Keadaan sangat tegang di ruang tamu Encik Rahman.Hana usai menyalin baju duduk di sofa sebelah Airil berhadapan dengan umi dan babahnya.Seram Hana ingin membalas pandangan si ayah.Airil yang duduk selang satu sofa dengannya kelihatan tenang."Che Man..Che Yati..Apa yang Che Man nampak tadi bukan seperti yang Che Man sangka.Tiada apa yang berlaku antara saya dan Hana.Saya secara tak sengaja terjatuh atas Hana sebab tersadung pada meja."Airil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara mereka agar Rahman dan Hayati mengerti.
Rahman tidak endahkan keterangan Airil.Perlakuan mereka depan matanya cukup untuk menceritakan apa yang terjadi.Hayati di sebelahnya diam tidak terkata.Selalunya mulut Hayati mengalahkan petir tetapi dia senyap.Kecewa barangkali."Che Man bukan nak fitnah kamu tapi keadaan kamu berdua tadi sangat mencurigakan.Persoalannya,kenapa cikgu boleh berada dalam rumah saya tengah-tengah malam macam ni?Dengan Hana yang berpakaian tak senonoh."
Hana merenung babahnya.Gaya bahasa babah,dia tahu babah tidak percayakan mereka.Hana bertindak mempertahankan dirinya dan Airil."Babah,apa yang Cikgu Airil cakap semuanya betul.Cikgu tak salah.Dia datang untuk selamatkan Hana daripada dicabul oleh Abang Anep.Tentang pakaian,Hana memang dah nak tidur pun tadi tapi Abang Anep..."Hana tidak jadi habiskan ayat.Peristiwa tadi menyesakkan dadanya."Hana yang call Cikgu Airil datang selamatkan Hana."
"Hana dah buat salah,jangan nak mereka-reka cerita tentang Abang Anep.Dia tak ada kena-mengena.Yang umi dengan babah nampak tadi,hanya Cikgu Airil berada atas Hana.Abang Anep kan pergi khemah,takkan Abang Anep yang mencabul pula.Umi kecewa dengan Hana sebab sanggup conteng arang pada muka umi dan babah.Cikgu Airil pula orang yang kami percaya tegar goda Hana.Mana integriti seorang guru,Cikgu Airil?"Panjang lebar Hayati mencelah.Jelas tergambar riak kecewa pada wajah Hayati dengan perbuatan anaknya.
Hana pantas melutut di hadapan umi dan babahnya."Maafkan Hana,babah dan umi.Hana bukan nak reka cerita tutup kesalahan Hana.Memang Abang Anep cuba perkosa Hana,ajak Hana berzina.Abang Anep tak pergi camping pun.Dia ada di sini tapi dia dah lari sebaik cikgu datang.Percayalah cakap Hana,babah,umi."Mengalir air mata Hana.Babah dan uminya tidak percaya tragedi hitam yang bakal meragut kesuciannya.Dia berusaha yakinkan umi dan babah yang hilang kepercayaan terhadap dirinya akibat salah faham.
"Umi tak percaya Abang Anep buat macam tu pada Hana.Hana adik dia.Takkan Abang Anep sanggup rosakkan adik sendiri.Lainlah orang luar yang memang dah lama hendakkan Hana.Pantang dapat peluang."Hayati tidak percaya malahan menyindir Airil.
"Babah,percayalah cakap Hana."Hana merayu di kaki Rahman sekali lagi.
Rahman berfikir sejenak."Macam mana babah nak percayakan Hana sedangkan keadaan Hana mengaibkan?Nasib baiklah babah dengan umi yang tangkap Hana dan Cikgu Airil.Kalaulah pejabat agama yang datang,bertambah malu kita.Heboh satu taman guru ditangkap khalwat dengan pelajar."
Airil bermenung.Kepulangan Rahman dan Hayati tidak tepat pada waktunya.Niat baiknya untuk menolong Hana disalahertikan kerana dia terhempap atas Hana.Dia akui siapa tidak curiga dan sangsi jika terlihat dalam keadaan begitu.Kasihan dia melihat Hana bersungguh-sungguh bercerita hal sebenar.Lebih menyedihkan Hana dipersalahkan sedangkan harga dirinya sendiri bakal dimusnahkan oleh abang kandungnya sendiri.Ibu dan bapa tidak percaya malahan menuduh Hana melakukan maksiat.
Hana tidak keruan.Dia beralih kepada Airil pula."Cikgu cakaplah sesuatu.Semua ni salah faham."Hana menangis di hadapan Airil.
"Che Man...Che Yati..Hana bercakap benar.Anep cuba rosakkan dia."
"Apa cikgu nampak Anep dari mula cikgu masuk rumah ni?"tanya Rahman.
Airil menggeleng."Saya tak nampak sesiapa melainkan Hana seorang.Saya sampai dia dalam ketakutan.Saya hanya tenangkan Hana."
Rahman termenung seketika."Cikgu tak ada bukti untuk salahkan Anep..Hmmm...Saya tak ada pilihan lain.Cikgu perlu bertanggungjawab terhadap Hana."
Terlopong Hana dengan keputusan babahnya."Apa maksud babah bertanggungjawab?"Hana merasakan ada kelainan pada nada babah.Dia mengusap air mata dan hidungnya.Wajah tegas babahnya direnung meminta kepastian.
"Saya nak cikgu kahwin dengan Hana pada cuti sekolah Tahun Baru Cina nanti.Saya tak tahu sejauh mana hubungan cikgu dengan Hana dan apa yang berlaku tanpa pengetahuan kami.Saya tak nak perkara ni merosakkan masa depan Hana."Rahman membuat keputusan tanpa bertanya kepada Hana dan Airil.Airil dan Hana terkesima.Rahman sangat mengesyakinya mempunyai hubungan terlarang dengan Hana.Airil tidak tahu bagaimana ingin mengelak.Sekiranya menolak,dia akan dituduh lelaki tidak berguna yang mahu merosakkan masa depan anak dara orang.
"Tidak,babah.Kenapa sampai kena kahwin dengan Cikgu Airil?Hana tak buat apa-apa."Hana membantah keputusan babahnya.
"Sekarang memang tak buat apa-apa.Masa akan datang ada jaminan tak berlaku apa-apa.Keputusan babah muktamad."Rahman bertegas.Hana berlari menangis ke dalam biliknya.Airil serba salah.Dia terperangkap.Berkahwin dengan pelajarnya sendiri bukan impiannya.Bahkan dia tidak pernah ada hati kepada Hana.
****
Hanif termengah-mengah masuk ke dalam rumah sewa kawannya,Saiful.Peluh membasahi Tshirt yang dipakai.Gerak nafasnya dirasakan amat laju bergerak.Dia melintasi Saiful yang sedang menonton televisyen.
"Kau ni apahal tercungap-cungap?Kena kejar dengan hantu ke?"tanya Saiful kehairanan.Hanif keluar entah ke mana tiba-tiba pulang dalam kelelahan.Pertanyaan Saiful tidak dikisahkan.Dia berlalu masuk ke dalam bilik.
Di dalam bilik,Hanif termangu di sisi katil bujang kepunyaan Saiful.Hana masih dalam fikirannya.Dia terlepas peluang keemasan untuk memiliki Hana kerana adiknya kuat melawan.Telah lama mengidamkan adiknya sendiri walaupun dia cuba menepis.Bermula dengan video porno adik-beradik yang ditonton,dia ketagihan dan mula terbit rasa ingin mencuba.Tambahan pula,liuk-lentuk tubuh dewasa Hana menggiurkan.Daripada bayangan imaginasi sehingga dia teringin mencubanya sendiri.Keinginan itu semakin membuak-buak saat melihat tubuh dewasa adiknya.Semuanya tumbuh dengan sempurna.
Tidak lama kemudian,Hanif menumbuk tilam. "Shit.Panjang akal kau,Hana.Kau libatkan cikgu kau dalam hal ni."
****
Hayati tidak menyambut gembira keputusan yang dibuat oleh Rahman.Dia mendarat di sebelah suaminya sedang menonton video ceramah di Youtube.Sejak kejadian malam kelmarin,dia tidak berpeluang berbincang dengan Rahman tentang isi hatinya mengenai keputusan meluru Rahman."Abang,saya nak cakap sikit ni."Hayati menyilangkan kakinya.
Rahman tidak leka mendengar ceramah tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada Hayati"Hmm..."
"Abang letak dulu telefon tu,pandangn saya.Saya ada hal yang penting nak bincang dengan abang."Hayati berdecit.Sikap acuh tak acuh suaminya memaksa dia meninggi sedikit suaranya.
Rahman tidak melawan malah menuruti sahaja kehendak isterinya.Telefon diletakkan atas meja tamu.Dia merenung Hayati.Wajah Hayati agak ketat."Haaa...cakaplah."
Hayati menghela nafasnya."Abang pandai-pandai buat keputusan suruh Hana kahwin dengan Cikgu Airil.Saya tak setuju.Abang buat keputusan tanpa tanya pendapat saya.Hana tu mentah lagi,masih belajar.Semalam seharian dia bad mood.Abang buat keputusan tak fikir masa depan anak."Hayati mengomel.Dia bimbang Hana seharian berkurung di dalam bilik tidurnya selepas malam itu.
"Aku fikir masa depan dialah,aku ambil keputusan suruh diorang kahwin."
"Masalahnya bang,Cikgu Airil tu dah berusia.Umur dia lebih kurang 30 lebih,Hana baru 19 tahun.Anak kita tu sekolah lagi,bang.Hancur masa depan budak tu nanti.Belajar entah ke mana,nak fikir soal rumah tangga lagi."Hayati memikirkan masa depan Hana yang masih panjang.Hana terlalu muda untuk menjadi isteri orang.
Pandangan nakal Rahman membuat Hayati menjeling.Rahman mencuit pipi Hayati dengan senyuman."Awak kahwin dengan saya dulu masa umur 18 tahun.Haa...Lagilah awal..Tak hancur pun masa depan awak.Makin bahagia,makin membulat adalah."Rahman mengusik Hayati.
Hayati menarik muka masam."Abang jangan nak samakan zaman kita dengan sekarang.Dulu ada sijil SRP saja dah cukup hebat.Sekarang ni,sekurang-kurangnya ada diploma baru orang pandang.Saya naklah juga merasa tengok Hana konvoi pakai jubah besar tu.Kalau ada orang masuk meminang,boleh bangga anak kita ada ijazah nanti."
Rahman menggeleng."Sebut biarlah betul sikit.Bukan konvoi tapi konvo.Konvoi tu orang bawa motosikal ramai-ramai kat jalan raya tu.Macamlah dia tak boleh sambung belajar kalau dah kahwin pun.Cikgu Airil tu guru,takkanlah dia nak halang Hana sambung belajar."
Hayati mencebikkan bibirnya."Senangnya abang cakap.Yang abang berkenan sangat nak bermenantukan Cikgu Airil tu kenapa?Jangan-jangan abang ada perjanjian dengan dia.Mentang-mentanglah Cikgu Airil tu baik dengan abang."Hayati serkap jarang.Suaminya memang baik dan rapat dengan Airil.Hayati bersangka buruk yang Rahman merancang semua ini.
"Astagfirullah.Yati...Aku ni buat keputusan sebagai seorang ayah.Awak tak nampak ke apa yang jadi malam tu?Ke awak lupa?Berdua berpeluk-peluk atas sofa ni.Daripada dorang melangkah lebih jauh,lebih baik mereka nikah."Rahman mengingatkan Hayati.Perbuatan Hana dan Airil sangat memalukan.
"Hmmm...Bukan ada orang lain nampak pun,kita berdua saja.Apa salahnya selesaikan macam tu saja.Lagipun,dorang dah cakap tak ada apa yang berlaku.Kenapa kena nikah?Tak ada cara lain ke,bang?"Hayati tetap berunding dengan Rahman supaya suaminya itu membatalkan niat menikahkan Hana dan Airil.
Rahman mengeluh.Terlalu pendek fikiran Hayati."Orang lain tak nampak tapi Allah nampak.Cara yang paling baik ialah nikah.Takkan awak nak biar macam tu saja?Memanglah malam tu dorang tak sempat buat apa-apa.Di kemudian hari,kita tak tahu apa yang dorang akan buat belakang kita.Tau-tau anak dara kita tu mengandung,masa tu baru nak melopong dah terlambat."Rahman berhujah agar isterinya tidak mengambil ringan perkara yang melanda keluarga mereka sekarang.Dia bimbang sesuatu terjadi tanpa pengetahuannya.
Kemudian,perbualan mereka terhenti apabila Hanif pulang ke rumah menggalas beg hiking.Dia berjalan tidak memandang babah dan uminya.
"Haaa...Baru reti nak balik rumah.Sibuk dengan camping sampai apa yang jadi kat rumah pun tak tahu."Hayati menegur Hanif dengan nada menyindir.
Hanif berhentikan langkahnya.Dia berlagak terpinga-pinga kononnya dia tidak tahu apa yang berlaku."Kenapa umi?Ada pencuri pecah rumah kita ke?"Hanif pura-pura tanya.Reaksi 'blur' yang dibuat-buat berjaya menutupi perbuatannya.Tetapi dia masih rasa berdebar kerana Hana pasti memberitahu hal yang sebenar kepada babah dan umi.
"Haaa...Tulah,sibuk sangat camping.Sampai adik sendiri buat maksiat dalam rumah sendiri pun kamu tak tahu."Bersungguh-sungguh Hayati bercerita sedangkan Rahman berdiam.Dibiarkan saja Hayati yang berbicara dengan Hanif.
Berkerut dahi Hanif."Maksiat apa ni,umi?Apa yang jadi?"Hanif tidak mengerti.
"Adik Anep berdua-duaan dalam rumah ni masa kita tak ada.Mata umi dengan babah serta sofa ni jadi saksi cengkerama adik dengan Cikgu Airil.Nasib umi dengan babah sampai awal,tak sempatlah mereka nak buat apa-apa."
"Habis tu bagaimana,umi?Adik tak ada apa-apa ke?Biar Anep ajar Cikgu Airil tu nanti."Cerita uminya mengejutkan Hanif.Dia mempamerkan wajah raut tidak puas hati.'Dengan cikgu kau pun jadi.Aku ajak kau jual mahal.Tak guna.'
"Tak payah bertindak melulu,Anep.Semuanya dah hampir selesai.Babah dah buat keputusan akan kahwinkan adik kamu dengan Cikgu Airil secepat mungkin."
Ternganga Hanif mendengar Hana akan dikahwinkan dengan Airil.Dia tidak bersetuju seratus peratus keputusan babah mereka.Mana mungkin Hana dinikahkan dengan Airil.Hana adiknya dan hanya akan menjadi miliknya seorang.Dia sangat marah lalu membantah."Mana boleh kahwin,babah?Anep tak setuju babah nak kahwinkan adik dengan Cikgu Airil.Adik tu sekolah lagi."Hanif memberontak.Jarang-jarang dia melawan babahnya tetapi dia tidak ingin Hana terlepas ke tangan orang lain.
"Anep,babah dengan umi tak sempat perhatikan adik kamu.Babah bimbang adik buat perkara yang tak senonoh lagi.Malu keluarga kita nanti.Itu yang babah nampak.Yang babah tak nampak,apalagi yang mereka berdua buat."Babah bertegas.
Hanif mendengus kasar."Kalau babah dengan umi tak mampu nak jaga adik,serahkan pada Anep.Biar Anep yang jaga adik.Kenapa nak kahwinkan adik dengan entah siapa-siapa?Anep bantah,babah.Anep ni abang kandung adik."Hanif menaikkan seoktaf suaranya.
Rahman berdiri.Kopiah putih di kepala dibetulkan."Babah ni wali utama adik kamu.Babah tak perlukan persetujuan Anep untuk nikahkan Hana.Babah nak serahkan adik kepada orang yang boleh melindungi dia.Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi.Hidup dalam rumah sendiri pun belum tentu selamat."Babah masih dengan keputusannya walaupun dibangkang oleh Hanif.
Hanif tidak menjawab lantas berlalu dengan hati yang mendidih.Pintu bilik ditutup sekuat hati.
****
Petang yang suram sesuram hati Hana membawa kakinya melangkah ke rumah jirannya,Airil.Saat pintu dikuak oleh Airil,Hana tidak menanti dijemput terus meluru masuk menuju ke ruang tamu."Hana,kenapa datang sini?Mana babah dan umi awak?"tanya Airil.Kepala Airil terintai-intai di pintu mencari Rahmat dan Hayati tetapi tiada.Dia kurang selesa berdua-duaan dengan Hana di dalam rumahnya sendiri.Cukuplah Rahman salah faham terhadap dirinya.Pintu rumah dibiarkan terbuka luas.
Hana berdiri menyilangkan tangannya memandang Airil."Saya datang sini sebab saya nak cikgu cakap dekat babah saya yang kita tak boleh kahwin.Saya tak nak kahwin dengan cikgu."Hana terus melontarkan isi hatinya yang dari semalam kegundahan.Sungguh dia enggan dinikahi oleh Airil,gurunya sendiri.Semalaman dia tidak tidur dan memikirkan nasibnya.Dia berharap keputusan babah ialah sebuah mimpi.Namun saat dia fajar menjelang,babah tetap menyatakan hal yang sama kepada Hana.
"Masalahnya sekarang babah awak tetap berkeras dan siang tadi dia dah call ibu saya di kampung cakap tentang hal ni.Tunggu kemarahan babah awak reda,saya akan cakap dengan dia secara personal."Airil pun tidak menyangka yang Rahman sudah menghubungi ibunya di kampung.Dia ingin rahsiakan dahulu daripada pengetahuan ibunya tetapi Rahman lebih pantas membuat kerja.Terkejut dia dihubungi oleh ibunya bertanyakan hal tersebut siang tadi.
"Reda tu bila,cikgu?Cikgu,tarikh yang babah cakap tu lebih kurang dua minggu lagi.Saya ni masih muda.Takkan saya nak kahwin dengan lelaki tua macam cikgu.Cikgu dah lah berbadan besar,sado.Skema pula tu.Cikgu bukan taste saya."Sedap mulut Si Hana mengata gurunya.
"Eh,awak ingat saya nak ke kahwin dengan budak mentah macam awak?Kalau bukan sebab awak,semuanya tak akan berlaku.Babah awak takkan suruh saya bertanggungjawab."
"Kalau cikgu tak jatuh atas saya,babah takkan salah fahamlah."
"Mana saya tahu yang saya nak terjatuh masa tu.Yang awak nak salahkan saya kenapa?Bukan awak ke call minta saya datang rumah awak.Kononnya abang awak nak rogol awak.Tapi yang peliknya saya tak nampak pun abang awak dalam rumah tu.Jangan-jangan awak sebenarnya nak perangkap saya."Airil mula berasa sangsi.
Hana mencekak pinggang.Gelaran cikgu tidak dipandang lagi.Yang penting dia dapat menepis tuduhan Airil."Cikgu jangan cakap sembarangan.Saya tak ada sebablah nak perangkap cikgu.Saya memang terdesak dan takut masa tu."Hana mempertahankan dirinya daripada tuduhan tidak berasas Airil.
Maka berlakulah pertikaman lidah antara Hana dan Airil.Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain.Riuh-rendah ruang tamu itu dengan suara mereka berdua.
"Ini kerja korang berdua ya?"Hanif muncul di hadapan muka pintu rumah Airil.Secara automatik,Hana terus bersembunyi di belakang Airil.Tubuh sasa dan lebar Airil mampu menutupi Hana di belakangnya.
Hanif masuk tanpa dipelawa.Dia berdiri di bertentangan dengan Airil."Adik balik sekarang."Hanif menekankan nadanya menyuruh Hana pulang.
"Tak nak."Hanya suara Hana saja yang kedengaran dari posisi belakang Airil.Dia menyampah dengan Hanif.Hanif bertambah geram.Dia menarik pergelangan tangan Hana supaya mengikutnya balik.Hana melawan dan meronta enggan mematuhi kehendaknya.
"Jangan degil.Ikut abang balik."Pegangan tangan Hanif semakin kemas mengheret adiknya beredar.Hana keras kepala tidak ingin beredar.Dia mengaduh kesakitan.
Kasihan melihat Hana dipaksa dan kesakitan,Airil terus menghentikan perbuatan Hanif yang dirasakan agak keterlaluan.Pegangan tangan Hanif dileraikan daripada tangan Hana oleh Airil.
"Anep,perkara ni boleh bawa bincang.Janganlah berkasar dengan adik macam tu,"tutur Airil tenang tidak menunjukkan kesabaran.
Hanif menghalakan jari telunjuknya kepada ke muka Airil dengan muka bengis."Kau jangan masuk campur hal aku adik beradik.Disebabkan kau,babah aku suruh adik aku nikah dengan kau.Kau jangan mimpilah nak dapat adik aku.Aku tak akan biarkan kau rosakkan adik aku."Hanif menuduh.
"Anep,semua ni salah faham.Saya tak pernah ada niat nak rosakkan anak dara orang.Hana datang sini sebab nak saya bincang dengan babah korang supaya batalkan pernikahan kami.Itu saja."Airil cuba membetulkan tuduhan yang dilemparkan oleh Hanif.Puas sudah Airil menjelaskan hal yang sebenar namun tiada siapa yang percaya bahkan dipersalahkan oleh si pembuat onar.
Hana memberanikan diri ke hadapan.Tudingan jari Hanif ditolak."Abang Anep jangan buat onar di sini.Disebabkan Abang Anep,adik dengan Cikgu Airil ditimpa masalah sekarang."Hana menghentak-hentak dada abangnya dengan tangan.
Hanif menangkap tangan Hana."Benda ni takkan jadi kalau adik ikut cakap abang dan layan abang baik-baik...Adik tak sepatutnya telefon cikgu adik ni datang rumah."Hanif terlepas cakap di hadapan Airil dengan amarahnya kepada Hana.Terbeliak mata Airil memandang Hanif.Benar kata Hana,abangnya sendiri cuba melakukan perkara yang tidak bermoral kepadanya.Sekarang,Airil turut terpalit dengan perbuatan jijik Hanif.
"Kau dah hilang akal ke,Anep?Hana ni adik kandung kau sendiri.Sanggup kau nak rosakkan diri kau sendiri?Mana kau letak otak kau?Halal haram,dosa pahala kau tak endahkan."Airil pula berceramah kepada Hanif.Abang yang sepatutnya melindungi darah daging sendiri menjadi haruan.Ke manakah akidah Hanif sehingga berlaku sumbang sedemikian rupa.
Hanif tidak mendengar lalu ditumbuknya Airil."Kau tak payah nak ajar akulah.Aku tahu apa aku buat...Kau pun sama dua kali lima dengan aku.Murid kau sendiri pun kau nak kerjakan."
Kesabaran Airil memuncak.Dari tadi dia menahan tetapi akhirnya gagal juga.Dia membalas tumbukan pada pipi Hanif.Terpelanting ke belakang Hanif dan mengalir darah pada bibirnya.Dia sedikit pun tidak gentar dengan kesasaan tubuh Airil yang lebih besar daripadanya.Dia mencekak leher baju Airil dengan kuat."Aku tak kebulur nak beradikiparkan kau.Kau langkah mayat aku dulu,baru boleh dapat Hana,"kata Hanif dengan rahang yang diketap.Airil tidak melawan.Sekiranya dia ingin melawan,dia boleh merebahkan Hanif dengan satu hayunan tangan saja tetapi dia enggan.Dia pilih untuk bersabar.
Hana menarik baju Hanif."Sudahlah tu,Abang Anep,"tengking Hana.
"Anep!!!"Babah pula muncul dan menempik.Dia sudah mengagak anak-anaknya ke rumah Airil.Oleh sebab itu,dia turut ke situ.
"Dia ni babah nak rosakkan adik.Diajaknya adik datang ke rumah dan berdua dengan adik.Nasib Anep sempat ke sini sebelum dia apa-apakan adik.Cikgu Airil ni memang takkan pernah puas dan asyik mencari peluang selagi dia tak dapat adik."Hanif berbohong.Dia mahu menyelamatkan dirinya.Airil diam tidak terkata.Semakin banyak fitnah ditaburkan terhadap dirinya.
Hana semakin hilang sabarnya terhadap Hanif.Dia menolak Hanif sekuat hati daripada mencengkam baju Airil."Cikgu Airil tak salah.Yang salah Abang Anep,babah...Abang Anep,mengaku depan babah dengan umi sekarang apa yang abang cuba buat pada adik malam tu..Cakaplah...Kenapa takut?Beritahu babah,apa yang Abang Anep cakap pada Hana dan Cikgu Airil tadi.Biar semua orang tahu siapa abang sebenarnya?"Hana memaksa Hanif mengaku di hadapan babah dan uminya.Pengakuan Hanif satu-satunya cara supaya dia tidak perlu bernikah dengan Airil.Dia memandang Hanif dengan mata berkaca dek air mata jernih bertakung.
Babah dan umi memandang ke arah Hanif untuk mendapat kepastian."Hmmm...Mana ada abang cakap apa-apa.Adik sengaja menuduh abang sebab adik dah tak ada modal nak bela diri."Hanif berdalih.
Amukan jantung Hana bertambah kencang di dalam dengan penyataan bohong Hanif.Hana menolak-nolak Hanif dengan rasa geram.Hanif mengundur ke belakang tanpa melawan.Dibiarkan adiknya nampak bersalah di hadapan babah dan umi mereka.
"Abang Anep pembohong...Kaki fitnah..Dasar abang tak guna..Kaki belit...Kaki temberang..."Segala watak jahat diberikan kepada Hanif.
"Sudah,Hana.Jangan nak salahkan orang lain lagi..Abang Anep tak ada kena-mengena dalam hal ni.Walau apa pun yang terjadi,babah tetap mahu Cikgu Airil bertanggungjawab nikah dengan Hana."Rahman bermuka bengis memberi perintah.Pernikahan mereka harus terjadi.
"Ini tak adil,babah."Hana sangat kecewa dengan tindakan babah.Dia meninggalkan ruang tamu itu.Tiada siapa yang percayakan dirinya.Semua menganggap dia mereka-reka cerita.Airil juga tidak dapat berbuat apa-apa.Dia sudah berusaha menepis tetapi tidak berjaya.Rahman lebih cekap.
Babah tetap tak percayakan Hana.Kasihan Hana dan Airil...huhuhu
Share this novel