Bunyi hempasan air dalam singki menyentakkan sedikit suasana.Hana berdiri tercegat memerhati ketam-ketam yang baru dituang dari plastik ke dalam singki dapur.Air dari cangkerangnya menitis ke lantau menambah kekecohan kecil petang itu.
Hana angkat seekor ketam merenung rangka keras yang kelihatan seperti perisai perang zaman silam.Ditolak-tolak rangka itu dengan jari.
"Mana kepala,mana perut kau ni?Dari depan sampai belakang semua keras. Nak siang macam mana pun aku tak tahu," gumamnya sendiri.
Dia terus membelek-belek ketam itu. Cakar, kulit, mata yang bulat. Otaknya ligat berfikir dari mana dia hendak mula merungkai isi ketam biru itu.Anatomi ketam sukar difahami.
"BOO!"Sergah suara Airil.
“Ya Allah!” Hana hampir terlepas ketam di tangan.
Airil tergelak besar dari belakang.Kemeja warna kuning cair dan seluar slack hitam masih melekat pada badannya.Mesti baru balik dari sekolah.
“Abang ni menyergah orang tengah fokus!” Hana membebel sambil meletakkan ketam ke dalam singki semula.
Airil menyandar di tepi singki dengan gelas air di tangan.Sambil meneguk air, dia tersenyum nakal.
“Kenapa tenung ketam tu lama sangat? Ketam tu kacak macam saya ke yang buat awak tenung lama-lama begitu?"seloroh Airil.
Hana menjeling sambil muncung sedikit. “Perasan kacak.”
“Realiti.” Airil tersengih bangga memuji diri sendiri.
Hana geleng sambil kembali pandang ke arah ketam."Abang tahu tak macam mana nak siang ketam ni?Ajarlah,Hana nak masak ni.Nanti Wan sampai,lapar pula dia."
Airil angkat bahu bersahaja."Tak tahu. Saya tak pernah siang ketam."Lain benar suaranya membalas.
Hana mengerut dahi.“Menyampah tanya orang yang tak nak beri kerjasama.Tak boleh nak tolong langsung,"omel Hana.
Airil angkat tangan macam hendak berikrar. “Eh, bukan tak nak tolong!Memang saya tak reti.Saya mana pernah siang ketam."
Hana mengeluh."Kalau ada Wan kan senang.Tapi nak tunggu dia sampai,tak masaklah jawabnya."
Airil letak gelas.Ingat Irwan seorang saja yang boleh buat semua itu?"Tak payah tunggu Wan. Bagi saya pisau, saya siang.”Airil acah-acah hero dapur dapur.
Hana pandang dia penuh sangsi. “Tadi cakap tak reti.”
Airil senyum sambil keluarkan telefon dari poket seluarnya kerjanya. Dia buka satu video YouTube: Cara Siang Ketam Paling Mudah.
“Dunia di hujung jari sekarang.Nak belajar,tak payah tunggu Wan.Klik dengan jari je."
Dia letak telefon di tepi singki.Airil mula ikut langkah pertama.Hana hanya memerhati.Senyum di bibir tidak mampu ditahan.Airil tidak berbohong yang dia tidak pandai siang ketam. Terkial-kial juga Airil potong kaki ketam dan mencabut cengkerangnya.
“Aduh!” Airil tiba-tiba tarik tangan dan buat muka sakit.
Hana gelabah."Kenapa? Kena penyepit ketam atau kena pisau?
Airil masih berpura-pura sakit mengerutkan wajahnya.Kepalanya sengaja diletakkan atas bahu Hana.
“Parah ke? Kena sikit je kan? Nak kena bawa klinik ke?” Hana dah mula panik.
Airil terus ketawa.“Sakitnya tuh di sini..di dalam hatiku.."Airil menyanyi.
“Abang!!” Hana cubit lengannya.Geram.
“Ouch! Sumpah tangan awak lagi pedih daripada penyepit ketam tu,” Airil mengaduh manja.
Hana menjeling namun senyumannya melebar. Di antara bunyi air dan ketam yang masih bergerak dalam singki, hati mereka seperti bergerak ke arah yang sama.
****
Tawa kecil mengisi dapur. Airil menyimbah sedikit air ke tangan Hana konon nak cuci tetapi sengaja lebihkan sampai kena lengan baju Hana.
“Abang ni!” Hana tepuk lengan Airil. “Nak siang ketam ke main air?Ketamnya baru seekor yang siap.Ada empat ekor lagi tu."Hana ingatkan Airil.Jika begitulah kerja Airil,sampai malam ketam-ketam itu tidak menjadi lauk.
Airil ketawa."Sekali-sekala bergurau."
Hana muncung sambil mencebik.Dalam hati ada juga yang berbunga.Airil sudah pandai bergurau dan mengusiknya.
Baru saja Airil nak cuit dagu Hana..
“Assalamualaikum…”
Suara dari luar rumah buat mereka berdua terhenti. Hana terus capai tuala lap tangan,Airil pula sempat mendengus perlahan.Baru henda bermesra,gangguan datang pula.
Mereka beriringan ke muka pintu. Dan betul seperti disangka, Irwan berdiri di situ dengan beg galasnya. Wajah ceria dan tersenyum lebar.
“Waalaikumussalam,” Hana menyambut riang.
Irwan hulur tangan pada Airil. Mereka bersalaman."Ril,aku minta maaflah kalau kedatangan aku ke sini menyusahkan kau dan Hana,"ucap Irwan terasa bersalah.
"Issh...Tak susah pun.Tempat kursus kau bukan jauh pun dari sini.Tak ada hal la kalau kau nak menumpang 3 4 hari,"jawab Airil.
Irwan mengangguk.Lega Airil tidak kisah."Eh,korang tengah buat apa?Aku mengganggu ke ni?"Mata Irwan sempat menjeling apron yang masih melekat padai badan Hana manakala baju kemeja Airil ada kesan tompokan air paip yang jelas kelihatan.
Hana terus menyampuk."Tak kacau pun.Kami ni tengah siang ketam nak masak gulai lemak cili padi.Baru siap siang seekor.Sempatlah saya masak sementara awak rehat-rehat dulu."
"Haa...Kau pergilah berehat di bilik Aqeef tu.Aku nak sambung perjuangan aku di dapur."
"Tak apalah,aku tak penat pun.Aku ikut korang ke dapur."Irwan meninggalkan beg pakaiannya di sofa lalu mengikut mereka berdua ke dapur.
Ketika tiba di dapur,Hana terus ke singki menyambung kerja.Ketam yang sudah disiang diangkat dan disusun di papan pemotong.
Wan melangkah ke arah meja dapur."Siapa yang siang ketam ni? Bersih jugak potongannya.”
“Akulah,” jawab Airil tenang dari belakang.
Wan angguk,kagum.Dia mengambil pisau yang terletak atas papan pemotong."Biar saya tolong siangkan ketam ini,"kata Irwan menawarkan diri penuh semangat.Kerja-kerja di dapur memang kepakarannya.
Hana sudah berdiri di sebelah Irwan bersedia nak hulur raga untuk buang kulit ketam."Tak apa ke?Awak baru je sampai.Berehatlah dulu.Abang Airil ada boleh tolong buatkan."
"Tak apa."Irwan bersedia mengambil seekor ketam dan laju mencabut cengkerangnya.
Airil perhati senyap-senyap.Matanya meleret ke arah apron pada badan Hana.Tanpa berkata apa-apa,dia terus cabut apron itu dari badan isterinya.
“Eh,apa ni?” Hana terkejut.
Airil buat muka selamba.“Nah, pakai ni.” Dia sarungkan apron tu ke badan Irwan. “Eloklah kau ada siang ketam ni.Nanti dah siap kau tinggalkan,Hana masak."
Irwan tergelak kecil. “Okay. Boleh je.”
Airil cepat-cepat ambil kesempatan. Dia capai tangan Hana yang terdedah dan genggam.
“Jom ikut saya ke dalam sekejap,"ajak Airil.
Hana terpinga-pinga.“Apa hal ni?”
“Ikut jelah.” Airil angkat kening, senyum misteri.
Dia tarik tangan Hana perlahan ke dalam rumah meninggalkan Irwan yang sedang sedia siang ketam di dapur lengkap dengan apron.Hana terpinga-pinga dan tertanya-tertanya menuruti gerakan langkah Airil.Apa yang penting sangat?
Airil perasan Hana seperti kebingungan dengan tindakannya tetapi abaikan sahaja.Dia pun tidak tahu hendak bawa Hana ke mana.Cuma dalam hati Airil, satu-satunya cara untuk mengelakkan Hana menempel dengan Irwan adalah merenggangkan jarak mereka.
****
Hana menyisir rambut perlahan-lahan depan meja solek.Senyum-senyum sendiri.Masih terbayang kejadian petang tadi,saat Airil tiba-tiba menarik tangannya keluar dari dapur dan bawanya naik kereta pusing satu Bandar Muadzam tanpa hala tuju.Mereka langsung tidak turun daripada kereta.Di dalam kereta,hanya lagu jiwang 90an berkumandang perlahan dan Airil sesekali menoleh tanpa kata.
'Dia ni kenapa sebenarnya?'bisik hati Hana.Hana tersenyum lagi.
Pintu bilik terbuka perlahan.Airil masuk lengkap berbaju T sendat lengan pendek dan berkain pelikat.Mungkin baru selesai berbual dengan Irwan di luar.Dia duduk di hujung katil melirik ke arah Hana.
Airil mengerling ke arah jam dinding menunjukkan pukul 10.30 malam."Baru siap mandi ke?”tanyanya.
Hana mengangguk sambil menyapu pelembap pada mukanya.
Airil menggeleng perlahan."Tak sejuk ke?Mana boleh mandi malam-malam.Nanti paru-paru berair."
Hana ketawa kecil berpaling ke arah Airil."Cikgu Airil oiii...Belajar mana mandi mandi-mandi boleh kena paru-paru berair?Kalau macam tu,orang yang tinggal di negera sejuk tu tak boleh mandilah ya?"
Airil senyum tidak membalas.Dia bukan tidak tahu itu semua semua mitos orang lama-lama namun sengaja dia mencari buah fikiran untuk berbicara.
Kemudian dia bersuara lagi."Awak nak keluar lagi ke?Kot nak teman Wan tengok movie di luar."
Hana kerut dahi memandang Airil."Kenapa pula?”
Airil mengangkat bahu.Suaranya tenang, tetapi ada nada pahit."Mana tau.Awak kan suka berkongsi segala cerita dan minat dengan dia.Andai kata awak nak keluar pun,ingat saya akan izinkan?"
Perlahan dia bangun, duduk di birai katil.“Abang ni kenapa? Cemburu ke?”
“Taklah,” jawab Airil sepatah.
"Peliklah perangai abang sekarang ni.Hana pun tak faham macam mana abang boleh jadi seramah ini?" Hana berkata sambil senyum nakal.
Airil tidak membalas.Dia angkat wajah, membalas pandangan Hana yang kini sudah duduk sebelahnya.
“Bukan begitu,lebih baik Hana berborak dengan abang berbanding Wan."
Hana senyum."Kita nak borak apa?Komponen sastera?Tema dan persoalan novel?Bosanlah."
Airil tergelak kecil."Apa-apa topik pun boleh.Janji awak tak keluar.”
Sunyi seketika.
Hana alih pandang ke katil."Hana nak tidur mana malam ni?”
Airil angkat kening. “Katil ni luas.Tidur sajalah di sini."
Hana menguji.“Abang tak takut ke saya tidur sebelah?”
Airil senyum senget, lehernya digaru perlahan."Takut tu bukan dengan awak."
“Dengan siapa?”
“Dengan diri sendiri.”
Hana terdiam. Matanya mencari mata Airil. Kata-kata itu terkesan bukan sebab takut fizikal tetapi takut terbuka perasaan yang selama ini ditahan.
Airil mencapai bantal dan letak elok-elok. “Tidur sini. Saya takkan buat apa-apa kepada awak."
Hana menahan tawa lalu tepuk bantal. “Sure?”
Airil sengih."Selama ini saya tak pernah ambil kesempatan ke atas awak kan?"
Hana ketawa perlahan.Dia tidak nafikan ada benarnya kata-kata Airil.Suaminya itu pandai mengawal diri daripada melampaui batas.
****
Bunyi gelak kecil dan senduk berlaga kuali menceriakan ruang makan dia dapur.Bau mihun goreng semerbak. Irwan berdiri di hadapan dapur dengan apron dan tangan sibuk mengisi mihun dan telur mata ke dalam bekas makanan.Hana duduk di meja makan, sudah siap bersolek dan berpakaian kemas untuk ke sekolah.Wajahnya berseri-seri dengan gaya shawl serta solekan neutral ringkas.
“Sedapnya mihun awak masak.” usik Hana sambil minum air suam.
Irwan senyum lebar. “Biasa-biasa je.Menu sarapan kampung.Ni je yang sempat saya masakkah untuk korang berdua.Ni bekal untuk awak bawa.”Irwan menghulurkan bekas tupperware warna merah kepada Hana yang berisi mihun dan telur mata.
“Terima kasih,Wan.Boleh saya kongsi dengan Shanaya rehat nanti."Hana terbayang-bayang Shanaya yang suka makan.Tolak batu dan kayu saja.
Dari balik dinding,Airil berdiri senyap memasang telinga.
Suaranya belum keluar namun dadanya sudah panas. Dia pandang Hana yang sedang duduk sambil makan mihun dan bergelak serta renungan terlalu mesra di matanya.
Airil tarik nafas dan muncul masuk ke ruang makan.Derap langkahnya tenang namun jelas bernada.
“Wah,neriah pagi-pagi!"
Hana terkejut sedikit.Cepat-ceapt dia embunyikan riak wajah. Irwan hanya angkat kening sambil senyum.
Airil duduk di meja. Pandang Hana, kemudian pandang bekal yang berada di tangan Hana.
“Bekal untuk aku tak ada ke?” soalnya. “Perut aku pun reti lapar juga nanti.”
Irwan sengih.“Ingat kau tak nak.Sekejap,aku bungkuskan untuk kau nanti."
Airil sandar badan ke kerusi.Matanya merenung tajam kepada Hana."Kau tak payah baliklah,Wan.Tinggal di sini.Hana pun suka kau ada sini.Boleh rapatkan lagi hubungan silaturahim."
Ayat tu halus.Hana rasa pedihnya. Dia tunduk.
Irwan ketawa kecil.Tahu sangat dalam nada abang sepupunya itu ada bau-bau cemburu."Mana boleh.Aku banyak kerja nak buat di kampung tu.Jaga ibu,jaga resort dan tengok nek tok yang sewel tu,"balas Irwan ligat menyediakan bekal Airil.
Hana mencelah."Eh,awak ni kursus pukul berapa?Tak kalut pun."
Irwan menjawab sambil menyerahkan bekal kepada Airil.Dia duduk semula di kerusinya."Sembilan."
Hana angguk perlahan.“Petang ni free tak? Jomlah jalan-jalan.Pergi makan di kafe yang saya cakap tu,"pelawa Hana tanpa hiraukan pandangan Airil.
Irwan senyum."Boleh."
“Tak boleh.”Suara Airil memotong tiba-tiba.
Hana dan Irwan serentak menoleh.
Airil pandang Hana tepat. “Petang ni awak ada kelas memandu.”
Hana diam.Jantungnya berdegup tidak sekata.Suaminya itu tidak boleh diduga.
Irwan selamba bersuara."Balik pukul berapa?Boleh aku jemput Hana."
Airil serius. “Tak perlu.Aku akan hantar dan ambil dia."
Hana merenung Airil.Hatinya menggumam tidak puas.'Apa masalah dia ni?Semua tak boleh.'Malas gaduh depan orang.Dia tunduk habiskan mihun dalam pinggan.
Airil sekarang bukan sekadar suami.Jadual hidup aku semua dia hendak tentukan.Tiba-tiba hendak tunjuk kuasa veto.
Okay..Chapter permulaan utk hubungan Hana dan airil jadi semakin serius.Ada jealous2 sikit.Hehehehe..
Share this novel