Bab 36

Romance Series 199257

Jeritan Hana yang melengking dari dalam bilik air benar-benar menggegarkan seluruh rumah.

“Ya Allah! Apa tu?”jerit Khatijah dari dapur.Hampir terjatuh lesung batu yang dipegangnya.

Serentak semua ahli keluarga berlari ke arah bilik air.Pintu diketuk bertalu-talu.

“Mommy..Mommy kenapa?"

“Buka pintu,Hana! Hana okey ke tu?” tambah ibu yang kini sudah berdiri tegak di hadapan pintu bilik air.Suara Hana riuh terpekik-pekik dari dalam.

Airil yang baru keluar dari bilik sama bergegas menjenguk pekikan Hana dari dalam bilik air.Wajahnya kerisauan. Ketukan di pintu makin kuat."Hana! Cakaplah, kenapa?Buka pintu ni."

Dari dalam, suara Hana menggigil."Abang tolong… tolong cepat!"

Jantung Airil seolah jatuh ke lutut.Ingin sekali dia tahu apa yang berlaku dalam bilik air itu sehinggakan isterinya terjerit-jerit cemas.Dia berpaling pada ibu, wajahnya minta izin.“Ibu,Ril nak pecah pintu ni ya?”

Belum sempat ibu buka mulut...

Gedebuk!

Airil merempuh pintu dengan bahu.Krak.... Dengan sekali rempuh, pintu bilik air terbuka.Airil,Aqeef dan Khatijah berdiri tegak di ambang pintu yang kini terbuka luas.

Dan di tengah-tengah bilik air...

Dalam keadaan berkemban,Hana melompat-lompat dengan wajah ketakutan yang tidak mampu disembunyikan.Tangannya menunjuk-nunjuk ke belakang badannya.“Tolong tengok belakang saya ni cepat!Ada katak warna hijau” jeritnya kegelian.

Airil terdiam sejenak,menghela nafas. Rasa lega bercampur lucu.Ibu dan Aqeef tersengih menahan tawa.Tanpa berkata apa-apa mereka beredar menyerahkan misi penyelamatan sepenuhnya kepada Airil.

Airil yang masih tercegat, kini turut basah dek pancuran air dari kepala paip yang terbuka.Matanya menatap Hana yang menggeliat-geliat kegelian.Matanya tertancap pada bahu Hana yang terdedah basah dek air. Rambut yang leper melekat pada kulit.Wajah yang benar-benar takut tapi tetap manis.Airil merasakan Hana kelihatan berbeza.Cantik dan seksi.

Jangan tenung saja, buang cepat!"sapa Hana apabila Airil kaku memandangnya.

Fikiran Airil yang tersasar sedar sera-merta.Terus dia merapati Hana. Matanya mencari-cari makhluk kecil yang dimaksudkan.

Ya,ada seekor katak pisang sebesar ibu jari sedang bersantai di belakang kain Hana seolah menikmati drama ciptaan sendiri.

“Jangan gerak.Saya nak tangkap ni."

“Cepatlah,abang.Saya rasa dia tengah melekat pada kain saya ni.Eeee..."

Perlahan-lahan Airil menghulurkan tangan untuk tangkap mahkluk kecil itu.Tetapi seperti tahu masa depannya dalam bahaya katak itu terus melompat ke sana ke sini.

“Aaaaaaaaa!!” jerit Hana, dan dalam satu gerakan spontan dia terus memeluk Airil erat-erat.

Airil tergamam.Bukan takutkan katak tapi sebab dia tidak tahu mana lebih bahaya sekarang.Katak atau Hana yang sedang menggigil sambil menyorokkan muka ke dada bajunya yang basah.

“Dia lompat mana?! Dia lompat mana?!” tanya Hana sambil menyembamkan muka pada dada Airil.

Airil geleng perlahan mata melilau.“Tak tahu tapi jangan risau.Rasanya dah lari,"balas Airil apabila mahkluk kecil itu tidak kelihatan lagi.

“Mana abang tahu?Entah-entah masih melekat dalam ni," balas Hana spontan, suara separuh merajuk.

Airil senyum kecil.

“Kalau saya jadi katak pun nak melekat pada mahkluk mengancam begini,"gumamnya perlahan menikmati kehangatan pelukan Hana.

Hana angkat muka.Memandang Airil sekilas.

Ketika itu mata mereka bertembung untuk sesaat.Katak dan ketakutan tadi semuanya hilang dari radar.Cuma ada dua pasang mata yang saling diam dan wajah yang masing-masing dibasahi air. Sama ada dari pancuran paip… atau dari perasaan yang tak terluah selama ini.

****
Bunyi ketukan perlahan mengisi ruang sunyi di bilik air yang kini mula dibaiki.

Airil sedang tekun membaiki tombol dan kunci pintu yang tercabut kerana rempuhan drastiknya tadi.Tangannya ligat namun senyuman nipis di bibirnya tidak dapat disembunyikan.

Semua ini… hanya kerana seekor katak pisang.

'Lucu juga bila fikir balik,' gumamnya perlahan sambil mengetatkan skru terakhir. Satu-satu wajah Hana melintas dalam fikirannya.Jeritan nyaring, gaya melompat macam anak rusa dan pelukan terkejut yang terasa hangat walau sekejap melintas dalam benak Airil.

Airil tersengih lagi.

Tidak jauh dari situ, di ruang dapur, kedengaran tawa berderai.

Irwan ketawa besar mendengar cerita yang disampaikan oleh ibu dan Aqeef. Tangannya menepuk paha sambil ketawa tak henti.

“Ya Allah, Hana!Awak menjerit satu kampung pasal katak?”usik Irwan sambil menahan perut.

Hana yang menunduk tersengih sendiri.Pipinya sudah merah menyala.Tangannya sibuk mengopek bawang.

“Bukan jerit biasa tau,pak cik,” sambung Aqeef sambil meniru gaya Hana."Abang tolong...Tolong cepat!"

Riuh satu dapur dengan ketawa.

“Sudah, Aqeef!” Hana menjegil mata, mencubit lengan anak tirinya.

“Aduh! Sakitlah!” jerit Aqeef, tapi senyumnya makin lebar. “Apa nak malu, mommy.Ayah kan dah selamatkan kakak daripada katak tu.Hero katak pisang kebangsaan!”

Hana mengerut dahi,bermonolog perlahan dalam hati.'Kalau tahu jadi macam ni, aku tangkap sendiri je katak tu tadi tapi aku geli.Kena minta tolong juga.'

Dari arah bilik air Airil keluar perlahan sambil mengelap tangan dengan tuala kecil.Matanya sempat mencuri pandang Hana yang sedang menunduk pura-pura sibuk.

Sekilas, mata mereka bertembung.

Hana cepat-cepat alihkan pandangan.Airil masih tersenyum.Ada sesuatu tentang wajah Hana saat malu-malu itu yang dia tidak pernah nampak sebelum ini.

Airil menarik kerusi sebelah Hana lalu melabuhkan punggungya.Dia mengambil gelas di hadapannya."Wan,hulurkan air oren tu,"pinta Airil.Air sunquick ais ya dalam jag lutsinar beserta titisan air di luar jag itu nampak sangat mengiurkan.

Air sunquick ais itu diteguk beberapa kali.Fuh...sejuk tekak."Lega..Fresh..Tak pasal-pasal kena betulkan tombol pintu bilik air.Hari ini dalam sejarah betul.Tak pernah-pernah tombol pintu bilik air tercabut angkara katak pisang sebesar ibu jari.Kecoh satu rumah dibuatnya,"usik Airil mengenangkan insiden lucu itu.

Hana menjegilkan mata kepada Airil."Pintu tu abang yang pecahkan bukan Hana."

"Nak selamatkan awaklah.Minta tolong tapi pintu tak nak buka.Ingatkan kenapa terjerit-jerit minta tolong.Kot-kotlah kena belit dengan ular sawa kat dalam tu.Terpaksalah saya jadi hero tamil gunakan tenaga dalaman merempuh masuk,"Airil berseloroh riang.Entah mengapa dia berasa gembira menjadi hero tamil bergaduh dengan katak pisang.

"Aku boleh bayanglah aksi kau,Ril.Mujur tombol je cabut.Kalau pintu tercabut,memang sah kau setaraf dengan hero Vijay."Irwan menambah dalam tawanya terhambur.Terbayang adegan-adegan hiperbola filem-filem tamil yang ditontonnya.

Hana mencebik.Dua orang itu tidak berhenti lagi mengusiknya.Hatinya tidak terusik pun.Memang dia akui adegan tadi sangat mencuit hati sesiapa pun.Malu dengan diri sendiri.Tidak semena-mena Airil pun terpaksa mandi sama dalam bilik air pintu yang tidak terkunci.Walapun masih merah muka menahan malu namun dalam sudut hati kecilnya terasa perasaan aneh.

****
"Ya Allah, Nuha ni lembab betul!"

Rahman mengomel sambil menepuk-nepuk paha.Wajahnya berkerut geram melihat watak dalam drama ulangan Aku Bukan Syurga di skrin televisyen.

"Orang dah sepak, dah pijak, masih juga nak pertahan si Tajul.Apa kau nampak kat lelaki macam tu, Nuha oii?"

Tangannya memegang alat kawalan jau tapi bukan untuk menukar saluran.Sekadar memeluknya sambil menghayati babak penuh drama itu. Wajah Rahman serius seolah-olah Nuha itu jiran sebelah rumah pula.

Tidak lama kemudian, Hayati datang perlahan-lahan dan duduk di sebelah. Namun matanya langsung tidak fokus pada televisyan.Jiwanya tidak tenteram.Nafasnya pendek-pendek. Tangannya memegang sesuatu dalam genggaman.

Perasaan tidak enak menguasinya jiwa keibuannya.

“Bang..” panggilnya perlahan.

“Hmmm…” jawab Rahman.Matanya masih tidak beralih dari skrin televisyen.

Hayati menggigit bibir.Perlahan tapi tegas.Dia bersuara lagi."Saya nak cakap benda penting ni.Boleh tengok saya sekejap tak?”

Kali ini Rahman berpaling.Wajahnya sedikit bingung."Kenapa?Apa hal?”

Hayati membuka genggamannya.Ada tiga paket kecil berisi dua biji pil merah jambu dalam setiap paket.Dia hulurkan kepada suaminya.

Rahman melihat.Dahinya berkerut. Dia menarik nafas panjang.

“Laaa… dah menopaus pun,buat apa nak makan pil perancang lagi?” Dia menggeleng sambil menjuih mulut ke arah televisyen kembali.

Hayati mencubit lembut bahu suaminya.Suaminya tidak serius."Bukan pil perancang, bang! Saya jumpa dalam poket seluar Anep tadi masa nak basuh baju.”

Rahman terdiam.Matanya kembali ke paket kecil itu.

“Abang rasa apa ni?”soal Hayati, suaranya serak.

Rahman tidak menjawab serta-merta. Dia capai salah satu paket, teliti bentuk dan warnanya.

“Macam... pil kuda,” katanya perlahan.Tiada riak terkejut pun pada wajahnya.

Hayati menggenggam tangan sendiri. Matanya berair."Saya rasa macam tu juga tapi saya tak tahu nak buat apa. Dari mana dia dapat? Siapa bagi? Saya takut bang… takut sangat. Anak kita tu bukan jenis macam tu…”

Rahman menghela nafas berat “Kalau jumpa dalam poket dia maknanya, pil tu milik dia,"ujar Rahman tenang.

Hayati cepat-cepat geleng.“Tak.Tak mungkin.Anep tak macam tu. Mesti dia kena perangkap.Saya syak… kawan baik dia tu. Budak Saiful tu.Muka dia pun saya dah tak sedap tengok sejak dulu.Entah-entah dia suruh Anep pegang barang dia."

Rahman termenung.Televisyen terus berbunyi dengan jeritan watak-watak drama."Yati..Anep tu dah besar panjang.Takkan dia tak ada otak nak simpan barang terlarang orang kalau benda tu bukan hak dia."

"Saya tak percaya,abang.Saya kenal anak sulung saya tu.Dia naif mana tahu benda-benda macam ni melainkan ada orang yang cuba nak kenakan dia."Hayati menidakkan kenyataan suaminya.Hanif tidak pernah berkelakuan tidak elok di hadapannya,mana mungkin anaknya terlibat.

Rahman mengeluh panjang lagi."Suka hati awaklah,Yati.Saya cakap awak tak nak percaya.Baik saya tengok drama ni daripada cakap dengan awak."Rahman malas hendak melayan kerana dia sendiri tahu kegiatan anak bujangnya.Sudah acap kali dia beritahu tingkah buruk Hanif tetapi isterinya tidak pernah percaya.Bukti ada di hadapan pun dia masih menafikannya.

"Tak guna cakap dengan abang ni.Bukan nak peduli tentang anak.Kalau abang tak kisah,biar saya sendiri siasat.Saya yakin,Anep tak bersalah.Ini kerja kawan-kawan dia."

****
Kafe hipster kampung itu tampak meriah walau suasananya redup dan tenang.Dinding bata merah dihiasi lukisan abstrak, lampu kuning malap berayun perlahan dari siling, dan udara dipenuhi aroma kopi serta dendangan lagu cinta yang mengasyikkan.

Hana duduk berhadapan dengan Irwan. Tangannya menggenggam cawan coklat panas sambil tersenyum-senyum menikmati melodi.

“Best juga tempat ni.” Hana memandang sekeliling.

Irwan senyum bangga.“Tempat kegemaran saya kalau nak santai-santai dan release tension."

“Tempat ni macam ada aura dia sendiri,” balas Hana.

Irwan angguk.“Nak lagi best,kita boleh nyanyi lepaskan emosi di sini,”

Hana tersengih,matanya membulat. “Awak selalu menyanyi kat sini?”

Irwan bersandar, senyum nakal."Nak dengar tak saya nyanyi?”

Hana mengangguk laju,matanya berbinar. “Nak!”

Irwan bangun.Dia membisikkan sesuatu pada penjaga kaunter sebelum melangkah ke pentas kecil di hujung ruang. Lampu malap menyuluh wajahnya.Suasana jadi lebih senyap.

“Lagu ni saya tujukan khas buat seorang gadis yang hadir malam ni.Hana."

Sorakan kecil dan tepukan bergema dari pengunjung lain.Hana tersentak dan terpinga.Kemudian tersenyum malu.Dalam hati rasa terharu.

Irwan mula memetik gitar.Suara lunak dan penuh emosi mengisi ruang kafe Lagu bertajuk "Larut" yang mendayu-dayu benar-benar mencengkam perasaan.

Sedang Hana larut dalam bait lagu,satu bayang tiba-tiba muncul di sebelah.

Airil.

Tanpa dipelawa,dia menarik kerusi dan duduk bersebelahan Hana.Wajah tenang tapi mata tajam.

Hana terkejut."Kenapa datang sini dan dengan siapa?"

Airil selamba."Sorang.Saya tak ada teman baik nak datang berdua."

Hana diam.Terasa ada nada sinis dalam kata-katanya.Jealous…? Atau hanya sekadar mengawal?

Airil menyandar memandang Irwan di atas pentas."Saya bosan duduk rumah apabila isteri saya sibuk berkepit dengan orang lain."

Hana telan air liur. Dia tidak tahu hendak gelak atau rasa bersalah.

“Suara Irwan sedap, kan?"kata Hana cuba memecah kejanggalan.

Airil mengangguk perlahan."Saya pun boleh nyanyi.”

“Hana tahu.Hana pernah dengar abang petik gitar dekat rumah.”

“Tapi awak tak puji pun.”

Hana senyum senget. “Tapi suara Irwan lebih lunak... sedap didengar.”

Airil menghela nafas panjang. Wajahnya masih tenang tapi jelas hatinya tercuit.

“Esok awak ke mana dengan Wan?” soalnya santai tapi jelas berbau cemburu.

Hana mengangkat bahu.“Tengah hari tadi ke dapur masterchef Wan. Petang sikit nak main ATV.”

“Penuh jadual.Memang manfaatkan masa cuti bersama Wan,"ucap Airil lain bunyinya “Jangan lupa, awak pelajar. Exam tak lama lagi.”

Hana tersenyum tipis.“Terima kasih cikgu sebab ingatkan.”

Jauh di dasar hati Hana, dia sendiri keliru apa yang Airil mahukan sebenarnya. kenapa sibuk menempel ke mana dia dan Irwan pergi.Sungguh, lelaki ini memang teka-teki yang sukar dihurai.

Okay...Chapter nie MJ saja selit2 sweet dan jelaous.Hehehe..Kesian pulak kat Airil asyik bagi cemburu je..Hehehe..Dia nak juga merasa tak sedar diri tu..hahaha

Share this novel

Lily Wahida
2025-06-08 22:38:12 

Nak lagi..


NovelPlus Premium

The best ads free experience