Hana membuka kelopak matanya sikit demi sikit.Dahinya dipicit kerana kepalanya terasa berat.Setelah membuka matanya,dia mendapati dia berada di bilik hotel.Dipandang katil Airil,tiada orang di situ.Dia tidak ingat bila dia kembali semula ke bilik.Terakhir kalinya,dia hanya teringat dia berkenalan dengan seorang lelaki bernama Eddy.Selebihnya dia terlupa.Oleh sebab suhu bilik itu agak sejuk,dia menarik selimut ke paras dada.Dia bermenung memandang siling.Lama-kelamaan matanya layu semula.
"Haaa...Mengantuk lagi dah seronok enjoy dalam bar semalam?"sindir Airil yang baru keluar dari bilik air.Dia lengkap berpakaian,berkain pelikat dan tshirt menuju ke arah katilnya.
Hana meneguk air liurnya.Nada serius Airil menunjukkan petanda yang kurang baik,lebih-lebih lagi dia melakukan kesalahan semalam.Masaklah dia nak hadap kemarahan Airil.Hana pura-pura tidak mendengar.Diam seribu bahasa dalam selimut.Kali ini dia betul-betul salah,jadi dia bersedia menadah telinga.
"Biasa ada saja jawapannya,ni tiba-tiba bisu pula,"Airil menyindir lagi.
"Okay..Okay..I am sorry.Saya tak tahu pun keadaaan bar tu macam tu,"Hana mengakui kesalahan.Dia menyandarkan badannya pada katil.Selimut ditarik menutupi sehingga ke paras pinggangnya.Seram sejuk seluruh tubuhnya melihat kebengisan Airil.
"Tak tahu?Awak ni buat-buat bodoh ke memang dilahirkan bodoh?Saya tak tahu berapa skala kebodohan awak ni.Semua orang taulah situasi kelab malam macam mana.Takkanlah awak tak boleh fikir langsung?Saya dah larang awak pergi tapi awak degil,curi-curi keluar tengah malam,"berang Airil.Sungguhnya dia tidak dapat menerima alasan bodoh Hana lagi-lagi gadis remaja yang selalu terdedah dengan media sosial.
"Saya minta maaf..Salah saya tak dengar cakap cikgu..Boleh tak berhenti marah-marah?"balas Hana apabila dilabel bodoh oleh Airil.Dia hanya ingin mencuba.
Airil naik ke atas katil.Dia merangkak atas Hana lalu kedua-dua mengunci kedua-dua tangan Hana pada kepala katil.Muka bengisnya dirapatkan ke wajah Hana.Mata dijegilkan menusuk ke dalam mata Hana."Berhenti marah?Awak tahu tak apa jadi pada awak semalam?Kalau saya lambat sampai,awak dah jadi makanan santapan jerung kota yang masukkan pil tidur dalam minuman awak,"kata Airil merenung mata Hana.
Hana terkedu seketika.Dia langsung tidak ingat langsung kejadian semalam.Yang dia tahu dia sempat mengenali seorang lelaki bernama Eddy sebelum pandangannya berpinar.Patutlah kepalanya rasa berpusing saja sampai ke pagi."Eddy.."Terpacul nama Eddy dari mulut Hana.
"Jadi awak dah kenal dia?Apa lagi yang awak dan dia buat dalam kelab tu?Minum sampai mabuk?"soal Airil keras.Giginya diketap kuat manakala tangan Hana dicengkam kuat.
Hana cuba melepaskan tangannya."Sakitlah..Lepaskan saya,cikgu,"rayu Hana tiada merespon soalan-soalan Airil.
"Jawab dulu!!"Keras suara Airil.Dia memekakkan telinga enggan mendengar rintihan sakit Hana.Setegas apa pun Airil,isterinya tidak pernah serik malahan dilanggar segala larangannya.Sekali-sekali dia perlu bertindak keras begitu supaya Hana sedar kesilapan dirinya sendiri."Jawab dulu kalau nak saya lepaskan awak,"
Esakan Hana mula kedengaran."Tolonglah lepaskan tangan saya,cikgu.Sakit....Saya tak buat apa-apa pun.Minum pun tak..Saya dan Eddy berbual kosong saja.Itu pun waktu saya tengah minum dia datang.Then,saya tak tahu apa yang berlaku sebab kepala saya pening."Hana jujur.Tangisannya semakin kuat kerana cengkaman Airil sangat kuat.
Lega Airil mendengarnya.Dilonggarkan sedikit pegangan tangannya.Ditenung tajam wajah isterinya itu.Air mata Hana mengalir membasahi pipi.Mula timbul rasa kasihan dan bersalah atas kekasarannya yang membuat Hana menangis.Walaupun begitu,dia enggan Hana hanyut bersama dunia keremajaannya yang penuh dengan semangat ingin tahu dan mencuba.Bersikap tegas lebih baik daripada berbelas kasihan untuk mendidik Hana.
"Saya minta maaf,cikgu.Saya janji saya tak buat lagi apa-apa yang cikgu larang."
Airil mendengus."Sekali lagi awak ingkar larangan,saya buat awak lebih sakit daripada ini..Faham?"Airil memberi peringatan.Dia melepaskan cengkaman lalu menuruni katil.
Hana mengangguk.Pergelangan tangannya diusap silih berganti.Menyesalnya dia tidak mendengar cakap Airil semalam.
****
"Panjangnya muncung budak tu."Irwan berkias sambil menunggu Aqeef mengemas barang-barangnya.
Emosi Aqeef kurang baik apabila perlu kembali semula ke asrama.Jadi,monyok sajalah yang Aqeef tahu.Dia masih tidak puas bercuti.Tiga hari tidak mencukupi lagi-lagi dia tidak dapat meluangkan masa bersama ayah kesayangannya kerana urusan di KL.
Irwan duduk di sebelah Aqeef ingin memujuk."Janganlah buat muka masam macam tu.Tak handsome lah macam ni.Ada cuti nanti kan boleh balik,"kata Irwan.Drama pulang ke asrama telah bermula.Dia cukup faham perasaan Aqeef kerana dia juga begitu satu masa dahulu.Liat untuk pulang ke asrama.Bezanya Aqeef terpaksa merasainya seawal 10 tahun.
Aqeef menunduk."Hmmm...Aqeef sambung cuti sehari lagi boleh tak?"tanya Aqeef kurang bersemangat.
"Eh,mana boleh macam tu!Nanti cikgu Aqeef cari pula.Satu hal pak cik nak jawab dengan cikgu Aqeef nanti.."
Aqeef melebarkan senyuman sambil mengangkat-angkat kedua-dua keningnya.
Irwan menggeleng."Haaa...Nak ajak pak cik berkomplot la tu.Ayah tahu,habis kita berdua kena marah,"jawab Irwan serba salah.Panjang akal anak saudaranya itu.Dia faham sangatlah yang Aqeef ingin mengambil MC untuk sambung cuti.Taktik turun-temurun mereka.Teringat pula zaman dia belajar dulu.
"Kalau tak bagitau ayah,dia takkan tahu kan?"
"Eh,mestilah ayah akan tahu!Pak cik yang hantar Aqeef ke asrama,sah-sah ayah call pak cik nanti..Haa...pak cik nak jawab apa pada ayah?"soal Irwan.Airil mengamanahkan dia menjemput dan menghantar Aqeef ke asrama.
"Pak cik cakaplah Aqeef demam,doktor bagi MC,"cadang Aqeef enggan mengalah.Berusaha selagi boleh untuk menyambung cuti.Dia sangat berharap Pak Cik Irwan akan bersetuju dan membantunya.
"Tak baik tahu tipu ayah sendiri.Silap-silap balik tengok Aqeef sihat walafiat,mengamuk dia..Kena sumpah jadi peti ais nanti,"ujar Irwan sambil gelak.
"Ayah takkan balik sebab esok kan kerja...Bolehlah Pak Cik Irwan yang kacak chiki chiki boom..Please..."rayu Aqeef.
Muncul rasa simpati terhadap Aqeef dalam hati Irwan."Hhmm...Pak cik fikir dulu."
Terdengar keluhan berat terhembus oleh Aqeef.Berat hatinya ingin pulang ke asramanya.
****
Hana dan Airil singgah di rumah babah dan umi sekembalinya dari Kuala Lumpur.Pintu rumah tidak berkunci tetapi tiada sahutan salam dari dalam.Hana dan Airil menerjah masuk,memang ruang tamu kosong.Tiada siapa-siapa di situ.
"Assalamualaikum."Airil memberi salam sekali lagi tapi lebih kuat agar penghuni dalam rumah itu sedar kehadiran mereka.
"Waalaikumussalam..Dah lama ke sampai?"jawab umi dari dapur.Mukanya agak ketat menemui Hana dan Airil.Huluran tangan Hana dan Airil tidak disambut malahan dijeling tajam ke arah mereka berdua.Bibirnya langsung tidak ada senyuman.
"Errr...Baru lagi,umi,"balas Hana.Dia tidak mengesyaki apa-apa kelainan terhadap uminya.
"Nah,ini untuk umi!"hulur Airil memberi beg plastik berisi buah tangan dari Kuala Lumpur namun umi tidak menyambutnya.Sebaliknya umi merenung tajam ke muka Airil.
"Aku tak hadap hadiah dari orang macam kau.."ujar umi penuh sombong sambil mencampak beg plastik itu ke lantan sejurus mengambilnya dari tangan Airil.
Hana dan Airil terkejut dan terkedu dengan layanan umi terhadap Airil.Tidak pernah-pernah ibu mentuanya berlakuan sebegitu.Apa yang dimarahkan sangat?Namun,Airil tetap berdiam dan tidak melawan.
"Umi ni jangan berguraulah.Umi dan babah prank kitorang kan?Mana babah?Mesti babah menyorok sambil rakam ni,"ujar Hana main-main.Matanya meliar mencari kelibat babah bersama kamera tetapi tiada.
Umi bercekak pinggang mengadap Airil.Kepalanya didongakkan mempamerkan wajah angkuh dan menyampah kepada Airil."Aku memang serius..Tak kuasa aku nak prank-prank...Hei Airil,aku dah tau kau siapa sebenarnya!Jangan nak berselindung di sebalik kerjaya guru kau tu.Sebelum aku hebohkan siapa kau,aku nak kau ceraikan anak aku secepat mungkin!Aku tak nak bermenantu orang jahat macam kau."Mata umi mencerlung Airil.Rasa benci mula menyelinap terhadap Airil.
Airil tergamam dan membisu.Tiba-tiba dia diserang oleh ibu mentuanya tanpa sebab yang pasti.Apakah kesalahannya?"Apa maksud umi?Saya tak faham."Airil tertanya-tanya.Dia merasakan dia tidak pernah melakukan kesalahan sepanjang bergelar guru.
Umi menyelak lengan baju hingga ke siku.Airil terus-terusan dimaki."Aku tahu apa niat sebenar kau kahwin dengan Hana..Kau nak main-mainkan dia kan?Kau nak rosakkan anak aku,lepas tu kau tinggal macam kau buat pada pelajar-pelakar kau yang lain Jantan jenis apa kau ni perangai macam binatang.Tak layak jadi cikgu,"tengking umi penuh perasaan.
"Umi,saya tak ada niat apa-apa melainkan jaga Hana.Saya bukan macam yang umi cakap tu,"balas Airil membela diri.Entah apa yang merasuki ibu mentuanya sehingga dia dituduh yang bukan-bukan.
"Kau jangan nak nafikan.Aku dah semua
Saksi pun aku ada.Sekarang ni aku nak kau ceraikan Hana.Aku tak nak ada cucu daripada manusia bernafsu binatang macam kau,"pinta umi.
Hana bingung perubahan sikap umi yang melenting tidak tentu pasal berdiri di hadapan Airil.Ada perkara yang tidak betul telah terjadi tetapi Hana tidak tahu apa menyebabkan uminya mengamuk."Umi cakap apa ni?Abang Airil bukan macam tu."Hana mencelah..
"Haaa...Kau belalah dia..Bela...Apa yang dia dah tuba kau sampai kau jadi bodoh macam ni?"herdik umi kepada Hana.Panas pula hatinya apabila Hana berpihak kepada Airil.Penyapu berhampiran diambil lalu dilibaskan ke arah Airil dan Hana.
"Umi ni dah kenapa merapu tak tentu pasal ni?"
"Kenapa kau tanya aku?Sepatutnya kau tanya laki kau ni.Apa yang dia buat belakang kau..Haaa...tanyalah sekarang.Biar umi jadi saksi,"balas umi semakin tidak keruan.
Hana memandang Airil mendapatkan kepastian namun tiada jawapan verbal.Airil menjungkitkan bahu ke atas tidak tahu.
Di luar kawalan,umi terus menyerang Airil dengan penyapu habuk.Dipukul lengan gagah Airil."Kau memang pandai berlakon ya Airil.Kau permainkan pelajar-pelajar kau termasuk Hana.Kau memang tak ada hobi lain selain merosakkan anak dara orang?Bila kau nak bertaubat haaa?"sindir umi.
Airil tidak membalas malahan membiarkan penyapu habuk itu menyakiti lengannya.Walaupun berat tuduhan dilemparkan,Airil enggan mempertahankan diri.Sia-sia kerana umi tidak akan percaya.
Hana segera merampas penyapu habuk umi daripada menyakiti Airil."Hana tak fahamlah dengan umi ni.Mana umi dapat cerita-cerita mengarut macam ni?"
"Umi tak cakap saja-saja.Aku ada bukti..Ada saksi dari orang yang pernah jadi mangsa laki kesayangan kau ni..Kau tu yang buta mata..buta hati..Percaya bulat-bulat apa yang dia cakap."
"Umi..Umi boleh tak jaga mulut umi bila bercakap?Dosa besar umi memfitnah orang,"jawab Hana.
"Kau tak payah nak ajar aku,Hana..Kau ni lepas kahwin dengan laki ni makin kurang ajar terhadap umi..Macam nilah,Hana.Umi nak kau pilih antara umi dan Airil.Siapa yang kau nak pilih?"Umi memberi kata dua.
Berair mata Hana.Pilihan apa yang dia perlu buat pula.
"Kau menung apa?Cepatlah cakap...Cepat..."Umi mendesak
Hana memejamkan matanya memberikan keputusan."Hana pilih.....Airil.."
Terbuntang mata umi."Keluar dari rumah aku...Keluar!!"pekik umi.Dia menolak Hana dan Airil keluar rumah."Kau berdua keluar dan jangan jejak kaki ke sini lagi,"marah umi sehingga bergegar ruang tamu itu.
"Astagfirrullahalazim..Yati,awak dah gila ke?"Cemas suara babah di hadapan pintu.Dari luar dia mendengar bunyi bising-bising.Sebaik saja masuk ke pintu rumah,adegan menghalau sedang berlaku.Babah cepat-cepat menahan umi.
"Lepaskan saya,abang.Saya tak tahan dengan perangai anak dan menantu abang."
"Awak boleh bersabar tak,Yati?Jangan nak ikutkan marah awak saja,"tegur babah.
"Saya nak sabar apa lagi,bang?Dah Hana pilih laki tak guna dia...Haaa...biar dia keluar dari rumah ni.Dah susah kena tinggal nanti,jangan balik nangis-mangis pada umi pula.Awal-awal aku cakap tak nak dengar.Anak tak kenang dek untung.Derhaka,"empelak umi.
"Ya Allah...Diam,Yati!Mulut awak ni kalau bercakap memang tak sedar dosa pahala.Bercakap iku sedap mulut saja..."tengking babah mendiamkan umi.Apabila suara babah bertukar nada tinggi,automatik umi pun membisu.
"Hana...Airil..kamu balik rumah kamu dulu,"arah babah.Mereka berdua akur demi menjernihkan keadaan.
****
Hana terintai-intai Airil bermenung seorang di meja makan.Air dalam mug diteguk sikit-sikit.Hana menyandar pada dinding.Dia teragak-agak menegur Airil kerana memang dia bersalah pergi ke kelab malam dan amukan umi kepada Airil.Tambahan pula,Airil tidak bercakap sepatah habuk selepas Airil memarahinya di hotel.Dalam perjalanan pulang pun Airil membisu.Hana pasti Airil tertekan melayan karenahnya serta tuduhan melulu umi.Semakin berat beban yang harus Airil pikul.Air muka Airil tampak agak suram.
Hana mengundur perlahan-lahan hingga terlanggar pasu.Bibirnya diketap,mata dipejamkan.Terkantoi sedang mengendap Airil diam-diam.Cepat-cepat dia mengangkat kembali pasu tersebut berada di tempatnya.Setelah itu,dia menapak perlahan-lahan mahu kembali ke bilik kononnya.
"Hana?"panggil Airil apabila terdengar bunyi pasu jatuh.
Langkah mati seketika."Alamakk...Dia tahu pula.."bisik Hana sendirian.
"Hana...."sekali lagi Airil memanggil.
"Meeeooowww.....meoowww..meeowww..."Hana mengiau seperti kucing agar Airil tidak mengesyakinya.
"Tak payah berlakonlah,Hana...Saya tahu itu awak..Sila munculkan diri awak,"kata Airil.
Tidak lama kemudian,Hana muncul di ruang makan berwajah serba salah.Kepala yang tidak gatal digaru-garu.Terpaksalah dia menonjolkan diri di hadapan Airil.Bebola matanya bergerak-gerak memandang ruangan makan.Dia tiada keberanian menatap tepat ke arah Airil.
"Awak buat apa sampai jatuh pasu tu?"soal Airil.
"Errrr..Errr...Hmm...Saya tak sengaja terlanggar...Saya...Saya..."Terketar-ketar Hana menjawab soalan Airil.Sesungguhnya degupan jantung semakin laju berdetak.Keseriusan Airil menyukarkan Hana berterus-terang.Dia hanya ingin memastikan Airil berada dalam keadaan tenang setelah mengalami pelbagai hal hari ini.
"Cikgu okay?"Hana memberanikan diri bertanya.
Helaan nafas Airil lepaskan."Saya okay..Cuma risaukan Aqeef demam ibu kata."
"Aqeef demam?Teruk ke?"
"Hmm..Dah pergi klinik..Ibu cakap demam dah makin kebah,"jawab Airil perihal anaknya.Dia rasa terkilan kerana tidak dapat bersama Aqeef di saat dia memerlukan ayahnya.
"Ooo...Okay."Ringkas Hana memberi respon.Kemudian,suasana kembali sepi.Barangkali masing-masing menanti salah seorang membuka mulut untuk berbicara.Hana pula takut mahu berbicara lebih-lebih memandangkan mood Airil tidak seceria biasa.
"Errrr....Cikgu..Saya minta maaf bagi pihak umi sebab dah marah-marah dan tuduh cikgu tadi..Saya rasa ada sesuatu yang buat umi jadi macam tu.Saya harap cikgu tak ambil hatilah,"ujar Hana dalam rasa kesal terhadap perbuatan umi.Dia betul-betul.tidak menduga
"Hmmmm...Awak tak perlu minta maaf.Sudahlah,awak pergi masuk tidur.
Hana menyambung lagi..."Cikgu...hmmm..Pasal bar semalam pun saya minta maaf.Saya tak berniat susahkan sesiapa.Cikgu......"
Airil terus memotong."Awak boleh berhenti bercakap tak?Jangan serabutkan lagi otak saya..Aqeef,umi dan....awak..Hah!!!"jerkah Airili buat Hana tergamam.Airil melepaskan perasaan.Fikirannya kacau dibelenggu masalah.
Ketika Airil tidak pedulikan lagi kewujudan Hana di situ,dia memalingkan badan.Gerak hatinya mahu masuk ke dalam bilik untuk beristirehat.Lebih baik dia membiarkan waktu memulihkan keadaan.Memujuk atau berbincang pada waktu Airil sedang angin akan memburukkan lagi keadaan.Apa yang mengganngu pemikiran Airil berkaitan dirinya.
"Ikutkan hati,memang saya nak lepaskan awak sekarang,Hana tapi...masa masih tidak mengizinkan saya berbuat begitu.Saya harap awak boleh bersabar,",kata Airil mematikan langkah kaki Hana.Gadis itu kelihatan kaku mendengar luahan Airil.Dia tidak tahu apa yang berada dalam hati Hana tetapi yang pasti Hana gembira. mendengar khabar itu.
Lidah Hana kelu.Tiba-tiba hatinya dirundung rasa sayu.Entah mengapa dia hatinya bagi dihiris-hiris tatkala Airil menyatakan penceraian mereka.
Share this novel