Ibu menunduk manakala jemarinya menggenggam hujung kain batik yang dipakai.Wajahnya kusut.
Irwan berjalan membawa segelas air oren menemani ibu asuhannya yang bermuram durja di halaman rumah.
"Minum,ibu,"pelawa Irwan sambil meletakkan gelas di hadapan Khatijah lalu duduk di kerusi batu hadapan ibu.
Ibu senyum nipis."Buat susah Wan saja."
Irwan melebarkan senyumannya."Tak susah pun.Hati Wan ni lagi susah apabila tengok ibu termenung macam ni.Dah seminggu nek tok pergi,seminggu juga ibu bermenung."
Hamburan helaan nafas berat keluar dari rongga mulut ibu.“Ibu rasa bersalah dengan nek tok.Kalaulah ibu dan emak Wan tak ikut sangat perasaan jiwa muda dulu,mesti nek tok takkan jadi begini.Ibu ralat sangat nek tok meninggal dalam keadaan begitu.Tiba-tiba dan penuh rasa dendam.Kenapalah selama ini ibu tak pernah cuba selesaikan perkara ini secara baik?"
Irwan menarik nafas dalam.Dia sedar beban yang ibu tanggung bukan kecil.
“Ibu,hidup mati orang bukan sebab kita. Itu semua kerja Tuhan.Emak memang dah tak ada jodoh dengan ayah.Nek tok pun tak pernah restu.Ibu dah cuba bantu cara ibu sendiri.”
“Tapi salah, Wan…” suara ibu hampir berbisik."Ibu tipu nek tok masa tu.Ibu hantar emak ikut pintu belakang.Ibu kata emak pergi kedai padahal ibu dah siap bungkuskan kain baju dia.Lepas tu emak lari ikut lelaki yang dia cinta.”Ibu mengenang kembali punca yang menyebabkan nek tok benci kepadanya.
Irwan diam.Kali pertama dia dengar cerita sebenar dari mulut ibu.
Dulu cuma cerita daripada emak dan nek tok sahaja.
“Ibu…” Irwan pegang tangan tua itu. “Kalau ibu tak buat macam tu dulu,Wan pun tak ada di hadapan ibu hari ini.Kalau emak tak kahwin dengan ayah, Wan tak wujud di dunia ini.Sudahlah,ibu.Jika emak kahwin dengan pak cik,belum tentu mereka bahagia.Keputusan emak dan ibu sangat tepat waktu itu cuma nek tok yang enggan menerima takdir."
Ibu mengangkat muka.Matanya berair.
“Ibu tetap rasa berdosa,Wan.Bersalah dengan nek tok."
Irwan senyum nipis.“Ibu tak berdosa apabila niat ibu nak tolong dan pertahankan cinta ibu.Emak buat pilihan dia sendiri.Ibu cuma bagi dia jalan keluar.Emak bukan tak pernah cuba meminta maaf dan restu tetapi nek tok yang keras hati.Depan mata Wan sendiri emak melutut dan menangis memohon maaf tetapi nek tok tetap membatu.”Emak Irwan tidak pernah merahsiakan kisah silam hidup mereka.Dengan layanan buruk nek tok kepada keluarganya ketika kedua ibu bapanya masih bernyawa membuat Irwan berasa tidak selamat dengan nenek sendiri.
"Kita sedekahkan doa untuk nek tok.Itu dah bahagian dia.Allah tahu apa yanga dalam hati ibu.Secara peribadi,ibu tak pernah salah di mata Wan.Jika bukan sebab ibu dan Airil,rasanya Wan takkan jadi orang sekarang.Ingat lagi waktu selepas emak dan ayah tak ada,Wan tinggal dengan nek tok tapi hari-hari nek tok caci maki Wan.Hari-hari Wan kena pukul.Wan selalu menangis tepi sungai dan Airil yang selalu mendengar sehingga dia ajak Wan tinggal dengan dia."Bergenang air mata Irwan bercerita.Dia tidak pernah lupa jasa ibu yang mengambil tanggungjawab mendewasakannya atas pujukan Airil.
"Benar kata emak.Ibu baik.Ketika nek tok membuang kami,ibu yang hulurkan tangan beri tempat tinggal dan pekerjaan kepada ayah,"ujar Irwan lagi.Baginya,terlalu banyak budi yang ditaburkan oleh ibunya dan Airil.
Ibu mengangguk perlahan. Air matanya menitis juga akhirnya.Irwan membiarkan.Dia tahu,kadang-kadang air mata itu perlu keluar supaya hati ibu lebih lapang.
****
Kawasan sekolah mulai lengang pada petang itu.Hanya bunyi daun-daun kering digeser angin menemani.Di belakang bangunan lama sekolah,ada satu sudut yang terlindung pandangan.Dua tubuh berdiri berhadapan.
Airil tenang bersandar pada dinding sementara Acad berdiri menghadapnya. Masing mempamerkab raut keruh dengan bara api yang ditahan-tahan dalam dada.
“Kenapa cikgu ajak saya jumpa?”Arshad memulakan bicara.Suaranya berat dan kasar.
Airil memandang tajam.Ucapannya perlahan tapi padat.“Aku nak kita bercakap secara jelas dan selesaikan masalah antara kita dan Hana."
Arshad mendengus."Jelas apa lagi, cikgu?Apa yang tak jelas?Cikgu dah kahwin dengan Hana.Dah rampas hati Hana.Saya ni siapa lagi?”
Airil menarik nafas panjang."Saya minta maaf,Acad."Airil menundukkan ego memohon maaf daripada Arshad meskipun itu ialah pelajarnya.
Acad ketawa sinis."Saya nak kepastian yang jelas daripada cikgu.Dulu,cikgu cakap akan lepaskan Hana apabila semuanya selesai.Apakah janji itu masih diguna pakai?"
Airil diam.Sesungguhnya janji itu dibuat ketika dia tidak pasti dengan perasaannya.Jawapannya pasti tidak namun bagaimana untuk nyatakannya kepada Arshad agar hatinya tidak terus terguris.
Arshad mara selangkah.Matanya menikam tajam.
“Mana janji tu, cikgu?Adakah sudah terkubur setelah cinta kamu berdua kian memekar?"
Airil menggeleng perlahan."Saya tahu saya tersalah janji.Janji yang memakan diri saya sendiri.Jujur saya katakan saya tak akan lepaskan Hana.Saya cintakan dia dan kami saling menyayangi.”
Wajah Acad berubah merah padam.Tangannya mengepal mengawal amarah daripada terhambur.
“Habis tu,cikgu nak saya undur diri demi kebahagiaan cikgu?Saya yang kena berkorban rasa?Cikgu tak malu ke kahwin dengan pelajar sendiri?Mana maruah cikgu merampas cinta pelajar cikgu?"
Airil angkat wajah.Matanya tenang tapi keras.“Maruah saya bukan terletak dengan siapa saya berkahwin tetapi bagaimana saya mempertahankan isteri saya daripada diganggu oleh orang yang tidak sedar bahawa namanya sudah tiada dalam hatinya.Martabat seorang lelaki dipandang rendah apabila dia terlalu mengejar cinta isteri orang padahal dia tahu dia tidak berhak untuk itu."
Arshad diam.Kata-kata Airil memanah jiwanya.
Airil menambah dengan suara tegas."Dalam masalah kita,tidak ada istilah rampas-merampas kerana saya tahu awak dan Hana sudah mengakhiri hubungan sebelum kami bernikah lagi.Dan sekarang awak yang menagih perhatian daripada isteri saya.So,awak boleh fikir secara logik,siapa sebenarnya yang cuba merampas sekarang ini.Saya atau awak?"Airil mulakan kuasa suaminya supaya Arshad tidak mengganggu Hana lagi.
Sunyi seketika.
Arshad mendekat lagi.Tegang rautnya.
“Jadi,cikgu jumpa saya ni untuk tunjuk hebat?Nak sindir saya?Nak ajak saya bergaduh demi Hana?"
Airil menggeleng."Saya jumpa awak sebab saya nak minta satu je.Jangan kacau Hana lagi.Jangan buat dia serabut.Saya suami dia dan saya minta awak hormat status kami.Tak guna awak memujuk rayu kerana mustahil awak dapat menangi hati dia lagi.Jangan sia-siakan usia awak untuk sesuatu yang tak mungkin menjadi milik awak.Saya sebagai suami pula,tidak akan biarkan lelaki lain merebut isteri saya.Saya sanggup buat apa saja demi pertahankan rumah tangga saya termasuk tumbuk awak."Airil mengugut keras.
Arshad tergamam.Nafasnya berat dihela.
Dia akhirnya ketawa hambar.
“Hebatlah,cikgu.Memang cikgu dah menang.Saya kalah."
Airil hanya diam.Dia tidak mahu membalas.
Arshad menggeleng perlahan sebelum berpaling dan berjalan meninggalkan kawasan itu dengan hati penuh kecewa dan amarah yang dia sendiri tidak mampu ubatkan.
Airil berdiri kaku di situ memandang langit senja yang makin muram.
Dalam hati...
“Hana milik aku.Aku takkan lepaskan dia lagi.Takkan.”
****
Petang itu,Hana dan Airil duduk di ruang tamu.Televisyen terpasang tapi kedua-duanya lebih asyik berbual.Pintu rumah sengaja dibiarkan terbuka supaya angin petang masuk menyejukkan ruang.
“Sayang...” Airil mencuit jari Hana.“Sayang tak menyesal ke tinggal Acad demi abang?”
Hana senyum manja.Dia geleng perlahan.
“Tak pernah menyesal.Kalau diundurkan masa sekalipun,Hana tetap pilih abang.Cuma kalau boleh,cara kita kahwin tu biarlah dengan cara yang manis sikit.Tak naklah kena tangkap basah dengan babah macam dulu,"kata Hana kembali mengenangkan bagaimana hubungan rumah tangga mereka bermula.
Airil tersenyum lebar.Geli hati apabila mengingatkan memori malam itu.
Perlahan dia rapatkan wajah, dahinya bersentuh dengan dahi Hana. Bibir mereka semakin hampir, seperti mahu bertaut.
Tiba-tiba...
“Assalamualaikum!”
Tersentak kedua-duanya. Mereka cepat-cepat meleraikan diri. Wajah sama-sama merah menahan malu. Babah muncul di muka pintu, sambil separuh menutup mata.
“Babah tak nampak apa-apa... babah tak nampak apa-apa...” katanya selamba sambil melangkah masuk.
Airil dan Hana tersengih macam budak kantoi buat salah.
Babah sudah mendarat di sofa menghadap mereka. Dengan nada bergurau, dia berkata,
“Lain kali... kalau nak bermadu kasih, tutup pintu tu.Nanti orang datang tiba-tiba nampak korang beramah mesra,"tegur babah.
Hana ketawa malu-malu.Airil gosok belakang leher sambil tersengih tak pandai jawab.
“Babah datang cari Hana ke?Rindu Hana ke?”usik Hana untuk menutupi malunya.
Babah selamba."Taklah.Aku datang sebab lapar.Umi kamu tu mogok semacam.Malas aku nak melayan!”
Airil tergelak besar.“Langkah kanan la babah.Kami baru je siap masak.Marilah kalau babah nak makan sama-sama."
Babah melepaskan kecil.“Nasib baik anak menantu tinggal sebelah rumah.Kalau tak, mau aku makan nasi bungkus hari-hari.”
Hana tersengih.“Umi merajuk lagi ke? Kenapa tak pujuk,bah?”
Babah geleng perlahan sambil berdecit.
“Tak kuasa aku nak layan orang tua merajuk.Pandai-pandailah dia sedar sendiri.Lagi-lagi pasal anak kesayangan dia tu.”Perhubungan babah dan umi agak tegang kerana pertelingkahan kecil tentang Hanif.Umi tidak habis-habis membela Hanif membuatnya muak.
Airil dan Hana berpandangan.Mereka tahu babah masih terasa hati tentang umi yang asyik menyebelahi Hanif.
"Tak apalah,bah.Babah makan sini saja.Nak tidur sini pun boleh.Bilik Aqeef tu kosong.Rumah ni sentiasa terbuka untuk babah,"pelawa Airil.
"Hmmm...Babah tak naklah kacau kamu suami isteri.Maghrib nanti babah nak ke surau terus."
Tapi suasana tetap jadi ringan dengan gelak tawa mereka bertiga. Dan Hana... dalam hati rasa bahagia — sebab keluarga ini makin erat walaupun masih banyak luka lama yang belum sembuh.
****
Hana sedang mengemas katil terhenti apabila terdengar suara seseorang memberi salam dari luar bilik rumah.Suara itu sangat Hana kenal tetapi nada itu bergetar seperti resah dan cemas.Hana berlari keluar bilik menunjuk ke muka pintu.
Cepat-cepat Hana buka pintu.
Raut Hana agak terkejut dan kehairanan."Umi? Kenapa ni? Kenapa umi macam takut ni?”soal Hana ingin tahu.Kehadiran uminya pada malam itu menimbulkan tanda tanya dan kebimbangan.
Umi berdiri di hadapan pintu.Nafasnya turun naik.Wajahnya pucat,mata liar memandang sekitar.
“Mana Airil?”soalnya tergesa mencari kelibat menantunya.
Hana kerut dahi.Tidak pernah umi datang mencari Airil.“Keluar main badminton.Sekejap lagi balik la kot."
Hana semakin pelik.Umi nampak sangat tidak tenang.Tubuhnya menggigil sedikit.
“Kenapa umi?Cuba beritahu Hana apa yang berlaku?Kenapa umi cari Abang Airil?"
Umi tarik nafas panjang.Kemudian bersuara perlahan namun cukup membuatkan darah Hana berderau menyelinapi seluruh tubuh.
“Anep..Anep.."Suara umi terketar-ketar melafazkan nama itu.
Hana terkaku sekejap.Jantungnya jatuh ke perut mendengar nama itu muncul di tubir bibir umi.
“Anep? Anep ada sini ke,umi? Apa yang Anep dah buat pada umi?"Hana memeriksa badan umi.Tiada cedera mahupun calar.
Umi mengangguk mengiakan pertanyaan Hana.“Dia... dia mengamuk dalam rumah umi. Cakap sorang-sorang dalam bilik macam orang hilang akal,"ujar umi.Dadanya sesak dengan kelakuan aneh dan agresif yang ditunjukkan oleh Hanif.
Hana makin cuak mendengarnya “Babah..Babah ada di mana,umi?Anep buat sesuatu kepada babah ke?"Darah gemuruh Hana semakin menjalar.Risau Hanif telah melakukan sesuatu kepada babah kerana umi seorang yang datang minta bantuan.
“Umi tak tahu babah ke mana.Dari maghrib tadi keluar,sampai sekarang tak balik-balik."Sememangnya umi tidak tahu ke mana suaminya pergi kerana hubungan mereka tidak begitu baik sejak kebelakangan ini.
Umi pegang tangan Hana merintih ketakutan.Dia buntu."Tolong umi,Hana.Umi tak tahu nak buat macam mana ni."
Tanpa berlengah,Hana menekan skrin telefon pintar yang memang tersedia dalam saku baju tidurnya.
Sebaik taliannya bersambung,Hana terus bersuara.Tidak sempat memberi salam.
“Abang kat mana?Balik sekarang.Terus pergi rumah umi ya.Anep ada dekat rumah umi.Umi kata dia mengamuk."Laju Hana memberi laporan kepada Airil.
Airil di hujung talian turut cemas.“Baik,sayang.Abang balik sekarang.Hana jangan ke mana-mana.Tunggu abang sampai."
Talian dimatikan.
Hana tidak tunggu lama.Dia pandang umi.“Jom, umi.Kita pergi tengok Anep sekarang.”Pesanan suaminya tidak dikisahkan.
Tanpa sempat fikir panjang, dua beranak itu berlari keluar dari rumah menuju ke rumah umi di sebelah.Nafas mereka termengah.Langkah tergesa-gesa.Setiap degupan jantung dipalu dengan rasa cemas yang makin menggunung.
Di hati Hana... hanya satu doa.
“Ya Allah... lindungilah kami malam ni.”
Anep dah balik.Apalah yang tak kena dengan anep tu?
Share this novel