah dicerlung tajam ke arah pasangan itu.Airil cepat-cepat bangun dari menindih badan Hana.Hana membetulkan tali singletnya yang terlondeh sedikit melepasi bahu.

"Ini kerja kamu berdua."Rahman tidak percaya apa yang berlaku di depan matanya sekarang.Dia mengetap giginya menahan geram dengan kelakuan Hana dan gurunya.Kecewa hati seorang ayah apabila menangkap anaknya sendiri melakukan maksiat dalam rumah mereka.

Alamaakk...babah dah salah faham..Anep hilang ke mana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience