Bab 51

Romance Series 232139

Tudung yang belum dipakai tersidai pada hujung katil.Bedak kompak terbuka di atas meja solek.Hana berdiri di hadapan cermin sambil memegang telefon.Dia berborak panjang dengan Shanaya yang menghubungi sejak tadi.

"Sha,aku okay je.Tak payah risau.Aku sihat di samping keluarga tercinta di kampung ni.Lusa aku sekolahlah,"jawab Hana sambil merenung wajah sendiri dalam cermin.Sekadar menyapu krim pelembap di pipi.

Di belakangnya,Airil baru keluar dari bilik air.Rambutnya masih basah. Tubuhnya hanya berbalut tuala dari pinggang ke lutut tadi.

Dia berjalan ke hulu ke hilir mencari pakaian yang sesuai.Tetapi matanya sempat jeling ke arah Hana yang belum bersiap.Tudung masih tidak dipakai.Solek pun belum siap.Asyik bergayut ruang di telefon seperti bercakap dengan kekasih pula.

Ehemm...Ehemm...Airil berdehem beberapa kali di belakang Hana.Wajahnya dipandang dalam cermin.

Hana buat-buat tida dengar cuma mengukir senyum pada bayangan wajah sendiri.

Airil berjalan mendekat.Saat Hana tunduk sedikit menyapu bedak,lelaki itu berdiri di belakang dan tanpa amaran memeluk tubuh kecil seeratnya.Mukanya ditanam manja ke leher Hana.

"Dari abang mandi sampai dah siap mandi,tak habis-habis lagi bergayut ya,"bisik Airil pada telinga Hana.

Ssshhh...Hana suruh diam.Dia sedang ke udara bersama Shanaya."Janganlah bising.Nanti Sha dengar suara abang,"balas Hana berbisik juga.

Airil enggan peduli.Leher Hana terus menjadi sasaran bibirnya.“I love you,sayang.Cepatlah siap,sayang” bisik Airil dengan suara serak menggoda dan sengaja dikuatkan sedikit agar didengari.

"Hana..Hana..Suara lelaki mana tu?"Kedengaran suara Shanaya tertanya-tanya.

Hana menggenggam tangan Airil yang melingkar pada perutnya.Mukanya sudah merah namun dia cuba mengekalkan nada tenang dalam telefon agar Shanaya tidak mengesyaki apa-apa.Airil senyum lebar Hana kekalutan.

“Sha... jap eh... ha?Tak, tak... bunyi TV je tu.Aku tengok drama,” katanya tergagap sedikit bila Shanaya bertanya.

“Yeke drama?Macam dekat je suara tu dengan kau.Romantik semacam je.Drama apa yang kau tengok ni."

Airil ketawa kecil masih melekap di belakang.Bibirnya menyentuh cuping telinga Hana buatkan gadis itu tersentak dan sedikit menggeliat.

“Abang... janganlah,” bisik Hana tanpa suara.

“Kenapa?Bukan suara abang pun katanya.Kan Hana suara dalam drama.Hana nak takut kenapa?” usik Airil.Tangannya mengusap pinggang Hana perlahan.Tersangat sengaja.

Haissh..Tak boleh jadi miang Si Airil.Makin menjadi-jadi.

“Sha,nanti aku call kau balik ya.Ada orang panggil aku,"kata Hana tergesa-gesa."Bye.."

Dia terus tamatkan panggilan menekup muka dengan tapak tangan.Airil masih tak berganjak.Dagu lelaki itu menggantung pada bahu kirinya.Nafasnya hangat menyapa kulit.
Hana menjelingnya di cermin.“Abang saja kan?Nak bagi Sha dengar suara abang?”

Airil ketawa perlahan penuh nakal. “Siapa suruh sayang tak siap lagi? Abang kena buat sesuatu supaya cepatkan proses.Kalau abang tak buat macam ni,alamatnya sampai ke malam Hana bergayut dengan Shanaya."

“Bukan selalu Hana gayut dengan dia."Hana buat-buat merajuk.

“Tak selalu?Kat sekolah berkepit dengan Sha.Ke mana-mana dengan Sha.Balik rumah berwhatsap.Call.Abang ni bagaimana pula?Siapa nak berkepit dengan abang?"jawab Airil selamba.

Hana menekup muka sekali lagi
Di dalam hati,dia kalah.Senyuman di bibir tidak dapat disorokkan lagi.

****
"Jangan lari-lari tau.Ramai orang kat sini.Pegang tangan mommy,"pesan Hana lembut.Bimbang kehilangan Aqeef dalam kerumunan orang ramai.

Aqeef angguk sambil genggam erat tangan Hana.

Mereka berjalan masuk ke kompleks membeli-belah yang meriah.Lampu neon, muzik dari kedai, bunyi manusia bersilang-silang,semuanya cukup asing namun menarik bagi Aqeef.Matanya tak berhenti memandang ke sana sini. Sekejap ke kedai mainan,sekejap ke kedai kasut.

Airil di belakang mengawasi dua insan kesayangannya.Hari itu dia pakai ringkas saja.Tshirt putih,seluar jeans dan sneakers.Walaupun ringkas,aura suaminya itu tetap segar di mata Hana.

Setelah puas berjalan,mereka singgah di satu butik pakaian tradisional Reka bentuk butik sederhana manakala susun atur dalamnya kemas dan berkelas.Hana hanya berniat untuk 'mencuci mata'.

Tapi langkahnya terhenti di satu sudut.

Tergantung kemas sepasang baju kurung moden berwarna baby blue lembut.Polos dengan sedikit manik halus di hujung lengan.Rekaan ringkas namun tetap anggun.Sesuai benar dengan citarasa Hana.

Dia dekati perlahan jari menyentuh lembut kain yang licin dan sejuk itu.Airil berdiri tidak jauh memerhati.

“Cantik?” kata Airil dari belakang.

Hana tersentak kecil lalu mengangguk."Errr..Cantik."

Airil mendekat.“Kenapa tak beli?”

“Tak payah lah.Cantik sangat,harganya pun cantik."

"Belilah.Cantik kalau Hana yang pakai baju ni."

Hana teragak-agak."Tak apalah,abang.Hana tak ada duit."Jujur Hana katakan.Dia yang masih belajar masih mana ada duit hendak membeli mengikut kehendak.Selama ini pun,dia mengharapkan duit yang Airil dan babah selalu berikan kepadanya.Sepanjang perkahwinan,dia tidak pernah meminta-minta lebih daripada Airil.

Airil senyum lalu menoleh kepada pekerja butik yang berada tidak jauh dari situ."Cik,boleh tak tolong ambilkan baju kurung ini saiz S untuk isteri saya,"ujar Airil.Aqeef masih duduk di atas kerusi menunggu dalam butik itu

“Abang.” Hana cepat-cepat menahan.

Airil pandang dia sekilas."Sayang pilih saja.Abang belanja hari ini."

“Tapi.."

“Tak salah kan abang belanja isteri abang.Abang tak pernah belikan baju cantik-cantik untuk Hana.Hana layak untuk dapat semua ini."

Hana terdiam.Hati terasa disentuh. Perlahan-lahan dia senyum, mengangguk kecil.

"Encik,ini saiz S.Tapi isteri encik boleh cuba dulu baju yang ada pada rak jika dia mahu.Boleh dapatkan saiz yang betul-betul sesuai atau nak tukar warna lain.Fitting room di sini."Pekerja butik menunjuk arah bilik persalinan yang berada di hadapan mereka.

Hana pandang Airil.Terharunya.

"Haa..Kenapa tercegat.Pergilah cuba.Hmm..Nak abang masuk temankan Hana kat dalam ke?Atau nak abang tukarkan baju Hana?"usik Airil.

Hana tersipu-sipu mengilas pandangan kepada pekerja butik yang tersenyum lebar menikmati usikan nakal Airil kepadanya.Dia mengambil pakaian pada gantungan lalu masuk ke dalam bilik persalinan.

Beberapa minit kemudian,Hana keluar dari bilik persalinan.

Airil yang tadi duduk sambil melayan Aqeef terus menoleh.Matanya terpukau melekat pada isterinya.

"Wau,cantiknya mommy!"puji Aqeef.

"Bagaimana,abang?"

Airil mendekati Hana.Memandang Hana dari atas ke bawah berulang kali."Cantik-cantik begini,risau pula abang nak izinkan Hana pakai keluar rumah."

"Hana pakai ke sekolahlah,abang,"jawab Hana yang tidak mengerti maksud suaminya.

"Lagilah abang risau.Di sekolah tu ada Acad dan classmate lelaki Hana.Takut dorang terpikat memandang isteri abang yang cantik ni.Abang tak nak bersaing dengan sesiapa,"ujar Airil.Jiwanya galau bak kata budak-budak Tiktok.

****
Bilik tidur mereka nyaman malam itu. Bau lembut dari diffuser lavender menyelubungi ruang.Pendingin hawa menderu perlahan menemani tenang waktu Maghrib yang baru berlalu.

Hana duduk bersila di atas katil bertelekung putih bersih sambil membantu Aqeef menulis surat cuti sekolah.Anak kecil itu baring meniarap di hujung katil menemani ibu tirinya menulis surat.

“Esok dah sekolah ke?Alaa..Mommy buatlah surat cuti sampai esok.Ada surat,cikgu tak marah pun.Lagipun,Aqeef tak pernah ponteng sekolah kalau tak sakit."

Hana tersenyum. Faham sangat perasaan malas ke sekolah setelah bercuti.Lemau saja.“Cikgu Aqeef memang tak kisah.Tu..cikgu yang tengah sembahyang tu marah.Dia garang tau."Hana menjuihkan mulutnya ke arah Airil yang khusyuk solat Maghrib.

Aqeef ketawa kecil."Cikgu tu tak boleh bawa bincang,mommy."

Lepas memberi salam dan menutup doa pendek,Airil berpaling ke arah mereka.Apa yang dibualkan oleh isteri dan anaknya.

“Borak apa tu?”

“Aqeef minta sambung cuti sampai esok sebab katanya tak aci.Mommy boleh cuti esok,” jawab Hana.

Airil pandang Aqeef."Tak boleh.Tadi kan ayah dah bawa pergi jalan-jalan beli mainan.Esok kena sekolahlah.Nanti cikgu marah cuti lama-lama."

Aqeef akur dengan ketegasan ayahnya.Dia tidak banyak meminta lagi kerana ayahnya tidak akan mengubah keputusan.

"Surat cuti Hana abang dah buat belum?Nanti membebel guru kelas Hana yang garang tu.Eee...Takut,"ejek Hana.Guru kelas suaminya sendiri.

“Esoklah.Buat kat rumah,"jawab Airil sambil bangun melipat sejadah dan menyandarkannya ke dinding.

Aqeef serahkan surat yang sudah siap untuk ditandantangan oleh Airil.Beberapa minit kemudian, Aqeef mencium tangan mereka dan keluar dari bilik.Konon hendak tengok kartun sekejap sebelum tidur.Tinggallah mereka berdua.

Airil duduk di hujung katil masih berkopiah.Matanya jatuh pada Hana yang masih bersila di tengah.Wajah Hana damai ditenung.Ayu.Lembut. Nafasnya sendiri terasa lebih tenang hanya dengan memandang.

Tidak pernah terlintas,pelajar yang nakal di kelas itu akan menjadi isteri dan mengisi ruang sunyinya.Kini, hari-hari yang dulu kosong, ada suara, ada gelak tawa, ada ketenangan.

Hatinya mengaku dia telah jatuh cinta kepada Hana sedalamnya.

“Kenapa pandang macam tu?”tegur Hana dengan senyum senget apabila menyedari mukanya menjadi sasaran mata Airil."Macam nak makan Hana je."

Hana bangun perlahan, menghampiri Airil. Senyuman nakalnya muncul. “Saya tahu abang puasa sunat hari ni. Tapi bukan saya yang nak makan abang…”

Airil ketawa kecil."Ada peluang nanti abang makan.Sekarang abang masih ada wuduk ni."

"Wudhu Hana dah terbatal tadi,"kata Hana galak.Dia menghampiri Airil.

Airil mengelak.“Eh,janganlah,sayang!Abang nak tunggu solat Isyak ni."

Hana terus dekat tangannya naik ke pipi Airil.Airil sempat mengelak.

“Sebab ada wuduklah saya kacau.Batal boleh ambil balik."Hana senyum lebar. “Nak sayang sikit."Hana rapat cuba mencium pipi suaminya.

“Sayang,kalau kena tahulah nasib Hana malam ni,”

Hana enggan peduli.Satu sentuhan jari ke pipi suaminya cukup membatalkan wudhu suaminya.

“Ha! Batal!” Hana ketawa geli hati

Airil terus bangun menangkap bahu Hana.“Hana saja je kan?Abang balas balik nanti,memang siap Hana."

“Tapi Hana tak demam tau?”usik Hana masih tersenyum manja.

Airil sengih.Hatinya dah penuh tawa dan kasih terhadap isterinya.

Tiba-tiba...

“Khatijahhh! Khaaa-tijahhh! Keluar kau sekarang!”

Jeritan tua dan nyaring dari luar rumah membelah keheningan malam mengejutkan Airil dan Hana yang sempat sedang bercanda manja.

****
"Khatijahhh! Khaaa-tijahhh!”

Seisi rumah bergegas keluar ke halaman.Mereka sendiri melangkah cemas menyangka sesuatu buruk berlaku.

Hana memeluk erat tubuh kecil Aqeef yang ketakutan.Anak kecil itu menggenggam telekung mommynya.Mata membulat memandang ke arah wanita tua yang sedang meracau seperti orang hilang akal.

Di tengah laman,nek tok berdiri tegak. mata merah menyala.Wajah yang menyeringai seperti harimau mahu menerkam.

“Kenapa nek tok terjerit-jerit?"Irwan menegur.

Khatijah melangkah perlahan ke hadapan.Suara lembut menahan sebak.

“Kenapa,mak Su? Apa yang Tijah dah buat sampai mak su marah-marah ni?”

Nek Tok ketawa sinis.Matanya menikam tajam ke arah wanita itu.

“Kau tanya aku kenapa aku marah? Kau nak aku ulang semua dari mula?”

Tangannya menggeletar. Nafasnya tercungap."Kau rampas Ruzaidi daripada anak aku! Rumah ni... tanah ni... resort ni... semuanya patut jadi milik anak aku,bukan kau!”

Airil menahan diri, tapi akhirnya bersuara, tenang namun tegas.

“Nek tok..Tolong hentikan cerita karut tentang ibu dan ayah saya.Kenapa susah sangat nek tok nak terima kenyataan?"

“Ibu kau yang tolong mereka lari.Perempuan tak guna! Sanggup rosakkan rancangan aku!”

Airil menggenggam tangan mengawal perasaan.

Irwan ke hadapan berdiri di antara nenek dan ibunya.Wajahnya keras.

“Sudahlah,nek tok.Semua orang tahu emak dan ayah Wan kahwin lari sebab nek tok tak restu hubungan mereka.Kan?Disebabkan ayah Wan,sampai hari ini nek tok masih susah terima Wan."

Nek Tok melopong.Diam.

“Nek tok paksa emak kahwin dengan pak cik padahal nek tok tahu ibu dan pak cik juga saling mencintai.Semuanya sebab harta pak cik dan ayah saya hanya orang biasa."

Airil memandang wajah tua yang masih keras.

Namun suara mereka tenggelam dalam jeritan baru dari Nek Tok.

“Kamu semua tak guna!Tanah ini sebenarnya milik aku.Milik aku..."

Nek tok mula berpusing-pusing di tengah halaman seperti hilang kawalan.

Hana menjerit kecil bila melihat wajah tua itu memutih dan tubuhnya menggeletar.

“Abang...!”

Nek tok berhenti.Matanya terbuka luas, tangannya menggapai angin dan tidak sedarkan diri.

“Mak Su!” Khatijah menjerit.

Seluruh halaman jadi senyap dan cemas.

Airil dan Irwan segera meluru mendapatkan tubuh tua itu.

“Nek tok,”panggil Airil dan Irwan serentak.

Hana memeluk Aqeef erat.Dadanya turun naik. Dia tak pernah sangka, malam yang seharusnya damai bertukar menjadi malam yang membongkar luka lama dan kini membungkam dengan jeritan yang tidak sempat dihabiskan.

Baru sempat update minggu ni.Terima kasih masih bersabar ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience