Pagi itu,matahari baru menyimbah cahaya lembut ke dalam rumah.
Hana sedang bersiap-siap mahu melangkah keluar.Tangan kirinya menggalas beg, tangan kanan memegang kunci.Langkahnya laju ke pintu.
“Hana.”
Suara itu memanggil perlahan namun cukup tegas untuk membuatkan Hana terhenti langkahnya.
Dia berpaling. Airil berdiri di tengah ruang tamu sudah siap berpakaian kemas.Kemeja putih dan seluar slack hitam menjadi pilihannya.Dia kelihatan tenang tetapi matanya memandang Hana dalam-dalam.
“Datang sini sekejap.”
Hana diam sebentar.Kemudian menurut.Kakinya mengaju langkah perlahan-lahan menghampirinya Airil.Apa yang Airil mahukan?
Airil hulur tangan."Mulai hari ini,awak kena salam dan cium tangan saya sebelum pergi sekolah.”Airil membuat peraturan baharu.
Hana teragak-agak.Tangannya perlahan menghulur. Tangan mereka bersentuhan.Hangat. Bergetar halus di hujung jari walau sekadar salam.Sebaik Hana ingin melangkah semula, Airil genggam semula tangannya.
“Eh kejap.”adia tunjuk pada tali lehernya yang belum diikat."Tolong ikat tali leher ini,"pinta Airil.
“Hah?”Hana kerut dahi."Tangan abang kenapa?Cedera ke?Biasa kan abang pakai sendiri je,"jawab Hana kehairanan.
"Saja je.Nak suruh awak buat."
"Eeee...Dia ni macam-macamlah.Orang nak pergi sekolah ni.Manalah orang tahu ikat tali leher.Tak pernah buat."Hana membebel terasa aneh-aneh saja permintaan Airil pagi itu.
Airil senyum kecil.Dia tarik tangan Hana, letakkan pada hujung tali leher.
“Saya ajar."
Dengan sabar Airil berdiri rapat.Tubuh mereka hampir bersentuhan.Jarinya membimbing tangan Hana menyilang ke kiri, lilit ke kanan dan tarik ke bawah.Hasilnya tali leher terbelit macam simpulan mati.
Airil tergelak."Boleh mati tercekik tali leher kalau ikat macam ni,"usik Airil.
“Ish!” Hana mencubit lengan Airil.
“Kan dah cakap tak pandai tadi.Nama pun belajar,bukan terus pandai."
Cubitan bertubi-tubi menyusul.Airil mengaduh kecil.
Dengan pantas Airil merangkul pinggang Hana untuk menghentikan cubitan yang mengena kulitnya.
Mata mereka saling bertemu.Masa terasa seperti berhenti sejenak.
Sunyi.Bukan sunyi yang kosong.Sunyi yang berisi debar di dada.
Airil tenung wajah Hana lama-lama.Kemudian berbisik perlahan hampir seperti satu pengakuan.
“Something wrong with me.Saya tak tahu kenapa saya rasa sentiasa nak dekat dengan awak."
Hana senyum lebar.Jantungnya berdegup laju.Harapan yang selama ini seperti bayang kini makin jelas.
“Dekat macam mana?”bisiknya, matanya bersinar.
Airil perlahan-lahan condong ke depan.
Wajahnya makin hampir.Bibirnya hampir menyentuh bibir Hana.Hana menanti dengan debar.
Eehem...Ehem.."Sudah sudahlah." Suara Irwan bergema yang baru muncul dari dapur.
“Bukan korang berdua je tinggal kat rumah ni tahu! Aku pun ada!"
Airil tersentak.Cepat-cepat dia lepaskan pinggang Hana.Mukanya merah padam.
Hana tutup mulut hampir ketawa sambil tunduk menahan malu.
Irwan lalu sambil tutup mata dengan tangan tetapi sempat menyelinap satu mata kecil dari celah jari.
“Hormatlah sikit orang single ni."
Airil mencelah malu bercampur geram.
“Kau duduk diam-diam kat dapur tu tak boleh ke?”
Irwan menjawab sambil jalan menjauh,
“Nampak gayanya aku kena pindah tinggal di planet pluto la jawabnya."
Hana dah tak tahan, tergelak kecil.
Airil menggeleng dan tersenyum sendiri.Di hati mereka wujud rasa itu semakin kuat.
****
Selesai kelas KSM Airil,para pelajar riuh berbual sesama mereka.Seronok kerana guru Sejarah mereka keluar berkursus.Sementara menunggu guru ganti,mereka bersembang kosong.Ada yang siapkan tugasan yang belum selesai.
"Korang perasan tak sikap Cikgu Airil makin lainlah.Kalau dulu Cikgu Airil masuk je, semua automatik tegak dan senyap.Selepas cuti sem hari tu,dia macam dah bertukar wajah jadi periang.Tak skema dah,"kata Shanaya.
“Haaah la kan.Aku pun perasan.Dia tuntut ilmu apa agaknya masa cuti hari tu.Dulu takut nak ketawa dalam kelas,"balas Suzila yang juga rakan sekelas Hana sambil menconteng hujung kertas soalan yang belum dijawab.
“Dulu garang semacam.Sekarang siap buat lawak.Terlebih peramah.Dia ada tersalah makan apa-apa ke?"tambah Shanaya lagi sambil ketawa kecil.
"Mungkin faktor umur kot.Umur 30 tahun ke atas tak jaga emosi,boleh dapat darah tinggi.Mungkin sebab tu dia berubah jadi cool and steady,"ulas Suzila tanpa fakta.
Hana yang duduk di sebelah mereka hanya tersengih panjang.Jari memusing pen dan fikirannya entah ke mana.
Wajah Airil berlegar-legar dalam fikiran.
Wajahnya waktu pagi tadi,saat mereka hampir-hampir… ya…Lagi sekali bibir mereka hampir bersatu.Hati Hana berdebar kalau teringat saat itu.Airil memang berlagak tenang tetapi muka dia pun merah sebenarnya lagi-lagi apabila terkantoi dengan Irwan.
“Oi, Hana.” Shanaya jentik bahu Hana.
“Asyik senyum sorang-sorang.Kau dengar ke tak kita tengah cakap pasal cikgu Airil berubah ni?”
Hana pandang Shanaya, angkat kening sikit.“Dengar. Tapi bagi akulah biar dia berubah.Hati semua orang pun senang. Aku lagilah senang.”
“Ha! Tengok senyum tu! Mencurigakan sangat!” Shanaya ketawa kecil mengejek manja.
Hana hanya menggeleng kepala sambil senyum riang.
Suzila dari meja belakang menyampuk.
“Kau ni kenapa, Hana? Macam orang gila bayang.”
Hana senyum lebar. “Tak ada apa-apa. Cuma teringat kisah-kisah indah dalam hidup aku sejak dua tiga minggu ni.Aku rasa sangat bahagia lalui hari-hari seindah sakura yang mekar pada musim bunga."Hana berangan lagi.
Shanaya menjuling mata lalu mencubit manja pipi gebu Hana."Indah sangat sampai boleh nampak kau keluar dengan sorang lelaki semalam.Siapa mamat jemput kau di akademi memandu semalam?"
Hana terkedu sekejap.Senyumnya tidak hilang dari bibirnya."Oh…Irwan. Sepupu aku.Sugar daddy aku suruh dia jemput aku balik semalam."
Shanaya angkat kening."Lokek kau ni kan.Ada sepupu handsome macam tu tak nak kenalkan langsung kepada aku.Apa jenis kawanlah kau ni?"
“Laa...Berminat ke?Manalah aku tahu.Dia ada kursus.Esok lusa dia balik.Jika ada masa,aku bawa korang jumpa dia sebelum dia balik.
Suzila terus tutup muka pakai buku. “Malulah.Nanti betul-betul tersangkut macam mana?”
“Sangkut pun tak apa.Aku okay je.” Hana buat muka selamba.
Mereka bertiga tergelak. Bahagia betul rasanya berbual kosong begitu.
Tiba-tiba, mata Hana menangkap bayangan Sofi tergesa-gesa melintasi meja mereka.Perutnya dipegang. Wajahnya berkerut menahan sakit.
Hana cepat-cepat bangun sedikit dari tempat duduk dan memanggil Sofi.
“Sofi! Nak ke mana tu?”
Sofi sempat berpaling dan senyum pahit.
“Sakit perut.Nak ke tandas sekejap.”
Hana mengangguk.Hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap apabila melihat Sofi kesakitan begitu.Perasaan itu diusir serta-merta lalu menyambung perbualan.
****
Hana menapak ke tandas perempuan bersama Shanaya.Langkahnya perlahan.Baru melangkah ada kesan beberapa tompokan darah merah yang menitis di atas lantai mozek tandas.
"Darah apa pula ni?"soal Shanaya mengelak daripada terpijak tompokan darah segar itu.
Hati sedikit terganggu melihat kesan darah di lantai mozek."Budak period ke atau kucing beranak?" bisiknya mengerut dahi.Kehairanan yang dirasainya Hana dibiarkan saja kerana tiada apa yang mencurigakan.Ketika mereka memandang cermin,ada jeritan halus seorang pelajar perempuan memecah sunyi."Tolong!!!!"
Hana tersentak. Pandangannya segera tercari-cari punca suara.Tanpa berfikir panjang dia berlari ke arah suara itu.
Pintu salah satu tandas sudah terkuak.
"Hana!" jerit kecil Shanaya berwajah pucat dan panik.Pemandangan yang dilihat mereka cukup mengilukan.
Hana menjenguk masuk dan matanya terbeliak.Sofi terjelepok atas lantai tandas. Tubuhnya berlumuran darah.Wajahya lesu dan pucat lesi.Mata Sofi separuh terbuka tidak bermaya.Sofi membuka genggaman tangannya.Ada seketul daging merah kecil yang sudah berupa bentuk kaki dan tangan.
Hana tergamam melihatnya."Ya Allah, Sofi!Apa yang jadi ni?"Hana menjerit terus melutut dan memeluk tubuh Sofi yang terkulai.Panik bukan kepalang.Tangannya menggigil menyentuh pipi sahabatnya yang pucat.
"Sha! Cepat pergi panggil cikgu!"arah Hana.Pelajar yang menjumpai Sofi tadi pun terpaku menyaksikan adegan itu.Tidak tahu berbuat apa-apa.
"Nak panggil cikgu mana?"Shanaya kebingungan.Panik membuatkan otaknya beku untuk berfikir.
"Panggillah mana-mana cikgu perempuan.Cepat.."suruh Hana.
Shanaya kelam-kabut.Langkah terhuyung-hayang keluar dari tandas.
Pipi Sofi ditepuk-tepuk apabila mata Sofi semakin layu."Sofi, Sofi... jangan pejam mata.Allah... apa jadi ni, Sofi." suara Hana bergetar.Matanya berkaca. Dia memangku tubuh Sofi cuba hentikan darah yang mengalir laju sehingga bajunya juga terpalit darah Sofi.
Dengan nafas tersekat-sekat Sofi menggerakkan bibirnya."Aku sakit sangat,Hana.Baby aku...."Janinnya masih dalam genggaman.
"Ya Allah,apa yang berlaku ni?Kau jatuh ke Sofi?"
"A... A... Anep..."balas Sofi dengan suara tersekat-sekat.Firasatnya,Hanif meletakkan sesuatu dalam air yang diberi untuk menggugurkan kandungannya.Dalam hati sempat menyesal kerana mempercayai Hanif sepenuh hati.
"Sudah,Sofi.Jangan banyak bercakap.Simpan tenaga kau.Sekejap lagi cikgu datang,kami bawa kau ke hospital ya.Bertahan ya,"pujuk Hana apabila mendapati Sofi semakin tidak bermaya.
Hana teresak-esak.Nafasnya seakan terhenti.Air matanya tidak berhenti mengalir menjatuhi pipinya.Tangannya merangkul Sofi dengan lebih erat.
Tangisan Hana pecah perlahan tapi menyayat.
****
Kes keguguran tragis Sofi kecoh dan menjadi buah mulut warga sekolah.Sehingga menjadi bualan meniti mulut ibu bapa.Akibat daripada keguguran itu,Sofi kehilangan banyak darah yang menyebabkan dia tidak mampu bertahan hidup.
Langit sudah gelap tetapi hati Hana lebih gelap dari malam.Sejurus melangkah masuk ke bilik, dia tidak tahan lagi.Tersungkur di sisi katil. Menangis semahu-mahunya.D
“Maaf, Sofi… aku lambat sangat… aku lambat sangat." Suaranya tenggelam dalam sendu dan esakan.Sedih dan kecewa bukan kepalang.Sofi menghembuskan nafas terakhir ketika para doktor sedang berusaha menyelamatkannya di dalam zon merah.Gugur jantung Hana mendengar perkhabaran ketika menunggu di kecemasan bersama Shanaya dan beberapa lagi guru termasuk Airil.
Airil masuk ke dalam bilik.Masih terkejut dengan kejadian yang menimpa Sofi.Dia melihat Hana menangis dalam keadaan telungkup.Sedu-sedan.Dia tahu Hana juga terkejut dan trauma kerana kejadian berlaku di hadapan matanya sendiri.Ikutkan hati Airil,dia ingin memeluk Hana di hospital tadi tetapi tidak mampu kerana ada guru lain mengiringi mereka.
Tanpa banyak bicara, Airil duduk perlahan di sisi Hana.
Melihat Airil, Hana terus bangun memeluknya. Pelukan yang bukan lagi tentang cinta tetapi tentang kehilangan, keperitan,dan rasa yang amat bersalah.
“Hana lambat.Hana tak sempat selamatkan dia,abang.Masa dia sakit perut dalam kelas,Hana tak perasan.Dia lama di toilet pun Hana tak perasan.Ini semua sebab Hana.Tak ada siapa yang kisah,"adu Hana dalam kebanjiran air mata.Ralat sangat rasanya kerana dia tahu Sofi ke tandas kerana sakit perut.Dia sendiri yang tidak peka dengan keterlewatan Hana masuk semula ke dalam kelas sehingga tidak menyedari Sofi terus tidak kembali semula ke kelas selepas itu.
Airil memeluk Hana lebih erat. Tangannya mengusap belakang kepala gadis itu.Suara lelaki itu bergetar walau cuba ditahan.
“Bukan salah awak,Hana.Awak dah buat apa yang termampu.Ingat,awak orang pertama yang ada waktu dia perlukan seseorang.Itu bukan kelewatan."
"Kalaulah Hana bawa dia jumpa babah lebih awal,semua ini takkan berlaku.Mungkin Sofi dan baby akan selamat,"jelas Hana.Mengikut perancangannya dan babah,mereka akan bertemu Sofi untuk selesaikan onar yang dibuat oleh Hanif.
Airil tercengang.Apa kena-mengena Sofi dan bayinya dengan keluarga mentuanya?Ada sesuatu yang Hana tidak ceritakan sebelum ini membuatkan Airil penasaran."Apa awak cakap ni,Hana?Saya tak faham."
Hana mengangkat muka memandang Airil.Rautnya memang basah dengan air mata dan peluh."Baby tu....aaa...anak Anep."
Airil menarik nafas panjang mendengarnya.Dalam hati beristighfar.Banyak benar masalah yang berpunca daripada Hanif.Hana tidak tahu lagi yang dia akan dipanggil oleh kaunseling gara-gara Hanif juga.Berat kepala Airil memikirkan hal yang menimpa Hana.
“Abang..pastikan Anep dikenakan hukuman yang setimpal.Hana yakin bukan Sofi sendiri yang makan pil gugurkan kandungan tu.Sofi takkan buat begitu kerana dia tahu yang nyawanya dalam bahaya jika dia gugurkan kandungannya.Abang,suruh polis siasat Anep betul-betul.Mesti ada konspirasi di sebalik keguguran Sofi,"kata Hana.Doktor memberitahu dalam darah Sofi mengandungi mifepristone dan misoprostol iaitu sejenis ubat untuk gugurkan kandungan.Disebabkan ubat itu Hana mengalami pertumpahan darah yang banyak.
Airil angguk perlahan.Ketegangan rautnya jelas terpamer."Sudah,Hana.Jangan fikir lagi.Awak pun kena berehat."
“Tapi Sofi…” Hana meraung kecil.Wajahnya disembamkan pada dada Airil.
“Dia tak patut mati.Dia tak patut pergi macam tu."
“Ya,saya faham.Allah sudah tetapkan ajalnya.Kita tak boleh melawan takdir.Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.Saya tak nak awak menangis begini.Saya risau kesihatan awak pula,” Airil pejam mata. Air matanya jatuh juga.
“Saya akan selalu ada dengan awak."
Habislah anep selepas ni.Sambung next chapter nnti ya guys.Doakan kerajinan MJ
Share this novel