Seperti biasa Hana menempatkan is motosikalnya di garaj rumah keluarganya sebelum pulang ke rumah Airil setiap hari.Ketika dia leka hendak mengatur langkah bergerak pulang,namanya dipanggil oleh suara garau seorang lelaki."Hana."
Hana menghela nafas.Hah..Dia sangat mengenali suara yang sangat dibenci dan menjijikkan itu.Ditoleh ke belakang,kelihatan Hanif tersengih-sengih seperti kerang busuk perlahan-lahan merapatinya.Abangnya itu tidak pernah serik dan tampak sedikit kurus.
Hana menyilangkan kedua-dua tangannya."Kau nak apa?"tanya Hana tegas.
Hanif membalas dengan senyuman sinis bersiri betul-betul di hadapan Hana."Rilexlah,dik.Takkan kau tak nak masuk makan kat dalam dulu.Umi masak sedap hari ini.Daging salai masak lemak cili padi.Perghhh...Enak."
"Tengok muka kau,hilang selera aku nak makan.Tepilah..Aku nak balik."Hana menolak Hanif ke belakang.Dasar psiko.
"Yeke kau tak selera tengok muka aku yang kacak ni?Kalau tak sebab rindukan muka aku ni,takkanlah kau rela hati tarik balik report polis tu.Alaaa...Jomlah masuk makan.Takkan kau tak rindu masakan umi.Lagipun,umi mengadu kat aku,kau dah lama tak baling sembang dengan dia.Sibuk berkepit dengan laki kau je.Kau tak kasihan ke kat umi kita tu?"Hanif cuba meraih perhatian Hana.
Jelingan maut dihalakan kepada Hanif.Abangnya yang baru muncul itu sengaja hendak menguji kesabaran dia."Aku lepaskan kau sebab aku tak nak babah dan umi kecewa.Ikutkan hati aku ni,biar kau meringkuk dalam penjara sampai bila-bila,"marah Hana.
Ha..Ha..Ha..Ketawa Hanif dihamburkan di hadapan Hana."Babah memang dah tahu pun tapi apa yang babah boleh buat?Alang-alang kau memang rela hati tarik report,takkanlah aku menolak rezeki kan?"ujar Hanif berbangga dengan kesalahan dirinya.
Tergamam Hana mendengarnya.Hana tidak percaya kata-kata Hanif kerana dia tahu babah akan bertindak tegas jika dia tahu semua tingkah tidak senonoh Hanif.Bab mereka cerita dan menabur benih fitnah,Hanif memang juara.Malas dia hendak percaya.Kelakuan Hanif itu tidak pernah satu pun menyenangkan hati.Dasar abang yang tidak kenang dek untung.Tidak pernah serik berbuat dosa malahan berbangga pula dengan dosa yang dilakukan.Timbul kekesalan dalam hati Hana melepaskan orang sakit mental seperti Hanif.
"Jadi,kau nak aku buka semula report untuk kau?Okay..fine..Sekarang juga aku pergi balai rekodkan balik report untuk kau."Hana mengugut.
Baran Hanif semakin meningkat.Sudah berani Hana mengugutnya."Hana...Kau jangan main-main dengan aku.Aku kata masuk..Masuklah!!"keras suara Hanif memanggil sambil menarik lengan Hana.
Hana melepaskan tangan Hanif dengan kuat."Kau ni tak faham bahasa ke memang kebodohan kau tu pekat sangat?Aku cakap tak nak..Aku tak naklah.Apa masalah kau ni haaa?"
"Eeee...Kau ni.."Hanif mengangkat tangan untuk dihayunkan ke pipi Hana namun gagal.Hayunan tangannya terhenti apabila suara babah menengking dari belakang.
"Anep!!!"pekik babah yang baru keluar dari pintu rumah.Wajah merah menggerunkan babah mereka mula terbit dan sosok itu mula menghampiri Hana dan Hanif.
"Aku nak ingatkan kau..Jangan kacau adik lagi.Sekali lagi mata aku nampak,telinga aku dengar yang kau ganggu hidup Hana lagi..Nahas kau,aku kerjakan.Babah sendiri akan sumbat Anep ke dalam penjara.Faham?"Babah memberi amaran keras.Nampaknya Hanif tidak mengenal erti keinsafan.Elok sangatlah kalau Hana buka semula laporan di balai polis.Semakin panas hati babah melihat kelakuan bodoh anak sulungnya yang tidak tahu malu.
Hanif terkebil-kebil memandang babah."Anep nak ajak adik masuk ke dalam rumah je..Tu pun salah ke,babah?"
"Tak payah.Biar adik kau balik ke rumah suami dia saja.Lebih selamat daripada masuk ke dalam rumah yang ada ular sawa yang menunggu masa makan tuannya sendiri,"sambung babah.Matanya dijegilkan.Segala urat-urat pada leher dan dahi tersembul di permukaan kulitnya yang sawo matang.
"Hana..balik rumah kamu sekarang.Selagi ada mahkluk tak reti bersyukur dan tak ada pedoman ni,kau jangan balik rumah babah,"arah babah.
****
Hanif meneguk air teh ais pekat sambil matanya melilau mencari bayang seseorang di dalam kedai makan itu.Nikmat kebebasan yang hilang sebelum ini telah menjadi miliknya kembali.Dua keping roti canai dibahamnya ketika menunggu kehadiran Sofi.
Usai menghabiskan roti canai di dalam pinggannya,Sofi pun tiba lalu duduk bertentangan dengannya.
"Orderlah apa pun yang kau nak.Aku belanja hari ni,"tawar Hanif.
Kening nipis Sofi diangkat ke atas."Bukan main gembira kau ya,dah bebas sekarang.Berseri-seri wajah kau,"usik Sofi.Lelaki di hadapannya sangat kemas penampilannya jika dibandingkan ketika menginap di rumah usang tempoh hari.
Hanif tersengih."Aku handsome kan?Dah handsome-handsome macam ni,mesti kau tak sabar nak check in dengan aku sekejap lagi.Sabar dulu..Kau makan kenyang-kenyang,then kita enjoy."Hanif mengenyitkan mata.Pandangannya terhadap Sofi sangat nakal.Memang dalam perancangan mereka untuk berasrama selepas makan.
Sofi malu-malu.Merah padam wajahnya."Gatal..Bila kau nak kahwin dengan aku?"soal Sofi tiba-tiba menyebankan Hanif menggelabah.
Hanif memandang kiri kanan.Takut perbualan mereka didengari oleh pelanggan lain.Dia menghela nafas lega kerana pelanggan di dalam kedai itu tidak ramai dan duduk di meja yang jaraknya agak jauh daripada mereka.Namun,Hanif tetap memperlahankan suaranya agar lebih berhati-hati."Apa kau mengarut ni?Kau tu sekolah tak habis lagi,takkan kau nak jadi bini aku."
Sofi mengerling.Hampir dua tahun dia menjadi pemuas nafsu Hanif,namun tiada tanda yang Hanif serius menginginkan dirinya secara sah.Sofi mendesak."Tapi sekarang kau kena bertanggungjawab,Anep,"ucap Sofi serius.
Hanif terpempan.Ucapan Sofi itu tidak enak didengar halwa telinganya."Maksud kau?"Hanif mendapatkan kepastian.
"Aku mengandung."
Terbeliak mata Hanif mendapat berita itu.Damnn..Cepat-cepat dia membayar makanan lalu membawa Sofi keluar dari kedai makan itu.
****
Hana menghempas pintu perlahan namun cukup untuk menarik perhatian Aqeef yang duduk di sofa sedang menonton televisyen. Tetapi seperti biasa, Aqeef hanya menjeling sekilas sebelum kembali menonton televisyen.
Hana berdiri sejenak di pintu, memerhatikan kanak-kanak itu. Dalam hatinya sakit hati menyesakkan dada tadi semakin reda.
Tanpa mengira Aqeef suka ataupun tidak,dengan helaan nafas yang berat Hana melabuhkan tubuhnya pada sofa sambil mengurut dahinya yang terasa berat.Mereka berkongsi ruang tamu yang sama tetapi seperti orang asing.Tiada sapaan mahupun perbualan.Hanya bunyi televisyen yang menjadi latar hidup mereka berdua.
Dalam kebisuan,Aqeef memandang Hana yang matanya terpejam.Wajahnya tegang seperti sedang memikul batu besar yang sangat berat.Walaupun marah di hati Aqeef masih tersisa kerana Hana berkahwin dengan ayahnya secara senyap tetapi dia kasihan melihat Hana.Kehadirannya di dalam rumah itu seperti tidak wujud dan penting di mata ayahnya.Selama seminggu tinggal sebumbung,sekalipun dia tidak pernah melihat mereka menyapa mesra.Tidur pun berasingan.Ayahnya tidur di bilik manakala Hana tidur di sofa ruang tamu saja.
"Kak Hana stres ke?"suara Aqeef mula terlontar setelah sekian lama membisu.
Hana sepertinya tersentak dengan pertanyaan itu pantas membuka matanya memandang Aqeef seperti tidak percaya Aqeef memulakan bicara."Entahlah Aqeef.Akak pun tak tahu nak cerita.Banyak sangat hal yang bermain dalam kepala akak ni."
"Ceritalah kepada Aqeef.Mana tahu Aqeef boleh tolong Kak Hana."
Hana mengangkat kening.Baik pula budak Aqeef ini."Eeh...Aqeef dah tak marahkan akak ke?"soal Hana ingin tahu.
Aqeef mengangkat bahu.Dia sendiri tidak pasti perasaannya.Kecewa masih ada tetapi kasihankan Hana melebihinya membuat Aqeef berlembut hati menyapa ibu tirinya itu."Tak adalah marah sangat.Kecewa sikit je tapi sekarang Aqeef rasa Aqeef boleh terima perlahan-lahan."
Hana melebarkan senyuman.Sungguh mulia hati Aqeef senang memaafkan."Hmm...Maknanya,kita kawan la kan?"
Aqeef mengangkat ibu jarinya."Kira bolehlah,akak.Haaa...Akak tak bagitau lagi,kenapa akak balik-balik stres?Banyak kerja sekolah ke?"soal Aqeef yang mengubah tempat duduknya ke sebelah Hana.
Helaan nafas Hana dilepaskan."Akak gaduh dengan orang gila..Sakit mental sebelum balik ke sini tadi."
Aqeef membeliakkan matanya."Apa?Orang gila?Dia apa-apakan akak ke?"tanya Aqeef lagi bernada bimbang.
Hana tergelak kecil."Akak dah smackdown dia.Kalau Aqeef nak tau orang gila tu punya pasallah ayah terpaksa kahwin dengan ayah.Hmm..Aqeef jangan salahkan ayah lagi ya.Dia pun terpaksa selamatkan akak.Akak minta maaf ya,Aqeef."Hana membuka kisah mereka.Harapnya Aqeef faham dan situasi hubungan mereka semakin membaik selepas ini.
Aqeef mengangguk-angguk."Ooo..Dia buat apa kat akak sampai akak kena kahwin dengan ayah?"Aqeef ingin tahu.
"Panjang ceritanya,Aqeef.Nantilah akak cerita ya pasal tu,ya.Akak nak sembahyang asar sekejap ya.Aqeef dah sembahyang belum?Kang balik datuk muka ketat tu,kena bebel panjang nanti."
****
Aqeef dan Airil duduk di meja makan sambil menunggu Hana menghidangkan makanan.Menu makan malam akan ringkas.Hanya ayam goreng dan sayur lemak putih serta sambal belacan untuk santapan mereka.Selesai Hana menghidang,Hana duduk bersama di meja makan.Aqeef membaca doa dan diaminkan oleh Airil dan Hana.Aqeef tidak sabar merasa masakan Hana buat pertama kali.Diambil paha ayam goreng lalu disuakan ke dalam mulut.
"Akak,masinlah.Berapa kilo garam akak gaul dengan ayam ni?"Aqeef meluahkan semula isi ayam yang dikunyah.Perit lidahnya merasa masin garam yang sebati dengan isi luar ayam yang digoreng.Cepat-cepat Aqeef minum air masak.Airil hanya makan nasi digaul dengan kuah sayur lemak yang agak tawar.
"Yeke?Alaa...Akak tersalah sukat garamlah ni.Aqeef..Sorry.Sekejap lagi akak goreng telur untuk Aqeef."Hana rasa bersalah.
"Tak apa,kak.Bahagian luar je masin.Isi yang dalam-dalam boleh dimakan lagi."Aqeef menolak.Tangannya menyiat-nyiat kulit paha ayam yang bersadur kunyit dan garam.Hana duduk kembali di kerusinya.
"Ayah,selepas ni Aqeef dan tak boleh panggil Kak Hana kakak la kan?Aqeef perlu panggil apa?Ibu?"tanya Aqeef tiba-tiba.
Tersekat kerongkong Hana mendengar pertanyaan di luar kotak pemikiran Aqeef.Ibu?Yakkk...Aku baru 19 tahun kena jadi emak orang?Tak naklah,Aqeef.I'm not readt yet to be a mother Panggil kakak sudah cukup.Macam tua sangat pula.
"Akak rasa panggil kakak pun okay kot.Tak adalah nampak tua sangat.Macam kekok pula panggil ibu."
"Mana boleh.Kan Kak Hana dah nikah dengan ayah.Kira pangkat ibulah.Aqeef kena hormat akak sebagai isteri ayah.Jadi,Aqeef tetap kena panggil akak ibu."
"Hmm..Kalau macam tu panggil mommy la.Comel dan moden bunyinya.Tak adalah nampak tua sangat."
Tidak senang duduk Airil mendengar gelaran itu.Banyak pula Aqeef bercakap dengan Hana malam ini.Apakah mereka sudah berbaik?Aqeef mahu gelarkan Hana sebagai ibu sangat tidak masuk akal kerana tiada seorang perempuan pun mampu menggantikan tempat arwah isterinya.Isteri dan ibu Aqeef tetap selama-lamanya milik arwah Alia yang dicintai.Wajah Alia bermain-main dalam benaknya.
Airil mematikan kerancakan perbualan Aqeef dan Hana."Aqeef,ayah dah uruskan pertukaran sekolah Aqeef ke kampung.Aqeef sekolah di Janda Baik ya,dekat rumah nenek.Ayah dah bagitau nenek dan Pak Cik Irwan tentang ini.Dorang suka Aqeef sekolah di sana.Jadi,lusa ayah hantar Aqeef balik kampung dan uruskan pendaftaran Aqeef di sana nanti,"terang Airil mengenai perancangannya.
Aqeef tampak gembira mendengar khabar itu."Sekolah di kampung?Duduk rumah nenek?Waaa...bestnya.Macam-macam Aqeef boleh buat nanti.Jomlah mommy,ikut Aqeef balik kampung hujung minggu ni,"ajak Aqeef kegirangan.Dia sudah tidak perlu bersekolah di asrama yang meninggalkan kesan hitam dalam hidupnya.Paling menyeronokkan,dia akan bersekolah di kampung.
Hana memandang Airil."Eerr...Akak..Err...Mommy..Eehh.."Hana tergagap-gagap.Keliru hendak bahasakan dirinya sebagai mommy.Janggal sangat lidahnya untuk menyebut perkataan itu.
"Nanti ayah fikirkan.Sebab hari Isnin ayah cuti,takkan dia nak ponteng sekolah juga,"jawab Airil acuh tak acuh.
"Alaaa..Bolehlah,ayah.Kasihan mommy sorang-sorang kat rumah.Nanti orang gila tu datang kacau mommy lagi macam mana?Takkan ayah tak risau?Lagipun,mommy tak pernah balik kampung nenek kan?Pak cik Irwan pun mommy tak kenal."Aqeef memujuk lagi.Ayahnya teragak-agak membuat keputusan untuk membawa Hana pulang sekali.
Hana mendiamkan diri.Hatinya tidak begitu berminat untuk mengikut Airil pulang ke kampung halaman apatah lagi mahu bermesra-mesra dengan keluarga suaminya itu.Kali terakhir dia berjumpa ibu mentuanya semasa majlis ijab dan kabul mereka.Dia rela tinggal sendirian atau tidur di rumah Shanaya jika perlu daripada mengikut mereka ke kampung.Harap Airil membuat keputusan yang bijaklah dan tidak termakan pujuk rayu Aqeef.
Sorry miss j lambat..Okay Aqeef dan baik dgn mommy Hana.Sofi dan Hanif dalam masalah pula..
Share this novel
berani la si anep ni, kena belasah baru tau