Air sungai mengalir jernih, beriak lembut memecah batu-batu kecil di dasarnya. Suara kicauan burung bersahutan dengan tawa ceria Hana yang sedang bermain air di tepi sungai bersama Aqeef dan Irwan. Airil hanya memandang dari jauh.Dia lebih senang membakar daging yang telah diperap.
Ibunya duduk di atas tikar mengkuang, menyusun makanan yang dibawa. Sesekali dia melirik ke arah Airil.
"Haaa...Senyum-senyum tu.Tengok siapa?Hana?"sapa ibu dari belakang yang sedang memotong buah jambu.
"Aqeef la,ibu."Airil berdalih.
Ibu menghampiri Airil membantunya membalik-balikkan daging yang dibakar.Matanya terarah kepada Hana yang bermain selam-selam bersama Aqeef dan Irwan."Hana tu baik budaknya."
"Hmmm...Entahlah,ibu.Ril rasa dia tak macam arwah Alia.Dia tak tahu apa-apa.Hidupnya sendiri kucar-kacir,inikan nak uruskan Ril."
"Ril jangan bandingkan arwah dan Hana.Dah ternyata mereka ialah orang yang berbeza,maka perangai juga berbeza.Nak cari yang sama seperti arwah memang takkan dapa.Merindui dan mengenang orang yang telah tiada,tidak salah tetapi jangan hidup dibayanginya.Arwah sudah gembira di sana,Ril.Yang Ril kena fikir sekarang ialah Hana sebab dia amanah dan tanggungjawab Ril."
Pandangan Airil ditumpukan kepada makanan yang dibakar.Teguran daripada ibunya didengar namun dia pura-pura sibuk.
"Ibu tahu Ril terpaksa tetapi belajarlah untuk berdamai dengan takdir.Terima Hana seadanya.Ibu tak suka Ril layan Hana dengan dingin.Kalau dia tak tahu apa-apa,sudah menjadi tugas Ril untuk mengajar dan mendidik Hana menjadi seorang isteri yang solehah bukannya memandang rendah.Dalam hidup ini jangan selalu mengharapkan yang mudah saja.Dapat isteri yang memang solehah dan pandai segalanya satu rahmat.Dapat isteri yang tak tahu apa-apa satu bonus untuk Ril kumpul pahala lebih.Di sinilah peranan sebenar seorang suami yang hebat iaitu membimbing isteri dalam segala hal."Ibu memberi nasihat yang panjang lebar.Tegurannya adalah untuk menyedarkan Airil agar menjalankan tanggungjawab sebaiknya dan lari daripada bayang-bayang arwah isterinya.
Airil mengeluh perlahan. Dia sedar dia dan Hana kini terikat dalam sebuah ikatan pernikahan. Namun, menerima Hana bukanlah perkara mudah. Wanita itu anak muridnya dan dia sendiri masih belum dapat melupakan arwah isterinya.
Airil menoleh ke arah ibunya."Ibu,Hana tu anak murid Ril.Susah Ril hendak terima dia sebagai isteri."
"Ril yang wujudkan jurang itu dalam hati dan jiwa Ril.Cuba Ril penuhi ruang itu dengan keikhlasan,insyaAllah Ril tak akan rasa begitu malahan Ril akan bahagia.Ingat Ril,pokok pangkalnya semua dari hati Ril sendiri.Ibu tengok Hana tu bukanlah susah sangat nak diajar."
Kali ini Airil tidak menjawab malahan membisu.Entah dengar entah tidak.Ibu mengharapkan Airil termakan dengan nasihat yang diberi.Beberapa bulan Airil mendirikan rumah tangga setelah bertahun-tahun menduda menyebabkan dia kelihatan janggal.Mungkin sudah terbiasa hidup sendiri bersama Aqeef atau kenangan arwah Alia masih bertahta di hatinya.
"Ril..Malam ni aku bawa Hana pergi uptown Genting Sempah ya?Boleh?"tanya Irwan yang basah kuyup baru naik dari sungai.
Airil berdiam.Sudahlah baru dibasuh oleh ibunya,datang Irwan hendak membawa isterinya keluar pula.Adoiii...
****
Hana, Airil, dan Irwan akhirnya menemui sebuah bangku kosong di bawah sebatang pokok besar di sudut Uptown. Angin malam berhembus lembut menerbangkan aroma kopi dan makanan jalanan yang memenuhi udara.
Airil duduk di antara Hana dan Irwan. Suasana di sekeliling mereka meriah tetapi di bangku ini dunia terasa lebih tenang setelah lelah berjalan.
Bau mentega susu bertebaran sewaktu Hana membuka tudung cawan jagung tersebut.Tidak mempelawa Airil dan Irwan,dia terus menyuakan sesudu jagung ke dalam mulut.Dapat makanan, semua diam.Airil yang sememangnya banyak diam dari awal perjalanan.Makan juga tidak, hanya menikmati air mineral.Tidak tahulah apa fungsi dia mengikut Hana dan Irwan.
"Hana..Apa plan awak selepas habis belajar?Nak sambung belajar di mana?"soal Irwan memecah kebisuan mereka.
Hana berkira-kira dalam fikirannya." Hmm...Mungkin jadi surirumah tangga berjaya dan melahirkan anak-anak yang ramai untuk Airil."Hana berseloroh membuatkan Airil menoleh ke arahnya. Boleh tahan impian perempuan ini.
Lirikan Airil Hana pura-pura tidak nampak.Sengajalah dia berseloroh untuk melihat reaksi suaminya itu.Dan sudah terjangka Airil agak terkejut mendengarnya.Bukan Airil saja memaparkan raut terkejut malahan Irwan pun sama. Hana ketawa kecil kerana geli hati.Kenapalah dua-dua hendak cuak pula?
"Gurau jelah.Korang buat muka macam tu kenapa?Sebenarnya Hana nak jadi pramugari tetapi sah-sah babah tak izinkan sebab babah pernah kata kerja pramugari ni banyak dugaan dan susah nak jaga maruah.Banyak sisi gelap.Pada Hana,semua pekerjaan di dunia ini ada sisi gelap."
"Memang semua pekerjaan ada sisi gelapnya tetapi risiko untuk kita tersungkur dalam dunia kegelapan itu tidak sama.Ada yang tinggi atau yang rendah.Lagipun,awak masih muda mesti babah awak risau awak terbang jauh," balas Irwan.
"Niat saya nak jadi pramugari sebab mahu cari pengalaman melihat dunia luar.Saya tak nafikan kebanyakan pramugari hidup sosial tetapi itu semua bergantung atas keteguhan prinsip hidup kita.Kita boleh pilih sama ada hendak terjerumus atau tidak."
Airil mengeluh dalam diam meneliti pendapat Hana.Secara perIbadi, dia tidak pernah bertanya cita-cita Hana tetapi dia tidak setuju pendapat Hana secara total.Banyak yang Hana tidak tahu tentang cabaran kehidupan dewasa.
Airil menyuarakan pandangan setelah mengunci mulut."Hidup ini tidak semudah yang awak fikirkan Hana. Apa awak yakin bahawa awak takkan mudah terpengaruh dengan godaan-godaan dunia di sebalik pekerjaan pramugari itu?Sehari dua mungkin awak boleh tepis tetapi kalau hari-hari,awak kuat ke?
Hana berpaling ke arah Airil yang ketika itu turut memandang Hana.Tiada kemanisan pada rautnya tetapi cukup buat Hana terpesona.Bibir Hana mengukir senyuman meskipun tiada balasan." Sebenarnya saya dah lupakan cita-cita pramugari tu.Saya lebih berminat untuk jadi surirumah awak."Hana mengenyitkan matanya membuatkan Airil terdiam.Hana semakin berani bermain kata-kata.
Irwan berdehem."Aku nak beli lokcing kat depan tu kejap,"pinta Irwan yang keseganan melihat Hana dan Airil.Dia rasa seperti pengganggu pula.
"Nak ikut.Saya nak juga."Hana mengejar langkah Irwan.
Airil ditinggalkan seorang duduk di bangku memerhatikan gelagat Hana dan Irwan.Rancak sekali mereka berbual sambil membeli lokcing bakar. Hana selalu dihiasi dengan gelak tawa. Dia tidak tahu apa yang ada di dalam hati gadis itu tetapi Hana banyak mengikut rentak takdir.Segala takdir untuk dirinya diterima dan diadaptasi perlahan-lahan termasuklah perkahwinan mereka tetapi Airil masih seperti dulu.Kaku.
****
Langit petang di resort itu dipenuhi warna jingga keemasan mencipta panorama yang indah di tepi sungai. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut membawa bersama aroma segar dari air sungai yang mengalir perlahan.
Hana berjalan santai di atas laluan kayu yang mengelilingi resort.Matanya sibuk menikmati suasana sekeliling.Di sebelahnya,Airil melangkah tenang dengan kedua-dua tangannya di dalam poket seluar.
"Saya tak sangka cikgu ada resort seindah ni. Kenapa tak pernah cerita?"
Airil hanya menjongket bahu."Tak penting."
"Kalau saya ada resort cantik macam ni, saya dah cerita dekat semua orang!"
Airil hanya tersenyum tipis tanpa berkata apa-apa. Hana menjelingnya. Dia tahu lelaki itu memang pendiam tapi dia sengaja mahu melihat Airil lebih ekspresif.
"Nanti cikgu bawa saya balik sini lagi ya?"
Airil memandangnya sekilas."Hmmm."
Bosan dengan reaksi Airil yang selamba tiba-tiba Hana mendapat idea nakal. Dengan sengaja, dia pura-pura tersadung di atas laluan kayu dan menjatuhkan dirinya ke hadapan.
"Ahh!"
Airil terkejut dan segera menangkap lengan Hana sebelum gadis itu sempat jatuh sepenuhnya.
"Hana!"
Hana menggigit bibir menahan tawa yang hampir pecah.Dia menoleh ke arah Airil dengan wajah yang dibuat-buat cemas. "Aduh... rasa macam nak jatuh tadi..."
Airil memandang curiga.Matanya sedikit mengecil."Tipu?"
Hana berdrama."Mana ada! Saya memang nak jatuh tadi!"
Airil tidak berkata apa-apa tetapi genggamannya pada lengan Hana masih belum dilepaskan. Hana terkebil-kebil memandang wajah serius itu.
"Awak sengaja nak saya panik?" Airil akhirnya bersuara.Nada suaranya tenang tetapi cukup untuk membuatkan Hana terasa kantoi.
Hana tersengih. "Err... taklah. Saya cuma..."
Belum sempat dia menghabiskan ayat, Airil menarik tangannya sedikit ke hadapan.Cukup membuatkan Hana hilang keseimbangan seketika.
"Cikgu!" Hana separuh terjerit.Sebelum Hana benar-benar jatuh,Airil menariknya kembali dengan mudah.
Hana terpaku. Airil memandangnya dengan wajah bersahaja tetapi ada sinar kemenangan di matanya."Main-main lagi,saya campak awak."
Hana terkedu Kali ini, dia pula yang terkena.
Melihat wajah Hana yang terkejut, Airil tersenyum kecil sebelum melepaskan tangannya. "Jom balik. Dah nak masuk waktu maghrib."
Hana masih berdiri di situ cuba memahami apa yang baru terjadi.
Dia cuba nakal dengan Airil, tetapi rupa-rupanya... lelaki itu lebih licik daripadanya
****
Beberapa minit bergerak dari kediaman ibul,Hana mengeluarkan pendrive dari beg silangnya.Dia mematikan siaran radio yang Airil pasangkan lalu menukar mod playback.Maka berkumandanglah lagu APT yang sedang trending di dalam kereta itu.Awal-awal dia memuat naik lagu-lagu kegemarannya di dalam pendrive agar dapat didengar sepanjang perjalanan.
Airil menggeleng."Lagu merepek je."
"Biarlah merepek asalkan trending dan enak didengar.Saya bosan dengar radio yang kadang-kadang putarkan lagu yang tak mengikut citarasa.Cikgu jangan tukar-tukar,nanti saya mabuk,"pesan Hana menjegilkan mata kepada Airil.
Apa kena-mengena lagu dengan mabuk kereta?"Hmm..Ikut awaklah,Hana."Airil malas berbahas.
"Haa.Saya ada benda nak cakap ni.Saya rasa tak bestlah panggil cikgu.Skema..Apa kata saya panggil cikgu abang.Kat sekolah saja saya panggil cikgu.Boleh?"pinta Hana mengelip-ngelipkan matanya.Perangai menggedik semakin menjadi-jadi.Airil suka ataupun tidak dia tidak peduli.
"Gelilah,"balas Airil sepatah.
"Apa yang geli?Biasalah tu kan isteri panggil suami.Ke nak saya panggil sayang?Saayanggg...."usik Hana sambil melentukkan kepalanya pada lengan Airil seperti kucing manja.
"Hana..Behave..Awak ni.."tegur Airil kurang senang.
Hana ketawa kecil melihat Airil yang malu-malu kucing ketika memandu apabila diusik."Alaa..gurau sikit pun tak boleh."
Airil sekadar mengerling."Gurau kasarlah awak ni.Ni,saya nak tanya awak.Sofi dan Anep memang kawan baik ke?"Airil teringatkan sesuatu sejak ternampak Hanif dan Sofi di kedai makan.
Hana berpaling."Kawan?Saya tak tahu pula yang Anep kawan dengan Sofi."
"Hari tu saya ke kedai makan teman Azim beli roti canai.Nampaklah mereka berdua.Saya tak nak bersangka buruk tapi agak mencurigakan sebab Anep bawa Sofi tergesa-gesa keluar dari kedai tu menuju ke hotel murah hadapan kedai makan tu."Airil bercerita mengingati situasi Hanif dan Sofi tempoh hari.
"Dorang nampak cikgu kot."Hana bersangka baik namun dalam fikirannya bermain seribu kemusykilan dan prasangka tetapi tidak diluahkan kepada Airil.
Airil menghela nafas."Saya yakin dia tak nampak saya.Dorang ada apa-apa hubungan ke?Saya bukan nak menuduh.Hana,awak pun tau perangai abang awak tu bagaimana.Awak adik kandung,dia boleh teringin,inikan pula perempuan lain.Sofi tu sebaya dengan awak,tak mustahil dia jadikan Sofi tu mangsa dia.Tak dapat awak,dia cari budak lain."Airil bimbang Hanif mempergunakan Sofi.
"Lepas tu,abang nak saya buat apa?Saya tak tahu-menahu hubungan dorang.Yang Sofi tu bodoh sangat ikut Anep gila tu buat apa?Padanlah,sama-sama otak tak betul."
"Awak tak kasihan ke kat Sofi?"
"Tak.Dia sendiri cari penyakit bukan ada orang paksa."Spontan Hana menjawab.Tiada kepentingan untuk dia kasihankan Sofi kerana Sofi telah membuka ruang kebencian dalam hatinya setelah sekian lama.Dia tidak kisah langsung apa yang akan berlaku kepada hidup Sofi jika dia sudah terjebak dengan Hanif.
Airil menggeleng.Sejak dia berpindah ke sekolah itu,Hana memang tidak suka akan Sofi namun Airil tidak tahu apa sebabnya dan Airil tidak berniat untuk bertanya lebih tentang hubungan Hana dan Sofi."Kasihan Sofi jika tertipu dengan Anep.Awak pun satu tarik balik report kenapa?Tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa nanti,"omel Airil.
"Excuse me.Report saya tak ada kaitan dengan kebodohan Sofi.Abang ada nampak Anep tu paksa Sofi ke?Anep acu pisau ke leher Sofi ajak dia masuk hotel?"soal Hana agak membahang.
Airil menggeleng meskipun dia tidak selesa Hana meggelar dirinya abang namun diabaikan dahulu kerana isu Hanif dan Sofi lebih panas.
"Konklusinya,dia rela hati ikut Anep.Takkan nak salahkan report yang saya tarik.Hah..Hilang mood saya cakap pasal mereka yang tak penting dalam hidup kita."Bibir Hana muncung sedepa memandang keluar jendela.Kisah Hanif dan Sofi tidak menarik perhatian dia malah menambahkan kepanasan hatinya.
Hmm...Semoga Airil dengar nasihat ibunya.hehehe
Share this novel
next
cerita best tapi ..,. tergantung la pulak
Tak update ke ms j